ifolio.ukm.my · web viewantara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah...

19
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA _____________________________________________________________ LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN ______________________________________________________________ NAMA : SHARMINE AMIRA ANATHASIA BT. JAHARI NO.MATRIK : A145703 FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI PENYELARAS : PROF. MADYA DR. AINI BINTI AMAN

Upload: dinhhanh

Post on 27-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

_____________________________________________________________

LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

______________________________________________________________

NAMA : SHARMINE AMIRA ANATHASIA BT. JAHARI

NO.MATRIK : A145703

FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI

PENYELARAS : PROF. MADYA DR. AINI BINTI AMAN

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA dapatlah saya menyiapkan laporan pembuktian program untuk kursus Kemahiran Pengurusan Dan Keusahawanan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelaras bagi kursus ini iaitu PROF. MADYA DR. AINI BINTI AMAN kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan dalam menyiapkan laporan ini.

Disamping itu, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai Program 1D1S- Pengurusan Homestay di Homestay Pelegong. Dari peluang ini, saya mendapat sedikit sebanyak mengenai pengurusan homestay dan kelebihan yang diperolehi disamping menjana pendapatan. Saya juga belajar cara-cara yang betul untuk mempromosikan perniagaan melalui media sosial seperti blog.

Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan laporan program ini sama ada dari segi multimedia (gambar lampiran) dan maklumat yang diperlukan. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN PROGRAM

2.0 KERTAS KERJA

3.0 HASIL KERJA

4.0 REFLEKSI DIRI

5.0 LAMPIRAN PEMBUKTIAN BERGAMBAR

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

1.0 PENGENALAN PROGRAM

NAMA PROGRAM : Program 1D1S - Pengurusan Homestay Siri 1 (Pemasaran Dan Pembangunan Laman Web) Di Homestay Pelegong

TARIKH : 14 & 15 DISEMBER 2013

TEMPAT : Kg. Pelegong dan Bilik Latihan Cesmed

ANJURAN : UKM-CESMED

SINOPSIS PROGRAM :

1.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

1.1 Pengenalan Ringkas

Peruntukan 1D1S telah di berikan oleh KPT semasa permohonan oleh UKM-CESMED untuk projek tahun 2013 sebanyak RM200,000. Kelulusan ini telah diterima melalui surat bertarikh 14 Mei 2013, rujukkan no. : KPT.R.100-4/2/31/5 Jld.3 (56). Latihan ini merupakan satu latihan selama 2h/1m yang dianjurkan oleh UKM-CESMED. Latihan ini akan melibatkan pelajar UKM seramai 30 orang yang teridiri daripada Kelab Rakan Muda UKM dan 4 orang kakitangan UKM-CESMED.

1.2 Sejarah / Rekod

Program ini merupakan program kolaborasi di antara UKM-CESMED dan pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Sembilan.Kolaborasi ini adalah bagi membangunkan produk edu-tourism khasnya penduduk Homestay Pelegong dan pelajar UKM.

1.3 Idea

Homestay Pelegong dipilih kerana ia merupakan homestay pertama yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Homestay tersebut mendapat saingan yang hebat daripada pesaing-pesaing terdekat.Oleh yang demikian, diharap latihan ini dapat

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

mencetuskan idea-idea baru dalam mempromosikan lagi Homestay Pelegong supaya lebih dikenali di serata dunia.

2.0 MISI

Melahirkan usahawan pelancongan professional yang bukan hanya mampu mengurus satu sesi pelancongan, malahan bersikap lebih inovatif, kreatif dan berdaya saing.

3.0 MATLAMAT

3.1 Mengintegrasikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Usahawan yang mampu mencorakkan kemahiran serta pendidikan terhadap semua komuniti serta bakal graduan UKM supaya lebih agresif.

3.2 Mendedahkan peserta program kepada kemahiran dalam mengeluarkan idea-idea yang kreatif dan inovatif untuk produk-produk berlandaskan pelancongan.

3.3 Mendedahkan peserta program berkenaan industri pelancongan berteraskan homestay yang menepati piawaian Kementerian Pelancongan Malaysia.

3.4 Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehusahawanan pelajar UKM.

4.0 OBJEKTIF

Mengintegrasikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Usahawan yang mampu mencorakkan kemahiran serta pendidikan terhadap bakal graduan UKM serta semua komuniti Homestay supaya lebih agresif.

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

Nama pemilik : En. Nor Zamri Bin Adnan & Pn. Martini Binti Sulaiman

Umur : 40 tahun & 38 tahun

Alamat : Kg. Pelegong Labu, Negeri Sembilan (telah menetap di kampung ini selama 23 tahun)

Bilangan anak : 4 orang

Tempoh mengusahakan perkhidmatan homestay : 8 tahun

Jumlah pendapatan kasar hasil daripada perkhidmatan homestay : RM2,000 sebulan (bergantung kepada jumlah pelanggan)

3.0 HASIL KERJA

Sepanjang kami berada di sana, kami telah sedikit sebanyak mempelajari konsep perniagaan rumah tumpangan atau lebih dikenali sebagai homestay. Aktiviti yang dianjurkan sangat menarik dan menampakkan tradisi kampung tersebut. Antara aktiviti yang dianjurkan seperti membuat kraftangan menggunakan barangan semulajadi seperti daun pokok getah, latihan menari tarian tradisional, latihan bermain alat muzik caklempong dan pertunjukan perkahwinan ‘olok-olok’ mengikut tradisi kampung tersebut. Tidak lupa juga aktiviti melawat sekeliling kampung untuk mendapatkan maklumat. Terdapat tempat yang menarik telah dikunjungi seperti tempat pembuatan bahulu dan Perigi Dara.

Semasa berada di sana, kami telah diagihkan kepada kumpulan yang mempunyai empat orang ahli. Setiap kumpulan akan tinggal di rumah tumpangan(homestay)yang dipilih oleh pihak penganjur. Dari situ kami mengenali penjaga sementara yang menamakan diri mereka sebagai ‘ibu’ dan ‘ayah’. Mereka sangat peramah walaupun berkenalan hanya sementara. Maka bermulalah pengumpulan maklumat mengenai perniagaan homestay.

Kami menemubual pemilik kepada rumah yang kumpulan kami diami. Berikut merupakan hasil temubual kami:

Pelanggan homestay En.Zamri dan Pn. Martini bukan sahaja terdiri daripada pelancong dalam negara tetapi pelancong luar negara juga menggunakan perkhidamatan homestay mereka. Waktu puncak perkhidmatan mereka merupakan ketika waktu cuti, dimana mereka tidak menang tangan untuk melayan pelanggan. Golongan pelajar merupakan pelanggan tetap mereka kerana Kampung Pelegong merupakan salah satu tempat untuk dijadikan sebagai kawasan kajian.

Untuk mempromosikan homestay mereka, medium jaringan sosial (social network) seperti Facebook dan Youtube telah digunakan. Mereka bersikap adil dalam melayan pelanggan tanpa mengira bangsa atau agama. Pasangan suami isteri ini sangat menghormati pelanggan mereka. Sebagai bukti, saya merupakan seorang yang tidak gemar memakan makanan yang

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

pedas,apa yang mereka lakukan ialah mereka telah menyediakan makanan yang bersesuaian dengan saya. Saya sangat selesa dengan perkhidmatan yang telah diberikan disamping keadaan rumah mereka yang sangat bersih dan teratur.

Di akhir temubual, En.Zamri dan Pn. Martini telah berkongsi tips untuk menguruskan perniagaan homestay ini. Antaranya ialah, tidak mudah berputus asa. Kerana sifat tersebut merupakan tonggak kejayaan dalam menceburkan diri dalam bidang yang berisiko tinggi seperti bidang perniagaan.

Pada 23 Disember 2013, kami telah menghadiri Kursus Keusahawanan Pembangunan Web Portal di bilik latihan Cesmed di mana kami diperkenalkan cara untuk mempromosikan homestay Pelegong di jaringan sosial. Dari situ, kami mempelajari teknik promosi yang betul dengan menggunankan blog. Segala maklumat yang telus dan media(video dan peta) telah dimuatkan dalam blog tersebut untuk menjadikan aktiviti promosi lebih berkesan.

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

4.0 REFLEKSI DIRI

Sesungguhnya aktiviti keusahawanan ini telah mengajar saya erti sebenar dalam mendalami bidang ini. Walaupun nampak mudah namun, bidang ini banyak cabaran dan risiko yang tinggi. Antara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana pendapatan dan mengamalkan etika yang betul dalam perniagaan.

Untuk menghasilkan sebuah perniagaan yang berjaya, sifat keusahawanan yang tinggi perlu dipupuk dalam diri. Timbulkan terlebih dahulu minat dalam bidang ini agar semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Kita perlu bijak mengambil peluang dalam perniagaan tanpa sedikit pun rasa gentar mengambil risiko. Kenali kelebihan sesuatu perkara dan ambil juga kelemahan yang bakal timbul dalam membina sebuah perniagaan. Dari situ kita dapat mewujudkan penyelesaian yang efektif dan tahan lama. Kemahiran kepimpinan juga perlu dalam bidang ini kerana perniagaan yang cekap mempunyai organisasi yang teguh. Oleh itu, bidang ini sangat menitikberatkan semangat berpasukan yang tinggi dan hubungan yang baik antara ketua dan anak buahnya.

Sifat kreatif sangat penting dalam sebuah perniagaan yang berkaliber. Ini kerana sifat ini mampu menaikkan ‘market’ sesebuah perniagaan. Dari apa yang kita lihat, inovasi yang luas mampu menarik lebih ramai pelanggan. Sebagai contoh, penghasilan kraftangan bunga yang diperbuat daripada daun getah yang diperolehi dari hutan berdekatan menunjukkan kreativiti penduduk kampung dalam menjana pendapatan. Kreativiti dalam mempromosikan sesebuah perniagaan juga penting. Seperti yang sedia maklum, promosi melalui jaringan sosial merupakan salah satu cara yang paling mudah. Namun, terdapat cara yang betul dalam membuat promosi. Antaranya seperti penggunaan blog, maklumat yang telus dan media yang menarik mampu menjadikan promosi yang mudah mempunyai impak yang besar kepada pembaca dan sekaligus menarik lebih ramai pelanggan yang berpotensi.

Etika yang betul dan baik dapat menjadikan sesebuah perniagaan maju dan dipandang oleh ramai. Etika seperti menghormati pelanggan merupakan etika yang paling penting. Bak kata pepatah Inggeris ‘The customer is always right’ membuktikan pelanggan mempunyai hak yang besar dalam sesuatu perkara yang melibatkan perniagaan. Selain itu tiada sifat pilih kasih wujud dalam sesebuah perniagaan. Selaku individu yang mewujudkan sebuah perniagaan, semua pelanggan tanpa mengira bangsa dan agama perlu dilayan dengan seadilnya.

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

5.0 LAMPIRAN PEMBUKTIAN BERGAMBAR

Ketibaan di Stesen Bas Tiroi

Taklimat program

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

Pengagihan kumpulan dan ibu angkat [pemilik homestay]

Latihan tarian piring

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

Latihan bermain alat muzik caklempong

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

Perkahwinan ‘olok-olok’ mengikut tradisi kampung Pelegong

Lawatan sekitar kampung

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

Perigi Dara yang terdapat di Kampung Pelegong

Lawatan ke kawasan pembuatan bahulu

Sesi demonstrasi pembuatan kraftangan menggunakan daun getah

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

Perjumpaan sebelum kembali ke UKM

Antara yang menyertai program ini

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

Bersama keluarga angkat

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewAntara perkara yang saya perolehi dari aktiviti yang dianjurkan ialah mempunyai sifat keusahawanan dalam diri, kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menjana

Kursus Keusahawanan Pembangunan Web Portal