perbandingan antara linguistik diakronik

27
PERBANDINGAN ANTARA LINGUSITIK DIAKRONIK NORSHAWALDILA BT MOHD SHAMSUDDIN NADIA FARHANA BT ROSLIZ A 1

Upload: xerez-sathish

Post on 20-Jan-2016

53 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.....

TRANSCRIPT

Page 1: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERBANDINGAN ANTARA LINGUSITIK DIAKRONIK

•NORSHAWALDILA BT MOHD

SHAMSUDDIN

•NADIA FARHANA BT ROSLIZA

1

Page 2: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PERKEMBANGAN

• Linguistik dilihat sebagai ilmu yang berautonomi.

• Bahasa dipelajari sebagai objek bukan lagi sebagai alat.

2

Page 3: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

BAHASA ABAD KE-18

• Pengumpulan bahasa secara besar-besaran telah berlaku, sama ada bahasa di Eropah atau manca Eropah.

• Pada abad ini, fikiran diagung-agungkan. Semua aktiviti keilmuan berlandaskan akal semata-mata.

• Pada abad ini juga perbandingan bahasa amat popular. Sir William Jones telah mengetengahkan hubungan antara bahasa seperti bahasa Sanskrit, Yunani, Latin dan Jerman. Beliau juga telah memperkenalkan Sakuntala dan Manu kepada dunia.

3

Page 4: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

BAHASA ABAD KE-19

• Wujud istilah linguistik sejarah perbandingan. Linguistik dilihat sebagai ilmu yang berautonomi, dan asal-usul bahasa mula digarap.

• Asal-usul bahasa berpangkal pada bunyi alamiah yang berupa teriakan emosi dan kemudian berkembang menjadi bahasa.

• Asal-usul bahasa juga berlandaskan dorongan dan kesedaran serta kecendekiaan manusia, bukan daripada Tuhan.

• Persamaan bentuk infleksi dan derivasi antara bahasa bukan kerana peminjaman tetapi persamaan asal.

4

Page 5: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

BAHASA ABAD KE-19

• Pengasas ilmu linguistik am ialah Wilhelm von Humboldt. Beliau berpendapat bahawa berbahasa merupakan keinginan batin manusia.

• Setiap perlakuan mewujudkan kesan, dan setiap kesan menjadi objek pemikiran, dan setiap objek pemikiran menjadi objek penyataan, dan setiap objek penyataan perlu dinyatakan dengan bahasa.

• Pada abad ini, bahasa dianggap pekerjaan jiwa yang selalu diulang melalui bunyi untuk menyatakan fikiran.

5

Page 6: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

BAHASA ABAD KE-19

• Rumusan bahasa oleh R.K.Rask:

> Bahasa Nur Kuno (Islandia) ialah bahasa yang amat baik kerana sistem fleksinya tuntas dan leksikonnya murni.

> Persamnaan yang wujud antara dua bahasa kerana kekeluargaan bahasa tersebut.

> Perubahan bunyi bergantung pada organ mekanisme artikulasi, dan cara membunyikannya.

• Franz Bopp berpendapat bahawa setiap ayat mengandung tiga bahagian, iaitu subjek, predikat dan kopula.

6

Page 7: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

BAHASA ABAD KE-19

• Jacob Grimm telah memperluas filologi dan perbandingan bahasa. Beliau memperkenalkan Hukum Grimm yang menghuraikan bunyi bahasa Jerman. Hukum ini telah membuka jalan pengkajian ilmu bunyi.

• A. Schleicher berpendapat bahawa pertumbuhan bahasa bersifat historis, sumbernya alam, dan bentuknya tuntas dan murni.

• Idea A. Schleicher yang terkenal ialah teori Pohon untuk memerikan asal-usul bahasa dan penyebarannya.

7

Page 8: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

GOLONGAN 80-AN

• J. Schmidt mengemukakan teori Gelombang untuk memerikan asal-usul bahasa dan penyebarannya. Menurutnya kepelbagaian batasan bahasa mewujudkan ragam peralihan.

• Whitney menganggap bahawa perkembangan bahasa wujud secara peralihan akibat daripada keperluan manusia untuk saling mengerti.

• Aliran Leipzig mengetengahkan persoalan tatabahasa dan teori perkembangan vokal. Antaranya ialah hukum Palatal, iaitu perubahan velar menjadi palatal. Misalnya perubahan [ k, g ] menjadi [ j, c, sy dan zy ]

8

Page 9: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Ferdinand de Saussure dikenali sebagai Bapa Linguistik Moden. Beliau telah mengetengahkan konsep:

> Linguistik diakronik dan linguistik sinkronik> Langue, parole dan langage> Bentuk dan bahan,> Bentuk dan makna> Sintagmatik dan paradigmatik

• Linguistik diakronik ialah subdisiplin linguistik yang mengkaji perkembangan bahasa dari semasa ke semasa, iaitu kajian yang bersifat vertikal

9

Page 10: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Linguistik sinkronik meneliti bahasa dengan tidak mempersoalkan urutan waktu, iaitu bersifat horizontal.

• Langage bermaksud bahasa secara umum, langue bermaksud bahasa tertentu, dan parole bermaksud dialek, ucapan, ujaran, pertuturan.

• Langage: objek paling mujarad, langue: objek mujarad, dan parole: objek konkrit.

• Bentuk merujuk bunyi, dan bahan merujuk idea. Bahasa mengandung sistem nilai bukan koleksi unsur yang ditentukan oleh bahan.

10

Page 11: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Sistem nilai ditentukan oleh keterbatasannya. Contoh: tari dan lari. Dua kata ini berbeda bukan kerana perbedaan fonem / t / dan / l /, tetapi perbedaan nilai dalam sistemnya, iaitu / t / dan / l / membedakan makna.

• Lambang merupakan gabungan antara bentuk dengan makna. Kata yang diucapkan sebagai / rumah / ialah bentuk yang mengandung makna rumah. Makna rumah itu merupakan abstraksi daripada sesuatu yang wujud di luar bahasa. Lambang dalam sistem tidak berubah, tetapi realitinya boleh berubah dan berbeda.

11

Page 12: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Contoh:

12

Lambang rumah

rumah: Melayubele: Gorontolohuis: Belandaloaigo: Suwowahouse: Inggeris

Page 13: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Sinonim lain untuk rumah: cungkup, gerogol, sudung, pondok, bangsal, rompok, bait, panti, tempat tinggal, vila, gedung, pejabat, balai, dewan, wisma, khanah, bangunan…

• Apabila orang menyebut [rumah], terdengar kepada kita rentetan bunyi / r, u, m, a, h /, yang kalau ditulis menjadi rumah, maka yang didengar itu bentuknya, dan bayangan kita terhadap rumah itu (jendela, tangga, atap, dinding…) ialah maknanya.

13

Page 14: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• L. Bloomfield telah menghasilkan karya yang berjudul language (1933). Konsep yang diketengahkannya telah membawa matra baharu dalam ilmu bahasa, yang kemudiannya terkenal dengan nama aliran Struktural.

• Bloomfield mengatakan bahawa apa pun yang dilafazkan pasti mempunyai struktur. Jika kita menyebut rumah, maka strukturnya [rumah] bukan [hamur] atau [maruh].

• Bloomfield lebih mengutamakan bahasa lisan sebagai objek kajiannya. Hal ini telah menyebabkan wujudnya linguistik deskriptif.

14

Page 15: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Oleh sebab bahasa mempunyai struktur, maka kaedah penganalisisan struktur perlu ditentukan. Antara kaedahnya ialah pemenggalan bentuk yang ada. Contoh:

> Orang itu akan pergi ke bulan> Orang itu + akan + pergi + ke bulan> Dilaksanakan: laksana, di + laksana + kan

• Pandangan Bloomfield berasaskan teori Behaviorisme, iaitu yang beranggapan bahawa tingkah laku manusia dapat ditanggap oleh indera. Setiap rangsangan (stimulus) akan mewujudkan tindak balas (respons).

15

Page 16: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Peristiwa bahasa berada di luar manusia. Penyataan ini berasaskan analisis bahasa melalui teori Stimulus – Respons.

• Aliran Bloomfield terus berkembang dan kemudiannya telah mewujudkan aliran baharu yang dinamakan tagmemik.

• Teori Tagmemik ini telah diketengahkan oleh K. L. Pike. Teori ini menekankan proses penemuan yang tidak bersifat mekanis tetapi bersifat intuisi.

16

Page 17: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Dalam teori Tagmemik, unit terkecil yang berfungsi dalam ujaran disebut tagmeme. Setiap tagmeme dapat mengisi slot dalam suatu konstruksi. Contoh:

> Saya menendang bola: saya dapat disi oleh KN, menendang dapat diisi oleh KKJ, dan bola dapat diisi oleh Obj.

• Teori Tagmemik ini dapat diterapkan pada semua peringkat, iaitu ayat, klausa, frasa, kata dan morfem.

17

Page 18: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Ciri linguistik sesudah Bloomfield adalah seperti yang berikut:

> Menitikberatkan deskripsi bahasa.> Memperincikan klasifikasi bunyi, morfem dan hubungannya dalam satuan yang lebih besar.> Kurang memperhatikan makna.> Menganalisis bahasa dengan korpus terbatas. > Mengemukakan tatacara dan penemuan unsur.

18

Page 19: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Noam Chomsky telah menghasilkan Syntactic Structures (1957). Kewujudan buku ini memulakan fasa linguistik baharu, dan revolusi ilmiah dalam linguistik.

• N. Chomsky menyarankan bahawa tatabahasa merupakan teori ilmiah yang berdasarkan pengamatan korpus ungkapan oleh penutur asli.

• N. Chomsky berpendapat bahawa tingkat kajian linguistik dalam fonetik, fonologi, morfologi dan sintaksis belum merupakan deskripsi linguistik yang tuntas, tetapi merupakan tatacara untuk mencapai kajian linguistik yang tuntas.

19

Page 20: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Premis teori Chomsky ini ialah bahawa seseorang dewasa dapat mengeluarkan kalimat baharu bahasanya pada kesempatan yang sesuai, dan penutur lain dapat pula mengerti kalimat itu dengan segera.

• Buku Chomsky Aspects of the Theory of Syntax (1965) menampakkan pendiriannya yang lebih jelas. Teorinya dikenali dengan nama Teori Tansformasi Generatif.

• Chomsky beranggapan bahawa tatabahasa terdiri daripada tiga komponen asas, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.

20

Page 21: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Tujuan kajian bahasa untuk penyusunan tatabahasa yang dapat dijadikan tatabahasa pegangan. Tatabahasa merupakan sistem kaedah yang menghubungkan bunyi dengan makna.

• Tatabahasa itu perlu memenuhi syarat:> Ayat harus berfungsi dalam ujaran.> Bersifat umum, dan tidak berdasarkan gejala bahasa tertentu.

• Chomsky juga mengetengahkan konsep kemampuan bahasa (competence) dan perlakuan bahasa (performance).

21

Page 22: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Kemampuan ialah pengetahuan penutur terhadap bahasa ibundanya, dan perlakuan ialah penampilan bahasa penutur dalam kegiatan harian. Dalam pertuturan harian, kecekapan berbahasa tidak merupakan refleksi kemampuan.

• Dari sudut semantik, tatabahasa ialah yang didengar dan dilatih dahulu sewaktu belajar bahasa.

• Ayat terdiri daripada dua struktur, iaitu struktur luaran dan struktur dalaman. Struktur bahasa ialah peristiwa bahasa dalam bahasa berkenaan.

• Struktur bahasa mencakup susunan fonem, susunan kata, susunan frasa, lagu bicara dan intonasi.

22

Page 23: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Struktur luaran ialah pewujudan sintaksis peringkat akhir ayat yang menjadi input komponen fonologi, iaitu ayat sebenar yang diucapkan. Contoh:

> A menonton teater (aktif)> Menonton teater, A (aktif songsang)> Teater ditonton (oleh) A (pasif)> Ditonton oleh A teater (pasif songsang)

• Contoh ini menunjukkan bahawa struktur luarannya berbeda, walaupun struktur dalamannya sama.

23

Page 24: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Struktur dalaman ialah pewujudan sintaksis abstrak ayat, yang menentukan faktor pengawalan interpretasi ayat. Contoh:> A menonton teater, menonton teater A, teater ditonton oleh A…

• Ayat di atas sama struktur dalamannya, tetapi berbeda struktur luarannya.

• Terdapat juga struktur luaran yang sama, tetapi struktur dalamannya berbeda. Contoh:> Kereta api lama berhenti di Serdang.

lama = masa, lama = sifat.

24

Page 25: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN

• Proses perlakuan bahasa dan kemampuan bahasa dapat dilihat dengan jelas dalam skema laku ucapan Teori Chomsky.

• Teori linguistik bersifat mental. Tugas linguis mengikut Chomsky: mencari dan menerangkan kemampuan linguistik nurani penutur jati.

• Penganalisisan kalimat dapat dilakukan menerusi tatabahasa model generatif, dan penanda frasa.

25

Page 26: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

PERINGKAT PEMODENAN: SKEMA LAKU UCAPAN TEORI CHOMSKY

26

Kemampuan: competence Kemampuan: competence

Tatabahasa: grammar Tatabahasa: grammar

Kalimat: data

percakapan

Penutur (P1) Pendengar (P2)

Page 27: Perbandingan Antara Linguistik Diakronik

RUMUSAN

• Perkembangan ilmu linguistik dapat ditelusuri berasaskan peringkat awal, perkembangan dan pemodenan.

• Peringkat awal ditandai oleh aktiviti kebahasaan zaman India, Yunani, Romawi, pertengahan dan pembaharuan.

• Peringkat perkembangan ditandai oleh aktiviti kebahasaan pada abad ke-18, abad ke-19, dan 80-an.

• Peringkat pemodenan ditandai oleh aktiviti kebahasaan Ferdinand de Saussure, Bloomfield, dan Noam Chomsky.

27