borang pengesahan status tesis€¦ · (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau sulit...

27
PSZ 19 : 16(Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU DISIPLIN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DI SEKOLAH MENENGAH SESI PENGAJIAN : 2010 / 2011 (01 ) Saya LIM SEO PENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan TERHAD oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ` (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO. 43, Jalan Sultanah Rogayah Taman Iskandar DR MOHD ANUAR ABDUL RAHMAN 80050 Johor Bahru NAMA PENYELIA Johor Tarikh : 13 DISEMBER 2010 Tarikh : CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 02-Feb-2020

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

PSZ 19 : 16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦JUDUL : PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU

DISIPLIN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DI SEKOLAH MENENGAH

SESI PENGAJIAN : 2010 / 2011 (01)

Saya LIM SEO PENG (HURUF BESAR)mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

TERHAD oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHADDisahkan oleh

`

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :NO. 43, Jalan Sultanah RogayahTaman Iskandar DR MOHD ANUAR ABDUL RAHMAN80050 Johor Bahru NAMA PENYELIAJohor

Tarikh : 13 DISEMBER 2010 Tarikh :

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran)”.

Tandatangan : __________________________________

Nama Penyelia : DR. MOHD ANUAR ABDUL RAHMAN

Tarikh : 13 DISEMBER 2010

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

iii

PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU-GURU DISIPLIN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DI SEKOLAH

MENENGAH

LIM SEO PENG

Disertasi ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan & Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

DISEMBER 2010

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

iv

PENGAKUAN PENGKAJI

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah dijelaskan sumbernya”

Tandatangan : ___________________ Nama Pengkaji : LIM SEO PENG Tarikh : 13 DISEMBER 2010

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

v

DEDIKASI

Khusus Untuk Isteriku Tersayang,

Tan Foo Geet

……………. Pengorbanan dan Galakkanmu Amat Dihargai

Khas Untuk Anak-Anakku Yang Dikasihi,

Lim Wen Jun Lim Wen Han

Lim Wen Hong Lim Wen Qing Lim Wen Hui

……………… Yang Sentiasa Menjadi Sumber Inspirasi

Buat Arwah Ayahanda

……………. Ajaran dan Didikanmu Sentiasa Diingati

Buat Bonda Yang Tersayang

……….. Doa dan Sokongan Menjadi Penguat Diri

Untuk Dr. Mohd Anuar bin Abdul Rahman

…. ..Tunjuk Ajar dan Tutur Bicaramu Akan Sentiasa Tersemat Di Hati

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

vi

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa atas segala kurniaNya maka

dapatlah saya menyempurnakan kajian pendidikan ini bagi memenuhi syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran). Kajian ini

tidak akan terhasil tanpa bantuan, sokongan dan galakan daripada beberapa pihak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Mohd. Anuar

Abdul Rahman, selaku penyelia kajian atas nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar secara

berterusan kepada saya sehingga kajian penyelidikan ini dapat diselesaikan dalam

tempoh yang ditetapkan.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah dan staf

Fakulti Pendidikan, rakan-rakan sekuliah, rakan seperjuangan serta individu yang

telah memberi kerjasama dan sokongan sepanjang pengajian saya. tidak lupa juga

saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK Permas Jaya,

Pengetua SMK Permas Jaya 2 dan Pengetua SMK Permas Jaya 3, Di daerah Pasir

Gudang yang telah sudi membenarkan saya menjalankan kajian ke atas guru-guru di

sekolah tersebut, dan tempat saya bertugas kerana banyak memberi ruang dan

peluang untuk saya mengikuti pengajian ini.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang

tidak terhingga kepada isteri dan anak-anak serta keluarga yang sentiasa memberikan

sokongan, dorongan dan doa restu kepada saya selama ini. Kerjasama dan jasa baik

kalian tidak mungkin dapat saya lupakan. Semoga Tuhan merahmati segala bentuk

sumbangan kalian yang tidak ternilai ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

vii

ABSTRAK

Peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru adalah sebagai pendidik.

Dalam usaha mendidik, guru sering mengalami tekanan dan pelbagai halangan.

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan sikap

guru disiplin dalam melaksanakan tugas sebagai guru disiplin di sekolah menengah.

Hasil kajian rintis terhadap sepuluh orang guru yang tidak diambil kira sebagai

responden telah diuji kebolehpercayaan dan keesahan dengan nilai alpha bagi

pengetahuan iaitu 0.76, kemahiran 0.89 dan sikap 0.79. Setelah itu, seramai 280

orang guru daripada tiga buah sekolah di sekitar Permas Jaya, Johor Bahru dipilih

menjadi sampel kajian. Soal selidik telah digunakan sebagai alat kajian. Soal selidik

ini dibahagikan kepada empat bahagian, bahagian A adalah mengenai maklumat

responden, dan bahagian B pula adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan guru

disiplin, dan bahagian C adalah untuk mengkaji tahap kemahiran guru serta bahagian

D pula mengkaji sikap guru disiplin dalam melaksanakan tugas sebagai guru disiplin

di sekolah menengah. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru

disiplin merupakan aset yang paling penting dan berada pada sederhana dan

kemahiran guru disiplin pula merupakan yang terendah dan berada pada tahap yang

sederhana. Hasil kajian juga mendapati bahawa tiada perbezaan signifikan antara

jantina terhadap tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru disiplin dalam

melaksanakan tugas sebagai guru disiplin tetapi ada perbezaan yang signifikan antara

jantina bagi sikap guru disiplin melalui ujian-t. Di akhir kajian, pengkaji telah

mencadangkan pihak yang bertanggungjawab seperti Pusat Latihan Guru harus

merancang program-program yang sesuai bagi membantu guru-guru dalam

melaksanakan tugas sebagai guru disiplin di sekolah menengah.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

viii

ABSTRACT

School teachers play the role and hold responsibility of an educator.

However, teachers are facing a lot of pressure and obstacles while educating others.

This research aims to study the level of knowledge, level of skill posses by a

discipline teacher and the attitude they adopt during the course of their duty. A pilot

project is conducted on 10 school teachers who are not respondent of this research

and the alpha crombach is 0.76 for level of knowledge, 0.89 for level of skill and

0.79 for attitude. Subsequently, questionnaires are sent to 280 teachers from three

secondary schools in the area of Permas Jaya, Johor Bahru. Respondents are

required to complete the questionnaire in 4 sections. Section A collects the personal

data of the respondent. Section B finds out the level of knowledge possess by the

discipline teacher while section C looks into the level of skill and section D examines

the attitude of the discipline teachers. The finding shows that the level of knowledge

in the aspect of discipline is at the medium level. The level of skill possess by the

teachers is also at the medium level. The result of the research shows no significant

difference between male and female teachers in the level of knowledge and skill

when they carry out their duties as discipline teachers. On the contrary, the t-test

shows a significant difference between male and female teachers in term of attitude.

Overall, there is room for improvement in the level of knowledge and skill for the

discipline teachers. It is suggested that the relevant authorities such as Teacher

Training Centre should plan and develop more suitable programmes to assist teachers

in order to become a more efficient and effective discipline teacher in secondary

school.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

ix

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURTA

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT vii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL x

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif kajian 12

1.5 Persoalan Kajian 12

1.6 Kepentingan Kajian 13

1.7 Skop Dan Batasan kajian 14

1.8 Difinasi Istilah Dan Operasional 14

1.8.1 Guru 14

1.8.2 Kemahiran 15

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

x

1.9 Rumusan 15

2 SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 16

2.2 Teori-Teori Pengurusan Disiplin 17

2.3 Jenis-Jenis Masalah Disiplin Sekolah Menengah 21

2.4 Pengurusan Disiplin Sekolah Menengah 22

2.5 Rumusan 34

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Populasi Dan Persempelan 38

3.4 kajian Rintis 38

3.4.1 Keputusan Ujian Kebolehpercayaan 39

3.5 Instrumen Kajian 41

3.6 Prosedur Kajian 42

3.7 Analisa Data 43

3.8 Rumusan 44

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 45

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 45

4.3 Dapatan Persoalan Kajian 48

4.3.1 Tahap Pengetahuan Guru Disiplin 48

4.3.2 Tahap Kemahiran Guru Disiplin 51

4.3.3 Sikap Guru Disiplin 53

4.3.4 Persoalan Kajian 55

4.3.5 Persoalan Kajian 56

4.3.6 Persoalan Kajian 57

4.4 Rumusan 58

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

xi

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Rumusan Kajian 59

5.3 Perbincangan Dan Kesimpulan 60

5.3.1 Pengetahuan Guru Disiplin Terhadap

Tugasnya 60

5.3.2 Kemahiran Guru Disiplin Terhadap

Tugasnya 61

5.3.3 Sikap Guru Disiplin Terhadap Tugasnya 62

5.4 Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Guru Disiplin

Dalam Melaksanakan Tugas Di Sekolah Menengah

Berdasrkan Jantina 63

5.5 Implikasi Dan Cadangan 64

5.5.1 Pusat Latihan Guru 65

5.5.2 Pengurusan Sekolah 65

5.5.3 Ibu Bapa 66

5.6 Cadngan Kajian Lanjutan 67

5.7 Penutup 68

RUJUKAN 69

LAMPIRAN 77

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Analisis Kebolehpercayaan Item 39

3.2 Jadual Skala Lima Mata 40

3.3 Pengkelasan Tahap Markat Skor Min 44

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Respoden

Mengikut Jantina 46

4.2 Taburan kekerapan Dan Peratusan Respoden

Mengikut Umur 46

4.3 Taburan kekerapan Dan Peratusan Respoden

Mengikut kaum 47

4.4 Taburan kekerapan Dan Peratusan Respoden

Mengikut Status Perkahwinan 47

4.5 Taburan kekerapan Dan Peratusan Respoden

Mengikut Pengalaman Mengajar 48

4.6 Analisis Min Pengetahuan Guru Disiplin

Melaksanakan Tugas Di Sekolah 50

4.7 Analisis Min Kemahiran Guru Disiplin

Melaksanakan Tugas Di Sekolah 51

4.8 Analisis Min Sikap Guru Disiplin Dalam

Melaksanakan Tugas Di Sekolah 53

4.9 Analisis Ujian-t Perbandingan Tahap Pengetahuan

Guru Disiplin Dalam Melaksanakan Tugas Di Sekolah

Dari Segi Jantina 55

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

xiii

4.10 Analisis Ujian-t Perbandingan Tahap Kemahiran

Guru Disiplin Dari segi Jantina 56

4.11 Analisis Ujian-t Perbandingan Sikap Guru Disiplin

Dari Segi Jantina 57

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Profesion perguruan adalah profesion yang kompleks dan tugasan guru sangat

luas berbanding pekerjaan yang lain (Logan & Logan, 1974). Guru

bertanggungjawab sebagai pengasuh, kaunselor, pengadil, polis, hakim, pelakon,

kerani, jururawat, pensyarah, penulis, setia-usaha, pekerja sosial dan lain-lain.

Tugasan itu dilakukan secara langsung dan tidak langsung di sekolah. Guru-guru

perlu menitikberatkan aspek-aspek pengetahuan, tingkah laku, tanggungjawab dan

kecekapan guru.

Guru perlu berkebolehan menilai kebolehan dan perkembangan pelajar.

Dalam hal ini, guru perlu berupaya menentukan kaedah-kaedah serta strategi-strategi

yang berkesan bagi memandu pelajar-pelajar yang berbeza daripada segi kebolehan

dan minat. Tugas utama seseorang guru adalah memahami peranannya dalam proses

pengajaran serta mempunyai banyak pengetahuan. Guru perlu mempunyai banyak

pengetahuan terutama daripada segi latar belakang pelajar serta berkenaan pelajaran

yang akan diajar (Logan & Logan, 1974).

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

  2

Menurut Ibit (2001), guru perlu ada kemahiran mengetahui jenis kesalahan

yang dilakukan oleh pelajar, barulah kaedah-kaedah penyelesaian dipilih mengikut

kesesuaian jenis kesalahan yang dilakukan. S. Sigamaoney (1984), menyatakan

bahawa soal mengurus disiplin bukanlah tugas Guru Besar, Penolong Kanan,

Penyelia Petang dan Guru Disiplin. Walaupun mereka adalah : ‘Guardian of

Discipline’ di sekolah, peranan guru-guru dalam disiplin adalah lebih penting

daripada pihak pentadbiran kerana merekalah yang akan berada di kelas dan di

padang permainan dalam kadar masa yang panjang dengan pelajar-pelajar.

Perhubungan serta kemahiran interaksi guru dengan pelajar adalah secara terus

menerus. Tugas memelihara disiplin sekolah adalah tugas utama semua guru di

sesebuah sekolah dan bukan tugas utama pihak pentadbiran dan guru disiplin sahaja.

Kemahiran mengurus disiplin yang berkesan dan cekap membolehkan proses

pengajaran dijalankan secara licin dan teratur. Suasana pengajaran dan pembelajaran

menjadi tenang dan pelajar memahami kandungan pengajaran dengan lebih

sempurna. Selain itu, jika pelajar mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan

oleh sekolah, keselamatan mereka akan terjamin. Melalui kemahiran mengurus

disiplin yang baik, nilai moral pelajar dapat dibentuk dan dipupuk ke tahap yang

memuaskan dan suasana bilik darjah menjadi lebih kondusif untuk proses pengajaran

dan pembelajaran berjalan dengan lancar (Mohd. Ismail Othman, 2004). Menurut

Abd. Rahim Abdul Rashid (1999), seorang guru perlu mempunyai latihan dan

pengetahuan, khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran. Pengetahuan guru dari perspektif pengajaran dan pembelajaran akan

membolehkan seseorang guru memainkan peranannya dengan lebih efektif dan

mampu menangani pelbagai masalah yang dihadapi.

Disiplin merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan harian

manusia. Disiplin memainkan peranan yang amat penting dalam usaha membendung

seseorang individu selari dengan kehendak masyarakat, persatuan-persatuan dan

undang-undang negara. Dalam konteks institusi persekolahan, apabila menyebut

disiplin, kita perlu memahami dan mendalami apakah sebenarnya yang dimaksudkan

‘disiplin’. Menurut Kamus Dewan (1996), disiplin adalah peraturan secara langsung

bagi mengawal tingkah laku murid-murid melalui hukuman atau ganjaran.

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

  3

Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendidikan (1997) ada

dijelaskan, disiplin itu bermakna

a. Kesanggupan seseorang itu bekerja ataupun membuat sesuatu dengan cukup

tertib.

b. Kesanggupan menghormati hak individu lain

c. Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu

kepentingan orang lain.

d. Kesanggupan menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai semangat

tolong-menolong.

e. Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang

membina

serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

Disiplin adalah salah satu komponen penting dalam sistem pendidikan yang

berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Mok

(1989), menegaskan dua objektif utama kewujudan disiplin di sekolah adalah :

a. Memastikan keselamatan dan kesejahteraan staf dan murid, dan

b. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran.

Apabila membincangkan soal disiplin, ianya berkait rapat dengan

permasalahan dalam sistem pendidikan, terutama yang melibatkan disiplin pelajar.

Permasalahan disiplin pelajar sekolah telah banyak diperkatakan oleh banyak pihak,

ini termasuklah para pendidik, ibu bapa, dan pemimpin dalam negara ini. Akibat

ketiadaan disiplin kendiri (disiplin intrin) dan pengamalan disiplin asas di

masyarakat dan negara umumnya, ia boleh menyebabkan penyelewengan tingkah

laku, ketidakharmonian dalam kehidupan harian. Menurut Mohd Nazri (2002),

disiplin akan menjadikan seseorang pelajar itu menjadi manusia yang dapat

memimpin diri sendiri dalam kehidupan di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap

individu adalah penting dalam usaha untuk mewujudkan satu masyarakat yang

harmonis, bertatasusila, adil dan progresif. Kemerosotan tahap disiplin yang berlaku

di kalangan pelajar baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah amatlah

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

  4

membimbangkan dan akan menjadi kritikal sekiranya tidak dibendung pada

peringkat awal lagi.

Pelajar sekolah menengah lazimnya terdiri daripada golongan remaja adalah

kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah

aset kejayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik,

ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini pada masa akan datang. Namun

demikian masalah disiplin yang melanda kalangan pelajar dewasa ini merupakan satu

ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka

masa panjang. Tajuk-tajuk berita mengenai masalah disiplin yang terpampang di

dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini membayangkan kemerosotan disiplin

pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius

sehingga mencapai tahap yang membimbangkan. Akhir-akhir ini kita dikejutkan

dengan beberapa insiden keganasan para pelajar sekolah yang kian meningkat, yang

terbaru pelajar-pelajar membakar dewan peperiksaan sebelum peperiksaan PMR

bermula, dan seorang guru wanita telah ditampar oleh pelajar lelaki di dalam bilik

darjah.

Masalah disiplin yang semakin menjadi-jadi ini lambat laun akan membawa

kepada masalah yang besar kepada masyarakat secara khusus dan kepada negara

secara umumnya. Secara tidak langsung ini akan dijadikan ukuran di dalam menilai

sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan dan matlamat Falsafah Pendidikan

Negara (FPN) yang dijangka menghasilkan insan yang unggul, sahsiah yang

seimbang dan mempunyai sifat-sifat yang mulia.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

  5

1.2 Latar Belakang Masalah

Sejak akhir-akhir ini peranan sekolah terutamanya sekolah menengah bukan

lagi semudah yang difikirkan. Institusi ini sedang mengawasi satu masalah yang

sangat serius iaitu masalah disiplin. Masalah disiplin ini mengakibatkan sekolah

tidak dapat menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan iaitu proses

pendidikan. Pendidikan adalah satu proses yang berterusan kerana sejak dilahirkan

ke dunia hinggalah kita kembali padaNya semula proses pendidikan berterusan dan

sentiasa diperlukan bila-bila masa . Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan

pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan berdisiplin (Sufzan,1996).

Masalah disiplin pelajar kadang kala boleh memberi implikasi yang sangat

serius. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat masalah disiplin pelajar telah

menyebabkan berlakunya keganasan seperti penggunaan senjata seperti senjata api

untuk mencederakan orang lain (Benbenishty & Astor, 2005). Di negara kita,

perkara sedemikian akan berlaku sekiranya sesuatu tingkah laku tidak berdisiplin

ataupun tingkah laku bermasalah dilakukan oleh seseorang pelajar secara

berulangkali walaupun telah dinasihati, dikaunseling dan diberi amaran, pelajar

terlibat dianggap sebagai pelajar yang menghadapi masalah disiplin tegar (Khalim,

2004).

Tingkah laku bermasalah sama ada tegar ataupun tidak dapat diterangkan

berdasarkan pelbagai teori. Salah satu daripadanya ialah Teori Pembelajaran Sosial

(Bandura, 1977). Teori ini menerangkan pembentukan tingkah laku adalah

berdasarkan model-model yang berada dihadapan kita. Sekiranya model tersebut

adalah yang menonjolkan contoh teladan yang baik, maka kita juga akan terikut

dengan tingkah laku tersebut. Pembelajaran tingkah laku tersebut berdasarkan

peniruan dan penghayatan tingkah laku yang dipertontonkan. Teori ini

menggambarkan manusia adalah pasif dan hanya menerima sahaja pengaruh dari

luar.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

  6

Sementara itu, hasil kajian Fogarty (1991), Gavelek (2000), serta Charbonneau

dan Reider (1995) mengungkapkan bahawa munculnya pemikiran tentang

pendekatan integratif dipetik oleh sejumlah persoalan pendidikan yang perlu segera

diatasi.

a. Kegiatan pendidikan harus bersifat otentik, iaitu berkait dengan tugas-tugas

dalam kehidupan nyata, bukan semata-mata untuk kegiatan persekolahan.

b. Kegiatan pendidikan harus bermakna iaitu pengetahuan atau informasi yang

dipelajari pelajar disajikan dalam sebuah konteks, tidak isolatif.

c. Pemecahan persoalan kehidupan nyata hanya dapat dilakukan dengan baik

melalui penguasaan pengetahuan yang komprehensif dan kekuatan disiplin.

d. Kegiatan pendidikan harus efisyen dengan menawarkan daya skop kurikulum

yang lebih luas.

e. Layanan pendidikan diperuntukkan bagi kepentingan pelajar. Oleh kerana itu,

penyediaan kegiatan pendidikan harus berorientasi pada keperluan pelajar.

Pelajar yang berdisiplin akan tahu tanggungjawab mereka terhadap diri,

keluarga, masyarakat, institusi-institusi dan negara. Sekolah merupakan institusi

yang sangat penting bagi seorang individu mendapatkan pendidikan dan

memperbanyak keperibadian yang dimuliakan oleh masyarakat pada masa kini.

Masalah pelanggaran disiplin telah menjadi satu isu yang sangat hangat diperkatakan

sepanjang tahun. Peningkatan kes-kes melibatkan murid sudah sampai ke peringkat

membimbangkan kerana sekolah merupakan institusi sosial yang penting nampaknya

gagal memainkan peranannya. .Pelanggaran disiplin bukanlah satu perkara baru di

negara ini. Untuk mengurangkan kejadian ini, pelbagai perayuan perlu dikenakan

oleh pihak-pihak yang terlibat demi memperbanyak generasi yang berdisiplin.

Di negara kita surat khabar sering menyiarkan kes pelanggaran disiplin

sekolah. Pelajar sekolah yang berusia 16-18 tahun merupakan majoriti yang terlibat

dengan kes jenayah. ( Juvana), kekerasan dan merosakkan harta benda (vandalisme).

Sepanjang 3 tahun lalu sebanyak 6876 daripada 11041 kes yang dilaporkan

melibatkan remaja yang berumur 16, 17, dan 18 tahun (Utusan Malaysia 29

Disember 1995). Mengikut Berita Harian, 12 Julai 2001, melaporkan dalam tempoh

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

  7

10 tahun antara 1989-1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar

meningkat sebanyak 35% dan 25% bagi remaja perempuan. Pena dengan kerjasama

polis telah mengenal pasti palajar di 56 sekolah menegah di seluruh negara terdedah

kepada kegiatan samseng. Sin Chew Daily, 31 January 2004 pula melaporkan 7

orang pelajar cina (perempuan) ponteng sekolah secara kumpulan berlaku di Port

Dickson. 7 pelajar cina memakai pakaian seragam didapati berada di sebuah kedai

makanan pada pukul 10 pagi (waktu sekolah). 7 pelajar cina tersebut merokok,

bercakap kasar dan minum minuman yang bercampur pil tanpa menghiraukan orang

lain.

Keadaan ini semakin jelas dengan adanya beriya-iya yang terpampang di

dalam akhbar tempatan. Laporan membakar blok cetak di sekolah Kulai Besar, dua

orang pelajar terlibat, dicetak oleh Berita Minggu 4 Jun 1991. Berita Harian 6 Jun

1999 memaparkan berita tentang tindakan pelajar membakar bilik darjah dan

merosakkan harta benda sekolah menunjukkan remaja sekarang tiada lagi tatasusila

dan menampakkan unsur-unsur keganasan. Menurut Yang Berhormat Pn Halimah

Mohamad Sadigus,Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan

Masyarakat Negeri Johor, dalam laporannya berkenaan gangsterisme di kalangan

pelajar, mengumumkan 459 buah sekolah menengah adalah berisiko, dan terdedah

kepada aktiviti gangsterisme. Kenyataan ini dibuat pada Mac 2000. Anggaran ini

bukan sedikit dan menunjukkan gejala ini berada pada tahap membimbangkan.

Menurut Dewan Siswa (April 1995) satu selidik mengenai disiplin mengenal pasti

70749 orang pelajar terlibat dalam 53 kesalahan dalam tahun 1995. Antara

kesalahan yang dinyatakan ialah 17056 kesalahan tiba lewat di sekolah, 16026

kesalahan ponteng sekolah, 11012 kesalahan berambut panjang, 6757 tidak

menghadiri kelas, 4939 kesalahan merokok, 3519 kesalahan kelakuan tidak sopan,

3224 kesalahan bergaduh, 3219 kesalahan memberontak, 3014 kesalahan menggangu

kelas dan 1914 kesalahan terlibat dalam laku musnah (vandalisme). Mengikut

Timbalan Menteri Pendidikan Fong Chan Onn, kes ponteng sekolah yang dilaporkan

dari Januari-Oktober 1995 adalah sebanayak 38881, iaitu 0.8% daripada jumlah 4.3

juta murid.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

  8

Walaupun peratus adalah kecil tetapi jumlahnya adalah besar. Pada masa

yang sama kes buli pelajar juga meningkat di kalangan pelajar (Utusan Malaysia, 30

November 1995). Dalam Utusan Malaysia, 25 Ogos 2000) juga melaporkan bahawa

10 orang pelajar ditahan dalam serbuan polis yang disyaki ponteng dan menghidu

gam. Menurut Surinawaty dalam tulisannya dalam Ruang Tumpuan (Umun 1997)

berpendapat bahawa gejala sosial semakin meruncing dan kebanyakannya berpunca

dari masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar sewaktu mereka di sekolah.

Hallena dalam Minda Pelajar, 2001, berpendapat bahawa ibu bapa merupakan

penentu disiplin pelajar dan ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam

membentuk sahsiah anak-anak. Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji

pelaksanaan Dasar Pelajar (1980) memberi tumpuan kepada masalah disiplin

sekolah, masalah masyarakat dan perpaduan negara. Laporan ini juga menyentuh

peranan sekolah dalam memperbanyak perpaduan negara.

Menurut Mohamad Hatta (1987), yang sependapat membincangkan selain ibu

bapa yang merupakan asas utama dan tadak asuhan dalam memberi didikan serta

asaran mengenai norma-norma kehidupan, pihak sekolah merupakan pihak kedua

yang turut memainkan peranan dalam membantu pelajar membentuk identiti diri.

Sekolah merupakan institusi yang sangat penting bagi seorang individu mendapat

pendidikan dan memperbaiki keperibadian yang dimuliakan dalam masyarakat.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah disiplin pelajar merupakan isu universal yang dihadapi oleh

semua sekolah di dunia (Cotton, 2001). Di Malaysia, masalah disiplin sering

menjadi perhatian media massa dan terus dibincangkan oleh masyarakat seolah-olah

tiada penghujungnya. Pelbagai pandangan telah diutarakan oleh masyarakat tentang

perlunya tindakan tegas diambil terhadap masalah disiplin yang makin merosot

(Khalim, 2004). Betapa seriusnya masalah disiplin di sekolah terbukti apabila 80

peratus masa guru diperuntukan dalam menguruskan disiplin pelajar (Englander,

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

  9

1987). Terdapat juga sarjana dan penyelidik yang beranggapan tingkah laku tidak

berdisiplin dalam kalangan pelajar kerana kegagalan ibu bapa dan guru-guru

menerapkan gaya didikan yang mementingkan nilai dan moral yang mantap

(Bennett, 1994).

Dalam memperkatakan masalah disiplin, adalah perlu difahami definasi itu

sendiri. Disiplin di sekolah adalah peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas

pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman

ataupun ganjaran. Definisi disiplin ini memberikan gambaran sekiranya sesuatu

peraturan yang dibuat tidak dipatuhi, maka ia dikatakan melanggar disiplin. Inilah

yang dikatakan masalah disiplin. Kemerosatan disiplin yang berlaku di kalangan

pelajar baik di sekolah rendah, mahupun di sekolah menengah agak membimbangkan

dan akan menjadi kritikal sekiranya tidak dibendung pada peringkat awal lagi. Oleh

itu semua pihak, termasuklah ibubapa, guru dan masyarakat perlu prihatin terhadap

isu ini. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (1988), seseorang guru

mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik

iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak pelajar-pelajar melalui pelaksanaan disiplin

yang baik. Oleh yang demekian, adalah wajar guru-guru memainkan peranan

penting dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Laporan Jawatankuasa

Kabinet (1974), mendapati sebelum pelaksanaan Pentadbiran 3/67, peruntukan guru

mula berkurangan sementara bilangan pelajar pula bertambah. Kekurangan guru dan

pertambahan pelajar ini menambahkan masalah disiplin sekolah. Masalah ini boleh

dianggarkan sebagai tingkahlaku lencongan (Box, 1987).

Tingkahlaku lencongan berlaku disebabkan oleh terdapatnya individu atau

kumpulan yang menentang peraturan dan normal masyarakat. Nilai-nilai yang

berbeza menyebabkan ada golongan yang merasai tingkah laku ini boleh diterima

oleh masyarakat. Di negara kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan

kebudayaan ini sudah tentu wujud golongan yang menganggap tingkah laku

lencongan itu bolah diterima. Contohnya, arak bagi masyarakat islam adalah tingkah

laku lencongan tetapi bagi masyarakat cina dan india, tingkahlaku ini bukanlan

lencongan. Masalah disiplin pelajar adalah suatu fenomena yang sudah lama wujud.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

  10

Ia memerlukan tindakan yang bersungguh dan berterusan oleh semua pihak yang

terlibat dalam mengatasi masalah ini. Isu disiplin telah menjadi tajuk perbualan

sejak akhir-akhir ini ekoran beberapa kejadian jenayah pelajar seperti membakar

bilik darjah dan bilik peperiksaan, kes-kes membuli, melawan dan mencederakan

guru serta gangsterisme. Kejadian-kejadian ini seolah-olah selari dengan

perkembangan pesat pembangunan dan perindustrian negara. Dalam satu kes yang

dilaporkan, murid tahun satu cedera parah ditikam di sekolahnya. Dia turut dipukul

dengan kayu dan dibaling dengan batu oleh sekumpulan murid lelaki, dipercayai

rakan sekolahnya kerana enggan memberi mereka wang RM10.00 (Utusan Malaysia,

2000).

Mengikut perangkaan pada tahun 1994, seramai 138,358 pelajar atau 9.82%

daripada 1,408,672 pelajar sekolah menengah di seluruh negara dikenal pasti terlibat

dengan pelbagai salah laku jenayah dan tabiat buruk. Daripada jumlah itu sebanyak

2,578 kes melibatkan tingkah laku jenayah, tingkah laku lucah (384 kes), kekemasan

diri (2,989), tidak pentingkan masa (3,311 kes), tingkah laku tidak jujur (301 kes),

ponteng (5,636 kes) dan lain-lain (22 kes). Mengikut jantina, salah laku itu

melibatkan 13,169 orang murid lelaki dan 6,472 orang murid perempuan. Mengikut

kaum pula ia melibatkan 10,619 orang pelajar Melayu, 528 orang pelajar Cina, 3,615

orang pelajar India dan 123 orang pelajar kaum lain (Utusan melayu, 1994).

Walaupun perangkaan di atas diambil pada tahun 1994, ia jelas menunjukkan

masalah disiplin ini bukanlan perkara yang boleh dipandang ringan. Tiada guna kita

melancarkan slogan masyarakat progresif lagi berdisiplin sedangkan di sekolah dan

di rumah ketara sekali kelonggarannya. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua

pihak merangkumi golongan ibu bapa, guru, masyarakat, pihak media dan kerajaan.

Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari

suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi

melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah

yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari

aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin

pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

  11

Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam

menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan ianya

digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan,

kemahiran dan sikap).

a. Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah

cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan

dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat

berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang

itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding).

Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh

pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.

b. Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya

sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya,

kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu

konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan

yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah

keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran

mendengar.

c. Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan

kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yang

tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa

kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah laku dan perbuatan maka

hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga

individu-individu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki

sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan

yang mereka hadapi dengan jayanya.

Cabaran guru ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati

(complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu

atau lebih unsur-unsur di atas. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

  12

keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang

diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan

bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak

yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini

tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. Jelas sekali perubahan tidak terjadi

tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang paling berat dan

paling sukar ialah perubahan diri peribadi.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah berbentuk:

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan guru disiplin dalam menangani

masalah disiplin di sekolah menengah.

1.4.2 Mengenalpasti tahap kemahiran guru disiplin dalam menangani

masalah disiplin di sekolah menengah.

1.4.3 Mengenalpasti sikap guru disiplin dalam menangani masalah disiplin

di sekolah menengah.

1.4.4 Mengenalpasti perbezaan pengetahuan guru disiplin berdasarkan

jantina.

1.4.5 Mengenalpasti perbezaan kemahiran guru disiplin berdasarkan

jantina.

1.4.6 Mengenalpasti perbezaan sikap guru disiplin berdasarkan jantina.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini cuba memperoleh jawapan terhadap soalan-soalan berikut:

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru disiplin dalam

menangani masalah disiplin di sekolah menengah?

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

  13

1.5.2 Apakah tahap kemahiran guru disiplin dalam menangani masalah disiplin di

sekolah menengah?

1.5.3 Apakah sikap guru disiplin dalam menangani masalah disiplin di sekolah

menengah?

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan pengetahuan guru disiplin berdasarkan jantina?

1.5.5 Adakah terdapat perbezaan kemahiran guru disiplin berdasarkan jantina?

1.5.6 Adakah terdapat perbezaan sikap guru disiplin berdasarkan jantina?

1.6 Kepentingan Kajian

Memandangkan disiplin di sekolah adalah suatu peraturan yang telah

ditetapkan bagi mewujudkan suasana yang teratur dan tenteram serta untuk

mewujudkan suasana pembelajaran selesa di sekolah. Kajian ini diharap dapat

mengesan punca-punca yang menjuruskan pelajar kearah keruntuhan disiplin atau

akhlak. Diharap dengan adanya maklumat yang diperolehi dalam kajian ini,

para pendidik dapat mengenal pasti dan menentukan masalah disiplin di kalangan

pelajar tersebut. Melalui maklumat ini diharapkan dapat membantu pihak yang

berkenaan seperti para pendidik, ibu bapa, masyarakat dan pelajar itu sendiri untuk

mencari jalan penyelasaian untuk kearah pencapaian matlamat pendidikan sekolah

iaitu untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang

dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

  14

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang meninjau pelaksanaan tugas

oleh guru-guru di sekolah menengah di kawasan Permas Jaya secara tinjauan

menggunakan soal selidik. . Sampel dalam kajian ini terdiri daripada guru-guru dari

sekolah menengah kebangsaan di Permas Jaya, dan ini tidak menggambarkan cara

pelaksanaan mengatasi masalah disiplin keseluruhan sekolah di kawasan Permas

Jaya. Dapatan kajian bergantung kepada keikhlasan responden dalam melengkapkan

soalan soal selidik yang menjadi faktor utama mempengaruhi hasik akhir kajian ini.

Dengan itu, hasil dan dapatan serta kesimpulan kajian ini adalah terbatas.