zielamelody.weebly.comzielamelody.weebly.com/.../falsafah_bahasa_melayu.docx · web viewpengenalan...

8
Pengenalan Umumnya, ilmu linguistik terbahagi kepada dua iaitu linguistik tradisional dan linguistik struktural. Namun,tugasan ini hanya menekankan kepada linguistik struktural yang mula dipelopori oleh Bapa Linguistik Moden,iaitu Ferdinand de Saussure. Linguistik struktural lebih menekankan kepada kajian bahasa berdasarkan bahasa atau sifat yang ada pada bahasa tersebut, dan salah satu aliran linguistik struktural yang terkenal pada awal pada abad ke-20 ialah aliran linguistik London atau aliran linguistik British. Oleh kerana aliran tersebut telah diasaskan oleh seorang Professor Linguistik di London, iaitu John Rupert Firth (1890-1960), maka aliran yang diilhamkan daripada Bronislow Malinowski ini dikenali juga sebagai aliran linguistik Firth. Menurut Hashim Musa (1994) aliran linguistik yang diasaskan di London ini dinamakan juga context of situation atau kepihalan keadaan yang cuba menghuraikan pengalaman bahasa dari segi penggunaannya dalam masyarakat. Selain data bahasa,kelakuan bahasa,sasaran pelakuan bahasa serta kesan-kesan daripada pelakuan bahasa itu juga dititikberatkan. Maka aliran ini berpendapat bahasa di luar konteks sama sekali tiada maknanya. Hakikatnya, aliran linguistik yang subur pada tahun 70-an ini dibahagikan kepada empat bidang utama dalam penyelidikannya, iaitu sistemik (semantik), fungsional, wacana (discourse) dan pragmatik. Pandangan Tokoh Aliran Linguistik London Bronislaw Malinowski (1884-1942). Bronislaw Malinowiski, Profesor Antropologi di Universiti London. Beliau menjalankan penyelidikan terhadap suku kaum di Kepulauan Trobriand di Lautan Pasifik. Beliau mengemukakan teorinya yang mengatakan bahawa bahasa hanya mempunyai makna jika dimasukkan ke dalam konteks penggunaanya, dan teori ini dikenal sebagai teori konteks situasi (the theory of the context of situation). Dapatannya ini diperkembang oleh sahabatnya J. R. Firth, Profesor Linguistik Am di School of Oriental and African Studies, di Universiti yang sama sebagai asas aliran pemikiran Linguistik London atau Linguistik British. Aliran ini juga dikenal sebagai the Firthian School of Linguistics.

Upload: hakiet

Post on 13-May-2018

220 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: zielamelody.weebly.comzielamelody.weebly.com/.../falsafah_bahasa_melayu.docx · Web viewPengenalan Umumnya, ilmu linguistik terbahagi kepada dua iaitu linguistik tradisional dan linguistik

Pengenalan

Umumnya, ilmu linguistik terbahagi kepada dua iaitu linguistik tradisional dan linguistik

struktural. Namun,tugasan ini hanya menekankan kepada linguistik struktural yang mula

dipelopori oleh Bapa Linguistik Moden,iaitu Ferdinand de Saussure. Linguistik struktural

lebih menekankan kepada kajian bahasa berdasarkan bahasa atau sifat yang ada pada bahasa

tersebut, dan salah satu aliran linguistik struktural yang terkenal pada awal pada abad ke-20

ialah aliran linguistik London atau aliran linguistik British. Oleh kerana aliran tersebut telah

diasaskan oleh seorang Professor Linguistik di London, iaitu John Rupert Firth (1890-1960),

maka aliran yang diilhamkan daripada Bronislow Malinowski ini dikenali juga sebagai aliran

linguistik Firth.

Menurut Hashim Musa (1994) aliran linguistik yang diasaskan di London ini

dinamakan juga context of situation atau kepihalan keadaan yang cuba menghuraikan

pengalaman bahasa dari segi penggunaannya dalam masyarakat. Selain data bahasa,kelakuan

bahasa,sasaran pelakuan bahasa serta kesan-kesan daripada pelakuan bahasa itu juga

dititikberatkan. Maka aliran ini berpendapat bahasa di luar konteks sama sekali tiada

maknanya. Hakikatnya, aliran linguistik yang subur pada tahun 70-an ini dibahagikan kepada

empat bidang utama dalam penyelidikannya, iaitu sistemik (semantik), fungsional, wacana

(discourse) dan pragmatik.

Pandangan Tokoh Aliran Linguistik London

Bronislaw Malinowski (1884-1942).

Bronislaw Malinowiski, Profesor Antropologi di Universiti London. Beliau menjalankan

penyelidikan terhadap suku kaum di Kepulauan Trobriand di Lautan Pasifik. Beliau

mengemukakan teorinya yang mengatakan bahawa bahasa hanya mempunyai makna jika

dimasukkan ke dalam konteks penggunaanya, dan teori ini dikenal sebagai teori konteks

situasi (the theory of the context of situation). Dapatannya ini diperkembang oleh sahabatnya

J. R. Firth, Profesor Linguistik Am di School of Oriental and African Studies, di Universiti

yang sama sebagai asas aliran pemikiran Linguistik London atau Linguistik British. Aliran ini

juga dikenal sebagai the Firthian School of Linguistics.

Page 2: zielamelody.weebly.comzielamelody.weebly.com/.../falsafah_bahasa_melayu.docx · Web viewPengenalan Umumnya, ilmu linguistik terbahagi kepada dua iaitu linguistik tradisional dan linguistik

Pandangan besar Malinowski tentang makna dalam bahasa disebut ‘Konteks Situasi’.

Gagasan inilah yang kemudian diambil dan dikembangkan oleh J.R.Firth. Gagasan

Malinowski tentang makna ini tidak sama dengan kaum Behavioris. Menurut Malinowski,

makna tuturan itu seperti yang terdapat dalam konteks situasi. Dalam konteks Bloomfield,

dapat diertikan peristiwa praktis yang mengikuti tuturan bahasa. Gagasan Malinowski itu

telah mencakup dan menyokong gagasan Bloomfield kaum mekanis dan mentalis menyebut

gagasan tentang makna seperti itu dengan hakikat bahasa dan penerimanya secara langsung

dihubungkan dengan pandangn Malinowski tentang makna dalam bahasa.

i. Kalimat adalah data bahasa.

ii. Kata merupakan abstraksi sekunder.

Bagi Malinowski, kalimat adalah piranti sosial dan piranti kerja sama makna tuturan

dalam lingkungan dapat dilihat akibatnya dalam lingkungan kemudian baru dipilih tuturan

manakah yang patut dipertahankan dan mana yang tidak. Namun, menurut Malinowski, pada

kenyataanya tentang pemakaian bahasa yang begitu luas tidak dapat diterangkan dalam istilah

makna referensial.

Sistemik

Menurut aliran ini, bahasa hanya mempunyai makna (sistemik) sekiranya berlaku dalam

konteks sosial atau konteks linguistik. Dalam konteks linguistik,makna sesuatu unsur bahasa

itu hanya akan dapat diketahui dengan melihat unsur lain yang bergandingan dengannya atau

yang dapat bertukar ganti dengannya. Dalam konteks linguistik, konsep ini dikenali sebagai

konsep sintagmatik atau paradigmatik.

Konsep sintagmatik merupakan konsep yang melihat unsur yang terkandung dalam

sesuatu ayat, dan melihat hubungan antara unsur seperti morfem, kata, frasa, dan klausa

berdasarkan garis mengufuk. Dengan kata lain, konsep ini melihat struktur kata yang

terkandung dalam sesuatu ayat untuk memperoleh makna yang paling tepat dan sesuai

berdasarkan konteks yang digunakan. Sebagai contoh. “rumah cantik” merupakan frasa yang

terdiri daripada gabungan kata nama “rumah” yang digandingkan dengan kata sifat “cantik”.

Konsep paradigmatik pula,kata nama “rumah” boleh digantikan dengan kata nama lain seperti

beg, baju, bunga dan sebagainya.

Page 3: zielamelody.weebly.comzielamelody.weebly.com/.../falsafah_bahasa_melayu.docx · Web viewPengenalan Umumnya, ilmu linguistik terbahagi kepada dua iaitu linguistik tradisional dan linguistik

Kaedah sistemik yang diketegahkan menurut aliran ini lebih memberikan tumpuan

kepada makna. Penggantian kata hendaklah memberikan tumpuan kepada maknanya supaya

frasa atau ayat yang akan dihasilkan sesuai dengan penggunaannya dalam masyarakat dan

mempunyai makna yang boleh diterima. Misalnya, “rumah cantik” boleh diterima kerana ada

makna dan ia digunakan dalam masyrakat. Dengan kata lain, kata nama “rumah” dan kata

sifat “cantik” mempunyai hubungan kolokasi.

Walaubagaimanapun, sekiranya kata sifat “cantik” digantikan dengan kata sifat

“hodoh”, tentu sahaja “rumah hodoh” kelihatan janggal dan tidak sesuai dengan budaya

masyarakat. Dengan kata lain, kata nama “rumah” tidak berkolokasi denagn kata sifat

“hodoh” kerana “hodoh” hanya berkolokasi dengan kata nama “wajah” yang menghasilkan

ungkapan “wajah hodoh”. Begitu juga dengan ungkapan “masak nasi” yang menggandingkan

kata kerja “masak” dengan kata nama “nasi”. Sekiranya kata nama “nasi” digantikan dengan

kata nama “beras”, ungkapan “masak beras” tidak sesuai dengan budaya dan tidak digunakan

dalam masyarakat Melayu. Justeru, kaedah sistem kini membuktikan bahawa bahasa yang

digunakan menurut konteks keadaan sahaja dapat memberikan makna yang paling tepat, betul

dan sesuai dengan masyarakat penggunanya berbanding dengan bahasa yang tidak

mempunyai konteks keadaan.

Fungsional

Keadah fungsional lebih banyak dikaitkan dengan aliran Prague dan Andre Martinet di

Perancis. Kaedah ini melihat pelbagai bentuk bahasa yang digunakan (yakni, berfungsi) dalam

menyampaikan berbagai-bagai maksud. Halliday menegaskan nahu fungsional bukanlah nahu

struktural, tetapi nahu sintagmatik menggunakan pendekatan terapan (applied). Beliau

merakam dan menganalisis bahasa kanak-kanak yang bernama Nigel. Daripada kajiannya itu,

beliau membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak mempunyai model penggunaan bahasanya

sendiri, dan model itu diwujudkan dalam beberapa fungsi bahasa, iaitu perantian atau alatan

(instrumental), pentertib (regulatory), interaksi (interaksional), penemuan( heuristic),peribadi

(personal), khalayan (imaginative) dan pernyataan (representational). Di samping itu,

Halliday juga mengatakan ada beberapa fungsi bahasa yang lain yang lebih jelas muncul

dalam bahasa orang dewasa. Antaranya ialah fungsi ritual (misalnya dalam tutur sapa di

menjamakan) dan fungsi ideational (pemikiran).

Page 4: zielamelody.weebly.comzielamelody.weebly.com/.../falsafah_bahasa_melayu.docx · Web viewPengenalan Umumnya, ilmu linguistik terbahagi kepada dua iaitu linguistik tradisional dan linguistik

Tiap-tiap fungsi mempunyai bentuk dan cara pewujudannya sendiri, dari segi kata

hinggalah ayat. Ahli bahasa fungsionalis dan ahli bahasa Aliran Prague menekankan

kepelbagaian fungsi, iaitu multifungsionaliti bahasa serta kepentingan fungsi

pengucapan.Sosial dan berkontras dengan atau tambahan kepada fungsi deskriptif. Satu

daripada minat aliran Prague yang berterusan, yang berkaitan dengan struktur tatabahasa ialah

perspektif ayat fungsional. Contoh ayat (1) This morning he got up late dan (2) He got up late

this morning: dapat dianggap sebagai versi yang berbeza bagi ayat yang sama. Dua perkara

yang jelas di sini ialah pertama, bahasa (1) dan (2) adalah sama dari segi syarat kebenaran,

dan bagi interpretasi makna yang sempit, dapat dikatakan bahawa kedua-duanya mempunyai

makna yang sama; kedua, bahawa konteks (1) yang akan dituturkan berbeza secara sistematik

daripada konteks (2) yang diujarkan. Hal ini membuktikan bahawa struktur ujaran sintaksis

(ayat yang berlainan seperti (1) dan (2) dalam sesetengah bahasa adalah ditentukan oleh latar

komunikasi ujaran. Pertimbangan jenis ini terlibat dalam definis yang dinamai oleh Aliran

Prague sebagai perspektif ayat fungsional.

Analisis Wacana

Menurut Gillian Brown dan George Yule (1996), analisis wacana ialah analisis terhadap

bahasa yang digunakan, maka analisis itu tidak dapat dibatasi pada deskripsi bentuk bahasa

yang tidak terikat pada tujuan atau fungsi yang dirancang untuk menggunakan bentuk tersebut

dalam urusan manusia. Kajian wacana pula ialah kajian unit dan penggunaan bahasa yang

mengandungi lebih daripada satu ayat, tetapi berhubungan melalui sistem tajuk yang

berkaitan (Adrian Akmajian, 1995: 382), manakala teori wacana pula dapat dilihat melalui

teori lambang yang diutarakan yang diutarakan oleh Ferdinand de Saussure (1916).

Wacana dikenali juga sebagai bahasa teks. Namun, wacana tidak hanya terdiri

daripada teks yang berbentuk bahasa (teks linear seperti puisi dan teks bukan linear), malahan

dalam bentuk bukan bahasa (seperti graf) (Asmah Haji Omar 2009: 40).Teun A. Van Dijk

banyak melakukan kajian terhadap kajian teks tertulis. Beliau berpendapat bahawa teks ialah

kesatuan antara beberapa kalimat yang saling berkaitan. Sementara Halliday pula berpendapat

bahawa teks ialah kesatuan bahasa yang terucap atau tertulis sama ada panjang atau pendek.

Maka analisis wacana yang diterapkan kepada teks dikenali sebagai linguistik teks yang

membuat analisis struktur dalam mencerna buah fikiran dan teknik menulis agar teks

tergabung rapi.

Page 5: zielamelody.weebly.comzielamelody.weebly.com/.../falsafah_bahasa_melayu.docx · Web viewPengenalan Umumnya, ilmu linguistik terbahagi kepada dua iaitu linguistik tradisional dan linguistik

Selain bertujuan sebagai pengajaran bahasa, analisis wacana juga turut melihat kepada

kaitan antara bahasa dengan masyarakat dan budayanya. Surat, jenaka, cerita, syarahan,

khutbah, ceramah adalah termasuk dalam kategori wacana, manakala hujah, wawancara, dan

perbualan adalah kategori perbualan. Hal ini disokong oleh Andrian Andrian Akmajian (1995:

383) yang berpendapat bahawa perbualan ialah jujukan ungkapan yang berstruktur oleh

lebih.Daripada seorang penutur wujudnya beberapa orang yang munasabah dan apa yang

menjadikan sesebuah perbualan wujud seperti bertegur sapa dan topik yang relevan. Maka,

penggunaan bahasa seseorang menggambarkan didikan, kelakuan dan juga budayanya.

Namun begitu, seperti mana wacana teks, wacana perbualan juga sepatutnya

mempunyai peraturannya sendiri. Peraturan ini penting dalam masyarakat kerana peraturan

percakapan mengajar manusia untuk lebih tertib sesama mereka. Dengan ini jelas bahawa

analisis wacana yang baik adalah wacana yang mengambil kira bahasa teksnya, pertukaran

perbualan dan juga peraturan perbualan.

Pragmatik

Secara umumnya, pragmatik ialah ilmu yang berkaitan dengan interpretasi ujaran yang antara

lain termasuk penginterpretasian ayat yang taksa, eliptik, perkataan yang kabur, dan

sebagainya. Ilmu pragmatik penting untuk seseorang memperoleh makna implikit bagi

sesuatu ujaran, di samping mengetahui hajat penutur dalam ujaran yang disampaikannya

mengikut konteks. Dari segi definisinya, pragmatik ditakrifkan sebagai bidang bahasa yang

mengkaji cara suatu ujaran itu mendapat makna apabila digunakan dalam konteks tertentu.

Pragmatik mengutamakan penginterpretasian makna ujaran yang ada hubungannya dengan

konteks situasi, tujuan penutur itu menghasilkan ujaran, dan cara pendengar menerima dan

memahami ujaran itu (Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2006).

Menurut Zulkifley Hamid (1994), penganalisisan makna dengan hanya merujuk

makna perkataan dan perhubungan sintaksis yang dibentuk oleh perkataan-perkataan dalam

sesebuah ayat, kadang kala ternyata menghasilkan makna yang tidak tepat. Oleh sebab itu,

ahli-ahli linguistik, seperti Grice (1975), Austin (1962) dan Searle (1969) telah

memformulasikan beberapa kaedah pentafsiran makna pada masa sekarang secara kukuhnya

lebih dikenali sebagai kaedah pragmatik. Terdapat tiga aspek penting yang menjadi topik

Page 6: zielamelody.weebly.comzielamelody.weebly.com/.../falsafah_bahasa_melayu.docx · Web viewPengenalan Umumnya, ilmu linguistik terbahagi kepada dua iaitu linguistik tradisional dan linguistik

perbincangan utama dalam bidang pragmatik, iaitu implikatur, praandaian dan lakuan

pertuturan.

Topik yang berhubung dengan implikatur sering kali dikaitkan dengan nama Paul

Grice, seorang ahli falsafah yang mengemukakan konsep ‘implikatur perbualan’ dalam

makalahnya yang bertajuk ‘Logic and Conversation’ (1975). Implikatur adalah satu bentuk

pentafsiran makna yang melewati batas-batas makna literal sesebuah ayat (Grice, 1975).

Praandaian pula ialah, untuk pertama kalinya telah dibincangka noleh P.F Strawson (1950).

Praandaian merupakan apa yang penutur jangkakan sudah diketahui oleh pendengar, iaitu

sesuatu hala atau keadaan yang telah pendengar ketahui tanpa perlu diucapkan oleh penutur.

Lakuan pertuturan pula biasanya dikaitkan dengan nama J.L. Austin dan J.R. Searle, iaitu

satu.

Teori pertuturan yang membicarakan tentang kata kerja yang maknanya memberi

implikasi bahawa penutur yang menggunakan kata kerja tersebut dalam pertuturannya telah

melakukan tingkah-tingkah laku yang terdiri daripada pelbagai jenis. Kata kerja yang

tergolong di dalam kategori ini dinamakan sebagai kata kerja perfomatif, seperti jamin,

bertaruh, cadang, janji, lantik, isytihar, mohon, nikahkan, jatuhkan, dan sebagainya.

Kesimpulan

Tuntasnya, menurut aliran bahasa ini, bahasa hanya berfungsi dan mempunyai makna yang

sistematik apabila diletakkan dalam konteks situasi atau pun mempunyai “keperihalan

keadaan”. Aliran pemikiran ini cuba untuk menjelaskan dan menghuraikan bahawa

pengamalan bahasa dari segi penggunaannya dalam kalangan masyarakat dengan melihat

bahawa pentingnya bentuk bahasa (fungsional) dalam usaha untuk menyampaikan maksud,

perkaitan wacana dengan bahasa dan budaya masyarakatnya (analisis wacana), dan mengkaji

cara sesuatu ujaran itu mendapat makna apabila digunakan dalam konteks tertentu

(pragmatik) yang mengutamakan pengintepretasian makna ujaran yang ada hubungannya

dengan konteks situasi. Secara ringkasnya, aliran ini berpendapat bahasa di luar konteks sama

sekali tidak mempunyai makna.

Page 7: zielamelody.weebly.comzielamelody.weebly.com/.../falsafah_bahasa_melayu.docx · Web viewPengenalan Umumnya, ilmu linguistik terbahagi kepada dua iaitu linguistik tradisional dan linguistik

Bibliografi

Adrian Akmajianet al.,(1995). Linguistik: Pengantar Bahasa dan Komunikasi. Dewan

Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Asmah Haji Omar, (2009). Panduan Wacana Akademik Teoridan Penerapan Edisi Kedua.

Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Brown G, dan Yule G, diterjemahkan oleh I. Soektino (1996). Analisis Wacana. Penerbitan

PT Gramedia Pustaka Utama: Jakarta.

Lyons,John, (1992). Bahasa dan Linguistik Suatu Pengenalan.Diterjemahkan oleh Rmali

Salleh dan Toh Kim Hoi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof. A. Hamid Hasan Lubis (1994). Analisis Wacana Pragmatik. Penerbit Angkasa Bandung:

Bandung.

Robins, R.H., (2003). Sejarah Ringkas Linguistik. Diterjemahkan oleh Noor Ein Mohd. Noor.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Zaitul Azma Zainon Hamzah (2006). Memahami Pertuturan Kanak-kanak Melalui Analisis

Pragmatik. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Zulkifley Hamid (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.