· web viewperlaksanaan serta mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) dalam...

11
Aktiviti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Kursus: Kemahiran Belajar Tajuk: Kemahiran Membuat Nota Dengan Menggunakan Pemetaan i-THINK Jabatan: Jabatan Teknologi Pendidikan 1.0 PENDAHULUAN Dalam usaha untuk bersaing dengan negara-negara maju di dunia, sistem pendidikan negara kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Perlaksanaan serta mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran diharapkan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa sepertimana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015. Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke-21 adalah mengajarkan pelajar untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini walaupun sebenarnya sudah lama wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom, tetapi barulah kini semakin giat dipromosikan sebagai kemahiran berfikir yang juga boleh diajar kepada semua aras pelajar, tanpa perlu lagi melalui KBAR, iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah. 1

Upload: phamthu

Post on 05-May-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · Web viewPerlaksanaan serta mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran diharapkan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan

Aktiviti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kursus: Kemahiran Belajar

Tajuk: Kemahiran Membuat Nota Dengan Menggunakan Pemetaan i-THINK

Jabatan: Jabatan Teknologi Pendidikan

1.0 PENDAHULUAN 

Dalam usaha untuk bersaing dengan negara-negara maju di dunia, sistem pendidikan negara kita

perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis

dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Perlaksanaan

serta mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan

Pembelajaran diharapkan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan

peringkat antarabangsa sepertimana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

2013-2015.

Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke-21 adalah mengajarkan pelajar

untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini walaupun sebenarnya sudah

lama wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom, tetapi barulah kini semakin giat

dipromosikan sebagai kemahiran berfikir yang juga boleh diajar kepada semua aras pelajar,

tanpa perlu lagi melalui KBAR, iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah. 

2.0 KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 

KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan membabitkan empat

aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logikal,

pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya pelajar mencerap sesuatu data atau

maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai

bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Memiliki

1

Page 2:  · Web viewPerlaksanaan serta mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran diharapkan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan

kemahiran ini pelajar bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan

mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata

diberikan suatu soalan, maka pelajar boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru

dan melihat daripada pelbagai aspek. Di sini, dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif,

inovatif dan mereka cipta di kalangan pelajar. KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu

dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada pelajar. Mereka akan dapat

mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan

menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya, pelajar dapat meningkatkan

kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa jua perkara yang mereka pelajari nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar maka peranan

guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan

tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di institusi

pendidikan tinggi suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan

kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada pelajar dalam

pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan

KBAT semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Soalan dikemukakan adalah

soalan yang membolehkan pelajar mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu

maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah

dipelajari.

Berikut merupakan beberapa cara dan strategi yang boleh digunakan oleh rakan guru bagi

menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT:

a. Tingkatkan Soalan Aras Tinggi

Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa memberikan

soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran

2

Page 3:  · Web viewPerlaksanaan serta mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran diharapkan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan

seseorang pelajar itu. Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antara ciri-ciri

Soalan KBAT adalah soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa,

Sintesis dan juga Penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah

antara beberapa kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka perbanyakkanlah

soalan-soalan yang sebegitu. 

b. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian Masalah

Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru boleh lah memperbanyakkan

lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam situasi baru yang diberi, pelajar perlu

lah menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang

bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut. Objektif dalam

menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi membolehkan kita membuat

penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan pelbagai pilihan dengan sebanyak

mungkin, dan membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor

serta kesan akibatnya. Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula

dengan menyedari apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan

penyelesaian, meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan terbaik

sebagai penyelesaian. 

c. Teknik Menyoal

Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan.

Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara

berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan

dengan isi pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Kejayaan

penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik

menyoal. Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal.

Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, tetapi

3

Page 4:  · Web viewPerlaksanaan serta mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran diharapkan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan

juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling

memahami dan bekerjasama.

Tujuan Teknik Penyoalan

- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi

- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain

- Menegaskan kepentingan isi

- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri

- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar

- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis

- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Walau bagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna pemikiran. Ini

kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan

menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi. Berikut merupakan Panduan Penyoalan yang

betul bagi membantu guru untuk mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar: 

- Soalan hendaklah dirancang

- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar

- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar

- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan

- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas

- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja

- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid

- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid

- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas

- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir

- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya

- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas

4

Page 5:  · Web viewPerlaksanaan serta mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran diharapkan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan

d. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku Teks

Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku teks yang disediakan sudah lama mengandungi

aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi. Perhatikan semula kandungan dalam buku

teks serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu. Maka gunakanlah sebaiknya

aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk pelajar yang mahir dalam menggunakan

kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT

e. Pembelajaran Berasaskan Projek

Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan

memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL). 

Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam jangka

panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya menyediakan

soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data,

menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau pun bertulis. Dengan ini

pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam menyelesaikan tugasan

yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam proses pengajaran yang aktif dan

menyeronokkan seperti kaedah projek. Pelaksanaan  STEM  juga mampu menjadi pemangkin

kepada pembelajaran berasaskan projek.

f. Menggunakan Alat Berfikir

Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan

menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda dengan

lebih bijak dan berkesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru

dalam melakukan sesuatu.

Berikut merupakan antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan

ketrampilan dalam berfikir, iaitu:

5

Page 6:  · Web viewPerlaksanaan serta mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran diharapkan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan

- Soalan dan penyoalan

- Peta Minda

- Pengurusan Grafik

- CoRT

- i-Think

- 6 Thinking Hat

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita dan alat

pengurusan kognitif. Alat komunikasi yang menggunakan simbol untuk menggambarkan

pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka. Tujuan utama

pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.

Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam bentuk garis

panduan yang digunakan untuk meningkatakn kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan alat ini

dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai faktor,

menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap

suatu tindakan, meneroka kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari

pelbagai sudut pandangan.

6

Page 7:  · Web viewPerlaksanaan serta mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran diharapkan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan

Pemetaan i-THINK merupakan satu program yang bertujuan mempertingkat dan

membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Peta pemikiran dapat

merangsangkan daya fikir seseorang. Peta pemikiran juga merupakan salah satu cara mudah

memahami sesuatu isu dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai dengan topik

dipelajari. Penggunaan Pemetaan i-THINK dapat membantu guru pelatih dalam:

- Proses menggunakan minda

- Mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu

- Menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan

- Membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

- Membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialam.

3.0 CADANGAN AKTIVITI

a. Objektif Aktiviti:

1. Mengaplikasi pelbagai jenis alat berfikir dalam meningkatkan kemahiran belajar.

2. Menghasilkan alat pengurusan grafik tentang KBAT untuk digunakan dalam mengurus pemikiran dan membuat nota.

b. Tajuk: Alat Pengurusan Grafik

“Dalam anjakan ke 9, Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025 mensasarkan untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa dan satu dari 6 aspirasi murid untuk bersaing di peringkat global ialah kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir ini akan diberi penekanan dalam kurikulum, pedagogi dan pentaksiran, merombak semula peperiksaan dan pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (higher order thinking skills)”

7

Page 8:  · Web viewPerlaksanaan serta mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran diharapkan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan

a. Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dari aspek maksud, jenis alat berfikir dan kepentingan kemahiran berfikir aras tinggi.

b. Hanya maklumat dari sumber (sama ada akhbar, jurnal, buku atau pun laman web) yang boleh dipercayai sahaja yang boleh digunakan.

c. Berdasarkan nota yang dihasilkan menerusi pencarian maklumat seperti di atas, anda dikehendaki menyediakan satu alat pengurusan grafik yang menggambarkan maklumat yang telah anda perolehi.

8