ventilasi pulmonari

3
VENTILASI PULMONARI Respirasi adalah dapat diertikan sebagai proses pertukaran gas dalam badan, iaitu oksigen (O²) yang diperlukan tubuh untuk metabolisme sel dengan karbon dioksida (CO²) yang dihasilkan dari metabolisme tersebut dikeluarkan dari tubuh melalui paru-paru. Respirasi boleh berlaku dalam tiga langkah asas iaitu Ventilasi Pulmonari, Respirasi Eksternal dan Respirasi Internal. Ventilasi Pulmonari adalah di mana udara akan disedut masuk dan dihembus keluar dari paru-paru supaya udara yang berada dalam paru-paru akan sentiasa mengalir. Proses ini juga dikenali sebagai pernafasan. Robert Boyle telah mengemukakan Hukum Boyle yang menyatakan bahawa tekanan berkadar songsang dengan isipadu. Ini bermakna apabila isipadu bekas tinggi, tekanan akan menurun manakala sebaliknya apabila isipadu bekas kurang tekanan akan meningkat. Ventilasi Pulmonari yang merupakan proses pernafasan di mana gas atau udara mengalir atau bergerak antara atmosfera dan paru-paru disebabkan oleh perubahan tekanan udara dalam paru-paru. Terdapat dua fasa penting dalam Ventilasi Pulmonari iaitu sedutan nafas (inhalation), proses pergerakan udara masuk ke paru-paru dan yang kedua adalah hembusan nafas (exhalation), proses pergerakan udara keluar dari paru-paru. Perbezaan tekanan yang disebabkan oleh perubahan isipadu paru-paru akan memaksa udara masuk semasa fasa sedutan nafas dan keluar ketika fasa hembusan nafas. Alveoli merupakan salah satu struktur dalam sistem respiratori. Alveoli turut dikenali sebagai beg udara. Ia diselaputi oleh beribu- ribu kapilari darah yang membawa CO² untuk proses penyerapan ke dalam alveoli dan membawa O² ke sistem peredaran darah. Ciri-ciri yang

Upload: wan-ahmad-fitri

Post on 10-Dec-2014

169 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pendidikan jasmani

TRANSCRIPT

Page 1: VENTILASI PULMONARI

VENTILASI PULMONARI

Respirasi adalah dapat diertikan sebagai proses pertukaran gas dalam badan, iaitu

oksigen (O²) yang diperlukan tubuh untuk metabolisme sel dengan karbon dioksida (CO²) yang

dihasilkan dari metabolisme tersebut dikeluarkan dari tubuh melalui paru-paru. Respirasi boleh

berlaku dalam tiga langkah asas iaitu Ventilasi Pulmonari, Respirasi Eksternal dan Respirasi

Internal. Ventilasi Pulmonari adalah di mana udara akan disedut masuk dan dihembus keluar

dari paru-paru supaya udara yang berada dalam paru-paru akan sentiasa mengalir. Proses ini

juga dikenali sebagai pernafasan.

Robert Boyle telah mengemukakan Hukum Boyle yang menyatakan bahawa tekanan

berkadar songsang dengan isipadu. Ini bermakna apabila isipadu bekas tinggi, tekanan akan

menurun manakala sebaliknya apabila isipadu bekas kurang tekanan akan meningkat. Ventilasi

Pulmonari yang merupakan proses pernafasan di mana gas atau udara mengalir atau bergerak

antara atmosfera dan paru-paru disebabkan oleh perubahan tekanan udara dalam paru-paru.

Terdapat dua fasa penting dalam Ventilasi Pulmonari iaitu sedutan nafas ( inhalation),

proses pergerakan udara masuk ke paru-paru dan yang kedua adalah hembusan nafas

(exhalation), proses pergerakan udara keluar dari paru-paru. Perbezaan tekanan yang

disebabkan oleh perubahan isipadu paru-paru akan memaksa udara masuk semasa fasa

sedutan nafas dan keluar ketika fasa hembusan nafas.

Alveoli merupakan salah satu struktur dalam sistem respiratori. Alveoli turut dikenali

sebagai beg udara. Ia diselaputi oleh beribu-ribu kapilari darah yang membawa CO² untuk

proses penyerapan ke dalam alveoli dan membawa O² ke sistem peredaran darah. Ciri-ciri yang

terdapat pada alveoli adalah kecil, lembap, berdinding nipis, dan setiap kapilari mempunyai

banyak beg udara. Fasa sedutan nafas adalah merupakan proses di mana udara masuk ke

dalam paru-paru. Justeru itu, untuk membolehkan udara masuk ke dalam paru-paru, tekanan di

alveoli mestilah rendah daripada tekanan di atmosfera.

Keadaan ini boleh dicapai dengan meningkatkan isipadu paru-paru. Paru-paru pula

mestilah mengembang untuk meningkatkan isipadu paru-paru dan merendahkan tekanan udara

di dalam paru-paru. Salah satu otot yang terlibat adalah diafragma di mana pengecutan otot

diafragma akan menyebabkan ia mendatar dan meningkatkan dimensi toraks rongga. Dalam

pernafasan normal, diafragma akan menurun sebanyak 1 cm, dan menghasilkan tekanan udara

Page 2: VENTILASI PULMONARI

sebanyak 1 hingga 3 mmHg. 75% udara yang masuk ketika sedutan nafas adalah terhasil

daripada pengecutan otot diafragma.

Otot kedua yang terlibat dalam fasa sedutan nafas adalah external intercostal. Apabila

otot external intercostal mengecut, tulang rusuk akan terangkat ke atas. Ini akan meningkatkan

diameter rongga toraks. 25% udara yang masuk ketika sedutan nafas adalah hasil daripada

pengecutan otot external intercostal. Apabila kapasiti rongga toraks meningkat, maka isipadu

paru-paru juga akan meningkat sekaligus tekanan alveoli akan menurun. Tekanan udara adalah

sebanyak 760 – 758 mmHg. Perubahan tekanan akan menyebabkan udara bergerak dari luar

ke dalam paru-paru. Selagi ada perbezaan tekanan, maka udara akan terus masuk ke dalam

paru-paru.

Fasa hembusan nafas merupakan proses pergerakan udara keluar dari paru-paru. Ia

juga berlaku disebabkan oleh perubahan tekanan. Fasa ini berlaku apabila tekanan di dalam

paru-paru adalah lebih tinggi daripada tekanan di atmosfera. Tidak ada pengecutan otot berlaku

semasa fasa ini terjadi.

Hembusan nafas adalah hasil daripada ‘elastic recoil’ yang berlaku pada dinding toraks dan

paru-paru. Ia mempunyai kecenderungan untuk kembali ke bentuk asal selepas mengembang.

Apabila otot external intercostals mengendur, tulang rusuk akan menurun. Oleh itu, tekanan

dalam paru-paru akan meningkat. Maka, udara akan bergerak keluar; dari kawasan tekanan

tinggi ke kawasan tekanan rendah.