pandemik covid-19 : mendepani impak psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke...

14

Upload: others

Post on 02-Jun-2020

19 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika
Page 2: Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika
Page 3: Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika

Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pendahuluan

Ketika artikel ini ditulis, jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia telah mencecah

1,099,960 kes dan merekodkan 59,197 kematian. Daripada 811,788 kes aktif, 39,391

kes adalah berstatus kritikal.

Malaysia yang tersenarai pada kedudukan ke-29 kes positif tertinggi pula mencatatkan

3,333 kes positif dan 53 kematian dengan Selangor (863 kes), Kuala Lumpur (543

kes), Johor (416 kes), Sarawak (239 kes) dan Sabah (215 kes) berada pada

kedudukan lima teratas.

Rajah 1 : Statistik kes di seluruh negara dan mengikut negeri setakat 3 April 2020.

Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, jumlah

kes terus bertambah dengan purata kes baharu sebanyak 156 kes sehari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah memberikan amaran bahawa

jumlah kes positif ini akan meningkat secara mendadak pada pertengahan April ini

iaitu boleh mencecah 6,000 sehingga 8,000 kes sekiranya arahan-arahan di bawah

PKP tidak dipatuhi oleh orang ramai.

Selain melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di

beberapa tempat seperti di Simpang Renggam dan Hulu Langat, turut dikuatkuasakan

PKP Fasa II di seluruh negara bermula pada 1 April 2020 dengan peraturan-peraturan

yang lebih tegas.

Page 4: Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika

Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Kehidupan yang Terjejas Akibat COVID-19

Menjalani kehidupan secara luar kebiasaan daripada sebelum ini untuk tempoh

selama empat minggu atau 28 hari (18 Mac hingga 14 April 2020) pasti tidaklah mudah

bagi sebahagian besar masyarakat.

Walaupun secara umumnya banyak kelebihan duduk di rumah boleh disenaraikan

terutamanya dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, namun tidaklah

semua individu atau isi rumah dapat menikmati suasana itu atau berasa senang

dengan keadaan itu.

Rajah 2 : Kronologi awal penularan Sars-CoV-2 dan COVID-19.

Ini kerana realiti penularan virus Sars-CoV-2 yang menyebabkan penyakit COVID-19

terlalu memberikan impak dalam pelbagai segmen kehidupan masyarakat. Bukan

sahaja individu yang disahkan positif COVID-19 atau individu dalam siasatan (PUI)

sahaja menghadapi keadaan kesihatan yang terjejas atau tidak menentu, tetapi orang

awam juga terkesan antaranya tidak dapat bekerja atau bersekolah seperti selalu;

hilang pekerjaan dan sumber pendapatan seperti yang dihadapi oleh pemilik atau

pekerja perusahaan kecil dan sederhana terutamanya sektor-sektor tertentu, penjaja

dan peniaga kecil, pemandu e-hailing; terhalang daripada menyertai aktiviti sosial dan

kemasyarakatan seperti beriadah di taman rekreasi atau pusat sukan, membeli belah,

solat berjemaah di masjid; terputus bekalan barangan keperluan seperti yang dihadapi

oleh keluarga miskin dan penduduk luar bandar atau di pedalaman; juga beban kerja

yang semakin bertambah seperti yang dihadapi oleh petugas barisan hadapan

melibatkan doktor, jururawat, polis, tentera dan anggota Rela.

Keadaan ini sehingga mengganggu kesejahteraan mental dan emosi sebahagian

daripada mereka. Mereka mengalami tekanan (stress) dengan keadaan yang

berbeza-beza antara satu sama lain dan pada setiap hari. Walaupun tekanan ini

adalah tindak balas normal dalam keadaan krisis, ia tidak harus sehingga membawa

kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan (depression), keresahan

(anxiety), kecelaruan bipolar (bipolar disorder) dan skizofrenia (schizophrenia).

Sokongan psikososial perlu sentiasa tersedia untuk diberikan kepada mereka yang

memerlukan.

Page 5: Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika

Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Paling dikhuatiri sekiranya keadaan ini berterusan tanpa suatu langkah yang

menyeluruh dan berkesan untuk menanganinya, masalah seperti sakit jiwa,

mencederakan diri sendiri, bunuh diri, lari dari rumah, kecelaruan identiti, perceraian

dan keganasan rumah tangga yang sering dikaitkan dengan masalah kesihatan

mental akan menunjukkan peningkatan jumlahnya sebaik sahaja PKP ini ditamatkan

nanti.

Seperti yang berlaku di Perancis, kes keganasan rumah tangga meningkat sebanyak

32 peratus dalam tempoh seminggu sahaja setelah perintah berkurung mula

dikuatkuasakan sejak dua minggu lalu.

Di beberapa bandar di China antaranya Xian dan Dazhou pula, jumlah penceraian

dalam tempoh perintah berkurung dikuatkuasakan dilaporkan meningkat secara

mendadak. Di Sichuan sahaja, 300 pasangan mendaftarkan perceraian sejak 24

Februari hingga 13 Mac 2020. Ini merupakan angka pendaftaran tertinggi bagi

sesebuah pejabat pendaftaran perkahwinan.

Begitu juga di Hesse, Jerman, Menteri Kewangannya, Thomas Schaefer yang berusia

54 tahun dilaporkan membunuh diri kerana terlalu risau mengenai bagaimana untuk

menangani kejatuhan ekonomi akibat penularan COVID-19 di negara itu.

Walaupun mungkin masyarakat di luar sana berbeza latar budaya dan pandangan

hidup mereka berbanding masyarakat di negara ini, namun ia bukanlah jaminan

insiden yang seperti itu tidak akan berlaku di sini kerana pada setiap tempat dan masa

pasti ada sahaja faktornya yang tersendiri yang boleh mendorong kepada keadaan

itu.

Realiti Masalah Kesihatan Mental & Impak Psikososial

Berdasarkan Tinjaun Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (National Health and

Morbidity Survey, NHMS 2015), prevalens masalah kesihatan mental dalam kalangan

dewasa berumur 16 tahun dan ke atas ialah 29.2 peratus iaitu meningkat sebanyak

18.5 peratus daripada 10.7 peratus pada 1996. Prevalens ini terus menunjukkan trend

menaik dengan golongan wanita, orang dewasa muda dan daripada keluarga

berpendapatan rendah serta kaum Bumiputera paling berisiko menghadapi masalah

ini.

Menurut Dr. Chua Sook Ning, Pengasas Relate Mental Health Malaysia (Relate), isu

kesihatan mental atau “penyakit tidak nampak” ini dalam kalangan pekerja di Malaysia

mungkin menelan kos RM14.4 bilion atau 1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) pada 2018. Justeru, tegas beliau sesebuah syarikat perlu menyediakan

Page 6: Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika

Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

langkah berkesan bagi menanganinya.

Tetapi malangnya banyak syarikat

tidak tahu bagaimana untuk

melakukannya.

Data-data yang dinyatakan ini adalah

realiti dalam keadaan biasa sebelum

ini. Kini COVID-19 adalah pandemik

global seperti yang diisytiharkan oleh

World Health Organization (WHO)

pada 11 Mac 2020.

Susulan itu, banyak negara telah

mengambil langkah pencegahan yang

lebih ketat dengan mengisytiharkan

darurat, perintah berkurung dan

perintah kawalan pergerakan.

Keterbatasan akibat sekatan ini pasti

telah mewujudkan suasana yang

mendorong kepada tekanan,

keresahan dan kemurungan terhadap masyarakat di negara ini secara lebih meluas

merentasi kumpulan yang berisiko dalam keadaan biasa.

Berdasarkan Laporan Talian Kasih yang diterbitkan oleh Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), rekod kes bagi tempoh 18 hingga 31

Mac 2020 iaitu sepanjang PKP Fasa I dikuatkuasakan, mencatatkan 336 aduan

mengenai penderaan fizikal, mental, emosi dan seksual serta eksploitasi dan

pengabaian melibatkan kategori kanak-kanak, keganasan rumah tangga, orang

kelainan upaya (OKU) dan warga emas; serta bagi mendapatkan khidmat kaunseling

iaitu mewakili 47.3 peratus daripada 710 aduan setelah ditolak dengan aduan

mengenai permohonan bantuan kebajikan dan pertanyaan daripada 1,535 aduan

berkaitan.

Jika masyarakat atau kerajaan gagal menguruskan keadaan tekanan ini, ia juga akan

melemahkan sistem imunisasi dan mengganggu keupayaan tubuh individu berkenaan

untuk mengatasi jangkitan dan penyakit selain mengundang masalah-masalah yang

telah dinyatakan sebelum ini. Justeru, usaha membendung penularan wabak ini pada

peringkat mikro juga mungkin sedikit terjejas.

Rajah 3 : Kronologi pengisytiharan COVID-19 sebagai pandemik global.

Page 7: Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika

Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pelbagai Usaha Dilaksanakan

KPWKM pada 18 Mac telah memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai pewujudan

talian khusus yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi orang

ramai mengemukakan sebarang pertanyaan dan aduan mengenai isu-isu yang

berbangkit susulan penguatkuasaan PKP selain mengekalkan operasi Talian Kasih

15999 yang sedia ada terutamanya bagi memenuhi keperluan golongan kanak-kanak,

wanita, OKU dan warga emas.

Tidak cukup dengan itu, KPWKM

sekali lagi pada 26 Mac telah

memulakan inisiatif baru dengan

menubuhkan Talian Khas Kaunseling

COVID-19 bagi memberi sokongan

psikologi kepada mangsa, waris

mangsa, petugas pusat kuarantin dan

hospital serta orang ramai yang

terkesan dengan penularan wabak itu

dan PKP.

Bagi menjayakan inisiatif itu, sekitar

900 orang Kaunselor Berdaftar di

bawah Lembaga Kaunselor Malaysia

(LKM) di seluruh negara telah

menawarkan diri sebagai sukarelawan

untuk memberikan khidmat mereka

kepada masyarakat demi memastikan

tahap kesihatan mental rakyat di negara ini sentiasa berada pada keadaan yang

sejahtera.

Selain itu, pertubuhan seperti Befrienders, Mental Illness Awareness and Support

Association (MIASA) dan Medical Relief Society Malaysia (MERCY) juga turut sama

menyediakan talian khusus masing-masing untuk individu yang memerlukan

sokongan psikosial sepanjang krisis ini berlaku.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu agensi di

bawah KPWKM pula memainkan peranan dengan membincangkan topik-topik

berkaitan kehidupan yang sihat dan positif di televisyen. Pengendali rangkaian

televisyen juga mengambil inisiatif tersendiri dengan menampilkan banyak panel

dengan pelbagai latar belakang untuk membincangkan perkara ini supaya masyarakat

mendapat lebih pencerahan tentang cara menghadapi situasi sekarang ini dalam

pelbagai aspek.

Rajah 4 : Talian Khas Kaunseling COVID-19 yang

disediakan oleh KPWKM.

Page 8: Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika

Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 6

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Persatuan Profesion Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia (PsiKEM) yang

dianggotai oleh hampir 200 orang Pegawai Psikologi KKM juga menyediakan saluran

Telegram bagi menyalurkan info serta tips berkaitan penjagaan kesihatan mental.

Banyak infografik yang menarik untuk dijadikan panduan dikongsikan menerusi

saluran itu.

Inisiatif seumpama ini turut disambut oleh pusat-pusat kaunseling persendirian yang

aktif berkongsi ilmu di laman sesawang dan media sosial masing-masing. Selain itu,

mereka turut mengaktifkan perkhidmatan kaunseling dalam talian untuk memudahkan

masyarakat mendapatkan perkhidmatan mereka dalam suasana yang terbatas ketika

ini.

Terdapat banyak individu dan organisasi yang tidak mahu melepaskan peluang untuk

menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk sumbangan makanan, minuman, duit

bahkan memanfaatkan pelbagai kemahiran yang ada pada masing-masing seperti

menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) dan membuat pelindung muka (face shield)

kepada petugas barisan hadapan dalam sektor kesihatan. Sumbangan seperti ini

adalah sokongan secara tidak langsung bagi membantu ke arah kesejahteraan

kesihatan mental.

Begitu juga dengan sidang media oleh YAB Perdana Menteri, Menteri Kanan (Kluster

Keselamatan) dan Ketua Pengarah Kesihatan yang diadakan secara berkala dan rutin

untuk mengumumkan pelbagai bantuan dan insentif untuk rakyat dan perniagaan

serta pertumbuhan ekonomi negara, melaporkan tahap pematuhan PKP dan langkah-

langkah semasa bagi meningkatkan keberkesanan PKP serta perkembangan kes

COVID-19 di seluruh negara adalah sangat penting untuk memastikan rakyat sentiasa

berhubung dengan maklumat supaya berada dalam keadaan bersiap sedia

menghadapi sebarang kemungkinan. Pendekatan seperti ini juga adalah suatu

sokongan secara tidak langsung ke arah membentuk kesihatan mental yang

sejahtera.

Persiapan Sokongan Psikososial Menghadapi Bencana &

Masalah Kesihatan Mental yang semakin Serius

1. Tambah Sumber Manusia Terlatih

Profesional kesihatan mental yang terdiri daripada ahli psikiatri, pegawai psikologi

klinikal dan kaunselor adalah merupakan profesion utama yang terlibat dalam isu

kesejahteraan mental di negara ini.

Walau bagaimanapun, direkodkan Pakar Psikiatri yang berkhidmat di hospital KKM

hanya berjumlah 245 orang sahaja pada 2018.

Page 9: Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika

Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 7

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Bilangan Pegawai Psikologi di KKM juga adalah sangat sedikit jika dinisbahkan

dengan jumlah penduduk iaitu seramai 166 orang pada 2015, 173 orang (2016), 180

orang (2017) dan bertambah hanya 4 orang sahaja pada 2018 menjadikan jumlahnya

seramai 184 orang. Manakala, ketika ini direkodkan hanya seramai 182 orang

Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi yang berkhidmat di Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jumlah Kaunselor Berdaftar di bawah LKM sehingga Disember 2018 pula adalah

seramai 7,895 orang menjadikan nisbah kaunselor kepada penduduk ketika ini ialah

1:4,101 dan ia suatu jurang yang terlalu besar. Jurang ini juga semakin membesar

berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan nisbah 1:4,030.

Sewajarnya, sumber manusia terlatih dalam bidang-bidang ini ditambah supaya

sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk

menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika negara sedang dilanda

musibah seperti sekarang ditambah pula penyakit mental dijangka menjadi penyakit

kedua paling serius di Malaysia pada 2020 selepas sakit jantung.

Usaha bagi melahirkan 11,000 kaunselor profesional sehingga 2020 seperti yang

disasarkan oleh mantan Menteri KPWKM, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

sebelum ini adalah wajar untuk diteruskan bahkan diberikan keutamaan dan fokus

oleh Kerajaan hari ini.

2. Optimumkan Khidmat Kaunselor Berdaftar

Sejumlah hampir 8,000 orang Kaunselor Berdaftar ketika ini perlu dioptimumkan.

Sebahagian besar daripada mereka tidak berkhidmat di bidang kaunseling bukanlah

kerana tidak mahu menyumbang pengetahuan dan kemahiran yang mereka miliki,

sebaliknya adalah kerana jumlah perjawatan berkaitan yang ada dalam pasaran

pekerjaan tidak mencukupi atau tiadanya platform yang rasmi dan fleksibel untuk

mereka berbakti sesuai dengan kerjaya semasa mereka.

Perkhidmatan sebagai kaunselor panel di sektor-sektor kerajaan sewajarnya

disediakan untuk para Kaunselor Berdaftar ini dan diperbanyakkan bilangannya bagi

memenuhi keperluan memandangkan bilangan mereka yang membuat janji temu bagi

mendapatkan perkhdimatan kaunseling semakin bertambah saban hari.

Perkhidmatan ini juga wajar diperluaskan ke sektor-sektor pekerjaan yang kritikal

dengan peratusan kadar stres yang tinggi seperti sektor kewangan, pembangunan,

kesihatan, keselamatan dan korporat selain sektor pendidikan.

Page 10: Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika

Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 8

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

3. Perluas Penubuhan PCC

Idea bagi menawarkan perkhidmatan kaunseling “hingga ke pintu rumah” secara

percuma yang direalisasikan menerusi penubuhan Psychological Care Centre (PCC)

juga patut diperluaskan terutamanya di negeri-negeri lain yang mempunyai prevalens

masalah kesihatan mental yang tinggi seperti di Sabah dan Labuan, Kelantan,

Sarawak serta Selangor dan bukan hanya di Kuala Lumpur sahaja.

Pusat ini sangat penting bagi menangani impak psikososial selepas PKP tamat nanti

secara lebih dekat dan segera supaya tidak melarat kepada masalah-masalah yang

lain.

4. Manfaatkan Lay Kaunselor

Walaupun terma “Lay Kaunselor” ini patut dikritik kerana boleh membawa kepada

penyalahgunaan gelaran kaunselor, namun harus diakui bahawa inisiatif ini amat

penting dalam melahirkan lebih ramai orang awam yang dapat memberikan khidmat

sukarela dengan bentuk dan kaedah bantuan kaunseling yang betul pada peringkat

komuniti sekaligus dapat mengimbangi kekurangan kaunselor ketika ini.

Justeru, sejumlah 5,500 sukarelawan yang telah dilahirkan menerusi Program Lay

Kaunselor yang dilaksanakan KPWKM sejak 2015 dan disasarkan mencapai 10,000

orang pada 2019 perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai contoh dengan menyerap

mereka sebagai sukarelawan Sahabat Psychological Support Team (sPST) atau

platform-platform lain.

Pangkalan data yang sentiasa dikemaskini dan diintegrasikan dengan sistem atau

program sokongan yang lain perlu juga diwujudkan, bagi mengelakkan kewujudan Lay

Kaunselor di negara ini disia-siakan.

Kerajaan juga disarankan membangunkan program lanjutan bersesuaian bagi

meningkatkan pengetahuan dan kompetensi sukaralewan ini secara berterusan,

sehingga mereka boleh dikategorikan sukarelawan berkemahiran tinggi.

5. Meningkatkan Kesedaran Awam Tentang Penjagaan Kesihatan Mental

Paling utama, pasca COVID-19 perlu diuruskan dengan baik bagi memastikan ia tidak

mengganggu fungsi harian seseorang. Individu yang terlibat secara langsung dengan

COVID-19 seperti mangsa, individu yang dikuarantin dan petugas kesihatan

merupakan mereka yang paling terkesan dengan krisis ini selain meninggalkan kesan

psikologi kepada masyarakat awam.

Page 11: Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika

Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 9

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Satu kajian yang telah dibuat di Korea yang diterbitkan dalam International Journal of

Healthcare pada 2018 melaporkan hampir separuh petugas kesihatan iaitu jururawat

yang terlibat dalam mengendalikan wabak Mers-CoV pada tahun 2015 mengalami

gangguan tekanan pasca trauma atau dikenali sebagai Post-Traumatic Stress

Disorder (PSTD).

Justeru, tindakan proaktif perlu dilaksanakan oleh semua pihak bermula dari sekarang

sebagai langkah mencegah keadaan itu daripada berlaku. Pendidikan berkenaan

kesihatan mental perlu diberikan kepada seluruh masyarakat menerusi pelbagai

medium sepanjang masa. Apabila berakhirnya PKP, usaha bagi meningkatkan

kesedaran kesihatan mental dalam kalangan masyarakat perlu dipergiatkan seperti

melalui kempen, ceramah dan kaunseling kelompok serta pendekatan kerohanian

supaya mempunyai strategi daya tindak (coping skill) dalam menghadapi tekanan.

Program ini perlu menyasarkan mereka yang berisiko iaitu mangsa, ahli keluarga dan

saudara-mara terdekat mangsa serta para petugas barisan hadapan yang terlibat

secara langsung agar gejala PSTD ini dapat dibendung.

Penutup

Diharapkan semua pihak terutamanya setiap individu rakyat di negara ini dapat

memberikan kerjasama yang terbaik untuk mematuhi PKP agar rantaian penularan

COVID-19 dapat segera diputuskan seterusnya menurunkan kes baharu setiap hari.

Semoga usaha penyelidikan dan pembangunan yang melibatkan jaringan di peringkat

antarabangsa bagi menghasilkan vaksin juga membuahkan hasilnya. Kepada Allah

jualah dikembalikan segala urusan.

Page 12: Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika

Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 10

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SENARAI RUJUKAN

Canadian Mental Health Association, BC Division. (2020). COVID-19 and Anxiety. Didapatkan dari Here

to Help: https://www.heretohelp.bc.ca/infosheet/covid-19-and-anxiety

Covid-19 Coronavirus Pandemic. (2020, April 1). Didapatkan dari Worldometer:

https://www.worldometers.info/coronavirus/

Covid-19 Current Situation in Malaysia. (2020, Mac 31). Didapatkan dari Covid-19 : Statistics by State

in Malaysia: https://ukkdosm.github.io/covid-19

COVID-19 dijangka memuncak pertengahan April jika PKP tidak dipatuhi. (2020, Mac 28). Didapatkan

dari Astro Awani: http://www.astroawani.com/video-malaysia/covid-19-dijangka-memuncak-

pertengahan-april-jika-pkp-tidak-dipatuhi-1840504

COVID-19: 13 ketetapan PKP Fasa Kedua bermula Rabu ini. (2020, Mac 30). Didapatkan dari Berita

Harian Online: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/671003/covid-19-13-

ketetapan-pkp-fasa-kedua-bermula-rabu-ini

Diyana Pfordten & Razak Ahmad. (2020, April 1). Covid-19: Current situation in Malaysia (updated

daily). Didapatkan dari The Star: https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/23/covid-

19-current-situation-in-malaysia-updated-daily

Domestic violence cases jump 30% during lockdown in France. (2020, Mac 28). Didapatkan dari

Euronews: https://www.euronews.com/2020/03/28/domestic-violence-cases-jump-30-during-

lockdown-in-

france?utm_term=Autofeed&utm_medium=Social&utm_source=Facebook&fbclid=IwAR2vehz

TaLOx3JGjXaCNU6PivuGO5hIOPuZXaNg9hAdgm_TSBhbDs-

BP8Oc#Echobox=1585376018

Dr. Firdaus Abdul Gani. (2020, Mac 14). Impak psikologi akibat wabak COVID-19. Retrieved from Astro

Awani: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/impak-psikologi-akibat-wabak-covid-19-

233648

Dr. Y.L.M. (2020, Mac 26). Covid-19: What to do when a pandemic is declared. Didapatkan dari The

Star: https://www.thestar.com.my/lifestyle/health/2020/03/26/what-to-do-when-a-pandemic-is-

declared

Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul. (2020, Mac 30). Stres Covid-19 umpama dedalu. Didapatkan dari

Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/76292/KOLUMNIS/Stres-Covid-19-

umpama-dedalu

EURATIV Network. (2020, Mac 31). Domestic violence increases in France during COVID-19 lockdown.

Didapatkan dari EURATIV: https://www.euractiv.com/section/politics/news/domestic-violence-

increases-in-france-during-covid-19-lockdown/

Final Kenyataan Media Talian Kasih 15999 mewujudkan Talian Khas Kaunseling COVID-19. (2020,

Mac 26). Didapatkan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:

https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/KenyataanMedia/2020/Final%20Kenyataan

%20Media%20Talian%20Kasih%2015999%20mewujudkan%20Talian%20Khas%20Kaunseli

ng%20COVID-19.pdf

German state minister commits suicide after 'virus crisis worries'. (2020, Mac 29). Didapatkan dari New

Straits Times: https://www.nst.com.my/world/world/2020/03/579330/german-state-minister-

commits-suicide-after-virus-crisis-worries

Hasimi Muhamad. (2020, Mac 28). COVID-19: KKM jangka peningkatan kes mendadak pada

pertengahan April. Didapatkan dari Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-

malaysia/covid-19-kkm-jangka-peningkatan-kes-mendadak-pada-pertengahan-april-235728

ICN COVID-19 Update: New guidance on mental health and psychosocial support will help to alleviate

effects of stress on hard-pressed staff. (2020). Didapatkan dari International Council or Nurses:

https://www.icn.ch/news/icn-covid-19-update-new-guidance-mental-health-and-psychosocial-

support-will-help-alleviate

Page 13: Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika

Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 11

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016). National Health and Morbidity Survey 2015. Didapatkan dari

Institut Kesihatan Umum (Institute for Public Health):

http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/nhmsreport2015vol2.pdf

Kim, Y., Seo, E., Seo, Y., Dee, V., & Hong, E. (2018). Effects of Middle East Respiratory Syndrome

Coronavirus on post-traumatic stress disorder and burnout among registered nurses in South

Korea. International Journal of Healthcare, 4(2). Didapatkan dari

http://www.sciedupress.com/journal/index.php/ijh/article/view/13354

Laporan Tahunan KKM 2018. (2018, Disember 13). Didapatkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia:

http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Penerbitan%20Utama/ANNUAL%20REP

ORT/Laporan%20Tahunan%20KKM%202018_Final.pdf

Laporan Talian Kasih Rekod Kes 18-31 Mac 2020. (2020). Didapatkan dari Kementerian Pembangunan

Keluarga, Wanita dan Masyarakat:

https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Dokumen/LAPORAN%20TALIAN%20KASIH

/REKOD%20KES%2018March%20-31March%20(31).pdf

Mahirah A Rashid. (2019, Januari 2019). Kawal kredibiliti elak gelaran kaunselor disalah guna.

Didapatkan dari Berita Harian Online:

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/01/525235/kawal-kredibiliti-elak-

gelaran-kaunselor-disalah-guna

Malaysian Psychiatric Association & Malaysian Mental Health Association. (2019). Mental Health

Handbook. Didapatkan dari My Health My Life:

https://www.myhealthmylife.com.my/sites/default/files/2019-

11/Mental_Health_Booklet_181119.pdf

Minderjeet Kaur & Hakimie Amrie. (2020, Februari 17). Isu kesihatan mental libatkan pekerja telan

RM14.4 bilion setahun. Didapatkan dari Free Malaysia Today:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/17/isu-kesihatan-mental-

libatkan-pekerja-di-malaysia-telan-rm14-4-bilion-setahun/

Prasso, S. (2020, Mac 31). China’s Divorce Spike Is a Warning to Rest of Locked-Down World.

Didapatkan dari Bloomberg: https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-03-31/divorces-

spike-in-china-after-coronavirus-quarantines

Psychological Support Team (PST). (t.t). Didapatkan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat:

http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=U0dkclNUSDRVNlJXdDM0N1o0V25tZ

z09

Senarai Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi. (t.t). Didapatkan dari Jabatan Kebajikan

Masyarakat:

http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left6&id=TC95UWJTcWRHeTVJYkVFeXA5b0

plUT09

Stress and Coping. (2020, Mac 30). Didapatkan dari Center for Disease Control and Prevention:

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/daily-life-coping/managing-stress-anxiety.html

Suhaidah Abd Wahab. (2020, Mac 25). "Terlalu Banyak Masa Bersama" dalam Tempoh Kuarantin, Kes

Cerai di China Meningkat. Didapatkan dari Minggun Wanita:

https://www.mingguanwanita.my/terlalu-banyak-masa-bersama-dalam-tempoh-kuarantinkes-

cerai-di-china-meningkat/

Page 14: Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial...sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika