panduan pendaftaran...bahagian b pengurusan pendaftaran pelajar semasa pandemik covid-19 6 1....

29
1 PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU SESI DISEMBER 2020 TARIKH PENDAFTARAN ISNIN 1 MAC 2021 UNIT HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU NO 64, JALAN SURIA 19, TAMAN PUTERA 81100 JOHOR BAHRU JOHOR 07-335 8851/ 52

Upload: others

Post on 09-Feb-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU)

    POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

    SESI DISEMBER 2020

    TARIKH PENDAFTARAN

    ISNIN

    1 MAC 2021

    UNIT HAL EHWAL PELAJAR

    POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

    NO 64, JALAN SURIA 19,

    TAMAN PUTERA

    81100 JOHOR BAHRU

    JOHOR 07-335 8851/ 52

  • 2

    Penafian:

    Ini adalah untuk kegunaan pelajar, ibubapa dan penjaga yang akan mendaftar

    di Politeknik METrO Johor Bahru bagi sesi Disember 2020.

    Maklumat yang dinyatakan di dalam buku panduan ini adalah tepat sehingga

    pada tarikh buku ini dikeluarkan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui

    laman sesawang www.pmjb.edu.my dan laman sosial Facebook rasmi Politeknik

    METrO Johor Bahru (https://www.facebook.com/PoliteknikMETrOJohorBahru )

    Disusun oleh:

    Penaung

    Hj. Azirin Bin Abd Aziz (Pengarah)

    Penasihat 1

    Pn. Nurlinda Binti Abdullah (Timbalan Pengarah)

    Penasihat 2

    Pn. Noraina binti Wahid (Ketua Unit HEP)

    Ketua Editor

    Pn. Nur Shazwani binti Sadzali (Pegawai Pengambilan & Promosi)

    Editor

    Pn. Zilhaya Binti Mokdeh (Ketua Jabatan Sokongan Akademik)

    Pn. Erlia binti Nasir (Pegawai Pengambilan & Data)

    Pn. Nurzarimah binti Jamil (Pegawai Pembangunan Pelajar)

    http://www.pmjb.edu.my/https://www.facebook.com/PoliteknikMETrOJohorBahru

  • 3

    ISI KANDUNGAN

    BIL PERKARA MUKA

    SURAT

    1 Selamat Datang ke PMJB 4

    2 Arahan 5

    3 Peringatan Penting 6

    4 Maklumat Am Institusi 7-8

    5 Maklumat Sebelum Pendaftaran 9-10

    6 Maklumat Hari Pendaftaran 11

    7 Proses Pendaftaran 12- 13

    8 Bayaran Yuran 14- 19

    9 Sahsiah dan Rupa Diri 20- 22

    10 Lain- lain Maklumat dan Peringatan 23

    11 Lampiran 1: Borang Deklarasi Kesihatan 24

    12 Senarai Semak 25- 26

    13 Pengurusan Pendaftaran Pelajar Baharu Semasa

    Pandemik Covid 19

    27- 28

  • 4

    SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU KE

    POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

    Tahniah dan syabas atas kejayaan dipilih untuk melanjutkan pengajian di Politeknik

    METrO Johor Bahru (PMJB). Salah sebuah institusi pendidikan teknikal dan

    vokasional Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.

    Sebagai persediaan proses Pendaftaran Pelajar Baharu, semua calon pelajar

    adalah dinasihatkan untuk membaca dengan teliti PANDUAN PENDAFTARAN

    PELAJAR BAHARU ini. Ia bertujuan memastikan pelajar dan ibu bapa dapat

    membuat persediaan awal sebelum pendaftaran serta memastikan proses

    pendaftaran pelajar dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

  • 5

    ARAHAN

    Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini, fahamkan

    dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera.

    Buku ini terdiri daripada 2 (DUA) bahagian utama.

    BAHAGIAN A

    Peringatan Penting

    Maklumat Am Politeknik METrO Johor Bahru

    Maklumat Sebelum Pendaftaran

    Maklumat Hari Pendaftaran

    Proses Pendaftaran

    Bayaran Yuran

    Sahsiah dan Rupa Diri

    Lampiran dan Senarai Semak

    Bahagian B

    Pengurusan Pendaftaran Pelajar Semasa Pandemik COVID-19

  • 6

    1. Maklumat anda akan disemak secara terperinci pada hari

    pendaftaran. Anda dinasihatkan tidak datang mendaftar jika:

    i. memberi maklumat salah atau palsu semasa permohonan berkaitan dengan: Kewarganegaraan Keputusan Peperiksaan SPM atau Keputusan Peperiksaan

    Semester Akhir

    ii. anda seorang penagih, pengedar atau terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah.

    2. Jika anda terlibat dengan perkara (i) dan (ii), tindakan menarik balik atau pembatalan tawaran kemasukan ke Politeknik akan dilakukan.

    3. Pelajar yang mendapat tawaran program yang disenaraikan di

    bawah ini, dikehendaki memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik dengan SEGERA sekiranya didapati Buta Warna setelah membuat Pemeriksaan Doktor.

    i. Diploma Seni Bina ii. Diploma Senibina Kapal iii. Diploma Kejuruteraan Elektrik iv. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik v. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) vi. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) vii. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) viii. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) ix. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik) x. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau) xi. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi xii. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga) xiii. Diploma Kejuruteraan Mekatronik xiv.Diploma Kejuruteraan Perkapalan xv. Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat xvi.Diploma Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian xvii. Diploma Rekabentuk Grafik xviii. Diploma Teknologi Media Cetak xix. Diploma Rekabentuk Industri

    *Syarat bagi program ini adalah calon tidak buta warna.

    4. Pelajar di kehendaki mencetak surat tawaran terkini di laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my untuk simpanan sendiri.

    PERINGATAN PENTING

    BAHAGIAN A

    http://ambilan.mypolycc.edu.my/http://ambilan.mypolycc.edu.my/

  • 7

    PENGENALAN

    1. LATAR BELAKANG POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

    Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) mula beroperasi pada 1 April 2011 dan

    merupakan salah sebuah dari 36 buah politeknik di seluruh negara. Sebagai

    menyokong visi Politeknik Malaysia, untuk mejadi peneraju institusi TVET yang

    unggul, PMJB perlu diurus secara cekap dan sistematik. Dengan itu, PMJB

    mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan MS ISO 9001: 2015.

    Selain itu, juga PMJB merupakan satu- satunya politeknik di Malaysia yang

    mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS 1900: 2014. Ini bagi

    memastikan semua pengurusan dan pelaksanaan aktiviti di dalam kampus adalah

    selaras dengan tuntutan syariah.

    PMJB sangat komited membangunkan modal insan inovatif dari kalangan

    pelajarnya sebagai menyokong sasaran ekonomi Iskandar Malaysia.

    Tahun 2021 juga memberikan signifikan yang besar kepada seluruh warganya

    kerana bakal meraikan 10 tahun penubuhannya.

    2. KURSUS YANG DITAWARKAN

    Politeknik METrO Johor Bahru menawarkan 3 program seperti berikut:

    a) Diploma Perbankan dan Kewangan Islam

    Diploma in Islamic Banking & Finance (DIB)

    b) Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan

    Diploma in Logistics and Supply Chain Management (DLS)

    c) Diploma Keusahawanan

    Diploma in Entrepreneurship (DEN)

    MAKLUMAT AM INSTITUSI

  • 8

    3. LOKASI POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU (PMJB)

    Kampus PMJB berada di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru dan terletak di

    Taman Putra bersebelahan Pasaraya Giant Southern City, Johor Bahru. Alamat

    PMJB ialah:

    POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

    NO. 64 JALAN SURIA 19,

    TAMAN PUTERA,

    81100 JOHOR BAHRU,

    JOHOR

    07- 335 8851/52

    Koordinat

    Latitude: 1. 50487

    Longitud: 103. 76012

  • 9

    1. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

    Semakan dokumen asal akan dilakukan pada hari pendaftaran. Bawa

    semua dokumen asal yang telah dikehendaki oleh PMJB pada hari tersebut.

    Pendaftaran anda akan ditolak sekiranya anda gagal menunjukkan

    dokumen-dokumen tersebut.

    Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru juga berhak menarik balik tawaran

    belajar sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen

    asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke

    Politeknik.

    Lengkapkan semua borang (BHEP1, BHEP2, BHEP3, BHEP4, BHEP5, dan BHEP6)

    sebelum diserahkan pada hari pendaftaran. (Borang- borang berkenaan

    telah diberikan bersama- sama Borang Setuju Terima)

    Sila lakukan pemeriksaan doktor menggunakan borang Laporan

    Pemeriksaan Doktor (BHEP2). Pemeriksaan doktor boleh dilakukan di hospital

    kerajaan atau klinik swasta.

    Setiap pelajar WAJIB membuka akaun bank atas nama pelajar sendiri. Bagi

    pelajar yang ingin memohon pinjaman melalui Perbadanan Tabung

    Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sila buka akaun Bank Islam (BIMB) untuk

    proses permohonan tersebut. Bagi pelajar yang ingin menggunakan

    kemudahan pinjaman lain, pelajar boleh membuka akaun menggunakan

    lain- lain bank.

    2. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

    1. Politeknik METrO Johor Bahru TIDAK MENAWARKAN KEMUDAHAN ASRAMA

    kepada semua pelajar.

    2. Bagi pelajar yang memerlukan kemudahan tempat tinggal, Politeknik METrO

    Johor Bahru hanya menyediakan senarai rumah atau bilik sewa. Pelajar

    boleh menyemak senarai pengusaha rumah sewa di laman web

    www.pmjb.edu.my. Sebarang urusan berkaitan tempat tinggal akan

    diuruskan sendiri oleh pelajar bersama pemilik rumah sewa.

    MAKLUMAT AM (SEBELUM PENDAFTARAN)

  • 10

    3. BANTUAN KEWANGAN

    Bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan biasiswa/pinjaman pendidikan,

    pelajar diminta menyediakan keperluan-keperluan berikut:

    PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

    1) Pelajar perlu memohon PTPTN sendiri dengan melayari laman sesawang PTPTN

    di http://www.ptptn.gov.my

    2) Rujuk panduan pendaftaran yang disediakan oleh pihak PTPTN.

    3) Membuka Akaun Bank Islam

    4) Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:

    Kad pengenalan pelajar

    Kad pengenalan ibubapa

    Surat tawaran kemasukan ke politeknik

    Slip/ Sijil keputusan peperiksaan SPM

    Sijil politeknik atau transkrip & sijil keputusan peperiksaan SPM bagi pelajar

    lulusan politeknik

    Penyata pendapatan @ slip gaji ibu/ bapa/ penjaga terkini

    Sijil kematian ibu/ bapa atau surat sumpah (jika ibu/bapa tidak dapat

    dikesan) sekiranya berkaitan sahaja.

    Maklumat akaun Bank Islam yang mana mengandungi nama, nombor

    akaun serta no. kad pengenalan pelajar (Salinan Pengesahan Akaun Bank

    Islam Malaysia Berhad)

    Surat Akuan / Pengesahan ibubapa penerima bantuan Baitulmal atau

    Jabatan Kebajikan Masyarakat

    Perhatian: Kesemua dokumen yang dinyatakan di atas HENDAKLAH DISAHKAN

    oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A @ Ketua Kampung @ Penghulu yang

    dilantik oleh kerajaan. Semua salinan dokumen-dokumen terbabit hendaklah

    dibawa ke politeknik.

    PINJAMAN LAIN

    1) Pelajar boleh memohon pinjaman/ biasiswa/ dermasiswa dari mana-mana

    institusi dan perlu membuat permohonan sendiri ke institusi tersebut.

    2) Pelajar boleh berhubung dengan pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PMJB

    untuk mendapatkan Surat Akuan Pelajar selepas selesai proses pendaftaran.

    http://www.ptptn.gov.my/

  • 11

    TARIKH

    1 MAC 2021 (ISNIN)

    MASA

    8.30 pagi – 4.30 petang

    (Mohon rujuk tentatif untuk maklumat penuh)

    TEMPAT

    POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

    No 64, Jalan Suria 19,

    Taman Putra,81100 Johor Bahru,

    Johor

    TENTATIF

    8.30 pagi - 11.30 pagi

    Pendaftaran pelajar dan semakan dokumen bersama

    pegawai HEP

    11.30 pagi- 12.30 tengahari

    (a) Taklimat ibu bapa bersama pengurusan PMJB

    (seorang sahaja dibenarkan samada ibu atau bapa)

    di BK 4-6

    (b) Taklimat pelajar bersama Penasihat Akademik di

    bilik- bilik kuliah

    2.00 petang- 4.30 petang

    (a) Perjumpaan pelajar bersama pensyarah program

    (b) Taklimat CIDOS bersama pegawai e- Learning

    4.30 petang

    Bersurai

    Urusan rumah sewa

    MINGGU SUAI

    KENAL (MSK)

    2-4 MAC 2021

    MSK dijalankan secara atas talian

    tentatif yang diberikan

    Pelajar WAJIB menyertai MSK berkenaan

    MAKLUMAT HARI PENDAFTARAN

  • 12

    PROSES SEBELUM HARI PENDAFTARAN

    Selesai

    PROSES PENDAFTARAN

    Mula

    1) Laksanakan kuarantin kendiri selama 10 hari sebelum hari pendaftaran

    2) Membuat bayaran yuran (patuhi SOP sekiranya perlu berurusan di bank)

    (Rujuk Jadual dan Kaedah Bayaran di m/s 14-19)

    Lapor diri di Politeknik pada Hari Pendaftaran dengan membawa:

    1. Borang Jawapan Tawaran (BJT – JPP)

    2. Borang HEP 1- HEP 6

    3. Resit Bayaran Yuran

    4. Gambar berukuran passport (3 Keping)

    5. Dokumen asal kad pengenalan dan slip peperiksaan

    6. Salinan penyata buku akaun bank pelajar yang disahkan

    oleh pegawai bank

    7. Borang Deklarasi Kesihatan

    1) Lengkapkan Borang HEP 1-6

    2) Lengkapkan Borang Deklarasi Kesihatan

  • 13

    4. TEC 4

    Mengambil Gambar Kad Pelajar

    5. Mengambil barang koperasi

    6. Taklimat

    Ibu bapa (seorang sahaja) – BK 4-6

    Pelajar (MK 2, MK 3, TEC 1 & TEC 2

    7. Urusan rumah sewa

    PROSES SEMASA HARI PENDAFTARAN

    2. Makmal 2 (MK 2)

    Membuat Pendaftaran online di sistem SPMP

    1. Kaunter Pengawal Keselamatan

    Melakukan saringan kesihatan dengan:

    1. Serahan Borang Deklarasi Kesihatan kepada

    pegawai bertugas (lampiran 1)

    2. Ambil suhu

    3. Scan aplikasi MySejahtera

    3. TEC 1 & TEC 2

    Pengesahan dan serahan dokumen berikutL:

    1. Borang Jawapan Tawaran (BJT – JPP)

    2. Borang HEP 1- HEP 6

    3. Resit Bayaran Yuran

    4. Gambar berukuran passport (3 Keping)

    5. Dokumen asal kad pengenalan dan slip peperiksaan

    6. Salinan penyata buku akaun bank pelajar yang disahkan

    oleh pegawai bank ** sila bawa bersama dokmen asal

    TAMAT

  • 14

    1. MAKLUMAT AM

    Terdapat DUA (2) jenis bayaran yang perlu dijelaskan di Bank Islam Malaysia

    Berhad (BIMB) oleh pelajar baru.

    Bayaran yuran pengajian RM200.00 & bayaran Barangan Keperluan Minggu

    Suai Kenal RM300 boleh dijelaskan di mana-mana cawangan BIMB yang

    berdekatan dengan tempat kediaman pelajar

    Nota: Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara berasingan. Patuhi arahan ketika membuat pembayaran Yuran Pengajian Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang

    berlaku dalam proses pembayaran yuran. Pelajar dikehendaki menjelaskan semua bayaran di BIMB terlebih dahulu

    sebelum lapor diri di Politeknik.

    Setiap resit bayaran yuran hendaklah dibuat salinan dan disimpan sebagai

    bukti pembayaran.

    BIL JENIS

    BAYARAN

    JUMLAH

    (RM) KAEDAH

    BAYARAN

    1

    Yuran Pengajian

    200.00 Bayar melalui Perbankan Internet / Mesin ATM / Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB atas nama POLITEKNIK KPT

    2

    Bayaran

    Barangan

    Keperluan

    Minggu Suai

    Kenal

    300.00

    *Jumlah bayaran berbeza mengikut ketetapan

    politeknik yang ditawarkan.

    Bayar kepada:

    KOPERASI POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU BERHAD

    No akaun bank: 01014010055410 (BIMB)

    3

    Segala perbelanjaan pemeriksaan doktor ditanggung oleh pihak pelajar.

    BAYARAN YURAN

  • 15

    2. KAEDAH BAYARAN YURAN PENGAJIAN (RM 200)

    KAEDAH MENGGUNAKAN MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BIMB

    1) Pilih menu YURAN IPT. 4) Amaun akan dipaparkan mengikut jenis

    Bayaran

    Gambarajah 1 Gambarajah 4

    2) Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar. 5) Sahkan jumlah kemasukan wang

    6) Transaksi selesai dan ambil resit

    Gambarajah 2

    3) Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran Pengajian (RM 200).

    Pilih 01000251 RM 200

    Gambarajah 3

  • 16

    KAEDAH MENGGUNAKAN MESIN ATM BIMB

    1. Pilih menu LAIN-LAIN.

    5. Masukkan No Kad Pengenalan pelajar.

    Gambarajah 6

    Gambarajah 10

    2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT.

    6. Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran

    Pengajian RM200.

    Gambarajah 7

    Gambarajah 11

    3. Pilih menu YURAN IPT.

    7. Amaun akan dipaparkan mengikut jenis bayaran.

    Gambarajah 8

    Gambarajah 12

    4. Pilih Akaun Pembayar (akaun yang akan

    didebit).

    8. Sahkan jumlah kemasukan wang.

    9. Transaksi selesai dan ambil Resit.

  • 17

    Yuran Pengajian RM 200

    KAEDAH MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET

    1. Layari www.bankislam.biz. Masukkan “USER ID” dan kata laluan.

    2. Pilih “Bill Presentment”.

    Gambarajah 13

    3. Pilih New Ic Number. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar pada ruang Kad Pengenalan dan klik “Submit”.

    Gambarajah 14

    4. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay”. Klik menu Politeknik KPT untuk bayaran Yuran Pengajian RM200.00.

    Gambarajah 15

    5. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “From account” yang hendak

    didebitkan. Sahkan jumlah amaun dan klik “pay”.

    Klik “Bill Presentment”

    i. Pilih “New IC”.

    ii. Masukkan No. Kad Pengenalan.

    iii. Klik “Submit”.

    http://www.bankislam.biz/

  • 18

    Cash Deposit Machine (CDM) BIMB

    masukkan no akaun Koperasi PMJB

    Auto Teller Machine (ATM) BIMB

    pilih pindahan wang

    Perbankan internet

    antara BIMB & BIMB

    pilih pindahan wang

    Perbankan internet interbank BIMB & bukan

    BIMB

    pilih pindahan wang antara bank/ interbank

    Kaunter BIMB

    isi Slip Pembayaran

    6. Klik Request i-access code untuk dapatkan nombor kod transaksi melalui sms. Masukkan no i-access code. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran.

    7. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Tekan “print” setelah transaksi berjaya sebagai bukti bayaran.

    3. KAEDAH BAYARAN BARANGAN KEPERLUAN MINGGU SUAI KENAL (RM 300)

    Pelajar boleh memilih salah satu dari kaedah di bawah:

    Jumlah bayaran

    POLI – RM200 POLI – RM630

    Masukkan jumlah mengikut jenis bayaran

  • 19

    Pelajar perlu memasukkan/ menulis no akaun Koperasi PMJB

    Sila simpan resit sebagai bukti apabila transaksi telah selesai.

  • 20

    RUPADIRI PELAJAR

    Semua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia tertakluk kepada

    Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Pindaan 1997 (Akta 174) dan

    semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah

    sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan.

    Semua jenis pakaian yang “mencolok mata” dan tidak menepati peraturan

    Politeknik adalah dilarang sama sekali.

    SEMASA HARI PENDAFTARAN

    Lelaki Keterangan

    Baju/ Tali Leher

    Kemeja lengan panjang dan bertali leher.

    Seluar/ Tali Pinggang

    Seluar panjang ‘slack’ berwarna hitam – jeans dan denim tidak dibenarkan.

    Tali pinggang berwarna hitam –corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan tidak dibenarkan.

    Kasut Kasut bertutup penuh- Kasut sukan tidak dibenarkan.

    Memakai sarung kaki dengan sempurna

    Rambut Pendek, kemas dan tidak diwarnakan

    Belakang tidak menyentuh paras kolar baju

    Paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga

    Paras depan tidak menyentuh paras dahi

    Tidak berfesyen yang melampau

    Lain-lain

    Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan.

    Pelajar tidak dibenarkan memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.

    SAHSIAH DAN RUPA DIRI

  • 21

    Perempuan Keterangan

    Baju WAJIB berbaju kurung bagi yang beragama Islam Blouse labuh melepasi paras punggung bagi bukan Islam Bertudung jingga (Orange)dan melebihi paras bahu bagi yang

    beragama Islam dan tidak berfesyen.

    Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana- mana bahagian badan yang sensitif tidak dibenarkan.

    Kasut Kasut bertutup penuh.

    Memakai sarung kaki dengan sempurna.

    Rambut Rambut kemas sama ada diikat atau dengan cara yang seumpama dengannya dan tidak diwarnakan serta tidak berfesyen (hanya kepada pelajar bukan Islam).

    SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN

    Lelaki Keterangan

    Baju Kemeja lengan panjang / pendek Baju T berkolar(tuck-in) Baju Kebangsaan lengkap

    Seluar Seluar ‘slack’ Kasut Kasut berstokin yang sesuai atau kasut sukan Rambut Pendek, kemas dan tidak diwarnakan

    Gambarajah 18

    Gambarajah 19

  • 22

    Perempuan Keterangan

    Baju Baju kebangsaan lengkap Berlengan panjang, kemas dan bersopan Baju T berkolar Pakaian labuh melepasi paras punggung

    Seluar Seluar ‘slack’ longgar Sarung/Maxi Labuh, longgar dan tidak jarang

    Kasut Kasut bertutup penuh atau kasut sukan

    Rambut Kemas, diikat dan tidak diwarnakan

    Gambarajah 20

  • 23

    LAIN- LAIN MAKLUMAT & PERINGATAN

    1. Borang Jawapan Tawaran (BJT) dan Borang HEP 1 hingga HEP 6 perlu

    dilengkapkan dan dibawa semasa hari pendaftaran.

    Setiap dokumen mestilah dicetak pada satu muka kertas bersaiz A4 untuk setiap

    satu, cetakan tidak boleh dilakukan pada muka hadapan dan belakang

    helaian yang sama.

    2. Pelajar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan/swasta dengan

    tanggungan sendiri sebelum melapor diri sebagai pelajar Politeknik.

    3. Pegawai yang layak menjadi saksi untuk mengesahkan Salinan sijil serta

    dokumen.

    Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional /

    Kumpulan A Doktor yang bertugas di Pusat kesihatan Kerajaan sahaja Pengetua Sekolah Menengah Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas Penguasa Penjara, Penguasa Bomba, Penguasa Kastam Pengurus Felda atau Pengurus Felcra Wakil Rakyat Pengamal Undang-undang Pesuruhjaya Sumpah Jaksa Pendamai Penghulu/Penggawa/Ketua Kampung/Pemanca/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak)

    (Sila pastikan cop pengesahan mesti mempunyai nama dan jawatan serta

    majikan)

    4. Jika ibu/bapa atau penjaga berkerja dalam sektor awam atau swasta, sila bawa

    salinan Borang J (Cukai Pendapatan – jika ada) untuk tujuan biasiswa/ pinjaman

    pelajaran yang berkaitan.

    5. Sekiranya memiliki mesin kira (calculator) saintifik, ia hendaklah dari jenis yang

    tidak boleh diprogramkan.

  • 24

    LAMPIRAN 1

    BORANG DEKLARASI KESIHATAN

    BUTIRAN PELAJAR & IBUBAPA / PENJAGA

    NAMA PELAJAR:

    NO K/P:

    NO. TEL:

    NAMA IBUBAPA/ PENJAGA: NO K/P:

    NO. TEL (1):

    NO. TEL (2):

    ALAMAT RUMAH:

    Adakah pelajar mengalami 2 atau lebih gejala berikut dalam tempoh 2 minggu lepas?

    Tiada/ No Fatigue / Keletihan

    Demam/ Fever Runny nose or nasal congestion /

    Selesema atau hidung sumbat

    Chills/ Kesejukan Cough / Batuk

    Shivering (rigor) / Menggigil Difficult breathing / Sesak nafas

    Body ache / Sakit badan Loss of smell and taste / Hilang deria

    baud an rasa

    Headache / Sakit kepala Diarrhea / Cirit

    Sore throat / Sakit tekak Nausea or vomiting / Loya atau

    muntah

    Adakah pelajar pernah mengunjungi lokasi berkaitan kluster COVID-19?

    Adakah pelajar berhubung rapat dengan seseorang yang positif COVID-19 atau suspek dalam

    tempoh 14 hari yang lepas?

    Adakah pelajar berkunjung ke luar negara dalam tempoh 14 hari yang lepas?

    Adakah pelajar seorang sukarelawan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 14 hari lalu?

    Adakah pelajar telah menjalani pengasingan kendiri selama 10 hari sebelum tarikh 1/ 3/2021?

    Saya ___________________________________________ No K/P: ________________________ sebagai

    ibubapa/ penjaga kepada pelajar di atas, membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa

    semua maklumat yang dinyatakan di atas adalah adalah benar dan betul. Saya sesungguhnya

    faham sekiranya maklumat yang saya berikan di atas bercanggah, tidak benar atau palsu, saya

    boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan mana- mana undang- undang yang sedang

    berkuatkuasa. Walaubagaimanapun, borang deklarasi yang baru hendaklah diisi jika ada

    perubahan maklumat di atas selepas hari ini.

    Akuan ini dibuat oleh (Ibubapa/ penjaga): _______________________________________________

    No K/P: __________________________________ Tarikh: __________________

    Tandatangan:

  • 25

    SENARAI SEMAK

    Semak dan tandakan (√) pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara

    berikut telah disediakan oleh anda sebelum hadir mendaftar di Politeknik Metro

    Johor Bahru pada tarikh yang telah dimaklumkan.

    DOKUMEN ASAL

    1. Kad Pengenalan

    2. Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik

    3. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SMPV/ Sijil akademik yang lain

    4. Sijil Berhenti Sekolah

    5. Sijil Kokurikulum yang berkaitan (terutamanya yang mewakili

    negara dan negeri)

    6. Surat Akuan/ Testimonial sekolah (jika berkaitan)

    SLIP BAYARAN

    1. Slip Bank Islam – YURAN PENGAJIAN (RM200)

    2. Slip Bank Islam – BAYARAN BARANGAN KEPERLUAN MINGGU SUAI KENAL

    (RM300)

    3. Salinan penyata akaun bank pelajar (yang tertera nama pelajar & no

    akaun bank) yang disahkan oleh pegawai bank

    BORANG PENDAFTARAN

    1. Borang-borang Pendaftaran (BHEP1 hingga BHEP6) yang telah lengkap

    diisi dan semua diketipkan (staple) sekali mengikut tertib/ aturan

    (Bawa Semasa Hari Pendaftaran)

    GAMBAR

    1. Gambar warna yang terkini berukuran passport 3 keping

  • 26

    BORANG DEKLARASI KESIHATAN (lampiran 1)

    DOKUMEN- PINJAMAN PTPTN (2 salinan yang telah DISAHKAN- sekiranya

    memohon)

    1. Surat Tawaran Kemasukan Politeknik

    2. Slip/ Slip SPM

    3. Sijil Berhenti Sekolah

    4. Sijil-sijil Kokurikulum

    5. Kad Pengenalan Pelajar

    6. Kad Pengenalan Ibubapa/ Penjaga

    7. Borang J (Penyata Pendapatan Ibubapa) Sip Gaji/ Pengesahan Gaji

    8. Tiga (3) salinan Buku Akaun Bank Islam (BIMB)

    9. Salinan sijil nikah (bagi pelajar yang dah berkahwin)

    PASTIKAN SEMUA SALINAN YANG DIBUAT/DISERTAKAN TELAH DISAHKAN TERLEBIH DAHULU

    SELAMAT DATANG DAN MENDAFTAR KE POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

  • 27

    Pelajar perlu mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Politeknik, KPT selaras dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

    Garis panduan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Disember 2020 (semasa pandemik Covid-19) adalah seperti berikut:

    1) SEBELUM HARI PENDAFTARAN

    a) Pelajar perlu melakukan PENGASINGAN KENDIRI selama 10 HARI sebelum hari pendaftaran dan:

    i. Pelajar perlu memastikan sentiasa berada di dalam rumah. ii. Keluar rumah sekiranya perlu sahaja dengan mengamalkan

    SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

    iii. Menjaga kesihatan supaya berada dalam keadaan yang baik.

    b) Mengisi Borang Deklarasi Kesihatan (lampiran 1) yang disediakan oleh pihak Politeknik METrO Johor Bahru.

    i. Borang tersebut perlu disahkan oleh ibu bapa pelajar. ii. Borang perlu diisi dan disahkan dengan jujur.

    2) SEMASA HARI PENDAFTARAN

    i. Urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dibuat secara berperingkat bagi memastikan jumlah kehadiran adalah terkawal pada satu-satu masa. ii. Perjalanan pelajar adalah ditanggung dan diurus sendiri oleh pelajar.

    BAHAGIAN B

    PENGURUSAN PENDAFTARAN PELAJAR

    BAHARU SEMASA PANDEMIK COVID- 19

  • 28

    iii. pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, penggunaan pensanitasi tangan, pemakaian pelitup muka dan pengamalan penjarakan fizikal akan diadakan di seluruh Politeknik, KPT.

    iv. hanya SEORANG (1) orang waris sahaja yang dibenarkan untuk

    mengiringi pelajar semasa hari pendaftaran.

    v. pelajar yang tidak sihat, suhu badan melebihi 37.5, yang bergejala COVID-19, berstatus Person under Investigation (PUI) atau Person under Surveillance (PUS), boleh menangguhkan pendaftaran dengan memaklumkan kepada pihak HEP Politeknik METrO Johor Bahru.

    vi. pelajar baharu akan mengikuti PdP secara hybrid (secara online

    dan bersemuka)

    vii. Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak pengurusan Politeknik METrO Johor Bahru.

    Dalam keadaan negara menghadapi Pandemik Covid-19, Politeknik METrO Johor

    Bahru bersama-sama membantu Kerajaan Malaysia dalam mengawal

    penyebaran virus ini dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP)

    yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan semua pihak

    berkuasa negara. Sehubungan dengan itu, kerjasama dari pelajar dan waris untuk

    sama-sama bersedia menerima segala arahan terkini yang dikeluarkan dari masa

    ke semasa bagi mengawal penularan wabak ini amat diharapkan.

  • 29

    UNIT HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

    NO 64, JALAN SURIA 19,

    TAMAN PUTERA

    81100 JOHOR BAHRU

    JOHOR

    07-335 8851/ 52

    PoliteknikMETrOJohorBahru

    politeknikmetrojohorbahru