langkah-langkah memasang/format/install windows xp professional

Upload: h-s

Post on 10-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    1/25

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    2/25

    Pengenalan

    Windows XP adalah salah satu daripada keluarga sistem pengendalian Windows keluaran Microsoft.Akronim XP adalah singkatan daripada perkataan eXPerience (pengalaman). Semasa

    pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat

    percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa pembangunannya iaitu di Whistler, British

    Columbia, Kanada.

    Dilancarkan pada 25 Oktober 2001, Windows XP adalah pewaris kepada Windows 2000 dan

    Windows Me, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan pengguna terawal yang dibina

    berasaskan teknologi kernel Windows NT. Setakat Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian

    Windows XP telah terjual di seluruh dunia. Windows XP kini telah digantikan dengan Windows Vista.

    Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu sistem pengendalian paling stabil

    pernah dibina oleh Microsoft, kerana Windows XP dibina berasaskan teknologi Windows 2000 yang

    terbukti sangat stabil. Windows XP juga adalah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi

    pengaktifan perisian (dan seterusnya Windows Genuine Advantage) bagi mengekang kegiatan cetak

    rompak, walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh lanun-lanun cetak

    rompak.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    3/25

    Edisi Windows XP

    Secara umumnya, Windows XP secara lazimnya terdiri daripada 2 versi utama, iaitu:-

    1. Windows XP Home Edition- versi yang disasarkan kepada pengguna rumah.2. Windows XP Professional- versi yang disasarkan untuk kegunaan perniagaan dan pengguna

    komputer berkuasa tinggi. Windows XP Professional mengandungi ciri-ciri istimewa yang

    tidak terdapat pada versi Home Edition.

    Selain itu, terdapat edisi khas Windows XP yang dibina untuk beberapa jenis komputer khusus,

    iaitu:-

    1. Windows XP 64-bit Edition - untuk komputer stesen kerja yang menggunakan pemprosesIntel Itanium.

    2. Windows XP Professional x64 Edition - untuk komputer dengan pemproses 64-bit (janganterkeliru dengan edisi 64-bit di atas, ia hanya untuk komputer stesen kerja dengan

    pemproses Intel Itanium sahaja).

    3. Windows XP Media Center Edition - untuk komputer pusat media. Pusat media adalahkomputer khas yang turut dilengkapi talaan siaran televisyen dan radio serta pelbagai ciri-ciri

    lain. Edisi ini tidak dijual berasingan tetapi disertakan dengan komputer pusat media

    tersebut.

    4. Windows XP Tablet PC Edition- untuk komputer riba khas yang dikenali sebagai PC tablet.Tidak seperti komputer riba biasa, PC tablet menggunakan sistem pengecaman tulisan

    pengguna dan pengguna "menulis" menggunakan pen stylus pada skrin yang sensitif dengan

    pen tersebut. Seperti pusat media, edisi PC tablet tidak dijual berasingan dan disertakan

    dengan pembelian PC tablet tersebut.

    5. Windows XP Embedded - sistem pengendalian terbenam bagi peralatan elektronikpengguna khusus seperti mesin ATM, peranti perubatan, permainan video arked, terminal

    jualan serta komponen VoIP.

    6. Windows Fundamentals for Legacy PCs - disasarkan kepada sebilangan kecil penggunakhusus Microsoft Software Assurance yang ingin menggunakan Windows XP tetapi hanya

    mampu memiliki komputer lama (seawal zaman pemproses Pentium).

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    4/25

    Ciri-Ciri Terkini dan Diperbaharui

    Windows XP memperkenalkan beberapa ciri terkini, antaranya:-

    Proses memulakan Windows dan hibrenasi yang lebih pantas. Keupayaan untuk menyisihkan pemacu peranti yang lebih baru dan kembali ke pemacu

    peranti lama sekiranya pemacu peranti yang baru menimbulkan masalah. Ciri ini dikenali

    sebagai pengembalian pemacu peranti (driver rollback).

    Antaramuka yang lebih mesra pengguna serta rangka kerja yang membolehkan syarikatperisian mereka tema paparan.

    Penukaran pengguna pantas, yang membolehkan pengguna menukar ke akaun penggunalain tanpa menutup program di dalam akaun pengguna yang masih terbuka.

    Mekanisme penjanaan fon ClearType bagi membolehkan teks pada monitor LCD dapatdibaca dengan jelas.

    Fungsi Remote Desktop, yang membolehkan pengguna mengendalikan komputernya darikomputer lain yang turut menggunakan Windows XP melalui rangkaian komputer ataupun

    internet.

    Menyokong modem DSL serta rangkaian tanpa wayar.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    5/25

    Keperluan Sistem

    Keperluan sistem adalah seperti berikut:-

    Minimum Disyorkan

    Pemproses 233 MHz 300 MHz atau lebih tinggi

    Ingatan 64 MB RAM (mungkin

    mengehadkan prestasi dan

    sebahagian ciri-ciri)

    128 MB RAM lebih tinggi

    Kad grafik dan

    monitor

    Super VGA (800 x 600) Super VGA (800 x 600) atau

    resolusi lebih tinggi

    Ruangan bebas

    cakera keras

    1.5 GB 1.5 GB atau lebih tinggi

    Pemacu CD-ROM CD-ROM atau lebih baik

    Peranti Papan kekunci and tetikus Papan kekunci dan tetikus

    Lain-lain Kad bunyi, pembesar suara, and

    fon kepala

    Kad bunyi, pembesar suara dan

    fon kepalaNota: Windows XP SP2 memerlukan tambahan 1.8 GB cakera keras bagi tujuan pemasangan.

    Logo perkakasan "Direka untuk Windows XP"

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    6/25

    Pek Servis dan Sokongan

    Windows XP tanpa pek servis

    Sokongan tanpa pek servis telah tamat pada 30 September 2004.

    Service Pack 1

    Dilancarkan pada 9 September 2002, SP1 dilengkapi utiliti bagi membolehkan pengguna memilih

    perisian aplikasi utama bagi aktiviti seperti melayari laman web. SP1 juga menyokong USB 2.0 dan

    SATA. Sokongan terhadap SP1 tamat pada 10 Oktober 2006.

    Service Pack 2

    Windows XP SP2 dilancarkan pada 6 Ogos 2004 dengan memfokuskan terhadap keselamatan sistem.

    SP2 dilengkapi perisian firewall yang lebih bersepadu, sokongan Wi-Fi yang lebih baik, penyekat iklan

    "pop-up" pada Internet Explorer dan Pusat Keselamatan Windows yang memantau keadaan perisian

    antivirus, Windows Update dan perisian firewall. SP2 juga turut menyokong teknologi Bluetooth.

    Service Pack 3

    Windows XP SP 3 telah di sebarkan pada 23 April 2008 (bagi pelanggan TechNet dan MSDN)dan 6

    Mei 2008 bagi pengguna umum.

    Kitaran jangka hayat sokongan

    Sokongan terhadap Windows XP tanpa pek servis serta SP1 telah pun ditamatkan, manakala

    sokongan terhadap SP2 akan tamat dalam masa 4 tahun selepas dilancarkan. Walaupun Microsoft

    memberi jaminan Windows XP masih boleh didapati di pasaran dalam masa 12 bulan selepas

    pelancaran Windows Vista di pasaran antarabangsa pada 30 Januari 2007, kebanyakan pengeluar

    komputer sudah tidak lagi menjual komputer baru dengan Windows XP hanya beberapa bulan

    selepas pelancaran Vista.

    Pada 14 April 2009, Windows XP akan memasuki fasa pemanjangan sokongan yang akan tamat pada

    tahun 2014.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    7/25

    Proses Pemasangan

    Proses pemasangan terdapat dalam pelbagai cara, antaranya secara menaik taraf ataupun

    pemasangan baru. Selain itu, cara pemasangan juga terdapat dalam pelbagai cara. Melalui jaringan

    atau melalui pemacu DVD, pemacu USB dan cakera keras luaran. Proses pemasangan dibawah

    dilakukan keatas PC baru dengan menggunakan Edisi Windows XP Professional SP2.

    MELAKUKAN BOOT

    Pastikan PC anda didalam keadaan boot ke keatas pemacu DVD / CD. Saya beranggapan anda

    menggunakan CD untuk proses pemasangan.

    MASUKKAN CDDAN BOOT

    Pastikan CD yang anda masukkan adalah CD yang betul. Jika anda menggunakan CD yang

    dicetak/burn pastikan ia mempunyai keupayaan bootable. Jalankan PC anda untuk memulakan

    proses pemasangan. Sebaik sahaja paparan

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    8/25

    PROSES PEMASANGAN BERMULA

    Jika anda mendapat visual seperti dibawah ia bermakna proses pemasangan Windows XP telah

    bermula. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama bergantung kepada keupayaan sesebuah

    komputer. Anda tidak perlu melakukan apa-apa jika paparan berikut dipaparkan.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    9/25

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    10/25

    PROSES PEMILIHAN PEMASANGAN

    Sebaik sahaja keluar paparan seperti dibawah, pilih cara pemasangan pilihan anda. Tutorial ini

    dilakukan untuk pemasangan baru. Jadi, tekan kekunci ENTER.

    LICENSE AGGREMENT

    Ini adalah perjanjian anda antara Microsoft. Kalau korang nak baca, bacalah. Pastu tekan kekunci F8

    Sesetengah CD tiada perjanjian ini.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    11/25

    PEMBINAAN PARTITION

    Pembinaan partition adalah penting kepada sesiapa yang mahu membahagikan Hard Disk mereka

    kepada beberapa bahagian.

    Tekan kekunci Cuntuk membuat partition baru.

    Masukkan nilai/saiz dan tekan kekunci ENTER.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    12/25

    Pilih partition mana korang mahu install Windows

    Langkah ini akan memadam segala data/file yang terdapat didalam HD tersebut. Dicadangkan anda

    memilih Format the partition using the NTFS file system.

    Partiton tersebut akan diformat. Langkah ini agak lama.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    13/25

    PROSES PENYALINAN DATA

    Langkah penyalinan data Windows akan dilakukan sebaik sahaja proses format seperti diatas

    selesai. Semasa proses ini dijalankan, pastikan anda tidak mengeluarkan CD anda dari pemacu.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    14/25

    RESTART

    Proses penyalinan data telah pun selesai apabila paparan seperti dibawah keluar. Proses

    pemasangan akan bersambung selepas ia restart. Biarkan sahaja komputer anda.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    15/25

    PEMASANGAN BERSAMBUNG

    Sebaik sahaja ia restart, proses pemasangan akan disambung semula. Disini anda dapat lihat

    proses pemasangan dijalankan secara sempurna.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    16/25

    PEMILIHAN BAHASA

    Sila pilih bahasa yang anda mahu gunakan bagi proses pemasangan dengan menekan butang

    Customize.Sila buat pilihan yang betul. Selepas membuat pilihan, sila tekan butangNext.

    PROSES PENAMAAN

    Ia bertujuan untuk memaparkan pemilik PC tersebut. Sila masukkan nama untuk computer anda.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    17/25

    MEMASUKKAN PRODUK KEY

    Sila masukkan product key yang disertakan pada anda semasa pembelian.

    PENETAPAN KATA LALUAN

    Sila masukkan nama untuk computer anda. Dicadangkan anda menggunakan kombinasi huruf dan

    nombor. Anda juga boleh meneruskan dengan menekan butang Next jika tidak mahu

    menggunakan kata laluan.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    18/25

    MENETAPKAN MASA

    Menetapkan masa kepada waktu tempatan negara anda. (Untuk anda yang berada di Malaysia,

    Negara ini berada di zon masa UTC +8.00)

    PEMASANGAN NETWORK

    Ia bertujuan untuk mewujudkan satu fungsi jarian bagi komputer anda. Bagi langkah dibawah,

    sesetengah CD tidak memaparkan paparan seperti dibawah.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    19/25

    Jika paparan seperti dibawah keluar semasa proses pemasangan, sila ikut langkah berikut.

    Pilih Typical settings.

    Masukkan WORKGROUP. Ia adalah default settings.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    20/25

    PROSES PEMASANGAN BAKAL BERAKHIR

    Proses penyedian akan berakhir. Selepas proses ini selesai, anda boleh menggunakan PC anda yang

    dilengkapi dengan Windows XP. Sebaik sahaja ia selesai, komputer anda akan direstart untuk

    langkah penyediaan sebelum anda boleh menggunakannya.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    21/25

    PROSES PENYEDIAAN

    Proses ini akan menyediakan komputer anda bagi memudahkan anda untuk langkah pemasangan

    driver nanti. Dibawah adalah paparan default untuk Display kerana driver untuk grafik tidak

    dipasangkan lagi. Ia akan mencadangkan resolusi yang bersesuaian untuk computer anda sebelum

    driver grafik dipasang.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    22/25

    Anda masih lagi dalam proses penyediaan terakhir.

    Semasa proses ini dijalankan, anda boleh memilih untuk SKIP

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    23/25

    Pilihla tetapan yang bersesuaian dengan penggunaan anda.

    Anda boleh memilih untuk tidak mendaftar pada proses ini dengan menekan No, not will at this

    time.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    24/25

    PROSES PENAMAAN

    Ia bertujuan untuk memaparkan pemilik PC tersebut. Sila masukkan nama untuk komputer anda.

    Pastikan nama yang anda masukkan tidak sama dengan proses penamaan sebelum ini.

    PROSES PEMASANGAN TAMAT

    Proses penyedian sudah berakhir. Selepas proses ini selesai, anda boleh menggunakan PC anda yang

    dilengkapi dengan Windows XP. Anda sudah bersedia? Jangan lupa untuk memasang driver terlebih

    dahulu sebelum memasukkan aplikasi/perisian lain.

  • 7/22/2019 Langkah-Langkah Memasang/Format/Install Windows XP Professional

    25/25

    SELAMAT DATANG KE WINDOWS XP

    Tahniah. Anda adalah seorang pengguna Windows XP sekarang. Proses pemasangan telah berjaya.

    Sekarang apa yang anda perlu lakukan adalah memasang driver yang diperlukan. Sebarang

    pertanyaan bolehlah ditujukan kepada [email protected] . Sebarang kemaskini mengenai e-

    book ini anda boleh dapatkan dihttp://mrpiratz.com/

    http://mrpiratz.com/http://mrpiratz.com/http://mrpiratz.com/http://mrpiratz.com/