wanita penjalin kemajuan negara spm 2014 chua

2
WANITA PENJALIN KEMAJUAN ( Sumbangan dan Penglibatan Wanita Dalam Kemajuan Negara ) Wanita adalah ibu, isteri, kakak dan juga adik. Wanita seringkali dianggap kaum yang lemah dan sering dipergunakan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Namun kita tidak menyedari, di sebalik kelembutan seorang wanita tersirat satu ketabahan yang ketara yang mampu melakukan sesuatu untuk pembangunan negara. Malah telah biasa kita dengar ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia’. Namun kata-kata ini biarlah berpaksikan kepada peranan dan sikap yang lebih positif demi kemajuan bersama. Ledakan teknologi maklumat, proses globalisasi, transformasi politik serta iklim ekonomi di peringkat nasional, mahupun global memberi pelbagai cabaran kepada wanita menjadikan wanita lebih berwibawa, hebat dan terus menyinar. Pendedahan di media masa mahupun elektronik telah banyak menampilkan kehebatan wanita kini. Kejayaan demi kejayaan kaum wanita juga telah banyak membuka mata semua pihak. Peranan wanita bukan setakat menjadi suri rumah tangga, mendidik anak dan menjaga makan dan pakai suami tetapi tetap turut memberi sumbangan mental dan fizikal di dalam perkembangan ekonomi, pelajaran dan sebagainya. Wanita di seluruh dunia telah diiktiraf dalam kehebatan dan kepakaran masing-masing. Segala kemahiran dan kepakaran diaplikasikan sepenuhnya dalam kehidupan yang semakin mencabar masa kini supaya memberi impak yang lebih besar dalam kemajuan negara. Ini jelas terbukti apabila seorang surirumah juga mampu memainkan peranan dalam merealisasikan pembangunan sesebuah keluarga, institusi dan seterusnya negara. Antara tugasan wanita yang amat besar adalah bermula dengan tugas mendidik. Kelembutan dan sifat penyayang seorang wanita, mampu mendidik anak-anak untuk menjadikan mereka golongan muda yang berguna di masa hadapan. Secara automatik, wanita bertindak sebagai guru kepada anak-anak di dalam mendidik serta menerapkan nilai-nilai murni bagi membentuk keperibadian dan modal insan. Segalanya dicurahkan dengan sepenuh hati bagi memastikan anak-anak membesar sebagai seorang manusia yang berguna demi bangsa dan negara. Secara tidak langsung, kejayaan mendidik anak-anak menjamin satu kelompok masyarakat yang lebih berjaya di masa akan datang. Pendidikan awal yang bermula di rumah telah dicurahkan sepenuhnya oleh wanita yang bergelar ibu atau penjaga kepada anak-anak. Peranan besar ini jugalah yang akan mencorakkan generasi akan datang bagi membolehkan mereka menjadi insan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Wanita kini juga telah banyak menyumbang dalam sosio ekonomi negara. Segala kemahiran dan kepakaran yang ada diadaptasikan untuk sesama menjana pendapatan keluarga. Antaranya kepakaran memasak, menggubah, menjahit dan segala macam kepakaran diserapkan dalam aktiviti ekonomi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti menubuhkan persatuan untuk menjalankan perniagaan katering, andaman dan juga barangan perhiasan. Aktiviti ini banyak membantu wanita dan masyarakat setempat dalam menjana pendapatan keluarga kerana ia terbukti dapat membuahkan hasil lebih besar dengan pasaran yang lebih meluas. Hubungan sesama mereka dalam sesebuah persatuan atau organisasi telah dapat dieratkan. Secara tidak langsung telah melahirkan masyarakat yang bersatu dan membentuk perpaduan demi kebahagiaan dan kejayaan bersama. Tidak kurang juga, segelintir individu yang telah berjaya membuka perniagaan sendiri hasil daripada kemahiran yang dimiliki. Impak yang diperolehi daripada kejayaan wanita ini telah mendorong kaum lelaki untuk terus bergandingan dengan wanita bagi memacu kejayaan bersama. Tidak ketinggalan juga di dalam arus pertanian dan penternakan moden, wanita turut sama memerah keringat menabur bakti dan budi pada tanah dan juga menternak bagi tujuan komersial. Segala ilmu terus digali sebagai pemangkin keberkesanan arus pertanian & penternakan moden disamping mempelajari selok belok pemasaran yang disediakan oleh kerajaan melalui pertubuhan-pertubuhan berkaitan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Disamping itu, jabatan pertanian juga menubuhkan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) yang ternyata lebih berdaya maju, mempunyai nilai komersial serta mempunyai daya saing yang tinggi. Justeru

Upload: chua-hc

Post on 19-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

STPM

TRANSCRIPT

Page 1: Wanita Penjalin Kemajuan Negara SPM 2014 Chua

WANITA PENJALIN KEMAJUAN

( Sumbangan dan Penglibatan Wanita Dalam Kemajuan Negara )

Wanita adalah ibu, isteri, kakak dan juga adik. Wanita seringkali dianggap kaum yang lemah dan sering

dipergunakan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Namun kita tidak menyedari, di sebalik kelembutan

seorang wanita tersirat satu ketabahan yang ketara yang mampu melakukan sesuatu untuk pembangunan

negara. Malah telah biasa kita dengar ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia’.

Namun kata-kata ini biarlah berpaksikan kepada peranan dan sikap yang lebih positif demi kemajuan

bersama. Ledakan teknologi maklumat, proses globalisasi, transformasi politik serta iklim ekonomi di

peringkat nasional, mahupun global memberi pelbagai cabaran kepada wanita menjadikan wanita lebih

berwibawa, hebat dan terus menyinar.

Pendedahan di media masa mahupun elektronik telah banyak menampilkan kehebatan wanita kini.

Kejayaan demi kejayaan kaum wanita juga telah banyak membuka mata semua pihak. Peranan wanita

bukan setakat menjadi suri rumah tangga, mendidik anak dan menjaga makan dan pakai suami tetapi tetap

turut memberi sumbangan mental dan fizikal di dalam perkembangan ekonomi, pelajaran dan sebagainya.

Wanita di seluruh dunia telah diiktiraf dalam kehebatan dan kepakaran masing-masing. Segala kemahiran

dan kepakaran diaplikasikan sepenuhnya dalam kehidupan yang semakin mencabar masa kini supaya

memberi impak yang lebih besar dalam kemajuan negara. Ini jelas terbukti apabila seorang surirumah juga

mampu memainkan peranan dalam merealisasikan pembangunan sesebuah keluarga, institusi dan

seterusnya negara.

Antara tugasan wanita yang amat besar adalah bermula dengan tugas mendidik. Kelembutan dan sifat

penyayang seorang wanita, mampu mendidik anak-anak untuk menjadikan mereka golongan muda yang

berguna di masa hadapan. Secara automatik, wanita bertindak sebagai guru kepada anak-anak di dalam

mendidik serta menerapkan nilai-nilai murni bagi membentuk keperibadian dan modal insan. Segalanya

dicurahkan dengan sepenuh hati bagi memastikan anak-anak membesar sebagai seorang manusia yang

berguna demi bangsa dan negara. Secara tidak langsung, kejayaan mendidik anak-anak menjamin satu

kelompok masyarakat yang lebih berjaya di masa akan datang. Pendidikan awal yang bermula di rumah

telah dicurahkan sepenuhnya oleh wanita yang bergelar ibu atau penjaga kepada anak-anak. Peranan besar

ini jugalah yang akan mencorakkan generasi akan datang bagi membolehkan mereka menjadi insan yang

lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Wanita kini juga telah banyak menyumbang dalam sosio ekonomi negara. Segala kemahiran dan

kepakaran yang ada diadaptasikan untuk sesama menjana pendapatan keluarga. Antaranya kepakaran

memasak, menggubah, menjahit dan segala macam kepakaran diserapkan dalam aktiviti ekonomi. Antara

aktiviti yang dijalankan adalah seperti menubuhkan persatuan untuk menjalankan perniagaan katering,

andaman dan juga barangan perhiasan. Aktiviti ini banyak membantu wanita dan masyarakat setempat

dalam menjana pendapatan keluarga kerana ia terbukti dapat membuahkan hasil lebih besar dengan

pasaran yang lebih meluas. Hubungan sesama mereka dalam sesebuah persatuan atau organisasi telah

dapat dieratkan. Secara tidak langsung telah melahirkan masyarakat yang bersatu dan membentuk

perpaduan demi kebahagiaan dan kejayaan bersama. Tidak kurang juga, segelintir individu yang telah

berjaya membuka perniagaan sendiri hasil daripada kemahiran yang dimiliki. Impak yang diperolehi

daripada kejayaan wanita ini telah mendorong kaum lelaki untuk terus bergandingan dengan wanita bagi

memacu kejayaan bersama.

Tidak ketinggalan juga di dalam arus pertanian dan penternakan moden, wanita turut sama memerah

keringat menabur bakti dan budi pada tanah dan juga menternak bagi tujuan komersial. Segala ilmu terus

digali sebagai pemangkin keberkesanan arus pertanian & penternakan moden disamping mempelajari

selok belok pemasaran yang disediakan oleh kerajaan melalui pertubuhan-pertubuhan berkaitan seperti

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Disamping itu, jabatan pertanian juga menubuhkan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) yang

ternyata lebih berdaya maju, mempunyai nilai komersial serta mempunyai daya saing yang tinggi. Justeru

Page 2: Wanita Penjalin Kemajuan Negara SPM 2014 Chua

itu, kita seharusnya merasa bangga apabila wanita terus diberi penghargaan melalui bidang ini, contohnya

Anugerah Peladang Jaya Wanita, Anugerah Usahawan Wanita Jaya dan segala macam penghargaan lain

yang diraih oleh kaum wanita.

Wanita kini juga telah aktif bergerak dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai

‘NGO’. Hasil daripada penyertaan ini telah mendedahkan mereka kepada input-input yang amat berguna

dalam mempertingkatkan pengetahuan dalam sesuatu bidang. Disamping itu juga , bidang komunikasi

dapat diperluaskan. Pihak kerajaan juga amat perihatin dengan pertubuhan-pertubuhan seperti ini dan telah

memperuntukkan sejumlah wang agak besar bagi melaksanakan program-program kemasyarakatan yang

berteraskan ekonomi. Antaranya ialah program pembangunan kapasiti wanita seperti seperti I-Kit di

seluruh negara, program Kraf Kreatif dan Jejari Bestari yang dijalankan di kawasan parlimen dengan

kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga. Aktiviti-aktiviti seperti ini telah menarik minat

wanita untuk bersama-sama melibatkan diri sekaligus menjana pendapatan.

Kumpulan wanita ini juga sangat rajin dan tekun, menjadikan mereka sasaran utama dalam industri kilang

di mana secara tidak langsung telah menyumbang pada perkembangan ekonomi negara. Keupayaan

wanita dalam pekerjaan seumpama ini, berperanan meningkatkan proses perindustrian dan permodenan

negara. Pendekata, tanpa ‘feminisme buruh’ tidak mungkin sektor industri ini dapat diperkembangkan.

Peningkatan teknologi juga membolehkan pengeluaran kilang menjadi lebih berkualiti dan menjamin

permintaan yang tinggi di pasaran. Produk hasil tenaga wanita ini juga telah berjaya dipasarkan dengan

meluas di Amerika Syarikat, negara Eropah dan juga negara-negara lain.

Pendedahan kepada teknologi maklumat juga memberi manfaat kepada wanita dalam kepelbagaian ilmu.

Segalanya ini membawa perubahan teknologi kepada wanita kepada kepelbagaian perniagaan di mana

mereka mampu mencipta barangan yang berkualiti bagi pasaran dalam dan luar negara. Mereka juga hebat

dalam perniagaan ‘MLM’ atau pun ‘Networking’ yang ternyata semakin hangat melanda di alam maya

dan alam nyata. Wanita kini semakin berminat menambahkan ilmu pengetahuan dalam segala bidang,

sekaligus menjadikan mereka wanita yang berilmu tinggi. Segala ilmu dan pengetahuan yang ada

menjadikan wanita serba boleh dalam melaksanakan sesuatu misi atau tugasan yang mendorong kepada

sesuatu kemajuan.

Wanita kini juga telah banyak mencurahkan tenaga dalam aspek keselamatan negara di mana semakin

ramai wanita menyertai pasukan tentera dan polis. Tidak terkecuali juga penyertaan wanita dalam pasukan

RELA dan juga badan sukarela. Keupayaan mereka dalam pasukan ini juga standing dengan kaum lelaki

dan malah sesama bergandingan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara tercinta. Ada juga

tugasan yang memerlukan khidmat wanita sahaja. Secara keseluruhannya, jelas sekali penglibatan wanita

amat penting dalam kemajuan sesuatu organisasi.

Segala ciri-ciri yang dinyatakan begitu mencerminkan peranan hebat wanita dalam sebuah kemajuan.

Cogankata ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’ mengingatkan kita tentang peranan besar

wanita dalam kemajuan negara. Ternyata, untuk menjadi negara maju dan hebat, khidmat dan usaha

wanita tetap diperlukan. Bersesuaian benar dengan tema kita ‘Wanita Penjalin Kemajuan’