usaha yang dijalankan oleh masyarakat · pdf fileobjektif kajian ini ialah untuk ... no....

31
USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT ORANG ASLI DALAM MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI MEREKA : SATU KAJIAN DI DAERAH ROMPIN DAN PEKAN, PAHANG MOHD NUR AL-HAFIZ BIN MOHD NAWI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI 2011

Upload: vudang

Post on 06-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT ORANG ASLI DALAM

MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI MEREKA :

SATU KAJIAN DI DAERAH ROMPIN DAN PEKAN, PAHANG

MOHD NUR AL-HAFIZ BIN MOHD NAWI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 2: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus
Page 3: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus
Page 4: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT ORANG ASLI DALAM

MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI MEREKA :

SATU KAJIAN DI DAERAH ROMPIN DAN PEKAN, PAHANG

MOHD NUR AL-HAFIZ BIN MOHD NAWI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus
Page 6: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

iii  

DEDIKASI

Pengkaji menghulurkan penghargaan yang tidak terhingga,

Dan kasih sayang yang ikhlas dari sanubari buat bonda yang tercinta

Hjh. Aini binti Hj. Ahmad

Kerana berkat doa dan ingatan serta keredaan nya yang berterusan jualah

pengkaji sentiasa diberi pertolongan oleh Allah (s.w.t) menghadapi segala

mehnah dan ujian sepanjang pengajian pengkaji.

Penghargaan dan doa penuh ingatan juga dirakamkan buat

almarhum ayahanda Mohd Nawi bin Hj. Alias yang tercinta

Kerana semasa hayatnya, tidak pernah jemu memberikan sokongan,

mendoakan dan memberikan kata semangat kepada pengkaji untuk

meneruskan pelajaran.

Page 7: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

iv  

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang pengkaji

merakamkan setinggi kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan dan

ketabahan dalam menyiapkan kajian untuk Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan

salam kepada Nabi junjungan penyudah segala nabi serta ahli keluarga dan para

sahabat baginda yang tercinta dan mereka yang menuruti mereka itu dari semasa

hingga ke semasa hingga hari kiamat.

Setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada Prof. Dr.

Muhammad Rashid bin Hj. Rajuddin selaku penyelia yang banyak memberi tunjuk

ajar, teguran dan bimbingan dengan penuh dedikasi kepada pengkaji sehingga dapat

menyiapkan tulisan ilmiah ini. Semoga segala pengorbanannya yang ikhlas mendapat

ganjaran yang setimpal di sisi Allah (s.w.t). jutaan terima kasih juga ditujukan

kepada para pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang

pernah mengajar dan mendidik saya untuk menjadi insan yang mulia.

Di ruangan terbatas ini juga, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih

kepada seluruh kaki tangan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang

terlibat dalam menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan pengkaji sepanjang

pengajian. Biarpun ia merupakan tanggungjawab, kesabaran dan kemesraan tetap

diingati. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang mengenali pengkaji

sepanjang pengajian. Terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang tidak putus-

putus daripada kalian. Sesungguhnya suka dan duka cabaran sepanjang pengajian

akan menjadi penguat iltizam sepanjang perjuangan ilmu kita demi kesejahteraan

agama, bangsa dan negara.

Page 8: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

v  

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan melihat usaha yang dilakukan oleh masyarakat Orang Asli bagi

membangunkan ekonomi mereka. Kajian ini menumpukan penduduk masyarakat

Orang Asli yang berada di sekitar daerah Rompin dan Pekan, Pahang. Objektif kajian

ini ialah untuk mengenal pasti tiga aktiviti ekonomi masyarakat Orang Asli melalui

aktiviti pertanian, mencari hasil hutan dan mengambil upah. Bagi memperoleh data,

kaedah yang digunakan ialah temu duga berstruktur dan kajian perpustakaan. Data

dianalisis menggunakan perisian (SPSS) versi 16.0 dan statistik yang digunakan ialah

frekuensi dan peratus sahaja. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang di kalangan

masyarakat Orang Asli. Dapatan kajian menunjukkan usaha masyarakat Orang Asli

cenderung kepada aktiviti pertanian dan mencari hasil hutan. Pengkaji

mencadangkan pihak berwajib seperti majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan

lain perlu mengambil inisiatif dan memberikan perhatian kepada keperluan

masyarakat Orang Asli untuk membantu aktiviti ekonomi mereka yang berdasarkan

alam semula jadi.

Page 9: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

vi  

ABTRACT

This study aims to look at the efforts of indigenous peoples in developing their social

activities and their economy. This study, focused on the population of indigenous

peoples residing in the district of Rompin and Pekan, Pahang. The objective of the

study is to identified three activities that show their effort in the agricultural, forest

and seek to take wages. Data was obtain through structured-interview and literature

review. Data were analyzed using software (SPSS) version 16.0 and the statistics

used were frequency and percentage only. The sample consisted of 40 people among

the indigenous group. The findings show that of the indigenous peoples tend to look

for agricultural activities and forest products. It is recommended that authorities such

as district council and other local authorities should take the initiative and give

attention to the needs of indigenous peoples to help in their social activities and their

economy based on natural environment.

Page 10: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

vii 

 

 

KANDUNGAN

BAB PERKARA

JUDUL

MUKA SURAT

i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI

PENGHARGAAN

iii

iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

Page 11: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

viii 

 

I PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian

8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Pembangunan

1.8.2 Ekonomi

1.8.3 Orang Asli

1.8.4 Masyarakat

11

11

11

12

12

Page 12: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

ix 

 

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Aktiviti Pertanian Sebagai Sumber Ekonomi

Orang Asli

2.2.1 Pertanian

14

14

2.3 Aktiviti Mencari Hasil Hutan Sebagai

Sumber Ekonomi Orang Asli

2.3.1 Kegunaan Hutan

2.3.2 Hutan Sebagai Habitat Flora Dan

Fauna

2.3.3 Hutan Membekalkan Balak Dan Bahan

Api

2.3.4 Hutan Sebagai Kawasan Tadahan

Hujan

2.3.5 Hutan Sebagai Tempat Rekreasi Dan

Pelancongan

2.3.6 Hutan Sebagai Tempat Kajian Dan

Sumber Ubatan

2.3.7 Hutan Sebagai Tempat Tinggal

Manusia

16

17

18

19

20

20

21

22

2.4 Kajian-Kajian Lepas 22

Page 13: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

 

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

3.2 Rekabentuk Kajian

24

25

3.3 Populasi Dan Sampel 26

3.4 Tempat Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 27

3.6 Prosedur Kajian 29

3.7 Kerangka Operasi 30

3.8 Kesahan Kandungan 31

3.9 Penganalisisan Data

3.10 Andaian

3.11 Batasan Kajian

32

33

34

IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang

Responden

4.2.1 Jantina

4.2.2 Umur

4.2.3 Kawasan Penempatan Mengikut Daerah

4.2.4 Pendapatan Sebulan

4.2.5 Taraf Pendidikan

4.3 Bahagian B

35

36

36

37

38

38

39

40

Page 14: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

xi 

 

V

RUJUKAN

LAMPIRAN

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3

4.3.4 Rumusan Keseluruhan

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan Kajian

5.3 Perbincangan Latar Belakang Responden

5.4 Perbincangan Persoalan Kajian

5.4.1 Aktiviti Pertanian

5.4.2 Aktiviti Mencari Hasil Hutan

5.4.3 Aktiviti Mengambil Upah

5.5 Cadangan Dalam Kajian

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

5.7 Penutup

40

44

47

51

52

53

54

55

55

57

58

60

61

62

64

67

Page 15: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

xii 

 

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Taburan Penduduk Orang Asli 4

Semenanjung Malaysia (1997-1998)

3.5(a) Pembahagian Item Bahagian A Mengikut 28

Faktor Demografi

3.5(b) Taburan Item Soal Selidik 29

3.8(b) Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 33

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 36

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 37

4.3 Taburan Responden Mengikut Daerah 38

4.4 Taburan Responden Mengikut 38

Pendapatan Sebulan

4.5 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 39

4.6 Taburan Responden Mengikut Usaha Dalam 41

Aktiviti Pertanian

4.7 Taburan Responden Mengikut Usaha Dalam 44

Aktiviti Mencari Hasil Hutan

Page 16: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

xiii 

 

4.8 Taburan Responden Mengikut Usaha Dalam 48

Aktiviti Pekerjaan Mengambil Upah

4.9 Rumusan Peratus Responden Secara Keseluruhan 51

Dalam Persoalan Kajian

Page 17: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

xiv 

 

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

Rajah 1.1(a) Masyarakat Peribumi di Malaysia 3

Rajah 1.1(b) Kaum Induk Orang Asli 4

Rajah 3.1 Kerangka Operasi 30

Page 18: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

xv 

 

SENARAI SINGKATAN

JHEOA Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

RMK10 Rancangan Malaysia Ke-10

SPSS Statistical Package for Social Science

RPS Rancangan Pengumpulan Semula

IKS Industri Kecil dan Sederhana

Page 19: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

xvi 

 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 67

B Surat Kebenaran Fakulti 72

C Kesahan Soal Selidik 75

Page 20: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sejak 150,000 tahun yang lalu, hutan hujan Semenanjung Malaysia telah

menjadi laluan utama kaum neolitik yang telah membentuk penempatan-penempatan

secara berkelompok terutama di sepanjang sungai-sungai utama dan sumber hutan

adalah sebagai sumber asas kelangsungan hidup mereka. Kedudukan kawasan

semenanjung Malaysia yang terletak di kawasan khatulistiwa yang beriklim panas

dan lembap sepanjang tahun menjadi kaitan kekayaan khazanah alamnya. Ini telah

diakui oleh ahli-ahli Sejarah bahawa kawasan Semenanjung Malaysia merupakan

kawasan yang paling subur di dunia, selain hutan Borneo dan hutan Amazon (Abdul

Razaq Ahmad dan Zalizan Mohd Jelas, 2009).

Page 21: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

Banjaran Titiwangsa merupakan tulang belakang Semenanjung Malaysia

telah membahagikan kawasan Semenanjung kepada dua bahagian iaitu Bahagian

Barat dan Bahagian Timur. Terdapat pelbagai sumber kekayaan alam semula jadi di

seluruh hutan hujan Semenanjung Malaysia yang sekali gus menjadi sumber

kehidupan kaum-kaum nomad dan primitif yang masih mengekalkan kehidupan

tradisional mereka sehingga ke hari ini. Kawasan hutan hujan menjadi kediaman

mereka yang jauh terasing daripada kawasan pembangunan dan pemodenan. Oleh

sebab sikap pemencilan ini selari dengan naluri kehidupan mereka yang rapat dengan

alam sekitar (Abdul Razaq dan Zalizan Mohd Jelas,2009)

Bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan, kerajaan telah

melantik satu badan yang dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)

yang ditubuhkan pada tahun 1953. Walaupun pada dasarnya penubuhan JHEOA

ketika itu adalah untuk mengelakkan masyarakat Orang Asli dipergunakan oleh

Pengganas Komunis dan juga disebabkan oleh faktor-faktor keselamatan (Hamdan

a/l Yu, 1998).

Namun begitu setelah berlakunya darurat peranan JHEOA telah diubah

kepada jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk memajukan masyarakat ini.

JHEOA menyedari bahawasanya masyarakat Orang Asli harus dibantu dari segi

sosial dan ekonomi agar mereka tidak ketinggalan dari segi pembangunan. Menurut

kenyataan Abdul Khalid Ibrahim dalam Mohd. Adzmi Hj. Tahir (1998), ini selaras

dengan salah satu cabaran wawasan 2020 untuk mewujudkan sebuah masyarakat

yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial.

Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada akhir 50-an,

kerajaan mula memberikan perhatian yang serius untuk melibatkan suku kaum Orang

Asli dalam persada kemajuan dan pembangunan negara, dengan melengkapkan

prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus ke kawasan

penempatan mereka. Langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah

mewujudkan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) suku kaum Asli yang

Page 22: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

bertebaran di hutan hujan sepanjang Banjaran Titiwangsa agar hidup berkelompok

dan memudahkan agenda pembangunan di salurkan kepada mereka serta

mengintegrasikan kehidupan masyarakat Orang Asli dalam kehidupan yang moden

dengan infrastruktur asas. Peluang pendidikan kepada anak-anak suku kaum Orang

Asli juga dibuka melalui pembinaan sekolah-sekolah rendah di kawasan (RPS)

tersebut untuk mengeluarkan daripada kepompong kemiskinan dan sekurang-

sekurangnya menguasai kemahiran asas 3 M iaitu membaca, menulis dan mengira

(Abdul Razaq & Zalizan Mohd Jelas, 2009).

Menurut Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, definisi ialah

mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya

mengikut cara hidup Orang Asli dan mengikut kepercayaan Orang Asli. Orang Asli

atau penduduk asal peribumi tidak mempunyai maksud yang menyeluruh dan

selalunya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang terdapat di sesebuah

negara, negeri, daerah ataupun tempat (Abdul Razak, 2009). Rajah 1.1(a)

menunjukkan pecahan kaum peribumi yang terdapat di Malaysia.

Rajah 1.1(a): Masyarakat Peribumi di Malaysia

PERIBUMI

ORANG ASLI

SARAWAK

SABAH

SEMENANJUN

MELAYU

SENOI(SEMAN

NEGRITO

BUMIPUTERA

PENAN 

Page 23: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

Menurut perangkaan yang telah dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

(JHEOA), jumlah keseluruhan Orang Asli di Semenanjung Malaysia pada tahun

2003 ialah seramai 147,412 orang (Zainal Abidin Ali, 2004) yang dapat

diklasifikasikan kepada tiga kumpulan seperti rajah 1.1(b):

Rajah 1.1(b): Kaum Induk Orang Asli

Di Pahang terdapat beberapa suku kaum Orang Asli yang terdiri daripada

suku Jakun, Temuan, Temiar, Semelai, dan Semoq Beri. Jadual 1 menunjukkan tren

taburan penduduk Orang Asli mengikut negeri dalam tempoh 1957-1998. Tumpuan

utama penempatan Orang Asli ialah di negeri Pahang dan Perak yang mencatatkan

lebih daripada dua pertiga daripada jumlah keseluruhan penduduk. Pulau Pinang,

Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah tidak mempunyai penduduk

Orang Asli bagi tahun 1998.

Jadual 1.1: Taburan penduduk Orang Asli Semenanjung Malaysia (1957-1998)

*termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

(Sumber JHEOA)

KATEGORI 

ORANG 

ASLI 

NEGRITO 

SENOI 

MELAYU PROTO 

Page 24: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) yang dibentangkan oleh Perdana

Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Jun lepas membawa perkhabaran

gembira kepada lebih 150,000 masyarakat Orang Asli di negara ini. Rancangan lima

tahun itu menumpukan pelaksanaan program pembangunan bersepadu dan bantuan

peningkatan keupayaan khusus bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan Orang

Asli di Semenanjung Malaysia selain masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Menurut laporan RMK10 itu, sasaran kerajaan adalah untuk mengurangkan

jumlah kemiskinan di kalangan Orang Asli daripada 50 peratus pada 2009 kepada 25

peratus pada 2015. Mengikut perancangan, ianya dilihat mampu membawa kesan

positif, bagaimanapun timbul sedikit kerisauan akan keberkesanan perlaksanaannya.

Umum mengetahui, kerajaan tidak pernah mengabaikan perihal keperluan

masyarakat Orang Asli termasuk pendidikan, ekonomi dan kemudahan infrastruktur.

Namun, peratusan kadar kemiskinan yang masih tinggi sehingga tahun lepas

itu selain kekurangan pemilikan aset, pegangan ekuiti dan perniagaan berskala besar

di kalangan masyarakat Orang Asli mencerminkan perlu ada perubahan dan

perancangan yang lebih teliti dalam pelaksanaan sesuatu program (klpos, Isnin 5

Julai 2010).

Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi tujuan melihat sejauh mana

perkembangan kehidupan Orang Asli melalui aktiviti ekonomi dan pekerjaan yang

mereka lakukan dalam usaha meningkatkan pembangunan ekonomi masyarakat

Orang Asli.

Page 25: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

1.2 Latar belakang Masalah

Menurut Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Majid

Suhut, agensi pelaksanaan program pembangunan perlu melihat kepada tiga

pendekatan iaitu kesesuaian dan asas ekonomi masyarakat Orang Asli di sesuatu

tempat, menaik taraf projek sedia ada dan penyediaan latihan dan peluang pekerjaan.

Beliau berkata, keperluan masyarakat Orang Asli sama ada di kawasan bandar atau

pedalaman adalah berbeza yang sekali gus memerlukan pendekatan berlainan.

Contohnya, jika kebanyakan Orang Asli di sebuah penempatan itu menangkap ikan

sebagai sumber pendapatan, program pembangunan perlulah berdasarkan asas

ekonomi sedia ada seperti penyediaan sangkar yang boleh meningkatkan lagi

pendapatan mereka."Sebaliknya jika kawasan mereka dibangunkan dengan ladang

getah, sudah tentu projek tersebut tidak berjaya kerana mereka tidak mahu menoreh

getah,"(klpos, Isnin 5 Julai 2010)

Dalam usaha mengubah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang

Asli yang mempunyai kira-kira 18 suku kaum di negara ini, pendidikan, kemahiran

dan pemilikan tanah dilihat begitu penting. Menurut Presiden Persatuan Orang Asli

Semenanjung Malaysia, Majid Suhut, ini kerana melalui pendidikan dan kemahiran

masyarakat Orang Asli boleh bersaing dengan kaum lain dan melalui pemilikan

tanah mereka boleh mencari rezeki. Beliau berpendapat untuk menaik taraf

kehidupan Orang Asli yang seramai kira-kira 141,000 orang di negara ini, kerajaan

perlu memberi tumpuan dalam pemberian tanah dan pendidikan terutama kepada

generasi baru Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) (Bernama, 2 Julai 2010).

Page 26: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

Dalam titah Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong ke XIII Tuanku

Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah,

bersempena pembukaan sidang dewan Rakyat penggal ke-12 pada 12 April 2008,

menyatakan “Pembangunan masyarakat Orang Asli juga akan dipertingkatkan

meliputi bidang pendidikan, ekonomi dan kemudahan asas. Selain itu, pembangunan

ladang getah dan kelapa sawit merupakan strategi utama bagi menambahkan

pendapatan dan sekali gus mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan”.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pihak berwajib bagi membantu menangani

masalah pembangunan masyarakat Orang Asli supaya mereka seiring maju dengan

kaum yang lain.

1.3 Pernyataan Masalah

Pembangunan ekonomi masyarakat Orang asli perlu digerakkan daripada

dalam masyarakat Orang Asli itu sendiri. Ini kerana jika mereka sedar dan ingin

berubah menjadi berdaya saing kepada kaum yang lain, mereka perlu semangat dari

kaum mereka sendiri. Untuk merealisasikannya bukan satu usaha yang mudah kerana

memerlukan kesedaran dan semangat yang tinggi untuk berubah. Bukan erti kata

untuk meninggalkan terus amalan dan adat nenek moyang mereka tetapi untuk

menjadi sebuah masyarakat yang seiring dengan kemajuan dan teknologi pada masa

kini.

Peluang yang disediakan oleh kerajaan kepada kaum bumiputera khusus bagi

masyarakat Orang asli adalah sangat menggalakkan tetapi mengapa mereka masih

berada di takuk yang lama. Dari segi kemudahan perubatan, mereka tidak dikenakan

bayaran dan mendapat layanan baik. Ini mungkin kerana sifat mereka yang masih

ingin mengekalkan ciri-ciri kehidupan asal nenek moyang yang menebal dan

menjalinkan hubungan rapat dengan alam.

Page 27: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

Peluang pendidikan bagi masyarakat Orang Asli telah diberi perhatian

menggalakkan oleh kerajaan demi menjamin masa depan masyarakat Orang Asli

supaya tidak terus ketinggalan. Hakikatnya, penolakan mungkin terjadi kerana

mereka tidak ingin berjauhan dengan suku kaum mereka sendiri. Seterusnya tidak

mendapat pendedahan yang baik untuk membangunkan taraf kehidupan mereka.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti usaha-usaha masyarakat Orang

Asli dalam meningkatkan pembangunan ekonomi mereka.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan demi:

i) Untuk mengenal pasti apakah masyarakat Orang Asli melakukan aktiviti

pertanian sebagai sumber ekonomi.

ii) Untuk mengenal pasti apakah aktiviti mencari hasil hutan dapat dijadikan

sebagai sumber ekonomi masyarakat Orang Asli.

iii) Untuk mengenal pasti apakah pekerjaan mengambil upah merupakan sumber

ekonomi masyarakat Orang Asli.

Page 28: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan-persoalan yang dapat dipertimbangkan

adalah seperti berikut:

i) Apakah masyarakat Orang Asli melakukan aktiviti pertanian sebagai sumber

ekonomi?

ii) Apakah aktiviti mencari hasil hutan dapat dijadikan sebagai sumber ekonomi

masyarakat Orang Asli?

iii) Apakah pekerjaan seperti mengambil upah merupakan sumber ekonomi

masyarakat Orang Asli?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meninjau aktiviti masyarakat Orang Asli di

sekitar daerah Rompin dan Pekan terhadap usaha mereka dalam meningkatkan

pembangunan ekonomi. Antara kepentingan hasil dapatan kajian ini termasuklah:

i) Sebagai panduan untuk melihat perkembangan kehidupan masyarakat Orang

Asli

Page 29: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

10 

ii) Sebagai panduan kepada pihak berwajib untuk membantu masyarakat Orang

Asli dalam melepaskan kehidupan mereka daripada belenggu kemiskinan.

iii) Sebagai panduan kepada masyarakat agar menerima masyarakat Orang Asli

hidup bersama dengan masyarakat yang lain dengan peluang yang saksama.

iv) Sebagai refleksi kepada pihak kerajaan dalam melaksanakan perubahan

kehidupan masyarakat Orang Asli dan menggunakan pendekatan baru bagi

meningkatkan lagi keberkesanan program untuk masyarakat Orang Asli.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan di daerah Rompin dan Pekan, di negeri Pahang kerana

negeri Pahang merupakan negeri yang paling besar dan mempunyai jumlah taburan

penduduk Orang Asli yang paling tinggi (JHEOA).

Dalam kajian ini, semua suku kaum Orang Asli yang tinggal di kawasan

Rompin dan Pekan sahaja yang terlibat. Sampel dipilih melalui peringkat umur

dewasa terdiri daripada golongan belia dan orang tua yang melakukan aktiviti

pekerjaan dan menjana pendapatan keluarga mereka.

Antara masalah yang dihadapi dalam kajian ini ialah komunikasi pertuturan,

oleh sebab terdapat istilah dan penggunaan bahasa mereka sendiri di samping

struktur ayat yang sukar difahami. Kebanyakan daripada mereka telah pandai untuk

bertutur dengan bahasa Melayu dengan baik oleh sebab kebanyakan mereka

mendapat pendedahan daripada masyarakat sekeliling dalam urusan harian. Ada juga

di antara mereka langsung tidak tahu membaca dan menulis.

Page 30: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

11 

Segala data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan Statistical

Package for Social Science (SPSS) versi 16.0 untuk mendapatkan jumlah kekerapan

dan jumlah peratus.

1.8 Definisi Istilah

Istilah yang digunakan dalam kajian ini akan di jelaskan satu persatu bagi

menjelaskan lagi tajuk kajian ini.

1.8.1 Pembangunan

Pembangunan (development) adalah proses perubahan yang merangkumi

seluruh sistem sosial, seperti politik, ekonomi, infrastruktur, pertahanan,

pendidikan dan teknologi, perlembagaan, dan budaya (Alexander 1994).

1.8.2 Ekonomi

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) istilah ekonomi adalah merujuk

kepada ilmu yang berkenaan dengan pengeluaran, pengagihan, pengurusan barang-

barang dan perkhidmatan. Oleh itu, ekonomi adalah merujuk kepada satu bidang

sosial yang mengkaji berkenaan individu dan masyarakat di dalam membuat pilihan

dan juga termasuklah di dalam sistem pengendalian sumber kekayaan sesebuah

negara.

Page 31: USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT · PDF fileObjektif kajian ini ialah untuk ... NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus

12 

1.8.3 Orang Asli

Menurut Akta Orang Asli 1954, menyatakan mana-mana orang yang bapanya

ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan

lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan

termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu.

1.8.3 Masyarakat

Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat - sebagai “satu kumpulan

manusia” yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti

secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat

perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama

berabad-abad. Dalam konteks kajian ini, penyelidik tertumpu pada masyarakat Orang

Asli yang tinggal di Daerah Rompin dan Pekan, Pahang.