usrahversity usrah diy bab 15 berita... · al-bara’ bin ‘azib r.a. berkata: “kami pernah...

19
USRAH VERSITY

Upload: others

Post on 13-Nov-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

USRAHVERSITY

Page 2: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

BAB 15

BERITA GEMBIRA

USRAHREMAJA

Page 3: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

Keindahan dunia seperti mawar

Page 4: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa

semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan

hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan)

serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah

seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan

tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu),

selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui

lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan

kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-

orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah

kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(Al-Hadiid 57:20)

Page 5: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi

kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan

lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang

yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan

kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".

(An-Nisaa' 4:77)

Page 6: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

Saat kematian seorang mukmin

6

Page 7: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w.

Sebaik sahaja tiba di kubur dan ketika jenazah itu dimasukkan ke liang lahad, maka Rasulullah s.a.w pun duduk, lalu kami pun duduk di sekeliling baginda. Suasana menjadi hening seakan-akan di atas kepala kami terdapat seekor burung. Nabi s.a.w. memegang sebilah lidi seraya mencungkil-cungkil tanah, kemudian mengangkat kepalanya.

Kemudian baginda bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada azab kubur. Baginda mengulang-ulang ucapannya itu sebanyak dua atau tiga kali”.

Page 8: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

Kemudian baginda berkata lagi: “Apabila seorang mukmin mahu meninggal dunia dan menuju ke alam akhirat, maka para malaikat yang wajahnya putih berseri akan turun dari langit. Wajah mereka itu cerah seperti sinaran matahari. Mereka membawa kain kafan daripada kafan di syurga, dan membawa wangian daripada wangian syurga. Lalu mereka duduk di sisi jenazah sejauh mata memandang. Kemudian datanglah Malaikat Maut lalu duduk di kepala jenazah itu.

Lalu Malaikat Maut itu berkata: “Wahai roh yang bersih, keluarlah menghadap keampunan dan keredhaan Allah”. Sabda Nabi s.a.w: “Maka roh itu pun keluar mengalir bagaikan titisan air mengalir ke tempat minuman lantas Malaikat Maut pun mengambilnya. Setelah Malaikat Maut mengambilnya, ia diambil pula oleh malaikat-malaikat dari langit tersebut dan di masukkan pula roh itu ke dalam kain kafan dan wangian syurga yang telah dipersiapkan [demikianlah firman Allah Ta`ala: “lalu utusan-utusan Kami (malaikat) mengambil nyawanya dan mereka itu (para malaikat) tidak cuai (dalam menjalankan kewajipan).” (Surah al-An`am: ayat 61). Roh itu keluar dari tubuhnya bagaikan haruman kasturi paling wangi yang pernah terdapat di bumi ini..

Page 9: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

“Kemudian malaikat-malaikat tersebut membawanya naik ke langit. Tidaklah para malaikat itu yang sedang membawa roh itu melalui sekumpulan malaikat melainkan malaikat-malaikat itu akan berkata: “Roh siapakah yang amat harum ini?” Malaikat-malaikat yang membawa roh tersebut menjawab: “Ini adalah fulan bin fulan” sambil menyebut namanya yang paling baik yang pernah diberikan kepadanya di dunia, sehinggalah mereka tiba di langit dunia. Malaikat tersebut meminta supaya dibukakan pintu dan malaikat penjaga langit dunia pun membukanya. Setiap kali roh tersebut naik ke atas langit berikutnya, ia dihantar oleh malaikat muqarrabin sehingga sampai ke langit ketujuh.

Lalu Allah berfirman kepada para malaikat tersebut: “Tulislah catatan amal hamba-Ku ini di tempat yang mulia bernama ‘Iliyyin dan kembalikanlah rohnya ke bumi. Sesungguhnya Aku telah Menciptakannya daripadanya (tanah) dan Aku kembalikan dia ke tanah serta suatu masa nanti Aku akan mengeluarkan mereka daripadanya.” Nabi s.a.w berkata: Maka roh itu dikembalikan ke jasadnya.

Page 10: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

Lalu datanglah dua malaikat lalu kedua-duanya mendudukkan jenazah tersebut di dalam kubur. Kedua-dua malaikat itu bertanya: “Siapakah Tuhan-mu”? Dia menjawab: Tuhanku adalah Allah. “Apakah agamamu”? Dia menjawab: Agamaku Islam. “Siapakah lelaki yang pernah diutus kepada kamu”? Dia menjawab: Dia adalah Rasulullah s.a.w. “Apakah ilmu kamu”? Dia menjawab: Aku membaca Kitab Allah (al-Quran), lalu aku mengimaninya dan mempercayainya.

Lalu penyeru di langit berkata: “Benarlah apa yang dikatakan hamba-Ku itu! Oleh demikian, hamparkan permaidani dari syurga, berilah pakaian dari syurga dan bukakanlah pintu syurga baginya”. Di datangkan kepada bau dan wangian syurga. Kuburnya pula diluaskan sejauh mata memandang. Sabda Nabi s.a.w: “Kemudian datang kepadanya seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang cantik, memakai pakaian yang indah dan memakai wangian. Lelaki itu berkata: “Berbahagialah dengan pelbagai kesenangan yang disediakan kepadamu hari ini. Inilah hari yang telah dijanjikan kepadamu”. Dia (jenazah) bertanya kepada lelaki itu: “Siapakah kamu ini? Sebab wajahmu ialah wajah yang datang dengan kebaikan”. Lelaki itu menjawab: “Aku adalah amal soleh kamu”. Lalu jenazah itu berkata: “Wahai Tuhanku, segerakanlah hari kiamat, sebab aku ingin berkumpul bersama-sama keluargaku dan hartaku”.

Page 11: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

BAGAIMANA KEADAAN SYURGA?

Pakaian ahli syurga bagaimana?

Minuman ahli syurga bagaimana?

Pasangan ahli syurga bagaimana?

Perbualan ahli syurga bagaimana?

Aktiviti ahli syurga bagaimana?

Page 12: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

HAKIKAT SYURGA

Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu

persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka

(dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan

mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh

yang mereka telah kerjakan.

(As-Sajdah 32:17)

Page 13: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

Pakaian

Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari

sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi

dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum

oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih

suci.

(Al-Insaan 76:21)

Page 14: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

Minuman

Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -

(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.

Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",

Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".

(Al-Insaan 76:15-18)

Page 15: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

Pasangan

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri

mereka dengan ciptaan istimewa,

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak

pernah disentuh),

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya

umurnya.

(Al-Waaqi'ah 56:35-37)

Page 16: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

(Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.

Seorang di antaranya berkata: "Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku). Katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)? Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan?" ‘

(Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: "Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?"

Maka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada di tengah-tengah neraka yang menjulang-julang.

Ia pun (menempelaknya dengan) berkata:" Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.

(As-Saaffaat 37:50-56)Perbualan

Page 17: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;

Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;

Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;

(An-Naba' 78:33-35)

Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.

Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;

Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir,

Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,

Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.

Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;

(Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

(As-Saaffaat 37:43-49)

Pesta

Page 18: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian,

ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.

Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-

orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-

sungguh (di dunia).

(As-Saaffaat 37:60-61)

Page 19: USRAHVERSITY Usrah DIY Bab 15 Berita... · Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi s.a.w. Sebaik sahaja tiba di kubur

BERITA GEMBIRA

RUMUSAN

Allah menjanjikan Syurga yang jauh lebih baik

daripada dunia. Jangan mudah tertipu dengan

keindahan dunia sebaliknya kejarlah tempat mu di

syurga.