pelan strategik 2016-2020 - forestry.gov.bn plan/latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat...

26
PELAN STRATEGIK 2016-2020 JABATAN PERHUTANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA & PELANCONGAN Dikemaskini: 13hb Jun 2017 1

Upload: vodat

Post on 06-May-2018

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

PELAN STRATEGIK

2016-2020

JABATAN PERHUTANAN

KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA & PELANCONGAN

Dikemaskini: 13hb Jun 2017

1

Page 2: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan rahmatNya jua Pelan Strategik 5

tahun (2016-2020) Jabatan Perhutanan ini berjaya disediakan. Pelan strategik ini adalah sebagai panduan dan rujukan bagi

melaksanakan langkah-langkah strategik Jabatan dalam merealisasikan sumbangan industri perhutanan berteraskan kepada amalan

pengurusan hutan lestari.

Visi, misi, matlamat-matlamat strategik dan sasaran Jabatan Perhutanan yang terkandung dalam Pelan Strategik 5 tahun (2016-2020)

Jabatan Perhutanan ini adalah selaras dengan hala tuju baru Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang memberikan

penekanan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berteraskan kepada empat teras utama iaitu pertumbuhan keluaran,

produktiviti, berorientasikan ekspot dan berdayatahan. Sumbangan daripada industri perhutanan ini dihasratkan akan dapat

menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035.

Menjelang tahun 2020, Jabatan Perhutanan mensasarkan peningkatan keluaran kasar industri perhutanan sejumlah BND 45.32 juta.

Projek-projek telah pun dirancang untuk mencapai sasaran ini iaitu:

• Industri Pemprosesan Primer yang mensasarkan keluaran kasar sebanyak BND 36.98 juta; dan

• Industri Hiliran dan Nilai Tambah Berasaskan Kayu yang mensasarkan keluaran kasar sebanyak BND 8.34 juta.

PRAKATA

2

Page 3: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

Dalam Pelan Strategik 5 tahun (2016-2020) Jabatan Perhutanan ini, terdapat enam (6) tema strategik utama yang dikenalpasti dan perlu

dicapai oleh industri perhutanan seperti berikut:-

1. Peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK);

2. Peningkatan Kutipan Hasil Kerajaan bagi pembangunan Negara;

3. Membukakan peluang-peluang pekerjaan terutamanya untuk rakyat tempatan;

4. Pertumbuhan pelaburan langsung asing (FDI);

5. Peningkatan daya saing pengeluaran produk-produk berorientasikan ekspot; dan

6. Penggunaan mesin dan teknik moden ke arah meningkatkan produktiviti.

Kejayaan penyediaan Pelan Strategik 5 tahun (2016-2020) Jabatan Perhutanan ini adalah hasil usaha gigih dan penglibatan dedikasi

semua pegawai. Pelan Strategik ini merupakan living document yang akan direbiu dari masa ke semasa dalam tempoh perlaksanaan.

Di kesempatan ini, saya tidak lupa merakamkan penghargaan dan tahniah atas bantuan yang dihulurkan dalam penyediaan Pelan

Strategik ini dan diharap semua pegawai dan kakitangan serta pihak berkepentingan dalam industri perhutanan akan dapat

memberikan komitmen yang gigih bagi memastikan Pelan Strategik ini menjadi kenyataan.

Sekian, Wassalam.

NORALINDA BINTI HAJI IBRAHIM

Pemangku Pengarah Perhutanan

Negara Brunei Darulssalam 3

Page 4: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

KANDUNGAN

• PENGENALAN

• VISI & MISI

• NILAI-NILAI UTAMA

• MATLAMAT-MATLAMAT STRATEGIK

• STATUS MASA KINI

• SASARAN DAN HALATUJU 2016-2020

• STRUKTUR ORGANISASI JABATAN PERHUTANAN

4

Page 5: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

Jabatan Perhutanan komited untuk meningkatkan keluaran industri perhutanan dan

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara, disamping memelihara dan

melindungi sumber hutan Negara secara berterusan melalui pengurusan hutan lestari

(sustainable forest management ) bagi mengimbangi kepentingan sosial dan alam sekitar

demi kesejahteraan rakyat dan Negara.

PENGENALAN

5

Page 6: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

VISI

Ke arah pertumbuhan keluaran industri perhutanan yang berdayatahan melalui peningkatan

produktiviti, berorientasikan ekspot dan berteraskan amalan pengurusan hutan lestari.

MISI

Mempercepatkan pertumbuhan keluaran industri perhutanan berasaskan teknologi tinggi dan

berorientasikan ekspot, dengan menggalakkan penyertaan pelaburan tempatan dan langsung

asing serta memfokuskan kepada peningkatan produktiviti dan penghasilan produk bernilai

tinggi dengan juga menitikberatkan keseimbangan alam sekitar dan keperluan sosial.

6

Page 7: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

NILAI-NILAI UTAMA

PROGRESIF: Memacu pertumbuhan keluaran industri perhutanan secara berterusan melalui peningkatan

produktiviti dan penghasilan produk bernilai tinggi sehingga menembusi pasaran ekspot.

OBJEKTIF: Mempunyai sasaran dan jangkamasa perlaksanaan yang segera, didokongi dengan inisiatif yang

strategik dan terarah.

CEKAP & MAHIR: Sebarang cadangan adalah berasaskan fakta yang betul dan dengan penggunaan Info-Teknologi

(IT) yang meluas.

ADIL & TELUS: Mengutamakan industri dan pengusaha yang progresif dan produktif melalui kaedah penilaian

yang sistematik dan telus.

PEMEDULIAN: Memeduli keperluan dan kehendak pengusaha-pengusaha industri perhutanan dengan memberikan

nasihat dan tunjuk ajar yang bersesuaian.7

Page 8: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

MATLAMAT-MATLAMAT STRATEGIK

Untuk meningkatkan keluaran daripada industri perhutanan bagi menyumbang kepada pertumbuhan KDNK,

mempelbagaikan ekonomi & pertumbuhan ekspot;

Untuk meningkatkan produktiviti keluaran industri primer dengan menggunakan teknologi moden dan juga

amalan-amalan terbaik disamping memastikan kelestarian alam sekitar dan sumber industri kayu kayan yang

berkekalan;

Untuk menggalakkan penglibatan dan usahasama pelaburan tempatan dan pelaburan langsung asing (FDI), dalam

memperkembangkan industri hiliran dan nilai tambah yang berasaskan kayu dan bukan berasaskan kayu bagi

mempercepatkan pertumbuhan keluaran daripada industri perhutanan; dan

Untuk mengekalkan keunggulan hutan Negara Brunei Darussalam bagi pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti

supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi berasaskan sumber alam semulajadi.

8

Page 9: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

STATUS MASA KINI

9

Page 10: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

SUMBANGAN INDUSTRI PERHUTANAN KEPADA KDNK

2011 2012 2013 2014 2015 2016

KDNK Perhutanan (B$ Juta) 14.6 14 15.4 38.5 33.5 36.1

% Sumbangan 0.07 0.06 0.07 0.18 0.19 0.23

0

0.05

0.1

0.15

0.2

0.25

0

10

20

30

40

50

% S

um

bangan

B$ J

uta

Nota:

Sumber: Brunei Darussalam Statistical Yearbook 2015 & Gross Domestic Product Fourth Quarter 2016, JPKE

10Dikemaskini: 08hb Jun 2017

10

Page 11: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

TREN PENGELUARAN SEKTOR PERHUTANAN 2010 – 2016

2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016

Industri Pemprosesan Primer $38.24 $33.32 $31.93 $35.11 $34.47 $29.41 31.58

Industri Hiliran Berasaskan Kayu $5.14 $4.08 $4.98 $5.21 $4.39 $4.36 4.16

Jumlah $43.38 $37.40 $36.91 $40.32 $38.86 $33.77 35.74

$0.00

$5.00

$10.00

$15.00

$20.00

$25.00

$30.00

$35.00

$40.00

$45.00

$50.00

B$ j

uta

11Dikemaskini: 08hb Jun 2017

Sumber: Unit Statistik, Jabatan Perhutanan

11

Page 12: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

$34.84

$30.14$29.12

$31.67 $31.74

$27.20

$29.63

$1.98 $1.73 $1.67 $1.75 $1.71 $1.21 $1.13$1.37 $1.39 $1.08 $1.66 $1.01 $1.00 $0.82

$38.24

$33.32$31.93

$35.11 $34.46

$29.41$31.58

$0.00

$5.00

$10.00

$15.00

$20.00

$25.00

$30.00

$35.00

$40.00

2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016

B$

ju

ta

Kayu Gergaji (Sawntimber) Kayu Balak Bulat (Round Timber) Kayu Bakau (Mangrove Poles) Kayu Api (Firewoods) Jumlah

KELUARAN INDUSTRI PEMPROSESAN PRIMER 2010-2016

• Terdapat 24 buah syarikat kilang papan menjalankan operasi pembalakan dan perkilangan papan.

• Pengeluaran balak dari kawasan hutan Simpan Pengeluaran dihadkan hanya kepada 100,000 meter padu setahun.

• Sumber balak tempatan yang lain diperolehi daripada projek pembangunan seperti lebuhraya, perumahan, jambatan, empangan,

dsb yang melibatkan pembukaan kawasan hutan di Tanah Kerajaan.

• Komoditi lain, iaitu kayu api dan kayu arang, memberikan sumbangan yang tidak signifikan kepada industri ini. 12Dikemaskini: 08hb Jun 2017

12

Page 13: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

KELUARAN INDUSTRI HILIRAN & NILAI TAMBAH BERASASKAN KAYU, 2010-2016

$5.14

$4.08

$4.98$5.21

$4.38$4.18

$3.79

$0.00 $0.00 $0.00 $0.00 $0.01$0.18

$0.37

$5.14

$4.08

$4.98$5.21

$4.39 $4.36$4.16

$0.00

$1.00

$2.00

$3.00

$4.00

$5.00

$6.00

2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016

B$ j

uta

Komponen Kayu Arang (Briquette) Jumlah

• 5 buah syarikat tempatan bergiat aktif dalam Industri Hiliran.

• Produk-produk Hiliran yang dihasilkan ialah komponen kayu (pintu, bingkai pintu & jendela, perabot, kayu kumai (moulding), dan lain-lain)

• Produk nilai tambah yang lain adalah Briket Arang yang mula dihasilkan pada tahun 2014.13

Dikemaskini: 08hb Jun 201713

Page 14: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

SASARAN DAN HALATUJU 2016-2020

14

Page 15: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

Nota:

• Data bagi tahun 2010, 2015 & 2016 adalah

data sebenar.

• Sasaran peningkatan dalam nilai ($juta)

dijangkakan pada kadar 19.0% (CAGR).

Kemasukan FDI dijangkakan akan

menyumbang kepada peningkatan nilai

yang berterusan.

• Aktiviti Industri Hiliran Berasaskan Kayu

dijangkakan akan diversify dan

menghasilkan produk-produk semi-finished’

dan finished’ yang baru bagi memenuhi

permintaan pasaran domestik dan ekspot.

[CAGR = Compound Annual Growth Rate]

• Pada masa ini, 5 buah syarikat menjalankan industri hiliran dan nilai tambah

• Menjelang tahun 2020, tambahan dua buah syarikat akan melaksanakan industri hiliran dan nilai tambah

SASARAN DAN TRAJEKTORI INDUSTRI HILIRAN DAN NILAI TAMBAH BERASASKAN KAYU

15

$5.14

$3.00

$4.00

$5.00

$6.00

$7.00

$8.00

$9.00

2010

B$

JU

TA

Dikemaskini: 13hb Jun 201715

Komponen Kayu $5.14 $4.18 $3.79 $5.55 $6.28 $7.09 $8.01

Arang (Briquette) $0.0 $0.18 $0.37 $0.23 $0.26 $0.29 $0.33

Jumlah Keseluruhan $5.14 $4.36 $4.16 $5.78 $6.54 $7.38 $8.34

Page 16: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

INDUSTRI TUMPUAN

16

Page 17: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

INDUSTRI PEMBALAKAN INDUSTRI PERKILANGAN PAPAN Industri Hiliran Berasaskan Kayu JUALAN

‘ECOSYSTEM & VALUE CHAIN’ INDUSTRI PERHUTANAN (HILIRAN & NILAI TAMBAH)

PEMBOLEHCARA

• Akta, Dasar dan Peraturan yang

kondusif

• Program Peningkatan Keluaran Industri

Perkayuan yang Berdayatahan dengan

Berteraskan Amalan Pengurusan Hutan

Lestari

• Perlaksanaan Program Penilaian ke atas

Sumber Hutan bagi Mendokong

Pertumbuhan Industri Perhutanan yang

Berasaskan Kepelbagaian Bio

• Kawasan Konsesi - JPH

• Kuota Pembalakan – JPH

• 24 Syarikat Kilang Papan

• Akta, Dasar dan Peraturan yang

kondusif

• Mesin/Teknologi moden - Companies

• Kayu berkualiti -JPH

• 24 Syarikat Kilang Papan

• Akta, Dasar dan Peraturan yang kondusif

• Rancangan Pemajuan Industri Hiliran dan Nilai Tambah Berasaskan Kayu untuk

Meningkatkan Keluaran dan Ekspot

• Tenaga kerja berkemahiran – MoHA & MoE

• Teknologi moden – JPH & EIDPMO

• Market Acess - MoFAT

• Tapak Perindustrian – JPH, MoHA & MoD

• FDI – BEDB & DARe

• 5 Syarikat Hiliran

‘SPIN-OFF’ INDUSTRI

• Maintenance & repairs (mesin &

peralatan)

• Penghasilan Arang

• Penghasilan kompos

• Pengangkutan

• Packaging

• Maintenance & repairs (mesin &

peralatan)

• Pengangkutan produk-produk hiliran dan nilai tambah (Syarikat pengangkutan dan

perkapalan)

• Maintenance & repairs (mesin & peralatan)

17

Page 18: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

ISU & CABARANHasil penelitian yang dijalankan mendapati beberapa isu dan cabaran berikut:

Urustadbir perniagaan yang tidak teratur;

Maklumat pemilik, pengurus dan struktur perniagaan yang tidak “updated”, perubahan dan pertukaran pemilik

dan pengurus tidak dimaklumkan.

Pengurusan yang kurang teratur dan kurang jelas seperti ketiadaan jawatan Pengurus Pemasaran, Pengurus

Operasi, Pengurus Sumber Tenaga Manusia, Pengurus Kewangan dan Akauntan.

Syarikat tidak mempunyai keinginan dan kemahuan untuk bertumbuh dan berkembang;

Pemilik atau pemegang saham enggan melibatkan diri dalam operasi atau aktiviti syarikat;

Enggan untuk melabur dalam mesin dan peralatan berteknologi moden bagi menghasilkan produk hiliran dan

nilai tambah.

Sehingga telah menyebabkan terdapat banyaknya kayu balak (lompong) yang tidak diproses bagi menghasilkan

papan gergaji dan produk hiliran dan nilai tambah.

Operasi pembalakan dan perkilangan papan diserahkan kepada / dilaksanakan oleh syarikat lain kerana syarikat-

syarikat kilang papan terbabit tidak berkeupayaan dari segi tenaga kerja, pengangkutan, mesin dan peralatan.

18

Page 19: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

LANGKAH PEMBAIKAN DAN MENGGANDAKAN KELUARAN

Merebiu dan mengemaskini Dasar dan Peraturan yang berkenaan pengurusan, pentadbiran dan operasi kilang

papan dan industri perkayuan seperti:

• Pembahagian kuota pembalakkan tahunan kepada syarikat-syarikat kilang papan dengan memberikan

penekanan urustadbir perniagaan syarikat; perkembangan dan pertumbuhan syarikat (seperti kesediaan

untuk menggunakan mesin berteknologi tinggi); keupayaan syarikat; komitmen syarikat dan pengambilan

pekerja tempatan.

• Impot & Ekspot produk kayu bagi memastikan sumber bahan mentah yang “sustainable” dan meningkatkan

penghasilan dan keluaran industri hiliran dan nilai tambah.

• Pengeluaran kayu balak dan penghasilan kayu gergaji untuk mempercepatkan dan meningkatkan penghasilan

keluaran daripada syarikat-syarikat kilang papan.

• Pengambilan dan pengeluaran dahan-dahan dan tunggul pokok (tinggalan pembalakan).

19

Page 20: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

PELAN PERLAKSANAAN INDUSTRI HILIRAN & NILAI TAMBAH BERASASKAN KAYU

Program KPI

Sasaran

InisiatifJangkaan

KeluaranAktiviti Utama* Owner

Sebenar 2016Sasaran

2020

Pertumbuhan

Industri Hiliran dan

Nilai Tambah

Berasaskan Kayu

1. Nilai Keluaran $4.31 juta $8.34 juta • Meningkatkan sumbangan

keluaran industri

perhutanan dalam KDNK dan

kutipan hasil

Menggalakkan penglibatan dan keupayaan

syarikat kilang papan (SKP) sedia ada melalui:

• Penggabungan SKP bagi operasi perkilangan

berskala besar

• Pengujudan hubungan usahasama SKP

dengan pelabur

• Pengemaskinian dasar-dasar berkaitan bagi

menggalak dan memudahcara pertumbuhan

industri hiliran dan nilai tambah termasuk

perusahaan arang

• Penggunaan mesin-mesin moden

Penyediaan sumber bahan mentah yang

berdayatahan melalui:

• Perlaksanaan projek penubuhan ladang hutan

• Meneruskan projek penanaman mengaya

2. Penglibatan

Syarikat

5 buah syarikat 7 buah syarikat

• Meningkatkan pelaburan

langsung asing dan

menyediakan peluang-

peluang pekerjaan

Menembusi pasaran ekspot melalui:

• Perlaksanaan pensijilan hutan (forest

certification) bagi mendapatkan pengiktirafan

eco-labelling ke atas produk-produk yang

dihasilkan

• Peningkatan daya saing produk-produk

Dikemaskini: 08hb Jun 2017

20

Page 21: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

INDUSTRI-INDUSTRI LAIN

(INDUSTRI PEMPROSESAN PRIMER)

2121

Page 22: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

Nota:

• Nilai pengeluaran dijangkakan meningkat

pada kadar 4.0% (CAGR) dengan

penggunaan teknologi moden, yang

dijangka dapat meningkatkan produktiviti

dan recovery rate penghasilan kayu gergaji.

[CAGR = Compound Annual Growth Rate]

SASARAN DAN TRAJEKTORI INDUSTRI PEMPROSESAN PRIMER, 2016-2020

Kayu Gergaji

(1,000 M3)41.15 41.65 43.74 45.92 48.22

22

$31.58$32.04

$33.60

$35.25

$36.98

$28.00

$29.00

$30.00

$31.00

$32.00

$33.00

$34.00

$35.00

$36.00

$37.00

$38.00

2016

(data sebenar)

2017 2018 2019 2020

B$ J

UTA

Dikemaskini: 08hb Jun 201722

Page 23: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

Industri Pembalakan Industri Perkilangan Papan Jualan

‘ECOSYSTEM & VALUE CHAIN’ INDUSTRI PERHUTANAN (PRIMER)

PEMBOLEHCARA

• Akta, Dasar dan Peraturan yang

kondusif

• Program Peningkatan Keluaran Industri

Perkayuan yang Berdayatahan dengan

Berteraskan Amalan Pengurusan Hutan

Lestari

• Perlaksanaan Program Penilaian ke atas

Sumber Hutan bagi Mendokong

Pertumbuhan Industri Perhutanan yang

Berasaskan Kepelbagaian Bio

• Kawasan Konsesi - JPH

• Kuota Pembalakan – JPH

• 24 Syarikat Kilang Papan

•Akta, Dasar dan Peraturan yang kondusif

•Mesin/Teknologi moden - Companies

•Kayu berkualiti – JPH

• 24 Syarikat Kilang Papan

•Akta, Dasar dan Peraturan yang kondusif

• Tenaga kerja berkemahiran – MoHA & MoE

• Teknologi moden – JPH & EIDPMO

•Market Acess - MoFAT

• Tapak Perindustrian – JPH, MoHA & MoD

• FDI – BEDB & DARe

‘SPIN-OFF’ INDUSTRI

• Maintenance & Repairs (mesin &

peralatan)

• Penghasilan Arang

• Penghasilan kompos

• Pengangkutan

• Packaging

• Maintenance & repairs (mesin & peralatan)

2323

Page 24: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

PELAN PERLAKSANAAN INDUSTRI PEMPROSESAN PRIMER

Program KPI

Sasaran

InisiatifJangkaan

KeluaranAktiviti Utama* Owner

Sebenar 2016Sasaran

2020

Meningkatkan

produktiviti

keluaran industri

primer

1. Nilai Keluaran $31.58 juta $36.98 juta • Meningkatkan recovery

rate

• Menggalakkan SKP menggunakan

teknologi moden seperti penggunaan

mesin horizontal bandsaw (2 buah syarikat

menggunakan pada masa ini).

• Memastikan penggunaan

kuota pembalakan yang

optima

• Mengemaskini dasar, peraturan dan

prosedur pembalakan dan sistem

pemberian kuota ke arah mempercepatkan

proses penghasilan dan pengeluaran kayu

balak.

• Pembekalan sumber kayu

yang berdayatahan.

• Meneruskan perlaksanaan projek

penubuhan ladang hutan

• Meneruskan projek penanaman mengaya

• Membuat kajian inventori sumber hutan

negara (National Forest Inventory)

Dikemaskini: 08hb Jun 2017

24

Page 25: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

STRUKTUR ORGANISASI JABATAN PERHUTANAN

25

Page 26: PELAN STRATEGIK 2016-2020 - forestry.gov.bn Plan/Latest... · menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Menjelang tahun 2020, ... (sustainable forest management )

STRUKTUR ORGANISASI

TIMBALAN PENGARAH

PENGARAH

Pentadbiran,

Peruntukan &

Kewangan

Hubungan

Antarabangsa & RKN

Pengurusan &

Pembangunan Sumber

Hutan

Pengurusan &

Pembangunan Industri

Hutan

Pendidikan & Latihan

Hutan

Taman & Hutan

Kemasyarakatan

Hubungan

Antarabangsa &

Serantau

Perkhidmatan

Dokongan TeknikalSilvikultur Permit & Lisen

Herbarium

Negara

Taman Rekreasi

Hutan

Taman NegaraPusat Latihan HutanPerkilangan PapanLadang Hutan

Peruntukan &

KewanganSemaian Hutan

Industri Hiliran

PerhutananMuzium Perhutanan

Hutan

Kemasyarakatan

Pengurusan &

Pembangunan

Sumber Manusia

Perangkaan

SEKRETARIAT JK TAWARAN & SEBUT

HARGA

Perancangan

Strategik & RKN

26