perhubungan rapat

30
KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat ________________________________________________________________________________________________ PENDAHULUAN Perhubungan yang mesra antara individu dengan sahabat dan keluarga dalam kehidupan seharian amat penting untuk memelihara keharmonian dan kesejahteraan hidup. Sebaliknya, hubungan yang tegang antara ibubapa, suami isteri dan sebagainya antara faktor yang mempengaruhi jiwa dan masa depan anak-anak mereka. Justeru itu untuk memelihara keharmonian di dalam sesebuah perhubungan seseorang itu haruslah mempunyai ilmu pengetahuan dan juga kemahiran dalam menjalinkan hubungan bagi memantapkan suasana hubungan yang sedia ada. Ilmu dan kemahiran ini boleh didapati dengan mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan perhubungan dan juga melalui pengalaman iaitu semasa dalam proses interaksi dan sosialisasi sesama individu di dalam kehidupan seharian. Seseorang individu itu juga perlu peka dan prihatin kepada aspek- aspek penting yang terkandung dalam pemantapan perhubungan. Aspek-aspek tersebut antaranya adalah kemahiran membina hubungan, berkasih sayang dan lain-lain lagi. Ilmu pengetahuan di dalam bidang ini penting juga kerana dapat memberi maklumat dan input yang berguna dalam membuat pemilihan pasangan iaitu sebelum menjalinkan hubungan, semasa dan berikutnya bagaimana untuk menghadapi perpisahan atau mengendalikan perasaan apabila berakhirnya sesebuah hubungan. Kehidupan sosial dan berkeluarga memerlukan banyak komitmen dari segi psikologi dan emosi. Ia menuntut kematangan emosi dan pemikiran untuk menghadapi dan mengendalikan hakikat kehidupan yang sebenar. Bersatu dalam satu perhubungan adalah juga satu komitmen – komitmen untuk sama-sama 1

Upload: mazrie

Post on 12-Jun-2015

3.373 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

PENDAHULUAN

Perhubungan yang mesra antara individu dengan sahabat dan keluarga dalam

kehidupan seharian amat penting untuk memelihara keharmonian dan kesejahteraan

hidup. Sebaliknya, hubungan yang tegang antara ibubapa, suami isteri dan sebagainya

antara faktor yang mempengaruhi jiwa dan masa depan anak-anak mereka. Justeru itu

untuk memelihara keharmonian di dalam sesebuah perhubungan seseorang itu haruslah

mempunyai ilmu pengetahuan dan juga kemahiran dalam menjalinkan hubungan bagi

memantapkan suasana hubungan yang sedia ada. Ilmu dan kemahiran ini boleh

didapati dengan mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan perhubungan dan juga

melalui pengalaman iaitu semasa dalam proses interaksi dan sosialisasi sesama

individu di dalam kehidupan seharian. Seseorang individu itu juga perlu peka dan

prihatin kepada aspek-aspek penting yang terkandung dalam pemantapan

perhubungan.

Aspek-aspek tersebut antaranya adalah kemahiran membina hubungan,

berkasih sayang dan lain-lain lagi. Ilmu pengetahuan di dalam bidang ini penting juga

kerana dapat memberi maklumat dan input yang berguna dalam membuat pemilihan

pasangan iaitu sebelum menjalinkan hubungan, semasa dan berikutnya bagaimana

untuk menghadapi perpisahan atau mengendalikan perasaan apabila berakhirnya

sesebuah hubungan. Kehidupan sosial dan berkeluarga memerlukan banyak komitmen

dari segi psikologi dan emosi. Ia menuntut kematangan emosi dan pemikiran untuk

menghadapi dan mengendalikan hakikat kehidupan yang sebenar. Bersatu dalam satu

perhubungan adalah juga satu komitmen – komitmen untuk sama-sama berusaha

memahami di antara satu sama lain. Ramai yang tidak dapat melaksanakan komitmen

ini dalam sebuah perhubungan yang kekal. Tanpa sebarang komitmen, tidak akan ada

satu perhubungan yang sejati kerana hanya melalui ikatan cinta, kepercayaan dan rasa

hormat akan wujud satu perhubungan yang kekal dan memuaskan.

1

Page 2: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

DEFINISI KONSEP

Menurut kamus dewan, ‘hubungan’ bermaksud sambungan, rangkaian, hasil

berhubung, kaitan, pertalian dan sangkut paut. Manakala ‘rapat’ pula didefinisikan

sebagai erat, karib, kuat dan teguh. Oleh itu, perhubungan rapat bolehlah didefinisikan

sebagai kaitan atau pertalian yang sangat erat dan karib. Berdasarkan definisi tersebut,

perhubungan yang akan dibincangkan dalam kerja kursus ini adalah berkaitan

perhubungan dalam konteks keluarga, sahabat, kekasih dan teman hidup. Menurut

Susan S. Hendrick (1995), ‘The multidisciplinary area of close relationships includes

research from psychology, sociology, communications, family studies and other

disiplines and is concerned with interpersonal relationships that can be considered close

or personal (for example, romantic relationships, friendships, workplace relationships).

Dalam Robert S. Feldman (1998), menurut ahli Psikologi Sosial Sharon Berhm (1992),

perhubungan rapat juga merujuk kepada perhubungan intim yang sekurang-kurangnya

mempunyai 3 faktor iaitu lekatan emosi, keperluan untuk memenuhi kehendak dan

kebergantungan. Menurutnya lagi, close relationhips (perhubungan rapat) merujuk

kepada perhubungan intim yang disifatkan sebagai memiliki sekurang-kurangnya salah

satu daripada sifat tersebut iaitu emotional attachment, need fulfillment, dan

interdependence. Emotional attachment atau lekatan emosi ialah perasaan positif

terhadap seseorang walaupun kadang-kala negatif. Apabila seseorang itu menjalinkan

hubungan dengan seseorang sahabat, pasti tidak dapat lari dari mempunyai perasaan

terhadap individu tersebut. Contohnya apabila kita mempunyai seorang sahabat karib di

kolej, pasti tidak dapat mengelak daripada mempunyai lekatan emosi terhadap sahabat

baik kita itu seperti kadang kala kita akan rasa sayang padanya. Apabila berjauhan

ketika bercuti semester kita akan merinduinya. Interdependence atau kebergantungan

merupakan tahap yang saling mempengaruhi dan menyertai beberapa aktiviti serta

mereka akan merasa seronok dengan aktiviti tersebut. Contohnya apabila seorang anak

kecil, ia memerlukan tahap pergantungan terhadap kedua ibu bapanya untuk memenuhi

keperluan keselamatan. Need fulfillment atau keperluan untuk memenuhi atau dipenuhi

kehendak oleh individu yang mempunyai perhubungan rapat dengan kita. Sikap dua

orang individu berfikir secara bersama, secara tidak langsung mereka saling bergantung

dan akan mewujudkan satu perhubungan. Sebagai contoh, kita akan cuba memenuhi

kehendak kedua ibubapa dengan rajin belajar dan bertingkah laku seperti yang diasuh

mereka. Manakala dalam masa yang sama kita juga mempunyai perasaan ingin

2

Page 3: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

dipenuhi kehendak, contohnya jika kita ingin mendapatkan sesuatu kita akan meminta

ibubapa memenuhinya begitu juga sebaliknya.

Peringkat-peringkat Perhubungan

Mengikut ahli psikologi George Levinger, perhubungan dianggap bukan sahaja

merujuk kepada perkara yang spesifik (contoh perhubungan antara rakan, kekasih dan

saudara mara) tetapi yang juga mendasari tahap perhubungan. Beliau menjelaskan

terdapat tiga tahap perhubungan asas iaitu :

Peringkat Kesedaran (Awareness)

Sesesorang individu yang menyedari terdapat individu lain contohnya

seseorang yang dilihat dalam bilik kuliah . Seseorang itu mungkin

membentuk satu impresi terhadapnya tetapi tidak berlaku interaksi antara

mereka.

Peringkat kontak Permukaan (Surface Contact)

Peringkat ini merupakan kontak-kontak permulaan di antara dua individu

yang belum saling mengenal antara satu sama lain. Ia juga termasuk

interaksi yang berulang-ulang yang berlandaskan peranan seperti interaksi

perseorangan antara seorang pegawai dengan pekerja bawahannya.

Peringkat Saling Membalas (Mutuallity)

Iaitu peringkat di mana terdapatnya kontak-kontak perhubungan yang

semakin kerap. Interaksi di antara individu lebih bersifat peribadi dan

hubungan yang saling bergantung lebih mendalam. Dalam peringkat ini juga

individu akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman antara satu sama lain

serta norma peribadi yang mana secara tidak rasmi mengawal perhubungan

mereka.

Dalam peringkat ini juga ia dipecahkan kepada tiga iaitu minor intersection

(persilangan kecil), moderate intersection (persilangan pertengahan), dan major

intersection (persilangan utama). Dalam minor intersection, iaitu peringkat awal di mana

seseorang itu merasa ragu-ragu untuk memdedahkan maklumat mengenai diri sendiri.

3

Page 4: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

Moderate intersection merupakan langkah pertengahan dalam perhubungan apabila self

disclosure meningkat. Manakala major intersection yang merupakan langkah dalam

perhubungan yang disifatkan lebih kuat dan rapat.

Dalam communal relationship (kegunaaan bersama), dalam perhubungan ini

seseorang itu akan merasa saling bertanggungjawab dan menyediakan faedah

berdasarkan kepada keperluan masing-masing. Sebagai contoh, kita memberi bunga

kepada jiran kita tetapi kita tidak mengharapkan pembalasan. Sebaliknya kita inginkan

harga sebuah persahabatan di sebalik pemberian itu. Communal relationships ini

biasanya berlaku kepada pasangan romantik, ahli keluarga dan rakan-rakan.

ASPEK UTAMA YANG TERKANDUNG DALAM PERHUBUNGAN RAPAT

i. Membina hubungan

Knapp(1984) telah menulis satu analisis lengkap mengenai tahap-tahap

membangun, mengalami dan mengakhiri hubungan, dan jenis komunikasi pada setiap

tahap hubungan tersebut. Tahap-tahap dalam membina hubungan meliputi tahap

memulai (Initiating) merupakan usaha-usaha yang sangat awal yang kita lakukan dalam

percakapan dengan seseorang yang baru kita kenal. Tujuannya adalah untuk

mengadakan kontak dan menyatakan minat.Tahap kedua ialah tahap di mana

membincangkan topik-topik percakapan untuk mengenal diri orang lain. Tahap ini

adalah cara yang aman untuk mengetahui persamaan dan perbezaan-perbezaannya.

Pada tahap ini kita terus menerus mencari cara-cara membangun beberapa

kepentingan yang sama. Adalah jauh lebih mudah untuk berbual dengan seseorang bila

kita mengetahui kita mempunyai suatu persamaan dan perbualan juga lebih

menyenangkan. Setiap komitmen pada tahap ini umumnya sangat terbatas. Biasanya

hubungan masih bersifat sambil lalu dan santai.

Tahap penggiatan (Intensifying) merupakan tahap awal keintiman, berbagai

informasi peribadi, dan awal pengetahuan yang lebih banyak dikumpul. Tahap ini

merupakan tahap yang banyak perubahan dalam perilaku komunikasi, baik komunikasi

verbal ataupun komunikasi nonverbal, yang terjadi ketika kenalan menjadi teman akrab.

4

Page 5: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

Seterusnya tahap pengintegrasian (Integrating) terjadi apabila dua orang mulai

menganggap diri mereka sendiri sebagai pasangan. Pada tahap itu pasangan tersebut

aktif memupuk semua minat. Sikap dan kualiti menampakkan mereka unik sebagai

pasangan.

Tahap kelima pula ialah tahap pengikatan (Bonding) adalah tahap yang lebih

formal atau ritualistik. Ia adalah berbentuk pertunangan atau perkahwinan, namun

“berhubungan tetap” juga merupakan suatu bentuk pengikatan. Pasangan tersebut

sepakat untuk menerima segala tanggung jawab atau norma yang mengatur hubungan

mereka.

ii. Cinta Segi Tiga Sternberg

Menurut Sternberg (1986) kefahaman konsep cinta dapat dilihat berdasarkan

tiga komponen yang membentuk Model Segi Tiga Cinta Sternberg. Model Segi Tiga

Cinta Sternberg (1986) melihat bagaimana ketiga-tiga komponen ini saling bergabung

hingga melahirkan beberapa bentuk perhubungan percintaan. Komponen pertama ialah

keintiman iaitu kedekatan yang mengukuhkan ikatan perhubungan antara dua individu.

Tahap keintiman yang tinggi dapat dilihat apabila kedua-dua belah pihak yang bercinta

saling mengambil berat tentang kebajikan dan kebahagiaan pasangan masing-masing.

Di sini kedua-dua belah pihak saling berkongsi, memberi dan menerima sokongan

emosi dan terlibat dalam komunikasi yang intim.

Komponen kedua melibatkan nafsu ghairah yang merangkumi cumbuan,

penarikan fizikal dan perhubungan seksual antara kedua-dua belah pihak. Sternberg

(1986) juga menegaskan perkara-perkara lain yang membentuk nafsu ghairah ialah

harga diri, penampilan, dominan dan submisif. Komponen ketiga pula melibatkan aspek

komitmen sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Komitmen jangka pendek

memperlihatkan apabila seseorang mengambil keputusan untuk mencintai

pasangannya. Manakala komitmen jangka panjang memperlihatkan usaha untuk

mengekalkan perhubungan percintaan yang sedia ada.

Sternberg (1986) cuba menerangkan cinta segi tiga dalam dua keadaan yang

berbeza. Pertama, cinta berbeza daripada segi keamatannya yang boleh digambarkan

dalam bentuk saiz segi tiga. Semakin besar saiz segi tiga , semakin tinggi keamatan

perasaan cinta. Bentuk segi tiga juga memperlihatkan sejauh mana keseimbangan

percintaan itu. Kepentingan ketiga-tiga aspek ini iaitu saiz, keamatan dan

5

Page 6: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

keseimbangan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Misalnya nafsu ghairah

memainkan peranan yang penting dalam percintaan jangka pendek. Sementara

keintiman dan komitmen diperlukan dalam corak perhubungan percintaan jangka

panjang. Ketiga-tiga komponen ini berada pada tahap keseimbangan apabila kesemua

komponen ini berada dalam saiz lebih kurang sama. Ketidakseimbangan berlaku apabila

satu daripada komponen itu berbeza dengan dua komponen yang lain.

Suka=Keintiman

Cinta suci

Cinta romantik

Cinta sempurna

Cinta kosong

cinta bodoh

Cinta Berahi

Rajah: Cinta Segi Tiga Sternberg

6

Page 7: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

iii. Cinta Passionate dan Companionate

Beberapa ilmuwan sosial telah berupaya membezakan jenis-jenis cinta. Salah

satu perbezaan yang paling banyak diterima adalah antara cinta passionate dan cinta

companionate. Cinta passionate didefinisikan sebagai keadaan emosional yang kuat di

mana “kehangatan dan perasaan seksual, elasi dan nyeri, kecemasan dan peredaan,

altruisme dan cemburu berada bersama-sama dalam suatu campuran perasaan”

(Berscheid & Walster, 1978). Telah diduga bahawa pengalaman cinta passionate

menggabungkan rangsangan fisiologi dengan persepsi bahawa rangsangan ditimbulkan

oleh orang yang dicintai (Berscheid &Walster).

Pokok utama dari hubungan romantis adalah cinta yang membara (passionate

love). Cinta seperti ini dapat dilihat oleh kecenderungan untuk terus menerus tidak dapat

melupakan pasangannya, baik dalam fikiran, ucapan mahupun perbuatan. Sasaran cinta

juga dinilai selalu positif dan sempurna. Cinta yang membara juga dilihat dengan adanya

hasrat seksual, mudah terangsang secara fizikal, selalu ingin bersama, tidak mahu

memikirkan perpisahan dan selalu ingin berbalas cinta (Hatfield, 1988).

Sebaliknya cinta companionate didefinisikan sebagai “kasih sayang yang kita

rasakan terhadap mereka yang sangat terlibat dalam kehidupan kita”. Karakteristik cinta

companionate adalah saling percaya, memperhatikan, toleransi terhadap kelemahan

dan kekurangan pasangan, dan suasana kasih sayang yang sentiasa dibajai.

Companionate love dikenali sebagai cinta karib yang berjangka waktu lebih lama. Jenis

cinta ini tidak membara, tidak dihiasi dengan lagu-lagu atau puisi-puisi mesra, tetapi

memang berjangka panjang. Pasangan yang sudah terlibat dengan jenis cinta ini

merasa sangat dekat, banyak persamaan, saling memperhatikan kesihatan masing-

masing, saling mengungkapkan perasaan suka dan saling menghargai (Caspi &

Herbener, 1990).

Kesimpulanya, cinta passionate dikesan dengan adanya emosi yang kuat dan

seringkali bertentangan, sedangkan cinta companionate diwarnai oleh kepercayaan,

perhatian, bertoleransi terhadap kelemahan pasangan, dan nada emosional kehangatan

dan kasih sayang. Walaupun cinta passionate semakin melemah dengan peredaran

waktu dalam hubungan jangka panjang, potensi untuk emosi yang kuat malahan

meningkat. Tetapi kerana pasangan companionate menjadi sangat sepadan di dalam

kehidupan seharian, frekuensi emosi sebenar cukup kuat.

7

Page 8: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

iv. Pelangi Cinta

Selain daripada cinta passionate (cinta membara) dan cinta companionate (cinta

karib), masih terdapat lagi beberapa jenis cinta. Menurut Hendrick & Hendrcck, 1986

menyatakan bahawa terdapat 6 jenis cinta. Antaranya jenis cinta eros, storge, ludus,

mania, pragma, dan agape. Jenis cinta eros bermaksud iaitu cinta membara

(passionate love) yang mempunyai ciri-ciri seperti saling tertarik dan sering berjumpa.

Cinta storge ialah cinta karib (Companionate love) yang mempunyai ciri seperti

persahabatan mendalam, tidak emosional, dan tidak misteri. Manakala cinta ludus ialah

cinta main-main yang mempunyai dua teman dan mereka tidak boleh saling berjumpa.

Jenis cinta mania pula ialah cinta yang posesif iaitu menuntut yang mempunyai ciri

seperti tidak akan berasa senang hati sekiranya pasangannya berada bersama dengan

orang lain. Cinta pragma ialah cinta logika yang mempunyai ciri seperti mencintai

seseorang yang mempunyai latar belakang yang sama. Manakala jenis cinta agape pula

ialah cinta yang tidak mementingkan diri sendiri yang mempunyai ciri seperti lebih baik

saya yang menderita daripada dia.

v. Prototaip

Skema individu mengandungi prototaip iaitu representasi abstrak tentang sifat

semulajadi seseorang yang dikaitkan dengan jenis personaliti percintaan. Memahami

konsep cinta adalah mengenalpasti sifat serta daya tarikan interpersonal dan

mengenalpasti konsep dan takrifan cinta. Sebagai contohnya, ahli psikologi Beverley

Fehr dan James Russell memahami percintaaan dari perspektif prototaip. Terdapat 20

jenis percintaan yang meliputi cinta kepada ibu bapa, persahabatan, romantik, adik-

beradik dan lain-lain lagi. Terdapat tiga cadangan asas dalam memahami cinta. Menurut

pakar psikologi sosial Arthur Aron and Lori Westbay, prototaip cinta mengandungi

komponen penuh semangat, kekariban, dan komitmen. Dengan adanya analisis

prototaip cinta, kita dapat mengetahui kategori jenis cinta. Deaux & Wrightsman (1988)

berpendapat individu akan menggunakan prototaip pada paras yang mana dapat

memberi perbezaan yang ketara antara konsep. Apa yang penting kita akan

menentukannya pada tahap mana prototaip ini penting dalam persepsi individu.

8

Page 9: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

Prototaip ( model contoh) 20 jenis percintaaan

Jenis-jenis cinta Prototaip

Ibu cinta 5.39

Cinta ibu bapa 5.22

Persahabatan 4.96

Adik perempuan 4.48

Cinta romantic 4.76

Cinta adik lelaki 4.74

Cinta keluarga 4.74

Cinta adik beradik 4.73

Cinta(affection) 4.60

Cinta komitmen 4.47

Cinta pada manusia 4.42

Cinta ketuhanan 4.27

Cinta passionate 4.00

Cinta platonic 3.98

Cinta diri 3.79

Cinta seks 3.76

Cinta patriotik 3.21

Cinta kerja 3.14

Cinta puppy 2.98

Cinta gila-gila 2.42

Sumber:Adapted from Fehr & Russell, 1991

PELBAGAI HUBUNGAN

Keluarga

Coleman dan Cressey (1993: 110)  mentakrifkan keluarga  sebagai ‘a group of

people by marriage, ancestry or adoption who live together in a common household’.

Kamus Dewan, 1994 mencatitkan definisi keluarga sebagai seisi rumahtangga yang

terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak-anak. Mahmood (1997)

mentakrif  keluarga  sebagai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak dan

9

Page 10: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup tertentu dalam kelompok sosial

berkenaan.  

  Daripada perspektif Islam, keluarga adalah satu unit sosial yang majmuk sifatnya

(extended).  Keluarga  majmuk ini terangkum dalamnya, bukan sahaja ibu bapa dan

anak-anak tetapi juga datuk, cucu cicit, adik beradik dan saudara mara.  Di bawah

konsep keluarga tersebut mungkin terdapat  lebih  daripada sebuah rumahtangga

(poligami). Dari semasa ke semasa, kelompok-kelompok rumahtangga ini boleh 

terpisah daripada rumahtangga yang lain, tetapi dalam masa yang sama ia terangkum

dalam suatu ikatan keluarga. Dalam banyak hal ikatan ini mempunyai bentuk

perhubungan berbagai hala (Mahmood, 1997).

  Takrif  keluarga daripada perspektif Islam berbeza dengan perspektif Barat.

Daripada perspektif Barat, keluarga dihadkan  kepada keluarga nuklear. Ianya

mengandungi sekurang-kurangnya dua orang yang hidup bersama melalui pertalian

darah, perkahwinan atau ‘adoption’. Keluarga juga terbentuk  daripada pasangan yang

tidak berkahwin tetapi hidup bersama dan mungkin juga mempunyai anak (single parent

family) – Gullota, Adams, Alexander (1986) dan  Robins (1996)

Tujuan utama sesebuah keluarga terbentuk adalah untuk mencari kebahagiaan.

Secara ringkasnya, kebahagiaan adalah perasaan yang terpancar dari lubuk hati dan

bukan sesuatu yang dipaksa atau disogok dari luar. Ia bukan terletak pada kekayaan,

kuasa, kedudukan dan apa saja yang bersifat  kebendaan. Sebaliknya, ia adalah 

sesuatu yang maknawi, dapat dirasai tetapi tidak dapat diukur atau disukat.  Usaha 

membentuk keluarga yang baik, sempurna dan bahagia bukanlah suatu perkara yang

mudah kerana ia memerlukan pengorbanan yang tinggi nilainya. Mengikut Khawari dan

Khawari (1989),

“ One secret of a sucessful family is its ability to solve problems together. But even more

important is learning how to foster those positive conditions that prevent problems from

arising in the first place”. Namun begitu, institusi  keluarga masa kini tidak lagi sama

seperti mana keluarga yang wujud lima puluh tahun lalu ( Shelan & Kameyer, 1997). 

Perubahan bentuk dan fungsi institusi keluarga  telah  menganggu  proses  mencapai

kebahagian berkeluarga.  

Sesebuah keluarga yang rapat salah satu faktor berikut mestilah dipenuhi

sekurang-kurangnya satu seperti pergantungan emosi yang positif iaitu selalu

10

Page 11: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

mempunyai perasaan-perasaan positif kepada orang lain dalam ahli keluarganya. Selain

itu, ia dilihat memenuhi keperluan iaitu pasangan bersedia untuk membantu memenuhi

keperluan iaitu pasangan bersedia untuk membantu memenuhi keperluan psikologikal

dan fizikal. Ketiga adalah saling mempengaruhi dan mempunyai tahap kekerapan yang

tinggi bersama dalam kebanyakkan aktiviti hubungan sosial, ini dapat dibuktikan melalui

contoh dalam pepatah melayu yang berbunyi “bapa borek anak rintik” .

Hubungan ibu bapa dengan anak mengikut O’Learly (1995) telah menyatakan

bahawa kepentingan disiplin dalam penjagaan anak-anak. Penjagaan yang berbentuk

autotarian , terlalu berlemah lembut atau tidak konsisten akan melahirkan individu yang

delikuen dan agresif. Ibu bapa dikatakan sentiasa mengalami kebimbangan di saat

anaknya melawati zaman remaja. Satu daripada sebabnya, anak-anak pada peringkat

ini tidak menerima kewujudan ibu bapa ini biasanya terjadi oleh anak-anak yang suka

memberontak.Ini berlaku disebabkan anak pada ketika ini mengalami konflik untuk

mencari identiti sendiri. Kebanyakkan remaja mempunyai perasaan sangat positif

kepada ibu bapa tetapi kurang rapat dan kurang bergantungan dengan ibu bapa jika

dibandingkan dengan zaman kanak-kanak.

Manakala bagi hubungan adik beradik pula menurut Stocken dan Mchale,(1992)

pula menyatakan perhubungan kasih sayang antara adik beradik wujud dan terbina jika

hubungan dengan ibu bapa juga mesra dan saling memahami. Manakala Rosenhal

(1992) pula menyatakan hubungan rapat semasa kanak-kanak terbentuk dan agak

renggang apabila melalui zaman remaja ini berlaku disebabkan mereka telah mula

mempunyai kawan tersendiri dan inginkan kebebasan. 80% kanak-kanak di dunia ini

mempunyai bilangan adik beradik lebih atau sekurang-kurangnya dua orang adik

beradik. Interaksi sesama adik beradik adalah asas pembelajaran dan latihan kemahiran

interpersonal. Adik beradik selalunya mempunyai perasaan bercampur aduk terhadap

satu sama lain seperti benci kasih sayang, persaingan, permusuhan dan lain-lain lagi.

Pada peringkat dewasa dan pertengahan umur ia kembali rapat dan mesra.

Suami Isteri

11

Page 12: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

Dalam perhubungan antara suami isteri, Allah S.W.T menerangkan bahawa

tujuan berkeluarga  ialah  untuk membina keluarga yang bahagia dan mewujudkan

ketenangan  serta  hubungan baik dan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Firman

Allah yang bermaksud:

          

  “ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri

dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya dan

dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang. ”

Surah  Ar-Rum (30):21

Oleh itu, Allah S.W.T mengutuk perkahwinan semata-mata berasaskan kepada

tuntutan hawa nafsu dan menjelaskan bahawa kebahagiaan tidak akan tercapai  jika

perkahwinan hanya berasaskan kepada hawa nafsu semata-mata. Perhubungan antara

suami isteri juga perlu dihormati dengan mewujudkan pergaulan yang baik dan

menjauhkan segala perkara yang boleh mengeruhkan suasana. Bagi membentuk

keluarga  bahagia,  suami atau isteri perlu memahami tugas dan tanggujawab yang

mana isteri dan anak-anak adalah amanah daripada Allah dan membentuk keluarga

bahagia adalah tanggungjawab yang wajib disempurnakan sepenuhnya dengan baik,

berakhlak dan jujur. Suami adalah ketua keluarga manakala isteri berperanan sebagai

pembantu. Mencurahkan kasih sayang, belas kasihan dan bersedia untuk berkorban

kerana kebahagiaan keluarga juga merupakan salah satu daripada tugas yang wajib

dipatuhi selain memberikan bimbingan, didikan dan pengajaran menurut kehendak

Islam. Melindungi keluarga dari segala bentuk pencerobohan dan ancaman di   samping

memberikan nafkah dan sara hidup yang selayaknya. Makanan dan minuman, pakaian,

perubatan, tempat tinggal yang sesuai. Suami juga dimestikan untuk menyelaraskan

masalah yang timbul di antara keluarga sesama mereka atau dengan jiran tetangga dan

sahabat taulan. Setiap isteri pula bertanggungjawab melaksanakan segala tugas dan

kewajipan terhadap suami dan keluarganya dengan jujur, berakhlak dan amanah.

Kesimpulan  tugas-tugas  dan tanggungjawab  isteri  ialah   wajib bagi isteri mendokong

konsep sebagaimana diwajibkan ke atas suami. Selain itu tugas isteri juga ialah untuk

menjaga kehormatan dirinya dan suaminya dan menjaga amanah dan harta suaminya

dan juga rahsia keluarga dan rumahtangga. Menjaga anak-anak dengan sempurna dan

sewajarnya menjaga kebersihan, kesihatan dan kebajikan anak-anak sesuai sebagai

tugas ibu yang penyayang dan bertanggung jawab. Selain itu tanggung jawab isteri yang

12

Page 13: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

paling jelas adalah untuk menjalankan urusan rumahtangga supaya sempurna dan

teratur mengendalikan kerja-kerja rumah termasuk sekitarnya.

Hubungan Kehidupan Dalam Perkahwinan

Perkahwinan merupakan kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan oleh

pasangan baru. Si suami menganggap isteri adalah intan permata yang sangat berharga

dan begitulah sebaliknya. Perkahwinan adalah ikatan yang akan membuahkan rasa

kecintaan bahkan saling bekerjasama dan bantu membantu untuk mendidik keturunan.

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga mengharapkan satu perkahwinan yang

kekal dan bahagia di sepanjang hayatnya. Kebahagiaan dan keharmonian dalam

rumahtangga adalah kunci untuk mencapai setiap kejayaan. Rumah merupakan syurga

permulaan untuk membentuk satu keharmonian dan kedamaian mental. Ini memerlukan

setiap pasangan dalam rumah untuk saling hormat menghormati, bertanggungjawab

dan menyayangi antara sesama ahli keluarga. Di antara tanggungjawab yang perlu

ditunaikan apabila sesebuah perkahwiana itu didirikan . salah satu daripadanya adalah

menyediakan nafkah termasuklah tempat tinggal bersama iaitu rumah yang selesa dan

aman. Selain rumah keperluan asas hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang

munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami. Suami berkewajipan menahan

diri daripada menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudaratkan

isteri tanpa sebarang sebab.

Namun hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawa setiap perkahwinan tidak

semua mencapai kebahagiaan ada juga di antara tika waktunya berlaku sedikit

perselisihan rumahtangga. Ia juga merupakan asam garam sebuah kehidupan yang

tidak dapat dipisahkan ada segelintir individu yang bahagia dan gembira dengan

perbalahan. Walaubagaimana jika persengketaan yang kecil ini tidak diselesaikan

dengan segera ia boleh menjejaskan perhubungan suami isteri. Masalah perselisihan

faham sering terjadi di antara suami isteri akibat kurang berkemahiran berkomunikasi.

Apabila timbul sebarang konflik dalam rumahtangga, seringkali kata-kata kesat dan

negatif yang diucapkan untuk tujuan menyakitkan hati dan masing-masing ingin

menunjukkan superioritinya. Ia merupakan leteran, serangan lisan terhadap trait-trait

personaliti pasangan atau kegiatan pasangan. Campur tangan ibu bapa mertua dalam

urusan rumahtangga anak dan menantu juga boleh membawa satu hubungan yang

13

Page 14: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

tidak menyenangkan antara suami dan isteri. Perbandingan antara suami dan isteri,

perbandingan antara menantu, campur tangan kuasa dalam keluarga atau memandang

rendah akan menyebabkan jiwa suami akan tertekan dan ini akan menyebabkan

perbalahan dan pergaduhan antara suami dan isteri.

Hidup berumahtangga memerlukan banyak komitmen – dari segi kewangan,

psikologi dan emosi. Ia menuntut kematangan emosi dan pemikiran untuk menghadapi

dan mengendalikan hakikat perkahwinan dan keibubapaan. Oleh itu setiap pasangan

perlu memberi masa dan peluang yang mencukupi untuk mengenali dan memahami diri

masing-masing. Komunikasi adalah alat yang berkesan untuk menyemai rasa saling

hormat dan memahami. Mesti wujud perbincangan mengenai apa yang masing-masing

harapkan dan rancangan mereka untuk masa depan dan bagaimana masing-masing

boleh memainkan peranan untuk mencapai satu tujuan yang sama. Bagi suami isteri,

kemahiran berkomunikasi adalah elemen yang terpenting. Mereka mesti mencari

peluang untuk berbual-bual dan mendalami perasaan masing-masing. Dengan

mendalami perasaan mereka membuka ruang untuk mengenali lebih mendalam antara

mereka, membuat keadaan hidup bersama menjadi lebih baik dan ceria seterusnya

memperbaiki perhubungan mereka. Contohnya dalam sebuah keluarga, mesti ada satu

masa untuk semua ahli berkumpul bersama seperti waktu makan malam dan bersolat

jemaah. Kesempatan yang ada ketika berjumpa dapatlah dimanfaatkan dengan berbual

dan berkongsi pendapat antara suami isteri dan seterusnya ahli keluarga tersebut.

Teman Hidup

Teman hidup mengikut kamus dewan ialah seseorang sebagai pelengkap hidup.

Orang yang dijadikan pasangan hidup samaada lelaki atau perempuan. Ciri-ciri umum

teman hidup ialah boleh dijadikan sebagai ganti ibu ayah . Sanggup melindungi

pasangan mereka daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa. Mempunyai

penuh kepercayaan kepada pasangan dan tidak mudah bersangka buruk. Kesamaan

dari segi kepercayaan, sikap, nilai, minat, latarbelakang dan personaliti. Wujud

perhubungan yang mesra antara pasangan yang diiktiraf sebagai teman hidup. Sanggup

mengharungi pahit manis hidup bersama dengan teman hidup mereka tanpa

memikirkan risiko yang bakal dihadapi.

14

Page 15: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

Faktor-faktor peribadi yang harus ada pada diri pasangan teman hidup

kesamaan dalam prinsip pemadanan. Pasangan ini biasanya mempunyai ciri sosial dan

fizikal secara relatifnya sama. Sistem keperluan komplementari, memilih pasangan

yang bukan dari kelompok sendiri. Ini kerana keduanya mempunyai keperluan masing-

masing. Contoh, ada individu yang bersifat lembut memilih pasangannya yang lebih

berani. Tetapi ciri ini agak kabur kerana gagal memberi satu gambaran yang jelas

kerana ada juga individu yang suka mencari pasangan yang sama kelompok.

Kecerdikan di kalangan wanita merupakan faktor yang terpenting dalam menentukan

individu lain tertarik kepadanya terutama bagi yang berlainan jantina. Ciri-ciri yang

menyenangkan iaitu mempunyai trait personaliti yang positif terhadap pasangan.

Kedekatan, kita cenderung untuk menyukai atau tertarik dengan individu yang lebih

dekat dari segi jaraknya dengan kita.

Faktor-faktor tarikan dalam memperolehi teman hidup ialah tarikan antara peribadi

iaitu berdekatan. Jarak fizikal yang wujud antara keduanya. Manusia lazimnya

menjalinkan sesuatu hubungan dengan individu yang dekat dengannya. Contoh,

sekampung, sekolej, sekerja dan sebagainya. Persamaan dari segi umur, bangsa,

kaum, agama juga merupakan faktor dalam menentukan teman hidup. Keadaan emosi

juga penting untuk kita memulakan sesuatu persahabatan terlebih dahulu dengan orang

yang kita hendak kenali. Samaada pada ketika itu kita dalam keadaan gembira atau

duka atau marah memainkan peranan dalam menentukan mood untuk kita lebih

mengenali seseorang. Penilaian yang dilakukan oleh persepsi individu berkenaan ke

atas dirinya. Ini juga dikenali sebagai timbal balik atau respon kepada sesuatu tindakan.

Kekasih

Dalam sesuatu hubungan rapat, mungkin seringkali kita tertanya-tanya sama

ada kita sedang bercinta atau hanya mempunyai perasaan sebagai sahabat karib

sahaja. Lazimnya jikalau seseorang itu dilamun percintaan, ia akan dapat membezakan

perasaannya tetapi kekeliruan wujud jikalau mereka tidak akui kewujudan perasaan

tersebut. Hubungan kasih atau cinta merupakan satu perasaan atau keadaan emosi

yang tegang kerana individu yang dilamun perasaan kasih akan sentiasa memikirkan

temannya. Ia merupakan satu fenomena ganjil yang dialami oleh manusia, walaupun

sekali dalam seumur hidupnya. Pelbagai lagu, syair, puisi dan drama memaparkan

tentang percintaan, masalah serta pergolakan yang dialami oleh pasangan kekasih. Ini

15

Page 16: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

menunjukkan betapa pentingnya hubungan kasih itu dalam sesuatu masyarakat itu.

Seperti hubungan mesra, percintaan juga didorong oleh beberapa faktor. Sebagai

contoh, kecantikan dari persepsi seseorang itu tentang teman yang dikasihinya,

kedekatan fizikal yang selalu menyebabkan pertemuan antara dua insan itu, umur yang

sama, faktor-faktor persamaan lain seperti bangsa, agama dan lain-lain dapat

mendorong tercetusnya perasaan kasih atau cinta.

Sternberg (1986) mengatakan bahawa ada lapan bentuk dan jenis cinta yang

dialami oleh manusia. Ia adalah seperti cinta berahi, cinta bodoh, cinta sempurna, cinta

sahabat, cinta romantik, cinta kosong, perasaan suka dan tiada cinta langsung. Cinta

romantik umpamanya mempunyai komponen intim dan berahi tetapi tidak ada

keterlibatan di antara kedua-dua individu berkenaan. Bagi cinta kosong, hanya terdapat

keterlibatan sahaja tanpa dua perasaan yang lain. Jikalau individu itu hanya suka sahaja

kepada seseorang itu maka perasaan intim itu sahaja wujud. Akhir sekali, jikalau tiada

perasaan yang wujud langsung dalam diri seseorang itu terhadap seseorang yang lain,

ini bermakna tiada perasaan cinta yang wujud atau dialami olehnya.

Byrne(1987) menyatakan bahawa pengalaman cinta itu berubah mengikut masa

dan umur. Bagi pasangan yang dapat mengekalkan perasaan kasih hingga ke akhir

hayat, mereka ini mempunyai hubungan hormat menghormati di antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun, hubungan percintaan dalam perkahwinan tidak selalunya berakhir

dengan kejayaan. Sebagai contoh pasangan yang telah bercerai, mereka ini dilaporkan

bahawa mereka jarang bercakap tentang perasaan-perasaan positif yang dialami tetapi

sebaliknya komunikasi mereka tertumpu kepada penilaian yang negatif di antara satu

sama lain. Kritikan yang menyakitkan hati dan banyak berleter. Ini akan meningkatkan

kebosanan dan justeru itu perceraian tidak dapat dielakkan.

Dalam teori pergantungan menyatakan “attachment pattern not only characterize

the way children reloted to their parents but that variation in those pattern stay with us

form the cradle to the grave” ini telah dinyatakan oleh Bowlby (1979), fungsi kasih

sayang kepada kekasih dibahagikan kepada tiga sistem iaitu sistem seksual yang lebih

memenuhi keperluan nafsu seks, sistem ambil berat dan sistem pergantungan.

Sahabat

16

Page 17: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

Sahabat mengikut Kenny dan Kashi (1992) telah menyatakan bahawa

perhubungan persahabatan rapat adalah bercirikan seseorang itu banyak

menghabiskan masa dan dalam berbagai situasi dan aktiviti serta tidak melihatkan

individu lain yang tidak berkenaan . Ia juga saling memberi sokongan emosi serta

perhatian kepada apa yang berlaku pada sahabatnya. Dalam menjalani kehidupan

seharian kita boleh mencari ramai kawan namun belum tentu kawan yang ramai itu

dapat menjadi seorang sahabat yang baik. Oleh hal yang demikianlah, kita biasa

mendengar kata-kata orang tua bahawa “kawan untuk ketawa senang dicari , tapi kawan

untuk menangis susah dicari”. Sahabat dikategorikan kepada dua iaitu sahabat rapat

dengan sahabat tidak rapat. Di antara ciri-ciri sahabat rapat ialah bersifat

pemurah ,sensitif, empati, ikhlas, bertanggungjawab dan pendedahan kendiri. Selain itu

juga, elemen paling penting dalam kewujudan sesebuah persahabatan yang rapat

adalah pendedahan kendiri serta beransur-ansur dari biasa kepada yang paling peribadi

(intimate). Manakala, bagi sahabat yang tidak rapat biasanya merupakan individu yang

kita suka bersama ( fun to be with ) . Persahabatan semasa zaman kanak-kanak

(childhood friendship) timbul kerana keinginan untuk berkongsi aktiviti yang sama

mengembirakan . Di antara faktor-faktor kewujudan sesebuah persahabatan rapat

dalam masyarakat pada hari ini ialah faktor-faktor kedekatan dan kebiasaan.

HIDUP BERSEORANGAN – Saya Ingin Hidup Sendirian

17

Page 18: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

Bersendirian merupakan keadaan apabila seseorang itu menjauhkan diri dari

orang lain . Bersendirian boleh menjadi satu pengalaman yang menarik atau tidak

menarik. Jika berjalan bersendirian dalam satu lorong gelap pada waktu larut malam

atau waktu sunyi sepi ia boleh menjadi satu pengalaman yang agak tidak selesa. Tetapi

solitude, satu bentuk cara mengasingkan diri daripada orang lain boleh mendatangkan

ganjaran yang positif. Penulis, ahli muzik seringkali dapat menghasilkan karya-karya

kreatif jauh daripada gangguan orang ramai. Ahli agama bersendirian untuk mendapat

ketenangan spritual. Di dalam kehidupan seharian, individu bersendirian untuk

mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi ujian atau bersendirian

untuk memikirkan masalah yang dihadapi. Malahan, hidup sendirian boleh menjadi satu

pengalaman yang menarik, kerana ia memberi peluang untuk berdikari di samping

menawarkan rasa pencapaian yang boleh dibanggakan .

Kesunyian boleh berlaku disebabkan oleh perubahan yang memisahkan diri

individu dengan teman dan juga dengan mereka yang menjalinkan perhubungan intim.

Kesunyian yang dialami adalah akibat daripada kegagalan dalam interaksi sosial dan

mencetuskan satu pengalaman emosi yang tidak menyenangkan . Kesunyian boleh

bersifat kualitatif di mana perhubungan sosial yang dijalin dengan orang lain bersifat

superficial atau kurang memuaskan sebagaimana yang dikehendaki. Kesunyian boleh

juga bersifat kuantitatif apabila individu kekurangan kawan daripada bilangan yang

diperlukan. Natijahnya , tidak ada perhubungan antara bersendirian dan kesunyian .

Kita boleh merasa bahagia apabila bersendirian atau merasa sunyi sewaktu dikelilingi

oleh orang ramai. Dan sememangnya kita boleh merasa sunyi apabila bersendirian.

Oleh hal yang demikian , maka ada golongan sasterawan yang menulis dalam karyanya

“Sepi Itu Indah” ini kerana adanya segelintir individu yang gemar kepada kesunyian .

MEMILIH PASANGAN

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian di awal

perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu

disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup

untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar

berjalan-jalan ‘dating’ dan berborak tanpa batasan. Kita di suruh kenal atau ‘takruf’

18

Page 19: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau fizikal semata mata. Erti

kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya,

disarankan carilah orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan

perangainya. Risik merisik latar belakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui

sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui

dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab dengannya. Kita kenal tetapi kita perlu

bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang di maksudkan bukan

hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban

sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana

golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman

dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert',

sanggup menerima teguran dan memberi teguran dan saling bersifat 'membina' untuk

menjaga akhlak dalam Islam.

‘Kufu’ amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan

juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari

keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang berbeza antara pasangan. Begitu

juga daripada segi harta, seorang ulama dari Indonesia, Mawardi menjelaskan ia perlu

dititikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, sukar untuk seiring

dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap

umur. Memang betul, soal jarak umur di antara Rasulullah s.a.w, 25 dan Siti Khadijah,

40 tidak wujud kerana Rasulullah, Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang

sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba cetek ilmu dan amalannya. Malah rupa dan

fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan bersesuaian dengan suaminya bila

sudah lama berumahtangga.

Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang

ditekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-

unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis, keberkatan memang di

titik beratkan. Apabila ‘nawaitu’ atau niat kita dipasakkan dengan betul. Insya-Allah

perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk

mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah

Bersekedudukan

19

Page 20: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

Mengikut kamus dewan edisi ketiga 1994 menyatakan bersekedudukan

bermaksud tinggal bersama seperti pasangan suami isteri tanpa mempunyai ikatan

perkahwinan mengikut undang-undang. Mengikut istilah Inggeris ia dinyatakan sebagai

“free-sex” yang berasal daripada perkataan “free-sexual intercourse” yang membawa

maksud hubungan seksual tanpa ikatan sah mengikut undang-undang dan hukum

agama. Pada zaman sekarang, hubungan seksual tanpa ikatan sah ini merupakan satu

isu yang biasa diperkatakan pada segelintir individu yang menolak kepada hukum

tuhan. Selain itu juga, jika dilihat dari aspek agama, tiada satu agama pun di muka bumi

ini yang menghalalkan perbuatan bersekedudukan ini . Fenomena ini berlaku kerana

manusia pada masa kini yang terlalu inginkan kelainan daripada yang lain, mahu diri

dianggap tidak kolot dan ketinggalan zaman maka bersekedudukan tanpa ikatan

perkahwinan dianggap sebagai satu perkara biasa sehingga ada pasangan yang telah

mempunyai bilangan anak yang ramai tapi masih belum memperakuikan perhubungan

mereka melalui undang-undang. Selain daripada itu, gejala ini berlaku akibat sikap

meteralistik dan mementingkan kemewahan dunia sehingga sanggup menjual harga diri.

Faktor kurangnya didikan agama juga boleh mendorong kepada berlakunya gejala ini .

HUBUNGAN YANG SURAM DAN MASALAH DALAM PERHUBUNGAN

Kebahagiaan dan keharmonian dalam rumahtangga adalah kunci untuk

mencapai setiap kejayaan. Rumah merupakan syurga permulaan untuk membentuk

satu keharmonian dan kedamaian mental. Namun begitu, sekiranya kebahagian yang

dicari selama ini menemui derita di persimpangan jalan menuju kebahagiaan, akan

berakhirnya kebahagiaan dan bermulanya episod mimpi ngeri dalam hidup apabila

pasangan saling bertindak ganas terhadap pasangan atau ahli keluarganya.

Keganasan keluarga bukan satu fenomena yang baru wujud di negara kita malah

fenomena keganasan keluarga telah lama wujud di dalam keluarga generasi yang

terdahulu. Keganasan keluarga merupakan salah satu penyebab menjadi suram, ini

termasuklah penderaan atau penganiayaan terhadap isteri penderaan terhadap kanak-

kanak dan penderaan terhadap orang tua. Keganasan keluarga terhadap isteri

merupakan satu tingkah laku yang boleh disamakan dengan tingkah laku kriminal di

mana mangsa dianiayai secara fizikal dan emosi jika diperpanjangkan tanpa adanya

noktah di persimpangan jalan boleh menyumbang kepada kerosakan emosi yang teruk

20

Page 21: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

disamping kesan-kesan penderaan fizikal ke atas tubuh si mangsa yang menjadi mercu

tanda kemegahan dan kebanggaan kaum lelaki.

Keganasan boleh diertikan sebagai satu bentuk kekejaman atau penganiayaan

dengan sengaja sama ada dalam bentuk penganiayaan fizikal, mental, seks, dan

pengabaian tanggungjawab. Keganasan keluarga pula boleh didefinisikan sebagai suatu

kelakuan yang disengajakan untuk mendera orang lain serta membinasakan harta-

benda. Keganasan keluarga juga boleh digambarkan sebagai sesuatu kelakuan dengan

niat untuk mencederakan secara fizikal terhadap individu yang lain (Steinmetz, 1987).

Keganasan keluarga juga didefinisikan sebagai satu bentuk kezaliman atau penganaian

tanggungjawab. Kebanyakan keganasan keluarga terhadap isteri berlaku dalam bentuk

keganasan fizikal dan psikologikal atau kedua-duanya sekali. Keganasan fizikal

melibatkan tindakan seperti pukulan dengan tangan atau menggunakan objek keras

atau tajam, menumbuk, menikam, menendang dan mencekik. Keganasan fizikal akan

membawa kesan psikologikal yang mendalam kepada mangsa.

Selain daripada keganasan dalam perhubungan sumbang mahram yang berlaku

apabila ahli keluarga yang ada pertalian darah sendiri yang telah mencemari kesucian

ahli keluarganya. Penganaiaya akan menghina si mangsa dengan penghinaan yang

boleh mencederakan emosi seperti memaki, menyumpah, menuduh dan seumpamanya.

Disamping itu penganiaya akan membuat si mangsa merasa dirinya seperti orang gila.

Selain dari itu, si mangsa didesak untuk membuat sesuatu keputusan secara kelam-

kabut dan cara menakutkan, mengancam dan mengugut kebahagian dan nyawa

mangsa serta orang yang disayanginya akan dicederakan seandainya mangsa

bersuara. Tidak cukup dengan mahkota kesucian itu dirampas malahan jiwa mereka

hancur dihiris apabila individu yang sepatutnya melindungi tapi akhirnya dialah yang

memusnahkan .

Sumbang mahram turut berlaku berpunca daripada sifat penganiaya akan

menggunakan kuasanya sebagai lelaki untuk menghambaabdikan si mangsa. Segala

keputusan-keputusan di dalam keluarga dibuat oleh si penganiaya sahaja. Isteri atau si

mangsa tidak mempunyai suara dalam membuat sebarang keputusan. Penganiaya

bersifat seperti “Master of the castle”. Golongan ini membuat mangsa takut dengan

menggunakan air muka, isyarat (gestures), atau perbuatan-perbuatan seperti

21

Page 22: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

memecahkan barang-barang kaca di hadapan mangsa, dan mendera binatang

kesayangan mangsa.

  Selain daipada dua situasi di atas pengambilan alkohol sering dikaitkan dengan

asimilasi tingkahlaku agresif. Ini biasanya berlaku dalam golongan yang berpendapatan

rendah yang kerap menerima tekanan hidup. Apabila suami meminum alkohol secara

berlebihan dan pertimbangan rasional tidak lagi dapat mengawal diri maka akan

berlakulah penderaan terhadap orang yang paling rapat dengannya iaitu isteri.

Ketagihan dadah serta kaki judi juga boleh menyebabkan berlakunya hubungan menjadi

suram. Apabila mabuk akan mencetuskan pergaduhan atau konflik yang berkisar

mengenai isu kewangan, peranan isteri, reaksi dan sebagainya.

Gangguan Pada Hubungan

Hubungan rapat yang dimulai dari komunikasi antara satu sama lain dapat

meningkatkan ke arah hubungan yang semakin erat, akrab, komitmen antara satu sama

lain dan sampai pada hubungan intim iaitu kepada sahabat, kekasih dan perkahwinan.

Akan tetapi, pada tahap mana pun, setiap hubungan itu akan terganggu bahkan kadang

kala sampai terputus. Sumber-sumber konflik yang dapat mengganggu hubungan antara

satu sama lain, adalah perilaku tertentu seperti tidak mempercayai, tingkah laku yang

tidak menyenangkan, emosi yang tidak stabil, ketidaksamaan yang terungkap dalam

sikap, kebiasaan dan nilai atau tingkah laku yang berpura-pura. Selain itu kata-kata dan

perbuatan yang positif mula diganti dengan kata-kata negatif dan saling menyalahi

antara satu sama lain.

Kesan Putus Hubungan

Putusnya hubungan rapat dapat menimbulkan perasaan bersalah. Jika yang

putus dalam hubungan percintaan, kesannya adalah lebih berat daripada hubungan

persahabatan. Ini kerana putus hubungan cinta dapat menimbulkan perasaan tidak

tenang dan selalu menimbulkan perasaan sakit hati dan kemarahan antara satu sama

lain. Dalam hal ini, jika sudah ada alternatif lain atau hubungan dengan orang lain yang

setara sebagai pengganti, kesannya tidak terlalu berat jika hubungan itu putus begitu

saja. Terdapat reaksi positif dan negatif kesan daripada putus hubungan :

22

Page 23: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

1) Reaksi aktif yang positif adalah usaha untuk memperbaiki hubungan itu

2) Reaksi aktif yang negatif adalah memutuskan untuk menyudahi hubungan itu

3) Reaksi pasif yang positif adalah menunggu perkembangan sampai pulih

4) Reaksi pasif yang negatif adalah mengabaikan hubungan itu dan menunggu

sampai dengan sendirinya terjadi perkembangan yang buruk.

Kesepian

Kesan lain dari hubungan rapat yang terpisah antara satu sama lain adalah

kesepian. Kesepian adalah perasaan yang timbul jika harapan untuk terlibat dalam

hubungan yang akrab dengan seseorang itu tidak tercapai. Perasaan ini timbul pada

orang yang harus pindah ke kota lain dan meninggalkan sahabat-sahabatnya di kota

lama, orang yang ditinggalkan pergi jauh oleh kekasih, putus cinta atau kematian orang

tua. Oleh kerana sifat itu berkait dengan perasaan, kesepian bersifat subjektif. Ia harus

dibezakan dari pengertian bersendiri. Bersendiri lebih bersifat objektif iaitu suatu

keadaan di mana seseorang tidak bersama dengan seseorang yang disayangi.

Contohnya seseorang dapat menunggu bas secara bersendirian, dan dia tidak merasa

sepi kerana dia akan sampai ke rumah dan bertemu dengan keluarga yang dicintainya.

Dalam hubungan ini dapat diketahui bahawa masa remaja adalah masa yang

penuh kemungkinan terjadinya kesepian, kerana remaja mengalami pelbagai proses

perpisahan dalam tempoh yang singkat seperti berpindah sekolah, putus cinta dan

sebagainya. Adalah satu akibat dari kesepian pada remaja ini adalah sifat putus asa

sehingga terjadi remaja bunuh diri. Oleh itu untuk mengatasi sifat putus asa ini, remaja

perlu berketrampilan sosial yang baik. Oleh kerana itu, salah satu cara untuk membantu

orang-orang yang menderita dari kesepian adalah memberikan latihan ketrampilan

sosial contohnya dengan memberikan latihan kognitif iaitu dengan dengan cara

mengusahakan perubahan skema seseorang. Misalnya dari sifat pemalu menjadi berani

dan sifat tidak percaya pada diri sendiri menjadi percaya pada diri.

23

Page 24: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

 

Bagaimana Untuk Mengaplikasikan Topik Perhubungan Rapat Untuk Menjadi

Kaunselor Yang Berkesan Dan Penutup

Untuk menjadi seorang kaunselor yang berkualiti seseorang individu itu mestilah

mempunyai ilmu yang mantap dan kemahiran yang tinggi dalam pelbagai aspek

menolong. Salah satu aspek penting untuk menjadi kaunselor yang berkesan adalah

dengan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari semasa dalam latihan sebagai seorang

kaunselor. Mengadakan perhubungan yang rapat dengan klien adalah salah satu kriteria

dalam membina hubungan atau ‘rapport’ dengan klien bagi menjalinkan keberkesanan

sesi kaunseling. Justeru itu, topik ini amat perlu dipelajari dan diaplikasikan oleh pelajar

apabila bergelar kaunselor nanti.

Dalam membina hubungan menolong dengan klien, kaunselor yang mempunyai

ilmu tentang perhubungan rapat ini dapat meneroka dengan lebih mendalam masalah

yang dihadapi oleh klien dan mengenal pasti punca-puncanya. Kaunselor yang

berkesan juga memahami peringkat-peringkat perhubungan dan aspek-aspek yang

terkandung dalam sesebuah perhubungan. Ini adalah untuk memberi perangsang

kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberi tanggapan pertama yang positif.

Tingkah laku yang ditunjukkan dapat meyakinkan klien dan memberi kemesraan agar

proses kaunseling berjalan dengan lancar dan matlamat mudah dicapai.

Pengetahuan ini juga dapat digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien

menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi

lisan dan bukan lisan. Ilmu dan kemahiran yang ada pada kaunselor dapat

menenangkan klien yang dirundung kesedihan umpamanya ditinggalkan kekasih, baru

kematian ibu bapa dan sebagainya. Kaunselor juga dapat memberi celik akal kepada

klien tentang kesan-kesan jika ia berterus-terusan dibelenggu oleh kesedihan itu.

24

Page 25: Perhubungan Rapat

KKS 2013 – Psikologi Sosial Perhubungan Rapat

________________________________________________________________________________________________

Kaunselor juga perlu menggalakkan klien berfikiran positif dan mengambil langkah-

langkah yang proaktif dalam membina kembali keyakinan diri yang ada pada klien.

Bibliografi

Drs. H. Abu Ahmadi. 1991 . Psikologi Sosial. Jakarta Indonesia

Mark L.Knapp, Anita L Vangelisti. 2000 . Interpersonal Communication And Human

Relationships. A Pearson Education Company. USA

Ma’rof Redzuan. 2001 . Psikologi Sosial. Universiti Putra Malaysia Serdang

Rahmat Ismail & Mohd Fadzilah Kamsah. 1997 . Kemahiran Kekeluargaan Menjadi

Ibubapa Cemerlang. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Robert S.Feldman. 1998. Social Psychology. Prentice Hall, Upper Saddle River, New

Jersey

Sarwono, Sarlito Wirawan. 1997 . Psikologi Sosial : Individu dan Teori-Teori Psikologi

Sosial. Jakarta : Balai Pustaka.

Siti Fatimah Abdul Rahman. 1999 . Interaksi Bermakna – Masa Berkualiti Bersama

Keluarga. Institut Kefahaman Islam Malaysia

Susan S.Hendrick. 1995 . Close Relationships : What Couple Therapists Can Learn.

Brooks/ Cole Publishing Company

25