wakaf minda

Upload: sellxdin

Post on 01-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minda

TRANSCRIPT

Fakulti Pengajian Pendidikan43400 UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan

KERTAS CADANGANPROGRAM INOVASI UNTUK LATIHAN MENGAJARPROGRAM BACELOR PENDIDIKAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH DENGAN KEPUJIAN (PPG)) SEMESTER TUJUH 2014 - 2015

Nama Sekolah: SK. Bagan Terap, 45300 Sg. Besar Selangor Darul EhsanTel. Sekolah: 03 - 32165143

TAJUK:WAKAF MINDA

DIHASILKAN OLEH:Nama : Azizah binti BaharomNo. Kad Pengenalan: 680307-10-5328No. Matrik : J 44411KERTAS CADANGANPROGRAM INOVASI UNTUK LATIHAN MENGAJARPROGRAM BACELOR PENDIDIKAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH DENGAN KEPUJIAN (PPG)) SEMESTER TUJUH 2014 - 2015

Nama Sekolah: SK. BAGAN TERAP, SUNGAI BESAR,SELTel. Sekolah: 03 - 32165143

TAJUK:WAKAF MINDA

1.0 PENGENALAN Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Melalui pembacaan, kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan di samping mengetahui perkembangan terkini. Selain itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.

Di samping itu, melalui pembacaan juga kita akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan dalam kehidupan sehari-harian. Membaca juga boleh merehatkan minda setelah penat belajar seharian.Ada banyak bahan bacaan yang mudah diperoleh dewasa ini. Antaranya ialah komik, surat khabar, majalah atau melalui internet. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.Oleh itu, diharapkan Wakaf Minda ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid sekolah ini. Dengan adanya ruang bacaan yang selesa dan lari daripada skop bilik darjah akan dapat menarik minat murid untuk lebih membaca. Murid akan dapat menikmati suasana luar yang nyaman sambil menambah ilmu pengetahuan bagi mengisi masa lapang mereka. Bahan-bahan bacaan yang disediakan juga sesuai dengan peringkat umur murid-murid.Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Cadangan mewujudkan Wakaf Minda adalah kerana sebilangan besar murid Sekolah SK Bagan Terap,Sungai Besar, Selangor kurang minat membaca . Budaya membaca perlu dipupuk terhadap murid-murid sekolah pada setiap masa dan di mana mereka berada terutamanya ketika berada di sekolah.Pencapaian akademik murid-murid di sekolah ini yang kebanyakannya pada tahap yang kurang memuaskan. Maka diharapkan dengan adanya WAKAF MINDA ini dapat meningkatkan tahap pencapaian dalam akademik.

2.0 RASIONAL 2.1 Menggunakan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin dalam bilik darjah dan pada waktu rehat. 2.3 Kemahiran membaca khususnya bahan-bahan bacaan dianggap sebagai kemahiran hidup yang perlu dikuasai oleh semua murid bagi meningkatkan pencapaian akedemik.2.4Membantu guru-guru di sekolah ini dalam mencari bahan pengajaran untuk mendidik dan membimbing murid-murid dalam semua mata pelajaran.2.5Menyemai rasa cinta warga sekolah terhadap ilmu dan kawasan sekolah yang ceria seperti Wakaf Minda di samping meningkatkan pencapaian murid di dalam mata pelajaran.

3.0 MATLAMAT Mewujudkan budaya membaca khususnya dalam kalangan warga sekolah dan melahirkan murid yang cemerlang dari sudut rohani dan jasmani melalui budaya membaca sebagai amalan hidup. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Memupuk budaya membaca khususnya bahan-bahan bacaan seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan lain-lain pada peringkat awal lagi. 4.2 Menanamkan minat membaca di kalangan warga sekolah dan masyarakat. 4.3 Amalan membaca khususnya bahan-bahan bacaan Bahasa Melayu sebagai satu jambatan ilmu. 4.4 Melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif. 4.5 Meningkatkan keputusan akademik pelajar khususnya dalam semua mata pelajaran dengan lebih cemerlang dan gemilang4.6Meningkatkan penglibatan murid-murid dengan aktiviti membaca.4.7Mewujudkan suasana ceria dan menarik minat untuk membaca.4.8Menambah sudut pembelajaran dan informasi di luar bilik darjah.4.9Dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada murid, guru dan Memberi peluang kepada murid merasai suasana membaca yang santai.

5.0 SASARAN 5.1 Semua warga sekolah (murid-murid dan guru-guru). 5.2 Ibu bapa / penjaga murid dan masyarakat setempat khususnya yang datang ke sekolah untuk menguruskan persekolahan anak-anak mereka.

6.0 NAMA PROJEK6.1Wakaf Minda

Nama Projek : Wakaf MindaKawasan Projek : Di laluan antara Blok A dan B di kawasan Taman Herba.Tarikh Pelaksanaan Projek : 23 Mac hingga 27 April 2015 Bahan-bahan Cadangan yang Akan Disediakan di Tempat Ini :Karya murid, buku skrap, buku cerita, majalah dan carta Kad bacaan

7.0SKOP DAN LIMITASI PROJEK.Skop kajian ialah untuk menggunakan kawasan sekolah yang masih belum dimanfaatkan, modul-modul yang penulis hasilkan, buku-buku cerita yang sudah lama daripada perpustakaan dan surat khabar lama. Di samping itu, penulis juga menyediakan kad-kad perkataan dan carta-carta tatabahasa. Penulis juga mempamerkan hasilan kerja murid secara individu dan berkumpulan.

8.0HARAPAN DAPATAN IMPAK DARIPADA PENYEDIAAN PROJEKAntara harapan penulis ialah:8.1 Dapat memupuk budaya membaca khususnya bahan-bahan bacaan `pada peringkat awal lagi. 8.2 Dapat menanamkan minat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat. 8.3 Menyemai sikap amalan membaca sebagai satu jambatan ilmu. 8.4 Dapat melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif. 8.5 Dapat meningkatkan keputusan akademik pelajar khususnya dalam semua mata pelajaran.

9.0ANGGARAN KOS PROJEKKos anggaran untuk projek inovasi ini dianggarkan RM 330.00. Berikut ialah anggaran perbelanjaan untuk menghasilkan projek inovasi iaitu WAKAF MINDA

BilPenggunaanAnggaran Perbelanjaan

1Kain pelapik meja dan renda kain RM 50.00

2Kain atau plastik untuk papan kenyataan RM 50.00

3Kertas hadiah untuk dinding dan membalut kotak bekas bahan bacaan RM 30.00

4Tikar getah untuk WAKAF MINDA RM 30.00

5Buku cerita dan majalah baharu(Sebahagiannya sumbangan perpustakaan dan para masyarakat) RM 20.00

6Bahan untuk menghasilkan buku skrap RM 40.00

7Alat tulis, gam dan selotip RM 30.00

8Fotostat bahan RM 30.00

9Bakul untuk bahan bacaan RM 50.00

Jumlah Keseluruhan RM 330.00

10.0 STRATEGI UNTUK MENYEDIAKAN WAKAF MINDA 10.1 Memberitahu cadangan dan meminta pandangan untuk menyediakan WAKAF MINDA kepada Guru Besar dan warga sekolah. 10.2 Memberi taklimat pelaksanaan kepada pihak pentadbiran sekolah. 10.3 Membentuk AJK guru dan murid peringkat sekolah (sila lihat lampiran)10.4 Memaklumkan kepada semua warga sekolah. 10.5 Pemilihan kawasan. 10.6 Pelaksanaan. 10.9 Perasmian.10.10Menarik minat dan mengalu-alukan penggunaan WAKAF MINDA .

11.0 PELAN TINDAKAN DAN TATACARA PENGURUSANPelan tindakan dan tatacara pengurusan dalam penyediaan WAKAF MINDA adalah seperti berikut:-11.1Projek ini akan dilaksanakan sepanjang tempoh praktikum dari 23 Mac hingga 12 Jun 2015. 11.2Kertas cadangan projek atau program (pelan tindakan dan konsep program) akan dibentangkan dalam mesyuarat perjumpaan dengan pensyarah UPM yang dilantik, pihak pentadbiran sekolah, guru pembimbing latihan mengajar dan jawatankuasa pelaksana. 11.3Pemantauan projek akan dikendalikan oleh dan dipantau dari semasa ke semasa oleh pensyarah UPM yang dilantik, pihak pentadbiran sekolah, guru pembimbing latihan mengajar dan jawatankuasa Pelaksana Program SK> Bagan Terap. Sungai Besar Selangor melalui mesyuarat atau perjumpaan rasmi atau tidak rasmi.11.4Pendedahan konsep, matlamat, objektif penyediaan WAKAF MINDA kepada warga sekolah.11.5Penubuhan AJK WAKAF MINDA guru dan murid. 11.6Mencari bantuan khidmat nasihat pakar / bimbingan / kewangan (sekolah).11.7Mencari maklumat yang berkaitan.11.8Merancang aktiviti / program / bahan-bahan yang akan diletakkan. 11.9Melaksanakan penyediaan WAKAF MINDA yang dirancang.11.10Perbincangan dan memohon pandangan daripada pihak pentadbir dan guru-guru yang lain dari masa ke semasa. 11.11Aktiviti susulan.11.12Pemantauan & penyelenggaran.11.13Laporan.

12.0PELAKSANAAN12.1Penyediaan WAKAF MINDA adalah berdasarkan Pelan Tindakan yang diluluskan.12.2Pemberitahuan tentang wujudnya WAKAF MINDA akan diberitahu semasa perhimpunan rasmi mingguan. 12.3Postmortem projek inovasi untuk penambahbaikan akan dilakukan.12.4Penglibatan pihak sekolah (pentadbir, guru-guru dan murid-murid) atau swasta untuk khidmat nasihat.

13.0APLIKASI ILMU DALAM PENYEDIAAN WAKAF MINDA13.1Bahan-bahan yang akan disediakan dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir. 13.2 Bahan-bahan yang akan disediakan terdapat penggabungjalinan yang memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan dapat mengelakkan kebosanan.13.3 Bahan-bahan yang akan disediakan terdapat penyerapan unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni.13.4 Bahan-bahan yang akan disediakan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja dan bahan-bahan aktiviti boleh disediakan untuk murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.13.5 Bahan-bahan yang akan disediakan terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain disediakan untuk aktiviti pemulihan.13.6 Soalan-soalan yang akan disediakan bercorak penilaian secara tidak langsung yang perlu dijalankan berterusan.13.7 Bahan-bahan yang akan disediakan di kedua-dua sudut bacaan ini terdapat pelbagai teknik latih tubi dalam Bahasa Melayu iaitu aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin kekekalannya seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

14.0KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENYEDIAAN WAKAF MINDA14.1Kreativiti yang akan diutamakan dalam Penyediaan WAKAF MINDA 14.1.1 Mewujudkan persekitaran yang selesa dan praktikal untuk perkembangan kreativiti murid-murid dan semua warga sekolah 14.1.2 Menggalakkan perkembangan idea dan pendapat murid-murid serta semua warga sekolah .14.1.3 Pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti murid-murid dan semua warga sekolah .14.1.4 Membina suasana dan iklim organisasi tempat kerja yang menggalakkan kreativiti murid dan warga sekolah.14.1.5 Membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah .

15.2Inovasi yang akan diutamakan dalam Penyediaan WAKAF MINDA15.2.1 Menarik minat semua warga sekolah dalam akitiviti membaca dalam suasana yang selesa dan menarik. 15.2.2 Muafakat dan perbincangan tentang penyediaan kedua-dua sudut bacaan, maklumat dan fakta yang diperoleh dan akan disediakan daripada warga sekolah, pengguna, masyarakat dan persekitaran. Sesi muafakat berlaku secara berterusan.15.2.3 Mementingkan pengurusan, wawasan dan objektif penyediaan sudut bacaan, pendapat daripada orang lain dan rupa bentuk yang fleksibel dan menarik.15.2.4 Mementingkan keupayaan mengatasi rintangan dan keberanian untuk mencuba idea yang unik dan ganjil.15.2.5 Melakukan inovasi, suasana yang mendorong inovasi dan penyertaan disebabkan keseronokan melakukan perkara baharu dan mencipta nama baru.15.2.6 Mementingkan jangkaan kepentingan WAKAF MINDApada masa depan.

16.0 SUMBER MANUSIAUntuk mencapai tujuan menyediakan Wakaf Minda sepanjang latihan mengajar ini dijalankan penulis akan meminta bantuan para pekerja swasta sekolah, guru-guru dan murid-murid terutama dari segi khidmat nasihat dan dorongan.Penulis akan meminta bantuan murid-murid menghasilkan buku-buku skrap bagi menambahkan bahan pada kedua-dua sudut bacaan. Penulis juga akan meminta kerjasama daripaqda Pusat Sumber Sekolah dari segi penyediaan bahan bacaan yang menarik dan berkualiti. Di samping itu, bantuan para pekerja swasta untuk menyediakan meja-meja dan bangku-bangku di Wakaf Minda amatlah dialu-alukan dan diucapkan terimakasih.

17.0 KESIMPULANPihak sekolah telah menggalakkan mewujudkan sudut-sudut bacaan seperti Wakaf Minda yang akan dapat mengisi masa-masa terluang murid bagi mendapatkan bahan bacaan. Ini disebabkan lokasi Pusat Sumber yang agak jauh dan memakan masa untuk ke sana.Untuk mencapai tujuan ini, pihak sekolah telah memberi kebenaran kepada penulis untuk menyediakan Wakaf Minda sepanjang latihan mengajar ini dijalankan. Kebenaran ini telah diberikan setelah penulis berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah dan memohon kebenaran untuk menjalani latihan mengajar di sekolah ini di samping berbincang tentak projek inovasi yang perlu dihasilkan pada 12 Februari 2015. Diharapkan penyediaan Wakaf Minda ini dapat memberikan manfaat kepada semua warga sekolah SK. Bagan Terap. Selain itu, diharapkan dapat menyemai sikap murid-murid di sekolah ini menggunakan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah, membantu guru-guru di sekolah ini dalam mencari bahan bacaan dan menyemai rasa cinta warga sekolah terhadap ilmu dan kawasan sekolah seperti kata orang bijak pandai Sekolahku, syurgaku.

Disediakan oleh,

.............................................................(AZIZAH BINTI BAHAROM)Pelajar Semester Tujuh 2014 2015,Program Bacelor Pendidikan,(Pendidikan Sekolah Rendah dengan Kepujian (PPG)),Mata Pelajaran Inovasi untuk Latihan Mengajar,Fakulti Pengajian Pendidikan,43400 UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Disokong oleh,

.............................................................(EN. MOHAMAD ZAMHARI BIN FADZLULLAH)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Bagan Terap,45400 Sungai Besar ,Selangor Darul Ehsan.

Disokong oleh,

.............................................................( )Peyelia Major Semester Tujuh 2014 2015,Program Bacelor Pendidikan,(Pendidikan Sekolah Rendah dengan Kepujian (PPG)),Mata Pelajaran Inovasi untuk Latihan Mengajar,Fakulti Pengajian Pendidikan,43400 UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan.

10