jun 2019: jilid 2 (isu 3) isejahtera€¦ · 1 isejahtera jun 2019: jilid 2 (isu 3) kesejahteraan...

46
iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan Penggunaan Gadjet Terhadap Kesihatan Mental Pengenalan Kecerdasan Emosi Pandangan Positif Terhadap Kematian Kekalkan Motivasi di Tempat Kerja Keterlibatan Ergonomik menjamin Kesejahteraan Pekerja Jurang Kuasa dan Persekitaran Kerja yang Kondusif Presenteeism: The Invisible Staf Hikmah Keluarga Komuter Model Daya Tindak: Kesejahteraan dalam Penjagaan Sosial Kesihatan Khidmat Bantuan & Nasihat Bebas Dadah Melalui Cure & Care Service Centre (CCSC): Program Pemulihan Dadah Dalam Komuniti Intervensi Ibu Hamil Tanpa Nikah: Menjamin Kesejahteraan Zuriat Highly Active Antiretroval Theraphy (HAART): Sinar bagi Pengidap HIV Positif Semangat Kemasyarakatan Kunci Kebangkitan & Kesejahteraan Mangsa Banjir

Upload: others

Post on 18-Oct-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

1

iSEJAHTERA

Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3)

KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA,

KERJAYA & KOMUNITI

Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan Penggunaan Gadjet Terhadap Kesihatan Mental Pengenalan Kecerdasan Emosi Pandangan Positif Terhadap Kematian Kekalkan Motivasi di Tempat Kerja Keterlibatan Ergonomik menjamin Kesejahteraan Pekerja Jurang Kuasa dan Persekitaran Kerja yang Kondusif Presenteeism: The Invisible Staf Hikmah Keluarga Komuter Model Daya Tindak: Kesejahteraan dalam Penjagaan Sosial Kesihatan Khidmat Bantuan & Nasihat Bebas Dadah Melalui Cure & Care Service Centre (CCSC): Program Pemulihan Dadah Dalam Komuniti Intervensi Ibu Hamil Tanpa Nikah: Menjamin Kesejahteraan Zuriat Highly Active Antiretroval Theraphy (HAART): Sinar bagi Pengidap HIV Positif Semangat Kemasyarakatan Kunci Kebangkitan & Kesejahteraan Mangsa Banjir

Page 2: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

2

iSejahtera, Jun 2019, Jilid 2 (Isu 3)

Kandungan GEGARAN GENERASI DIGITAL: CABARAN DAN KESAN PENGGUNAAN ALATAN KOMUNIKASI

TERHADAP KESIHATAN MENTAL ................................................................................................................. 4

PENGENALAN KECERDASAN EMOSI ............................................................................................................ 7

PANDANGAN POSITIF TERHADAP KEMATIAN ........................................................................................... 11

KETERLIBATAN ERGONOMIK MENJAMIN KESEJAHTERAAN PEKERJA ...................................................... 14

JURANG KUASA & PERSEKITARAN KERJA KONDUSIF ............................................................................... 19

PRESENTEESM: THE ‘INVISIBLE’ EMPLOYEE .............................................................................................. 22

KEKALKAN MOTIVASI DI TEMPAT KERJA ................................................................................................... 25

HIKMAH KELUARGA KOMUTER ................................................................................................................. 27

MODEL DAYA TINDAK: KESEJAHTERAAN DALAM PENJAGAAN SOSIAL KESIHATAN ............................... 31

KHIDMAT BANTUAN & NASIHAT BEBAS DADAH MELALUI CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC):

SUATU PROGRAM PEMULIHAN DADAH DALAM KOMUNITI .................................................................... 34

HIGHLY ACTIVE ANTIRETROVAL THERAPHY (HAART): SINAR BAGI PENGHIDAP HIV POSITIF ................. 37

INTERVENSI IBU HAMIL TANPA NIKAH: MENJAMIN KESEJAHTERAAN ZURIAT ....................................... 40

SEMANGAT KEMASYARAKATAN KUNCI KEBANGKITAN & KESEJAHTERAAN MANGSA BANJIR ............. 42

Page 3: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

3

\

MENUJU KESEIMBANGAN

Keseimbangan hidup adalah asas

kesejahteraan manusia. Manusia yang

sejahtera bukan hanya berjaya dalam

satu sudut sahaja namun mengabaikan

aspek hidup yang lain. Sebaliknya,

manusia yang sejahtera mempunyai

kehidupan yang seimbang dan dapat

berfungsi dengan baik dalam keluarga,

komuniti dan organisasi.

Sehubungan itu, topik iSejahtera

bagi Jilid 2, Isu 3 kali ini fokus kepada isu

kesejahteraan dalam empat segmen

kehidupan. Segmen pertama fokus

kepada isu kesejahteraan mental iaitu

nomofobia, kecerdasan emosi dan

pandangan positif terhadap kematian.

Segmen kedua pula fokus kepada isu

kesejahteraan di tempat kerja yang

meliputi aspek ergonomik, jurang

kuasa, persekitaran kerja, kehadiran

dan motivasi di tempat kerja.

Segmen ketiga pula terfokus

kepada kesejahteraan hidup

berkeluarga iaitu dalam konteks

keluarga komuter, manakala segmen

keempat fokus kepada kesejahteraan

hidup manusia dalam komuniti iaitu

wanita hamil tanpa nikah, penagih

dadah, penghidap HIV, penjaga

kesihatan dan mangsa banjir.

DARIPADA EDITOR

PENAUNG Prof. Dr. Hazita Azman

PENASIHAT

Prof. Madya Dr Wan Shahrazad Wan Sulaiman

KETUA EDITOR Dr Jamiah Manap

([email protected])

EDITOR SEKSYEN Dr Siti Marziah Zakaria Dr Mohd Nasir Selamat

Dr Noremy Md Akhir

PANEL PAKAR PSITRA Prof Madya Dr Fauziah Ibrahim

Dr Daniela Mokhtar Dr Mohammad Suhaimi Mohammad

Dr Mohd Nasir Selamat Dr Nasrudin Subhi

Dr Nurul-Azza Abdullah Dr Nur Saadah Mohamad Aun

Dr Salina Nen Dr Suzana Hoesni

Puan Najwa Afiqa Roshaizad Puan Rusyda Helma

© HAKCIPTA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN

KEMANUSIAAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN

MALAYSIA 2018

HAKCIPTA TERPELIHARA. Tiada bahagian

daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,

disimpan untuk pengeluaran atau ditukar

dalam apa bentuk atau dengan alat apa juapun,

kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis

dari FSSK UKM terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh/Published in

Malaysia by

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,

43600 Bangi, Selangor D. E., MALAYSIA

Page 4: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

4

GEGARAN GENERASI DIGITAL: CABARAN DAN

KESAN PENGGUNAAN ALATAN KOMUNIKASI

TERHADAP KESIHATAN MENTAL

Bolehkah kita hidup tanpa gadget? Tanpa telefon? Tanpa Facebook, Instagram, Youtube, Twitter mahupun Whatsapp? Setiap hari hidup kita menjadi tidak lengkap tanpa jari jemari kita berupaya mengakses kepada internet. Paling merisaukan lagi apabila tabiat ini dilabelkan sebagai satu tingkahlaku gangguan mental yang dinamakan narcissism. Apa itu narcissism? Ia adalah satu terminologi dalam kesihatan mental mengenai seseorang yang mempunyai gangguan personaliti di mana seseorang itu dikatakan suka akan diri sendiri secara berlebih-lebihan. Kebiasaannya individu yang narsistik dikatakan mengisi ruang waktu dengan berswa-foto dan mengepos di media-media sosial seperti Facebook dan Instagram bagi meraih likes atau komen dari rakan-rakan di alam maya. Malah ada juga mereka yang ketagih permainan video atau anime sehingga lupa akan tanggungjawab sosial mereka. Misalnya, sanggup tidak makan, tidur atau solat kerana terlalu asyik bermain secara online demi untuk mengumpul mata atau naik tahap, pendek kata ingin mengejar

ranking supaya tampak hebat di mata rakan-rakan.

Fenomena applikasi gadget seperti

smartphones & androids sudah menjadi keperluan dan bukan lagi kemewahan dalam kalangan generasi muda pada hari ini. Jika gadget atau alatan komunikasi ini dijadikan pasak agen sosial, maka kita sebenarnya melahirkan masyarakat yang cepat panik dan mudah kecewa. Semua orang yang mengikuti teknologi telah menjadikan gadget sama ada telefon bimbit atau komputer tablet sebagai ‘kawan-karib’ dengan cara kita bermesej, tweet, emel, updates status di laman sosial mahupun menekan butang likes bagi setiap berita/gosip/posting yang dipaparkan di skrin digital. Jika ini menjadi wadah informasi seharian maka generasi digital pada hari ini menjadi tidak gemar membaca buku. Apa yang digemari adalah komik, majalah fesyen dan blogs yang memaparkan kisah-kisah celebiriti popular samada artis atau ahli perniagaan.

Dr Mohd Suhaimi Mohammad

Page 5: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

5

Terdapat banyak kajian yang mengkaji kesan teknologi terhadap kesihatan mental. Salah satu hasil kajian kesihatan mental menunjukkan semakin ramai golongan muda atau generasi Y yang menghidapi masalah kecelaruan mental seperti ADHD, kemurungan atau OCD (Obsessive Cumpulsive Disorder) akibat penggunaan teknologi (Powel et al. 2010). Penemuan ini selari dengan penemuan kajian yang dilakukan oleh seorang profesor psikologi di Amerika Syarikat, Dr. Larry Rosen yang mencadangkan bahawa obsesi terhadap gadget menyebabkan satu epidemik kecelaruan psikologikal dalam kalangan belia masa kini (Rosen 2012). Tidak hairanlah kes-kes penyakit mental semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Paling menyedihkan lagi, tanpa kita menyedari ramai yang telah menjadi mangsa

teknologi yang digelar ‘mangsa skrin’, misalnya pekerja yang menerima emel dari majikan tanpa membezakan waktu kerja dengan waktu peribadi. Ramai yang tidak menyedari bahawa emel atau Whatsapp yang berkaitan dengan kerja telah mencerobohi hak privasi pengguna dan kadang kala pengguna terpaksa berfikir hal kerja walaupun di rumah atau di tempat sosial. Hakikatnya kita seolah-olah bekerja 24 jam walaupun selepas waktu kerja. Situasi ini menjadikan kita sebagai salah seorang penghidap kepada penyakit baru yang dikenali sebagai “iDisorder”.

Justeru, jika ledakan fenomena ini berterusan, maka lebih ramai antara kita yang akan

menerima kesan langsung dan tidak langsung ke atas penggunaan gadget dalam kehidupan seharian, terutamanya ke atas hubungan sosial dan pembangunan kendiri seseorang individu. Jelas pada dasarnya laman sosial, gadget, smartphones atau komputer tablet seperti tab/ipad memberi kesan negatif di samping kesan yang positif ke atas perkembangan teknologi. Kesan negatif yang paling ketara apabila gadget mampu menjadkan individui lebih dekat antara sama lain tetapi nilai hubungan sosial berterusan menjadi hambar. Bukan itu sahaja mereka seolah-olah kurang berkomunikasi secara verbal dan lebih bergantung kepada komunikasi virtual. Selain itu, penggunaan gadget dan internet turut mendedahkan kepada buli siber dan serangan seksual. Malah maklumat dan informasi peribadi adalah terdedah kepada pencuri data apabila kebanyakkan platform media sosial menggunakan algoritma dalam sistem mereka.

Walaubagaimanapun, penggunaan gadget secara berhemah dan beretika memberi kesan yang positif terutamanya bagi tujuan pendidikan dan perhubungan sosial. Misalnya melalui jaringan sosial media, tahap penghargaan kendiri dan sokongan sosial seseorang itu juga turut akan meningkat. Apa yang penting adalah bijak membuat pilihan. Kenalpasti keutamaan dalam tugasan seharian dan tidak bergantung kepada aplikasi gadget semata-mata tetapi lebih mengutamakan hubungan sosial secara bersemuka. Kepada ibu bapa, kawalan sosial kepada anak-anak dalam menggunakan gadget adalah penting, jangan jadikan gadget sebagai satu alat mententeramkan jiwa anak-anak tetapi gunalah kata-kata nasihat dan bimbingan secara fizikal dalam mendidik anak-anak. Jika tindakan mengawal applikasi gadget ini tidak bermula dari kecil agaknya bila lagi? “Kalau hendak meluntur buluh, biarlah dari rebungnya!”

Page 6: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

6

Rujukan Powel, J., Martin, S., Sutcliffe, P., Todkill, D., Gilbert, E., Paul, M. & Sturt, J. (2010). Young People

& Mental Health: The Role of Information and Communication Technology. UK: Warwick Medical School.

Rosen, L. D. (2012). IDisorder: Understanding our obsession with technology and overcoming its

hold on us. New York: Palgrave Macmillan.

Page 7: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

7

PENGENALAN KECERDASAN EMOSI

Kecerdasan emosi boleh di ertikan sebagai keupayaan individu untuk menyedari, mengawasi dan

mengawal emosi sendiri dan juga emosi individu lain. Kecerdasan emosi juga bermaksud

seseorang individu itu boleh membezakan satu emosi dengan satu emosi yang lain, dan

menggunakan informasi itu dalam cara pemikiran dan tingkahlaku seharian (Goleman, 2000).

Bayangkan anda sedang mendengar rintihan rakan sekerja anda tentang hal-hal kerjanya

yang tidak menjadi, atau anda melayan anak-anak kecil anda yang sedang menangis. Ini semua

adalah contoh bagaimana anda menggunakan kecerdasan emosi.

Beza EQ dan IQ

Kecerdasan emosi (EQ) berkisarkan tentang bagaimana kita mengenalpasti emosi, samada emosi

diri sendiri ataupun orang lain. Ianya juga berkenaan dengan cara kita berhubung dan

berkomunikasi tentang emosi kita. Kecerdasan kognitif pula melibatkan kecerdasan am yang

dikenalpasti melalui ujian-ujian yang dijalankan seperti matematik, kefahaman bahasa,

pemikiran kritikal dan lain-lain.

Beza EQ dan SQ

Kecerdasan emosi lebih kepada keadaan, emosi, dan perasaan yang sedang berlaku sekarang,

seperti seorang ibu memahami perasaan bayinya yang sedang menangis, atau bagaimana

memahami perasaan diri apabila kita mendapat kenaikan pangkat di tempat kerja.

Dr Nurul- Azza Abdullah

Page 8: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

8

Kecerdasan sosial adalah lebih kepada keadaan masa hadapan. Ianya adalah penggunaan

informasi atau pengetahuan kini untuk memperbaiki atau menentukan kecemerlangan keadaan

masa hadapan. Contoh, seorang pekerja mengetahui yang pengurusnya akan tentu memarahinya

jika dia memberitahu tentang berita buruk dengan cara yang terus. Pengetahuan ini adalah

berdasarkan pengetahuan atau pengalamannya yang lepas. Ianya digunakan untuk mengelakkan

dirinya dari dimarahi.

Boleh disimpulkan yang kecerdasan emosi adalah berkenaan memahami personaliti atau

tingkahlaku reaktif manusia untuk membantu kita supaya lebih bersedia untuk bertindak dengan

sebaiknya di masa hadapan. Manakala kecerdasan emosi adalah berkenaan dengan bagaimana

kita memahami seseorang itu dalam keadaan yang sedang berlaku.

Teori Terkenal Kecerdasan Emosi:

Mayer dan Salovey:

Mayer dan Salovey (1997) mencadangkan bahawa kecerdasan emosi adalah keupayaan kognitif

yang berasingan dan pada masa yang sama juga berkaitan dengan kecerdasan am. Model ini

terdiri daripada empat kebolehan (atau dimensi) yang berbeza; persepsi emosi, kemudahan

emosi, pemahaman emosi, dan pengurusan emosi (Mayer & Salovey, 1997).

1. Persepsi emosi: Keupayaan untuk merasakan emosi dalam diri sendiri dan orang lain

dengan tepat.

2. Kemudahan emosi: Keupayaan untuk menggunakan emosi untuk memudahkan

pemikiran.

3. Pemahaman emosi: Keupayaan untuk memahami emosi, bahasa emosi, dan isyarat yang

disampaikan oleh emosi.

4. Pengurusan emosi: Keupayaan untuk menguruskan emosi supaya mencapai matlamat

tertentu.

Page 9: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

9

Rajah 1

Mayer and Salovey’s (1997) Model of Emotional Intelligence

Sumber: http://positivepsychology.org.uk/emotional-intelligence-mayer-salovey-theory/

Daniel Goleman: Daniel Goleman, (2002), adalah seorang ahli psikologi yang membantu membina gagasan kecerdasan emosi popular dimata dunia kini, beliau membentangkan konsep kecerdasan emosi dengan empat elemen:

1. Kesedaran diri – Memahami emosi diri sendiri dan bagaimana ianya memberi kesan kepada pemikiran dan tingkahlaku anda

2. Pengurusan diri –

Pengawalan emosi dan sikap impulsif, pengurusan emosi anda dengan cara yang sihat dan

terbaik.

Page 10: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

10

3. Kesedaran Sosial –

Memahami emosi, keperluan dan kebimbangan orang lain melalui empati dan kesedaran

organisasi atau persekitaran

4. Kemahiran sosial

–Bagaimana untuk mengekalkan perhubungan baik dan sihat, melalui cara mempengaruhi orang lain, kolaborasi, pengurusan konflik dan kepimpinan inspirasi.

Rajah 2

Model Kecerdasan Emosi dari Daniel Goleman (2002)

Sumber: https://www.educational-business-articles.com/emotional-intelligence-theory/

Page 11: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

11

PANDANGAN POSITIF TERHADAP KEMATIAN

Kematian merupakan salah satu daripada proses dalam kitaran hidup manusia dan tahap terakhir dalam fasa kehidupan seseorang individu. Kematian merupakan isu yang penting kerana ia berkait rapat dengan kehidupan seseorang manusia yang pasti dilalui oleh setiap manusia.

Ahli sains sosial dan profesion menolong telah banyak memberikan perhatian kepada aspek kematian. Kematian bukan sahaja mempengaruhi kesejahteraan hidup seseorang individu tersebut tetapi juga orang yang berada di sekelilingnya. Ini termasuk pasangan, anak dan rakan sekerja yang berhubung rapat dengan mereka. Sebagai contoh, keadaan di mana seseorang individu apabila diberitahu pakar perubatan bahawa dia akan hidup untuk beberapa tempoh yang singkat atau kehilangan kehilangan orang tersayang secara mengejut disebabkan kemalangan. Seseorang individu yang periang boleh menjadi murung dan hiba bertingkah laku serta bersikap secara negatif terhadap kehidupan. Ini merangkumi keadaan di mana yang dapat menimbulkan rasa sedih yang berpanjangan dalam diri seseorang indvidu, rasa putus asa dalam

hidup, kemurungan dan keputusan radikal iaitu mencederakan diri sendiri dan keinginan untuk membunuh diri.

Oleh kerana itu, jika isu kematian tidak dapat ditangani dengan baik, ia dapat menimbulkan banyak situasi yang kurang sejahtera dalam keadaan individu. Semakin ramai pengkaji mula mengkaji tentang kepentingan menghadapi kematian secara positif yang bertujuan membantu individu yang menghadapi kematian dan juga kehilangan akibat kematian orang yang signifikan dalam hidupnya. Bantuan kepada mereka ini adalah penting bagi menjamin kebahagiaan individu dan orang yang berada di sekelilingnya untuk meneruskan kehidupan secara optima dan sejahtera.

Sehubungan itu, ahli psikologi telah

mula membincang dan menyelidik tentang isu kematian. Selain itu, mereka juga telah membina teori bagi memahami fenomena kematian ini khusus kepada mereka yang akan menghadapi kematian dan juga individu-individu yang terkesan dari proses kehidupan kematian ini.

Dr Suzana Hoesni & Dr Jamiah Manap

Page 12: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

12

Kematian dan hubungannya dengan tingkah laku manusia telah juga dibincangkan sejak awal perkembangan bidang psikologi di Barat. Frued telah menulis sebuah buku iaitu Beyond the Pleasure Principal (1922) yang mencadangkan bahawa semua manusia mempunyai matlamat hidup untuk mati. Setiap individu dikatakan mempunyai dua naluri yang asas iaitu naluri untuk hidup dan naluri untuk mati. Menurut Frued, naluri untuk mati dilasurkan dengan dua cara iaitu dalam seseorang individu wujud secara tidak sedar. Ia diluahkan secara luaran dengan tingkah laku agresif dan melibatkan diri dengan tingkah laku bersiko tinggi. Selain itu, luahan secara dalaman ditunjukkan dengan cara mencederakan diri atau bunuh diri. Frued juga mencadangkan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk mati tetapi naluri untuk hidup juga akan turut menghalang naluri kematian.

Kajian lepas telah menunjukkan bahawa terdapat perkaitan di antara kerisauan tentang

kematian. Didapati bahawa semakin risau seseorang itu akan menghadapi kematian, maka, semakin rendah makna kehidupan seseorang itu yang membawa kurang kebahagiaan dalam kehidupan. Dalam erti kata lain, seseorang perlu memahami fenomena kematian dan bersiap siaga dalam menghadapi kematian bagi membantu seseorang individu menjalani kehidupan dengan lebih bermakna. Ini adalah penting kerana ia dapat membantu seseorang meneruskan hidup dengan satu matlamat yang positif.

Tekin (2016) telah mendapati bahawa apabila kecenderungan spiritual seseorang itu meningkat, maka ia akan menjadi lebih positif dalam kehidupan dan membantu seseorang itu berdaya tindak secara positif dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Ini secara tidak langsung mencadangkan bahawa perkara yang berkaitan spiritual adalah satu aspek yang penting dalam membantu individu mengatasi kerisauan menghadapi kematian. Ini disokong pula dengan hasil kajian Tanhan (2007) dan Yalom (2001). Mereka mendapati bahawa cara untuk mengurangkan kerisauan terhadap kematian adalah dengan mencari mengakui hakikat kematian, memahami dan mengenal tentang erti kematian. Ini disokong oleh kajian Peters et. al (2013) yang mendapati bahawa penekanan pendidikan tentang kematian diperlukan oleh profesion seperti jururawat yang berurusan dengan pesakit. Ini adalah kerana fenomena kematian merupakan satu perkara yang memberikan tekanan kepada jururawat terutamanya jururawat yang berusia muda. Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa, cara menghadapi kematian secara positif adalah:-

1. Mengakui dan menerima hakikat bahawa kematian merupakan satu proses yang biasa dalam kehidupan manusia.

2. Mempelajari tentang erti kematian. 3. Memahami proses kematian. 4. Selalu bersiap sedia untuk menghadapi kematian yang boleh datang pada bila-bila masa. 5. Selalu mengingat mati dan membuat segala kebaikan selagi mampu.

Page 13: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

13

Rujukan Tekin, I. (2016). Manevi temelli yaklaşımla gerçekleştirilen yaşam doyumunu artırma

grupçalışması [Spiritual-based approach to life satisfaction group work]. Dalam M. Yukay-Yüksel (Ed.),Orta ve ileri yetişkinlik dönemindeki bireylere yönelik grup programları [Group programs for middle and advanced adulthood] (ms. 246–267). Ankara, Turkey: Nobel Yayınları.

Yukay Yüksel, M., Güneş, F., & Akdağ, C. (2017). Investigation of the death anxiety and meaning

in life levels among middle-aged adults. Spiritual Psychology and Counseling, 2, 165–181. http://dx.doi.org/10.12738/spc.2017.2.0024

Freud, S. Beyond the Pleasure Principle; Trans. by C. J. M. Hubback. London, Vienna: International

Psycho-Analytical, 1922; Bartleby.com, 2010. www.bartleby.com/276/. Peters,L, Cant, R., Payne, S., O’Connor, M., McDermott, F., Hood, K., Morphet,J. & Shimoinaba,

K. (2013). The Open Nursing Journal. How Death Anxiety Impacts Nurses’ Caring for Patients at the End of Life: A Review of Literature. 7, 14–21. doi: 10.2174/1874434601307010014

Page 14: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

14

KETERLIBATAN ERGONOMIK MENJAMIN

KESEJAHTERAAN PEKERJA

Kepentingan menyediakan persekitaran kerja

yang selamat dan sihat di pelbagai industri

adalah kritikal bagi lebih 30 juta penduduk di

Malaysia. Menurut laporan Jabatan Statistik

Malaysia, dianggarkan seramai 990,102 pekerja

terlibat dalam sektor pembuatan yang mana

aspek keselamatan dan kesihatan menjadi

antara agenda penting. Ini termasuklah aspek

ergonomik seperti rekabentuk tempat kerja,

kesesuaian pengunaan alat perlindungan

pekerjaan, kesesuaian tugas para pekerja,

keadaan fizikal tempat kerja dan seumpamanya.

Namun, isu ergonomik di tempat kerja kurang

diberi perhatian sewajarnya sehingga

mendatangkan permasalahan kepada pekerja.

Seterusnya memberi kesan kepada pihak

pengurusan dan organisasi.

Antara permasalahan pekerjaan ialah

peningkatan kadar pekerja yang terlibat dengan

masalah musculoskeletal disorders (MSD) yang

seterusnya melibatkan masalah kesihatan tubuh

badan yang lain, serta menjadi punca kepada

ketidakhadiran ke tempat kerja. Selain itu,

peningkatan masalah tekanan para pekerja turut

berlaku dan boleh dikatakan menjadi punca

kepada peningkatan masalah kesihatan mental.

Keadaan ini berlaku apabila bebanan kerja yang

diberikan tidak mengikut keupayaan para

pekerja, kurang kebebasan membuat keputusan

berkaitan kerja, sedikit peluang untuk

memberikan pendapat terhadap pekerjaan dan

tidak mendapat sokongan pihak penyelia

mahupun pengurusan organisasi yang

sewajarnya. Seterusnya kesejahteraan para

pekerja akan menjadi lebih terabai sehingga

boleh menyebabkan kesan jangka panjang.

Dr. Mohd Nasir Selamat

Page 15: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

15

Tambahan lagi, kemalangan di tempat kerja juga adalah antara masalah yang sering kali dihadapi

oleh pihak pengurusan di dalam sesebuah organisasi. Jumlah kemalangan pekerjaan dilaporkan oleh

PERKESO pada tahun 2017 sebanyak 69,980 dan bilangan kes kemalangan ini telah meningkat sebanyak

3362 kes berbanding 66,618 kes pada 2016. Peningkatan kes kemalangan pekerjaan ini tetap

membimbangkan bukan sahaja pihak organisasi, malahan pihak pentadbiran negara. Aspek ergonomik

dilaporkan sebagai antara sebab akibat kepada kemalangan yang berlaku. Jumlah kemalangan ini juga

membawa kepada perbelanjaan sekitar 1.2 juta bayaran pampasan kemalangan yang perlu diberikan

kepada para pekerja terlibat.

Dengan kata lain kualiti kerja dan produktiviti tidak dapat dijana seperti yang diharapkan apabila

pelbagai masalah keselamatan dan kesihatan berlaku termasuklah aspek ergonomik yang kurang diberi

perhatian. Kerugian dan pelbagai masalah lain akan timbul yang pada kebiasaanya memberi impak besar

kepada pekerja dan organisasi.

Ergonomik di Tempat Kerja

Istilah ergonomik secara ringkas merujuk kepada interaksi antara manusia dan persekitarannya dalam

konteks pekerjaan seharian. Malaysia antara negara yang masih berusaha mempromosikan aspek

ergonomik di tempat kerja dan perlaksanaannya masih berada di tahap sederhana. Penyelidikan

berkenaan kesedaran para pekerja dengan aspek ergonomik menunjukkan rakyat Malaysia masih tidak

menyedari kebaikkan perlaksanaan ergonomik dalam kerja seharian. Merujuk kepada industri seperti

sektor pembuatan, dianggarkan sekitar 40 peratus kesedaran dan perlaksanaan yang dilaporkan dalam

kalangan pekerja dan organsiasi di sektor pembuatan terhadap aspek ergonomik. Walaupun sektor

pembuatan adalah antara sektor yang terdedah kepada aspek ergonomik, namun situasi ini menunjukkan

kebimbangan kepada para penyelidik dan pengamal aspek ergonomik.

Usaha organisasi untuk melibatkan para pekerja dengan program latihan ergonomik dan isu-isu

berkaitan dengan ergonomik di tempat kerja, akan memberi peluang kepada mereka untuk bekerja

dengan lebih stabil, produktif dan selamat. Oleh itu, keterlibatan para pekerja perlu diberi perhatian

sewajarnya dalam perlaksanaan aspek ergonomik kerana pelbagai faedah mampu diperolehi melalui

pendekatan ini, dan ianya merupakan salah satu indikator meningkatkan prestasi keselamatan dan

kesihatan para pekerja dan organisasi dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan kehidupan

pekerja.

Page 16: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

16

Keterlibatan Ergonomik

Keterlibatan para pekerja terhadap isu-isu ergnomik ini, dikenali dengan pengunaan istilah keterlibatan

ergonomik atau participatory ergonomic. Di arena antarabangsa istilah ini sudah acap kali digunakan para

penyelidik dan pengamal industri terutamanya yang berskala besar.

Keterlibatan ergonomik merujuk kepada penyertaan beberapa pihak dalam merancang dan

mengawal aktiviti kerja. Kedua-dua proses ini berdasarkan kesesuaian ilmu pengetahuan, pengalaman

dan kuasa untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Melihat dengan lebih mendalam, perancangan,

perlaksanaan dan pengawalan proses dan aktiviti tersebut perlu berlandaskan aspek-aspek keselamatan,

kesihatan dan kesejahteraan individu. Aspek keterlibatan ergonomik dikatakan mampu memberi

sumbangan besar kepada penyelesaian permasalahan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Pelbagai pendekatan keterlibatan ergonomik boleh digunakan seperti perbincangan di semua peringkat

pekerja, penjadualan, pemantauan, latihan dan sebagainya. Pendekatan ini juga memerlukan penglibatan

ramai pihak di dalam dan luar organisasi termasuklah pengurusan atasan, bahagian sumber manusia,

ketua bahagian, penyelia, pekerja, ergonomist, pakar dari pelbagai disiplin ilmu, perunding luar dan

mungkin juga melibatkan komuniti setempat.

Rajah 1: Pihak – Pihak Terlibat dalam Program ‘Keterlibatan Ergonomik’

Pelanggan Komuniti Setempat

Pakar Runding Luar

Pekerja

Ergonomist

Penyelia Ketua Jabatan

Pihak-Pihak Terlibat

Pengurus

Sumber Manusia

Page 17: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

17

Untuk mengetahui bagaimana keterlibatan ergonomik ini boleh dilakukan di dalam organisasi,

ada beberapa pengukuran yang boleh digunapakai. Para pengkaji bidang keterlibatan ergonomik

mempunyai pelbagai kaedah yang tersendiri, namun berpaksikan pada tujuan yang sama. Terdapat lima

pengukuran boleh diadaptasi untuk menilai sejauhmana keterlibatan ergonomik ini dapat

diimplimentasikan dalam organisasi kepada pekerja. Pertama, merujuk kepada keterlibatan sendiri oleh

pekerja iaitu, melihat sejauhmana tahap minat para pekerja dalam mengimplimentsikan aspek ergonomik

di tempat kerja. Para pekerja akan lebih prihatin terhadap isu-isu ergonomik dan ingin melakukan sesuatu

berkaitan dengan aspek ergonomik dengan tujuan pembaikan.

Kedua merujuk kepada sejauhmana pengetahuan asas para pekerja terhadap aspek ergonomik

dan perlaksanaannya. Aspek kedua ini menekankan sejauhmana pekerja tahu dan prihatin terhadap

inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang ergonomik. Keupayaan untuk mendapatkan

maklumat dan melaksanakan kerja yang berkaitan dengan aspek ergonomik juga boleh mengukur

sejauhamana pengetahuan mereka terhadap aspek ergonomik tersebut. Ketiga, melibatkan sokongan

oleh para pekerja sendiri terhadap perlaksanaan aspek ergonomik di tempat kerja. Aspek ini merujuk

kepada kesediaan pekerja dan rakan kerja menerima dan melaksanakan aspek ergnomik dalam aktiviti

kerja mereka. Ini bermakna, para pekerja saling menyokong antara satu sama lain untuk menghasilkan

yang terbaik melalui implementasi aspek ergonomik.

Keempat, dengan melihat sokongan yang diberikan oleh pihak pengurusan organisasi. Aspek ini

pula merujuk kepada tanggungjawab pengurusan atasan organisasi dalam melaksanakan aspek

ergonomik di tempat kerja. Adakah pihak pengurusan mengambil berat aspek-aspek reka bentuk kerja

pekerja, pengagihan bebanan kerja pekerja dan penyediaan persekitaran fizikal di tempat kerja yang

sempurna. Aspek ini juga melihat sejauhmana pihak pengurusan memberi galakkan kepada pekerja untuk

melaksanakan aktiviti kerja dengan cara yang lebih ergonomik.

Aspek terakhir pengukuran keterlibatan ergonomik adalah merujuk kepada kesan atau bebanan

yang dirasai oleh pekerja dalam perlaksanaan konsep ergonomik di tempat kerja. Kesan ini boleh diukur

samada melalui perspektif positif atau negatif yang seterusnya memberi kesan ke atas prestasi kerja

pekerja. Kesemua aspek ini boleh dipertimbangkan untuk menentukan keberkesanan aspek keterlibatan

ergonomik di tempat kerja. Kajian-kajian impirikal mendapati pengukuran ini mampu memberi kesan

positif kepada pekerja dan organisasi dan menjadi penanda aras sejauhmana perlaksanaan aspek

ergonomik di tempat kerja adalah berkesan.

Page 18: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

18

Kebaikan Perlaksanaan Keterlibatan Ergonomik

Tujuan keterlibatan ergonomik di dalam organisasi adalah untuk memberi sokongan sesama pekerja di

semua peringkat bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni, selesa, produktif dan berkualiti.

Perkongsian persefahaman antara pekerja dapat dibentuk dalam menyelesaikan masalah-masalah kerja

terutama berkaitan dengan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Kualiti persekitaran kerja

dapat ditingkatkan, penyediaan stesen kerja yang ergonomik dan selesa, meningkatkan prestasi dan

kesejahteraan pekerja dan membantu menghindari penyakit pekerjaan.

Selain itu, pembentukan kumpulan dan penambahbaikan sistem komunikasi akan dapat

membantu kelancaran aktiviti kerja dan pembuatan keputusan, mencapai matlamat organisasi dan

memberi impak kepada kualiti dan produktiviti kerja. Pembaharuan dalam reka bentuk dan persekitaran

kerja akan meminimumkan risiko keselamatan dan kesihatan pekerja. Malah ia akan membantu bahagian

sumber manusia dan pengurusan organisasi mengatasi masalah teknikal dan ketirisan seterusnya

menjadikan proses pekerjaan lebih sistematik dan praktikal. Kajian impirikal lain juga mendapati program

keterlibatan ergonomik ini mampu memberi impak positif di mana dapat mengurangkan masalah MSD

dalam kalangan pekerja, mengurangkan kemalangan dan kecederaan, serta menjimatkan kos bayaran

pampasan kesan daripada ketidakhadiran kerja dan terlibat dengan kemalangan pekerjaan.

Antara pakar dalam bidang ergonomik dan keterlibatan ergonomik Prof Dr. Kazutaka Kogi yang

juga merupakan mantan President International Commission on Occupational Health (ICOH) ada

menyatakan banyak kelebihan perlaksanaan aspek ergonomik di tempat kerja. Kelebihan utama dilihat

dari sudut kepuasan pekerja tu sendiri dalam melakukan aktiviti kerja mereka. Pekerja berasa lebih

efisyen, mudah dan fleksibel terhadap persekitaran kerja yang ergonomik. Selain itu, kajian terkini beliau

menunjukkan bahawa perlaksanaan aspek keterlibatan ergonomik di tempat kerja mampu meningkatkan

kesihatan para pekerja di mana pekerja terhindar daripada sebarang perasaan tertekan sewaktu bekerja.

Pekerja berasa gembira dan semangat untuk bertugas setiap hari.

Penemuan terkini ini menjangkakan akan ada lebih banyak organisasi di dunia berusaha untuk

mengimplimentasikan aspek ergonomik dan mempromosikan pendekatan keterlibatan ergonomik di

dalam organisasi yang mana terbukti mampu meningkatkan prestasi para pekerja dan mengurangkan kos

operasi organisasi. Jelas menunjukkan bahawa istilah ergonomik itu, bukan sahaja tertakluk kepada

rekaan mesin dan kelengkapan peralatan sahaja, tetapi juga merangkumi persekitaran di mana manusia

terlibat sama. Oleh itu, melalui sokongan dan kesungguhan organisasi untuk melaksanakan pendekatan

keterlibatan ergonomik ini perlu diberi perhatian sewajarnya kerana mampu meningkatkan produktiviti

dan menjamin kesejahteraan para pekerja.

Page 19: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

19

JURANG KUASA & PERSEKITARAN KERJA

KONDUSIF

Persekitaran kerja yang kondusif dan terpelihara daripada ancaman fizikal dan mental sering menjadi impian pekerja-pekerja bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Begitu banyak sekali usaha dijalankan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat termasuklah menyediakan infrastruktur yang optimum dan juga menggalakkan sokongan daripada pihak atasan dan rakan sekerja. Penyelidikan terdahulu telah membuktikan bahawa autonomi dan sokongan rakan sekerja serta pegawai atasan mampu mengurangkan tekanan kerja (Demerouti, Bakker, & Bulters, 2004). Selain itu juga, ia meningkatkan ‘employees engagement’ yang dilhat memberikan kesan positif kepada emosi pekerja (Bakker & Schaufeli, 2008; Salanova & Schaufeli, 2008). Namun begitu, salah satu dilema yang perlu diperhalusi diperingkat organisasi dalam sebuah negara membangun seperti Malaysia adalah jurang kuasa (Ansari, Ahmad, & Aafaqi, 2004).

Malaysia dikenali sebagai salah

sebuah negara yang mempunyai jurang kuasa yang tinggi berbanding dengan negara lain seperti Australia (Sivasubramaniam & Goodman-Delahunty, 2014). Kajian oleh Hofstede Insights menunjukkan bahawa jurang kuasa di Malaysia direkodkan tinggi pada skor 100 (Insights, 2018). Dalam masyarakat yang mempunyai jurang kuasa yang tinggi, suara golongan atau ahli masyarakat kebiasaannya bergantung kepada keinginan atau kemahuan pihak yang mempunyai autoriti yang lebih tinggi (Lo, Thurasamy, & Liew, 2014). Sebaliknya, dalam negara yang mengamalkan budaya jurang kuasa yang rendah (lower power distance) semua ahli masyarakat dilihat mempunyai hak yang sama dan mereka bebas menyuarakan pendapat masing-masing (Zainuddin, Ismail, & Sapiei, 2013).

Jika diteliti daripada konteks pekerjaan dan keorganisasian, jurang kuasa adalah antara

beberapa isu yang dibincangkan dalam konteks kejelikatan dalam sesebuah organisasi. Hubungan pekerja dengan pegawai atasan yang mapan dan produktif adalah amat penting untuk menjadi organisasi berprestasi tinggi (Qian et al., 2018). Oleh sebab itu, jurang kuasa boleh menjadi penentu dalam sesebuah hubungan dalam pekerjaan (Graham, Dust, & Ziegert, 2018). Dalam satu keadaan persekitaran kerja yang terbuka, sebaik-baiknya semua pihak diberikan

Puan Rusyda Helma Mohd

Page 20: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

20

peluang sama rata untuk menyuarakan pendapat. Namun begitu, sekiranya organisasi tersebut mempunyai jurang kuasa yang tinggi, pekerja akan berasa khuatir untuk memberi pendapat yang bertentangan dengan kemahuan pegawai atasan (Purwanto, 2018). Ini kerana mereka beranggapan bahawa akan timbul implikasi negatif akibat daripada tindakan mereka di masa hadapan (Gu, Wang, Liu, Song, & He, 2018). Akhirnya, jurang kuasa yang tinggi ini boleh meningkatkan ketidakpastian (Yi, Hao, Yang, & Liu, 2017) dan mendatangkan kesan negatif terhadap keselamatan psikologi pekerja tersebut (Foulk, Archambeau, & Jefferson, 2018).

Namun begitu, kebebasan untuk memberika pendapat yang dianjurkan disini perlulah

diiringi dengan rasa tanggungjawab dan hormat-menghormati serta dilakukan mengikut

landasan yang professional. Usaha merapatkan jurang kuasa ini perlu dibuat supaya wacana

formal mahupun tidak formal dapat dilakukan dengan terbuka dan konstruktif dalam kalangan

ahli organisasi mahupun dengan masyarakat secara amnya.

Rujukan

Ansari, M. A., Ahmad, Z. A., & Aafaqi, R. (2004). Organizational Leadership in the Malaysian Context, 109–138. Retrieved from http://people.uleth.ca/~mahfooz.ansari/2004 Book Chapter 5-Leading in High Growth Asia.pdf

Bakker, A. B., & Schaufeli, W. B. (2008). Positive organizational behavior: Engaged employees in flourishing organizations. Journal of Organizational Behavior. https://doi.org/10.1002/job.515

Demerouti, E., Bakker, A. B., & Bulters, A. J. (2004). The loss spiral of work pressure, work-home interference and exhaustion: Reciprocal relations in a three-wave study. Journal of Vocational Behavior, 64, 131–149. https://doi.org/10.1016/S0001-8791(03)00030-7

Foulk, T. A., Archambeau, L., & Jefferson, T. (2018). HEAVY IS THE HEAD THAT WEARS THE CROWN: AN ACTOR-CENTRIC APPROACH TO DAILY PSYCHOLOGICAL POWER, ABUSIVE LEADER BEHAVIOR, AND PERCEIVED INCIVILITY. Academy of Management Journal, 61(2), 661–684.

Graham, K. A., Dust, S. B., & Ziegert, J. C. (2018). Supervisor-employee power distance incompatibility, gender similarity, and relationship conflict: A test of interpersonal interaction theory. Journal of Applied Psychology, 103(3), 334–346. https://doi.org/10.1037/apl0000265

Gu, J., Wang, G., Liu, H., Song, D., & He, C. (2018). Linking authoritarian leadership to employee creativity. Chinese Management Studies, (March), CMS-10-2017-0294. https://doi.org/10.1108/CMS-10-2017-0294

Insights, H. (2018). Malaysia - Hofstede Insights. Retrieved from https://www.hofstede-insights.com/country/malaysia/

Page 21: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

21

Lo, M.-C., Thurasamy, R., & Liew, W. T. (2014). Relationship between bases of power and job stresses: role of mentoring. SpringerPlus, 3, 432. https://doi.org/10.1186/2193-1801-3-432

Purwanto, E. (2018). Moderation effects of power distance on the relationship between job characteristics, leadership empowerment, employee participation and job satisfaction: A conceptual framework. Academy of Strategic Management Journal, 17(1), 1–10.

Qian, J., Li, X., Song, B., Wang, B., Wang, M., Chang, S., & Xiong, Y. (2018). Leaders’ expressed humility and followers’ feedback seeking: The mediating effects of perceived image cost and moderating effects of power distance orientation. Frontiers in Psychology, 9(APR), 1–10. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2018.00563

Salanova, M., & Schaufeli, W. B. (2008). A cross-national study of work engagement as a mediator between job resources and proactive behaviour. International Journal of Human Resource Management, 19(1), 116–131. https://doi.org/10.1080/09585190701763982

Sivasubramaniam, D., & Goodman-Delahunty, J. (2014). Cultural Variation in Australia: Ethnicity, Host Community Residence, and Power-Distance Values. Cross-Cultural Communication, 10(4), 136–144. https://doi.org/10.3968/4810

Yi, H., Hao, P., Yang, B., & Liu, W. (2017). How Leaders’ Transparent Behavior Influences Employee Creativity: The Mediating Roles of Psychological Safety and Ability to Focus Attention. Journal of Leadership and Organizational Studies, 24(3), 335–344. https://doi.org/10.1177/1548051816670306

Zainuddin, S., Ismail, K., & Sapiei, N. S. (2013). The Influence of Cultural Value in Malaysian Firms : A Research Note, 4(12), 1276–1285.

Page 22: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

22

PRESENTEESM: THE ‘INVISIBLE’ EMPLOYEE

Attending work with poor health condition is

just as though you are ‘invisible’ - being

there without contributing anything at work.

This phenomenon is known as presenteeism.

Examples of sectors that commonly face this

type of problem are usually among those

working in the education sectors, health

sectors and welfare agencies. Individuals

generally have the tendency to keep on

working in spite of being ill as they believe

most tasks are not to be procrastinated or

passed on to another colleague.

Presenteeism does not include those who

are ‘pretending to be sick’ to avoid certain

tasks or duties at work or loafing at the

office, but this term refers to employees

who has real health problems who attend to

work which result to productivity loss. It

reflects the organizations’ productivity

losses in terms of work quality (employees

might make big mistakes) and quantity

(employees might have slower rate) a result

from poor health or injury. These are also

sometimes referred to as disabilities at the

workplace (Koopman, et al., 2002).

However, it should be noted that the

definition of the term presenteeism can

differ from different perspective. A

systematic review that was carried out on 40

articles by Werapitiya and his colleagues in

2016 found three dimension or perspective

of the term presenteeism. The majority

defined presenteeism as “being at work

despite being sick” while some defined

presenteeism as “working more than time

assigned” and “not fully engaged in work”.

Nevertheless, research in presenteeism has

progressed on the first definition involving

employees that are sick. The sickness could

either be caused by acute sickness such as

influenza or migraine or a chronic illness

which has a longer term such as arthritis

(Schultz, Chen and Edington, 2009).

Dr Daniella Mokhtar

Page 23: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

23

Researchers say that presenteeism can cut individual productivity by one-third or more”

(Hemp, 2004). According to Roe (2003), presenteeism may affect the organization negatively in

two ways: individual impact and collective impact. Individual impact refers to the worker’s

performance. The lack of performance is due to decreased work quality and not to mention the

amount of extra time and effort an ill worker has to put in as compared to a healthy worker.

More time at work means more effort invested and this leads to an imbalanced lifestyle which

eventually causes the health to deteriorate. Maruyama, Kohno and Moriomoto (1995) explained

that long working hours may expose the ill worker to unhealthy activities such as smoking or

becoming the secondary smoker, imbalanced diet and lack of exercise. In terms of collective

performance, it will also decline due to the distribution of help given to those who could not

perform well given their state of health. Workers who are healthy that can function well have to

divide their time helping or substituting on behalf of the present ill workers, and things could get

worse when the sickness spread, and the working environment could be contaminated.

By giving attention to this matter, it could help not just the well-being of the employees,

but it could optimize profit to organizations. This is by the early detections of this behavior and

by which the organizations will be able to form a team to handle this matter. The workload of

the job should be bearable and not by burdening the employees. A proper dateline should be

arranged by the employers with sufficient time frame for the employees to complete a task

especially when they are sick. Employers should give way for them to take a break and without

noticing, productivity could double once the sick employee gets better.

Organizations should also not imply the feeling of insecurity in the employees as this will

only lessen the quality of productivity. When instilled with insecurity, the employees may show

up to work by force, but the quality of their work would be very doubtful. Though presenteeism

might not be totally stopped, but at least it could lessen and bring a significant change to the

organization in terms of the costs and work productivity. These measures are considered crucial

as the employees are actually those running the organization. Just like an engine of a car, when

it is faulty it may not run smoothly, or it may breakdown in the middle of the journey.

Page 24: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

24

“Presenteeism appears to be a much costlier problem than its productivity-reducing

counterpart, absenteeism” (Hemp, 2004).

References

Hemp, P. (2004). Presenteeism: at work-but out of it. Harvard business review, 82(10), 49-

58.

Maruyama, S., Kohno, K., & Morimoto, K. (1995). Effects of long working hours on lifestyles,

perceived stress and working-life satisfaction among white-collar middle-management

employees. Japanese Journal of Hygiene 50: 849- 860

Koopman C, Pelletier KR, Murray JF, Sharda CE, Berger ML, Turpin RS, et al. (2002).

Stanford presenteeism scale: health status and employee productivity. Journal

Of Occupational Environment Medicine 44: 14–20

Roe, R. (2003) in Demerouti, E., Le Blanc, P. M., Bakker, A. B., Schaufeli, W. B., & Hox, J.

(2009). Present but sick: a three-wave study on job demands, presenteeism and

burnout. Career Development International, 14(1), 50-68.

Schultz, A. B., Chen, C. Y., & Edington, D. W. (2009). The cost and impact of health

conditions on presenteeism to employers. Pharmacoeconomics, 27(5), 365-378.

Werapitiya, C., Opatha, H. H. D. N. P., & Fernando, R. L. (2015). Presenteeism: Its

Importance, Conceptual Clarifications, and a Working Definition. International

Journal of Scientific & Engineering Research, 7(2): 1489 – 1506

Page 25: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

25

KEKALKAN MOTIVASI DI TEMPAT KERJA

1. Buat perancangan dan letakkan matlamat

Matlamat adalah destinasi yang kita ingin tuju apabila sesuatu usaha dilakukan. Usaha tanpa

matlamat adalah seperti berjalan tanpa tujuan. Tetapkan matlamat anda! Matlamat mestilah

realistik, boleh diukur, khusus dan mempunyai tempoh masa. Buatlah perancangan teliti untuk

menuju kepada matlamat tersebut. Perancangan tersebut sebaik-baiknya ditulis supaya anda

jelas dan boleh merujuknya semula.

2. Kawal minda, sikap, tingkah laku dan persekitaran anda

Minda, sikap, tingkah laku dan persekitaran anda hendaklah selari dengan matlamat yang anda

tetapkan. Jika anda ingin memiliki ijazah dalam masa empat tahun, pastikan kesemua aspek-

aspek tersebut berada dalam keadaan yang menyokong. Minda anda perlu diprogramkan dengan

kata-kata dan pengukuhan positif. Sebagai contoh, “aku dapat skor A, sekiranya aku berusaha

lebih”. Sikap anda perlu diasah dengan sikap-sikap orang yang berjaya seperti berdisiplin, tidak

bertangguh, konsisten, berdaya tahan dan sabar. Tingkah laku juga perlu bergerak seiring. Bukan

hanya anda kata anda inginkan kejayaan, tetapi anda juga perlu menunjukkannya melalui tingkah

laku yang boleh diyakini seperti datang awal ke tempat kerja, memenuhi tuntutan kerja dengan

sempurna dan sebagainya. Begitu juga dengan persekitaran. Pastikan anda berada bersama-

sama orang yang positif, yang juga ingin berjaya seperti anda. Elakkan bersama-sama dengan

mereka yang hanya akan melemahkan motivasi anda.

3. Raikan kejayaan anda, walau pun kecil

Iktiraf apa sahaja pencapaian anda, walau pun nampak kecil pada pandangan orang lain. Anda

telah bersusah payah untuk mencapainya. Bagi ganjaran kepada diri anda, dengan melakukan

apa yang anda sukai atau membeli barangan kegemaran anda. Kejayaan-kejayaan kecil ini

Dr. Siti Marziah Zakaria

Page 26: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

26

sebenarnya yang membawa kepada kejayaan yang lebih besar. Anda akan lebih bermotivasi

untuk terus bergerak ke arah matlamat yang anda sasarkan.

4. Bina kumpulan sokongan

Kumpulan sokongan penting untuk menambahkan kekuatan anda. Jika anda bersinergi, anda

mungkin boleh mencapai lebih daripada yang anda jangkakan. Cari kumpulan sokongan dan

peliharalah hubungan anda dengan mereka. Mereka tempat anda bertukar-tukar pandangan,

memohon idea, saling membantu dan memberi maklum balas tulus kepada pencapaian anda.

5. Beri masa kepada diri

Jangan terlalu memberi tekanan kepada diri anda. Badan dan minda anda juga perlukan rehat.

Apabila anda telah memberi tumpuan yang lama kepada sesuatu tugas atau kerja, ambillah rehat.

Segarkan semula badan dan minda. Mungkin anda memerlukan waktu rehat yang lebih lama

daripada biasa. Teruskan, tiada salahnya. Anda lebih faham apa yang anda telah dan sedang lalui.

Jangan benarkan diri anda dibelenggu tekanan, kemurungan, burn out dan sebagainya. Beri masa

yang cukup untuk diri pulih sebelum meneruskan lagi perjuangan anda!

6). Niat bekerja kerana Allah

Dalam apa jua tindakan dan aktiviti harian anda di tempat kerja, niatkan semuanya kerana Allah,

untuk mencapai keredhaanNya. Sering kali kita merasa terbeban dengan tugasan harian. Tugasan

yang dilakukan juga dirasakan tidak pernah habis. Itu sebenarnya adalah pelaburan anda kepada

akhirat sana. Jika anda laksanakan amanah tersebut dengan niat ibadah, pahala anda sentiasa

berterusan, setiap hari. Anda tidak akan mengalami apa-apa kerugian pun. Namun, dalam pada

itu, seimbangkanlah hidup anda. Antara kerja dan rehat, antara kerja dan keluarga, dan antara

masa untuk diri sendiri dan masa untuk orang lain. Mudah-mudahan segala kerja yang dilakukan

akan dilancarkan urusannya, diberi kemudahan dan berjaya mencapai KPI dunia dan juga akhirat.

Page 27: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

27

HIKMAH KELUARGA KOMUTER

Keluarga komuter iaitu keluarga yang tidak tinggal bersama melebihi 3 hari dalam seminggu selama sekurang-kurangnya 3 bulan dikatakan sebagai sejenis bentuk keluarga baharu di Malaysia. Hakikatnya, ia telah lama wujud. Dalam masyarakat Jepun, keluarga komuter yang juga dikenali sebagai 'tanshin funin' ini sudah bermula semasa di zaman feudal. Para samurai akan meninggalkan anak-anak dan isteri mereka untuk bekerja.

Lebih awal dari itu, senario keluarga komuter berlaku di zaman Nabi Ibrahim AS iaitu sebelum pembukaan Kota Mekah. Malahan, keluarga komuter menjadi faktor utama kewujudan Kota Mekah yang menjadi tunjang kepada tamadun Islam yang terus berkembang sehingga ke hari ini. Penemuan telaga zam-zam oleh Siti Hajar dan Nabi Ismail AS setelah ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim AS atas wahyu daripada Allah telah menarik suku Jurhum untuk membina penempatan di Kota Mekah yang asalnya hanya merupakan sebuah kawasan padang pasir yang tandus. Sehubungan itu, hal ini jelas menunjukkan bahawa keluarga komuter adalah sebahagian daripada praktis para nabi terdahulu khususnya Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS.

Keluarga komuter yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada perpecahan dan disorganisasi dalam keluarga, kemurungan yang tinggi dan kepuasan perkahwinan yang rendah. Namun, bagi sesetengah keluarga, ianya tidak dapat dielakkan.

Di Malaysia, bilangan keluarga komuter dianggarkan sejumlah 500,000 orang. Bagaimanapun, tiada statistik yang tepat terhadap bilangan keluarga komuter di Malaysia kerana tiada sebarang bancian yang menyeluruh telah dibuat. Keperluan kerjaya dan pembelajaran menjadi punca utama populasi keluarga komuter sentiasa bertambah di negara ini.

Salah satu kaedah penyelesaian masalah dalam keluarga adalah berfikiran positif dan mencari sisi baik bagi perkara yang sedang berlaku. Justeru, apabila situasi keluarga komuter tidak dapat dielakkan, keluarga komuter boleh menggunakan pendekatan optimistik tersebut iaitu melihat manfaat dan kebaikan keluarga komuter serta meraikannya. Justeru, pemerhatian mendapati, kebaikan keluarga komuter merangkumi 10 perkara di bawah.

Dr Jamiah Manap

Page 28: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

28

1. Tingkat Masa Berkualiti Bersama.

Setiap saat bersama keluarga adalah sangat berharga bagi keluarga komuter. Oleh itu, tempoh masa tersebut lazimnya akan menjadi masa yang berkualiti. Masa yang berkualiti merujuk kepada masa yang diisi dengan komunikasi yang mesra dan membina serta dapat mengukuhkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Realitinya, di luar sana, ada keluarga yang tinggal sebumbung namun komunikasi hariannya dipenuhi kemarahan, kejian dan penyesalan.

2. Fokus Kepada Kerjaya.

Pasangan keluarga komuter yang tidak tinggal bersama anak-anak dapat memberikan fokus yang lebih kepada kerjaya. Mereka tidak perlu risau dengan kerenah anak-anak pada setiap pagi dan tak perlu sibuk mengurus anak-anak sebelum bersiap ke tempat kerja. Di tempat kerja juga, mereka boleh fokus kepada kerja kerana tidak diganggu dengan urusan keluarga seperti mengambil serta menghantar anak ke sekolah serta membawa anak-anak dan pasangan ke hospital. Pada waktu malam, setelah pulang dari tempat kerja, mereka juga dapat berehat atau meneruskan kerja-kerja mereka tanpa gangguan daripada anak-anak.

3. Hubungan Lebih Rapat Dan Mesra.

Pepatah Melayu ada mengatakan, "sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan". Perpisahan yang sementara menjadikan pasangan dan anak-anak sentiasa tertunggu-tunggu masa untuk bersama. Hal ini menjadikan kehidupan keluaga komuter sentiasa optimis dan mengujakan. Jika terdapat konflik atau krisis, keluarga komuter juga segera mencari jalan penyelesaian agar tidak menjadi lebih rumit dan sukar dileraikan.

4. Lebih Banyak Aset Tetap.

Keluarga komuter bermastautin di dua lokasi yang berbeza. Oleh itu, keluarga komuter memerlukan sekurang-kurangnya 2 buah rumah. Peluang ini boleh dimanfaatkan oleh keluarga komuter untuk membeli aset tetap secara berperingkat. Pertambahan aset tetap seperti rumah dan tanah membolehkan keluarga komuter menguruskan pelan kehidupan dan persaraan dengan lebih mudah. Contohnya, apabila bersara, pasangan komuter akan tinggal bersama. Oleh itu, salah sebuah rumah akan dijual atau disewakan untuk meningkatkan aliran tunai.

5. Lebih Tinggi Pendapatan.

Keluarga komuter lazimnya mempunyai pendapatan yang lebih tinggi atas kesediaan untuk berhijrah dan membina kerjaya di lokasi yang benar-benar memerlukan khidmat dan kepakarannya. Sebaliknya, keluarga yang enggan berhijrah berdepan dengan risiko lambakan kerja, kerjaya yang tidak setaraf dengan kelayakan dan pengalaman, kadar kenaikan pangkat yang rendah, dan penawaran gaji yang tidak memuaskan. Keluarga komuter yang berpisah atas faktor melanjutkan pengajian juga memiliki potensi yang tinggi untuk mempunyai pendapatan yang tinggi. Hal ini kerana, pendidikan merupakan medium utama mobiliti sosial dalam masyarakat. Hari ini, kebanyakan manusia sudah tidak lagi hidup dalam sistem kasta. Setiap

Page 29: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

29

orang berhak menikmati kejayaan dan kemakmuran apabila memiliki bakat, minat, kebolehan dan kesungguhan yang tinggi.

6. Lebih Luas Pemandangan.

Kehidupan keluarga komuter penuh berwarna-warni. Lokasi yang jauh diantara pasangan menjadikan keluarga komuter sudah terbiasa dengan perjalanan yang jauh serta mengutip pengalaman berharga dari setiap lokasi yang disinggahinya. Contohnya, jika pasangan tinggal di benua yang berbeza, keluarga komuter lazimnya akan biasa mengembara dari satu negara ke satu negara yang lain. Mereka berpeluang berasimilasi dengan kepelbagaian watak, etnik dan budaya yang berbeza. Justeru, lazimnya mereka juga memiliki cara gaya berfikir yang lebih dinamik, matang dan terbuka.

7. Hubungan Yang Erat Dengan Keluarga Luas, Rakan, Guru Dan Komuniti.

Keluarga komuter berpeluang membina hubungan yang lebih erat dengan keluarga luas dan rakan-rakan mereka apabila berjauhan daripada keluarga semasa ketiadaan pasangan. Contohnya, apabila suami kembali bertugas, isteri boleh mengundang ahli keluarga isteri seperti saudara perempuan atau anak saudara untuk tinggal bersama mereka dengan keizinan suami pada bila-bila masa. Suami juga boleh mengundang rakan-rakan sekerja untuk aktiviti sosial seperti jamuan hari raya secara ‘potluck’ pada hari bekerja.

8. Pembinaan Sahsiah (Character Building)

Kehidupan sebagai keluarga komuter membina sifat dinamik dan mandiri. Anggota keluarga komuter lebih mudah berhadapan dengan cabaran kerana sudah biasa berdikari dan mengendalikan emosi dengan baik. Kehidupan sebagai keluarga komuter membentuk mereka menjadi individu yang tabah, berani, sabar dan tenang.

9. Kuat Pergantungan Kepada Allah.

Kehidupan keluarga komuter yang mencabar membentuk pergantungan yang tinggi kepada Allah dalam seluruh urusan hidup. Pergantungan yang tinggi ini menjadikan keluarga komuter menjadi lebih tenang, lebih fokus dan memiliki kualiti peribadi yang tinggi.

10. Memberi Sumbangan.

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lainnya. Keluarga komuter berpotensi memberi sumbangan yang besar kepada komuniti di dua lokasi yang berbeza. Bahkan ia menjadi pencetus kepada pembangunan sebuah peradaban yang besar sebagaimana yang dicontohkan oleh keluarga Nabi Ibrahim AS. Dalam konteks masakini, keluarga komuter dwikerjaya berupaya menyumbangkan kepakaran, pengetahuan dan pengalaman di dua lokasi yang mempunyai jarak yang sangat jauh. Contohnya, isteri menyumbangkan khidmat sebagai seorang guru untuk mendidik anak bangsa di Malaysia, manakala suami pula menyumbangkan

Page 30: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

30

kepakaran dalam bidang kejuruteraan untuk melestarikan industri minyak di Sudan dan Abu Dhabi.

Kesimpulan

Keluarga komuter bukanlah sebuah keluarga yang pincang. Sebaliknya, keluarga komuter adalah sebuah keluarga yang teguh dan dinamik. Kewujudan keluarga komuter memberikan hikmah yang besar kepada keluarga komuter itu sendiri, bahkan kepada komuniti, agama, negara dan kesejahteraan sejagat. Sejarah telah membuktikan akan kefungsian keluarga komuter dalam membentuk peradaban manusia yang masih wujud sehingga ke hari ini. Tradisi cemerlang keluarga komuter ini sewajarnya diteruskan oleh legasi keluarga komuter masa kini. Apabila situasi tidak dapat diubah, respon positif manusia terhadap situasi tersebut lazimnya akan menghasilkan natijah yang juga positif dan bermakna. Hasilnya, keluarga komuter dapat diurus dengan baik dan menjadi pemacu kepada kecemerlangan.

Page 31: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

31

MODEL DAYA TINDAK: KESEJAHTERAAN

DALAM PENJAGAAN SOSIAL KESIHATAN

Sejarah pengkajian daya tindak dan tekanan

pada awalnya telah dipelopori oleh ahli-ahli

psikologi. Maka, perspektif psikologi banyak

mempengaruhi konsep, makna dan

komponen-komponen penting daya tindak.

Pengkajian daya tindak memberi tumpuan

kepada elemen kognitif, pemikiran dan

tingkah laku individu. Ketiga-tiga elemen ini

dipelopori oleh ahli psikologi Richard S.

Lazarus dan Susan Folkman. Kedua-duanya

telah membentuk satu model daya tindak

yang dipanggil Model Daya Tindak. Dalam

model ini, Lazarus dan Folkman telah

memperkenalkan beberapa prinsip utama

daya tindak iaitu;

1. Prinsip keberhasilan daya tindak

Daya tindak kognitif dan tingkah laku

perlulah dilihat sebagai satu hasil yang baik;

meskipun mekanisma atau cara individu

tertekan itu daya tindak dilihat sebagai tidak

baik. Contohnya, mekanisma penafian yang

seringkali dilihat oleh ahli psikologi sebagai

satu tindakan yang tidak sihat kadangkala

mampu membantu individu yang mengalami

tekanan dalam penjagaan berhadapan

dengan kesan tekanan yang dialami dengan

lebih baik.

Dr Nur Saadah Mohamad

Aun

Page 32: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

32

2. Prinsip daya tindak untuk pesakit

Proses daya tindak boleh digunakan juga

oleh golongan pesakit. Ini kerana proses

daya tindak individu yang sihat adalah

berbeza daripada individu yang sakit.

Sebagai contoh, tekanan yang dialami oleh

pesakit kanser adalah berbeza daripada

tekanan yang dialami oleh individu yang

sihat. Justeru, mereka memerlukan strategi

daya tindak khusus untuk respons dengan

situasi mereka.

3. Prinsip pengukuran

Daya tindak diukur menggunakan skala

pengukuran yang bersesuaian. Pengukuran

dalam daya tindak adalah bagi mengkaji

gambaran individu berfikir dan daya tindak

mengikut kemampuan. Antara skala

pengukuran daya tindak yang lazim

digunakan oleh para penyelidik adalah Soal

Selidik Cara Daya tindak oleh Folkman dan

Lazarus. Soal selidik ini terbahagi kepada

lapan skala utama, dan setiap skala tersebut

mengandungi beberapa item yang diukur.

Lapan skala tersebut adalah daya tindak

konfrontatif, menjauhkan diri, kawalan diri,

sokongan sosial, penerimaan

tanggungjawab, pengelakan, penyelesaian

masalah dan penilaian semula positif.

Sebagai contoh, bagi mengukur sokongan

sosial, antara item yang disoal adalah

‘mendapatkan nasihat daripada ahli

keluarga atau kawan’.

4. Prinsip kognitif dan tingkah laku

Daya tindak adalah kemampuan kognitif dan tingkah laku berterusan dalam menguruskan

kehendak luaran dan dalaman yang melebihi keupayaan individu. Kehendak luaran adalah situasi

yang berpunca dari persekitaran sosial individu seperti keluarga dan jiran-jiran. Manakala

Page 33: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

33

kehendak dalaman adalah situasi yang berpunca oleh individu sendiri seperti kekangan masa.

Kehendak luaran dan dalaman yang melampau inilah disebut sebagai situasi tekanan. Dalam erti

kata lain, daya tindak bertujuan bagi menghalang atau mengurangkan situasi tekanan.

5. Prinsip teori daya tindak

Daya tindak adalah proses yang memberi penekanan kepada dua jenis strategi daya tindak;

fokus-emosi dan fokus-masalah. Fokus-emosi adalah bagi mengubah situasi tekanan yang

berlaku dengan cara pengelakan, penafian atau menjauhkan diri. Manakala, fokus-masalah

adalah bagi mengubah situasi yang berlaku dengan melihat situasi itu sebagai satu masalah yang

berpunca dari individu dan/atau persekitaran.

References

Lazarus, R. S., & Folkman, S. (1984). Stress, Appraisal and Coping. New York: Springer.

Page 34: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

34

KHIDMAT BANTUAN & NASIHAT BEBAS DADAH

MELALUI CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC):

SUATU PROGRAM PEMULIHAN DADAH DALAM

KOMUNITI

Apa itu Cure and Care Service Centre

(CCSC)?

CCSC merupakan institusi dalam

komuniti yang menyediakan

perkhidmatan rawatan dan pemulihan

dadah secara terbuka, sukarela dan

berbentuk halfway-house.

Seseorang klien yang telah tamat

menjalani program pemulihan dadah

dalam institusi boleh mendapatkan

khidmat rawatan dan pemulihan

secara susulan (aftercare) yang

dinamakan sebagai Cure and Care

Service Centre (CCSC). Cure and Care

Service Centre ini berfungsi sebagai

tempat rujukan dan khidmat nasihat,

khasnya yang berkaitan dengan

permasalahan dadah serta

menyediakan perkhidmatan

berkonsepkan ‘caring’. Selain itu, pusat

ini juga menyediakan kemudahan

sukan dan riadah, serta Program

Rawatan Terapi Gantian (RTG)

Metadon sebagai rawatan sokongan

kepada klien.

PM Datin Dr Fauziah Ibrahim

Page 35: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

35

Bagaimana Kaedah Kemasukan ke CCSC?

Ibubapa yang mempunyai ahli keluarga terlibat dengan dadah dan klien (bekas penagih)

yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan sokong bantu melalui pusat ini, mereka

boleh:

1. Datang secara sendiri dan sukarela;

2. Dirujukan oleh pihak ketiga iaitu keluarga, pasangan, rakan dan majikan;

3. Melalui kaedah temuseru oleh Pegawai AADK atau badan bukan kerajaan (NGO);

4. Rujukan yang dibuat dari Cure & Care/Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC)/Cure &

Care Vocational Centre (CCVC) dan lain-lain.

Siapakah Kumpulan Sasar CCSC?

CCSC mensasarkan individu dan kumpulan tertentu yang memerlukan khidmat bantuan

serta nasihat untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu dadah. Antara kumpulan

sasaran tersebut adalah:

1. Penagih/ penyalahguna dadah.

2. Keluarga yang mempunyai masalah dadah.

3. Pelajar yang mempunyai masalah dadah.

4. Majikan

5. Klien yang datang secara sukarela.

6. Klien yang masih di bawah pengawasan (OKP)

Apakah Perkhidmatan Diberikan oleh CCSC?

Skop perkhidmatan CCSC merangkumi perkara-perkara berikut:

1. Program residensi iaitu merangkumi pakej 1, 2 dan 3 bulan. Program ini berasaskan

kepada keperluan klien dan penilaian ASSIST dan URICA.

2. Program outpatient iaitu program yang disediakan berasaskan kaedah temujanji

dengan klien.

3. Program Psikososial iaitu program yang berdasarkan jadual dan keperluan kepulihan

klien.

Page 36: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

36

4. Program terapi gantian Metadon iaitu program khas yang disediakan untuk klien yang

menggunakan dadah jenis opiate.

5. Rujukan & Advokasi iaitu sasaran rujukan dan advokasi kepada orang awam, keluarga

dan klien, Cure and Care Vocational Centre (CCVC), Cure and Care Service Centre

(CCSC), Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan AADK Daerah (Hospital dan

Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Kesimpulan

Transformasi perkhidmatan rawatan dan pemulihan telah dilakukan di CCSC oleh

agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dengan memberi fokus kepada perkhidmatan

yang bersifat prihatin dalam menyampaikan kandungan modul program rawatan dan

pemulihan yang dapat memenuhi keperluan kepulihan klien. Penubuhan CCSC di

seluruh daerah dan kawasan-kawasan yang berisiko oleh AADK adalah bertujuan

untuk mensasarkan kepada akses perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara

sukarela dengan lebih meluas di dalam komuniti. Ia juga disediakan kepada seluruh

rakyat Malaysia yang mempunyai permasalahan yang berkaitan dengan dadah dan

memerlukan rawatan dan pemulihan yang sewajarnya.

Rujukan

Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Diakses pada 1 Julai 2019.

https://www.adk.gov.my/en/treatment-and-rehabilitation/ccsc/

Page 37: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

37

HIGHLY ACTIVE ANTIRETROVAL THERAPHY

(HAART): SINAR BAGI PENGHIDAP HIV POSITIF

Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART)

Sehingga kini dikatakan masih belum ada penawar atau ubat-ubatan yang boleh menyembuhkan penyakit disebabkan oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV). Malahan, dalam kebanyakan kes, keadaan pesakit akan menjadi lebih teruk dan seterusnya mungkin akan meninggal dunia jika tiada rawatan diberikan. Namun begitu, dunia perubatan kini semakin moden dan berkembang. Terdapat rawatan yang disediakan bagi mengawal HIV daripada terus membiak dan mengekalkan bilangan virus dalam badan pesakit pada tahap yang rendah, seterusnya membolehkan pesakit untuk menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Rawatan tersebut dikenali sebagai Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART), di mana beberapa ubat-ubatan antiretroviral perlu diambil oleh pesakit sepanjang hayat mereka dengan dos yang sesuai mengikut nasihat daripada pakar perubatan.

Rawatan HAART telah diperkenalkan

di Malaysia pada yahun 2007 (Rozaini

et.al,2012) dan hanya pesakit yang

memenuhi kriteria sahaja yang akan

memulakan rawatan HAART secara

percuma. Kerajaan Malaysia akan

menanggung kos

rawatan jika pesakit

masih berada pada

tahap pertama. Jika

rawatan sudah

memasuki fasa kedua

dan seterusnya, pesakit

perlu membayar

sendiri kos ubat-ubatan yang agak tinggi.

Semakin tinggi jumlah virus yang berada

dalam badan, ubatan yang lebih kuat juga

diperlukan. Matlamat terapi ini adalah untuk

mengurangkan jumlah virus dalam badan

pesakit kepada satu tahap di mana ianya

tidak dapat dikesan oleh ujian darah semasa

(Schmaltz et.al,2012). Rawatan HAART ini

perlu dipatuhi oleh pesakit dengan sangat

konsisten.

Puan Najwa Afiqa Roshaizad

Page 38: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

38

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kepatuhan (adherence) kepada rawatan

HAART dalam kalangan pesakit HIV positif. Kepatuhan merangkumi kesediaan pesakit untuk

mengikut segala arahan dan pesanan doktor dalam pengambilan ubat-ubatan dan juga temujanji.

Kajian menunjukkan terdapat perkaitan antara kepatuhan terhadap HAART dengan penurunan bilangan virus dalam badan pesakit. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kepatuhan adalah faktor pesakit itu sendiri, faktor kesan ubat serta kos rawatan, dan faktor sokongan sosial (Najwa,2014).

Kesimpulannya, penggunaan rawatan HAART bagi penghidap HIV positif dapat membantu

mereka untuk meneruskan kehidupan seperti individu yang lain. Namun begitu, tahap kepatuhan

terhadap rawatan perlu diberi perhatian kerana ianya merupakan faktor yang memainkan

Faktor pesakit

- Motivasi untuk meneruskan rawatan & kehidupan

- Persepsi negatif kepada rawatan HAART : masih akan

mati walaupun menerima rawatan

“…saya tak nak jadi orang yang putus asa. Selagi

belum sampai ajal saya, saya akan teruskan. Tak

nak la terbaring je. Sebelum ni banyak dosa

saya buat. Saya niat, saya makan ubat ni, diberi

peluang, rezeki, saya akan bantu kawan-kawan yang

senasib dengan saya”.

(Zamri)

Faktor ubatan & kos

- Merangkumi keberkesanan, kesan sampingan, kos ubatan

serta kos ke hospital untuk temujanji.

- Di Malaysia : Kerajaan menanggung kos ubatan bagi

fasa pertama, dan menyediakan kenderaan bagi pesakit

berulang-alik ke hospital (bagi penghuni rumah perlindungan).

“…saya tahu kalau satu ubat tu, RM120 sebulan. Saya makan tiga biji. Dua jenis ni daripada kerajaan Malaysia. Satu lagi jenis ni UNICR (NGO) la support. Saya tak ada keluar duit

sendiri”.

(Salim)

Faktor sokongan sosial

- Sokongan moral daripada keluarga, rakan-rakan, NGO,

masyarakat sekeliling.

- Sesetangah pesakit tidak mahu meneruskan rawatan HAART kerana risau tentang

stigma & diskriminasi.

“…mak saya sangat ok. Tak ada masalah. Mula-mula saya dapat sakit ni pun, saya beritahu mak saya, dia cakap tak apa. Mak mana yang tak sayang

anak. Keluarga tahu HIV ni macam mana. Jadi saya tak diasingkan. Macam pinggan mangkuk. Tak asing. Saya sendiri kena

tahu dan jaga supaya tak berjangkit. Rasa bertuah

sangat. Dia orang tak asingkan. Rapat dengan saya. Tak ada masalah dalam bab keluarga”.

(Saladin)

Page 39: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

39

peranan yang paling penting dalam menentukan sama ada pesakit konsisten ataupun tidak.

Dengan sokongan serta komitmen yang baik, para penghidap HIV positif dapat menemukan sinar

baru dalam kehidupan mereka.

Rujukan

Schmaltz, C.A.S., Lopes, G.S., Lourenco, M.C., Morgado, M.G., Velasque, L.S. & Rolla, V.C. 2012. Factors

Impacting Early Mortality In Tuberculosis /HIV Patients : Differences Between Subjects Naive To

And Previously Started On HAART. PLoS ONE 7(9): 1-7.

Rozaini Mat Shah., Awang Bulgiba., Christopher, K.C.L., Jamaiyah Haniff & Mariana Mohd Ali. 2012. Highly Active Antiretroviral Therapy Reduces 235 Mortality and Morbidity in Patients with AIDS in Sungai Buloh Hospital. Journal of Experimental and Clinical Medicine 4(4): 239-244.

“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya”

(HR Bukhari)

Page 40: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

40

INTERVENSI IBU HAMIL TANPA NIKAH:

MENJAMIN KESEJAHTERAAN ZURIAT

Penulis & Penyelidik Bersama: Datin Dr Fauziah Ibrahim, Dr Norulhuda Sarnon, Dr Salina Nen,

Dr Suzana Mohd Hoesni, Dr Nor Jana Saim, Puan Alia Muhammad Ali & Puan Amy Nadzlina

Mohamed

Kebelakangan ini masyarakat di Malaysia

kerap disajikan oleh berita-berita yang

memaparkan kes pembuangan bayi. Saban

hari pasti ada kes pembuangan bayi berlaku

– dicampak daripada tingkat dua, ditemui

dalam beg kertas, dicampak ke dalam

longkang, dibuang ke dalam tong sampah,

ditinggalkan dalam mangkuk tandas, dibalut

dengan plastik sampah dan pelbagai macam

keadaan yang menyayat hati. Anak yang

lahir ibarat kain yang putih – bersih. Bayi-

bayi ini tidak ada sebarang salah dan dosa.

Pastinya yang berdosa ialah ibu bapanya

yang telah melakukan maksiat sehingga lahir

bayi luar nikah ini.

Dr Nasrudin Subhi

Page 41: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

41

Berdasarkan statistik oleh PDRM daripada tahun 2005 sehingga 2015 yang dikongsi oleh

mantan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim,

sebanyak 526 kes pembuangan bayi yang berlaku di negara ini. Malah dalam julat tahun yang

sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah merekodkan sebanyak 532,158 kelahiran anak

tidak sah taraf atau anak luar nikah. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia pula, bilangan kes

remaja hamil luar nikah bagi tahun 2012 hingga 2015 adalah sebanyak 16,270 yang mana tiga

negeri telah mencatatkan statistik tertinggi bagi remaja berumur 10 hingga 19 tahun iaitu

Sarawak (5,246 orang), Johor (2,427 orang) dan Selangor (1,603 orang).

Bertitik tolak kepada apa yang berlaku ini di samping ingin menjaga kemaslahatan ummah

maka AWQAF Holdings Berhad telah pun menubuhkan Tabung Wakaf ZuriatCARE pada 2015.

Meminjam kata-kata oleh Pengerusi ZuriatCare, “Bayi adalah zuriat masa hadapan yang perlu

dilindungi sebaik-baiknya” maka penubuhan ZuriatCARE bermatlamat menangani dan

mendokong NGO Islamik yang aktif di dalam program melindungi kepentingan bayi, khasnya

dalam kalangan yang terbuang atau ditinggalkan ibu bapa.

Menyedari bahawa isu ini bukanlah suatu yang mudah untuk ditangani sendirian maka

ZuriatCARE telah merencana kolaborasi berbentuk kerjasama penyelidikan dan perundingan

dengan para penyelidik sosial daripada Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Universiti

Kebangsaan Malaysia. Sebagai permulaan kerjasama pintar ini melibatkan penyelidikan dalam

usaha untuk membentuk modul intervensi ibu hamil tanpa nikah kerana didapati bahawa di

Malaysia tiada satu modul yang holistik buat ibu hamil tanpa nikah yang ditempatkan di rumah-

rumah perlindungan sementara. Diharapkan dengan terbentuknya modul ini kelak dapat

menjamin kebajikan yang sempurna buat ibu-ibu hamil tanpa nikah ini dalam tempoh mereka

mendiami rumah-rumah perlindungan.

Page 42: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

42

SEMANGAT KEMASYARAKATAN KUNCI KEBANGKITAN

& KESEJAHTERAAN MANGSA BANJIR

Pada Disember 2014, Malaysia telah

dikejutkan dengan kejadian luar jangka di

mana taburan hujan luar biasa telah

menyebabkan berlaku banjir besar

khususnya di Kelantan. Kejadian tersebut

telah mencipta sejarah baru di negeri

Kelantan sebagai banjir terbesar dan

terburuk selepas kejadian Bah Merah 1967.

Banjir besar yang melanda Kelantan pada

2014 digelar sebagai Bah Kuning disebabkan

kandungan lumpur yang tinggi dalam air

menyebabkan air banjir pada ketika itu

berwarna kuning.

Selepas kejadian banjir yang melanda

negeri Kelantan khususnya di Gua Musang,

penulis mendapati terdapat dua jenis

penempatan mangsa banjir yang

mempunyai ciri semangat kemasyarakatan

yang berbeza di mana mereka yang tinggal di

tapak asal rumah dilihat mempunyai ciri

semangat kemasyarakatan yang mendorong

kepada peningkatan daya tahan (resilien)

berbanding ciri semangat kemasyarakatan

mangsa banjir yang tinggal di penempatan

sementara yang disediakan oleh pihak

kerajaan mahupun NGO.

Hasil pemerhatian, penulis

mendapati mereka yang tinggal di tapak asal

rumah menunjukkan ciri semangat

kemasyarakatan seperti rasa seronok tinggal

di tapak asal rumah di mana mereka

mempunyai rasa kekitaan dan pemilikan

(sense of belonging) yang tinggi disebabkan

menetap di kawasan tersebut dalam tempoh

masa yang lama. Ada dalam kalangan

mangsa banjir yang pada awalnya diarahkan

berpindah ke khemah sementara yang

disediakan namun mengaku masih

teringatkan rumah dan kawasan tempat

tinggalnya sehingga menyebabkan beliau

membuat keputusan untuk pulang semula

ke tapak asal rumah dan terus tinggal di situ

setelah membaik pulih semula rumah yang

rosak teruk akibat banjir.

Dr Noremy Md Akhir

Page 43: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

43

Ini berlaku disebabkan oleh rasa kepunyaan yang tinggi terhadap tempat yang didiami

sekian lama. Menurut Long dan Perkins (2007), elemen rasa selamat dan selesa dengan tempat

menyebabkan individu mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi terhadap tempat atau

penempatan yang didiami. Rasa kekitaan dan kepunyaan yang dimiliki adalah melibatkan

hubungan emosi individu terhadap tempat. Ia sesuai digambarkan dengan perasaan istimewa

terhadap tempat tertentu kesan daripada hubungan kognitif dan emosi terhadap tempat yang

didiami (Low, 1992). Dalam perbincangan ini, tempat yang dimaksudkan adalah tapak asal di

mana rumah mangsa banjir dibina.

Walau bagaimanapun, rasa pemilikan tidak terhad kepada persekitaran dan komponen

fizikal semata-mata namun pemilikan terhadap tempat juga dikaitkan dengan hubungan

interpersonal dan sosial yang wujud dalam persekitaran yang didiami. Dari perspektif ini, ia

merujuk kepada hubungan dan ikatan sosial dengan orang-orang yang tinggal di dalam tempat

tersebut. Ada dalam kalangan mangsa banjir yang menyatakan jiran di kawasan tempat

tinggalnya sentiasa mengambil berat dan sering bertanya khabar kerana mereka sudah lama

berjiran dan saling mengenali antara satu sama lain. Malah ada juga di kalangan mereka yang

mempunyai hubungan kekeluargaan dan tinggal berhampiran kawasan tersebut. Oleh itu,

hubungan kekeluargaan yang sedia wujud telah merapatkan lagi hubungan dan membuatkan

mereka rasa lebih selamat tinggal di kawasan tersebut. Selepas krisis setiap keluarga digalakkan

untuk menggunakan sumber sedia ada untuk menangani situasi krisis dan sumber yang

dimaksudkan adalah resiliensi dan jaringan serta sokongan sosial ahli keluarga dan jiran tetangga.

Sungguhpun begitu, penulis mendapati mangsa banjir yang tinggal di penempatan

sementara menunjukkan ciri semangat kemasyarakatan seperti mengasingkan diri dari kejiranan

mereka dan sukar berkongsi perasaan dengan jiran atau ahli komuniti yang lain. Mereka mengaku

takut untuk bercerita dengan individu yang tidak dikenali kerana masing-masing yang tinggal di

situ datang dari pelbagai kampung di sekitar kawasan tersebut dan ada yang tidak mengenali

antara satu sama lain. Menurut Brown, Perkins dan Brown (2003), semangat kemasyarakatan

memainkan peranan penting dalam usaha pemulihan komuniti terutamanya selepas bencana.

Namun, dalam kes-kes di mana rasa kepunyaan dan ketergantungan di antara ahli sukar dibentuk

disebabkan oleh tidak mengenali antara satu sama lain dan menetap dalam tempoh yang singkat

Page 44: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

44

di sesebuah kejiranan menyebabkan ahli komuniti tidak berupaya untuk memperbaiki kawasan

penempatan mereka sendiri, dan tidak berupaya untuk bekerja dengan ahli-ahli komuniti dan

agensi-agensi tempatan untuk memperbaiki keseluruhan kejiranan mereka. Aspek semangat

kemasyarakatan dan hubungan psikologi antara ahli komuniti, sebenarnya memberikan

sumbangan yang kritikal dalam usaha membangunkan komuniti secara efektif dan ianya

memerlukan tindakan yang kolektif daripada ahli komuniti yang dianggap sebagai sumber kuasa

kepada sesebuah kejiranan atau komuniti.

Pretty, Chipuer dan Bramson (2003), menyatakan kebergantungan individu terhadap

penempatan yang didiami sering dikaitkan dengan semangat kemasyarakatan yang wujud dalam

sesebuah kejiranan. Dalam ilmu psikologi “semangat kemasyarakatan” dianggap sebagai

multidimensi dan ditakrifkan dalam pelbagai cara, namun secara amnya ia melibatkan perasaan

keanggotaan terhadap komuniti termasuk perkongsian emosi berdasarkan sejarah dan keperluan

yang dikongsi bersama (Hughey & Speer 2002). Walau bagaimanapun, jika ahli gagal berkongsi

keperluan, emosi dan matlamat yang sama atau gagal untuk saling melengkapi, maka ia akan

mengundang masalah dalam usaha membangunkan sesebuah kejiranan kerana perkongsian dan

perhubungan emosi antara ahli adalah teras dalam pemulihan komuniti selepas bencana.

Malah penulis turut mendapati ada dalam kalangan mangsa banjir yang mengaku tidak

berminat untuk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan di mana mereka lebih selesa tinggal di

khemah berbanding terlibat dengan program dan aktiviti yang dijalankan di penempatan

sementara yang didiami. Menurut Manzo dan Perkins (2006), ahli komuniti yang tidak

mempunyai perasaan pemilikan terhadap penempatan yang didiami dan ikatan perhubungan

antara ahli yang rendah akan mengurangkan motivasi mereka untuk terlibat atau mengambil

bahagian dalam perancangan dan penambahbaikan kepada pembangunan dalam kejiranan yang

didiami.

Walau bagaimanapun, penulis mendapati minoriti mangsa banjir yang tinggal di

penempatan sementara turut menunjukkan ciri semangat kemasyarakatan seperti berkongsi

emosi yang sama, saling membantu dan menyokong antara satu sama lain serta memberikan

sokongan dan terlibat dalam aktiviti yang dijalankan di penempatan sementara yang disediakan.

Page 45: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

45

Mangsa banjir yang menunjukkan ciri seumpama ini dilihat mempunyai daya tahan (resiliensi)

yang lebih tinggi serta mampu membantu mereka untuk pulih meneruskan kehidupan selepas

banjir. Sikap saling memenuhi keperluan dan kehendak sesama jiran ini amat membantu

sesebuah komuniti untuk pulih dan bangkit selepas banjir.

Rumusnya, mangsa banjir yang tinggal di tapak asal rumah mempunyai rasa pemilikan

(sense of belonging) yang tinggi terhadap penempatan yang didiami kerana sudah menetap di

kawasan tersebut dalam tempoh yang lama serta mempunyai hubungan kekeluarga yang sedia

wujud. Hal ini memperkuatkan lagi hubungan mereka yang tinggal di kawasan tersebut dan

menyebabkan mereka yang tinggal di tapak asal rumah mempunyai daya tahan yang lebih tinggi

berbanding mangsa banjir yang tinggal di penempatan sementara yang disediakan bersama-

sama mangsa banjir yang datang dari pelbagai kampung dan mempunyai latar belakang yang

berbeza.

Menurut Farrell, Aubry dan Coulombe (2004), semangat kemasyarakatan akan

menyumbang kepada kepuasan hidup dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup

seseorang individu. Ini kerana dengan adanya semangat kemasyarakatan yang baik, ia akan

menggalakkan penglibatan ahli komuniti untuk bertindak selepas bencana dengan meningkatkan

akses dan penggunaan rangkaian sosial yang sedia wujud dalam komuniti bagi meneruskan

kehidupan selepas bencana yang berlaku.

Oleh itu, Liu et al. (2010), mencadangkan kekuatan ahli komuniti dapat dikukuhkan

melalui pembinaan jaringan dan sokongan sosial, menggalakkan penglibatan ahli komuniti dan

meningkatkan ketahanan kendiri ahli masyarakat terhadap risiko bencana selaras dengan Rangka

Kerja Sendai (2015-2030) yang menekankan kepada peranan masyarakat dalam pengurusan dan

pengurangan risiko bencana. Oleh itu, dengan pendekatan ini, ia akan menggalakkan penyertaan

masyarakat dalam pengurusan bencana terutamanya dalam mengurangi risiko bencana. Ini selari

dengan Strategi Dasar Kebajikan Masyarakat Negara (2003), iaitu membangunkan potensi

individu ke tahap optimum serta meningkatkan daya tahan masyarakat dalam menghadapi

cabaran semasa dengan membina dan memupuk semangat tolong-menolong serta bantu-

membantu demi kesejahteraan masyarakat.

Page 46: Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) iSEJAHTERA€¦ · 1 iSEJAHTERA Jun 2019: Jilid 2 (Isu 3) KESEJAHTERAAN MENTAL, KELUARGA, KERJAYA & KOMUNITI Gegaran Generasi Digital: Cabaran dan Kesan

46

Rujukan Brown, B. B., Perkins, D., & Brown, G. (2003). Place attachment in a revitalizing

neighbourhood: Individual and block levels of analysis. Journal of Environmental Psychology, 23, 259–71. doi:10.1016/S0272-4944(02)001172

Farrell, S., Aubry, T., & Coulombe, D. (2004). Neighbourhoods and neighbours. Do they contribute to personal well-being? Journal of Community Psychology, 32(1), 9-25. doi:10.1002/jcop.10082

Hughey, J., & Speer, P. W. (2002). Community, sense of community,and networks. Dalam A.T.Fisher, C.C.Sonn, & B. J. Bishop (Eds). Psychological Sense of Community: Research, Applications, and Implications (ms. 69-84). New York: Kluwer Academic/Plenum Publishers.

Liu, L.W., Jang, L.J., Lue, F.Y., Wang, J.J., & Wang, S.T. (2010). From a cross- disciplinary approach to construct a model of community disaster management support system. The Australasian Journal of Disaster, 2, 23-29.

Long, D. A., & Perkins, D. (2007). Community social and place predictors of sense of community: A multilevel and longitudinal analysis. Journal of Community Psychology, 35(5), 563-581. doi: 10.1002/jcop.20165

Low, S. (1992). Symbolic Ties that bind: place attachment in the plaza. Dalam I. Altman, & S. Low. Place Attachment, New York: Plenum.

Manzo, L. C. & Perkins, D. D. (2006). Finding common ground: The importance of place attachment to community participation and planning. Journal of Planning Literature, 20, 335-350. doi:10.1177/0885412205286160

Pretty,G. H., Chipuer, H. & Bramston, P. (2003). Sense of place amongst adolescents and adults in two rural Australian towns: The discriminating features of place attachment, sense of community and place dependence in relation to place identity. Journal of Environmental Psychology, 23(3), 273–87. doi: 10.1016/S0272-4944(02)00079-8