usrahversity remaja diy bab12 kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat...

18
USRAH VERSITY

Upload: others

Post on 01-Nov-2020

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

USRAHVERSITY

Page 2: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

BAB 12

KISAH KAUM THAMUD

USRAHREMAJA

Page 3: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

Dan demi sesungguhnya!

Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran,

maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran

(daripadanya)?

(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan

amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Salleh).

(Al-Qamar 54:22-23)

Page 4: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

Apa pengajaran dari kisah kaum Thamud?

Page 5: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,
Page 6: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

Tetapi kesemua kemahiran dan kelebihan ini telah menjadikan mereka sombong dan bongkak. Oleh kerana kelebihan yang mereka ada, mereka merasakan diri mereka amat selamat. Ini kerana mereka tinggal di dalam bukit yang tersergam indah dan kukuh sehingga merasakan diri mereka amat selamat dan tidak ada apa-apa atau sesiapa boleh membinasakan mereka.

Perhatikan kata-kata mereka: “Angin tidak dapat memusnahkan kami kerana kami dalam bukit, air atau bah/banjir juga tidak dapat musnahkan kami kerana kami berada di atas bukit (tempat yang tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh.”

Kaum ini telah mensyirikkan Allah, tetapi Allah mahu memberi peluang kepada mereka.

Page 7: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

Mereka telah diutuskan seorang rasul bernama Salleh a.s. Seperti mana rasul-rasul terdahulu, Nabi Salleh telah menyeru umatnya untuk menyembah Allah.

Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Salleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya.

Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".(Hud 11:61)

Page 8: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

Tetapi mereka degil dan tidak mahu menerima dakwah Nabi Salleh. Malah mereka menuduh Nabi Salleh dengan tuduhan yang bukan-bukan termasuk menuduhnya ahli sihir.

Uniknya kisah kaum ini, mereka telah dikurniakan suatu mukjizat yang unik. Pada suatu hari, kaum Thamud telah meminta Nabi Salleh untuk tunjukkan bukti kerasulannya sebagai tanda kebenaran seruan baginda. Mereka telah minta Nabi Salleh datangkan seekor unta, dan dengan nada yang mempersendakan Rasul mereka, mereka telah membuat permintaan yang dikira sebagai tidak masuk akal dan mustahil. Mereka telah meminta unta itu seperti berikut:

1. Seorang minta, keluarkan unta betina dari batu-batu bukit2. Seorang lagi minta, Unta itu perlu 10 bulan bunting (mengandung)3. Seorang lagi minta, Unta itu mestilah sangat besar dan tidak pernah

dilihat saiz yang begitu4. Seorang lagi mahu Unta itu berwarna kemerah-merahan dan banyak bulu5. Seorang lagi pula minta Unta itu boleh minum air yang sangat banyak6. Dan seorang lagi minta Unta itu boleh mengeluarkan susu untuk seluruh

penduduk.

“Jika kamu benar, datangkanlah unta seperti itu wahai Salleh!”

Page 9: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

Kemudian dengan izin Allah, Allah telah datangkan Unta itu dari batu seperti yang diminta olah kaumnya. Dan unta itu mempunyai kesemua ciri-ciri yang telah diminta oleh mereka. Maka amat terkejutlah kaum Nabi Salleh.

Kewujudan Unta ini telah menjadi perbualan hangat di kalangan kaum Thamud sehinggakan perlahan-lahan ada yang mula menerima dakwah baginda. Ini telah meresahkan kaumnya yang menolak dakwah baginda sehingga mereka telah berniat untuk membunuh unta Nabi Salleh. Sedangkan Nabi Salleh telah memberi amaran kepada kaumnya bahawa Allah telah melarang unta tersebut diganggu.

Unta ini pula perlu diberi minum selang sehari sehingga menyebabkan kaumnya hanya dapat minum selang sehari kerana perlu mengambil giliran dengan Unta tersebut. Akhirnya beberapa orang dari kalangan mereka telah membuat perancangan untuk membunuh unta tersebut.

Page 10: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

Betapa ingkarnya kaum Thamud, sudahlah tidak mahu menerima seruan rasul mereka setelah didatangkan bukti mukjizat, mereka pula merancang untuk melakukan kerosakan untuk membunuh unta tersebut walaupun telah diberi amaran keras oleh Allah dan ancaman azab!

Akhirnya mereka menjalankan rancangan mereka dengan membunuh unta tersebut. Sudahlah begitu, mereka telah mengagihkan daging unta tersebut untuk dimakan dari kalangan mereka yang ingkar. Nabi Salleh sangat sedih dengan perbuatan ingkar mereka walaupun telah memberi amaran keras kepada mereka.

Tetapi mereka dengan sombongnya telah meminta didatangkan azab yang telah dijanjikan!

Page 11: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

Maka Nabi Salleh pun memberi tahu mereka bahawa mereka hanya mempunyai tempoh tiga hari. Benar sungguh kerana pada hari pertama, muka mereka telah bertukar menjadi warna kuning. Kemudian pada hari kedua muka mereka bertukar menjadi merah dan pada hari ketiga bertukar menjadi hitam. Maka ketahuilah mereka sesuatu sedang berlaku. Maka mereka cuba mencari perlindungan. Mereka sangka mereka boleh selamat di dalam bangunan mereka. Ingat kata-kata awal yang mana mereka rasa boleh selamat dari angin, air dan gempa?

Maka akhirnya Allah utuskan sebuah letusan suara yang sangat menggempakan/petir azab yang menghinakan sehingga musnahlah kaum Thamud. Allah telah menyelamatkan Nabi Salleh dan orang-orang yang beriman.

Maka Nabi Salleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat".

Kesan peninggalan kaum Thamud masih terdapat dan boleh disaksikan pada hari ini.

Page 12: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

Kesan peninggalan kaum Thamud masih terdapat dan boleh disaksikan pada hari ini. Berkenaan kisah ini, pernah suatu hari ketika rombongan Rasulullah saw melalui kawasan peninggalan kaum thamud ini, ada dikalangan para sahabat telah mengambil dan menggunakan air di kawasan tersebut. Tetapi Rasulullah saw telah melarang mereka dan mengarahkan mereka membuang semua air yang telah mereka ambil kerana takutkan azab Allah. Malah Rasulullah saw mengarahkan para sahabat untuk menangis atau kalau tidak boleh, cuba paksa diri untuk menangis ketika lalu di kawasan tersebut.

“Abdullah bin Umar r.a. menceritakan: (Pada tahun kesembilan hijrah ketika dalam perjalanan ke Tabuk untuk mempertahan Madinah daripada kemungkinan serangan tentera Rom) kami melalui kawasan al-Hijr (negeri kaum Thamud yang dimusnahkan Allah) bersama Rasulullah saw. Baginda lantas bersabda: “Jangan kalian masuk ke negeri kaum yang menzalimi diri mereka sendiri (yang akhirnya dimusnahkan Allah) melainkan dalam keadaan menangis bimbangkan azab yang pernah menimpa mereka akan turut menimpa kalian.” Kemudian baginda mempercepat langkahnya sehingga meninggalkan tempat itu,” - Sahih Bukhari dan Muslim.

Page 13: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

"Dan wahai kaumku! Ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat) yang

membuktikan kebenaranku. Oleh itu, biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah dan janganlah

kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu

akan ditimpa azab seksa yang dekat masa datangnya".

Mereka kemudiannya menyembelih unta itu, lalu berkatalah Nabi Salleh kepada mereka:

“Bersenang-senanglah kamu di tempat masing-masing selama tiga hari; tempoh yang demikian

itu, ialah suatu janji yang tidak dapat didustakan".

Maka ketika datang azab kami, kami selamatkan Salleh beserta umatnya yang beriman, dengan

rahmat dari Kami, dan Kami selamatkan mereka dari azab serta kehinaan hari itu.

Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Page 14: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang

menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di

tempat tinggal masing-masing.

(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah!

Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya

kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud.

(Hud 11:64-68)

Page 15: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

Apa pengajaran dari kisah kaum Thamud?

Page 16: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

✓ Allah mengutuskan Rasul untuk memberi peluang kepada kaum Thamud untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya tetapi mereka telah mensia-siakan peluang ini.

✓ Kelebihan kekuatan pada kaum Thamud telah menyebabkan mereka sombong dan lupa diri.

✓ Sikap kaum Thamud (seperti kaum-kaum yang lain) sangat suka mendustakan Rasul dan menolak bukti walaupun telah dikurniakan mukjizat yang agung yang sangat jelas kebenarannya.

✓ Sikap kaum Thamud (seperti kaum-kaum yang lain) yang suka ingkar perintah Allah dan tidak mahu beriman.

✓ Akhirnya kaum Thamud menanggung azab seksa dan binasa sehingga mendapat penyesalan yang tidak terhingga.

Page 17: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

Kaum Thamud Umat SekarangSiapa yang mahu

mengambil peringatan dan pelajaran? (Al-Qamar 54:22)

Diutuskan Nabi Salleh a.s. Diutuskan Nabi Muhammad s.a.wAdakah akan menerima atau menolak dakwah rasul?

Adakah mahu membantu Rasul atau menentang Rasul?

Diberi kelebihan teknologi memahat bukit dan kekuatan tubuh badan

Diberi kelebihan pelbagai teknologi seperti teknologi maklumat dan

teknologi aeroangkasa

Adakah akan menggunakan teknologi untuk menghampirkan diri kepada Allah atau lupa diri

terhadap Allah?

Diberi mukjizat unta sebagai bukti kebenaran

Diberi mukjizat Al Quran sebagai bukti kebenaran

Adakah akan ambil serius untuk menerima risalah rasul?Atau lalai dan tidak mempedulikan risalah rasul?

Nabi Salleh mengajak kaumnya untuk beriman dan taat kepada Allah

Nabi Muhammad mengajak umatnya untuk beriman dan taat

kepada Allah

Adakah mahu beriman atau tidak mahu beriman? Adakah mahu taat kepada perintahNya?

Menerima azab seksa / menyesal

Masih mempunyai masa untuk insaf Adakah mahu menerima nasib yang sama seperti kaum Thamud?

Page 18: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab12 Kisah... · tinggi), gegaran/gempa bumi juga tidak akan dapat musnahkan kami kerana kawasan bukit adalah kukuh. _ Kaum ini telah mensyirikkan Allah,

KISAH KAUM THAMUD

RUMUSAN

Allah utuskan rasul sebagai peluang untuk kembali

kepada-Nya. Tetapi jika kekal ingkar, lalai dan tidak

mahu beriman, manusia akhirnya akan mendapat

azab seksa dan penyesalan yang tidak terhingga.