usrahversity remaja diy bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib...

14
USRAH VERSITY

Upload: others

Post on 19-Nov-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu. Zaman sekarang tak perlu jihad berperang,

USRAHVERSITY

Page 2: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu. Zaman sekarang tak perlu jihad berperang,

BAB 18

TUNTUTAN JIHAD

USRAHREMAJA

Page 3: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu. Zaman sekarang tak perlu jihad berperang,

Kisah Kaab bin Malik & Perang Tabuk

Apa berlaku pada Kaab?

Page 4: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu. Zaman sekarang tak perlu jihad berperang,

Sekitar tahun 9 Hijrah, terdapat ancaman tentera Rome terhadap Madinah. Sebagai respon, Rasulullah saw membuat persediaan, mengumpul dana dan membuat panggilan Jihad. Kaab, seorang sahabat yang sering menyertai Jihad. Kali ini beliau mempunyai kelengkapan yang lebih berbanding peperangan sebelum ini tetapi telah berlengah-lengah kerana urusan-urusan dunia. Akhirnya Kaab telah lewat tertinggal dan tidak sempat lagi menyertai tentera Muslim kerana semuanya telah lama bertolak ke medan perang.

Ketika perang Tabuk, Rasulullah saw bertanyakan “Mana Kaab?”, dan mengetahui beliau tidak turut serta. Apabila pulang dari perang, mereka yang lemah iman dan bersifat munafik bertemu Rasulullah memberi alasan dan memohon kemaafan. Kaab juga telah pergi bertemu rasulullah. Pada mulanya Kaab mahu berbohong dan memberi alasan, tetapi akhirnya jujur mengaku atas kesalahan atas kelalaiannya.

Maka Nabi telah memberi beliau hukuman iaitu diboikot. Tidak dibenarkan mana-mana muslim bercakap dan berurusan dengan Kaab. Selama 40 hari Kaab umpama hidup bersendirian, akibatnya merasa amat sedih kerana tidak ada sesiapa yang mahu berkata-kata dengannya. Masuk hari ke 40, datang perintah lain pula iaitu Kaab perlu menjauhi isterinya tanpa menceraikannya. Kaab terus berada dalam kesedihan dan terus memohon keampunan Allah.

Akhirnya selepas 50 hari, datang berita gembira bahawa Allah telah menerima taubat Kaab dan hukuman boikot Kaab berakhir. Kaab pergi bertemu Rasulullah dan Rasulullah sangat gembira bertemu Kaab.

(Terdapat 2 orang lagi sahabat lain yang diberi hukuman yang sama: Murar Ibn Rabi & Hilal Umayyah)

Page 5: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu. Zaman sekarang tak perlu jihad berperang,

Kisah Kaab bin Malik & Perang Tabuk

Apa pengajaran?

Ramai umat Islam memandang dingin tentang tuntutan jihad. Tidak mengambilnya

dengan serius, dan akibat dari sikap ini, ramai umat Islam cuai dalam

melaksanakan tuntutan Jihad.

Page 6: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu. Zaman sekarang tak perlu jihad berperang,

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal

belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad

(yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan

(belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal

hati dalam perjuangan)?

(A-li'Imraan 3:142)

Page 7: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu. Zaman sekarang tak perlu jihad berperang,

Apa makna Jihad?

Dari sudut bahasa, jihad berasal daripada perkataan al-Juhd yang bermaksud keberatan dan kesusahan.

Menurut istilah syarak, jihad ialah usaha seorang Muslim mengerah segala daya dan tenaga untuk mencapai kemenangan Islam kerana mencari keredaan Allah s.w.t.

Apa hukum Jihad?

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(Al-Baqarah 2:216)

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(Al-Baqarah 2:183)

Page 8: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu. Zaman sekarang tak perlu jihad berperang,

Menjamin Kemenangan Islam

Waktu

Penjelasan JIHAD

Khusus

Keluar Berperang

Tindakan Khusus

Umum

Usaha umum / berkala

Page 9: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu. Zaman sekarang tak perlu jihad berperang,

Salah faham tentang Jihad

Maksud Jihad adalah keluar berperang. Maksud Jihad jauh lebih luas, iaitu segala usaha yang diperlukan untuk berjuang membela dan menjamin kemenangan Islam. Keluar berperang hanyalah salah satu usaha.

Perintah Jihad adalah wajib, maka wajib kita keluar berperang sekarang!

Jihad umum adalah sentiasa wajib. Tetapi jihad khusus iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu.

Zaman sekarang tak perlu jihad berperang, kita tumpukan pada jihad yang lain-lain seperti jihad harta benda dan jihad melawan nafsu.

Sekiranya panggilan Jihad keluar perang menjadi wajib (apabila memenuhi syarat-syarat seperti diserang musuh secara peperangan), maka wajib keluar berperang. Jihad umum yang lain mesti ditinggalkan dan tidak boleh dijadikan alasan meninggalkan jihad keluar berperang

Page 10: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu. Zaman sekarang tak perlu jihad berperang,

Salah faham tentang Jihad

Kewajipan Jihad mengajar umat Islam menjadi pengganas! Islam bukan agama ganas!

Kewajipan jihad adalah kerana Islam memerintahkan umatnya berani berusaha menegakkan keadilan dan kebenaran dan bukan berdiam diri menjadi bachul. Namun kewajipan mengangkat senjata adalah pilihan terakhir setelah memenuhi syarat-syarat yang ketat.

Perintah Jihad adalah wajib bila berlaku peperangan sahaja. Zaman sekarang dah tak ada perang.

Erti Jihad tidak terhad kepada peperangan sahaja. Walaupun tiada peperangan, meneruskan perjuangan untuk kemenangan Islam adalah kewajipan setiap masa untuk setiap muslim.

Bekerja keras dan menjadikan negara aku negara maju memenuhi kewajipan dan tuntutan jihad.

Belum tentu, perlu diperiksa dengan teliti. Jika usaha memajukan negara juga menyebabkan kemenangan Islam, maka ia diterima malah di tuntut. Tetapi bukan semua kemajuan menjuruskan kemenangan Islam atau selari dengan ajaran Islam. Lihat pada kaum Thamud dan Aad.

Page 11: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu. Zaman sekarang tak perlu jihad berperang,

Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba masanya kalian

diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang

memperebutkan makanannya.”

Maka sahabat bertanya: “Apakah karena sedikitnya jumlah

kita?”

Jawab baginda: “Bahkan kalian banyak, namun kalian seperti

buih mengapung. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari

dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah

menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.”

Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?”

Nabi s.a.w. bersabda: “Cinta dunia dan takut akan kematian.”

(HR Abu Dawud 3745)

Apa yang kita tidak mahu..

Page 12: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu. Zaman sekarang tak perlu jihad berperang,

Rasullullah s.a.w. bersabda kepada Ummu

Haritsah binti Nu’man -putranya gugur di

perang badar ketika dia bertanya kepada beliau

(tentang nasib putranya): “Di mana dia?” Nabi

saw bersabda: ”Sesungguhnya dia berada di

surga Firdaus yang tinggi.”

(HR. Al Bukhari)

Tidakkah rindukan syahid?

Page 13: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu. Zaman sekarang tak perlu jihad berperang,

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah

orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian

mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka

berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah;

mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

(Al-Hujuraat 49:15)

Page 14: USRAHVERSITY Remaja DIY Bab 18... · iaitu dalam bentuk keluar berperang hanya menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat ketat yang tertentu. Zaman sekarang tak perlu jihad berperang,

TUNTUTAN JIHAD

RUMUSAN

Fahamilah bahawa Jihad, iaitu mengerah segala

daya dan tenaga untuk mencapai kemenangan

Islam kerana mencari keredaan Allah, adalah

tuntutan ke atas setiap muslim dan perlu diberi

perhatian yang serius serta perlu dilaksanakan.