2.2 organisasi sel

32
Selamat Datang Disediakan oleh: Nur Azmina bt Abd Hafaz 4UKM

Upload: zulkarnain-jamaluddin

Post on 20-Aug-2015

519 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2.2 organisasi sel

Selamat Datang

Disediakan oleh:Nur Azmina bt Abd Hafaz

4UKM

Page 2: 2.2 organisasi sel

2.2 Organisasi SelHasil Pembelajaran Menyatakan keperluan pengkhususan sel dalam organisma multisel berbanding organisma unisel.

Menghuraikan pengkhususan sel dalam organisma multisel.

Menghuraikan organisasi sel dalam pembentukan tisu,organ dan sistem dalam organisma multisel.

Page 3: 2.2 organisasi sel

Proses hidup dalam organisma unisel

Organisma kecil dan ringkas. Terdiri daripada satu sel sahaja. Boleh menjalankan semua fungsi

penting dalam satu sel. Orgaisma unisel boleh

makan,berespirasi,berkumuh,bergerak,bergerak balas terhadap rangsangan,membiak dan membesar.

Kemandiriannya bergantung pada komponen sel dan organel-organel.

Tidak memepunyai sebarang organ atau sistem.

Page 4: 2.2 organisasi sel

Amoeba sp.

Organisma yang hidup bebas di dalam air tawar dan tanah lembab.

Dilingkungi oleh membran plasma. Sentiasa berubah bentuk apabila bertemu dengan

halangan dan bergerak balas terhadap rangsangan. Rangsangan yang kuat seperti larutan berasid atau cahaya

terang menyebabkan Amoeba sp. Berundur. Bergerak dengan mengunjurkan pseudopodium pada

tanah. Diikuti dengan pengaliran sitoplasma ke bahagian

pseudopodium yang diunjurkan. Sitoplasma Amoeba sp. terbahagi kepada dua lapisan. Lapisan luar disebut ektoplasma. Lapisan dalam disebut endoplasma.

Page 5: 2.2 organisasi sel

Fagositosis

Pseudopodium digunakan untuk memerangkap mikroorganisma seperti bakteria secara fagositosis.

Amoeba sp. Bergerak ke arah makanan dengan mengunjurkan pseudopodiumnya.

Pseudopodium melingkungi makanan yang kemudiannya dibungkus dalam vakuol makanan.

Vakulo makanan bergabung dengan lisosom yang disebut lisozom.

Nutrien yang terhasil akan diserap ke dalam sitoplasma.

Page 6: 2.2 organisasi sel

Belahan dedua,pembentukan

spora.. Pertukaran gas,nutrien,dan bahan buangan berlaku melalui membran plasma secara resapan.

Air akan meresap masuk ke dalam sel Amoeba sp. secara osmosis dan mengisi vakuol mengecut.

Vakuol mengecut terlibat dalam pengosmokawalaturan.

Setelah mencapai saiz maksimum,vakuol akan mengecut dan menyingkirkan kandungannya dari masa ke masa.

Keadaan sesuai,Amoeba sp. menjalankan pembiakan aseks iaitu belahan dedua.

Tidak sesuai,Amoeba sp. akan membentuk spora.

Page 7: 2.2 organisasi sel

Pengkhususan sel dalam organisma multisel

Organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel. Contohnya zigot. Zigot ialah sel yang terbentuk hasil persenyawaan antara

gamet jantan dan gamet betina. Zigot membahagi membentuk dua sel yang seiras. Kedua-dua sel membahagi membentuk 4 sel.Seterusnya

membentuk 8 sel. Morula yang terdiri daripada beratus-ratus sel terbentuk. Morula berbentuk bebola dan berkembang menjadi embrio. Sel ini mengalami pertumbuhan,perubahan bentuk,dan

pembezaan bagi menjalankan fungsi khusus.

Page 8: 2.2 organisasi sel

Sel-sel.. Sel darah putih Boleh berubah bentuk

untuk memusnahkan bakteria.

Sel sperma Mempunyai ekor panjang

untuk berenang ke arah ovum.

Kepalanya membawa satu set kromosom yang berasal daripada induk jantan.

Page 9: 2.2 organisasi sel

Sel darah merah Berbentuk cakera

dwicekung dan sangat fleksibel.

Ini membolehkannya bergerak dengan mudah sepanjang salur darah yang sempit.

Sel saraf Mempunyai gentian

akson yang panjang dan halus untuk menghantar impuls saraf.

Page 10: 2.2 organisasi sel

Organisasi sel dalam organisma multisel

Sel-sel yang mempunyai struktur yang sama dan menjalankan fungsi yang sama diorganisasikan menjadi tisu.

Sekumpulan tisu yang berlaianan bergabung membentu organ.

Beberapa organ dijumpai dalam satu sistem.

Semua sistem bekerja secara bersepadu untuk membentuk organisma.

Page 11: 2.2 organisasi sel

Organisasi sel dalam haiwan TISU EPITELIUM..

>Terdiri daripada 1 atau lebih lapisan sel.>Sel epitelium tersusun rapat di antara satu sama lain.>Melapisi permukaan luar(kulit,ruang mulut)>Permukaan berongga dalam badan(rongga salur

pencernaan,peparu)>Membentuk kelenjar(kelenjar eksoksrin,kelenjar

endokrin)>Melapisi permukaan trakea.>Melapisi usus kecil.

Page 12: 2.2 organisasi sel

Tisu otot Tisu yang paling banyak

terdapat dalam badan. Tisu otot terdiri daripada sel

yang disebut gentian otot. Terdapat 3 jenis otot: >otot licin >otot rangka >otot kardium

Page 13: 2.2 organisasi sel

Otot licin.. Terdapat di usus,salur

darah,salur kencing dan salur pembiakan.

Pengecutan dan pengenduran otot licin bertanggungjawab terhadap aktiviti luar kawal badan seperti tindakan peristalsis di sepanjang salur pencernaan.

Mengecut lebih perlahan berbanding otot rangka.

Kekal mengecut untuk jangka masa yang lama.

Page 14: 2.2 organisasi sel

Otot rangka Berpaut pada

tulang rangka badan.

Terlibat dalam pergerakan terkawal.

Mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan tulang.

Page 15: 2.2 organisasi sel

Otot kardium Otot kardium

mengecut untuk mengepamkan darah ke seluruh badan.

Pengecutan otot kardium adalah luar kawal.

Page 16: 2.2 organisasi sel

Tisu saraf

Terdiri daripada neuron atau sel saraf. Setiap neuron terdiri daripada jasad sel dan gentian

saraf yang disebut dendrit dan akson. Neuron dikhususkan untuk mengesan rangsangan

dan mengutus maklumat dalam bentuk isyarat bioelektrik(impuls saraf) ke otot atau kelenjar.

Menyelaras dan mengawal aktiviti badan.

Page 17: 2.2 organisasi sel

Tisu penghubung Tisu penghubung

longgar Tisu penghubung yang paling

banyak dalam badan. Berfungsi memautkan tisu

epitelium dengan tisu dibawahnya dan menetapkan organ-organ pada kedudukannya.

Tisu penghubung bergentian

Banyak gentian kolagen yang disusun rapat.

Dijumpai dalam tendon yang menyambungkan tulang kepada otot dan ligamen yang menyambungkan tulang ke tulang.

Page 18: 2.2 organisasi sel

Rawan Tisu penghubung yang kuat dan

fleksibel. Memberi sokongan kepada

hidung,telinga dan menutup hujung tulang pada sendi.

Ceper yang didapati antara vetebra bertindak sebagai kusyen untuk menyerap tekanan juga diperbuat daripada rawan.

Tisu tulang Terdiri daripada sel-sel yang

terbenam dalam satu matriks kolagen.

Dikeraskan oleh pengenapan mineral seperti kalsium fosfat.

Tulang lebih keras daripada rawan.

Melindungi organ dan menyokong badan

Page 19: 2.2 organisasi sel

Tisu darah Dihasilkan dalam sumsum

tulang yang terletak di hujung tulang panjang.

Berperanan dalam pengawalaturan,pengangkutan dan perlindungan.

Tisu adipos Terdiri daripada sel-sel yang

tersusun padat untuk menyimpan lemak.

Boleh dijumpai dalam dermis kulit dan di sekeliling organ utama.

Memberi tenaga simpanan dan juga membekalkan penebatan dan perlindungan.

Page 20: 2.2 organisasi sel

Organ>Dua atau lebih tisu yang

bergabung untuk melakukan fungsi khusus.

>Contoh organ manusia: jantung,kulit,peparu,ginjal,mata,telinga.

>Kulit>Organ yang melapisi seluruh

badan.>Pelindung terhadap

jangkitan,kecederaan fizikal,penyahidratan.

>Terdiri daripada 2 lapisan utama:

epidermis terdiri daripada tisu epitelium.

dermis terdiri daripada tisu penghubung,tisu saraf,tisu epitelium,tisu otot.

Page 21: 2.2 organisasi sel

Sistem.. Terdiri daripada beberapa organ. Terdapat pelbagai sistem yang menjalankan

fungsi uatama. Semua fungsi sistem mesti berkoordinasi

supaya organisma dapat hidup dengan sempurna.

Page 22: 2.2 organisasi sel

Organisasi sel dalam tumbuhan.. Tisu meristem

Terdiri daripada sel bersaiz kecil. Mempunyai dinding nipis,nukleus bersaiz

besar,sitoplasma padat,tiada vakuol. Tisu muda yang masih membahagi secara aktif dan

masih belum membeza. Boleh didapati pada hujung akar dan tunas pucuk.

Tisu kekal Tisu matang yang telah mengalami pembezaan atau

sedang mengalami pembezaan. 3 jenis tisu kekal: >tisu epidermis >tisu asas >tisu vaskular

Page 23: 2.2 organisasi sel

Tisu epidermis Lapisan paling luar. Melapisi luar batang,daun,akar tumbuhan muda. Sel epidermis adalah leper dan mempunyai vakuol

yang besar. Dinding sel yang terdedah kepada udara diliputi

lapisan berlilin yang kalis air disebut kutikel. Kutikel mengurangkan kehilangan air secara

penyejatan,melindungi daun daripada kecederaan mekanikal,menghalang jangkitan penyakit yang dibawa oleh mikroorganisma.

Sel pengawal ialah sel epidermis khusus yanng ditemui di antara sel epidermis daun.

Mengawal pembukaan dan penutupan stoma. Sel epidermis akar mempunyai unjuran panjang yang

disebut akar rambut. Menambahkan luas permukaan untuk penyerapan air

daripada tanah.

Page 24: 2.2 organisasi sel

Tisu asas.. Terdiri daripada tisu

parenkima,tisu kolenkima dan tisu sklerenkima.

Membentuk sebahagian besar tumbuhan.

Page 25: 2.2 organisasi sel

Tisu parenkima Sel parenkima ialah sel yang

paling ringkas dan tidak khusus.

Dijumpai dalam semua organ tumbuhan.

Mempunyai dinding sel yang nipis dan vakuol yang besar.

Tisu parenkima menyimpan kanji dan gula.

Dalam keadaan segah,ia memberi sokongan dan bentuk kepada tumbuhan herba.

Tisu kolenkima Mempunyai dinding sel yang

menebal secara tidak seragam.

Memberi sokongan kepada tumbuhan tidak berkayu(tumbuhan herba),batang muda,petiol.

Page 26: 2.2 organisasi sel

Tisu sklerenkima

Tisu yang mempunyai dinding sel yang ditebalkan dengan seragam oleh ligmin dan mungkin merupakan tisu mati.

Memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang matang.

Page 27: 2.2 organisasi sel

Tisu vaskular>Xilem Terdiri daripada salur xilem yang memanjang dan

bersambungan antara satu dengan lain dari akar ke daun.

Tiada sitoplasma dalam salur xilem. Pengangkutan air dan garam mineral terlarut dari

akar ke bahagian-bahagian lain tumbuhan. Dinding tisu xilem yang berlignin memberi sokongan

dan kekuatan pada tumbuhan.

>Floem Terdiri daripada sel tiub tapis yang tersusun hujung

ke hujung. Membentuk struktur tiub yang memanjang dan

bersambungan. Sebatian organik yang baru disintesis seperti

karbohidrat dan asid amino dalam daun diangkut oleh floem ke bahagian tumbuhan yang lain seperti akar dan buah.

Page 28: 2.2 organisasi sel

Organ sistem dalam tumbuhan..

>Contoh organ tumbuhan: Daun,batang,akar dan bunga. Daun terdiri daripada tisu asas,tisu epidermis dan

tisu vaskular. Mempunyai bilangan organ yang kurang berbanding

haiwan. Sistem akar terdiri daripada semua akar tumbuhan. Sistem pucuk terdiri daripada

batang,daun,pucuk,bunga dan buah. Batang dan ranting merupakan sistem sokongan

kepada tumbuhan. Menyokong daun pada kedudukan menegak bagi

membolehkan penyerapan cahaya matahari yang maksimum semasa fotosintesis.

Bunga terlibat dalam proses pendebungan.

Page 29: 2.2 organisasi sel

Pengawalaturan persekitaran dalam..

Persekitaran dalam organisma multisel..

Terdiri daripada bendalir interstis dan plasma darah.

Bendalir interstis memenuhi ruang antara sel dan sentiasa membasahi sel.

Pertukaran nutrien dan bahan buangan berlaku antara bendalir interstis dengan plasma darah dalam kapilari darah.

Page 30: 2.2 organisasi sel

Keperluan mengekalkan persekitaran dalam yang optimum.

Faktor-faktor fizikal yang perlu dikawal atur ialah suhu,tekanan darah tekanan osmosis.

Faktor-faktor kimia ialah kandungan garam,gula dan nilai pH.

Homeostasis ialah pengawalaturan persekitaran dalam yang secara relatifnya tetap untuk sel berfungsi dalam keadaan optimum.

Metabolisme badan dipengaruhi oleh perubahan faktor kimia dan faktor fizikal.

Perubahan ini dikawal atur melalui mekanisme homeostasis yang mengekalkan persekitaran dalam.

Mekanisme yang mengawal atur homeostasis dikenali sebagai mekanisme suap balik negatif.

Page 31: 2.2 organisasi sel

Penglibatan pelbagai sistem dalam mengekalkan persekitaran dalam yang

optimum>suhu badan dikawal atur oleh sistem integumen(kulit

dan kelenjar peluh),sistem saraf,sistem peredaran darah,sistem otot,dan sistem endokrin.

>Sistem respirasi,sistem peredaran darah dan sistem saraf mengawal atur aras kepekatan karbon dioksida dan oksigen dalam aliran darah.

>Aras glukosa darah dikawal atur oleh kelenjar endokrin,sistem peredaran darah,dan sistem pencernaan.

>Sistem saraf,sistem endokrin,sistem perkumuhan dan sistem peredaran darah mengawal atur tekanan osmosis darah serta keseimbangan air dan bahan terlarut dalam bendalir badan.

>Kandungan kimia dalam badan dikawal atur oleh sistem perkumuhan,sistem peredaran darah,sistem saraf dan sistem endokrin.

>Aras pH dikawal atur oleh sistem respirasi,sistem peredaran darah dan sistem perkumuhan.

Page 32: 2.2 organisasi sel

-TAMAT-

Terima Kasih..