usrahversity remaja diy bab 19...menunaikan solat walau bagaimana sekali pun keadaan. menjaga...

17
USRAH VERSITY

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • USRAHVERSITY

  • BAB 19

    JALAN PERJUANGAN

    USRAHREMAJA

  • Sebuah Perjalanan Memerlukan

    Destinasi, Petunjuk dan

    Kenderaan

    Destinasi = MatlamatPetunjuk = IlmuKenderaan = Keperibadian

  • Apa beza antara TAHU dan FAHAM?

    1. Memperbaiki Diri SendiriAkidah yang sejahtera, Ibadah yang ikhlas, akhlak yang mulia dan menguasai ilmu yang berguna.

    2. Pembinaan Keluarga MuslimMemastikan seluruh anggota keluarga melaksanakan perintah wajib, memelihara dan menghormati prinsip Islam.

    3. Membimbing MasyarakatMengajak kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran, melakukan kerja kebajikan.

    4. Menegakkan/Memulihkan Kerajaan IslamMelaksanakan undang-undang, nilai-nilai dan prinsip Islam.

    5. Mewujudkan Khilafah IslamiahMelantik seorang khalifah bagi memimpin dan mempertahankan negara-negara Islam, memimpin seluruh dunia ke arah ajaran Islam yang syumul.

    ADAPTASI DARI MODEL HASSAN AL BANNA Membina Ummah

  • M e m p e r b a i k i D i r i S e n d i r i1

  • ✓ Memiliki Akidah dan Iman yang sejahtera

    ✓ Memahami dengan tepat dan memenuhi sepenuhnya tuntutan kalimah syahadah

    ✓ Tidak ada sedikit keraguan pun pada ajaran Al Quran dan Sunnah

    ✓ Hari Akhirat (dan segala kejadiannya) sentiasa jelas di hadapan mata

    ✓ Ibadah yang ikhlas

    ✓ Menunaikan solat walau bagaimana sekali pun keadaan. Menjaga kekhusyukan dan berjemaah pada setiap peluang yang ada. Memperbanyakkan solat sunat terutama solat tahajud dan witir.

    ✓ Melatih diri untuk sentiasa laksanakan infaq walaupun sedikit. Infaq wang iaitu keluarkan derma walaupun beberapa ringgit atau sen. Infaq tenaga dan ringan tulang untuk menghulurkan bantuan. Ia adalah latihan untuk melakukan pengorbanan yang lebih besar apabila dewasa nanti.

    ✓ Memperbanyakkan amalan yang diajar Rasulullah s.a.w. seperti doa dan zikir. Mengamalkan Al Mathurat sekurang-kurangnya setiap pagi.

    M e m p e r b a i k i D i r i S e n d i r i1

  • ✓ Memiliki akhlak dan keperibadian yang mulia, mencontohi rasulullah s.a.w;

    ✓ Memiliki tubuh badan yang sihat dan kuat. Sangat mementingkan kebersihan. Menjaga pemakanan dan melakukan senaman.

    ✓ Sentiasa bercakap benar. Berani, tegas dan adil. Sentiasa menjaga amanah dan bertanggungjawab.

    ✓ Menghormati orang sekeliling, sentiasa bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri. Ringan tulang untuk menghulurkan bantuan. Kehadapan dalam aktiviti kebajikan. Seorang yang pemaaf. Mesra dalam pergaulan, bersifat kasih sayang sesama muslim.

    ✓ Menjaga batas-batas pergaulan dengan jantina yang berbeza. Menundukkan pandangan.

    ✓ Bijak dan disiplin dalam mengurus masa. Rajin berusaha, sentiasa memperbaiki diri. Bijak serta menggunakan hikmah dalam setiap tindakan, mengikut kadar yang betul dan bersifat sederhana.

    ✓ Terhindar dari sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, takabbur dan sebagainya.

    M e m p e r b a i k i D i r i S e n d i r i1

  • ✓ Menguasai ilmu dalam bidang yang diceburi

    ✓ Memahami tuntutan syariat, Al Quran dan sunnah dengan tepat dan menyeluruh.

    ✓ Menguasai ilmu sains dan teknologi. Menjadi ‘Trend setter’ berbanding ‘trend follower’.

    ✓ Penguasaan Bahasa dan Kemahiran Komunikasi yang tinggi.

    ✓ Peka dan mengikuti hal ehwal masyarakat dan persekitaran.

    M e m p e r b a i k i D i r i S e n d i r i1

  • M e m p e r b a i k i D i r i S e n d i r i1

    P e m b i n a a n K e l u a r g a M u s l i m 2

  • • Tertubuhnya Institusi keluarga berlandaskan kehendak syarak. Ikatan silaturahim yang kuat dan erat berlandaskan iman dan syariat.

    • Seluruh keluarga menghormati sepenuhnya syariat Islam. Seluruh perintah wajib dilaksanakan dan segala larangan ditegah sesama sendiri.

    • Mempelajari dan mendampingi Al Quran menjadi agenda utama dalam keluarga tersebut.

    • Keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Yang tua menjalankan tanggungjawab, yang muda menghormati dan mentaati ibubapa.

    • Seluruh keluarga menanam cita-cita tinggi untuk sama-sama berkumpul semula di Jannah.

    P e m b i n a a n K e l u a r g a M u s l i m 2

  • M e m p e r b a i k i D i r i S e n d i r i1

    P e m b i n a a n K e l u a r g a M u s l i m 2

    M e m b i m b i n g M a s y a r a k a t3

  • • Membina Masyarakat yang menghormati dan memelihara prinsip-prinsip Islam.

    • Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

    • Mencontohi generasi pertama / generasi yang dibentuk oleh Rasulullah di Madinah. Menerap nilai persaudaraan yang amat tinggi.

    • Meninggalkan budaya barat dan menggantikannya dengan budaya Sunnah.

    • Menerapkan nilai-nilai murni yang tinggi selaras dengan ajaran Islam.

    M e m b i m b i n g M a s y a r a k a t3

  • M e m p e r b a i k i D i r i S e n d i r i1

    P e m b i n a a n K e l u a r g a M u s l i m 2

    M e m b i m b i n g M a s y a r a k a t3

    M e n e g a k k a n / M e m u l i h k a n K e r a j a a n I s l a m

    4

  • • Menegakkan Perlembagaan dan Undang-Undang yang berpaksikan Al Quran dan Sunnah

    • Memastikan sistem pentadbiran yang selaras dengan kehendak syariat. Sentiasa adil dan bersih dari unsur-unsur rasuah.

    • Sistem politik yang

    • Bermatlamatkan untuk memenangkan Islam

    • Berasaskan keadilan dan petunjuk dari Al Quran

    • Membela Ummah bukan sahaja di dunia, malah di akhirat

    • Menyatu-padukan Ummah, dan bukan politik perpecahan

    • Sistem ekonomi yang

    • Memenuhi tuntutan syariah, riba-free ekonomi.

    • Membela golongan yang dibela oleh Al Quran (miskin, anak yatim, dll)

    • Maju dan mampan, bagi memperkukuhkan Islam dan Ummah

    M e n e g a k k a n / M e m u l i h k a n K e r a j a a n I s l a m4

  • M e m p e r b a i k i D i r i S e n d i r i1

    P e m b i n a a n K e l u a r g a M u s l i m 2

    M e m b i m b i n g M a s y a r a k a t3

    M e n e g a k k a n / M e m u l i h k a n K e r a j a a n I s l a m

    4

    M e w u j u d k a n K h i l a f a h I s l a m i a h5

  • • Melantik seorang khalifah bagi memimpin dan mempertahankan negara-negara Islam, memimpin seluruh dunia ke arah ajaran Islam yang syumul.

    • Mewujudkan Kesatuan negara-negara Islam yang benar-benar bersatu. Mengambil tindakan yang tegas dan serius dalam pembelaan umat Islam dan Agama

    • Semangat kesatuan Ummah melebihi semangat kenegaraan. Polisi hubungan antarabangsa yang selari dengan kehendak Al Quran dan Sunnah.

    • Membina kekuatan kesatuan dari segala sudut termasuk politik, ekonomi dan sosial. Menjadi Ummah contoh di mata dunia dalam segala aspek.

    M e w u j u d k a n K h i l a f a h I s l a m i a h5

  • JALAN PERJUANGAN

    RUMUSAN

    Perjalanan membina Ummah melalui ‘Milestone’ berikut:

    1. Memperbaiki Diri Sendiri

    2. Pembinaan Keluarga Muslim

    3. Membimbing Masyarakat

    4. Menegakkan / Memulihkan Kerajaan Islam

    5. Mewujudkan Khilafah Islamiah