sistem penggera kereta dwi hala sesi pengajian …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi...

25
PSZ 19:16Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya MOHAMMAD NAJMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 73A JALAN MASJID, EN ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEK KG HUJUNG BANDAR, Nama Penyelia 08200 SIK, KEDAH. Tarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 28-Oct-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya MOHAMMAD NAJMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ()

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atauSULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHADDisahkan oleh,

___________________________ ___________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:NO 73A JALAN MASJID, EN ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEKKG HUJUNG BANDAR, Nama Penyelia08200 SIK, KEDAH.

Tarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis iniperlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secaraPenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)’

Tandatangan : ..........................................................................

Nama Penyelia : EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEK

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 3: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA

MOHAMMAD NAJMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

iv

PENGAKUAN

“ Saya mengaku bahawa tesis ini yang bertajuk Sistem Penggera Kereta Dwi

Hala adalah keputusan dan idea saya, kecuali beberapa kerja yang diambil sebagai

rujukan.”

Tandatangan : _____________________________________________

Nama : MOHAMMAD NAJMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 5: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

iii

DEDIKASI

Dengan Ingatan Kasih dan Sayang Yang Abadi kepada

Ayahanda

ALLAHYARHAM ABDUL RAHMAN BIN HJ HASSAN

( Semoga rohmu dirahmati oleh Allah Subhanahu Wataala )

dan

Bonda

HABSAH BT HJ LATIFF

Yang telah mengorbankan sebahagian kehidupannya untuk membesarkanku

Ibu dan Ayah mertuaku yang memberi ketenangan

Teristimewa untuk pengorbanan isteriku

AISHAH BT HJ GHAZALI

dan putera puteriku

SOLAHUDDIN FAHMI DAN SITI KHADEEJAH

Serta sahabat-sahabatku.

Page 6: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

vi

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah

Rahmat dan IzinNya dapat penyelidik menyiapkan kajian ini. Penyelidik ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada En. Rosni

Zamuddin Shah Bin Sidek, selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini, dan Prof

Madya Dr. Azizi Bin Yahaya selaku penilai projek ini, di atas segala bimbingan,

bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan kajian projek ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan

seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun 4, Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan

banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.

Akhir sekali istimewa untuk isteri, pengorbanan serta dorongan yang

diberikan amat dihargai. Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan

dari Allah s.w.t.

Page 7: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

v

ABSTRAK

Projek ini bertujuan untuk membina prototaip Sistem Penggera Kereta Dwi Hala.

Sistem ini direka untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan sistem

penggera kereta. Projek ini dapat menyediakan satu sistem penggera tambahan

untuk kereta dengan menggunakan pemancar dan penerima yang berfungsi untuk

menghantar isyarat kepada pengguna jika terdapat sebarang pencerobohan

terhadap keretanya. Penghantaran isyarat tersebut menggunakan medium

gelombang radio dengan pelarasan gelombang yang telah ditetapkan. Gelombang

radio mempunyai kelebihan menerima dan menghantar maklumat dalam

lingkungan gelombang yang ditetapkan tanpa dihalang oleh sebarang objek di

dalam lingkungan tersebut. Sistem ini turut dilengkapi dengan sistem amaran

buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada

tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian

Statistical Packages For Social Science (SPSS) Version 14.0. Hasil analisis data

diterangkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Dapatan kajian

menunjukkan aspek keselamatan mempengaruhi responden dalam projek ini.

Aspek kedua ialah keperluan pemasangan sistem penggera, diikuti aspek

keberkesanan, aspek mesra pengguna dan aspek harga yang mempengaruhi

responden dalam kajian ini. Dicadangkan kajian akan datang mengaplikasi

telefon bimbit untuk pengguna menerima isyarat deringan atau bergegar serentak.

Page 8: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

vi

ABSTRACT

The aim of this project to built a prototype of dual direction car alarm system.

This system is designed to improve the ability and capacity of car alarm system.

This project can provide an additional alarm system for the car by using

transmitter and receiver that functions to sends signals to the consumer if there

were any invasion for the car. The signal was sent by the wave radio medium.

The wave radio has capability of receive and transmit the data in a tuned

frequency. The wave radio also capable to go through over any obstacle such as

buildings and the frequency is easily tuned. This system also furnished with

warning system buzzer, vibration and circuit breaker to make sure vehicle safety

at the maximum level. The analysis of the findings, using the Statistical Package

For Social Science (SPSS) version 14.0 software is illustrated in the form of

percentage, frequency and mean. The research finding showed that a safety is one

of the aspect that influenced the respondent in this project. Second aspect is this

needs to have car alarm installation, effectiveness aspect, friendly consumer

system and affordable price also attracted the respondent in this study. For the

future study, we propose the research to apply the use of mobile phone for the

consumers to receive the signal by ring tone and buzzering.

Page 9: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN PEMBIMBING

JUDUL i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

Page 10: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

viii

1.7 Skop Projek 8

1.8 Definisi dan Terminologi 9

1.9 Kesimpulan 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Prinsip Reka Cipta 13

2.3 Teori Reka Cipta 15

2.4 Kajian Terhadap Reka Cipta 16

2.5 Alat Penyaring 17

2.6 Pengujian Penyaring 18

2.7 Penilaian Pakar 19

2.8 Soal Selidik 19

2.9 Perancangan Pembinaan Projek 19

2.9.1 Bahan 20

2.9.2 Peralatan 20

2.9.3 Masa 21

2.10 Bekalan Kuasa 21

2.11 Kesimpulan 21

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Kaedah Dan Teknik Pembuatan 22

3.3 Komponen Tambahan 23

3.4 Pembinaan Prototaip 24

3.4.1 Merancang Tanda 26

3.4.2 Pemasangan 26

3.4.2.1 Pemasangan Pada Bahagian

Kereta

26

3.4.2.2 Pemasangan Pada Alat Kawalan

Jauh

27

Page 11: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

ix

3.4.3 Carta Gantt 27

3.5 Kerja Pemasangan 29

3.5.1 Pemasangan Mikro Pengawal 29

3.5.2 Pemasangan Alat Penyaring 30

3.5.3 Alatan Pematerian 33

3.5.3.1 Pemateri 33

3.5.3.2 Penyedut Timah Pemateri 34

3.5.3.3 Dawai Timah 34

3.5.3.4 Span Pengesat Mata Pemateri 34

3.6 Kos Perbelanjaan Projek 35

3.7 Pengoperasian Sistem Penggera Kereta Dwi Hala 36

3.8 Aplikasi Penyaring Dalam Sistem Penggera

Kereta

37

3.8.1 Kedudukan Antena Tambahan 38

3.8.2 Pengesan Pintu 39

3.8.3 Penggera 39

3.8.4 Penerima Kod Kunci 39

3.8.5 Mikro pengawal 40

3.9 Litar Pemancar dan Penerima 02

3.10 Populasi Kajian 42

3.11 Instrumen Kajian

3.11.1 Pengujian Penyaring

3.11.2 Penilaian Pakar

3.11.3 Soal Selidik

43

43

43

44

3.12 Kesahan Soal Selidik 45

3.13 Kajian Rintis 45

3.14 Analisis Data 46

3.15 Kesimpulan 48

Page 12: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

x

BAB IV PENGUJIAN REKA CIPTA DAN ANALISA

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Analisis Pengujian Penyaring 50

4.3 Analisis Penilaian Pakar 50

4.4 Analisis dan Keputusan Soal Selidik 53

4.4.1 Analisis Bahagian A : Biodata Responden 54

4.4.1.1 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 55

4.4.1.2 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Umur 55

4.4.1.3 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Bangsa. 56

4.4.1.4 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Status. 56

4.4.1.5 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Tahap Pendidikan. 57

4.4.1.6 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Kerjaya. 58

4.4.1.7 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Pendapatan 58

4.4. Analisis Bahagian B: Analisa Setiap Item

Mengikut Aspek Pemasangan 59

4.4.2.1 Aspek Mesra Pengguna

4.4.2.2 Aspek Keberkesanan Sistem

4.4.2.3 Aspek Harga

4.4.2.4 Aspek Keselamatan

4.4.2.5 Aspek Keperluan

59

62

64

66

68

4.11 Analisis Keseluruhan 70

4.12 Kesimpulan 71

Page 13: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

xi

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 72

5.2 Perbincangan 73

5.2.1 Pengujian Penyaring 73

5.2.2 Penilaian Pakar 74

5.2.3 Soal Selidik 74

5.2.3.1 Aspek Mesra Pengguna 75

5.2.3.2 Aspek Keberkesanan Sistem 76

5.2.3.3 Aspek Harga 77

5.2.3.4 Aspek Keselamatan 78

5.2.3.5 Aspek Keperluan Sistem 79

5.3 Rumusan 80

5.3.1 Pengujian Penyaring

5.2.2 Penilaian Pakar

5.3.2 Soal Selidik

5.3.2.1 Aspek Mesra Pengguna

5.3.2.2 Aspek Keberkesanan Sistem

5.3.2.3 Aspek Harga

5.3.2.4 Aspek Keselamatan

5.3.2.5 Aspek Keperluan Sistem

80

80

81

81

81

82

82

82

5.4 Cadangan 83

5.5 Kesimpulan 84

RUJUKAN

LAMPIRAN

Lampiran A - E

85

88-103

Page 14: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

xii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK HALAMAN

1.1 Jenayah Indeks 2005 Hingga 2007 4

3.1 Senarai Alatan 23

3.2 Senarai Bahan 24

3.3 Carta Gantt Projek Reka Cipta 28

3.4 Pemeringkatan Skala Likert 1 47

3.5 Pemeringkatan Skala Likert 2 47

3.6 Analisis Petanda Skor Min 48

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan RespondenMengikut Jantina.

55

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan RespondenMengikut Umur.

55

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan RespondenMengikut Bangsa.

56

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan RespondenMengikut Status.

56

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan RespondenMengikut Pendidikan.

57

4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan RespondenMengikut Kerjaya.

58

4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan RespondenMengikut Pendapatan Sebulan.

58

4.8 Analisis Kekerapan, Peratus Dan Min RespondenYang Menjawab Item Bagi Aspek MesraPengguna.

60

Page 15: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

xiii

4.9 Analisis Kekerapan, Peratus Dan Min RespondenYang Menjawab Item Bagi Aspek KeberkesananSistem.

62

4.10 Analisis Kekerapan, Peratus Dan Min RespondenYang Menjawab Item Bagi Aspek Harga.

64

4.11 Analisis Kekerapan, Peratus Dan Min RespondenYang Menjawab Item Bagi Aspek KeselamatanKereta.

66

4.12 Analisis Kekerapan, Peratus Dan Min RespondenYang Menjawab Item Bagi Aspek Keperluan.

68

4.13 Taburan Min Keseluruhan Bagi Sistem PenggeraKereta Dwi Hala

70

Page 16: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Penyaring 17

2.2 Bentuk Penyaring 18

3.1 Carta Aliran Kerja Prototaip 25

3.2 Mikro Pengawal Yang Diaplikasikan Dalam

Projek.

29

3.3 Kedudukkan Mikro Pengawal Pada Sebuah

Kereta

30

3.4 Alat Kawalan Jauh 30

3.5 Pematerian pada wayar bahagian alat penyaring 31

3.6 Penyambungan alat penyaring pada papan litar 31

3.7 Meletakkan gam pada bahagian yang dipateri 32

3.8 Papan litar Alat Kawalan Jauh yang telah siap

dibuat kemasan 32

3.9 Pengujian litar dilakukan dengan menggunakan

Multimeter 33

3.10 Sistem Penggera Kereta Dwi Hala 36

3.11 Komponen utama dalam Sistem Penggera Kereta

Dwi Hala 38

3.12 Litar Pemancar Dan Penerima Pada Alat

Kawalan Jauh 41

3.13 Litar Penerima Dan Pemancar Pada Kereta 42

Page 17: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

xv

5.1 Taburan Setiap Item Bagi Aspek Mesra

Pengguna

75

5.2Taburan Setiap Item Bagi A Taburan Setiap Item Bagi Aspek Keberkesanan

Sistem. 76

5.3 Taburan Setiap Item Bagi Aspek Harga 77

5.4 Taburan Setiap Item Bagi Aspek Keselamatan 78

5.5 Taburan Setiap Item Bagi Aspek KeperluanPemasangan Sistem

79

Page 18: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

xvi

SENARAI SINGKATAN

JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan

PDRM - Polis Di Raja Malaysia

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

Page 19: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Borang Penilaian Pakar 88

B Soal Selidik 90

C Surat Pengesahan Penilaian Pakar 98

D Surat Pengesahan Pakar Bidang 100

E Analisis Data – Reliability Coefficients (Alpha) 102

Page 20: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Teknologi automatif negara telah berkembang maju. Dari hari ke hari akan

muncul model kereta baru di pasaran. Terbaru munculnya kereta Saga keluaran

Perusahaan Automobil Nasional Sdn Bhd telah dilancarkan pada 8 Januari 2007.

Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat jumlah pemilikan kenderaan-kenderaan ini

semakin bertambah dari hari ke hari. Menurut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan

(JPJ), sehingga bulan Disember 2007, terdapat sebanyak 10 juta kenderaan yang

berdaftar dengan JPJ di negara ini. Ini termasuklah kenderaan jenis motor dan

motokar milik persendirian.

Peningkatan kes-kes kecurian kenderaan di negara ini bagaikan menjadi satu

fenomena. Angka-angka statistik yang ditunjukkan semakin bertambah dari semasa

ke semasa dan ianya seolah-olah seperti sukar dibendung. Sepanjang tahun 2007,

sejumlah 26,566 kenderaan dilaporkan hilang atau purata 73 unit sehari,

membabitkan tuntutan insurans lebih RM557 juta dengan sebahagian besarnya

motosikal dan kereta persendirian. (Berita Harian, 26 Oktober 2007).

Page 21: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

2

Pada umumnya, projek ini direka berdasarkan kepada sistem keselamatan

kereta pada masa kini. Sistem keselamatan kereta dipilih disebabkan oleh

penggunaannya secara meluas sebagai pengangkutan paling utama di dunia. Dengan

kemajuan teknologi yang semakin berkembang, kecanggihan sistem keselamatan

kereta yang ada sekarang telah dapat dicerobohi. Penceroboh dengan mudah dan

cepat dapat memasuki kereta, mematikan bunyi penggera dan menghidupkan enjin

keret a tanpa menggunakan kunci Walaupun telah banyak sistem keselamatan

kereta yang direka sekarang, namun kehilangan dan kecurian kereta tidak dapat

ditangani. Statistik menunjukkan 4,907 kereta hilang di Malaysia dalam tempoh lima

bulan pertama 2007 berbanding 4,398 buah dalam tempoh yang sama tahun lalu iaitu

peningkatan kes sebanyak 11.5 peratus. (Utusan Malaysia, 10 Julai 2007)

Kereta kini mempunyai sistem penggera yang menggunakan gelombang yang

berfungsi hanya mengunci dan membuka serta mengeluarkan siren apabila kereta

dicerobohi. Ada setengah kereta cukup sensitif pada sebarang bentuk kekerasan atau

tindakan kuat pada badan kereta malah bunyi guruh mampu mengaktifkan sistem

penggera. Hakikatnya pemilik tidak mengetahui keadaan sebenar keretanya dalam

waktu terpantas kerana bunyi siren dihalang oleh jarak jauh dan objek seperti dinding

terutamanya ketika berada di dalam bangunan. Kesannya tindakan segera tidak

dapat diambil oleh pemilik dan pihak berkuasa.

Atas kesedaran inilah, satu alternatif bagi mengekang masalah ini daripada

berleluasa diyakini dapat diatasi dengan terciptanya “Sistem Penggera Kereta Dwi

Hala”. Sistem ini berfokuskan kepada keselamatan kereta semasa pemilik berada

berjauhan dari keretanya dalam lingkungan 500 meter. Pemilik kenderaan akan

diberitahu dengan getaran pada alat kawalan jauh yang ada padanya dengan

menggunakan gelombang radio.

Selain itu, projek ini menghasilkan bunyi penyaring. Rasionalnya adalah

memberikan kesan yang lebih kepada pemilik kereta jika keretanya dicerobohi. Jika

getaran tidak dapat dirasa, bunyi penyaring dapat memberi amaran awal kepada

pemilik kereta tersebut untuk bertindak. Kemungkinan ini terjadi jika alat kawalan

jauh di simpan di dalam beg atau tempat yang tersembunyi dari pemilik kereta.

Pemilik kereta dapat mengambil tindakan susulan jika mendapat amaran awal seperti

Page 22: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

3

memutuskan litar sistem penghidup motor (starter) pada kereta tersebut. Tindakan

ini menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Jenayah yang berkaitan dengan kecurian kenderaan di negara ini merupakan

suatu yang berlaku sepanjang masa dengan tidak mengira tempat dan keadaan

kenderaan yang dicuri. Bilangan kenderaan khususnya kereta sukar dibendung. Ciri–

ciri keselamatan yang kurang berkesan adalah faktor kepada berlakunya kejadian ini

berleluasa.

Jika dilihat laporan statistik Jenayah Indeks Tahun 2005-2007 yang terkini

daripada Jabatan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), kadar kes-kes kecurian kenderaan

memberikan peratus yang cukup membimbangkan kepada semua pihak. Berdasarkan

jadual 1.1 didapati 9,711 jumlah kes kecurian kereta berlaku pada tahun 2005.

Begitu juga pada tahun 2006 sebanyak 11,101 kes kecurian kereta berlaku iaitu

meningkat sebanyak 1,390 atau 14.31 peratus.

Page 23: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

4

Jadual 1.1 : Jenayah Indeks 2005 hingga 2007

2005 2006

2007

(Januari-

Ogos)Jenayah Kekerasan

JumlahKes

KesSelesai

JumlahKes

KesSelesai

JumlahKes

KesSelesai

Bunuh 497 328 604 385 383 266

Cuba Bunuh 94 75 * * * *

Rogol 1,887 1,769 2,435 2,238 2,144 1,965

Cabul Kehormatan * * 2,023 1,646 1,576 1,282

Samun Berkawan Bersenjata Api 40 7 68 18 22 8

Samun Berkawan Tanpa SenjataApi 1842 774 2,658 1,043 1,918 647

Samun Bersenjata Api 317 59 247 44 155 17

Samun Tanpa Senjata Api 13,210 6,474 18,446 7,878 12,936 5,239

Pemerasan * * 1,549 1,020 1,230 796

Ugutan Jenayah * * 6,336 4,972 5,493 4,239

Merusuh * * 2,261 1,627 1,744 1,236

Mencederakan 4,246 3,546 5,716 4,582 4,501 3,571

Curi 34,317 19,626 37,128 20,099 28,865 14,118

Curi Van/Lori/Jentera Berat 5,507 1,667 6,328 587 3,384 600

Curi Motokar 9,711 4,532 11,101 2,935 7,954 1,810

Curi Motosikal 51,709 22,448 64,858 10,330 43,652 12,319

Curi Ragut 9,617 5,325 9,551 4,264 7,176 2,570

Pecah Rumah Siang Hari 6,923 2,653 8,253 2,749 6,296 1,958

Pecah Rumah Malam Hari 17,542 7,001 19,060 6,864 14,356 4,273

Jumlah 135,326 63,252156,27947,828 111,68337,648

Jumlah Jenayah Indeks 157,459 76,284198,62273,281 143,78556,914

Sumber : Polis Diraja Malaysia

Page 24: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

5

1.3 Penyataan Masalah

Penggunaan produk berkaitan keselamatan semakin mendapat perhatian

pengguna baik di dalam negara atau luar negara. Banyak pihak berusaha untuk

mencipta produk keselamatan dan menawarkan kepada pengguna dengan pelbagai

inovasi yang berkaitan dengan penjagaan produk keselamatan baik berupa produk

keselamatan rumah, bangunan mahupun kenderaan. Produk-produk ini didatangkan

dengan pelbagai ciri yang dapat menarik perhatian pengguna untuk

menggunakannya.

Dalam penggunaan alat penggera kereta sekarang yang hanya mengeluarkan

bunyi penggera pada kereta sahaja dan tidak lebih dari itu. Apabila berlaku

pencerobohan kereta, pemilik kereta tidak menyedari akan kejadian tersebut kecuali

ia berada berhampiran keretanya. Siren yang berbunyi hanya menakutkan pencuri

sahaja tetapi hakikatnya pengguna tidak mengetahuinya. Justeru itu, produk Sistem

Penggera Kereta Dwi Hala ini dicipta untuk memberi kemudahan kepada pemilik

kereta untuk menjaga kereta mereka daripada dicuri pada jarak yang jauh.

1.4 Objektif Kajian

Projek Sistem Penggera Kereta Dwihala ini dilaksanakan untuk mencapai

objektif berikut :

1.4.1 Mengetahui penggunaan alat penyaring yang mesra pengguna

pada Sistem Penggera Kereta Dwi Hala.

1.4.2 Mengenal pasti tahap keberkesanan alat penyaring dalam

meningkatkan keselamatan kereta.

1.4.3 Mengetahui penambahan alat penyaring mempengaruhi aspek harga

dalam Sistem Penggera Kereta Dwi Hala.

Page 25: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA SESI PENGAJIAN …€¦buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan

6

1.4.4 Mengenal pasti tahap keselamatan kereta dengan penambahan alat

penyaring pada Sistem Penggera Kereta Dwi Hala.

1.4.5 Mengenal pasti penggunaan alat penyaring dalam Sistem

Penggera Kereta Dwi Hala dalam memenuhi keperluan pengguna

kereta.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah aspek mesra pengguna menjadi keutamaan pemasangan pada

Sistem Penggera Kereta Dwi Hala ?

1.5.2 Apakah penambahan alat penyaring dapat meningkatkan

keberkesanan dalam Sistem Penggera Kereta Dwi Hala?

1.5.3 Apakah dengan penambahan alat penyaring dapat mempengaruhi

peningkatan harga dalam Sistem Penggera Kereta Dwi Hala?

1.5.4 Apakah dengan penambahan alat penyaring dapat mempengaruhi

peningkatan tahap keselamatan kereta?

1.5.5 Apakah dengan penambahan alat penyaring dalam Sistem Penggera

Kereta Dwi Hala dapat memenuhi keperluan pengguna kereta?