usrahversity remaja diy bab3 alam... · buku catatan timbangan balasan / penyesalan. sangkakala...

25
USRAH VERSITY

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • USRAHVERSITY

  • BAB 3

    ALAM AKHIRAT

    USRAHREMAJA

  • HAKIKAT KEHIDUPAN

    Penciptaan Nabi Adam a.s.

    Kehidupan di Dunia

    Alam Akhirat

  • Apakah MASALAH PALING UTAMA / PALING BESAR yang dihadapi oleh setiap manusia?

    (sehingga dikatakan ‘ibu’ kepada segala masalah?)

  • Masalah paling besar/utama adalah

    menghadapi perbicaraan di hadapan Allah pada Hari Kiamat kelak

    dan nasib diri akan ditentukan sama ada akan ke Syurga atau Neraka.

  • ALAM AKHIRAT

    Apakah kejadian-kejadian yang akan berlaku

    pada ALAM AKHIRAT nanti?

  • Sangkakala Pertama

    Sangkakala Kedua

    Berpisah

    Dikumpulkan / Sedih

    Dahsyat

    Keadaan Buta

    Buku Catatan

    Timbangan

    Balasan / Penyesalan

  • Sangkakala Pertama

    Sesungguhnya kamu akan akan dibangkitkan pada hari ketika tiupan pertama menggoncangkan

    alam. Tiupan pertama diiringin tuipan kedua. Hati manusia pada waktu itu sangat takut.

    Pandangannya tertunduk (An Nazia'at: 6-9)

    Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); Dan apabila bintang-bintang gugur

    berselerak; Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi

    debu); Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar; (At-Takwir 81:1-4)

  • Sangkakala Pertama

    Sangkakala Kedua

    Berpisah

    Dikumpulkan / Sedih

    Dahsyat

    Keadaan Buta

    Buku Catatan

    Timbangan

    Balasan / Penyesalan

  • Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati;

    apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-

    masing (untuk) menghadap Tuhannya. (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan

    hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur

    tempat tidur kami?, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh

    Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!

    (Yasin 36:52)

    Sangkakala Kedua

  • Sangkakala Pertama

    Sangkakala Kedua

    Berpisah

    Dikumpulkan / Sedih

    Dahsyat

    Keadaan Buta

    Buku Catatan

    Timbangan

    Balasan / Penyesalan

  • Dan apabila datang suara yang memekakkan (sangkakala kedua), pada hari itu manusia lari dari

    saudaranya, dari ibubapanya, dari isteri dan anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu

    mempunyai urusan yang cukup menyibukkan. Banyak muka pada hari itu berseri-seri tertawa dan

    bergembira. Dan banyak pula muka pada hari itu tertutup debu, dan ditutup lagi oleh kegelapan.

    Mereka itulah orang-orang kafir lagi derhaka. (Abasia : 33-42)

    Berpisah

  • Sangkakala Pertama

    Sangkakala Kedua

    Berpisah

    Dikumpulkan / Sedih

    Dahsyat

    Keadaan Buta

    Buku Catatan

    Timbangan

    Balasan / Penyesalan

  • Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke

    tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). (Yasin 36:53)

    Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa

    datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-

    masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang

    sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima

    pertolongannya. (Ghaafir 40:18)

    Dikumpulkan / Sedih

  • Sangkakala Pertama

    Sangkakala Kedua

    Berpisah

    Dikumpulkan / Sedih

    Dahsyat

    Keadaan Buta

    Buku Catatan

    Timbangan

    Balasan / Penyesalan

  • Berkata Aisyah r.a.: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:

    “Manusia akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan tidak

    berkhatan. Lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Kalau begitu manusia di hari itu saling melihat

    antara satu sama lain. Baginda menjawab: “Wahai Aisyah, urusan pada hari itu lebih dahsyat

    daripada melihat seseorang akan orang lain.”

    (Hadis riwayat Muslim)

    Dahsyat

  • Sangkakala Pertama

    Sangkakala Kedua

    Berpisah

    Dikumpulkan / Sedih

    Dahsyat

    Keadaan Buta

    Buku Catatan

    Timbangan

    Balasan / Penyesalan

  • "Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa

    Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?" Allah berfirman:

    "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan

    serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

    (Taha 20:124-126)

    Keadaan Buta

  • Sangkakala Pertama

    Sangkakala Kedua

    Berpisah

    Dikumpulkan / Sedih

    Dahsyat

    Keadaan Buta

    Buku Catatan

    Timbangan

    Balasan / Penyesalan

  • Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang

    berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai

    celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang

    besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis

    di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

    (Al-Kahfi 18:49)

    Buku Catatan

  • Sangkakala Pertama

    Sangkakala Kedua

    Berpisah

    Dikumpulkan / Sedih

    Dahsyat

    Keadaan Buta

    Buku Catatan

    Timbangan

    Balasan / Penyesalan

  • Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan

    sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

    (Az-Zalzalah 99:6-8)

    Timbangan

  • Sangkakala Pertama

    Sangkakala Kedua

    Berpisah

    Dikumpulkan / Sedih

    Dahsyat

    Keadaan Buta

    Buku Catatan

    Timbangan

    Balasan / Penyesalan

  • Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan

    sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya

    sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam - Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggalah

    mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.

    (Sambil dikatakan kepada mereka): "Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu

    terus-menerus mendustakannya?" Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh

    sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat. "Wahai Tuhan kami,

    keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali

    lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim."

    (Al-Mu'minuun 23:99-108)

    Balasan / Penyesalan

  • ALAM AKHIRAT

    RUMUSAN

    Akhirat adalah urusan yang paling utama dan

    masalah paling besar bagi manusia kerana setiap

    orang akan ditentukan sama ada akan ke syurga

    atau neraka.

    Perlu ingat setiap hari.