penganjuran program book sharing@utmkl dikala pandemik …

15
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik dan Impak Terhadap Tabiat Membaca Serta Budaya Ilmu Dalam Kalangan Staf UTM Kuala Lumpur Nik Masriza Zakaria 1 dan Nurrull Huda Abdul Wahid 2 1 Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Emel: [email protected] 2 Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Emel : [email protected] ABSTRAK Budaya membaca bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk diterapkan dalam kalangan staf terutamanya staf pentadbir di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (UTMKL). Perbincangan bersama Pusat tanggungjawab (PTJ) yang terlibat telah diadakan dan cadangan untuk menganjurkan program perkongsian dalam kalangan warga universiti terutamanya staf pengurusan, professional dan pelaksana(PPP) di kampus UTMKL telah dirancang dan dijenamakan sebagai “Program Booksharing@UTMKL”. Program ini telah bermula dari tahun 2018 dan berterusan sehingga kini. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2020, bukanlah alasan untuk menangguhkan program ini. Ianya diteruskan dan dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform Facebook Live. Program yang pada mulanya hanya diketahui dalam kalangan komuniti UTM telah mula dikenali ramai. Program yang diadakan secara berkala ini merupakan salah satu signature program bagi kampus UTMKL. Justeru, kajian ini dijalankan bagi melihat impak penganjuran Program Book Sharing@UTMKL terhadap tabiat membaca dan budaya mencintai ilmu dalam kalangan staf UTMKL serta perlaksanaannya semasa pandemik melanda dunia. Usaha berterusan perlu dipergiatkan agar program ini menjadi satu budaya dan merupakan satu aktiviti yang sihat untuk menyegarkan minda warga kampus terutamanya staf di UTMKL. Kata Kunci: Tabiat membaca, Budaya ilmu, Program atas talian, Media sosial, Rakan sinergi, Pandemik COVID-19 ABSTRACT The implementation of a reading culture among staff is not easy, especially for administrative staff at Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (UTMKL). Discussions with the respective department were held, unanimously propose to organize a partnership program among administrative staff at UTMKL to be named "Program Booksharing @UTMKL". The program has begun in 2018 and continues to this day. When Covid-19 pandemic hit the world in 2020, was not a reason to postpone the program. It was continued and implemented online using the Facebook Live platform. The program, which was initially known among the UTM community, has now become known to others as well. The program is held regularly, has become the signature program for the UTMKL campus. Therefore, this study was conducted to see the impact of organizing the Program Book Sharing @UTMKL on reading habits and knowledge culture among UTMKL staff and its implementation during the pandemic. Continuous efforts need to be intensified so that this program becomes a culture and lifestyle among the UTM staff specifically.

Upload: others

Post on 02-Oct-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik dan Impak Terhadap Tabiat Membaca Serta Budaya Ilmu

Dalam Kalangan Staf UTM Kuala Lumpur

Nik Masriza Zakaria1 dan Nurrull Huda Abdul Wahid2 1 Universiti Teknologi Malaysia,

Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Emel: [email protected] 2 Universiti Teknologi Malaysia,

Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Emel : [email protected]

ABSTRAK Budaya membaca bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk diterapkan dalam kalangan staf terutamanya staf pentadbir di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (UTMKL). Perbincangan bersama Pusat tanggungjawab (PTJ) yang terlibat telah diadakan dan cadangan untuk menganjurkan program perkongsian dalam kalangan warga universiti terutamanya staf pengurusan, professional dan pelaksana(PPP) di kampus UTMKL telah dirancang dan dijenamakan sebagai “Program Booksharing@UTMKL”. Program ini telah bermula dari tahun 2018 dan berterusan sehingga kini. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2020, bukanlah alasan untuk menangguhkan program ini. Ianya diteruskan dan dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform Facebook Live. Program yang pada mulanya hanya diketahui dalam kalangan komuniti UTM telah mula dikenali ramai. Program yang diadakan secara berkala ini merupakan salah satu signature program bagi kampus UTMKL. Justeru, kajian ini dijalankan bagi melihat impak penganjuran Program Book Sharing@UTMKL terhadap tabiat membaca dan budaya mencintai ilmu dalam kalangan staf UTMKL serta perlaksanaannya semasa pandemik melanda dunia. Usaha berterusan perlu dipergiatkan agar program ini menjadi satu budaya dan merupakan satu aktiviti yang sihat untuk menyegarkan minda warga kampus terutamanya staf di UTMKL. Kata Kunci: Tabiat membaca, Budaya ilmu, Program atas talian, Media sosial, Rakan sinergi, Pandemik COVID-19

ABSTRACT The implementation of a reading culture among staff is not easy, especially for administrative staff at Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (UTMKL). Discussions with the respective department were held, unanimously propose to organize a partnership program among administrative staff at UTMKL to be named "Program Booksharing @UTMKL". The program has begun in 2018 and continues to this day. When Covid-19 pandemic hit the world in 2020, was not a reason to postpone the program. It was continued and implemented online using the Facebook Live platform. The program, which was initially known among the UTM community, has now become known to others as well. The program is held regularly, has become the signature program for the UTMKL campus. Therefore, this study was conducted to see the impact of organizing the Program Book Sharing @UTMKL on reading habits and knowledge culture among UTMKL staff and its implementation during the pandemic. Continuous efforts need to be intensified so that this program becomes a culture and lifestyle among the UTM staff specifically.

Page 2: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Keywords: Reading habits, Knowledge culture, Online programs, Social media, Synergy partners, COVID-19 pandemic PENGENALAN Pembudayaan tabiat membaca dalam kehidupan seseorang bukan perkara yang mudah. Terdapat kata kata yang berbunyi untuk membentuk sesuatu budaya perlu dilakukan secara berulang ulang. Konsep ini adalah bertepatan dengan konsep Neorologi Otak yang mana segala bentuk aktiviti yang berlaku dalam otak manusia ada jaringan neuron yang tersendiri termasuk proses berjalan, mendengar, melihat, bercakap, tidak terkecuali tabiat manusia. Secara neurologinya semakin konsisten kita melakukan sesuatu amalan tersebut semakin terasa senang untuk kita melakukannya semula disebabkan jaringan neuron atau neural network yang terbentuk kini semakin kukuh (Turner & Maryanski, 2012). Secara umumnya, budaya dapat kita tafsirkan sebagai gaya hidup seseorang atau sekumpulan masyarakat. Di universiti pelbagai usaha dilakukan bagi membina budaya ini, sebagai contoh pembentukan budaya ilmu dikalangan warganya. Penganjuran program ilmiah yang berterusan, perkongsian ilmu dari para akademik mahupun rakan strategik serta para cendikiawan dari serata dunia. Sebagai contoh di UTM, penganjuran program Inagural Lecture Series, CEOs Talk dan Saturday Night Lecture Series. Ibnu Khaldun dalam karya agungnya iaitu Al-Mukadimah menyebut,”Suasana persekitaraan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap watak dan tabiat manusia”. Ciri ciri staf UTM telah digariskan didalam panduan yang termaktub didalam perancangan Pelan Global UTM (PGU). Perjumpaan bulanan bersama Datuk Naib Canselor (PBNC) pada setiap bulan sentiasa menekankan aspek ini. Merujuk kepada (Office of Strategy Management, 2021) Semua warga UTM berpegang kepada 4 nilai teras utama iaitu ISES seperti berikut:

Integriti: Integriti memerlukan pematuhan kepada nilai-nilai moral dan prinsip etika yang kukuh. Sifat terpuji ini mesti dihayati dalam hati dan jiwa dan dimanifestasikan melalui kesetiaan, peribadi, tingkah laku, perbuatan dan tindakan secara hikmah dan amanah. Sinergi: Sinergi menanamkan semangat berpasukan, kebersamaan, keterangkuman, keserakanan, kepercayaan, hormat-menghormati, keluhuran budi dan kerjasama. Ia juga menyuburkan sifat tidak mementingkan diri sendiri, timbul dari rasa keprihatinan terhadap orang lain mengatasi kepentingan sendiri, di samping menghargai kepelbagaian dan perbezaan. Kecemerlangan (Excellence): Kecemerlangan merujuk pencapaian dan penyampaian tinggi yang akan menghasilkan kejayaan gemilang dalam semua aspek merangkumi pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, inovasi, pengkomersialan dan penyediaan perkhidmatan. Kelestarian (Sustainability): Kelestarian terhasil melalui pemacuan secara holistik oleh komuniti kampus dalam mengintegrasi dan mengimbangi bidang ekonomi, sosial dan alam sekitar untuk memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keupayaan sedia ada dan berkekalan.

Sebagai sebuah institusi yang mendokong dan menyokong inisiatif pembudayaan ilmu di peringkat universiti pihak Perpustakaan UTM telah merancang untuk mengungguli program Budaya Ilmu ini yang dinamakan sebagai Program Book Sharing@UTMKL di peringkat universiti.

Page 3: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

LATAR BELAKANG Merujuk Kajian Budaya Membaca Perpustakaan Negara Malaysia (2014) mendapati rakyat Malaysia secara puratanya membaca 15 buah buku setahun. Sebanyak 12% rakyat Malaysia membaca 20 buah buku setahun atau lebih. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan untuk melaksanakan kempen Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030 yang bertujuan mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara berbudaya membaca dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai bangsa berilmu bertaraf dunia. Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam telah mengambil inisiatif dan menyokong aspirasi ini, maka Program Read@Uni telah diperkenalkan dan dilaksanakan melalui perpustakaan di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta. Objektif ini adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca di kalangan mahasiswa, pensyarah dan warga institusi. Slogan "With Knowledge We Lead" dan bertemakan #MalaysiaMembaca diyakini akan dapat menyemarakkan lagi pembacaan di kalangan kumpulan sasaran. Menurut mantan Menteri KPT Dr. Maszlee pula, Universiti Awam dan Swasta masing-masing perlu menjadi agen penggerak bagi menyemarakkan lagi kempen membaca di institusi masing-masing. "Banyakkan program bedah buku, bual bicara tentang karya-karya besar, wacana dan debat tentang pemikiran-pemikiran yang tinggi," katanya. DNA Keunggulan Terbilang UTM Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pencetus dan pendorong utama bagi penganjuran program ini merupakan Datuk Naib Canselor pada ketika itu, iaitu Yg. Bhg. Datuk Wahid Omar sendiri yang mahukan warga UTM yang berilmu dan berpengetahuan serta memiliki 9 DNA UTM seperti dibawah ("UTM Institutional DNA," 2021):

1. Matlamat yang jelas - Sebuah organisasi dengan visi yang jelas, didorong oleh pemahaman dan nilai bersama dalam hal kewajiban kita untuk kebaikan manusia sesuai dengan kehendak-Nya.

2. Berstrategi - Merancang, merumuskan, melaksanakan dan memantau strategi untuk mencapai hasil yang diinginkan dengan cara yang bermakna dan signifikan.

3. Budaya Kerja Berprestasi Tinggi - Memastikan kualiti dan kecemerlangan dalam memberikan hasil yang tinggi dan hasil yang berkesan dalam jangka masa yang berkesan Mengukur kemajuan kami secara berterusan melalui langkah-langkah prestasi yang bertentangan dengan yang terbaik.

4. Akademia Baru – Faktor kejayaan kritikal yang menjadikan UTM unik dalam merealisasikan matlamatnya sebagai universiti penyelidikan keusahawanan melalui model bersepadu inisiatif berasaskan nilai dan sumbangan berimpak tinggi di luar paradigma konvensional.

5. Global - Terlibat dan bersinergi dengan rakan global dalam bidang yang saling berkepentingan ke arah kerjasama yang berkesan yang akan menandakan kehadiran kita di persada global.

6. Unggul - Ciri-ciri yang membezakan dan membezakan UTM dari institusi pengajian tinggi lain, menjadikannya unik dan luar biasa dari segi pemikiran, sistem nilai dan budaya kerja.

7. Lean, efisien, Integriti - Beroperasi dan berfungsi dengan minimum serta kos optimum melalui pengurusan sumber dan kewangan yang cekap dan berkesan. Selaraskan dan integrasikan strategi jangka panjang secara berterusan dengan sasaran peningkatan dari hari ke hari.

8. Konsultatif dan Inklusif - Menyedari perbezaan dan menghargai kepelbagaian sebagai sumber kekuatan, sambil mengakui sumbangan dan bekerja secara bersinergi dalam semua pengambilan keputusan ke arah nilai dan tujuan bersama.

9. Gaya Hidup sihat, Bahagia dan Lestari - Persekitaran kerja yang kondusif ke arah gaya hidup sihat, lestari dan damai.

Page 4: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Merangka Strategi Penganjuran Program Perbincangan bersama Pusat Tangungjawab (PTJ) yang terlibat di UTM telah dilaksanakan bagi mencari idea dan cadangan untuk membina budaya membaca dan cintakan ilmu di kalangan warga universiti. Cadangan untuk menganjurkan program perkongsian buku dikalangan warga universiti terutamanya staf pengurusan, profesional dan pelaksana (PPP) di kampus UTMKL telah dirancang dan disusun strateginya. Penganjuran program membaca ini merupakan inisiatif Pepustakaan UTM bersinergi bersama Pejabat Hal Ehwal Korporat (HEK), Bahagian Pendaftar dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS) kampus UTM Kuala Lumpur. Jika di sekolah program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan program yang diperkenalkan pada tahun 1998 oleh Kementerian Pelajaran dengan matlamat untuk membina tabiat membaca dikalangan murid-murid sekolah. Rentetan itu, cadangan untuk menganjurkan program perkongsian dikalangan warga universiti terutamanya staf pengurusan, professional dan pelaksana (PPP) di kampus UTMKL telah dirancang dan dijenamakan sebagai Program Book Sharing@UTMKL. PROGRAM BOOKSHARING@UTMKL Perpustakaan UTM di dalam menyusun perancangan bagi merancakkan aktiviti memenuhi keperluan Malaysia Membaca ini, telah mengambil peluang untuk menganjurkan program pembudayaan ilmu dan membaca di peringkat UTM. Program ini dilaksanakan di semua kampus UTM, Program Book Sharing @UTM KL telah dilaksanakan di Kampus UTM Kuala Lumpur. Manakala, di kampus UTM Johor Bharu dan Pagoh menggunakan tema Read and Relax (R&R). Konsepnya adalah sama dimana penyampai adalah dalam kalangan staf telah diberi peluang dan ruang untuk berkongsi buku pilihan masing-masing. Program Book Sharing@UTMKL ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Datuk Naib Canselor pada ketika itu iaitu Datuk Wahid Omar pada 7 November 2018. Ini merupakan program yang julung julung kali diadakan di kampus UTMKL secara bersinergi diantara jabatan di UTM Kuala Lumpur. Menjadikan salah satu kekuatan UTM Kuala Lumpur yang mempunyai kampus yang kecil berbanding kampus di Johor Bharu, maka usaha untuk bersinergi antara jabatan adalah lebih mudah. Pada awalnya Program ini dijenamakan sebagai Program Book Review@UTMKL walaubagaimanapun telah ditukar kepada Program Book Sharing@UTMKL di atas saranan Yg. Bhg. Datuk Naib Canselor. Penjenamaan semula disarankan berlandaskan nama program yang lebih bersifat umum dan keterlibatan warga UTM secara menyeluruh. Perpustakaan merupakan penganjur utama program, manakala Pejabat Hal Ehwal Korporat merupakan PTJ yang bertanggungjawab di dalam promosi dan penjenamaan program. Bahagian Pendaftar pula bertanggungjawab dalam menguruskan senarai staf sebagai penyampai dan pendaftaran bagi Pembangunan Profesional Berterusan atau Continuous Professional Development (CPD). CPD ialah dimana penyertaan bagi setiap program yang terlibat akan diberi mata sebagai komitmen staf yang turut serta dan pemarkahan point ini akan dihitung bersama peratusan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pada akhir tahun nanti. Selain itu, rakan sinergi lain yang telibat ialah Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS) yang merupakan salah sebuah persatuan di UTM yang ahli-ahlinya terdiri daripada Pegawai-pegawai Kumpulan A & B yang menyokong program ini.

Page 5: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Jadual 1: Tugasan Rakan Sinergi bagi Program Book Sharing@UTM Kuala Lumpur

Perpustakaan UTM

Bahagian Pendaftar

Hal Ehwal Korporat (HEK)

1. Menyelaraskan program.

2. Emel jemputan kepada penyampai setelah mendapat nama yang dipersetujui dari Bahagian Pendaftar.

3. Follow- up penyampai untuk mendapatkan tajuk buku dan gambar penyampai.

4. Sediakan poster program untuk setiap siri.

5. Setup lokasi semasa program berlangsung.

6. Susun pengacara untuk setiap siri.

7. Sediakan penjaga masa dan Rapporteur untuk laporan program.

8. Rumusan dan gambar yang diperoleh setiap siri akan dimuat naik ke media sosial perpustakaan.

9. Gambar yang diterima juga akan disimpan di web Gallery Photo perpustakaan untuk tujuan repository.

10. Sediakan bulletin. 11. Kongsi pautan media

sosial kepada penyampai untuk makluman dan tanda terima kasih.

12. Emel e-sijil kepada penyampai.

1. Menyusun giliran penyampai.

2. Follow- up penyampai untuk persetujuan.

3. Memberi nama penyampai yang telah ditetapkan dan dipersetujuan Seminggu sebelum program kepada perpustakaan.

4. Mengurus serta menyediakan mata CPD semasa program berlangsung.

1. Menyebarluas luas program (memberi emel kepada semua staf UTMKL).

2. Menyediakan jurufoto semasa program berlangsung.

3. Menyediakan e-sijil kepada penyampai selepas program selesai.

Penganjuran Program Program ini diadakan secara berkala dan bersiri iaitu pada Hari Khamis setiap minggu. Ianya menjadi wadah kepada staf PPP untuk berkongsi ilmu pengetahuan kepada seluruh warga UTMKL dalam suasana santai. Setiap siri, 2 orang penyampai akan berkongsi buku pilihan masing-masing dan masa

Page 6: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

yang diperuntukkan untuk setiap penyampai lebih kurang 15 minit seorang. Objektif penganjuran program ini ialah untuk menyuburkan budaya membaca dalam kalangan warga UTMKL khususnya staf PPP, seterusnya program ini juga merupakan platform kepada staf PPP untuk berkongsi ilmu pengetahuan kepada seluruh warga UTMKL dalam suasana santai. Selain itu, program ini juga menyemarakkan lagi budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga UTMKL dan meningkatkan kemahiran pengucapan awam dalam kalangan staf PPP. Sehingga penulisan ini buat, iaitu bermula November 2018 sebanyak 77 sesi program telah dilaksanakan di peringkat UTMKL menjadikan sebanyak 151 buah judul buku telah diulas. Setiap sesi menampilkan 2 orang penyampai yang terdiri dari staf PPP dan akademik. Kaedah pemilihan penyampai dibuat berdasarkan persetujuan dari penyampai sendiri melalui penyusunan giliran dari Bahagian Pendaftar, pertemuan ringkas, emel, mesej atau panggilan telefon. Tatacara pengendalian program turut telah diwujudkan dan dipersetujui dalam kalangan jawatankuasa yang dibentuk.

Jadual 2 : Statistik Program Book Sharing@UTM Kuala Lumpur Jawatankuasa Book sharing terdiri daripada dua Jawatankuasa iaitu induk dan kecil. Bagi Jawatankuasa Induk dianggotai oleh wakil PTJ yang bersinergi serta berfungsi sebagai perancang strategik bagi perlaksanaan program, manakala Jawatankuasa kecil terdiri dari staf perpustakaan sendiri yang bertindak selaku pelaksana program. Kedua-dua jawatankuasa ini dilantik oleh Pro Naib Canselor Kampus UTM Kuala Lumpur.

Rajah 1: Jawatankuasa Induk Program Book Sharing@UTMKL

Tahun Bil. Sesi Bil . Penyampai dan Buku 2018

(bermula November) 7 13

2019 43 84

2020 20 40

2021

(sehingga April) 7 14

Jumlah 77 151

Pro Naib Canselor Kampus

UTM Kuala Lumpur.

Ketua Pentadbiran

UTM KL

Timbalan Ketua Pustakawan

Perpustakaan

UTM KL

Ketua Bahagian Pendaftar

UTM KL

Ketua Bahagian Hal Ehwal

Korporat (HEK) UTM KL

Page 7: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Satu garis panduan juga telah diadakan sebagai rujukan Jawatankuasa dan juga penyampai dalam melaksanakan tugasan mengikut fungsi dan peranan masing masing.

Jadual 3 : Garis Panduan Rujukan Jawatankuasa Program Book Sharing@UTM Kuala Lumpur

No.

Tugasan Pusat Tanggungjawab (PTJ)/ Rakan Sinergi

Tempoh Masa

1. Menyusun giliran penyampai

Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur

4 Bulan sebelum giliran (memberi tempoh masa kepada penyampai untuk bersedia).

2. Follow- up penyampai untuk persetujuan.

2 minggu sebelum giliran.

3. Memberi nama penyampai yang telah ditetapkan dan dipersetujuan

Seminggu sebelum program kepada perpustakaan.

4. Mengurus serta menyediakan mata CPD semasa program berlangsung.

3 hari sebelum program berlangsung.

5. Emel jemputan kepada penyampai setelah mendapat nama yang dipersetujui dari Bahagian Pendaftar.

Perpustakaan UTM Kuala lumpur

Perpustakaan

UTM Kuala lumpur

Seminggu sebelum program berlangsung.

6. Follow- up penyampai untuk mendapatkan tajuk buku dan gambar penyampai.

Seminggu sebelum program berlangsung.

7. Sediakan poster program untuk setiap siri.

4 hari sebelum program berlangsung.

8. Setup lokasi semasa program berlangsung.

2 jam sebelum program berlangsung.

9. Susun pengacara untuk setiap siri. Seminggu sebelum program berlangsung.

10. Sediakan penjaga masa dan Rapporteur untuk laporan program.

Tugas hakiki AJK yang telah dilantik.

11. Rumusan dan gambar yang diperoleh setiap siri akan dimuat naik ke media sosial perpustakaan.

Hari yang sama program berlangsung.

12. Gambar yang diterima juga akan disimpan di web Gallery Photo perpustakaan untuk tujuan repository.

Hari yang sama program berlangsung.

13. Sediakan bulletin. Selewat-lewatnya sehari selepas program berlangsung.

14. Kongsi pautan media sosial kepada penyampai untuk makluman dan tanda terima kasih.

Hari yang sama program berlangsung.

Page 8: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

15. Emel e-sijil kepada penyampai. Selewat-lewatnya sehari selepas program berlangsung.

16. Menyebarluas luas program (memberi emel kepada semua staf UTMKL).

Hal Ehwal Korporat (HEK)

UTM Kuala Lumpur

3 hari sebelum program berlangsung.

17. Menyediakan jurufoto semasa program berlangsung.

Tugas hakiki AJK yang telah dilantik.

18. Menyediakan e-sijil kepada penyampai selepas program selesai.

Selewat-lewatnya sehari selepas program berlangsung.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini melibatkan impak program tersebut terhadap tabiat membaca kepada staf yang terlibat serta kesan perlaksanaan program yang diadakan sepanjang tempoh pandemik menggunakan platform secara atas talian. Berikut adalah senarai objektif kajian:

1. Menilai masa yang diperuntukkan untuk membaca buku dari sebelum dan selepas program dilaksanakan.

2. Mengukur kekerapan dan bilangan membaca buku yang dibaca dari sebelum dan selepas program dilaksanakan.

3. Mengenalpasti kaedah pencarian buku untuk dibaca.

4. Mengenalpasti jumlah kehadiran penonton program yang dilaksanakan secara bersemuka dan secara atas talian.

KAEDAH KAJIAN Kajian Impak Penganjuran Program Terhadap Tabiat Membaca dan Budaya Ilmu dalam kalangan Staf UTM Kuala Lumpur telah dibuat pada tahun 2020 dengan menggunakan kaedah kuantitatif dimana soalan soal selidik disediakan bagi mendapatkan maklumat daripada responden. Walaubagaimanapun bagi menilai impak penganjuran program secara atas talian, semakan kepada statistik kehadiran program yang diadakan secara bersemuka dan secara atas talian turut dianalisa. Dari statistik ini, penilaian telah dibuat terhadap sambutan program yang diadakan secara berkala ini. Kaedah persampelan untuk mendapatkan responden adalah dengan menggunakan teori Jadual Krejcie & Morgan (1970). Pengiraan dibuat mengikut kehadiran perserta yang hadir sepanjang Program Book Sharing@UTMKL yang dijalankan pada tahun 2019. Soalan soal selidik telah dihantar kepada lebih 200 orang staf dan jumlah responden yang diterima adalah seramai 131 orang. Merujuk kepada jadual persampelan, jumlah ini cukup untuk dianalisa. Resposden ini terdiri daripada semua staf di UTM Kuala Lumpur yang hadir sebagai penonton dan ada juga yang pernah menjadi penyampai. Soalan Soal selidik disediakan dalam format google form serta disebarluas melalui aplikasi WhatsApp dan emel (Pautan: http://bit.ly/BRUTMKL2019 ). Tempoh 3 minggu diberikan untuk soalan dijawab oleh lebih kurang 200 responden di UTM Kuala Lumpur bermula 23 Disember 2019 sehingga 18 Januari 2020. Sebelum soalan soal selidik diberikan kepada responden, Pilot test telah dibuat kepada lebih kurang 20 orang responden bagi melihat validity kepada soalan sebelum soalan diedarkan. T-test digunakan untuk membolehkan soalan soal selidik diguna pakai untuk mendapatkan keberkesanan kajian. Disamping itu, dapatan untuk analisa perbandingan dan menilai impak program dibuat dengan menggunakan perisian SPSS.

Page 9: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Jadual 4: Jadual Persampelan Krejcie & Morgan (1970)

HASIL KAJIAN Sebanyak 131 responden telah memberi maklumbalas berkenaan soal selidik Kajian Impak Penganjuran Book Sharing@UTMKL Terhadap Tabiat Membaca dan Budaya Ilmu Dalam Kalangan Staf di UTM Kuala Lumpur. Berikut adalah hasil dapatan yang diterima daripada soal selidik tersebut. Ianya terbahagi kepada objektif kajian iaitu melibatkan penilaian kepada masa yang diperuntukkan untuk membaca buku dari sebelum dan selepas program dilaksanakan, mengukur kekerapan dan bilangan membaca buku yang dibaca dari sebelum dan selepas program dilaksanakan dan mengenalpasti kaedah pencarian buku untuk dibaca. Bagi mengenalpasti jumlah kehadiran penonton program yang dilaksanakan secara bersemuka dan secara atas talian, statistik kehadiran penonton telah digunakan. Impak Tabiat membaca dan budaya ilmu yang menghadiri Program Book Sharing@UTMKL

i. Masa yang diperuntukkan untuk membaca buku dalam seminggu.

Rajah 2: Masa yang diperuntukkan untuk membaca buku dalam seminggu

0

1

2

Sebelum Selepas

1 Jam

2 Jam

Masa yang diperuntukkan untuk membaca buku dalam seminggu

Page 10: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Jadual 5 : Masa yang diperuntukkan untuk membaca buku dalam seminggu dari sebelum dan selepas program

Paired Samples Statistics

Mean N Std. Deviation Std. Error Mean

Pair 1 C2A 3.32 131 1.185 .104

C2B 2.47 131 1.291 .113

Analisa mendapati terdapat peningkatan dari segi masa yang diperuntukkan untuk membaca buku daripada 1 jam kepada 2 Jam dalam masa seminggu selepas menghadiri ataupun mengikuti Program Book Sharing@UTMKL ini. Keyakinan diri yang meningkat selepas melihat perkongsian buku dibuat dan ada yang ingin mencuba untuk berkongsi telah membudayakan golongan ini untuk lebih seronok membaca.

ii. Kekerapan membaca buku sebulan.

Rajah 3: Kekerapan membaca buku dalam sebulan

Jadual 6 : Kekerapan membaca buku dalam sebulan dari sebelum dan selepas program

Paired Samples Statistics

Mean N Std. Deviation Std. Error Mean

Pair 1 C3A 2.94 131 1.195 .104

C3B 2.02 131 1.092 .095

Merujuk kepada Rajah 3, kekerapan yang diperuntukkan untuk membaca buku telah meningkat daripada 4 kali ke 6 kali dalam masa sebulan selepas menghadiri Program Book Sharing@UTMKL ini. Kesedaran membaca ini timbul apabila mereka mula maklum terdapat banyak bahan bacaan yang boleh diakses secara fizikal ataupun secara atas talian. Bahan mengikut subjek tertentu telah menarik minat mereka untuk mendapatkan bahan tersebut dan menyedari akan kepentingan ilmu itu sendiri.

0

5

10

SebelumSelepas

4 Kali 6 Kali

Kekerapan membaca buku sebulan

Page 11: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

iii. Bilangan buku bacaan sebulan.

Rajah 4 : Bilangan buku yang dibaca dalam sebulan

Jadual 7 : Bilangan buku yang dibaca dalam sebulan dari sebelum dan selepas program

Paired Samples Statistics

Mean N Std. Deviation Std. Error Mean

Pair 1 C4A 2.88 131 1.188 .104

C4B 2.02 131 1.138 .100

Peningkatan bilangan buku bacaan daripada 1 buku ke 2 buku sebulan setelah mengikuti ataupun menghadiri Program Book Sharing@UTMKL telah menunjukkan satu kesan positif kepada penganjuran program ini dalam membudayakan tabiat membaca di kalangan staf. Sekiranya program ini terus dikekalkan dan momentum staf kekal sebegini secara tidak langsung boleh meningkatkan kadar bilangan bahan yang dibaca setiap tahun sepertimana kajian yang telah dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

iv. Kaedah pencarian buku untuk dibaca Merujuk kepada Rajah 5, 32% daripada kaedah pencarian buku adalah mencari buku dalam koleksi sendiri dan berhasrat untuk menambah koleksi. 23% Bertanya kepada rakan untuk meminjam dan mula berkongsi buku, 22% mencari akses kepada bahan e-book, 12 % Sanggup membelanjakan wang untuk membeli buku dan 11% Pergi ke Perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan. Kebanyakan responden telah sedar akan kebaikan membaca, mereka mula mencari bahan bacaan untuk meningkatkan ilmu dalam bidang atau subjek yang digemari.

0

0.5

1

1.5

2

Sebelum Selepas

1 buah

2 buah

Bilangan buku bacaan sebulan

Page 12: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Rajah 5 : Kaedah pencarian buku untuk dibaca

Bermula pada Mac tahun 2020, dunia dikejutkan dengan kehadiran pandemik Covid 19. Era pandemik ini telah membawa cabaran kepada perlaksanaan Program Book Sharing@UTMKL. Program yang dahulunya di laksanakan secara bersemuka telah diubah platformnya. Inisiatif untuk adakan program secara atas talian telah dibuat bagi mengekalkan momentum program yang diadakan secara bersiri sebelum ini untuk diteruskan. CABARAN PROGRAM BOOK SHARING@UTMKL SECARA ATAS TALIAN

1. Rangkaian Internet/ Network Cabaran utama dalam melaksanakan program secara atas talian adalah kekangan jaringan internet. Kestabilan internet memainkan peranan dalam memastikan program yang akan dilaksanakan secara atas talian berjalan lancar. Penggunaan wifi pada mulanya menimbulkan risiko sekiranya jaringan terputus semasa program berlangsung. Jadi, cara yang terbaik adalah dengan menggunakan kabel internet. Penambahan port internet yang baru telah dikenalpasti bersesuaian dengan lokasi program yang dijalankan. Kerjasama daripada pihak UTM Digital dan Pejabat Harta Bina(PHB) UTM Kuala Lumpur telah membantu dalam memudahkan proses mendapatkan rangkaian internet yang terbaik.

2. Penggunaan Aplikasi Webex bertukar kepada Aplikasi Streamyard Program Book Sharing @UTMKL yang diadakan secara atas talian ini pada mulanya menggunakan aplikasi Webex untuk berlintas langsung ke Facebook (UTM Library Kuala Lumpur), walaubagaimanapun bagi meningkatkan kualiti penyiaran dan kelancaran program yang lebih kemas dan korporat, aplikasi Webex ditukarkan kepada StreamYard. StreamYard adalah studio lintas langsung dalam medium penyiaran. Ianya berfungsi untuk mengadakan temu ramah bersama tetamu, berkongsi skrin dan banyak lagi. Ianya juga boleh di lintas langsung terus ke Facebook, YouTube, LinkedIn, dan lain-lain platform yang bersesuaian. Justeru, disini staf memainkan peranan dalam mempelajari penggunaan aplikasi ini. Proses ini telah meningkatkan kompetensi latihan belajar secara kendiri samada melalui YouTube dan latihan dari Perpustakaan induk.

11%

22%

12%23%

32%

Kaedah pencarian buku untuk dibaca

Pergi ke Perpustakaan

Mencari akses kepadabahan e-book

Sanggup membelanjakanwang untuk membeli buku

Bertanya kepada rakanuntuk meminjam dan mulaberkongsi buku

Mencari buku dalam koleksisendiri dan berhasrat untukmenambah koleksi

Page 13: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

3. Kompetensi staf dalam aspek kemahiran teknikal Pasukan atau jawatankuasa yang terlibat dalam menguruskan Program Book Sharing@UTMKL secara atas talian ini adalah terdiri daripada staf di Unit Galeri dan Unit Promosi, ini kerana di Perpustakaan UTM Kuala Lumpur tidak mempunyai Unit Media Khas yang mempunyai kepakaran yang khusus dalam aspek teknikal ini. Oleh itu, kelebihan program ini yang bersinergi bersama pusat tanggungjawab yang lain seperti Hal Ehwal Korporat (HEK) banyak membantu dalam penggunaan kamera, video dan sebagainya. Secara tidak langsung proses sinergi ini membantu staf meningkatkan kompetensi secara pemerhatian di lapangan.

4. Penyelarasan program Program yang diadakan secara atas talian ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada pasukan untuk melaksanakan tugasan dibelakang tabir. Penyusunan program, sebelum semasa dan selepas diperincikan bagi membolehkan ahli jawatankuasa memahami tugas masing-masing dalam melaksanakan dan menjayakan program. Post Mortem dibuat setiap kali program dijalankan bagi membolehkan penambahbaikan dari masa ke semasa untuk memantapkan program dan memastikan program berjalan lancar.

IMPAK PENGANJURAN PROGRAM BOOK SHARING@UTMKL SECARA ATAS TALIAN

1. Jumlah kehadiran penonton

Rajah 6 : Jumlah kehadiran penonton mengikut tahun

Merujuk kepada Rajah 6 adalah merupakan jumlah kehadiran penonton mengikut tahun yang diadakan secara bersemuka dan secara atas talian. Tren menunjukkan peningkatan yang mendadak telah berlaku apabila program dilaksanakan secara atas talian dimana ianya telah dibuat dalam tempoh pandemik yang melanda iaitu pada tahun 2020 dan 2021. Ini menunjukkan, penerimaan penonton yang lebih meluas apabila program dibuat mengunakan platform atas talian.

0

500

1000

1500

2000

2500

2018(Bersemuka)

2019(Bersemuka)

2020(Atas talian)

2021 (Atas talian)

563

12151620

2425

Jumlah kehadiran penonton mengikut tahun secara bersemuka dan atas talian mengikut tahun

Page 14: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

2. Komen membina dari penonton Kebanyakkan komen positif yang diterima semasa program dilaksanakan secara langsung telah menunjukkan sokongan penonton kepada program ini. Ianya memberi semangat kepada staf untuk meneruskan dan menambahbaik program yang berkala ini secara atas talian.

3. Penyertaan program Program yang dijalankan secara bersemuka sebelum ini hanya dihadiri oleh komuniti di UTM Kuala Lumpur sahaja. Apabila ianya dilaksanakan secara atas talian, ianya menjadi lebih meluas dimana bukan sahaja staf di UTM Johor Bharu dapat menonton malahan komuniti luar juga berpeluang untuk turut serta. Keterlibatan agensi-agensi luar seperti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ini memberi persepsi yang positif kepada penjenamaan Program Book Sharing@UTMKL ini.

4. Pemantapan hubungan bersama rakan sinergi

Program Book Sharing@UTMKL yang dilaksanakan secara atas talian ini telah membuka peluang kerjasama dengan rakan strategi yang lain. Kepercayaan mereka dalam melihat komitmen dan kesungguhan melaksanakan program ini serta sambutan dan sokongan yang diterima telah menyakinkan agensi luar ini untuk bekerjasama dalam mengadakan program pembudayaan ilmu dan sudi untuk memberi tajaan seperti ruang untuk dipromosikan serta menjalinkan memorandum persefahaman dalam melaksanakan aktiviti bersama. Sebagai contoh, Persatuan Alumni UTM telah bersetuju untuk menaja Display Book Corner dan pihak Pusat Pungutuan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) juga berbesar hati untuk menaja ruang bagi menempatkan bahan bacaan mereka, manakala satu Memorandum Persefahaman (MoU) juga telah dimeterai bersama komuniti Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) Kampung Bharu untuk mengukuhkan lagi kerjasama bersama perpustakaan.

RUMUSAN Kesimpulannya, penganjuran Program Book Sharing@UTMKL ini telah dan akan terus memberi impak positif terhadap tabiat membaca dan budaya ilmu di kalangan staf UTM Kuala Lumpur. Faktor utama yang menyumbang adalah sokongan dari pihak pengurusan tertinggi UTM iaitu Naib Canselor sendiri dalam usaha untuk menjadikan warga universiti yang berilmu pengetahuan melalui pembacaan. Selain itu, sokongan berterusan dari staf pengurusan, profesional dan pelaksana (PPP) dan staf akademik dari segi sokongan moral dan penyertaan sebagai peserta dan penyampai membolehkan

Page 15: Penganjuran Program Book Sharing@UTMKL Dikala Pandemik …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

program ini diteruskan dan dibuat secara berkala bagi mewujudkan budaya membaca dikalangan staf itu terlaksana.

Program Book Sharing@UTMKL memberi impak yang sangat positif dan akan diteruskan menggunakan kaedah yang lebih menarik dan interaktif selepas ini. Perancangan strategik dalam mengekalkan program ini untuk terus kekal lestari akan disusun. Sebagai salah satu Signature Program bagi kampus UTMKL, Perpustakaan UTM telah membuktikan bahawa peranan dan kewujudan Perpustakaan dan Pustakawan adalah sangat relevan dan bersesuaian sebagai penggerak ke arah Budaya Ilmu di sesebuah institusi. Komitmen dan penganjuran program secara konsisten ini merupakan kata kunci bagi kelestarian program ini untuk terus berdaya saing mengikut peredaran dan keperluan semasa. RUJUKAN Erdem, A. (2015). A Research on Reading Habits of University Students: (Sample of Ankara University

and Erciyes University). Procedia - Social and Behavioral Sciences, 174, 3983-3990. 5 Hasan, H. (2018). Rakyat Malaysia baca 15 buku setahun: makin cerdik atau tidak? Retrieved from

https://mukasurat.my/www/my-app/rakyat-malaysia-baca-15-buku-setahun-makin-cerdik-atau-tidak/

Locher, F., & Pfost, M. (2020). The relation between time spent reading and reading comprehension throughout the life course. Journal of Research in Reading, 43(1), 57-77.

Office of Strategy Management, U. (2021). UTM Core Values. Retrieved from https://www.utm.my/about/vision-mission/

Shahriza Abdul Karim, N., & Hasan, A. (2007). Reading habits and attitude in the digital age. The Electronic Library, 25(3), 285-298.

Tanjung, F. Z., Ridwan, R., & Gultom, U. A. (2017). Reading Habits in Digital Era: A Research on the Students in Borneo University. Language and Language Teaching Journal, 20(02), 147-157.

Turner, J. H., & Maryanski, A. (2012). The Biology and Neurology of Group Processes. In Biosociology and Neurosociology (pp. 1-37).

UTM Institutional DNA. (2021). Retrieved from https://corporateaffairs.utm.my/corporatepublication/utm-institutional-dna/