jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/panduan... · web view2.1...

35
Garis Panduan PVMA 2015 PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM 1. KOMPONEN DALAM PVMA PVMA terdiri daripada dua (2) komponen iaitu Akademik dan Vokasional. Komponen tersebut boleh adalah seperti Jadual 1 di bawah. Jadual 1: Mata Pelajaran dan Kursus dalam Komponen PVMA Bi l. Komponen Mata Pelajaran /Kursus Bil. Waktu Semingg u Peratus Akademik dan Peratus Vokasional Ulasan 1 Akademik Bahasa Melayu 6 47% Mata Pelajaran Teras 2 Bahasa Inggeris 5 3 Sejarah 3 4 Pendidikan Islam / Moral 4 Menggunakan kurikulum Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) 5 Matematik 3 6 Vokasion al Kemahiran 24 53% Menggunakan Kurikulum SKPK JUMLAH WAKTU 45

Upload: lengoc

Post on 25-Apr-2018

279 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM

1. KOMPONEN DALAM PVMA

PVMA terdiri daripada dua (2) komponen iaitu Akademik dan Vokasional. Komponen tersebut boleh adalah seperti Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Mata Pelajaran dan Kursus dalam Komponen PVMA

Bil. KomponenMata

Pelajaran /Kursus

Bil. Waktu Seminggu

Peratus Akademik dan

Peratus Vokasional

Ulasan

1

Akademik

Bahasa Melayu

6

47%

Mata Pelajaran Teras

2Bahasa Inggeris

5

3 Sejarah 3

4Pendidikan Islam / Moral

4Menggunakan kurikulum Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)5 Matematik 3

6 Vokasional Kemahiran 24 53%Menggunakan Kurikulum SKPK

JUMLAH WAKTU 45

Page 2: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan bilangan waktu seminggu antara mata pelajaran Aliran Perdana dan PVMA

Jadual 2: Perbandingan Struktur Aliran Perdana (MPV) dan PVMA

Bil. Mata Pelajaran

Bil. Waktu Seminggu

UlasanAliran

PerdanaPVMA

1 Bahasa Melayu 6 6

Mata Pelajaran Teras2 Bahasa Inggeris 5 5

3 Sejarah 3 3

4Pendidikan

Islam / Moral5 4 PVMA menggunakan kurikulum

Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)5 Matematik 4 3

6 Sains 5 -Elemen Sains digabungjalin dalam modul kemahiran (PVMA)

7Pendidikan Sivik Kewarganegaraa

n2 -

Elemen PSK digabungjalin dalam modul Pendidikan Islam/Moral

8 PJPK 2 -Elemen PJPK digabungjalin dalam modul kemahiran (PVMA)

9 Vokasional 8 – 12 24Digantikan dengan modul kemahiran PVMA

JUMLAH WAKTU 40/44 45

Page 3: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

2. PENGENALAN KEPADA DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

2.1 Komponen DSKDSK mengandungi Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran

(SP) dan Kriteria Pencapaian (KP). Definisi SK, SP dan KP adalah

seperti berikut:

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

Standard Kandungan merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Kandungan perlu mengandungi kompetensi standard industri.

Pencapaian pula bermaksud penyataan ringkas mengenai pencapaian (performance) yang diperlukan dalam unit. Setiap unit kompetensi adalah unik, selari dan sejajar dengan mata pelajaran atau pakej latihan dan tidak melebihi 100 aksara

Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yangboleh diukur bagi setiap standard kandungan.Standard Pembelajaran perlu mengandungi Pencapaian dan Syarat.

Secara khusus, pencapaian dan syarat (performance and condition) bermaksud sub-kompetensi yang lengkap dipelajari danunit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu modul.

Elemen mesti berbentuk perlakuan yang boleh diukur dan dicerap. Standard Pembelajaran juga merupakan set sub-kompetensi yang perlu dipelajari oleh murid bagi mencapai Standard Kandungan.

Kriteria pencapaian adalah penyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan. Kriteria Pencapaian perlu ditulis dengan mengandungi Pencapaian, Syarat dan Piawai.

Manakala pencapaian, syarat dan piawai (performance, condition and standard) merupakan pelengkap kepada sub-kompetensi yang mesti merujuk kepada standard yang bersesuaian dengan keperluan Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan.

Kriteria Pencapaian juga merupakan set sub-kompetensi minima yang perlu dicapai oleh murid bagi mencapai Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan.

Page 4: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

2.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Pendekatan pedagogi PVMA berkonsep guru sebagai fasilitator iaitu

“kurang mengajar” (teach less), dan murid “belajar lebih” (learn more) melalui pembelajaran secara pengalaman dan pengalamian

(hands on). PVMA menggunakan konsep Competency-Based-Training and Assessment (CBTA) yang memberi peluang untuk menguasai kompetensi dengan membenarkan murid mengulangi semula kompetensi yang belum dikuasai sehingga murid PVMA kompeten sesuatu kemahiran yang diperlukan.

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk

menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan

kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan

pendekatan holistik seperti berikut :

Pendekatan modular berasaskan kompetensi

Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan

aktiviti

Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk

Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)

Pembelajaran kolaboratif dan koperatif

Pembelajaran Masteri

Integrasi TMK merentas kurikulum

Integrasi keusahawanan merentas kurikulum

Lawatan industri

Penekanan kepada pengurusan kewangan berhemah

2.3 Penulisan Rancangan Sesi Latihan dan Rancangan PembelajaranFormat penulisan rancangan sesi latihan dan rancangan pembelajaran

bagi guru PVMA perlu disesuaikan dengan kaedah CBTA. Guru PVMA

boleh memperolehi format RSL dan RP semasa menghadiri kursus b

erkaitan kurikulum dari semasa ke semasa.

Page 5: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

3.0 BAHAN PENGAJARAN BERTULIS (WRITTEN INSTRUCTIONAL MATERIALS - WIM)

3.1 WIM ialah dokumen utama yang disediakan untuk kegunaan guru

dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Bahan Pembelajaran dalam WIM terdiri daripada tiga (3) komponen

bahan pembelajaran iaitu:

3.2.1 Kertas Penerangan (Information Sheet) Helaian maklumat yang digunakan sebagai bahan

pengajaran dan pembelajaran semasa penyampaian teori.

Ianya bertujuan untuk menjelas dan menambah lagi

pemahaman dan pengetahuan murid dengan menekankan

“Mengapa” kemahiran itu perlu dilaksanakan dan bukan

“Bagaimana” ianya dilaksanakan.

Kertas penerangan hendaklah mempunyai ciri berikut, iaitu:

Cukup cakup, tepat dan mudah difahami, keperluan DSK dipenuhi; dan

Sentiasa dikemaskini mengikut perubahan teknologi semasa.

3.2.2 Kertas Tugasan (Assignment Sheet) Helaian tugasan yang mengandungi pelbagai bentuk

soalan sebagai latihan kepada murid untuk merangsang

minda, menguji pemahaman dan mengaplikasikan

pengetahuan murid berdasarkan teori yang telah dipelajari.

Kertas tugasan tidak diambil kira sebagai penilaian kerja

kursus.

Kertas tugasan hendaklah mempunyai ciri berikut iaitu:

Sebagai latihan kendiri (self check) kepada murid

sebelum menghadapi penilaian kerja kursus dan penilaian

akhir;

soalan boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dengan

merujuk kepada kertas penerangan yang berkaitan; dan

Page 6: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

Kertas tugasan juga boleh disediakan dalam bentuk

kajian kes, perbincangan kumpulan dan sebagainya.

3.2.3 Kertas Kerja (Work Sheet)

Helaian yang menunjukkan langkah dan butiran kerja bagi membimbing murid untuk menguasai kemahiran yang ditetapkan.

Sebagai latihan kendiri (self check) kepada murid sebelum menghadapi penilaian kerja kursus dan penilaian akhir.

Kertas kerja tidak diambil kira sebagai penilaian kerja kursus.

Mengandungi soalan pendek yang akan ditanya secara lisan sepanjang latihan amali dilaksanakan.

4. PENILAIAN MELALUI KAEDAH SISTEM PENTAULIAHAN

4.1 Penilaian adalah satu proses menilai tahap kekompetenan

yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan sikap seseorang

murid semasa melaksanakan tugasan yang ditetapkan. Penilaian

perlu dilaksanakan untuk menentukan seorang murid telah mencapai

tahap keterampilan yang ditetapkan dalam NOSS bagi tujuan

penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia atau Penyata Pencapaian.

Terdapat tiga (3) komponen penilaian SKM tahap 1 dan SKM tahap 2

yang dilaksanakan, iaitu:

i. Kerja Kursus;ii. Penilaian Akhir;

i i i . “Core Abilities” ;

4.2 Pembahagian peratusan komponen pemarkahan bagi Sistem

Pentauliahan untuk setiap unit kompetensi (CU) yang terdapat dalam

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) adalah seperti di

Jadual 3.

Jadual 3: Pembahagian Peratus Markah Komponen Penilaian SKM Tahap 1 dan SKM Tahap 2

Page 7: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

Komponen Penilaian CU Pembahagian Peratus Markah Penilaian SKM Tahap 1 dan SKM Tahap 2

Kerja Kursus

Pengetahuan 1040Prestasi 30

Penilaian Akhir

Pengetahuan 20

60Prestasi 40

Markah Keseluruhan 100

5. KERJA KURSUS

5.1 Kerja kursus adalah tugasan yang perlu dilakukan oleh murid dan akan

dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan. Dokumen

penilaian disediakan oleh guru untuk menguji dan menilai

keterampilan murid.

5.2 Terdapat dua (2) jenis penilaian bagi kerja kursus iaitu penilaian

pengetahuan (KA) dan penilaian prestasi (PA).

5.2.1 Penilaian Pengetahuan (KA)

a) Penilaian pengetahuan adalah mekanisma atau kaedah

yang digunakan bagi menilai pengetahuan dan pemahaman

murid mengenai apa yang telah dipelajari.

b) Penilaian pengetahuan bagi kerja kursus hendaklah

memenuhi ciri berikut, iaitu:

Soalan yang disediakan hendaklah memenuhi assessment criteria dan related knowledge di dalam CoCU yang terdapat dalam SKPK;

Bilangan dan jenis soalan adalah tidak ditetapkan tetapi hendaklah mencapai tahap kesukaran (level of difficulty) yang ditentukan oleh setiap CU dalam SKPK berkenaan;

Soalan boleh merangkumi jenis soalan sama ada objektif, subjektif atau kedua-duanya; dan

Page 8: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

Kaedah penilaian boleh terdiri daripada laporan teknikal, persembahan, lisan, ujian bertulis, kuiz, tugasan, kajian kes atau lain-lain yang berkaitan, mengikut kesesuaian tahap.

5.2.2 Penilaian Prestasi (PA)

a) Penilaian prestasi adalah mekanisma atau kaedah yang

digunakan bagi menilai kemahiran, sikap dan keselamatan

dalam melaksanakan tugas, praktikal atau kerja amali yang

diarahkan.

b) Pelbagai kaedah penilaian prestasi boleh dilaksanakan

seperti ujian keterampilan, simulasi, projek dan sebagainya.

c) Penilaian prestasi hendaklah memenuhi ciri berikut iaitu:

Memenuhi assessment criteria, related skills, attitude,

safety and environmental yang ditetapkan di dalam CoCU

SKPK;

Tempoh penilaian bergantung kepada keterampilan yang

dinilai; dan

Penilaian core abilities dijalankan bersekali dengan

penilaian prestasi.

5.3 Peratusan komponen penilaian dalam kerja kursus adalah seperti

yang ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadual 4: Pecahan Peratusan Pemarkahan Bagi Penilaian Kerja Kursus

Page 9: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

Komponen PenilaianPeratus Mengikut Tahap persijilan (%) SKM

Tahap 1 dan SKM Tahap 2

Markah Markah

Pengetahuan 10 6

Prestasi 30 18

Markah Keseluruhan 40 24

Page 10: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

6. PANDUAN PENULISAN RSL DAN RP

6.1 Pengenalan

Perkembangan pendidikan di Malaysia telah melalui satu perubahan

dikenali dengan Transformasi Pendidikan Vokasional bermula dari

tahun 2012. Mulai tahun 2015 telah diperkenalkan Pendidikan

Vokasional Menengah Atas (PVMA) dari Tingkatan 4 hingga

Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bagi

menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang dimansuhkan

secara berperingkat. Sehubungan dengan pembaharuan tersebut,

kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara Competency-

Based-Training and Assessment (CBTA) juga diperkenalkan di SMK

terpilih.

Secara amnya, kompetensi adalah kebolehan menunjukkan tugas spesifik (boleh buat) mengikut standard yang memenuhi kehendak industri, majikan, organisasi dan individu. Kompetensi mengandungi

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang konsisten bagi setiap

kemahiran, pengetahuan dan sikap yang merujuk kepada prestasi

yang standard di bidang pekerjaan. Berbanding pembelajaran secara

konvensional, kaedah P&P CBTA membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PVMA kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan.

Oleh kerana CBTA telah mengubah kaedah penyampaian kandungan

kurikulum, maka kaedah penulisan dan pendokumentasian rancangan

pengajaran perlu pengubahsuaian. Proses P&P CBTA yang lengkap

mengandungi 3 (tiga) komponen utama iaitu Kurikulum, Pengajaran

dan Pentaksiran (Curriculum, Instructional and Assessment). Dalam

konteks PVMA, kurikulum yang dimaksudkan adalah standard

kandungan yang murid perlu tahu dan lakukan, pengajaran adalah

kaedah penyampaian standard kandungan dan pentaksiran adalah

Page 11: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

proses menilai tahap penguasaan murid. Ketiga-tiga komponen PdP

CBTA tersebut disepadukan di dalam perubahan kaedah penulisan

rancangan pengajaran.

Oleh itu Rancangan Sesi Latihan (RSL) diperkenalkan bagi

menggantikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) manakala

Rancangan Pengajaran Harian digantikan dengan Rancangan Pembelajaran (RP). Format RSL dan RP juga diperkenalkan sebagai pakej di dalam Transformasi Pendidikan Vokasional dan guru

PVMA adalah dipohon menyediakan rancangan pengajaran mengikut

format CBTA.

RSL merupakan rancangan pengajaran yang ringkas tetapi lebih

spesifik dan jelas dalam rangka konsep pengajaran dan pembelajaran

bercorak hands-on. RSL dapat menunjukkan bentuk perancangan dan

menjelaskan kemahiran dan sub-kemahiran yang perlu dipamerkan

oleh pelajar. RSL juga mampu membantu guru merancang bentuk

eviden proses dan eviden produk yang ingin dihasilkan kerana ianya

dirancang dengan jelas dan terbukti.

Manakala Rancangan Pembelajaran (RP) adalah rancangan guru

ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bengkel dan

makmal. RP juga merupakan rancangan yang spesifik dengan merujuk

kepada kriteria yang perlu dicapai, susunan proses pembelajaran,

bahan sumber pembelajaran dan catatan masa. RP akan membantu

guru untuk mengendalikan sesi pembelajaran dengan tersusun dan

terkawal. Guru tidak perlu menyatakan bentuk eviden di dalam RP

kerana telah dinyatakan di dalam RSL. RSL dan RP saling berkaitan

dan perlu disusun mengikut susunan standard kandungan. RSL akan

disediakan dahulu kemudian diikuti oleh RP.

Pendekatan secara CBTA di sekolah bermula dengan penyediaan RSL

dan pematuhannya semasa proses pengajaran di dalam kelas,

bengkel dan makmal.

Page 12: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

6.2 Panduan Umum Penulisan

Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan

satu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merancang isi

pelajaran, teknik mengajar dan bahan sumber agar proses pengajaran

pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Objektif utama menulis RSL dan RP ialah menolong guru merancang

pengajaran dengan lebih baik supaya lebih yakin dan bersedia untuk

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bengkel dan makmal.

Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang

digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran

sesuatu isi pelajaran, sesuatu modul/mata pelajaran atau beberapa

modul/mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.

RSL adalah rancangan pengajaran yang digunakan oleh guru untuk

merancang sesi latihan secara teoritikal dan praktikal. Guru boleh

memilih untuk menyediakan RSL seperti berikut:

Sama ada:

6.2.1 Satu RSL bagi setiap satu Standard Kandungan

(contoh: Modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik

mengandungi 5 Standard Kandungan, maka sediakan 5 RSL),

atau,

6.2.2 Satu RSL bagi setiap satu Standard Pembelajaran

(contoh: Modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik

mengandungi 13 Standard Pembelajaran, maka sediakan 13

RSL – seterusnya jika mampu bolehlah disediakan seberapa

banyak RSL diperlukan bagi setiap satu modul. RSL yang terlalu

banyak adalah tidak digalakkan.

Page 13: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

RP pula adalah rancangan pengajaran yang digunakan oleh guru

untuk merancang sesi latihan secara teoritikal dan praktikal bercorak

hands-on. RP disediakan setiap hari dan guru boleh memilih untuk

menyediakan RP seperti berikut:

Sebagai contoh, jika pada hari tersebut ada satu kumpulan murid

yang membuat tugasan latihan (kesemua 20 orang murid membuat

amali Standard Kandungan 2: MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN

PENGGUNA SATU FASA), maka guru perlu menyediakan satu RP

untuk modul tersebut sahaja.

Tetapi jika;

Pada hari tersebut ada dua kumpulan murid (10 orang membuat amali

Standard Kandungan 2: MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN

PENGGUNA SATU FASA), dan (10 orang murid lagi membuat amali

Standard Kandungan3: MENDAWAI LITAR SATU SUIS SATU HALA

MENGAWAL SATU LAMPU), maka guru perlu menyediakan dua RP

iaitu untuk kedua-dua Standard Kandungan yang di ajar. Begitulah

seterusnya jika terdapat banyak kumpulan murid, maka banyaklah RP

yang perlu disediakan.

Guru akan mengajar lebih dari satu kumpulan murid kerana CBTA

membenarkan murid mengulang standard sehingga kompeten setiap

Kriteria Pencapaian. Sebagai contoh, murid yang tidak kompeten

semalam akan mengulang semula kompetensi yang mereka belum

kompeten pada hari berikutnya sehingga kompeten.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada kebijaksanaan guru untuk

merancang bilangan kumpulan yang perlu dibentuk dalam satu-satu

masa PdP.

RSL dan RP disediakan dalam bentuk softcopy sekali sahaja pada

awal penggunaan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) dan akan

dikemaskini apabila terdapat DSK baru. Semua guru boleh berkongsi

Page 14: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

RSL dan RP. RP perlu dicetak setiap kali sebelum PdP bermula dan

ruangan refleksi ditulis tangan selepas proses P&P selesai.

6.3 Kepentingan menulis di ruangan Refleksi

Refleksi merupakan satu proses mengingat dan merenung kembali

pengalaman dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah

dialami serta menganalisis dan menilai kelebihan dan kekurangannya

yang bertujuan memikirkan cara memperbaiki dan mengubahsuai

untuk panduan dan kegunaan di masa hadapan.

Refleksi amat penting untuk melihat perkembangan pengajaran dan

hasil pengajaran termasuk pencapaian pelajar di dalam menyiapkan

tugasan amali dan pentaksiran. Oleh sebab itu, guru diwajibkan

menulis refleksi di dalam RP untuk tujuan penambahbaikan proses

pengajaran disamping menilai penerimaan pelajar terhadap proses

pengajaran. Guru dibenarkan menulis pengalaman pengajaran mereka

pada setiap hari pada ruangan refleksi dan sebaik-baiknya ditulis

tangan selepas proses P&P.

6.4 Penggunaan ring-file.

Penggunaan ring-file juga diperkenalkan sebagai pakej di dalam Transformasi Pendidikan Vokasional. Guru adalah digalakkan

menggunakan ring-file bagi menyimpan RSL dan RP supaya lebih

kemas dan mudah dikemaskini bagi menggantikan buku rekod

pengajaran. Ahli Jawatankuasa Kurikulum peringkat sekolah boleh

bertindak sebagai penguatkuasa dan penyelaras kepada perubahan

ini.Semua RSL dan RP disusun mengikut nombor Standard

Kandungan.Standard Kandungan yang diajar dahulu diletak di sebelah

bawah dan Standard Kandungan diajar kemudian diletak sebelah atas.

Adalah diingatkan bahawa isi kandungan ring-file perlu lengkap

sebagaimana buku rekod pengajaran seperti biodata guru, pekeliling

berkaitan, jadual waktu, RSL, RP, senarai murid, aktiviti guru, prestasi

Page 15: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

murid (markah dan TOV) dan lain-lain lagi yang disesuaikan dari

semasa kesemasa oleh pentadbir sekolah. Pemastian standard

perlulah dipatuhi berdasarkan panduan dan pekeliling dari pihak

pengauditan PdP.

6.5 Komponen RSL dan RP

Persediaan RSL dan RP merujuk kepada satu perancangan yang

terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan

oleh guru dalam kelas, bengkel dan makmal.

Page 16: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

6.5.1 Penulisan RSL

RSL disediakan pada awal tahun pengajaran. Sebagai

permulaan, sila perhatikan format RSL berikut.

KOMPONEN KETERANGAN

PanitiaTarikhLokasi latihanNama GuruBilangan MuridTajuk Modul/Mata Pelajaran:

Standard Kandungan:Standard Pembelajaran:

Objektif latihan Kriteria Pencapaian: Pengenalan:

Pengenalan gambaran latihan yang ingin di ajar

Langkah pengajaran seterusnya

Contoh produk yang akan dihasilkan

Pengetahuan sedia murid tentang tugasan ini

Gambaran latihan:

Kemahiran yang ditunjukkan kepada murid

Guru membuat demontrasi kepada murid iaitu:

Pentaksiran:Kaedah Latihan Kaedah latihan:

Tugas Guru : Tugas Murid :

KesimpulanBahan Sumber

Kemudian, bagi memberi gambaran susunan penulisan RSL, berikut

disertakan contoh RSL sebagai panduan guru.

Page 17: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

Langkah Pertama: Sila rujuk Dokumen Standard Kurikulum (DSK) modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik dari Standard Kandungan 2 bertajuk MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN PENGGUNA SATU FASA seperti berikut yang mengandungi Standard

Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

2. MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN PENGGUNA SATU FASA

2.1 Mengenal pasti alat kawalan pengguna satu fasa.

2.1.1 Menyenarai alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian The Institution of Electrical Engineers (IEE) atau Suruhanjaya Tenaga Malaysia (STM).

2.1.2 Melukis simbol suis utama, pemutus litar arus baki ( PLAB ) dan pemutus litar miniatur (PLM) berdasarkan piawaian lukisan elektrik.

2.1.3 Melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian lukisan elektrik.

2.1.4 Melukis gambarajah pendawaian alat kawalan pengguna berdasarkan litar skematik.

2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan pengguna satu fasa.

2.2.1 Memasang Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur

(PLM ) dalam kotak unit pengguna berdasarkan litar skematik.

2.2.2 Mendawai Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB ) dan Pemutus Litar Miniatur

( PLM ) dalam Kotak Kawalan Utama berdasarkan litar pendawaian.

2.2.3 Menyimpan lebihan kabel di tempat khas berdasarkan prosedur kerja.

2.2.4 Mengamalkan keselamatan berdasarkan prosedur kerja.

2.3 Mengganggar 2.3.1 Merekod kos bahan mengikut

Page 18: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

kos pemasangan.

harga pasaran.

2.3.2 Merekod kos upah dan kos sampingan berdasarkan perkhidmatan.

2.3.3 Mencatat anggaran kadar keuntungan berdasarkan jumlah kos.

Langkah Kedua: Sila baca dengan teliti jadual dibawah yang

menerangkan maksud komponen format RSL beserta contoh

penulisan RSL. Petak di sebelah kiri adalah komponen RSL dan di

sebelah kanan ialah keterangan bagi setiap komponen RSL. DSK hendaklah dibaca bersama bagi menerangkan maksud jadual di bawah. Lihat bagaimana RSL ditulis.

KOMPONEN KETERANGAN

Panitia Nyatakan nama khas bagi panitia.

Tarikh Nyatakan tarikh mula proses pengajaran dilaksanakan.

Lokasi latihan Nyatakan lokasi spesifik proses pengajaran dilaksanakan.

Nama Guru Nyatakan nama guru

Bilangan Murid Nyatakan bilangan murid yang melaksanakan modul tersebut pada tarikh mula di atas.

Tingkatan Nyatakan tingkatan murid terlibat proses pengajaran ini

Tajuk Nyatakan nama modul/mata pelajaran Nyatakan Standard Kandungan Nyatakan Standard Pembelajaran

Objektif latihan Nyatakan Kriteria Pencapaian dari DSK.

Pengenalan:

Pengenalan gambaran latihan yang ingin di ajar

Nyatakan susunan penyampaian pengajaran setiap kompetensi yang hendak ditunjukkan kepada murid dari mula hingga ke akhir sesi pengajaran berdasarkan Standard

Page 19: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

KOMPONEN KETERANGAN

Langkah pengajaran seterusnya

Contoh produk yang akan dihasilkan

Pengetahuan sedia murid tentang tugasan ini

Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian di dalam DSK.

Nyatakan langkah pengajaran selepas sesi penerangan/demonstrasi/tunjukcara kepada murid. Lazimnya guru akan terus mengarahkan murid melaksanakan tugasan berdasarkan buku Modul Pembelajaran dan Modul Pentaksiran.

Nyatakan contoh produk yang akan dihasilkan oleh murid.

Nyatakan pengetahuan sedia ada murid yang berkaitan dengan Kriteria Pencapaian modul ini.

Isi:Kemahiran yang ditunjukkan kepada murid

Senaraikan bentuk kemahiran yang ingin ditunjukcara kepada murid mengikut susunan yang betul.

Pentaksiran: Nyatakan bentuk pentaksiran yang ingin digunakan oleh guru berdasarkan Kriteria Pencapaian modul ini.

Kaedah Latihan Nyatakan isi penting pengajaran dengan menyatakan tugas utama pada sesi pengajaran berkenaan.

Kesimpulan Nyatakan kesimpulan untuk sesi latihan modul ini dengan menyatakan harapan dan komitmen terhadap sesi pengajaran ini seterusnya hasrat terhadap kompetensi yang ingin dikuasai.

Bahan Sumber Nyatakan bahan sumber pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran sesi latihan ini.

Page 20: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

Berikut adalah contoh RSL bagi satu Standard Kandungan .

KOMPONEN KETERANGANPanitia Pendidikan Vokasional Menengah Atas – Pendawaian

Elektrik Tarikh 5 Januari 2016Lokasi latihan Ruang Pendawaian, Bengkel Pendawaian Elektrik, SMK

BelagaNama Guru Anuar bin Mohamad SomBilangan Murid 30 orang muridTingkatan Tingkatan 4 PVMA PETajuk Modul/Mata Pelajaran:

Pendawaian Elektrik

Standard Kandungan: 1. Mendawai Litar Unit Kawalan Pengguna Satu Fasa

Standard Pembelajaran: 2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa.2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan pengguna satu

fasa.2.3 Mengganggar kos pemasangan.

Objektif latihan Murid dapat: 2.1.1 Menyenarai alat kawalan pengguna berdasarkan

piawaian The Institution of Electrical Engineers (IEE) atau Suruhanjaya TenaganMalaysia (STM).

2.1.2 Melukis simbol suis utama, pemutus litar arus baki (PLAB) dan pemutus litar miniatur ( PLM ) berdasarkan piawaian lukisan elektrik.

2.1.3 Melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian lukisan elektrik. 2.1.4 Melukis gambarajah pendawaian alat kawalan

pengguna berdasarkan litar skematik.2.2.1 Memasang Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki

(PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam kotak unit pengguna berdasarkan litar skematik.

2.2.2 Mendawai Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam Kotak Kawalan Utama berdasarkan litar pendawaian.

2.2.3 Menyimpan lebihan kabel di tempat khas berdasarkan prosedur kerja.

2.2.4 Mengamalkan keselamatan berdasarkan prosedur kerja.

2.3.1 Merekod kos bahan mengikut harga pasaran.2.3.2 Merekod kos upah dan kos sampingan berdasarkan perkhidmatan.2.3.3 Mencatat anggaran kadar keuntungan berdasarkan

jumlah kos.

Page 21: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

KOMPONEN KETERANGAN

Pengenalan:

Pengenalan gambaran latihan yang ingin di ajar

Langkah pengajaran seterusnya

Contoh produk yang akan dihasilkan

Pengetahuan sedia murid tentang tugasan ini

2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa.

2.1.1 Guru menyenaraikan alat kawalan pengguna 2.1.2 Guru menunjukkan simbol suis utama, pemutus

litar arus baki (PLAB) dan pemutus litar miniatur (PLM )

2.1.3 Gurumenunjukkan kaedah melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna

2.1.4 Guru menunjukkan kaedah melukis gambarajah pendawaian alat kawalan pengguna

2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan pengguna satu fasa.

2.2.1 Gurumemuat simulasi pemasangan Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam kotak unit pengguna.

2.2.2 Guru mendemontrasi tatacara mendawai Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam Kotak Kawalan Utama.

2.2.3 Guru menunjukkan kaedah menyimpan lebihan kabel di tempat khas.

2.2.4 Guru memberi penekanan tentang amalan keselamatan yang betul.

2.3 Mengganggar kos pemasangan.

2.3.1 Guru menunjukcara kaedah merekod kos bahan.2.3.2 Guru menunjukcara kaedah merekod kos upah

dan kos sampingan 2.3.3 Guru menunjukkan kiraan kaedah mencatat

anggaran kadar keuntungan

Selepas sesi penerangan/demonstrasi/tunjukcaraini, murid akan menyenaraikan bahan, melukis gambarajah skematik & pendawaian, memasang pendawaian dan serta sentiasa mengamalkan langkah keselamatan seterusnya membuat kiraan.

Produk yang dihasilkan ialah lukisan gambarajah skematik, gambarajah pendawaian dan alat kawalan pengguna satu fasa yang telahsiap dipasang.

Page 22: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

KOMPONEN KETERANGAN

Murid telah mengenal nama alat tangan dan nama peralatan pengujian asas yang pernah digunakan sebelum mempelajari modul ini.

Isi:Kemahiran yang ditunjukkan kepada murid

Guru membuat demontrasi kepada muriddengan:

1. Melukis gambarajah skematik dan pendawaian alat kawalan pengguna

2. Membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu fasa

3. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan

Pentaksiran: Guru meminta murid menyenaraikan alat kawalan pengguna, melukis gambarajah skematik dan pendawaianserta membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu fasa serta dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan seterusnya akur dan mematuhi kehendak pentaksiran LP. Selain menunjukkan eviden proses dan eviden produk, murid akan diuji secara ujian kecekapan, lisan dan bertulis.

Kaedah Latihan Kaedah latihan: Tugas Guru: Membuat penerangan dan demontrasi

kepada murid Tugas Murid:Membuat pemasangan alat kawalan

pengguna satu fasa dan mengamalkan langkah keselamatan

Kesimpulan Murid diharapkan berjaya menunjukkan dengan jelas langkah-langkah untuk melukismelukis gambarajah skematik dan pendawaian serta membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu fasa serta dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan

Bahan Sumber Bahan sebenar: 1. Peralatan melukis ( pensil, pemadam, pembaris dan

sesiku)2. Bahan dan aksesori major pendawaian (Suis Utama,

Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM), kotak unit pengguna dan lain-lain mengikut keperluan)

3. Bahan dan aksesori minor pendawaian (skru, paku, klip dan lain-lain mengikut keperluan)

4. Bahan dan aksesori meter pengujian (meter megger ohm, meter pelbagai dan lain-lain mengikut keperluan)

5. Kalkulator untuk bantuan pengiraan

Page 23: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

6.6 Penulisan RP

Berikut adalah format RP. RP perlu disediakan sebelum pengajaran

dilaksanakan menggunakan komputer dan semua guru boleh

berkongsi RP yang sama jika mengajar Kriteria Pencapaian yang

sama. Namun begitu ruangan Nama Guru dan Refleksi perlu ditulis

berasingan/tidak boleh berkongsi/setiap guru satu RP.

Panitia

Nama Guru

TarikhHariMasa

Tajuk

Modul/Mata Pelajaran:

Standard Kandungan:

Standard Pembelajaran:

Anggaran Masa Pengajaran

Kriteria Pencapaian Tugas utama/Proses

Bahan sumber

pembelajaran

Refleksi(ditulis tangan)

Page 24: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

Jadual dibawah menerangkan maksud komponen format RP. Petak di

sebelah kiri merupakan komponen RP iaitu Panitia, Nama Guru,

Tarikh, Hari, Masa, Tajuk, Anggaran Masa Pengajaran, Kriteria

Pencapaian, Tugas Utama/Proses, Bahan Sumber Pembelajaran dan

Refleksi manakala di sebelah kanan ialah keterangan bagi setiap

komponen format RP tersebut. DSK dan RSL hendaklah dibaca

bersama bagi menerangkan maksud jadual di bawah.

KOMPONEN KETERANGAN

Panitia Nyatakan nama khas bagi panitia.

Nama Guru Nyatakan nama guru

Tarikh Nyatakan tarikh, dan.Hari Nyatakan hariMasa Nyatakan masa proses pengajaran dilaksanakanTajuk Nyatakan nama Modul/mata pelajaran

Nyatakan Standard Kandungan Nyatakan Standard Pembelajaran yang berkaitan pada sesi

pengajaran berkenaan sahajaAnggaran Masa Pengajaran

Nyatakan masa yang dicadangkan oleh HSP sebagai panduan kepada guru bagi mengawal sesi pengajaran.

Kriteria Pencapaian

Nyatakan Kriteria Pencapaian yang menjadi matlamat pengajaran sebagaimana di dalam DSK. Kriteria Pencapaian adalah sama seperti RSL.

Tugas utama/Proses Nyatakan tugas utama atau proses pengajaran sebagaimana RSL

Bahan sumber pembelajaran Nyatakan bahan sumber pembelajaran yang digunakan sepanjang

proses pengajaran.

Refleksi(ditulis tangan)

Nyatakan respons guru sepanjang proses pengajaran dengan menyatakan tahap pencapaian pengajaran pada akhir setiap sesi berkenaan. Ianya hendaklah ditulis tangan oleh guru.

Berikut adalah contoh RP bagi satu Standard Pembelajaran..

Page 25: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

Panitia Pendidikan Vokasional Menengah Atas – Pendawaian Elektrik

Nama Guru Anuar bin Mohamad Som

TarikhHari Masa

8 Januari 2016Khamis7.30 pagi – 11.10 pagi

Tajuk Modul/Mata Pelajaran: Pendawaian Elektrik

Standard Kandungan: Mendawai Litar Unit Kawalan Pengguna Satu Fasa

Standard Pembelajaran: 2.1 Mengenal pasti alat kawalan penggunasatu fasa.

Anggaran Masa

PengajaranKriteria Pencapaian Tugas

utama/ProsesBahan sumber pembelajaran

40 minitx

4 waktu

= 160 minit

2.1.1 Menyenarai alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian The Institution of Electrical Engineers (IEE) atau Suruhanjaya Tenaga Malaysia (STM).

2.1.2 Melukis simbol suis utama, pemutus litar arus baki (PLAB) dan pemutus litar miniatur (PLM) berdasarkan piawaian lukisan elektrik.

2.1.3 Melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian lukisan elektrik.

2.1.4 Melukis gambarajah pendawaian alat kawalan pengguna berdasarkan litar skematik.

Guru membuat penerangan dan menunjukcara kepada murid dan murid akan kompeten melukis simbol sertagambarajah skematik dan pendawaian alat kawalan pengguna satu fasa

Modul Pembelajaran, peralatan melukis, bahan sebenar alat kawalan pengguna satu fasa dan kalkulator

Refleksi(ditulis tangan)

Pada keseluruhannya, sesi pengajaran saya berjaya di laksanakan mengikut perancangan. Saya telah berjaya melakukan sesi tunjukcara kaedah melukis dengan betul mengikut piawaian. Pemerhatian saya di dalam kelas mendapati bahawa murid saya telah kompeten melukis simbol, gambarajah skematik dan gambarajah pendawaian dengan betul mengikut standard LP. Selain daripada itu, bahan sumber pembelajaran yang saya gunakan iaitu bahan sebenar juga di dapati sangat menarik minat murid. Murid saya juga sentiasa bermotivasi untuk menjalankan tugasan yang diberikan.Setelah murid diberkan satu sesi pentaksiran ringkas (QUIZ) didapati terdapat beberapa orang perlukan bimbingan lanjut. Ini dilaksanakan diluar sesi pembelajaran.

Page 26: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

7. SENARAI KURSUS PILIHAN

PVMA Fasa 1- 2015

Bil. Kursus PVMA Kod NOSS NOSS Bengkel MPV

1.  Penyediaan Makanan

HT-012-2 : 2012

Penyedia dan Pembuatan Makanan 

Katering dan Penyajian

2.  Membuat Pakaian K-012-2 Pembuat Pakaian Wanita

KananRekaan dan Jahitan Pakaian

3.  Seni Kecantikan MP-060-2 JuruestetikPenjagaan Muka dan Dandanan Rambut

4.  Animasi IT-040-2 Artis Multimedia – Animasi

Produksi Multimedia

5.  Pembuatan Perabot RB-050-2 Pembuat Perabot Kanan Membuat Perabot

6  Dekorasi Dalaman ID-040-2 Pelukis Rekaan Dalaman

Hiasan Dalaman Asas

7  Automotif TP-300-2 Juruteknik Kenderaan Motor

Menservis Automobil

8  Motosikal TP-118-2:2012

Servis & Penyelenggaraan Motosikal

Menservis Motosikal

9 Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

ME-020-2:2012

Peralatan Penyamanan Udara HVAC -Satu Fasa (Pemasangan, Servicing, Troubleshooting & Pembaikpulihan)

Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara

10 . Pendawaian Elektrik

EE-320-2:2012

Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa

Pendawaian Domestik

11. Akuakultur AF-033-2 Juruteknik Akuakultur (Hatceri)

Akuakultur dan Haiwan Rekreasi

12.  Tanaman AF-010-2 Juruteknik TanamanTanaman Makanan

PVMA Fasa 2 - 2018

BIL KURSUS KOD NOSS BENGKEL MPV

Page 27: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3601/PANDUAN... · Web view2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa. 2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan

Garis Panduan PVMA2015

PVMA NOSS

1.  Landskap

LE-010-1/LSC1

Atendan Lanskap (Landscape Attendant) (25-10-2010) Landskap &

NurseriLE-010-2/LSC2

Koordinator Lanskap (Landscape Coordinator) (25-10-2010)

2.  Kimpalan MC-024-3:2012

Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam(Shielded Metal Arc Welding Process) (18-12-2012)

Kimpalan Arka & Gas

3.  Perpaipan

PNS1 Pemasang Paip & Kumbahan (Plumbing & Sanitary Fitter)(09-06-08) Kerja Paip

DomestikPNS2

Tukang Paip & Kumbahan (Plumbing & Sanitary Plumber)(09-06-08)

4.  Pembinaan Bangunan

B-010-1 Jurubina BangunanBuilding Constructor(28-04-94) Pembinaan

DomestikB-010-2 Jurubina BangunanBuilding Constructor(28-04-94)

5. Signage Production & Installation

BC-045-2:2013

Signage Production & Installation(24-04-2013)

Seni Reka Tanda

6.  Visual IT-050-2 Artis Multimedia – Visual (Multimedia Artist – Visual) (18-11-08)

Grafik Berkomputer

7.  Elektronik AV

EE-021-2:2012

Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik (Electronic Equipment and Appliance Installation & Troubleshooting) (05-04-2012)

Menservis Peralatan Elektrik Domestik

8. Pengeluaran Makanan

AF-018-3:2014

Pengeluaran Makanan (Food Production)(02-04-2014)

Pemprosesan Makanan