variasi istilah berkaitan pandemik covid-19 dalam …

12
545 VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM AKHBAR BERBAHASA ARAB Lubna Abd. Rahman i , Arnida A. Bakar ii & Wahida Mansor iii i (Corresponding author) Pensyarah Kanan,Universiti Sains Islam Malaysia, [email protected] ii Pensyarah,Universiti Sains Islam Malaysia, [email protected] iii Pensyarah ,Universiti Sains Islam Malaysia, [email protected] Abstrak Wabak COVID-19 yang melanda dunia saat ini membawa pelbagai kesan dan perubahan dalam kehidupan masyarakat dari pelbagai aspek termasuklah ekonomi, sosial dan politik. Dalam masa yang sama, didapati bahawa bahasa juga turut terkesan dengan perkembangan wabak ini. Pandemik ini secara tidak langsung menimbulkan kepelbagaian dan kekerapan penggunaan istilah khusus dalam masyarakat, seperti penjarakan sosial, kelaziman baharu, nyah cemar, kuarantin dan lain-lain. Begitu juga, fenomena ini juga didapati memberi kesan kepada pengembangan istilah seumpama itu, yang melahirkan variasi penggunaan istilah tersebut dalam bahasa yang sama, sebagai contoh bahasa Arab. Penulisan ini bertujuan menyelusuri penggunaan istilah seumpama ini dalam akhbar-akhbar berbahasa Arab dalam talian (online) untuk mengkaji sama ada penggunaan istilah seumpama ini adalah sama dalam akhbar-akhbar tersebut atau sebaliknya. Kajian ini berbentuk kualitatif berasaskan kaedah analisis dokumen terhadap tiga akhbar berbahasa Arab iaitu Bernama Arabic, al-Jazeera Arabic dan Asharq al-Awsat. Hasil dapatan menunjukkan terdapat variasi dalam penggunaan sebilangan istilah berkaitan situasi pandemic COVID-19 antara akhbar tersebut. Secara tidak langsung, variasi ini membantu memperkaya kosa kata dan perkamusan Arab. Kata kunci: istilah, pandemik, Coronavirus, COVID-19, akhbar arab. PENDAHULUAN Virus Korona (Coronavirus) merupakan keluarga besar virus yang boleh menjejaskan saluran pernafasan dan menyebabkan gejala seperti selesema atau jangkitan saluran pernafasan secara akut. Terdapat dua jenis virus Korona yang menyebabkan wabak iaitu Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV). SARS-CoV mula dikesan di Guangdong, China pada tahun 2003 dan telah menjejaskan lebih 8000 orang. Manakala MERS-CoV pula dikesan di Arab Saudi pada tahun 2012 dan telah meragut nyawa lebih 800 orang. Pada akhir tahun 2019, dunia dikejutkan dengan kemunculan Novel Corona Virus (nCoV) atau lebih dikenali sekarang

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM …

545

VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM AKHBAR

BERBAHASA ARAB

Lubna Abd. Rahmani , Arnida A. Bakarii & Wahida Mansoriii

i(Corresponding author) Pensyarah Kanan,Universiti Sains Islam Malaysia, [email protected]

iiPensyarah,Universiti Sains Islam Malaysia, [email protected] iiiPensyarah ,Universiti Sains Islam Malaysia, [email protected]

Abstrak

Wabak COVID-19 yang melanda dunia saat ini membawa pelbagai kesan dan perubahan dalam

kehidupan masyarakat dari pelbagai aspek termasuklah ekonomi, sosial dan politik. Dalam masa

yang sama, didapati bahawa bahasa juga turut terkesan dengan perkembangan wabak ini.

Pandemik ini secara tidak langsung menimbulkan kepelbagaian dan kekerapan penggunaan istilah

khusus dalam masyarakat, seperti penjarakan sosial, kelaziman baharu, nyah cemar, kuarantin dan

lain-lain. Begitu juga, fenomena ini juga didapati memberi kesan kepada pengembangan istilah

seumpama itu, yang melahirkan variasi penggunaan istilah tersebut dalam bahasa yang sama,

sebagai contoh bahasa Arab. Penulisan ini bertujuan menyelusuri penggunaan istilah seumpama

ini dalam akhbar-akhbar berbahasa Arab dalam talian (online) untuk mengkaji sama ada

penggunaan istilah seumpama ini adalah sama dalam akhbar-akhbar tersebut atau sebaliknya.

Kajian ini berbentuk kualitatif berasaskan kaedah analisis dokumen terhadap tiga akhbar berbahasa

Arab iaitu Bernama Arabic, al-Jazeera Arabic dan Asharq al-Awsat. Hasil dapatan menunjukkan

terdapat variasi dalam penggunaan sebilangan istilah berkaitan situasi pandemic COVID-19

antara akhbar tersebut. Secara tidak langsung, variasi ini membantu memperkaya kosa kata dan

perkamusan Arab.

Kata kunci: istilah, pandemik, Coronavirus, COVID-19, akhbar arab.

PENDAHULUAN

Virus Korona (Coronavirus) merupakan keluarga besar virus yang boleh menjejaskan

saluran pernafasan dan menyebabkan gejala seperti selesema atau jangkitan saluran

pernafasan secara akut. Terdapat dua jenis virus Korona yang menyebabkan wabak iaitu

Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah

(MERS-CoV). SARS-CoV mula dikesan di Guangdong, China pada tahun 2003 dan telah

menjejaskan lebih 8000 orang. Manakala MERS-CoV pula dikesan di Arab Saudi pada

tahun 2012 dan telah meragut nyawa lebih 800 orang. Pada akhir tahun 2019, dunia

dikejutkan dengan kemunculan Novel Corona Virus (nCoV) atau lebih dikenali sekarang

Page 2: VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM …

546

sebagai Coronavirus Disease 2019 (COVID-19). Kes pertama COVID-19 dikesan di

Wuhan, China (“Pelajari tentang sejarah wabak Coronavirus, MERS-CoV dan SARS-

CoV”, n.d). Virus bahaya ini telah merebak dalam masa yang singkat dan menyebabkan

pandemik global sehingga ke hari ini sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

mengisytiharkan Coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia pada 31 Januari 2020.

(Bernama, 2020).

Pandemik COVID-19 mula menular di Malaysia pada 23 Januari 2020 apabila

Kementerian Kesihatan melalui Pusat Kesiapsagaan dan Tindak Cepat Krisis

Kebangsaan (CPRC) menerima laporan tiga kes disyaki telah dijangkiti COVID-19. Bagi

mengawal penularan virus ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah

mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020. Sejak

penularan COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan

Negara (MKN) berusaha memastikan penularan ini dapat ditangani dengan baik.

Pandemik ini telah mengubah aktiviti kebiasaan masyarakat di seluruh dunia termasuk

Malaysia. Masyarakat dinasihat agar menjaga kebersihan pada tahap optimum,

mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sebagai langkah

pencegahan. Kebiasaan baharu ini perlu menjadi kelaziman dalam komuniti (Suraiya,

2020).

Dari perspektif bahasa dan linguistik, penularan pandemik COVID-19 telah

menghasilkan pelbagai istilah baharu dalam semua bahasa. Istilah baharu digunakan

dalam laporan berita di televisyen, radio, akhbar, laman sesawang serta perbincangan di

media sosial. Contohnya, penjarakan fizikal, nyah kuman, pengesanan kontak, sembang

rapat, meratakan lengkungan dan banyak lagi. Kebanyakan istilah dalam bidang

kesihatan awam ini berasal daripada bahasa Inggeris. Ia diterjemah ke dalam pelbagai

bahasa termasuk bahasa Arab. Istilah berkaitan COVID-19 dalam bahasa Arab boleh

didapati dalam akhbar berbahasa Arab seperti Al-Sharq al-Awsat, al-Jazeera Arabic dan

Bernama Arabic. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk melihat variasi

penggunaan istilah berkaitan COVID-19 dalam tiga akhbar tersebut.

SOROTAN LITERATUR

Dunia menyaksikan peningkatan kes jangkitan virus COVID-19 saban hari sejak virus ini

mula menular ke serata negara. Setiap hari berita mengenai virus baharu ini terpapar di

dada akhbar dan menjadi liputan media massa di seluruh dunia. Kebimbangan terhadap

penularan wabak ini menyebabkan negara dan masyarakat terpaksa berhadapan dengan

pelbagai cabaran dalam segenap aspek dalam kehidupan mereka, termasuklah sosial,

ekonomi, politik dan pendidikan. Sehingga kini, jumlah kes positif COVID-19 di seluruh

dunia telah menjangkau lebih 30 juta orang, manakala kes kematian disebabkan

pandemik ini pula melebihi 1 juta orang (“Coronavirus cases”, n.d)

Page 3: VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM …

547

Susulan pandemik yang melanda dunia saat ini, pelbagai impak dan kesan dapat

dilihat kepada kehidupan masyarakat. Seluruh dunia terpaksa beralih kepada cara hidup

yang berbeza daripada sebelum ini. Mereka terpaksa hidup dalam kelaziman baharu

(new normal) dengan mengamalkan prosedur penjagaan diri yang ketat seperti

membasuh tangan dengan kerap, memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan

sosial atau fizikal antara satu dengan yang lain. Namun, ada juga masyarakat yang tidak

patuh dengan amalan ini dan menyebabkan peningkatan jangkitan berlaku sepertimana

di Amerika Syarikat. Terdapat rakyat negara itu yang masih mengambil mudah dengan

isu ini dan masih lagi berkumpul beramai-ramai di tempat awam seperti yang berlaku

di pantai Florida (Azwan Safbri, 2020).

Di Malaysia, pihak kerajaan telah mengambil pelbagai langkah pencegahan

untuk membendung penularan virus COVID-19. Bermula Mac 2020, Perintah Kawalan

Pergerakan (Movement Control Order) telah dilaksanakan di seluruh negara bertujuan

untuk menyekat perjalanan rakyat merentas negeri dan mengawal pergerakan mereka.

Semua sektor ekonomi ditutup kecuali yang melibatkan perkhidmatan penting seperti

peruncitan dan pos. Selain itu, kerajaan Malaysia juga membuat operasi nyah cemar atau

nyah kuman dan pembersihan terutamanya di kawasan berlakunya jangkitan,

termasuklah di kawasan perumahan, industri, komersial dan tempat-tempat lain yang

menjadi kunjungan masyarakat.

Wabak ini mendatangkan kesan langsung kepada ekosistem perniagaan

domestik seperti industri makanan dan minuman, industri pembinaan dan pembuatan,

industri pelancongan, serta industri pertanian, pembinaan dan perkhidmatan. Ini

sekaligus mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan (Taufiq, 2020). Institusi pengajian

seperti sekolah dan universiti terpaksa ditutup ekoran kebimbangan berlaku penularan

dalam kalangan murid dan pelajar. Namun, aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdPc)

tetap diteruskan melalui aplikasi dalam talian. Pandemik COVID-19 ini turut memberi

impak positif dalam perkamusan bahasa dengan percambahan atau penciptaan istilah

baharu sebagai perbendaharaan kata (Junaini et al, 2020). Malah, istilah yang jarang atau

kurang digunakan menjadi semakin didengari dan disebut-sebut terutamanya dalam

media eletronik.

METODOLOGI

Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah analisis dokumen yang

bertujuan menganalisis istilah-istilah berkaitan COVID-19 dalam tiga akhbar berbahasa

Arab dalam talian iaitu Al-Sharq al-Awsat, al-Jazeera Arabic dan Bernama Arabic. Sebanyak

sepuluh istilah berkaitan COVID-19 dipilih secara rawak dan dijadikan sampel kajian ini.

Istilah ini dikumpul berdasarkan pencarian dan penelitian penulis dalam akhbar terpilih

di atas. Kamus bercetak seperti Kamus Dewan (2007) dan kamus dalam talian seperti

Page 4: VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM …

548

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) dan Kamus al-Maany digunakan untuk

menjelaskan maksud perkataan yang digunakan.

ANALISIS

Sebanyak 10 istilah berkaitan pandemik COVID-19 dipilih secara rawak sebagai data

kajian dalam penulisan ini. Analisis data adalah seperti berikut:

Jadual 1

No. Istilah Al sharq al

Awsat

Al Jazeera Arabic Bernama Arabic

1 Corona virus / COVID-19 / Novel corona virus

فيروس كورونا

19 - كوفيد

فيروس كورونا المستجد

وباء »كورونا«،

فيروس كورونا المستجد

فيروس كورونا الجديد

19-كوفيد

فيروس كورونا

19-كوفيد

فيروس كورونا المستجد

Jadual 1 memaparkan istilah yang merujuk kepada virus yang sama dan dikenali sebagai

Coronavirus 2019, COVID-19 dan Novel Coronavirus dalam versi Bahasa Melayu.

Melalui penelitian yang dibuat, kajian mendapati terdapat kepelbagaian penggunaan

istilah tersebut bagi merujuk kepada virus yang sama dalam tiga akhbar bahasa Arab

terpilih iaitu المستجد، 19 –كوفيد ، فيروس كورونا فيروس كورونا atau الجديد dan "كورونا" Kepelbagaian .وباء

penggunaan istilah ini masih mengekalkan definisi dan maksud yang sama iaitu

penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Korona yang teruk pada paru-paru yang

dicirikan oleh demam. batuk kering, kesukaran bernafas dan keletihan. Virus ini mula

dikesan pada tahun 2019, justeru dinamakan sebagai COVID-19

(https://prpm.dbp.gov.my/). Kepelbagaian penggunaan istilah bagi virus ini

menyumbang kepada pengkayaan kosa kata khususnya bagi bidang kesihatan awam ini

sama ada versi Bahasa Melayu mahupun bahasa Arab.

Page 5: VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM …

549

Jadual 2

No. Istilah Al sharq al

Awsat

Al Jazeera

Arabic Bernama Arabic

2 kuarantin الِجر الصحي

عزل

الِجر الصحي

العزل الصحي

عزل نفسه ذاتيا

العزل الذاتي

الِجر الصحي

العزل

Istilah kuarantin dirujuk sebagai tempoh atau tempat pengasingan sementara sebelum

dibenarkan bergaul atau masuk ke kawasan lain disebabkan oleh faktor penyakit

berjangkit (https://prpm.dbp.gov.my/). Berdasarkan Jadual 2 di atas, terdapat beberapa

istilah yang merujuk kepada definisi dan maksud yang sama dalam akhbar berbahasa

Arab iaitu ذاتيا نفسه عزل الصحي، العزل العزل، الصحي، الذاتي dan الِجر Istilah dalam versi Arab . العزل

ini juga berkait dengan perbuatan pengasingan diri bagi tujuan mengelakkan jangkitan

dan memelihara kesihatan.

Jadual 3

No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic

3 Petugas kesihatan (Health worker) / Petugas barisan hadapan (front liner)

عامل صحي

ممارسة صحية

طاقم طبي

الفِرَق الطبية

الْطوط موظفوا الأمامية

العاملي بالْط الأمامي

Jadual 3 menunjukkan penggunaan istilah petugas kesihatan (health worker) atau

petugas baris hadapan (frontliner) (https://prpm.dbp.gov.my/). Mereka adalah petugas

yang memberikan perkhidmatan terbaik dalam bidang perubatan yang berkaitan dengan

pemeriksaan, rawatan dan kawalan penyakit berjangkit termasuklah semasa berlakunya

pandemik COVID-19. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat terhadap tiga akhbar

bahasa Arab terpilih, kajian mengenalpasti beberapa istilah yang digunakan bagi

Page 6: VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM …

550

merujuk kepada definisi dan maksud yang sama iaitu ،ممارسة صحية، طاقم طبي، الفرق عامل صحيلْط الاماميباالعاملون dan الطبية، موظفوا الْطوط الأمامية، . Kesemua istilah ini memberi maksud petugas

(pekerja) kesihatan, pengamal kesihatan, kumpulan perubatan serta petugas barisan

hadapan.

Jadual 4

No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic

4 Penyebaran virus (corona virus outbreak)

انتشار الفيروس/ انتشار »كورونا« فيروس

تفشي المستجد / فيروس كورونا المستجد

تفشي »كورونا«

انتشار الفيروس

تفشي الفيروس

19-اجتياح كوفيد

19-تفشي كوفيد

كورونا وباء تفشي المستجد

Jadual 4 memaparkan istilah penyebaran virus dan dalam konteks perbincangan kajian

ini, virus yang dimaksudkan ialah COVID-19. Setelah diamati dan dikaji, kajian

mendapati terdapat beberapa pilihan penggunaannya dalam versi Bahasa Arab iaitu

19 –اجتياح كوفيد dan انتشار الفيروس, تفشي فيروس كورونا المستجد . Kosa kata Arab kaya dengan pelbagai

istilah bagi merujuk kepada gambaran penyebaran virus dan kesemua ini merujuk

kepada situasi atau keadaan yang berleluasa berlaku dan meliputi kawasan yang luas

dan tidak terkawal.

Jadual 5

No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic

5 vaksin 19-لقاح ضد كوفيد اللقاح اللقاح

Istilah vaksin yang berkait dengan bidang perubatan bermaksud sediaan bakteria, virus

dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik atau ditanam ke dalam

badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu (Kamus Dewan,

2007). Berkenaan dengan pandemik COVID-19 yang menyaksikan seluruh dunia

Page 7: VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM …

551

terkesan dengannya, pihak yang terlibat dengan perubatan dan makmal bertungkus

lumus menghasilkan vaksin yang mampu merawat virus ini sekaligus melindungi dunia

dari ancaman wabak. Berdasarkan Jadual 5 di atas, istilah yang digunakan dalam versi

bahasa Arab bagi tiga akhbar terpilih adalah tertumpu kepada satu sahaja iaitu اللقاح.

Jadual 6

No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic

6 Pelitup muka (tanpa ‘shield’)

الكمامات

أقنعة الوجه

الكمامة

القناع

الكمامات الواقية

كمامات الوقاية

الكمامة

Jadual 6 menunjukkan penggunaan istilah pelitup muka yang berfungsi sebagai

pelindung bagi meminimumkan sentuhan secara sedar atau tidak sedar pada mata,

hidung dan mulut. Alat ini dilihat mampu menjadi pencegah kepada penularan COVID-

19 dan membantu memutuskan rangkaian virus dalam kalangan masyarakat dunia.

Kajian mengenalpasti tiga akhbar terpilih menggunakan pelbagai istilah yang merujuk

kepada pelitup muka dalam versi Bahasa Arab iaitu الوجه Bagi kosa .القناع dan الكمامات، أقنعة

kata Arab الكمامات kajian mendapati terdapat variasi penggunaannya iaitu الواقية الكمامات dan الوقاية Kesemua kosa kata Arab ini merujuk kepada alat yang diletakkan di .كمامات

mulut dan hidung bagi tujuan menapis udara yang tercemar dan sebagai pelindung

muka (www.almaany.com).

Page 8: VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM …

552

Jadual 7

No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic

7 Penjarakan sosial تباعد اجتماعي

التباعد الاجتماعي.

بعيدة عن بعضها بعضاً

إبقاء مسافة فيما بينهم

الِفاظ على مسافة بينهم

التباعد الاجتماعي

العزل الاجتماعي

من شاسعة مسافات بعضها بعضا

التباعد الاجتماعي

Jadual 7 menunjukkan kepelbagaian istilah bagi penjarakan sosial dalam versi Bahasa

Arab bagi tiga akhbar terpilih seperti yang tertera di atas. Penjarakan dirujuk sebagai

penjauhan atau perenggangan (Kamus Dewan, 2007) dan terpakai kepada seluruh

masyarakat dunia ketika ini. Saranan membuat penjarakan sosial dan fizikal ini mula

didengari saat dunia diserang virus COVID-19 bertujuan untuk membendung penularan

virus tersebut dengan berkesan. Manakala bagi kosa kata Arab pula, kajian

mengenalpasti beberapa istilah yang digunakan iaitu إبقاء بعضا، بعضها عن بعيدة اجتماعي، تباعد العزل بينهم، مسافة على الِفاظ بينهم، الاجتماعي مسافة فيما dan بعضا بعضها من شاسعة Kesemua variasi .مسافات

istilah Arab ini menerangkan tentang perbuatan menjarakkan antara satu sama lain atau

kekal pada penjarakan yang selamat (www.almaany.com).

Jadual 8

No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic

8 mengekang penularan

احتواء تفشي كورونا

خفض العدوى

فيروس محاصرة تفشي تفشي محاصرة كورونا

فيروس وباء احتواء كورونا المستجد

19-احتواء وباء كوفيد

Page 9: VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM …

553

Jadual 8 mengandungi istilah mengekang penularan yang bermaksud menyekat,

menahan atau mencegah (Kamus Dewan, 2007), dan dalam konteks ini adalah wabak

COVID-19 daripada terus merebak dalam kalangan masyarakat dunia. Didapati bahwa

terdapat kepelbagaian penggunaan dalam kosa kata Arab yang menyajikan istilah

seperti تفشي محاصرة العدوى، تفشي كورونا serta خفض وباء كوفيد atau احتواء 19-احتواء . Kesemua istilah

Arab ini bermaksud menahan daripada menular, mengurangkan penularan serta

menyekat daripada merebak (www.almaany.com).

Jadual 9

No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic

9 perintah kawalan pergerakan القيود / القيود فرض

على الِركة

فرض قيود على التنقل

أمر تقييد الحركة

إجراءات تقييد الِركة

فرض حظر تجول

قرار تقييد الِركة

Jadual 9 memaparkan istilah dalam versi bahasa Melayu iaitu perintah kawalan

pergerakan dan merupakan satu arahan oleh pihak berwajib sejak berlakunya penularan

virus COVID-19 dalam komuniti sebagai tindakan memutuskan rantaian jangkitan

wabak ini tidak kira sama ada melibatkan kawasan mahupun orang awam. Perintah ini

bermaksud mengawasi dan menjaga pergerakan (Kamus Dewan, 2007) setiap ahli

masyarakat agar wabak ini dapat dibendung dan seterusnya berjaya dihapuskan. Setelah

penelitian dibuat, kajian mendapati bahawa terdapat variasi penggunaan istilah tersebut

bagi kosa kata Arab iaitu فرض القيود على الِركة، فرض قيود على التنقل، أمر تقييد الِركة، فرض حظر تجول dan قرارالِركة Kesemua istilah Arab ini merujuk kepada perintah dan arahan yang wajib . تقييد

dipatuhi bagi mengawal pergerakan dan perjalanan (www.almaany.com).

Page 10: VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM …

554

Jadual 10

No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic

10 kelaziman baharu/norma baharu

معيار الِياة الجديد الطبيعي الجديد المعتاد الجديد

Jadual 10 di atas menunjukkan penggunaan istilah baharu iaitu kelaziman baharu yang

muncul pada saat penularan wabak COVID-19. Setiap ahli masyarakat tidak kira tua atau

muda, kecil mahupun besar amat terkesan dengan gaya hidup kini yang memerlukan

kepada aturan, keadaan atau kebiasaan (Kamus Dewan, 2007) baharu. Begitu juga

dengan pola kehidupan yang lazimnya dipraktikkan dahulu, perlu kepada

pembaharuan gaya hidup yang berbeza sama sekali dengan munculnya wabak tersebut.

Manakala bagi versi bahasa Arab pula, kajian mengenalpasti variasi penggunaan istilah

iaitu الجديد الطبيعي الجديد، الجديدة dan المعتاد الِياة Kosa kata Arab ini membawa maksud . معيار

kebiasaan serta standard kehidupan baharu yang menyaksikan kelaziman aktiviti yang

melibatkan sentuhan dan jarak dekat perlu dielakkan demi kebiasaan baharu

(www.almaany.com).

PENUTUP

Pandemik COVID-19 telah mencetuskan satu fenomena kesihatan sejagat yang

membimbangkan. Seluruh dunia terkesan dengan penularan wabak ini, bukan hanya

dari segi kesihatan awam tetapi juga dari aspek ekonomi dan sosial. Masyarakat terpaksa

melalui satu bentuk norma baharu yang menuntut mereka mengamalkan penjagaan diri

yang ketat seperti menjaga penjarakan fizikal dan kerap membasuh tangan. Di Malaysia,

sebagai contoh, tiada lagi aktiviti berkumpulan atau acara sosial masyarakat dibenarkan

sewenang-wenangnya tanpa mengikut Tatacara Pengendalian Piawaian (SOP) yang

digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM).

Pendidikan juga tidak terlepas dari bahana wabak COVID-19. Warga pendidik

dan pelajar turut mengamalkan norma baharu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (PdPc) yang menyaksikan penggunaan optimal pelbagai aplikasi teknologi

maklumat dan komunikasi. Pihak media massa pula membawakan berita-berita terkini

Page 11: VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM …

555

mengenai situasi wabak ini saban hari. Kita dapat saksikan penggunaan pelbagai istilah

sama ada yang lama mahu pun yang baharu berkaitan COVID-19 terpapar di media

elektronik seluruh dunia.

Antara penggunaan istilah baharu saat tercetusnya penularan wabak COVID-19

seperti kelaziman baharu, pengesanan kontak, penjarakan sosial dan Perintah Kawalan

Pergerakan. Terdapat juga perkataan yang sudah wujud dalam perkamusan bahasa,

namun penggunaannya semakin kerap rentetan penularan wabak ini seperti kuarantin,

penularan wabak dan vaksin. Penggunaan istilah seumpama ini sering kita lihat di dada

akhbar elektronik tidak kira dalam apa jua bahasa.

Hasil kajian ini mendapati terdapat variasi penggunaan istilah berkaitan COVID-

19 dalam surat khabar elektronik bahasa Arab. Didapati bahawa satu istilah adakalanya

mempunyai beberapa bentuk penggunaan walaupun dalam akhbar yang sama seperti

yang dipaparkan dalam contoh-contoh di atas. Kepelbagaian istilah yang digunakan

dalam akhbar menunjukkan kekayaan perbendaharaan kata bahasa Arab, berbanding

bahasa Melayu yang lazimnya menggunakan satu istilah sahaja bagi satu-satu maksud.

RUJUKAN

“Coronavirus cases”. n.d. Worldometer. https://www.worldometers.info/coronavirus/

(diakses pada 29 September 2020).

“Pelajari tentang sejarah wabak Coronavirus, MERS-CoV dan SARS-CoV”. n.d. Doctor

on Call. https://www.doctoroncall.com.my/pengenalan-coronavirus/sejarah

(diakses pada 28 September 2020).

Al-Jazeera Arabic. https://www.aljazeera.net (diakses mulai 12 Ogos 2020).

Al-Maany. https://www.almaany.com (diakses mulai 12 Ogos 2020).

Asharq al-Awsat. https://aawsat.com (diakses mulai 12 Ogos 2020).

Azwan Safbri. 2020, 20 April. Florida buka pantai, penduduk berpusu untuk beriadah.

Sinar Harian Online.

https://www.sinarharian.com.my/article/79817/GLOBAL/Florida-buka-pantai-

penduduk-berpusu-untuk-beriadah (diakses pada 15 September 2020).

Bernama Arabic. https://www.bernama.com/ar/index.php (diakses mulai 12 Ogos 2020).

Bernama. 2020, 17 Mei. Kronologi COVID-19 di Malaysia. Berita Harian Online.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666122/kronologi-COVID-

19-di-malaysia%2017%20mac%202020 (diakses pada 25 September 2020).

Page 12: VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM …

556

Junaini Kasdan, Rusmadi Baharudin & Anis Shahira Shamsuri. 2020. COVID-19 dalam

Korpus Peristilahan Bahasa Melayu: Analisis Sosioterminologi. GEMA Online

Journal of Language Studies, Vol 20 (3), August 2020, 221-241.

Kamus Dewan Edisi Empat. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. https://prpm.dbp.gov.my (diakses mulai 12 Ogos

2020).

Suraiya Syed Mohamed. 2020, 19 Jun. Dari meja Ketua Pegarang. MyHealth for Life, Edisi

Khas COVID-19.

https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/emagazine/COVID/mobile/ind

ex.html (diakses pada 25 September 2020).

Taufiq Yap Yun Hin. 2020, 18 Mei. Kesan COVID-19 kepada manusia dan alam. Tinta

Minda. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1842582 (diakses

pada 15 September 2020).