sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · web viewantara beras...

15
SULIT 3757/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR PEPERIKSAAN PERCUBAAN (SET 1) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 EKONOMI ASAS 3757/2 Kertas 2 Ogos 2 jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian A dan 40 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian B. 4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan. 5. Sekiranya anda hendak menukarkan jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang telah dibuat. Kemudian tulis jawapan yang baru. 6. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan. 7. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan. Lihat halaman sebelah ] 3757/2 SULIT

Upload: trinhkhanh

Post on 18-Mar-2018

257 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · Web viewANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan

SULIT 3757/2

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN (SET 1)SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017EKONOMI ASAS 3757/2Kertas 2Ogos2 jam Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B

3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian A dan 40 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian B.

4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan.

5. Sekiranya anda hendak menukarkan jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang telah dibuat. Kemudian tulis jawapan yang baru.

6. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.

7. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

Lihat halaman sebelah ]3757/2 SULIT

Page 2: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · Web viewANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan

Hafizah : Wah harga petrol dunia naik!!Aziah : Harga barang akan turut naik, kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk mengatasi masalah tersebut.Hafizah : Jadi, cadangan membina gelanggang badminton dan dewan orang ramai di taman kita tak dapat dijalankan.Aziah : Aku rasa dalam keadaan ekonomi seperti ini kerajaan hanya akan laksanakan salah satu sahaja

Ikut lebuh raya kan lebih baik, tidak sesak dan cepat sampai.Bang, balik kampung ni kita ikut jalan raya biasa sajalah.

SULIT 2 3757/2

BAHAGIAN A[75 markah]

Jawab tiga soalan sahaja

1 (a) Gambar berikut menunjukkan perbualan antara sepasang suami isteri tentang jenis barang.

(i) Apakah jenis barang yang dinyatakan oleh isteri dan suami. [2 markah]

(ii) Adakah keputusan suami untuk menggunakan lebuh raya adalah keputusan yang bijak.

Berikan alasan anda. [4 markah]

(b) Perbualan berikut berkaitan dengan masalah ekonomi

Bagaimana kerajaan dapat menyelesaikan masalah tersebut. [5 markah]

Lihat halaman sebelah]3757/2 SULIT

Page 3: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · Web viewANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan

.

Penduduk seramai 23 juta tiada sekatan memilih pekerjaan yang hendak diceburi

Firma negara Z mengumpul kekayaan dan keuntungan tanpa batasan

Lucy, saya dengar awak dapat bonus lima bulan gaji. Bolehlah awak buat bayaran deposit beli rumah. Awak belum ada rumah lagi, kan?

Tapi, saya dan keluarga bercadang untuk melancong ke Turki.

SULIT 3 3757/2

(c) Maklumat yang berikut tentang ciri sistem ekonomi negara Z.

Jelaskan penyelesaian masalah asas ekonomi negara Z. [6 markah]

(d) Pernyataan berikut berkaitan dengan pendapatan individu.

Bezakan ganjaran yang diterima oleh sumber ekonomi tersebut. [4 markah]

(e) Perbualan berikut berkaitan dengan keperluan dan kehendak.

Setujukah anda dengan cadangan Lucy. Beri alasan anda. [4 markah]

Lihat halaman sebelah]3757/2 SULIT

Khairy seorang arkitek bangunan yang menerima gaji bulanan RM 6 500.00. Beliau bekerja di Syarikat Teguh Sdn Bhd. Pemilik Syarikat tersebut adalah Dato’ Halim.

Page 4: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · Web viewANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan

SULIT 4 3757/2

2 (a) Jadual berikut menunjukkan hubungan antara harga Barang A dengan kuantiti permintaan Barang B.

HargaBarang A

Kuantiti permintaan Barang B

RM5 8 kg

RM3 4 kg

(i) Jelaskan kaitan antara Barang A dengan Barang B. [3 markah]

(ii) Dengan bantuan rajah, jelaskan hubungan antara harga Barang A dengan kuantiti permintaan Barang B.

[6 markah]

(b) Gambar berikut menunjukkan empat input yang digunakan dalam pengeluaran roti.

(i) Kenal pasti jenis input tersebut. [2 markah]

(ii) Bandingkan kedua-dua jenis input tersebut. [6 markah]

Lihat halaman sebelah]3757/2 SULIT

InputI

InputIII

InputII

InputIV

Page 5: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · Web viewANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan

Harga (RM)

366

21S

S

014 37

Kuantiti (unit)

SULIT 5 3757/2

(c) Rajah berikut menunjukkan keluk penawaran Firma M.

(i) Hitungkan keanjalan harga penawaran bagi barang yang dikeluarkan oleh Firma M.

[2 markah]

(ii) Tafsirkan pekali keanjalan harga penawaran bagi barang di atas. [2 markah]

(iii) Jelaskan faktor perubahan penawaran barang Firma M tersebut. [4 markah]

Lihat halaman sebelah]3757/2 SULIT

Page 6: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · Web viewANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan

Harga (RM)

Kuantiti (unit)20

60000

400

20

0 40 60

E

DS

SD

SULIT 6 3757/2

3 (a) Rajah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran bagi Kuih Raya .

(i) Apakah matlamat pengeluar pada tingkat harga RM 60. [3 markah]

(ii) Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pengeluar pada tingkat harga RM 20.

[5 markah]

(b) Berdasarkan situasi berikut, jelaskan kesan ke atas pasaran telefon pintar. (Setiap situasi adalah berasingan)

(i) Kerajaan memberi rebat RM 200 menerusi pakej komunikasi belia kepada belia yang membeli telefon pintar. .

[3 markah]

(ii) Kerajaan meningkatkan kadar cukai import ke atas telefon pintar. [3 markah]

(iii) Kerajaan memberi subsidi atas pembelian bahan mentah kepada syarikat pengeluar telefon pintar.

[3markah]

(c) Rajah berikut menunjukkan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor.

Lihat halaman sebelah]3757/2 SULIT

Page 7: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · Web viewANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan

Membekalkan faktor-faktor pengeluaran

A

Perbelanjaan membeli barang dan perkhidmatan

B

Isi Rumah Amin Firma

SULIT 7 3757/2

Terangkan aliran yang terlibat bagi A dan B. [4 markah]

(d) Bandingkan antara deposit tabungan dengan deposit semasa yang disediakan oleh bank perdagangan.

[4 markah]

4 (a) Petikan berikut berkaitan struktur ekonomi negara

Lihat halaman sebelah]3757/2 SULIT

Page 8: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · Web viewANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan

SULIT 8 3757/2

Jelaskan faktor yang mendorong perubahan tersebut. [4 markah]

(b) Pernyataan berikut berkaitan dengan Rahmat yang menjadi pemilik Syarikat Islamic Carpet.

(i) Apakah jenis cukai yang dibayar oleh Syarikat Islamic Carpet kepada kerajaan.

[1 markah]

(ii) Bezakan cukai yang dibayar oleh Syarikat Islamic Carpet dengan cukai yang dibayar oleh Rahmat semasa membeli van.

[6 markah]

(iii) Huraikan cara-cara kerajaan boleh menggunakan hasil pungutan cukai.[6 markah]

(c) Jadual menunjukkan peratus peruntukan kerajaan dalam sektor pertanian dan

Lihat halaman sebelah]3757/2 SULIT

Syarikat ini telah memperoleh keuntungan perniagaan sebanyak RM 18 000 sebulan. Beliau telah membayar cukai keuntungan syarikat kepada kerajaan setiap tahun. Baru-baru ini beliau telah membeli sebuah van untuk kegunaan syarikatnya.

RMHarga van 79 468.00Cukai import 59 601.00Cukai jualan 4 768.08

-------------------

Jumlah 143 837.08===========

Pergantungan kepada sektor ekstraktif memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu kerajaan telah mengambil langkah untuk membangunkan sektor industri.

Page 9: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · Web viewANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan

SULIT 9 3757/2

pembangunan luar bandar.

Tahun 2013 2014 2015Peratus(%) 2.4 4.1 7.2

Ramalkan pola peruntukan kerajaan untuk sektor ini pada tahun 2017. Berikan alasan anda. [4 markah]

(d) Data menunjukkan pemberhentian pekerja bagi tiga negeri pada tahun 2012 dan 2014.

Tahun Negeri

2012(ribu orang)

2014(ribu orang)

Johor 1 281 2 596Pulau Pinang 927 2 523Selangor 1 091 3 134

Sumber : Job Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.

Bagaimanakah belanjawan negara dapat mengatasi masalah ketidakstabilan ekonomi tersebut.

[4 markah]

Lihat halaman sebelah]3757/2 SULIT

Page 10: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · Web viewANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan

SULIT 10 3757/2

5 (a) Maklumat berikut menyatakan dasar pintu terbuka yang dicadangkan oleh kerajaan Malaysia.

Apakah kesan dasar tersebut kepada Malaysia. [6 markah]

(b) Petikan di bawah berkaitan dengan masalah negara.

Mengapakah berlaku masalah tersebut. [4 markah]

(c) Jadual di bawah menunjukkan akaun dagangan negara Malaysia dari tahun 2013 hingga 2015.

HASIL KAJIAN : Jumlah Eksport dan Import Malaysia dari tahun 2013 hingga 2015

TahunAkaun Semasa

(RM/juta)

Akaun Barangan (RM/juta) Peratus (%)

Eksport Import Eksport Import2013 102,190 606,512 475,678 56.04% 43.95%2014 131,414 662,455 492,076 57.37% 42.62%2015 110,727 552,920 412,565 57.26% 42.73%

Dipetik daripada Perangkaan Ekonomi Malaysia

(i) Bagaimanakah arah aliran akaun dagangan Malaysia dari tahun 2013 hingga 2015. [4 markah]

(ii) Mengapakah pola aliran sedemikian. [4 markah]

Lihat halaman sebelah]3757/2 SULIT

ANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP

Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan faktor utama yang menyebabkan permasalahan tersebut.

Sebahagian besar beras yang diimport adalah dari Thailand disebabkan harganya yang murah serta bermutu jika dibandingkan dengan lain-lain negara. Sebagai contoh beras jenis TWR (Thai white rice), harganya di Thailand hanya purata 80 sen sekilogram dan jualan di pasaran runcit tempatan ialah purata RM2 sekilogram. Beras jenis Wangi Siam pula harganya ialah purata RM1 sekilogram dan di pasaran tempatan dijual pada harga purata RM3 sekilogram.

Petikan diambil daripada Utusan Malaysia

Datuk Seri Najib mencadangkan pelaksanaan dasar pintu terbuka sektor perkhidmatan awam semasa menyampaikan amanat pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesepuluh (MAPPAX) Putrajaya hari ini.

Sumber Petikan daripada Berita Harian

Page 11: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · Web viewANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan

SULIT 11 3757/2

(d) Syarikat Motoraya Berhad telah mengimport mesin digital printing dari Korea yang bernilai RM 250 000 seunit.

(i) Hitungkan jumlah Won Korea yang perlu dibayar oleh syarikat sekiranya kadar pertukaran antara Won Korea dengan Ringgit Malaysia (RM) seperti berikut :

[2 markah]

(ii) Jika kadar pertukaran asing berubah menjadi 100 Won = RM 0.48, jelaskan kesan perubahan tersebut terhadap imbangan dagangan Malaysia.

[3 markah]

(iii) Jelaskan kepentingan Won Korea kepada Malaysia. [2 markah]

BAHAGIAN B[25 markah]

Lihat halaman sebelah]3757/2 SULIT

100 Won = RM 0.68

Page 12: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · Web viewANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan

SULIT 12 3757/2

Jawab semua soalan

6 Syafika seorang graduan dalam bidang Perakaunan dari Universiti Utara Malaysia. Setelah tamat pengajian beliau bekerja di RHB Bank, Tangkak. Tugasnya, menguruskan pinjaman kepada orang ramai. Beliau telah bekerja selama lima tahun dalam sektor kewangan ini. Kegawatan ekonomi telah menyebabkan pihak pengurusan syarikat terpaksa memberhentikan 200 pekerja syarikatnya. Pihak syarikat telah menghantar notis berhenti kerja kepada Syafika. Tanpa kerelaan Syafika akur dengan kehendak majikannya,sedangkan Syafika sangat memerlukan wang untuk menampung keluarganya di kampung. Syafika perlu melakukan sesuatu aktiviti ekonomi untuk mendapatkan wang bagi menyara diri dan keluarganya.

Syafika bertekad untuk pulang ke kampung dan mengusahakan tanaman buah tin di tanah terbiar seluas lima hektar milik ibunya. Beliau menghubungi Jabatan Pertanian untuk mengetahui lebih lanjut tentang potensi buah tin di pasaran tempatan dan luar negara. Beliau bermula dengan tanaman secara kecil-kecilan. Namun Syafika menghadapi pelbagai kesukaran dari segi penanaman buah tin. Misalnya masalah dari segi penjagaan, benih tanaman dan sebagainya .Dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada Jabatan Pertanian masalah-masalah tersebut dapat diatasi .Keadaan ini mendorong Syafika mengusahakan tanaman ini secara komersial.

Pada peringkat awal, Syafika memasarkan buah tin di kedai buah berhampiran kebunnya. Permintaan buah tin begitu tinggi. Pada suatu ketika, hasil dari kebunnya begitu banyak. Syafika menurunkan harga. Perubahan ini menyebabkan permintaan semakin tinggi. Dalam keadaan lain, berlaku juga pertambahan dan pengurangan permintaan buah tin walaupun harga tetap tidak berubah. Syafika telah menyewa tanah kerajaan seluas 20 hektar untuk tujuan komersial. Syafika membuat beberapa inovasi pertanian untuk menjamin kesinambungan usahanya ini. Beliau begitu prihatin dan melakukan penyelidikan dari semasa ke semasa. Di samping itu, beliau menggunakan mesin berteknologi tinggi untuk penggredan dan kawalan mutu. Jentera-jentera juga digunakan di samping tenaga manusia.

Syafika mendapat pinjaman daripada Agrobank untuk meluaskan pasaran produknya. Beliau juga berusaha mendapatkan tanah-tanah terbiar di sekitar kampungnya untuk dibangunkan dengan tanaman buah tin. Masyarakat setempat juga digalakkan untuk menanam buah tin. Syafika juga menubuhkan pusat pengumpulan buah tin di sekitar kawasannya. Seterusnya Syafika menubuhkan kilang untuk pemprosesan buah tin untuk dijadikan buah kering dan kordial. Beliau sangat mementingkan kualiti dan standard piawaian. Buah kering dan kordial telah dipasarkan dalam dan luar negara. Syafika sangat berbangga dengan kejayaan yang dicapai.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan berikut:

Lihat halaman sebelah]3757/2 SULIT

Page 13: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · Web viewANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan

SULIT 13 3757/2

(a) Huraikan sektor-sektor ekonomi yang diceburi oleh Syafika. [5 markah]

(b) Apakah kesan kemelesetan kepada ;

(i) Individu [2 markah]

(ii) Negara [2 markah]

(c)

Berdasarkan maklumat tersebut, lakarkan keluk permintaan bagi menggambarkan situasi tersebut.

[6 markah]

(d) Jelaskan kepentingan inovasi dalam usaha meningkatkan pengeluaran produk buah tin.

[3 markah]

(e) Jelaskan bagaimana tanah-tanah terbiar dapat diusahakan oleh Syafika.[3 markah]

(f) Terangkan faedah yang diterima Syafika sekiranya mengeksport produk buah tin ke luar negara.

[4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Lihat halaman sebelah]3757/2 SULIT

Pada suatu ketika, hasil dari kebunnya begitu banyak. Syafika menurunkan harga. Perubahan ini menyebabkan permintaan semakin tinggi. Dalam keadaan lain, berlaku juga pertambahan dan pengurangan permintaan buah tin walaupun harga tetap tidak berubah.

Page 14: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/10/ekonomi-johor-k2.docx · Web viewANTARA BERAS IMPORT DAN SELUDUP Masalah beras yang diimport dan penyeludupan beras dikatakan

SULIT 14 3757/2

Lihat halaman sebelah]3757/2 SULIT