tahap kefahaman kemahiran mengelas dan …€¦ · descriptive statistical analysis in the form of...

29
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK SITI HAJAR BINTI HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vantram

Post on 20-Jun-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK

SITI HAJAR BINTI HARUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN

MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya: SITI HAJAR BINTI HARUN

(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 28, TAMAN MEWAH JAYA, BATU 3 TANDOP 05400 ALOR STAR, KEDAH.

PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN

Nama Penyelia

Tarikh : NOVEMBER 2008 Tarikh : NOVEMBER 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN

Tarikh : NOVEMBER 2008

Page 4: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK

SITI HAJAR BINTI HARUN

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2008

Page 5: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : SITI HAJAR BINTI HARUN

Tarikh : NOVEMBER 2008

Page 6: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

iii

DEDIKASI

Istimewa untuk ayah, En. Harun bin Mahamad dan mak,

Pn. Fatimah binti Abdullah yang banyak memberikan dorongan dan sokongan untuk

terus tabah dalam mengharungi cabaran hidup.

Jasa dan kasih sayang yang telah dicurahkan tidak dapat diganti

dengan harta di dunia ini.

Hanya ALLAH S.W.T sahaja yanag dapat membalasnya.

Segala pengorbananmu untuk kejayaan anakmu ini akan ku hargai dan

ku kenang hingga akhir hayatku...

Untuk along, Rosmaliza binti Harun, sokongan dan tunjuk ajar yang along curahkan

amat bermakna untuk adik dalam mencapai kejayaan ini.

Buat adikku, Mohammad Hurairah bin Harun, semoga kejayaanku ini akan menjadi

semangat buatmu untuk terus cemerlang di masa hadapan.

Teruskan perjuanganmu..

Dan untuk rakan-rakanku, terutamanya 4 SPF

Setinggi-tinggi penghargaan untuk semua tunjuk ajar, dorongan dan nasihat sepanjang

persahabatan kita.

Kenangan kita bersama akan sentiasa ku kenang…

Page 7: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

iv

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNYA,

maka Projek Sarjana Muda saya ini dapat disiapkan sebagai syarat untuk

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Fizik). Setinggi-tinggi

penghargaan ditujukan kepada Penyelia Projek, Prof. Madya Dr. Hj Shaharom Bin

Noordin di atas bimbingan dan dorongannya dalam menyempurnakan kajian ini. Beliau

banyak meluangkan masa untuk berbincang dan memberi kritikan membina yang sedikit

sebanyak memberi inspirasi kepada saya untuk menyiapkan kajian ini dengan sepenuh

hati.

Tidak dilupakan juga buat pelajar Tahun Dua program Pendidikan Fizik yang

sudi memberikan kerjasama baik sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Kerjasama,

idea dan ransangan yang diberikan semasa menjalankan penyelidikan ini amat saya

hargai.

Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia yang banyak menyediakan kemudahan bagi

memudahkan pencarian maklumat dan juga sumber-sumber dalam menyempurnakan

kajian saya ini. Juga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan

penyelidikan ini secara langsung atau tidak langsung.

Page 8: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

v

ABSTRAK

Kefahaman kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar didapati telah mendapat

perhatian para pendidik. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kefahaman

kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sebelum dan selepas mengikuti kursus

Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221). Kajian ini hanya melibatkan dua kemahiran

saintifik iaitu kemahiran mengelas dan mentafsir data. Responden kajian ini adalah

melibatkan 35 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada dua program pengajian.

Reka bentuk kajian ini adalah Reka Bentuk Ujian Sebelum Dan Ujian Selepas Satu

Kelompok (The One Group Pretest-Posttest Design) dengan kursus SPN 2221 sebagai

rawatan (treatment). Reka bentuk tinjauan turut dijalankan dalam kajian ini.

Pembolehubah bebas yang digunakan adalah jantina dan program pengajian. Alat kajian

yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data yang

mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini

ialah α = .85. Soal Selidik Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data

turut digunakan dalam kajian ini. Ia mengandungi lapan item dan dianalisis secara

kualitatif. Analisis statistik diskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim digunakan.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan tahap

kefahaman kemahiran mengelas dan mentafsir data selepas mengikuti kursus SPN 2221

iaitu dari tahap lemah kepada sederhana. Bagi jantina terdapat peningkatan tahap

kefahaman selepas pelajar mengikuti kursus SPN 2221 di mana pelajar lelaki meningkat

dari lemah kepada sederhana manakala pelajar perempuan meningkat dari lemah kepada

baik. Begitu juga untuk program pengajian di mana pelajar SPF meningkat dari

sederhana kepada baik dan SPP meningkat dari sangat lemah kepada sederhana. Ini

menunjukkan tahap kefahaman kemahiran mengelas dan mentafsir data perlu

Page 9: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

vi

ditingkatkan supaya mencapai tahap cemerlang di mana ia akan menyumbang kepada

peningkatan kualiti bakal-bakal guru yang akan akan menjadi tunggak utama kepada

generasi akan datang.

Page 10: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

vii

ABSTRACT

The understanding of scientific skills among students has attracted many

researchers within the area. This research was carried out to study the level of

understanding of scientific skills among Second Year Physics Education Programme

Students at Universiti Teknologi Malaysia, Skudai before and after they had taken the

Pendidikan Amali Fizik I course (SPN 2221). This research focused only on two

scientific skills which are the classifying and data interpreting skills. Thirty five

students, both males and females from two different programmes were involved in this

study. The design of this study was based on the One Group Pretest-Posttest Design with

SPN 2221 course as the treatment. Observation was also carried out in this study. There

were two independent variables which were gender and programme of study. The

instrument used was “Ujian Pencapaian Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data”

which contained 40 multiple choice items. The realiability of this instrument was tested

based on alpha cronbach, α= .88. Another instrument used was “Soal Selidik Tahap

Kefahaman Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data” which contained eight items and

were qualitatively analized. Descriptive statistical analysis in the form of mean and

standard deviation were used. The results of this study showed that the level of

understanding increased after the students had completed the SPN 2221 course ranging

from weak to moderate level. Based on gender, the level of understanding also showed

an increased after the students had taken the SPN 2221 course where the male students

increased from weak to moderate while the female students showed an improvement

from weak to good. It is also the same for the programme of study, where the SPF

students improved from moderate to good level and the SPP students improved from

very weak to moderate level. This shows that the understanding classifying and data

interpreting skills need to be enhanced in order to achieve excellent level. Thus, is vital

Page 11: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

viii

as it may contribute towards improving the quality of the future generation of educators

who are the front liners of our future generations.

Page 12: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vii

KANDUNGAN xi

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Pencapaian Pelajar Yang Lemah Dalam Mata 4

Pelajaran Fizik

1.2.2 Guru Kurang Menguasai Kemahiran Saintifik 5

1.2.3 Sikap Negatif Pelajar Terhadap Kerja Amali 7

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

Page 13: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

x

1.6 Rangka Kerja Konsep 11

1.7 Kepentingan Kajian 12

1.8 Skop Kajian 13

1.9 Andaian Kajian 14

1.10 Batasan Kajian 15

1.11 Takrifan 16

1.11.1 Kemahiran Mengelas 16

1.11.2 Kemahiran Mentafsir Data 17

1.11.3 Tahap Kefahaman 18

1.11.4 Bakal Guru 19

1.12 Rumusan 20

2 SOROTAN PENULISAN 21

2.1 Pendahuluan 21

2.2 Teori Berkaitan Kemahiran Saintifik 21

2.2.1 Kemahiran Mentafsir Data 22

2.2.1.1 Takrifan Kemahiran Mentafsir Data 22

2.2.1.2 Kepentingan Kemahiran Mentafsir Data 25

2.2.1.3 Langkah Untuk Menguasai Kemahiran 26

Mentafsir Data

2.2.2 Kemahiran Mengelas 27

2.2.2.1 Takrifan Kemahiran Mengelas 27

2.2.2.2 Kepentingan Kemahiran Mengelas 30

2.2.2.3 Langkah Untuk Menguasai Kemahiran 32

Mengelas

2.2.3 Amali Sains 32

2.2.3.1 Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) 34

2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35

2.3 Kajian Dalam Negara 37

2.3.1 Kajian Dalam Negara Berkaitan Kemahiran 37

Mengelas, Kemahiran Mentafsir Data Dan

Page 14: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

xi

Amali Sains Di Peringkat Sekolah

2.3.2 Kajian Dalam Negara Berkaitan Kemahiran 42

Mengelas, Kemahiran Mentafsir Data Dan

Amali Sains Di Peringkat IPT dan Maktab

2.4 Kajian Luar Negara 45

2.3.1 Kajian Luar Negara Berkaitan Kemahiran 45

Mengelas, Kemahiran Mentafsir Data Dan

Amali Sains Di Peringkat Sekolah

2.3.2 Kajian Luar Negara Berkaitan Kemahiran 49

Mengelas, Kemahiran Mentafsir Data Dan

Amali Sains Di Peringkat Universiti

2.5 Rumusan 51

3 PENGKAEDAHAN 52

3.1 Pendahuluan 52

3.2 Reka Bentuk Kajian 52

3.3 Sumber Data 53

3.4 Alat Kajian 54

3.5 Tatacara Kajian 57

3.6 Analisis Data 59

3.7 Rumusan 63

4 DAPATAN KAJIAN 64

4.1 Pendahuluan 64

4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas dan 64

Mentafsir Data

4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas dan 75

Mentafsir Data Merentasi Jantina

4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas dan 80

Mentafsir Data Merentasi Program Pengajian

4.5 Rumusan 85

Page 15: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

xii

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 86

5.1 Pendahuluan 86

5.2 Ringkasan Kajian 86

5.3 Kesimpulan Kajian 88

5.4 Perbincangan Kajian 90

5.4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas 90

Dan Mentafsir Data Sebelum dan Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

5.4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas dan 96

Mentafsir Data Sebelum dan Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

Merentasi Jantina

5.4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas dan 99

Mentafsir Data Sebelum dan Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

Merentasi Program Pengajian

5.5 Implikasi Kajian 104

5.5.1 Pelajar-pelajar Tahun Dua Program 104

Pendidikan Fizik

5.5.2 Pensyarah Kursus Pendidikan Amali Fizik I 105

5.5.3 Kusus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) 107

5.6 Cadangan Kajian 109

5.7 Cadangan Kajian Masa Depan 114

5.8 Rumusan 115

RUJUKAN 116

LAMPIRAN 121

Page 16: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

xiii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Analisis Sijil Pelajaran Malaysia bagi Mata 4

Pelajaran Fizik Sekolah Menengah Kebangsaan

Dato’ Syed Omar, Alor Star, Kedah.

1.2 Jadual pemeringkatan tahap kefahaman mengelas 19

dan mentafsir data bagi pelajar 2 SPP dan 2 SPF

2.1 Jadual Keputusan 24

2.2 Jadual Jenis-jenis Amali 35

2.3 Dapatan Kajian Merentasi Aliran 38

2.4 Taburan item UPKSB mengikut subskala KPS 41

bersepadu.

2.5 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 43

Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data

Merentasi Jantina

2.6 Keputusan untuk SPST 46

2.7 Keputusan untuk ASTS 46

2.8 Keputusan TIPS Mengikut Kemahiran 48

3.1 Taburan Responden Mengikut Kriteria 54

3.2 Jenis Saiz Sampel 60

3.3 Jadual Pemeringkatan Tahap Kefahaman Bagi 62

Setiap Kemahiran (Kemahiran Mengelas dan

Mentafsir Data)

3.4 Jadual Pemeringkatan Tahap Kefahaman Kedua-dua 62

Page 17: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

xiv

Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data

4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 65

Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data Sebelum

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 66

Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 75

Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data Sebelum

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

Merentasi Jantina

4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 77

Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

Merentasi Jantina

4.5 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 80

Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data Sebelum

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

Merentasi Program Pengajian

4.6 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 82

Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

Merentasi Program Pengajian

Page 18: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

xv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep 11

2.1 Bekas-bekas Air Mengikut Saiz Luas Permukaan 23

2.2 Contoh Pengelasan Mengikut Kriteria 29

2.3 Model Pemupukan KPS mengikut intensiti di 40

Sekolah Bestari

3.1 Reka Bentuk Ujian Sebelum Dan Ujian Selepas 52

Satu Kelompok (The One Group Pretest-Posttest

Design)

3.2 Aspek-aspek kemahiran mengelaskan 55

3.3 Aspek-aspek kemahiran mentafsir data 55

3.4 Carta Aliran Tatacara Kajian 57

3.5 Rumus Min 59

3.6 Rumus Sisihan Lazim 60

Page 19: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

xvi

SENARAI SINGKATAN

KS - Kemahiran Saintifik

KPS - Kemahiran Proses Sains

KM - Kemahiran Mengelas

KMD - Kemahiran Mentafsir Data

LM - Latihan Mengajar

PEKA - Pentaksiran Kerja Amali

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

SL - Sisihan Lazim

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPN 2221 - Pendidikan Amali Fizik I

SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta

Pendidikan (Fizik)

TIPS - Test of Integrated Process Skills

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UPKMMD - Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran

Mengelas dan Mentafsir Data

SSTKKMMD - Soal Selidik Tahap Kefahaman Kemahiran

Mengelas dan Mentafsir Data

Page 20: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

“Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia

memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan

individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai

ilmu sains dan keterampilan teknologi.” (Sukatan Pelajaran Tingkatan 5,2002).

Falsafah ini menunjukkan betapa pendidikan sains amat diberi perhatian oleh

kerajaan dalam melahirkan rakyat yang berkemahiran tinggi sejajar dengan matlamat

negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menerusi Wawasan

2020 (Tajularipin,2004).

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), Perdana Menteri telah

menetapkan pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu

daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020. Justeru, kerajaan telah

membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia, di mana sistem pendidikan ini

tertumpu kepada pembangunan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif,

bermoral, beretika tinggi, berpengetahuan dan berkemahiran serta mampu bersaing di

pasaran kerja global. Visi ini telah diterjemahkan oleh Kementerian Pelajaran ke dalam

satu pelan yang dilaksanakan iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Page 21: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

2

Pelan ini menekankan enam teras strategik serta satu pelan tindakan pendidikan yang

komprehensif dan bersepadu (Modul Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010,

2006).

Dengan terlaksananya pelan pendidikan tersebut, telah membuktikan bahawa

pendidikan amat penting dalam membentuk peribadi masyarakat yang maju. Pendidikan

sains terutamanya, merupakan satu bidang ilmu yang mementingkan kaedah inkuiri dan

penyelesaian masalah secara sistematik. Kurikulum sains di negara kita memberi

tumpuan kepada penguasaan kemahiran tertentu untuk melakukan aktiviti yang

berorientasiakn eksperimen dan kegiatan amali. Justeru, para pelajar perlu mempunyai

pengetahuan yang baik dalam aspek kemahiran saintifik (KS) untuk membolehkan

mereka menjalankan aktiviti penyiasatan dalam sains dengan berkesan dan bermakna

(Abu Hassan, 2004).

Sehubungan itu, melalui aktiviti inkuiri dengan menggunakan KS, pelajar dapat

melihat dengan jelas perkaitan serta kepentingan pengetahuan sains yang dipelajari di

dalam makmal dengan kehidupan seharian. Inilah perkaitan yang ingin dicapai oleh

kerajaan dalam melahirkan insan yang mampu meningkatkan produktiviti dan daya

saing negara. Hasrat ini adalah hasil daripada penguasaan kemahiran berfikir yang baik.

Untuk memiliki kemahiran berfikir, penguasaan terhadap KS amat diperlukan dan

kemahiran berfikir akan terjana dengan sendirinya. Ini kerana kedua-dua kemahiran ini

adalah saling berkaitan antara satu sama lain (Siti Aida Fariza, 2007).

Oleh itu, penguasaan KS adalah amat penting bagi melahirkan generasi yang

berkemahiran dalam berfikir dan mampu memberi sumbangan untuk memajukan negara.

Penekanan KS dalam pendidikan sains juga diharap dapat membantu membangunkan

modal insan berminda kelas pertama ke arah mencapai Wawasan 2020 (Modul Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006).

Page 22: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

3

1.2 Latar Belakang Masalah Dalam usaha untuk merealisasikan matlamat negara sebagai negara maju

menerusi Wawasan 2020, pelbagai langkah dan pendekatan telah diambil oleh kerajaan

untuk menghasilkan produk-produk yang bermutu pada masa akan datang. Antaranya

dengan menerapkan KS dalam kerja-kerja amali sains di sekolah. Dengan adanya

kemahiran-kemahiran ini, pelajar diharapkan akan mempunyai pemikiran minda kelas

pertama dan seterusnya dapat membantu memajukan negara di masa hadapan.

Satu penilaian telah diwujudkan untuk memperkukuhkan teori dan konsep sains

melalui aktiviti amali di sekolah iaitu Pentaksiran Kerja Amali (PEKA). Salah satu

objektif PEKA adalah untuk memastikan para pelajar dapat menguasai kemahiran

penyelesaian masalah secara saintifik di samping memupuk amalan sikap saintifik dan

nilai murni dalam kalangan pelajar (Panduan Pentaksiran Kerja Amali Fizik, PEKA

Fizik, 2006). PEKA juga diharapkan dapat membantu pelajar memahami konsep dan

teori sains dengan lebih baik memandangkan pemahaman teori dan konsep adalah

merupakan aspek yang penting dalam mempelajari sains khususnya Fizik.

Melihatkan kepada pencapaian yang lemah dalam Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) untuk mata pelajaran fizik, jelas menunjukkan bahawa tahap penguasaan teori

dan konsep Fizik dalam kalangan pelajar masih lagi pada tahap yang kurang

memuaskan. Oleh itu, beberapa persoalan timbul dalam kajian ini. Antaranya, adakah

PEKA merupakan kaedah yang berkesan sebagai salah satu strategi untuk

memperkukuhkan teori dan konsep sains dalam menerapkan KS dalam kerja amali di

sekolah? Justeru, kajian ini dijalankan bagi membuktikan betapa pentingnya

penguasaan KS dalam kalangan pelajar terutamanya dalam kelas amali.

Page 23: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

4

1.2.1 Pencapaian Pelajar Yang Lemah Dalam Mata Pelajaran Fizik Merujuk kepada Analisis Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2006 sebuah

sekolah menengah di Alor Star, Kedah bagi mata pelajaran Fizik, didapati bilangan

pelajar yang lulus cemerlang dengan gred 1A dan 2A hanya seramai tiga orang iaitu

1.86%. Manakala bilangan pelajar yang mendapat kepujian 3B, 4B, 5C dan 6C adalah

seramai 65 orang (40.37%), pelajar yang lulus dengan 7D dan 8E adalah seramai 88

orang (54.66%) dan yang gagal adalah seramai tiga orang (1.86%). Daripada statistik

ini jelas menunjukkan tahap pencapaian pelajar di sekolah tersebut adalah lemah dengan

hanya tiga pelajar (1.86%) sahaja yang lulus cemerlang. Majoriti pelajar (54.66%)

hanya lulus tanpa kepujian.

Jadual 1.1 : Analisis Sijil Pelajaran Malaysia bagi Mata Pelajaran Fizik Sekolah

Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Alor Star, Kedah

Bilangan Pelajar Mengikut Kelas

Gred 5RA 5SA 5SN1 5SN2 5SN3 5SN4 JUMLAH %

1A 1 1

2A 1 1 2

1.86

3B 1 2 1 4

4B 2 3 7 2 14

5C 5 1 8 6 20

6C 7 4 3 9 3 1 27

40.37

7D 13 6 3 10 13 10 55

8E 5 5 2 7 14 33

54.66

9G 1 2 3 1.86

TH 1 1 2 1.24

JUMLAH 32 21 25 31 24 28 161 100

%LULUS 100 100 100 96.77 100 92.59 98.11

Page 24: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

5

Persoalan yang timbul dalam kajian ini, mengapakah situasi seperti ini berlaku?

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Bagaimanakah caranya

untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang konsep-konsep fizik? Apakah perkaitan

pengusaan KS dengan kefahaman pelajar tentang konsep fizik?

1.2.2 Guru Kurang Menguasai Kemahiran Saintifik Guru merupakan penggerak utama dalam menjadikan pendidikan sebagai faktor

penggerak dalam mencapai visi negara. Peredaran masa membawa kepada perubahan

dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk kepelbagaian fungsi dan peranan

guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar

kepada guru sebagai pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran, agen

perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar (Modul Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006-2010, 2006).

Dalam pendidikan sains, guru bertindak sebagai pembimbing dan fasilitator

kepada pelajar. Guru merupakan perangsang terhadap pembelajaran pelajar sama ada

secara langsung atau tidak. Pelajar akan mendapat pelbagai pengalaman melalui aktiviti

kemahiran menyiasat yang dirancang dengan teliti oleh guru bagi menarik minat mereka

dalam pembelajaran (Tajularipin, 2003).

Oleh itu, guru itu sendiri perlu menguasai KS dengan sebaik-baiknya.

Penguasaan KS ini adalah penting kerana ia merupakan salah satu keperluan dalam

pendidikan Fizik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Dengan adanya kemahiran

ini, guru dapat menerapkan nilai-nilai saintifik dan sekali gus akan menimbulkan minat

dan keseronokan dalam pembelajaran sains. Ianya juga akan menjuruskan pelajar ke

arah pemikiran secara kritis, kreatif dan analitis.

Page 25: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

6

Walau bagaimanapun, kajian-kajian lepas mendapati kebanyakan guru tidak

dapat menguasai KS dengan baik. Pencapaian pelajar adalah rendah kerana penekanan

yang diberikan oleh guru adalah pada tahap sederhana. Penekanan guru adalah terhad

pada tahap memperkenalkan kemahiran kepada pelajar, manakala penekanan kepada

aspek mengaplikasi kemahiran tidak mencukupi. Oleh itu, seorang guru berperanan

penting dalam menerapkan KS dalam kalangan pelajar (Lilia et al., 2002).

Selain itu, faktor opsyen guru juga boleh menyumbang ke arah masalah

penguasaan KS. Ada dalam kalangan guru sains tidak menguasai KS kerana mereka

adalah bukan dari opsyen sains. Kebanyakkan guru dari opsyen bahasa diminta untuk

mengajar sains, sedangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dalam bidang sains.

Fenomena ini menyebabkan guru-guru tersebut berada dalam keadaan tertekan ketika

mengajar dan mereka akan berasa kurang berkeyakinan diri dalam mengajar. Mereka

juga tidak dapat mengendalikan kelas amali dengan sebaik mungkin kerana kurang

mahir dalam pengendalian alat radas dan juga konsep fizik itu sendiri. Untuk

mengendalikan radas dengan baik, seseorang itu perlu menguasai KS. Justeru, guru

bukan opsyen sains tidak mampu untuk menerapkan KS dalam kalangan pelajar kerana

mereka sendiri tidak dapat menguasai KS dengan baik (Lilia et al., 2002).

Selain itu juga, dalam laporan prestasi SPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia

2003:8) terhadap mata pelajaran Fizik khususnya untuk Kertas III, terdapat beberapa

saranan yang ditujukan kepada guru. Antaranya ialah :

“5. Memberi penekanan kepada kemahiran proses sains, kemahiran berfikir

dalam pengajaran dan pembelajaran.”

(Lembaga Peperiksaan Malaysia 2003:8)

Daripada saranan ini, jelas membuktikan masih ada guru-guru yang kurang

menerapkan kemahiran ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran Fizik. Sikap guru

yang kurang menekankan kemahiran-kemahiran ini memberi kesan terhadap

Page 26: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

7

pemahaman pelajar dan seterusnya akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam

peperiksaan.

“6. Memberi perhatian serius dalam PEKA terutama dalam aspek kemahiran

mengeksperimen dan kemahiran proses sains yang lain.”

(Lembaga Peperiksaan Malaysia 2003:8)

Saranan di atas menunjukkan bahawa guru-guru Fizik kurang menitikberatkan

KS di sekolah menyebabkan para pelajar mengabaikan penggunaan kemahiran ini dalam

PEKA.

1.2.3 Sikap Negatif Pelajar Terhadap Kerja Amali Selain itu juga, sikap negatif pelajar terhadap kerja amali di sekolah juga

menyumbang ke arah penguasaan KS yang lemah.

“PEKA dilaksanakan untuk membolehkan pelajar:

- menguasai kemahiran penyelesaian masalah secara penyelesaian saintifik

- memperkukuhkan teori dan konsep fizik melalui aktiviti amali

- memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni .”

(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004:8)

Dalam petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan PEKA adalah

salah satu strategi yang digunakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai satu

usaha untuk meningkatkan pemahaman konsep para pelajar terhadap sains

memandangkan pencapaian sains dalam kalangan para pelajar masih pada tahap lemah.

Page 27: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

8

Walau bagaimanapun, situasi di sekolah adalah bertentangan dengan hasrat

Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kebanyakan pelajar mempunyai sikap negatif semasa

mempelajari sains. Ramai dalam kalangan pelajar merasakan diri mereka telah gagal

meskipun mereka belum melakukan tugasan yang diberikan. Akibatnya, mereka tidak

dapat menjalankan amali dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya membawa kepada

kebosanan seterusnya pelajar akan mengabaikan PEKA kerana kurang berminat

terhadap kerja-kerja amali (Abu Hassan, 2004). Senario ini sekali gus telah memberikan

kesan kepada pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik, memandangkan PEKA

adalah salah satu cara untuk mengukuhkan teori dan konsep Fizik dalam kalangan

pelajar.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti beberapa masalah

yang menyebabkan para pelajar tidak dapat mencapai keputusan yang baik dalam mata

pelajaran Fizik. Dalam Laporan Preatasi SPM 2003 (Lembaga Peperiksaan Malaysia

2003:7), terdapat beberapa saranan kepada pelajar dalam meningkatkan pencapaian

dalam mata pelajaran ini. Antara saranan tersebut adalah:

“6. Mesti memberi perhatian dan tumpuan yang baik semasa kelas amali dan

teori oleh guru.”

(Lembaga Peperiksaan Malaysia 2003:7)

Komen di atas jelas menunjukkan bahawa betapa kerajaan mementingkan kerja-

kerja amali demi mengukuhkan konsep dan teori Fizik dalam kalangan para pelajar.

Kaedah amali akan memberikan kesan ingatan dan kefahaman untuk jangka masa

panjang kepada pelajar kerana mereka akan melakukan aktiviti “hands-on” yang

berpusatkan kepada pelajar (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2006).

“7. Mesti mempunyai kemahiran proses sains dan kemahiran KBKK sesuai

dengan kehendak soalan semasa.”

(Lembaga Peperiksaan Malaysia 2003:8)

Page 28: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

9

Saranan di atas menunjukkan bahawa pelajar perlu menguasai kemahiran proses

sains (KPS) iaitu salah satu cabang dalam KS. Penguasaan KPS akan dapat membantu

pelajar menjalankan kerja-kerja amali dengan baik. Oleh itu, para pelajar akan lebih

yakin dalam melakukan amali sekali gus dapat menghapuskan sikap negatif mereka

terhadap sains terutamanya Fizik (Abu Hassan, 2004).

1.3 Pernyataan masalah Berdasarkan latar belakang masalah, penyelidik mendapati pelajar tahun dua

Program Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia menghadapi masalah

kekurangan kefahaman dan pengetahuan tentang kemahiran poroses sains khususnya

kemahiran mengelas dan mentafsir data.

1.4 Objektif kajian Objektif kajian ini adalah untuk :

1. Menilai tahap kefahaman mengelas dan mentafsir data dalam kalangan pelajar

tahun dua Program Pendidikan Fizik (SPF/SPP) sebelum dan selepas mengikuti

kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221).

2. Menilai tahap kefahaman kemahiran mengelas dan mentafsir data dalam

kalangan pelajar tahun dua Program Pendidikan Fizik (SPF/SPP) merentasi

jantina, sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN

2221).

Page 29: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of mean and ... (PEKA) 34 2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35 ... 5.4.2 Tahap Kefahaman

10

3. Menilai tahap kefahaman kemahiran mengelas dan mentafsir data dalam

kalangan pelajar tahun dua Program Pendidikan Fizik (SPF/SPP) merentasi

program, sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN

2221).

1.5 Persoalan kajian Merujuk kepada objektif kajian yang telah dinyatakan, persoalan kajian yang

akan dikaji ialah:

1. Apakah tahap kefahaman kemahiran mengelas dan mentafsir data dalam

kalangan pelajar tahun dua Program Pendidikan Fizik (SPF/SPP) sebelum

dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)?

2 Apakah tahap kemahiran mengelas dan mentafsir data dalam kalangan

pelajar tahun dua Program Pendidikan Fizik (SPF/SPP) sebelum dan

selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) merentasi

jantina?

3. Apakah tahap kemahiran mengelas dan mentafsir data dalam kalangan

pelajar tahun dua Program Pendidikan Fizik (SPF/SPP) sebelum dan

selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) merentasi

program?