kemajuan kerja

21
This is the html version of the file http://www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2003/5IT/MOHDAZMIRAA990275D03TT2. doc . Google automatically generates html versions of documents as we crawl the web. BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Definisi Pengurusan Projek Menurut Tenah, K.A (1985), pengurusan projek ditakrifkan sebagai “satu perkhidmatan yang menyelaraskan kerja- kerja perancangan, rekabentuk dan pembinaan di bawah satu kumpulan projek yang bertujuan memenuhi keperluan dan minat pemilik. Ini dilaksanakan oleh satu kumpulan projek yang bermatlamat untuk menggabungkan usaha daripada pemilik, arkitek, jurutera dan kontraktor supaya projek tersebut dapat disiapkan mengikut masa, kos dan kualiti yang dikehendaki oleh pemilik serta kontraktor.” The Charted Institute of Building (CIOB) United Kingdom pula mentakrifkan pengurusan projek sebagai: “ Perancangan keseluruhan, pengawalan dan koordinasi sesuatu projek daripada peringkat permulaan hingga peringkat penyiapan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan memastikan projek tersebut disiapkan pada masa yang ditetapkan, dalam lingkungan kos dan kualiti kerja seperti yang diharapkan oleh pelanggan.”

Upload: putinsyirah

Post on 21-Jun-2015

947 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: kemajuan kerja

This is the html version of the file http://www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2003/5IT/MOHDAZMIRAA990275D03TT2.doc.Google automatically generates html versions of documents as we crawl the web.

   

BAB II    

KAJIAN LITERATUR    

2.1  Definisi Pengurusan Projek  

      Menurut Tenah, K.A (1985), pengurusan projek ditakrifkan sebagai “satu perkhidmatan yang menyelaraskan kerja-kerja perancangan, rekabentuk dan pembinaan di bawah satu kumpulan projek yang bertujuan memenuhi keperluan dan minat pemilik.  Ini dilaksanakan oleh satu kumpulan projek yang bermatlamat untuk menggabungkan usaha daripada pemilik, arkitek, jurutera dan kontraktor supaya projek tersebut dapat disiapkan mengikut masa, kos dan kualiti yang dikehendaki oleh pemilik serta kontraktor.” 

      The Charted Institute of Building (CIOB) United Kingdom pula mentakrifkan pengurusan projek sebagai: 

“ Perancangan keseluruhan, pengawalan dan koordinasi sesuatu projek daripada peringkat permulaan hingga peringkat penyiapan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan memastikan projek tersebut disiapkan pada masa yang ditetapkan, dalam lingkungan kos dan kualiti kerja seperti yang diharapkan oleh pelanggan.”

      

2.2  Objektif Pengurusan Projek  

      Pengurusan merupakan suatu bidang yang luas skopnya meliputi pengurusan sumber, pengurusan maklumat, pengurusan projek dan sebagainya.  Setiap bidang pengurusan ini mempunyai objektif-objektif tersendiri yang ingin dicapai.  Pengurusan projek seperti mana juga pengurusan-pengurusan lain mempunyai objektifnya yang tersendiri seperti yang digambarkan dalam Rajah 2.1.  Jadi, untuk sesebuah pengurusan projek itu dikatakan berjaya,

Page 2: kemajuan kerja

objektif-objektif ini mestilah dipenuhi terlebih dahulu.  Objektif-objektif di dalam pengurusan projek adalah: 

i. Masa

   Faktor masa memainkan peranan yang penting di dalam sesuatu projek, kerana setiap projek telah ditetapkan tempoh siapnya.  Maka objektif pengurusan projek yang berjaya yang utama adalah untuk memastikan  sesuatu projek itu disiapkan dalam tempoh minimum atau lingkungan jangka masa yang telah ditetapkan. 

ii. Kualiti/Mutu kerja

      Walaupun projek pembinaan tersebut siap di dalam tempoh yang ditetapkan, kualiti di dalam kerja-kerja pembinaan perlu juga di titikberatkan.  Jadi, objektif pengurusan projek yang kedua ialah memastikan projek yang diurus mengikut spesifikasi dan kualiti yang diharapkan  supaya memenuhi kehendak pelanggan. 

iii. Kos

    Selain masa, kos juga antara faktor yang terhad di dalam sesuatu projek pembinaan.  Oleh yang demikian, kos sesuatu projek mestilah di uruskan dengan baik bagi memastikan jumlah kos di akhir projek tidak melebihi perancangan asal yang telah diperuntukkan.     

Kos minimum

Jangkamasa pendek

Kualiti yang tinggi

Pulangan tinggi

                                                                

Objektif

Pengurusan

Prrojek

                      Rajah 2.1 :  Rajah bagi objektif pengurusan projek    

Page 3: kemajuan kerja

2.3  Kepentingan Pengurusan Projek  

      Setiap projek mempunyai matlamatnya yang utama iaitu disiapkan dalam masa dan kos yang ditetapkan serta menepati kualiti yang dikehendaki.  Walaubagaimanapun, proses pembangunan projek masih berhadapan dengan pelbagai masalah seperti kelewatan dan sebagainya.  Masalah-masalah ini akan mengakibatkan pertambahan bebanan kos ke atas bahu pihak yang terlibat.  

      Kaedah perancangan yang tidak cekap, tiada pengawalan serta pengawasan yang ketat daripada pihak yang bertanggungjawab merupakan beberapa punca yang dikenalpasti sebagai kegagalan sesebuah projek.  Oleh yang demikian, pengurusan projek yang berkesan amat penting untuk mengendalikan pembangunan yang semakin hari semakin kompleks serta melibatkan pelbagai pihak.

      Kepentingan atau keperluan pengurusan projek dapat diperhatikan daripada perspektif berikut: 

i. Kos atau nilai-nilai projek yang sangat tinggi memerlukan tahap pengurusan yang sangat baik.  Jadi, setiap modal yang dilabur perlu dikendalikan dengan baik supaya pulangan yang dikehendaki dapat dinikmati.

 

ii. Kecanggihan di dalam bidang teknologi dan kaedah pelaksanaannya akan memerlukan pengurusan projek pembinaan yang canggih, bersepadu dan mantap serta cukup professional dalam semua bidang.

 

iii. Tempoh yang singkat dan kesegeraan dalam sesuatu projek akan memerlukan suatu sistem pengurusan yang baik agar projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

 

iv. Memelihara perhubungan projek pembinaan dengan industri lain untuk kesejahteraan ekonomi seluruhnya.  Contohnya, pergantungan projek pembinaan kepada industri simen, barangan kaca, barangan separuh siap dan sebaliknya.

 

v. Kegagalan projek mega akan menyebabkan imej negara akan terjejas.  Sebaliknya, pengurusan yang cekap bukan sahaja dapat memperbaiki imej industri binaan malah akan dapat menjimatkan kos.

  

Page 4: kemajuan kerja

  

2.4  Masalah-Masalah Dalam Pengurusan Projek  

      Sepanjang hayat sesuatu projek pembinaan, terdapat pelbagai masalah dan konflik yang tidak dapat dielakkan sering berlaku.  Masalah-masalah dan konflik-konflik ini akan mempengaruhi kelancaran sesuatu projek dan meninggalkan kesan sampingan yang mungkin menyebabkan kegagalan projek tersebut.  Masalah-masalah yang sering dihadapi dalam sesuatu sistem pengurusan projek boleh dikelasifikasikan kepada dua jenis iaitu:

i. Masalah yang dapat dikawal ii. Masalah yang tidak dapat dikawal

    

2.4.1  Masalah Yang Dapat Dikawal  

      Masalah ini merupakan masalah yang sering berlaku di dalam industri pembinaan dan diketahui sebab-sebabnya.  Masalah-masalah ini biasanya dapat diselesaikan perbincangan dan sebagainya.  Di antara contoh masalah yang dapat dikawal adalah seperti: 

i. Komunikasi

      Tujuan utama komunikasi ialah menyalurkan maklumat dan arahan dalam bentuk tulisan atau pertuturan.  Sistem komunikasi yang baik dalam sesuatu organisasi boleh menjamin kelancaran projek-projek pembinaan.  Program, polisi dan prosedur projek tidak akan dilaksanakan dengan berkesan selagi semua staf dan pihak yang terlibat tidak mengetahui kedudukan dan tanggungjawab masing-masing.  Jika semua pihak ini tidak dimaklumkan sepenuhnya, maka besar kemungkinan objektif projek akan disalahtafsir.  

ii. Keselamatan

   Walaupun kemalangan didefinasikan sebagai perkara yang berada di luar jangkaan, tetapi dalam tafsiran undang-undang pula kemalangan itu berlaku kerana kecuaian dan boleh dikawal jika langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya diamalkan.  Sekiranya dilihat dari segi ekonomi, kemalangan akan meninggi kos sesuatu projek sama ada kos langsung atau kos tidak langsung.  

iii. Konflik

Page 5: kemajuan kerja

   Konflik hadir pada semua peringkat dalam struktur organisasi sesuatu projek.  Kewujudan konflik antara ahli-ahli menimbulkan kesukaran untuk menubuhkan suatu kumpulan projek yang sihat.  Ini membawa kepada perasaan syak sesama ahli, kekurangan kerjasama, ketiadaan suasana keharmoniaan dan kegagalan komunikasi antara ahli-ahli.  Masalah ini boleh menjadi satu penyakit berjangkit dalam sesuatu organisasi jika tidak diurus dengan berhati-hati.    

2.4.2  Masalah Yang Tidak Dapat Dikawal  

      Masalah yang tidak dapat dikawal ini merupakan masalah yang berada di luar kemampuan manusia untuk mengawalnya.  Di antara masalah-masalah ini adalah seperti:  

i. Bencana alam

   Bencana alam seperti taufan, banjir, kemarau dan sebagainya boleh melumpuhkan ekonomi sesebuah negara dan mendatangkan kesan yang buruk kepada industri pembinaan.  Sesetengah daripada bencana ala mini berlaku secara mendadak dan di luar jangkaan.  Walaupun betapa baik sesuatu projek dirancang dan dikawal, projek tersebut tetap akan mengalami kemusnahan dan kerugian.   

ii. Krisis ekonomi

   Semasa berlaku kegawatan ekonomi, industri pembinaan merupakan industri yang pertama sekali mengalami kemelesetan berbanding dengan sektor lain.  Krisis ekonomi ini bukan sahaja menyebabkan pertambahan angka di dalam peratus pengangguran malah boleh menyebabkan sesuatu projek pembinaan menjadi terbengkalai.   

2.5  Pengurusan Projek Di JKR Daerah Johor Bahru  

      Di dalam pengurusan projek sekolah di bawah RMK8 ini dapati terdapat pelbagai proses yang akan terlibat di dalamnya.  Proses-proses ini akan secara asasnya akan melibatkan empat pihak yang utama iaitu jabatan struktur, jabatan arkitek, jabatan juruukur bahan dan kontraktor.  Proses-proses tersebut adalah: 

i. Penyediaan laporan kemajuan kerja ii. Proses pentaksiran

iii. Lukisan

Page 6: kemajuan kerja

    

2.5.1  Penyediaan Laporan Kemajuan Kerja  

        Pihak kontraktor akan meyediakan laporan kemajuan kerja untuk disemak oleh pihak JKR di dalam mesyuarat tapak yang di adakan biasanya sebulan sekali.  Di dalam mesyuarat inilah pihak JKR akan meyemak kemajuan kerja yang dilakukan oleh kontraktor di dalam bulan tersebut.  Melalui laporan kemajuan kerja itu jugalah pihak JKR akan mengetahui samada projek tersebut dijalankan mengikut perancangan atau pun lewat dari perancangan.  Sekiranya lewat, maka kontraktor akan memohon untuk perlanjutan masa.  Permohonan ini walaubagaimanapun bergantung kepada pihak JKR untuk meluluskannya atau tidak.    

2.5.2  Proses Pentaksiran  

      Pihak kontraktor akan melakukan proses pentaksiran bagi tujuan memohon bayaran daripada pihak JKR. Proses pentaksiran ini akan dilakukan oleh pihak juruukur bahan kontraktor dan dihantar kepada pihak juruukur bahan JKR.  Biasanya terdapat dua jenis bayaran yang terlibat di dalam perlaksanaan sesuatu projek iaitu: 

i. Bayaran kemajuan kerja ii. Variation Order (VO)

   

2.5.2.1 Permohonan Bayaran Kemajuan Kerja    

      Pada setiap bulan, pihak kontraktor akan menerima bayaran yang dikenali sebagai bayaran kemajuan kerja.  Oleh yang demikian, pihak kontraktor akan melakukan proses pentaksiran untuk kerja yang dilakukannya pada bulan tersebut.  Proses pentaksiran ini akan dilakukan berdasarkan kemajuan kerja yang dilakukan.  Kemajuan kerja ini boleh disemak daripada laporan kemajuan kerja yang telah disediakan oleh pihak kontraktor.  Pihak kontraktor akan menghantar pengiraan tersebut kepada pihak juruukur bahan JKR bagi tujuan penyemakan.  Penyemakan ini penting bagi memastikan bayaran yang dibuat kepada pihak kontraktor adalah bertepatan dengan kerja yang dilakukannya pada bulan tersebut.    

Page 7: kemajuan kerja

2.5.2.2 Permohonan Variation Order (VO)   

             Permohonan ini akan dilakukan oleh pihak kontraktor sekiranya terdapat kerja yang ditambah di sepanjang tempoh pembinaan tersebut.  Ini adalah untuk mengelakkan pihak kontraktor menanggung kerugian akibat pertambahan kos kesan dari kerja yang di tambah.  Permohonan ini akan di hantar kepada JKR untuk dipertimbangkan.    

2.5.3  Lukisan  

      Apabila arkitek atau jurutera meyemak lukisan projek dan di dapati lukisan tersebut memerlukan perubahan, maka pihak kontraktor akan dimaklumkan mengenai perubahan ini.  Perubahan ini akan dimaklumkan secara bertulis kepada pihak kontraktor.  Ini adalah untuk memastikan terdapat bukti yang sah bahawa pihak JKR telah memaklumkan kepada pihak kontraktor mengenai perubahan tersebut.  Perkara ini penting bagi membolehkan pihak JKR menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul mengenai perkara tersebut  pada masa hadapan.

2.6  Penyimpanan Data  

      Penyimpanan data bagi sesuatu projek adalah perkara yang amat penting.  Ini kerana ianya boleh dijadikan rujukan untuk kegunaan masa akan datang sekiranya berlaku sebarang pertikaian.  Jadi, ini bermaka, data-data sesuatu projek itu perlu diuruskan dengan teliti untuk menghadapi sebarang kemungkinan di masa akan datang.    

2.6.1  Kaedah Penyimpanan Data di JKR daerah Johor Bahru  

      Buat masa ini, JKR daerah Johor Bahru masih menggunakan beberapa kaedah konvensional dalam mengurus data projek.  Kaedah yang diamalkan adalah: 

i. Kaedah pemfailan ii. Kaedah pembukuan

iii. Cakera keras dan liut

    

2.6.1.1 Kaedah Pemfailan  

Page 8: kemajuan kerja

      Kaedah ini menggunakan lembaran kertas, borang dan memo bagi menyimpan data dan maklumat mengenai sesuatu projek di mana ia diminitkan sebelum dimasuk dalam fail-fail tertentu.  Lembaran kertas disusun mengikut kronologi dan fail disusun mengikut susunan dalam rak atau kabinet.  Kadangkala lembaran kertas yang sudah banyak itu dibuku atau dijilidkan untuk memudahkan proses penyemakan dan rujukan.  Buku yang berjilid ini kemudiannya disusun atas rak di ruang yang telah disediakan di pejabat.  

      Kaedah ini dikenalpasti kurang cekap dalam mengurus maklumat kerana ia memerlukan masa yang lama bagi menjalani aktiviti mencari, merekod dan memfail maklumat.  Di samping itu juga, ia memerlukan ruang yang banyak untuk kerja-kerja penyimpanan atau penstoran.  Data dan maklumat yang lama juga ditakuti lupus disebabkan faktor usia kertas atau dirosakkan oleh serangga perosak.  Kos penyimpanan dan penstoran juga adalah tinggi berbanding kaedah penyimpanan menggunakan pangkalan data.    

2.6.1.2 Kaedah Pembukuan  

      Maklumat-maklumat seperti maklumat asas projek, maklumat kemajuan kerja, bayaran kemajuan dan lain-lain yang berkaitan dalam sesuatu projek direkod menggunakan buku-buku rekod.  Buku akan dirujuk apabila dikehendaki dan disusun di rak-rak yang disediakan mengikut kronologi masa projek.  

      Sama seperti kaedah pemfailan dan penjilidan, kaedah ini juga memerlukan ruang penyimpanan buku-buku rekod. Kaedah ini juga hanya dikendali oleh orang tertentu sahaja dan kaedah merekod adalah rumit untuk dipelajari terutama bagi mendapatkan hubungan antara satu rekod dengan rekod yang lain.  Masalah-masalah seperti penduaan maklumat dan kehilangan juga mudah berlaku.    

2.6.1.3 Cakera Keras Dan Liut  

      Data-data disimpan di dalam disket dengan menggunakan perisian mudah seperti Word dan sebagainya.  Kaedah ini juga menyukarkan kerja-kerja kemasukan dan pencarian data.  Ia juga kurang menarik untuk digunakan dan pengendaliannya hanya diketahui oleh orang-orang tertentu sahaja.      

Page 9: kemajuan kerja

2.7   Internet  

      Dunia kini sedang melalui revolusi teknologi maklumat.  Salah satu daripada hasil revolusi tersebut ialah Internet.  Internet juga boleh diandaikan sebagai perpustakaan yang di buka 24 jam sehari dan  ini menjadikan Internet sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan, berkomunikasi, sumber informasi terkini dan berbagai-bagai lagi.  Jadi tidak hairanlah sekiranya Internet juga diistilahkan sebagai Lebuhraya Maklumat (Information Superhighway) (Hoffman P.E.,1995).   

      Internet boleh dikatakan telah banyak merubah kehidupan manusia sedunia.  Pelbagai kemudahan yang dahulunya dikatakan khayalan kini telah menjadi kenyataan.  Kini, dengan hanya menggunakan Internet, kita boleh membeli-belah tanpa perlu keluar dari rumah dan mesyuarat dapat dilakukan walaupun berada di negara yang berasingan.  Pelbagai kemudahan lagi dapat diperolehi dengan menggunakan Internet.  Kehebatan Internet ini turut di akui oleh pengasas Microsoft, Bill Gates yang berkata: 

       “Like the PC, the Internet is a tidal wave. It will wash over the computer industry and many others, drowning who don’t learn to swim in its waves.”

                                                                                       (Palani Murugappan,1999) 

      Menurut Brian J. Thomas (1995) pula, Internet merupakan sekumpulan komputer yang berhubung antara satu sama lain, dengan menggunakan talian telefon, setiapnya berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang sama atau protokol, dikenali sebagai TC/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol).  Selagi komputer-komputer ini berhubung menggunakan protokol yang sama, maka komputer-komputer ini boleh bertukar-tukar maklumat.  

      Ford dan Dixon (1996) di dalam bukunya telah menjelaskan bahawa Internet berasal daripada Amerika Syarikat pada tahun 1960an semasa Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat membuat projek penyelidikan pada rangkaian komputer yang dikenali sebagai ARPANet (Advance Research Project Agency Network).  Tujuan asal projek ini adalah untuk  untuk memastikan bahawa mereka mendahului di dalam bidang sains dan teknologi.  Namun, ia kemudiannya diperkenalkan kepada universiti-universiti dan pusat-pusat penyelidikan.  Dengan ini, ahli sains yang berada berbatu-batu jauhnya boleh bekerja bersama-sama dengan menghubungkan komputer-komputer penyelidikan mereka.    

2.8  Laman Web  

      World Wide Web (WWW) merupakan bahagian Internet yang paling pesat berkembang dalam banyak hal dan paling menarik minat ramai orang.  WWW telah lahir di European Particle Physics Lab (CERN) di Switzerland. Tujuan asal WWW adalah untuk menggunakan rangkaian hyperteks untuk memudahkan ahli-ahlinya berkomunikasi.  Pada peringkat awal

Page 10: kemajuan kerja

penggunaannya, WWW adalah terhad kepada kegunaan bukan komersial kerana ianya dibiayai hampir keseluruhannya oleh kerajaan Amerika Syarikat.  Walaubagaimanapun, menjelang tahun 1992, syarikat Deplhi telah menawarkan perkhidmatan komersial Internet.  Ini telah menyebabkan munculnya laman web – laman web komersial.   

      Seperti yang digambarkan oleh namanya, World Wide Web merupakan rangkaian yang bersambung secara global.  Web mengandungi banyak perkara tetapi yang menjadikannya mempersonakan kepada pihak ialah laman web yang menggabungkan teks, grafik, bunyi, animasi dan elemen multimedia lain.  Sebenarnya, setiap laman merupakan penerbitan multimedia interaktif yang mungkin termasuk video dan muzik, di samping grafik dan teks.  

      Laman di Web dibentuk dengan menggunakan bahasa tokokan yang disebut Hypertext Markup Language, HTML.  Bahasa ini mengandungi perintah yang memberitahu web browser bagaimana untuk mempaparkan teks, grafik dan fail multimedia.  Ia mengandungi perintah untuk memautkan laman itu ke laman lain dan ke sumber Internet yang lain.  

      Pengguna akan bergantung kepada suatu perisian untuk bersambung kepada mesin yang jauh atau server, di mana maklumat di simpan.  Perisian ini di kenali sebagai web browser. Di antara perisian web browser yang terdapat di pasaran adalah Internet Explorer, Netscape Navigator dan Opera.  Web browser ini akan hanya berfungsi untuk mempersembahkan data kepada pengguna.  Manakala server pula hanya berfungsi untuk mengekstrak data dan tidak mengambil tahu cara data perlu dipersembahkan kepada pengguna.  Hubungan di antara web browser dan web server ditunjukkan di dalam Rajah 2.2 

                                                (Harley Hahn,1996)

Rajah 2.2 : Hubungan antara web browser dan web server    

2.8.1    Kebaikan Penggunaan Laman Web  

      Sebagaimana yang dihuraikan sebelum ini, penggunaan Internet dan laman web berkembang dengan begitu pesat di semua kalangan masyarakat.  Kemudahan-kemudahan ini telah banyak membawa faedah kepada semua golongan masyarakat.  Di antara kebaikan-kebaikan penggunaan laman web yang dijelaskan oleh Caroll, Broadhead dan Cassel (1997) adalah seperti berikut:  

i. Mudah memperolehi maklumat

   Internet merupakan suatu tempat di mana segala maklumat dan pengetahuan dapat di cari dengan masa yang pantas dan kos yang murah.  Teknologi World Wide Web yang membawa kepada perkembangan ini.  Melalui laman web, kita dapat meninjau beribu-ribu laman web yang mengandungi pelbagai

Page 11: kemajuan kerja

maklumat yang berbentuk naskah, gambar, bunyi dan video. Sesiapa sahaja dapat menggunakannya walaupun kurang arif menggunakan komputer.  

ii. Menerbitkan sesuatu

   Internet membenarkan sesiapa sahaja yang berminat menerbitkan hasil kerjanya pada laman web.  Ini telah memberi peluang kepada semua menggunakan kemudahan-kemudahannya.  

iii. Berkomunikasi di antara satu sama lain

   Internet merupakan revolusi kepada sistem perhubungan yang sedia ada sekarang.  Sebagai contohnya, e-mail telah menggantikan sistem mel konvensional dan Internet juga telah menggantikan alat faks pada tahun 1990an, di mana ia membenarkan orang berkomunikasi antara rakan sahabat, teman sekerja dan keluarga.  Selain daripada itu, Internet juga membenarkan kita untuk mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar maklumat dengan sesiapa sahaja tanpa mengenal batas sempadan.  

      Kemudahan-kemudahan yang disediakan daripada Internet ini dapat digunakan untuk menghasilkan satu sistem perancangan dan pemantauan projek yang lebih memuaskan bagi memenuhi keperluan pengurusan projek yang semakin rumit.    

2.9  Perisian Yang Digunakan  

      Bagi membantu di dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini, terdapat beberapa perisian telah digunakan.  Perisian-perisian ini diguna pakai bagi membina Gambarajah Aliran Data (DFD), Gambarajah Hubungan Entiti (ERD), pangkalan data, membentuk laman web dan sebagainya.  Di antara perisian-perisian yang digunakan adalah: 

i. Microsoft Visio ii. Microsoft Access

iii. Microsoft Personal Web Server iv. Macromedia Dreamweaver v. Macromedia ColdFusion

    

2.9.1     Microsoft Visio  

Page 12: kemajuan kerja

       Microsoft Visio telah dikeluarkan pertama kalinya pada tahun 1992.  Sejak daripada itu, ia mula berkembang kepada beberapa versi yang baru.  Bagi Projek Sarjana Muda ini, Microsoft Visio 2002 telah digunakan.  

      Microsoft Visio ini telah digunakan bagi tujuan rekabentuk komponen-komponen untuk DFD dan ERD.  Perisian ini dipilih memandangkan perisian ini memudahkan kerja-kerja merekabentuk komponen-komponen DFD dan ERD.  Microsoft Visio ini amat mudah digunakan da ianya bercirikan user friendly.  Malah ianya lebih mudah digunakan jika dibandingkan dengan produk- produk Microsoft yang lain seperti Word dan Powerpoint.  Ini kerana konsep penggunaanya adalah menggunakan konsep drag and drop.    

2.9.2    Microsoft Access  

      Terdapat berbagai-bagai pilihan perisian di pasaran pada masa ini yang boleh digunakan sebagai Database Management System, DBMS bagi membentuk serta mengurus pangkalan data.  Di antara perisian-perisian DBMS yang boleh dijumpai pada masa kini ialah Visual Basic, Visual Fox Pro, Microsoft Access dan sebagainya.  

      Dalam Projek Sarjana Muda ini, Microsoft Access telah dipilih sebagai DBMS.  Perisian ini dipilih untuk kajian ini kerana perisian ini mempunyai banyak kelebihannya berbanding perisian yang lain di pasaran.  Di antara kelebihan-kelibihan yang ada pada Microsoft Access adalah: 

i. Ia sesuai digunakan dengan perisian yang lain seperti Microsoft Word, Excel, Power Point, Microsoft Project serta boleh dijadikan tapak bagi data asas aplikasi tanpa talian ASP, PHP dan CFM.

 

ii. Ia mempunyai ciri bantuan yang teratur dan mudah untuk difahami.

 

iii. Ia mempunyai keupayaan mengimport dan mengeksport data dalam berbagai format yang lazim digunakan untuk menyimpan data.

 

iv. Memudahkan penyediaan laporan kerana data-data boleh dihubungkan dengan program Windows yang lain.

 

Page 13: kemajuan kerja

v. Ia mempunyai keupayaan WYSIWG (what you see is what you get) iaitu ia membenarkan kita melihat hasil kerja kita apabila dicetak.

   

2.9.3    Microsoft Personal Web Server  

      Server adalah sesuatu program di mana ia membenarkan web browser untuk dihubungkan kepada laman web yang telah dibentuk.  Server yang digunakan bagi Projek Sarjana Muda ini ialah Microsoft Personal Web Server daripada pakej Windows 98.  Personal Web Server ini boleh digunakan untuk mencipta dan menguji laman web.  Server ini tidak cukup berkuasa untuk menghubungkan laman web yang direkabentuk dalam komputer tempatan kepada World Wide Web (WWW).  Walaubagaimanapun, ianya cukup berkuasa untuk menguji laman web tersebut dalam komputer persendirian sebelum dilancarkan ke dalam server yang lebih besar lagi.  Selain itu, ia digunakan sebagai perisian untuk mengurus segala yang ada pada suatu server.  

      Di samping pengunaannya yang mudah, Personal Web Server juga dipilih kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat pada perisian ini.  Penggunaan perisian ini contohnya dapat menjimatkan kos kepada pengguna yang mempunyai bajet rendah seperti sekolah.  Oleh yang demikian, penggunaan perisian ini akan membolehkan sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menjadikan komputer peribadi mereka sebagai server dan seterusnya menyalurkan maklumat ke dalam Internet.    

2.9.4    Macromedia Dreamweaver  

      Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan bagi membangunkan sesebuah halaman web.  Pendekatan yang dipilih bergantung kepada faktor kewangan, keperluan, kemahiran serta penguasaan dalam memahami bahasa HTML.  Perisian Editor HTML diperlukan bagi tujuan pembangunan dan salah satu daripada  perisian Editor yang terdapat di pasaran ialah Macromedia Dreamweaver.  Sejak mula diperkenalkan kepada umum pada Disember 1997, Macromedia Dreamweaver telah melalui pelbagai perubahan serta peningkatan keupayaan.   

      Macromedia Dreamweaver MX lahir daripada permintaan ramai yang memerlukan sebuah perisian pembangunan halaman web yang bukan sahaja mudah untuk digunakan tetapi mempunyai keupayaan yang tinggi khususnya di dalam membangunkan sebuah halaman web yang bersifat interaktif serta dinamik.  

Page 14: kemajuan kerja

      Macromedia Dreamwever MX menggabungkan kelebihan-kelebihan yang ada pada perisian Macromedia Homesite serta Macromedia Drumbeat ke dalamnya.  Ciri-ciri tambahan pada versi MX ini menjadikan perisian Macromedia Dreamweaver MX cukup popular, berkuasa dan berkeupayaan dalam menghasilkan sebuah halaman web yang lebih menarik, dinamik dan interaktif.  

      Macromedia Dreamweaver MX menawarkan persekitaran kerja bersifat WYSIWYG (what you see is what you get) yang membolehkan sesiapa sahaja membangunkan sesebuah halaman web tanpa perlu mengetahui sebaris pun kod atau bahasa HTML.  Selain dari itu ianya juga menawarkan kemudahan paparan dan penghasilan halaman web berasaskan kod HTML yang digemari oleh ramai pembangun halaman web professional.  Kedua-dua mod bekerja atau mod paparan ini boleh dipilih mengikut keperluan serta tahap kemahiran masing-masing.

 Dengan pelbagai keistimewaan serta kemudahan yang ditawarkan oleh perisian Macromedia Dreamweaver MX, tidak hairanlah ianya menjadi pilihan ramai kebanyakkan pengguna masa kini.  

2.9.5    Macromedia ColdFusion

  

      Perisian ColdFusion merupakan salah satu daripada perisian yang digunakan untuk kajian ini. ColdFusion adalah merupakan perisian yang dibangunkan oleh Allaire Corp.  Perisian ini bertujuan untuk menjadi antaramuka untuk dokumen hypertext atau lebih dikenali sebagai HTML dengan perisian pangkalan data yang lain seperti Microsoft Access dan FoxPro.  Tujuan antaramuka ini adalah untuk memudahkan pengurusan maklumat tanpa perlu melakukan kerja kemaskini yang banyak.  Biasanya tanpa antaramuka ini, data di dalam pangkalan data tidak dapat dirangkaikan kepada maklumat yang ada pada dokumen HTML.  Oleh itu, kerja mengemaskini data menjadi kerja yang berulang kerana terpaksa mengemaskini dua data yang telah sedia ada.  

      Data yang ada pada dokumen tetapi tidak dirangkaikan kepada pangkalan data dipanggil sebagai dokumen statik.  Data jenis ini hanya sesuai untuk data yang jarang memerlukan kerja kemaskini.  Tetapi, pada masa kini, data sentiasa perlu dikemaskini untuk memastikan para pengguna tidak akan ketinggalan.  Maka dokumen statik tadi  perlu dijadikan sebagai dokumen dinamik untuk memastikan kerja-kerja kemaskini data sentiasa boleh dilakukan.  Maka untuk menjadikan dokumen tersebut sebuah dokumen yang dinamik, ia perlu dirangkaikan kepada pangkalan data agar sekiranya ada perubahan data di dalam pangkalan data maka data di dalam dokumen tersebut juga akan berubah secara automatik.  Di dalam industri pembinaan rekod-rekod bagi sesuatu projek itu perlu dikemaskini.  Jadi penggunaan perisian ini amat bersesuaian sekali di dalam industri pembinaan.  

      Selain daripada ColdFusion terdapat juga antaramuka lain yang biasa digunakan seperti  JavaScript oleh Sun Corp dan CGI (Common Gateway Interface Script) yang biasa

Page 15: kemajuan kerja

digunakan dahulu.  Penggunaan JavaScrip dan CGI amat rumit kerana memerlukan pengetahuan asas di dalam bahasa C++.  Walaubagaimanapun, perisian ColdFusion adalah amat mudah dan lebih fleksibel.  Bahasa yang digunakan adalah serupa dengan penggunaan bahasa untuk membentuk dokumen HTML dengan sedikit tambahan tatanda ColdFusion.