persaingan johor aceh portugis

27
Pendahuluan Pemerintahan Johor yang memerintah Johor pada 1528 ialah Sultan Alauddin Riayat Shah II yang telah di lantik sebagai sultan bagi seluruh kerajaan Johor pada masa itu.. Beliau juga merupakan sultan Johor yang kedua. Sultan Alauddin Riayat Shah telah berangkat ke negeri Johor dengan bendahara, Di sana, menurut sejarah Sultan Alauddin Riayat Shah II telah berkahwin dengan Puteri Kesuma Devi dan mempunyai putera dan puteri yang bernama Raja Muzaffar dan Raja Fatimah. Sebelum kedatangan kerajaan Johor, telah muncul sebuah kerajaan kesultanan melayu Melaka yang cukup kuat dan mempunyai sebuah empayar yang masyhur dalam bidang politik, ekonomi, dan perdagangan. Selain itu juga, kerajaan Melayu Melaka juga merupakan negeri penaklukan di kawasan Asia Tenggara secara amnya. Selepas kejatuhan Melaka ini, maka bermulalah persaingan antara pewaris kerajaan Melaka dan Portugis untuk mengembalikan hak kedaulatan masing-masing daripada jatuh dan musnah. Dalam persaingan yang melibatkan Johor, Acheh dan Portugis, terdapat beberapa faktor iaitu dari segi politik yang melibatkan kepada kepentingan Selat Melaka sebagai jalan terpenting dalam hubungan perdagangan antara Timur dan Barat. Di 1

Upload: harunzz-abdullah

Post on 19-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


42 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: Persaingan Johor Aceh Portugis

Pendahuluan

Pemerintahan Johor yang memerintah Johor pada 1528 ialah Sultan Alauddin Riayat Shah II yang

telah di lantik sebagai sultan bagi seluruh kerajaan Johor pada masa itu.. Beliau juga merupakan

sultan Johor yang kedua. Sultan Alauddin Riayat Shah telah berangkat ke negeri Johor dengan

bendahara, Di sana, menurut sejarah Sultan Alauddin Riayat Shah II telah berkahwin dengan

Puteri Kesuma Devi dan mempunyai putera dan puteri yang bernama Raja Muzaffar dan Raja

Fatimah. Sebelum kedatangan kerajaan Johor, telah muncul sebuah kerajaan kesultanan melayu

Melaka yang cukup kuat dan mempunyai sebuah empayar yang masyhur dalam bidang politik,

ekonomi, dan perdagangan. Selain itu juga, kerajaan Melayu Melaka juga merupakan negeri

penaklukan di kawasan Asia Tenggara secara amnya. Selepas kejatuhan Melaka ini, maka

bermulalah persaingan antara pewaris kerajaan Melaka dan Portugis untuk mengembalikan hak

kedaulatan masing-masing daripada jatuh dan musnah.

Dalam persaingan yang melibatkan Johor, Acheh dan Portugis, terdapat beberapa faktor iaitu

dari segi politik yang melibatkan kepada kepentingan Selat Melaka sebagai jalan terpenting

dalam hubungan perdagangan antara Timur dan Barat. Di samping itu juga, kedudukan Sungai

Muda yang dalam dan amat strategik kerana terlindung daripada ancaman dan angin kencang

sehingga boleh memusnahkan kapal-kapal yang datang. Selain itu, faktor agama juga memainkan

peranan yang penting dalam persaingan ini. Bagi Acheh mereka lebih mementingkan agama

Islam dan menegakkkan Islam di Nusantara, dan Acheh juga dikenali sebagai pusat penyebaran

Islam. Keadaan ini amat berbeza dengan Portugis yang bermatlamat menyebarkan agama Kristian

di Timur. Hal ini telah menimbulkan peperangan diantara dua kuasa ini. Dan faktor seterusnya

melibatkan ekonomi yang cukup menguntungkan pada masa itu iaitu perdagangan. Pada zaman

pemerintahan Raja Mansur yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah III berlakunya peperangan

antara Portugis dan Johor. Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan abang kepada Raja Abdullah

telah mengadakan pertemuan dengan Admiral Matelief di atas kapal perang Belanda yang

1

Page 2: Persaingan Johor Aceh Portugis

bernama Oranje. Perbincangan ini juga berkisar kepada teknik untuk menyerang Melaka yang di

bawah penguasaan Portugis. Persaingan antara Johor dengan Acheh telah bermula sejak abad

ke-16 lagi. Namun ia semakin sengit ketika abad ke-17 semasa Acheh diperintah oleh Sultan

Iskandar Muda Mahkota Alam.

Latar belakang kerajaan Johor.

Sultan Alauddin Riayat Shah ii telah di lantik sebagai sultan bagi seluruh kerajaan Johor pada

tahun lebih kurang 1528. Beliau dilantik sebagai sultan Johor kedua. Sultan Alauddin Riayat

Shah dengan bendahara telah berangkat ke negeri Johor, Di sana, Sultan Alauddin Riayat Shah II

telah berkahwin dengan Puteri Kesuma Devi dan mempunyai putera dan puteri yang bernama

Raja Muzaffar dan Raja Fatimah. Beberapa tahun kemudian, Sultan Alauddin Riayat Shah serta

Bendahara berangkat Pekan Tua dan menjalankan pemerintahan di sana.Pada tahun 1533,

disebabkan Sultan Alauddin menghukum utusan Portugis, Portugis telah menyerang Pekan Tua.

Sultan Alauddin dan pembesarnya berundur ke Sungai Hulu dan membuat tempat kediaman di

Sayong. Sejak itu, ia sudah menjadi pusat pemerintahan. Pada tahun 1536, Sultan Alauddin

menghantar utusan perdamaian tersebut dipersetujui oleh Portugis dan balik semula ke Melaka.

Pada tahun 1539 dan 1540 Acheh menyerang Aru. Ratu Aru telah meminta bantuan

kepada Sultan Alauddin bagi melawan Acheh. Sultan Alauddin dan Ratu Aru berangkat ke

Kampar dan berkahwin di sana. Semasa Acheh menyerang Aru ,Sultan Alauddin telah

mengumpul anggota perang dan Berjaya menewaskan Acheh. Sejak itu, Aru takluk di bawah

perintahan Johor.Sultan Alauddin telah membuat tempat pusat pemerintahan baginda di Johor

Lama sejak awal tahun 1540 dan ia menjadi pusat kerajaan bagi Johor. Pada tahun 1564, Sultan

Alauddin Riayat Shah Al-Qahhar iaitu Sultan Acheh telah menghantar anggota perang

mengalahkan Negara Aru dan menyerang serta mengalahkan negeri Johor. Sultan Alauddin serta

anak isterinya ditawan dan dibawa ke Acheh. Mengikut Bustanu ‘s-Salatin dan buku-buku sejarah

2

Page 3: Persaingan Johor Aceh Portugis

Acheh menyatakan Sultan Alauddin Riayat Shah telah ditawan dan baginda telah mangkat

dibunuh di negeri Acheh. Mengikut Sejarah Melayu, disebabkan baginda mangkat di Johor Lama

mendapat nama Marhum Johor Lama. Tetapi sebenarnya baginda mendapat nama ini disebabkan

sempena berakhirnya pemerintahan baginda di Johor Lama.1

Setelah Sultan Alauddin Riayat Shah iii mangkat di Acheh ,saudaranya, Raja Abdullah

menjadi sultan Johor. Beliau digelar sebagai Sultan Abdullah Ma’ayat Shah dengan persetujuan

Sultan Acheh. Pada tahun 1617, Johor telah berbaik dengan Portugis dan Sultan Ma'ayat Shah

telah merasa bosan berbaik dengan Acheh. Beliau telah menceraikan isteri baginda iatu puteri

Acheh. Pada tahun 1618, sultan Abdullah telah berpindah ke Pulau Lingga disebabkan

kedudukannya di Batu Sawar tidak begitu selamat. Belioau juga telah berbaik dengan Portugis

bagi mendapat hasil kerajaan membuka jalan. Selepas lima tahun, pada awal 1623 tahun, Sultan

Acheh menghantar anggota tentera bagi menyerang pusat pemerintahan kerajaan Johor di Pulau

Lingga. Sultan Abdullah telah berundur diri ke Pulau Tambelan. Pada bulan mac 1623, Sultan

Abdullah Ma’ayat Shah telah mangkat di Pulau Tambelan.

Raja Mahmud pula naik taktha apabila Sultan Ibrahim Shah mangkat. Tetapi Ibu baginda iaitu

Paduka Tun Abdul Jamil berkuasa sebenar dalam pemerintahan. Ini adalah kerana pada waktu

Raja Mahmud masih muda iaitu berumur 10 tahun. Pada tahun 1685, Paduka Tun Jamil telah

menandatangani perjanjian perdagangan dengan orang belanda atas desakannya. Selepas 3 tahun,

Bendahara Seri Maharaja telah memusuhi Paduka Raja Tun Abdullah Jamil yang gila kuasa dan

menyingkirkan beliau daripada kerajaan Johor. Selepas itu, Bendahara menjadi orang yang paling

kuasa. Sultan Mahmud Shah ii hanya sebagai raja boneka.

Bendahara telah menandatangani satu perjanjian dengan orang-orang Belanda. Syarat-

syarat perjanjiannya ialah orang Belanda bebas berniaga, orang India tidak boleh tinggal di Johor,

orang-orang Siak dibenarkan menjual kayu-kayan balak kepada orang-orang Belanda dan perahu-

1 Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm 27.

3

Page 4: Persaingan Johor Aceh Portugis

perahu rakyat Johor yang datang berdagang ke Sungai Siak, hendaklah diperiksa. Nampakkan,

orang Belanda ini mencuba menyekat orang-orang melayu berdagang Sultan Mahmud telah

menghantar utusan ke Betawi tetapi tidak Berjaya. Sultan Mahmud Shah mempunyai tabiat pelik

seorang bengis yang telah pedulikan beliau , mereka selalu berunding dengan Bendahara.Sultan

Mahmud Shah ii mangkat pada bulan ogos 1699. Masa itu beliau berusia 24 tahun. Cerita

sebenarnya baginda telah dibunuh oleh pembesar kerana kezaliman dan kebengisan beliau.

SEBAB-SEBAB PERSAINGAN

POLITIK

Sebelum kedatangan kerajaan Johor, telah muncul sebuah kerajaan kesultanan melayu

Melaka yang cukup kuat dan mempunyai sebuah empayar yang masyhur dalam bidang politik,

ekonomi, dan perdagangan. Selain itu juga, kerajaan Melayu Melaka juga merupakan penaklukan

di kawasan Asia Tenggara secara amnya. Penubuhan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang

seterusnya berkembang menjadi sebuah empayar kelautan yang agung dalam konteks zaman itu,

kedatangan kuasa barat yang pertama iaitu Portugis yang seterusnya memerangi dan

menaklukinya.2 Pada tahun 1511, Kerajaan Melayu Melaka telah mengalami kejatuhan di kuasa

Portugis dan seterusnya beberapa percubaan waris-warisnya untuk merampas semula Bandar

Melaka daripada kuassa tersebut.Selepas kejatuhan Melaka ini, maka bermulalah persaingan

antara pewaris kerajaan Melaka dan Portugis untuk mengembalikan hak kedaulatan masing-

masing daripada jatuh dan musnah. Persaingan ini melibatkan persaingan dari sudut yang

berbeza. Bagi Johor, mereka ingin mengembalikan kegemilangan Kerajaan Melaka yang sebelum

ini merupakan pelabuhan entrepot, manakala bagi Portugis pula, ia adalah untuk mengekalkan

Melaka sebagai kawasan tanah jajahan takluknya. Pada tahun 1600-1699 juga merupakan zaman

kemunculan kuas-kuasa penaklukan baru antaranya Acheh yang begitu menonjol dan cuba

2 Universiti Kebangsaan Malaysia, Sejarah Malaysia 1400-1641,Pusat Pengajian Jarak Jauh, Bangi Selangor, 1999, hlm.5.

4

Page 5: Persaingan Johor Aceh Portugis

mendapatkan kerajaan Melaka. Keadaan ini telah meninbulkan persaingan antara tiga buah kuasa

iaitu Johor, Portugis, dan juga Acheh. Faktor-faktor persaingan atau pencetus kepada peperangan

ini ialah antara Johor, Portugis,dan Acheh yang dapat dilihat dari sudut politik, eonomi dan juga

agama.

Persaingan dalam politik dapat dilihat melalui pewaris kesultanan Melaka oleh Sultan

Johor. Kerajaan Johor mendakwa mereka merupakan pewaris Kesultanan Melayu Melaka dan

cuba menbuat tuntutan mahupun Melaka dan tempoh tuntutan kembali itu memakan masa selama

111 tahun. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika Sultan Mahmud dan pengikut-pengikut baginda

melakukan tidak lebih lima serangan ke atas orang Portugis di Melaka (1512,1516,1519,dan

1521).3 Usaha ini tidak berhenti pada tempoh ini sahaja, tetapi diteruskan oleh puteranya iaitu

Sultan Alaudin Riayat Syah. Antara serangan yang paling besar pernah dilakukan ialah pada

tahun 1551 yang mana baginda Berjaya mengepung kota Melaka selama tiga bulan. Bagi pihak

Portugis pula, meraka telah berjaya memerangi Sultan Mahamud dan tidak kurang dari sepuluh

kali iaitu dari tahun 1511 sehingga 1536. Namun usah ini di teruskan oleh Sultan Ali Jalla Abdul

Jalil Syah 11(1586, 1567, 1589). Tetapi kesudahannya mereka pula terpaksa meninggalkan

Melaka kerana ditewaskan oleh orang-orang Portugis.4 Persaigan ini bertujuan untuk

mengembalikan kekuasan dalam politik dengan harapan Kesultanan sMelayu Melaka kembali

kepada warisan Johor.

Selain persaingan politik diantar Johor dan Portugis juga, Acheh juga telah muncul

sebagai persaigan baru dalam perebutan Melaka. bagi Acheh meraka mahukan perluaskan

pengaruhnya di Tanah Melayu. dan Nusantara. Dasar perluasan wilayah dan politik yang agresif

di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1607-1613. Ini telah

menimbulkan persaingan dalampolitik antara Johor dan Acheh.

3 Ibid4 Ibid, hlm.25.

5

Page 6: Persaingan Johor Aceh Portugis

Bagi Portugis persaingan dalam bidang politik meraka tidak berapa jelas dan bukan matlamat

Portugis. Pihak Portugis pula sentiasa memerangi orang melayu kerana ingin mengekalkan serta

mengukuhkan kedudukan mereka di sebuah pelabuhan yang menurut pandangan mereka sangat

mewah dan strategik.5 Portugis kepada 3G yang dibawa dari negara mereka. Menurut Andaya,

Portugis dikatakan lebih berminat kepada ekonomi dan bukannya faktor politik sahaja dan lebih

berminat untuk menguasai Selat Melaka dan guna tenaga untuk tawan Selat Melaka.

EKONOMI

Selain daripada persaingan dalam politik, terdapat juga persaingan dalam ekonomi. Dalam

persaingan ini, perlu dilihat juga kepada kepentingan Selat Melaka sebagai jalan terpenting dalam

hubungan perdagangan antara Timur dan Barat. Di samping itu juga, kedudukan Sungai Muda

yang dalam dan amat strategik kerana terlindung daripada ancaman dan angina kencang sehingga

boleh memusnahkan kapal-kapal yang dating di Melaka6. Bagi Portugis persaingan ini

disebabkan oleh mereka mahukan perdagangan yang lebih luas di kawasan Timur, Portugis juga

mahukan barang mentah untuk memenuhi permintaan pasarana Eropah terutama dalam bidang

makanan dan perubatan. Harga rempah yang mahal biasanya mereka dapati dari pelabuhan

Venice dan Genoa, Itali, yang dibekalkan oleh pedagang Asia Barat.7Bagi Johor, persaingan

dalam ekonomi dilihat dari segi kegemilangan Selat Melaka itu sendiri. Sebagai satu jalan

perdagangan yang mashyur. Bagi kerajaan Johor, mereka meneruskan kegemilangan Kesultanan

Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting. Di sini, jelaslah Portugis bersaing untuk

ekonomi dan tidak begitu minat untuk vampur tangan dalam hal ehwal politik di Tanah Melayu.

AGAMA

5 Haji Buyong Adil, Sejarah Johor,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979,256 Universiti Kebangsaan Malaysia, Sejarah Malaysia 1400-1641,Pusat Pengajian Jarak Jauh, Bangi Selangor, 1999.hlm.28.7 Ibid,hlm.237.

6

Page 7: Persaingan Johor Aceh Portugis

Persaingan dalam agama lebih melibatkan antara Acheh dan Portugiskan. Persaingan timbul

daripada perbezaan agama antara Acheh dan Portugis. Bagi Acheh mereka lebih mementingkan

agama Islam dan menegakkkan Islam di Nusantara, dan Acheh juga dikenali sebagai pusat

penyebaran Islam. Keadaan ini sangat berbeza dengan Portugis yang bermatlamat menyebarkan

agama Kristian di Timur. Kerajaan Acheh menimbulkan isu agama Islam untuk bekerjasama

dengannya yang bertujuan mahu memperluaskan pengaruhnya. Acheh muncul sebagai pusat

perdagangan bagi orang Islam yang dating dari Gugusan Kepulauan Melayu,Asia Barat, India dan

juga Negara-negara dari rantau ini8. Ini telah menimbulkan persaingan antara Acheh dan Portugis.

Jika dilihat secara keseluruhannya, ketiga-tiga kuasa ini mampu menawan Selat Melaka.

Contohnya Portugis di tengah perairan Selat Melaka, Johor di Selatan Selat Melaka dan Acheh di

Sumatera Utara. Berdasarkan faktor inilah maka, timbullah persaingan antara ketiga-tiga ini

untuk mengekalkan dan memperluaskan pengaruh masing-masing.

Persaingan

Rententan Peristiwa Antara Johor dan Portugis

Pada tahun 1597, Raja Abdullah telah mengambil alih pentadbiran oleh Raja Mansur Syah

selepas kemangkatannya. Seterusnya pada tahun 1602, Raja Abdullah dan orang-orang besar

Johor telah bersahabat dengan orang-orang Belanda yang datang ke negeri Johor.9 Oang-orang

Portugis di Melaka mendapat tahu perhubungan persahabat antara orang-orang Johor dengan

orang-orang Belanda. Jadi, orang-orang Portugis menasihati Sultan Alauddin Riayat Syah III

supaya jangan bersahabat dengan orang Belanda yang disifatkan sebagai ‘pencuri’. Namun

begitu, Sultan Alauddin tidak mengindahkan amaran orang-orang Portugis itu.

8 Ibid,hlm.262.9 Haji Buyong, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur,1971,hlm.55.

7

Page 8: Persaingan Johor Aceh Portugis

Pada tahun 1604, angkatan Laut Portugis yang dipimpin oleh Panglima Perang Portugis

bernama Andre Furtada de Mendoca, telah datang memudiki Sungai Johor.10 Orang-orang

Portugis itu telah menduduki Johor Lma dan Kota Batu dan telah mula mengepung Batu Sanzar

tempat Sultan Johor bersemayam. Orang-orang Portugis yang datang ke negeri Johor itu

bercadang hendak menjadikan Kota Batu di Tanjung Batu kepunyaan orang Portugis. Tujuannya

adalah untuk menyekat orang-orang Melayu membuat hubungan berniaga dengan Belanda dan

juga untuk melawan orang-orang Belanda. Namun cadangan orang-orang Portugis itu tidak jadi

dilakukan oleh orang-orang Portugis.

Seterusnya, pada tahun 1606, Raja Abdullah dengan Admiral Matelief di atas kapal perang

Belanda bernama Oranje di hujung pelabuhan Melaka itu, mereka berunding kerana hendak

menyerang Bandar Melaka dalam perintah Portugis itu.11 Selain itu, dalam pertemuan itu juga

Raja Abdullah meminta orang-orang Belanda menolong Johor memerangi Acheh. Raja Abdullah

dengan Admiral Matelief di akhir rundingan telah membuat perjanjian akan bantu-membantu

menyerang dan mengambil negeri Melaka dari tangan Portugis. Seterusnya, askar-askar Belanda

itu telah menyerang Kota Melaka dan serangan mereka ditentang dengan bersungguh-sungguh

oleh askar-askar Portugis tetap mempertahankan Kota Melaka walaupun terpaksa menanggung

derita. Oleh itu, orang-orang Portugis telah meminta bantuan daripada pihak Goa.

snya, pada bulan Ogos 1606, berita sebanyak empat belas buah kapal perang Portugis yang

besar dan sungguh kuat dari Goa telah sampai ke pelabuhan Melaka. Pada 17 0gos 1606,

berlakunya peperangan antara Portugis dan Belanda dengan sangat hebat.12 Peperangan berlaku

selama seminggu antara Belanda dan Portugis dan kedua-duanya telah kehilangan dua buah kapal 10 Ibid, hlm.57

11 Ibid, hlm.58.12 Ibid, hlm.61.

8

Page 9: Persaingan Johor Aceh Portugis

perang. Namun begitu. Banyak askar-askar Portugis telah terkorban di dalam peperangan tersebut

dan Belanda telah berjaya dalam peperangan tersebut.

Rententan Persaingan Johor Dengan Acheh

Persaingan antara Johor dengan Acheh telah bermula sejak abad ke-16 lagi. Namun ia semakin

sengit ketika abad ke-17 semasa Acheh diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

Hal ini kerana, pada zaman pemerintahannya, baginda giat menjalankan dasar penaklukan secara

besar-besaran terutamanya di sekitar Nusantara misalnya Aru, Kedah dan beberapa kawasan yang

lain. Raja Acheh ini giat melakukan perluasan kuasa adalah disebabkan untuk mencapai

hasratnya menguasai perdagangan di Selat Melaka dan menghalang pengaruh Barat di Negaranya

kerana bimbang status Acheh sebagai sebuah pusat penyebaran Islam sudah tidak dihormati lagi.

Pada awal tahun 1610, Johor telah dikatakan cuba berhubungan dengan Portugis di Melaka dan

turut bersahabat dengan Belanda.13 Hal ini diketahui Acheh lalu Johor telah diserang Pemerintah

Johor, Sultan Ala’udin Riayat Syah III telah ditawan dan telah dibawa ke Acheh.

Semasa di Acheh, Sultan Ala’udin Riayat Syah III dilayan dengan baik begitu juga dengan

tawanan yang lain seperti Raja Abdullah sehinggakan beliau telah dikahwinkan dengan adik

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.14 Pada 25 Ogos 1614, Sultan Ala’udin Riayat Syah telah

dihantar pulang bersama seorang wakil Acheh.15 Pada ketika itu juga wakil Belanda telah datang

melawat Johor seperti yang telah dijanjikan oleh Raja Abdullah dengan Admiral Pieter Verhoeff

dalam tahun 1609.16 Malangnya, Raja Abdullah tidak dapat menerimanya kerana pada ketika itu,

Johor di bawah naungan Acheh. Namun pada sekitar Oktober 1614, ada juga orang-orang

Belanda telah menjalankan perniagaan di Johor.

13 Haji Buyong, Sejarah Johor, hlm. 68.14 AF YASMIN dan Zam Ismail, Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor (1529-1855), Yayasan Warisan Johor, hlm. 7.15 Ibid,hlm. 7.16 Haji Buyong, Sejarah Johor, hlm. 68

9

Page 10: Persaingan Johor Aceh Portugis

Disebabkan Belanda menjalankan aktiviti perniagaan di Johor, kerajaan Acheh mula berang

dengan tindakan Raja Abdullah yang membenarkan mereka masuk ke Johor. Oleh yang demikian

Sultan Acheh telah memanggil Raja Abdullah bagi membincangkan hal berkenaan. Namun pada

masa yang sama Sultan Ala’udin telah membuat satu perjanjian dengan Portugis dan hal ini telah

diketahui oleh Acheh. Pada bulan November, kerajaan Acheh telah menyerang Johor. Namun,

Sultan Ala’udin tidak dapat bertahan dan telah berundur ke Seluyut dan dapat ditawan oleh askar-

askar kerajaan Acheh.17 Baginda kemudiannya dibawa ke Acheh dan telah dihukum bunuh.

Selepas kemangkatan Sultan Ala’udin Riayat Syah III, Raja Abdullah telah dilantik oleh

Sultan Acheh sebagai Sultan Johor. Hal ini kerana , Sultan Acheh mempercayai Raja Abdullah di

samping mempunyai hubungan sebagai suami adiknya. Pada tahun 1617, Johor sekali lagi telah

membangkitkan kemarahan Sultan Acheh di mana Johor telah berbaik-baik dengan Portugis bagi

mengistiharkan Raja Bujang sebagai Sultan Pahang. Oleh itu, satu angkatan perang dihantar dan

serangan ini telah memusnahkan daerah Pahang. Hal ini telah membuatkan Raja Abdullah tidak

suka untuk berbaik-baik dengan Acheh kerana dianggap sebagai negeri takluknya. Baginda pun

menceraikan adik Sultan Acheh dan menghantarnya pulang ke Acheh semula.

Pada tahun 1618, Sultan Abdullah telah memindahkan pusat pemerintahannya dari Batu

Sawar ke Pulau Lingga kerana bimbang terhadap keselamatan Batu Sawar kerana sering menjadi

tumpuan serangan dari Acheh.18 Di sini, Baginda telah menjalinkan hubungan perdagangan

dengan beberapa kawasan termasuklah Melaka (Portugis) dengan mengenakan bayaran cukai

tertentu. Hal ini dilakukan kerana Sultan Abdullah ingin mengukuhkan ekonominya dan

memudahkan baginda untuk menstruktur pentadbiran di Pulau Lingga. Namun setelah lima tahun

baginda berkerajaan di situ, Acheh sekali lagi menyerang pusat pemerintahan tersebut kerana

17 Ibid, hlm. 73.18 AF YASMIN dan Zam Ismail, Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor (1529-1855),2002, Yayasan Warisan Johor, hlm. 8.

10

Page 11: Persaingan Johor Aceh Portugis

Sultan Acheh berasa terhina dengan penceraian adiknya. Serangan ini telah menyebabkan Sultan

Abdullah dan keluarganya terpaksa berpindah. Tidak beberapa lama selepas itu, Sultan Abdullah

mangkat dan digantikan oleh Raja Bujang dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Shah III. Perlantikan

Sultan Abdul Jalil ini tidak dapat diperjelaskan mengapa baginda dipilih sedangkan Sultan

Abdullah memiliki puteranya sendiri.19

Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil, baginda tidak berani datang ke Tanah Besar dan

menyebabkan ramai rakyat Johor telah diusir oleh Acheh. Namun hal ini bukanlah menunujukkan

kelemahan baginda. Dikatakan semasa pemerintahan baginda, hubungan Johor dengan Belanda

adalah baik.20

Pada 27 Disember 1636, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam mangkat dan digantikan oleh

Raja Ahmad yang berasal dari Pahang. Ini menyebabkan Pahang telah berhubungan baik dengan

Acheh. Pada tahun 1637 Sultan Abdul Jalil membuat perjanjian dengan Belanda untuk melawan

Portugis. Disebabkan Sultan Abdul Jalil tidak suka Pahang berhubung baik dengan Acheh,

baginda telah berpakat dengan Belanda menyerang Pahang. Hal ini kerana Sultan Abdul Jalil

merasakan bahawa Pahang merupakan naunganya kerana baginda pernah memerintah Pahang.

Disebabkan tindakannya itu, ramailah rakyat Pahang terseksa. Peristiwa ini telah diketahui oleh

Raja Ahmad dan baginda telah membuat bantahan kepada Belanda kerana berhubung dengan

Johor. Acheh tidak akan membantu Belanda dalam membuat serangan ke atas Portugis.

Walaupun tanpa bantuan Acheh, Belanda berjaya menawan Melaka. Pada 15 Februari 1641,

Sultan Iskandar Thani, (Raja Ahmad) telah mangkat.

Setelah Belanda menawan Melaka, hubungannya dengan Johor bertambah erat. Acheh pula telah

menerima Pemerintah wanita iaitu isteri Sultan Iskandar Thani yang menggunakan gelaran Puteri

Seri Alam Safiatuddin Shah. Memandangkan pemerintahan di Acheh ini tidak sehebat zaman

19 Ibid.20 Ibid.

11

Page 12: Persaingan Johor Aceh Portugis

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dahulu, Johor sudah tidak lagi bimbang dengan ancaman

Acheh malah rasa terbela dengan hubungan baiknya dengan Belanda. Oleh yang demikian,

Belanda telah berusaha mendamaikan permusuhan antara Johor-Acheh yang berlaku sejak sekian

lama.21

STRATEGI

Pada zaman pemerintahan Raja Mansur yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah III

berlakunya peperangan antara Portugis dan Johor. Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan abang

kepada Raja Abdullah. Namun, selepas kematian Sultan Alauddin Riayat Syah III, adiknya Raja

Abdullah telah mengambil pemerintahan tersebut yang bergelar Raja Bongsu, Raja di Hilir dan

Yang Dipertuan Hilir. Pada tahun 1602, kerajaan Belanda telah menjadikan Johor sebagai sebuah

negeri di bawah taklukannya. Namun, pada tahun 1605, kerajaan Portugis di bawah pimpinan

Andre Furtado de Mendoca telah mencuba untuk membuat serangan ke atas ke atas Batu Sawar.

Walau bagaimanapun, serangan tersebut tidak dapat dilancarkan kerana campur tangan dari

Belanda.22

Sultan Abdullah telah berpindah ke Lingga dan mendirikan sebuah kota di sana. Setelah lebih

lima tahun berada di sana, pada awal tahun 1623 Sultan Iskandar Muda Acheh telah menghantar

angkatan perangnya untuk menyerang kerajaan Johor di Lingga.23

Oleh keranan desakan daripada Belanda tahun 1685, Paduka Raja Tun Abdul Jamil telah

membuat perjanjian dengan orang-orang Belanda. Orang-orang Belanda yang menginginkan bijih

timah yang terdapat di Siak iaitu sebuah daerah takluk Johor. Surat perjanjian tersebut turut telah

ditandatangani oleh orang-orang besar Johor yang lain.24

21Ibid.22 Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm 56-57.23 Ibid., hlm 73-74.24 Ibid., hlm 92.

12

Page 13: Persaingan Johor Aceh Portugis

Pada 11 April 1689, Bendahara Tun Habib Abdul Majid telah mewakili pihak Johor dalam suatu

perjanjian baru yang ditandatangani dengan pihak Belanda.

PERJANJIAN

Raja Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan Admiral Matelief di atas kapal perang

Belanda yang bernama Oranje. Perbincangan berkisar kepada teknik untuk menyerang Melaka

yang di bawah penguasaan Portugis. Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 17 Mei 1606

dan telah menetapkan waktu untuk melakukan serangan ke atas Melaka.25

Setelah kemangkatan Sultan Abdullah Ma’ayat Syah, Laksamana Tun Abdul Jamil telah

mengambil kuasa bendahara dengan melantikkan Raja Bujang menjadi Sultan Johor yang

bergelar Sultan Abdul Jalil Shah III. Pemerintah tersebut telah membuat satu perjanjian dengan

orang Belanda untuk melawan Portugis di Melaka. Manakala pihak Belanda pula cuba menolong

Sultan Abdul Jalil III untuk membina sebuah kota yang kuat di Batu Sawar.26

Sebagai ganjaran kepada Johor menawan Melaka, Belanda telah memberi hadiah berupa

perlindungan daripada ancaman Portugis dan Acheh. Di samping itu, hubungan persahabatan

Johor dengan Belanda menjadi semakin baik. Laksamana Tun Abdul Jamil telah menerima

banyak hadiah daripada Belanda kerana bantuan yang dihulurkan untuk menakluk Johor.27

Sultan Johor dan orang besar baginda telah berkeinginan untuk bersahabat dengan orang-

orang Portugis. Namun, seorang putera baginda telah berkahwin dengan sepupunya iaitu puteri

Raja Siak. Keluarga tersebut bersahabat baik dengan orang-orang Portugis. Raja Abdullah tidak

suka bersahabat dengan Portugis. Seorang pegawai Portugis yang bernama Jao Lopez d’

Amoreira iaitu pemerintah di Melaka telah membuat perjanjian damai dengan Sultan Johor.

25 Ibid., hlm 58.26 Ibid., hlm 76.27 Ibid., hlm 78.

13

Page 14: Persaingan Johor Aceh Portugis

Selepas peristiwa tersebut Johor dengan Portugis telah berdamai. Namun, Sultan Johor iaitu Raja

Abdullah tetap melindungi Belanda untuk kepentingan Belanda di negeri Johor.28

KESAN -KESAN

Persaingan diantara Johor dengan Portugis dan Aheh pada kurun ke-17 telah menimbulkan

beberapa kesan. Pada tahun 1641, Belanda telah mengukuhkan kedudukannya di Melaka dan

seterusnya menggunakan sistem Portugis dalam memunggut cukai dan menggunakan pas

kebenaran. Johor telah membuat perjanjian dengan Belanda. Perjanjian ini memainkan peranan

penting bagi Johor untuk mengusir dan membatasi kegitan Acheh dan Portugis. Melalui sistem

perjanjian ini Belanda-Johor ini, Johor telah memperolehi peluang untuk mendapatkan semula

kedudukannya untuk berkuasa dalam bidang ekonomi dan politik utama di alam Melayu.29

Selain itu, Belanda turut memberikan Johor jaminan dan perkhimatan yang telah

membolehkan keadaan politik dan ekonomi Johor pulih dengan segera. Selain itu juga,

Pemerintah, Bendahara dan Orang kaya Johor telah diberikan keistimewaan untuk berniaga di

Melaka malahan telah dianugerahkan pas kebenaran istemewa kerana sebagai balasan atas

peranan mereka ini dalam perang menakluki Melaka yang dikuasai oleh Portugis pada tahun

1641.30 Selain itu juga, perdagangan di Melaka telah mula merosot, namun Kerajaan Johor telah

berjaya menghidupkan kembali ekonomi entrepot dalam waktu yang singkat. Perlabuhan Riau

yang terletak di persimpangan lalu lintas Maritim yang merupakan kedudukan yang strategik dan

suasana yang baik telah merupakan tarikan utama kewujudan perdagangan entrepot sesuatu masa

dahulu. Johor telah mengembalikan kebudayaan melayu Islam dengan merebut kembali kerjaan

yang baru. Riau telah dijadikan pusat Islam yang penting. Keadaan ini telah membolehkan ramai

28 Ibid., hlm 65.29 Leonard Y Andaya, Terjemahan Shamsuddin Jaafar, Kerajaan Johor 1641- 1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia 1987 Kuala Lumpur , cetakan 1, hlm 75.30 Ibid, hlm 77.

14

Page 15: Persaingan Johor Aceh Portugis

ulama yang datang dari Gujerat serta dunia Arab datang untuk berhimpun di Riau bagi

mentafsirkan pengajaran Islam kepada penganutnya.31

Di samping itu, berlakunya perubahan di dalam sistem politik, penjajah Barat telah

mengurangkan kuasa politik dan pemerintahan daripada pemimpin Islam kepada pemimpin barat.

Penguasa- penguasa tradisional hanya sebagai boneka. Sultan tidak lagi mempunyai kuasa

autoriti dalam menjalankan pentadbiran malahan mereka terpaksa mengikuti lunas-lunas

perlembagaan sebuah negara demokrasi. Kejatuhan Melaka menyebabkan berlakunya kebangktan

empayar lain di sekitar Kepulauan Melayu seperti Empayar Johor, Acheh, Sulu, Brunei. Melaka

tidak mampu mengulangi semula zaman kegemilangannya akibat penjajahan dan pengaruh kuat

Barat yang sering kali berganti dan terpaksa berhadapan dengan perubahan yang dialami oelh

seluruh corak pentadbiran.32Pengaruh Kristian, merupakan agama yang dianuti oleh orang

Portugis tidak dapat disebarkan secara meluas. Hal ini disebabkan sikap ganas dan perhubungan

mereka yang terbatas dengan bahagian-bahagian lain di Tanah Melayu. Agama Islam telah

berkembang dengan pesat di Melaka dan jajahan takluknya. Keadaan ini telah dipersetujui oleh

N.J Reyan yang menyatakan: Inilah julung kali Islam menjadi agama yang dianuti oleh raja,

Baginda bukan sahaja seorang ketua politik, agama dan negara malah kumpulan yang paling

berpengaruh di istana juag terdiri daripada orang-orang Islam( N.F,Ryan, 1976 ).

Walaubagaimanapun, selepas kejatuhan Melka pedagang Islam tidak meyenangi

kehadiran Portugis di Melaka, maka mereka telah beralih ke perlabuhan-pelabuhan lain seperti

Acheh, Sulu, Brunei, Maluku, Betawi dan lain-lain lagi. Acheh telah muncul sebagai sebuah

kerajaan Islam yang terkuat bagi mengantikan Melaka, Sehingga Acheh telah digelarkan sebagai

31 Barbara Waston Andaya dan Leornard Y andaya, Sejarah Malaysia, Macmillan Publishers (M) sdn Bhd. 1983, Kuala Lumpur, hlm 91.

32 Afifah Abu Yasid, Pengajian Tamadun Asia Edisi Ke -2, PTS Publications & Distrubutors Sdn Bhd, 2003, Kuala Lumpur, hlm 76.

15

Page 16: Persaingan Johor Aceh Portugis

Serambi Mekah kerana telah menjadi tumpuan sarjana Islam dari pelusuk dunia. Keadaan ini

menunjukkan penjajah hanya berjaya dari segi pembaratan dari aspek kehidupan manakala

ketinngian Islam msaih tetap terpelihara dalam kalangan masyarakat Melayu.33

Kesimpulan

Dalam perbincangan ini dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak kesan-kesan daripada

persaingan diantara Johor dengan Portugis dan diantara Johor dengan Acheh. Peperangan diantar

Portugis dengan Acheh dan Johor telah menyebabkan empayar Melaka sebagai sebuah pelabuhan

entreport telah merosot denagn teruknya. Selain itu, Pengaruh Kristian, merupakan agama yang

dianuti oleh orang Portugis tidak dapat disebarkan secara meluas. Hal ini disebabkan sikap ganas

dan perhubungan mereka yang terbatas dengan bahagian-bahagian lain di Tanah Melayu.

Kesan daripada itu juga telah berlakunya perubahan di dalam sistem politik, penjajah

Barat telah mengurangkan kuasa politik dan pemerintahan daripada pemimpin Islam kepada

pemimpin barat. Penguasa- penguasa tradisional hanya sebagai boneka. Sultan tidak lagi

mempunyai kuasa penuh Johor juga telah mengadakan perjanjian dengan Belanda. Melalui sistem

perjanjian diantara Belanda-Johor ini, Johor telah memperolehi peluang untuk mendapatkan

semula kedudukannya untuk berkuasa dalam bidang ekonomi dan politik utama di alam Melayu.

Selain itu, Belanda turut memberikan Johor jaminan dan perkhimatan yang telah membolehkan

keadaan politik dan ekonomi Johor pulih dengan segera.

33

? Ibid, hlm 78-79.

16

Page 17: Persaingan Johor Aceh Portugis

17