urusan perkhidmatan tabung kebajikan pelajar 1. pendahuluan · pendahuluan tabung kebajikan pelajar...

84
DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA 1 URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam memberi bantuan kepada pelajar yang ditimpa kemalangan secara langsung atau tidak langsung meliputi waris pelajar yang berkaitan dengan kadar yang segera. b) Untuk meringankan beban seseorang pelajar atau keluarganya 2. KEMUDAHAN YANG DIPEROLEHI a) Sumbangan untuk pelajar yang meninggal dunia b) Sumbangan kerana kematian ibu/bapa/penjaga pelajar (diberikan maksimum 2 kali sepanjang tempoh pengajian Universiti). c) Sumbangan kerana Kematian Suami/Isteri (seorang sahaja) dan Anak Pelajar (tanpa had) d) Sumbangan kerana Kematian Ahli Keluarga Pelajar (Abang/Kakak/Adik) maksimum sekali sahaja e) Rawatan di hospital f) Kes-kes khas Bencana alam Kebakaran Banjir Kecurian Kemalangan penjaga pelajar Rawatan yang tidak ditanggung oleh Skim Tabung Kesihatan Kes-kes lain yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa tabung 3. PENTADBIRAN a) Pentadbiran tabung ini diletakkan di bawah pentadbiran satu Jawatankuasa seperti berikut:- Pengerusi - Timbalan Naib Canselor, HEPA.

Upload: buihuong

Post on 07-Mar-2019

297 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

1

URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR

1. PENDAHULUAN

Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan:

a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

memberi bantuan kepada pelajar yang ditimpa kemalangan secara

langsung atau tidak langsung meliputi waris pelajar yang berkaitan

dengan kadar yang segera.

b) Untuk meringankan beban seseorang pelajar atau keluarganya

2. KEMUDAHAN YANG DIPEROLEHI

a) Sumbangan untuk pelajar yang meninggal dunia

b) Sumbangan kerana kematian ibu/bapa/penjaga pelajar (diberikan

maksimum 2 kali sepanjang tempoh pengajian Universiti).

c) Sumbangan kerana Kematian Suami/Isteri (seorang sahaja) dan Anak

Pelajar (tanpa had)

d) Sumbangan kerana Kematian Ahli Keluarga Pelajar

(Abang/Kakak/Adik) maksimum sekali sahaja

e) Rawatan di hospital

f) Kes-kes khas

Bencana alam

Kebakaran

Banjir

Kecurian

Kemalangan penjaga pelajar

Rawatan yang tidak ditanggung oleh Skim Tabung Kesihatan

Kes-kes lain yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa

tabung

3. PENTADBIRAN

a) Pentadbiran tabung ini diletakkan di bawah pentadbiran satu

Jawatankuasa seperti berikut:-

Pengerusi - Timbalan Naib Canselor, HEPA.

Page 2: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

2

Setiausaha - Ketua, Unit Kebajikan Pelajar atau mana-mana

pegawai ditentukan oleh Pengerusi

Bendahari - Bendahari, UKM/Wakil

Ahli-Ahli - Ketua HEPA

Pengarah PPMPA

Pengarah, Pusat Pengajian Siswazah/Wakil

Ketua, Pusat Kesihatan Universiti

Ketua, Unit Kaunseling, PKS

Ke

b) Permohonan Tabung yang tidak melebihi RM10,000.00 akan

diluluskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Skim Tabung Kebajikan

Pelajar (Pindaan Tahun 2016).

c) Permohonan Tabung bagi kes-kes khas yang melibatkan kelulusan

peruntukan melebihi RM10,000.00 perlu mendapat kelulusan daripada

Jawatankuasa Skim Tabung Kebajikan Pelajar atau Mesyuarat

Pengurusan Universiti.

d) Kadar sumbangan atau bantuan daripada STKP adalah seperti di

Lampiran yang berkuatkuasa mulai April 2016.

4. KAEDAH PERMOHONAN

a) Permohonan boleh dibuat oleh Penolong Pendaftar Fakulti/Pusat bagi

kes-kes kematian pelajar atau pelajar sendiri bagi kes-kes yang

lainnya, dengan mengisi borang STKP

b) Semua permohonan bagi kes-kes seperti perkara 2 di atas, hendaklah

menyertakan salinan surat kematian, bil-bil rawatan perubatan, laporan

polis, kad matrik, kad pengenalan dan salinan surat lain yang berkaitan

c) Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja

5. RUJUKAN

Rujuk Skim Tabung Kebajikan Pelajar (STKB) Pindaan Tahun 2016

Page 3: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

3

Lampiran

JADUAL SKIM TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR (TKP), UKM

(PINDAAN TAHUN 2016)

PERUNTUKAN KADAR SUMBANGAN/KELULUSAN

1. BANTUAN-BANTUAN

a) Kematian (Meninggal Dunia)

b) Kematian Ibu/Bapa/Penjaga Pelajar

Pelajar Semenanjung, ibu bapa di

Semenanjung

Pelajar Sabah / Sarawak di

Semenanjung, ibu bapa di Sabah

atau Sarawak

c) Kematian Suami/Isteri (seorang

sahaja) dan anak pelajar (tanpa had)

Pelajar Semenanjung, Suami /

Isteri / anak di Semenanjung

Pelajar di Semenanjung, Suami /

Isteri / Anak di Sabah atau di

Sarawak

d) Kematian ahli keluarga pelajar

(abang/kakak/adik) maksimum sekali

sahaja

Pelajar di Semenanjung, Keluarga

di Semenanjung

Pelajar Sabah / Sarawak di

Semenanjung, Keluarga di

Sabah atau di Sarawak

RM2,000.00

RM500.00

RM500.00

Tambang kapal terbang Pergi/Balik

Kelas Ekonomi

RM500.00

RM500.00

Tambang kapal terbang Pergi/Balik

Kelas Ekonomi

RM300.00

RM300.00

Tambang kapal terbang Pergi/Balik

Kelas Ekonomi

2. RAWATAN DI HOSPITAL

Pelajar dirawat di Hospital semasa

a) Cuti Semester

b) Pelajar dirawat di Hospital semasa

c) Semester

Pelajar dirawat di Hospital

Dalam Semester atau Cuti Semester,

Sumbangan

RM100.00 (Maksimum 5 malam)

Page 4: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

4

PERUNTUKAN KADAR SUMBANGAN/KELULUSAN

3. KES-KES KHAS

a) Akibat bencana alam atau

kebakaran,banjir,kecurian,kemalangan

libatkan penjaga pelajar, rawatan yang

tidak ditanggung oleh Skim Kesihatan

Pelajar dsbnya

b) Kematian libatkan dua ahli atau lebih

ahli keluarga dalam satu masa

c) Kes Sakit Kronik/Rawatan Perubatan

Pelajar /Peralatan Perubatan

d) Kes-kes lain dari apa yang telah

dinyatakan di atas yang kemungkinan

terjadi kepada pelajar

Budibicara Pengerusi TKP

Bantuan akan digandakan Tambang

kapal terbang Kelas Ekonomi

pergi/balik Untuk seorang sahaja

Budibicara Pengerusi Jawatankuasa

TKP untuk memutuskan jumlah

sumbangan yang akan ditentukan

tidak melebihi RM10,000.00. Melebihi

RM10,000.00 akan dibawa ke

Mesyuarat JK TKP / MPU untuk

kelulusan.

Budibicara Pengerusi Jawatankuasa

TKP untuk memutuskan jumlah

sumbangan yang akan ditentukan

tidak melebihi RM10,000.00. Melebihi

RM10,000.00 akan dibawa ke

Mesyuarat JK TKP / MPU untuk

kelulusan.

Rujuk Skim Tabung Kebajikan Pelajar (STKB) Pindaan Tahun 2016.

Page 5: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

5

URUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. LATAR BELAKANG

Bertujuan memberi panduan dan penjelasan berkaitan dengan perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling kepada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

yang merangkumi Akta Kaunselor 580 (1998), pendaftaran permohonan,

penetapan temujanji, jenis-jenis isu / permasalahan, proses kaunseling,

rujukan kes, penamatan sesi dan penyediaan laporan sesi kaunseling.

2. AKTA KAUNSELOR 580 (1998)

a. Akta ini menetapkan syarat di dalam menjalankan perkhidmatan

kaunseling (Rujukan Akta Kaunselor 580 (1998) Seksyen 22 (1)

hendaklah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia adalah

seperti berikut:

i. Seseorang tidak boleh mengamalkan atau menjalankan atau

mengendalikan, atau mengemukakan dirinya sebagai kaunselor

atau bekerja sebagai kaunselor;

ii. Menggunakan gelaran “kaunselor berdaftar” atau apa-apa

gelaran dalam apa-apa bahasa yang mungkin semunasabahnya

ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor

berdaftar; atau

iii. Menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan, kad

atau reka bentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan

bahawa dia seorang kaunselor berdaftar,

b. Di dalam melaksanakan proses kaunseling, kaunselor terikat dengan

etika yang merujuk kepada Kod Etika Lembaga Kaunselor (Lembaga

Kaunselor Malaysia) antaranya:

i. Maklumat klien akan dirahsiakan.

ii. Klien mempunyai hak dan tanggungjawab sama ada

meneruskan sesi atau menamatkan sesi.

iii. Klien akan dijelaskan tentang perhubungan menolong.

iv. Menjelaskan kepada klien limitasi kaunselor.

Page 6: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

6

v. Menjelaskan kepada klien jika perlunya kaunselor membuat

rujukan jika terdapat limitasi.

3. PENDAFTARAN PERMOHONAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN

KAUNSELING

Permohonan daripada pelajar UKM diterima sama ada secara sukarela

ataupun dirujuk bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

a. Bagi kes klien yang dirujuk, permohonan diterima melalui surat rujukan

daripada pihak berkenaan seperti :

i. Ketua Jabatan

ii. Bahagian Akademik

iii. Fakulti

iv. Kolej Kediaman

b. Bagi klien yang datang secara sukarela, kes akan diterima dengan

menetapkan temujanji.

4. PENETAPAN TEMUJANJI

a. Bagi kes sukarela, temujanji akan dimaklumkan kepada klien melalui:

i. Kad temujanji

ii. Surat

iii. Telefon

iv. emel.

b. Bagi kes rujukan, temujanji akan dimaklumkan melalui:

i. Surat makluman kepada pihak yang merujuk

ii. Salinan kepada klien yang dirujuk.

5. JENIS-JENIS ISU / PERMASALAHAN

a. Akademik

b. Kerjaya

c. Keluarga

d. Kesihatan

e. Emosi

f. Kognitif

Page 7: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

7

g. Tingkah laku

6. PROSES KAUNSELING

a. Bagi kaunseling individu yang melibatkan seorang kaunselor dengan

seorang klien, jangka masa sesuatu sesi dalam tempoh masa 45 – 60

minit. Bilangan sesi adalah bergantung kepada sesuatu kes atau isu.

b. Bagi kaunseling kelompok yang melibatkan klien antara 6 – 10 orang,

jangka masa sesuatu sesi adalah dalam tempoh masa 90 minit – 120

minit. Bilangan sesi adalah bergantung kepada sesuatu kes atau isu.

Lazimnya, kaunseling kelompok mempunyai tema tertentu yang

dipersetujui antara ahli kelompok dengan kaunselor (pemimpin

kelompok).

7. KES-KES YANG AKAN DIRUJUK

Klien boleh dirujuk jika terdapat limitasi kepakaran Pegawai kepada pihak

berkaitan antaranya:

a. Rakan profesional lain

b. Pegawai Perubatan

c. Psikiatri

d. Ahli Psikologi / Klinikal

e. Keperluan kepada pihak-pihak berkepentingan

8. PENAMATAN SESI

a. Jika kes selesai, sesi akan ditamatkan. Klien perlu dimaklumkan

tentang penamatan sesi dan mendapat persetujuan daripada klien.

Sesi boleh ditamatkan atas beberapa sebab antaranya:

i. Kes selesai

ii. Klien meminta untuk tamatkan sesi.

iii. Berlaku rujukan kes kepada pihak ketiga.

b. Jika perlu kepada sesi susulan, tarikh temujanji seterusnya akan

ditetapkan oleh pegawai kepada klien berdasarkan persetujuan

bersama.

Page 8: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

8

9. PENYEDIAAN LAPORAN

a. Bagi kes sukarela, laporan sesi akan disimpan oleh kaunselor.

b. Bagi kes rujukan, laporan sesi akan disimpan oleh kaunselor dan

salinan laporan akan diberikan kepada pihak yang merujuk.

c. Bagi kes yang memerlukan sokongan atau pengesahan boleh merujuk

kepada Garis Panduan Sokongan / Pengesahan Laporan Sesi

Kaunseling.

d. Laporan kes kepada pihak berkuasa Universiti Kebangsaan Malaysia,

Polis dan Mahkamah atas tujuan siasatan bagi sesuatu kes.

10. RUJUKAN

a. Akta Kaunselor 1998 (580)

b. Kod Etika Lembaga Kaunselor (Lembaga Kaunselor Malaysia)

Page 9: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

9

URUSAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

1. PENDAHULUAN

Dokumen ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan panduan tentang

pengurusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti

Kebangsaan Malaysia.

2. TARIKH PEMILIHAN

Tarikh pemilihan akan ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

3. KAWASAN PEMILIHAN

Kawasan pemilihan terdiri daripada Kawasan Fakulti dan Kawasan Umum.

Rujuk Bahagian II Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Kebangsaan Malaysia 2013.

4. JAWATANKUASA

Naib Canselor akan melantik beberapa jawatankuasa untuk mengurus

pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Maklumat terperinci berkaitan keahlian

dan fungsi setiap jawatankuasa, rujuk Bahagian III Peraturan Pemilihan Majlis

Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia 2013.

a) Jawatankuasa Induk MPP

b) Jawatankuasa Pelaksana MPP

c) Jawatankuasa Rayuan MPP

d) Jawatankuasa Audit

e) Jawatankuasa Teknikal

f) Jawatankuasa Keselamatan

5. NOTIS DAN MAKLUMAN PEMILIHAN

Setelah tarikh pemilihan ditentukan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP akan

mengarahkan Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP untuk menyiarkan

satu notis tentang pemilihan MPP tersebut.

Maklumat berkaitan penyiaran notis pemilihan, penampalan notis pemilihan,

maklumat dan penerangan pemilihan dan pembubaran MPP, rujuk Bahagian

Page 10: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

10

IV Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan

Malaysia 2013.

6. PENAMAAN CALON

Jumlah ahli MPP akan ditentukan oleh Naib Canselor. Rujuk Bahagian V

Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan

Malaysia 2013 bagi maklumat lanjut berkaitan:

a. Jumlah Keanggotaan MPP

Tertakluk kepada Perlembagaan Naib Canselor untuk

menentukan jumlah ahli MPP.

b. Kelayakan Calon

Seseorang pelajar adalah tidak layak menjadi calon jika:-

Seseorang pelajar yang keputusan perbicaraan tatatertib

terhadapnya masih ditunggu atau yang telah didapati bersalah

atas suatu kesalahan tatatertib;

Seseorang pelajar yang belum lagi menduduki peperiksaannya

yang pertama di universiti bagi kursus pengajiannya atau yang

telah gagal atau yang tidak masuk peperiksaan yang baru

berlalu iaitu yang diadakan oleh universiti bagi kursus pengajian

itu sebelum sahaja sesuatu pemilihan atau pemilihan-pemilihan

yang dicadangkan bagi MPP;

Pelajar yang kelulusan akademiknya yang terkini kurang dari

PNGK 2.50 atau C+ atau setara untuk pelajar perubatan dan

pergigian;

Seseorang pelajar yang belum mengikuti kursus kepimpinan

bakal calon pemilihan MPP dengan jayanya sebagaimana yang

dikehendaki oleh Universiti.

c. Status Calon

Semua calon yang bertanding di dalam pemilihan MPP

hendaklah bertanding atas status atau kapasiti individu dan

bukan mewakili mana-mana kumpulan atau platform di dalam

dan di luar kampus;

Page 11: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

11

Seseorang calon hanya boleh bertanding bagi satu kawasan

sahaja;

Bagi Kawasan Fakulti, calon hendaklah pelajar yang berdaftar di

Fakulti yang berkenaan;

Bagi Kawasan Umum, ia terbuka kepada semua pelajar

berdaftar;

Seseorang calon tidak boleh menjadi pencadang, penyokong

atau menjadi wakil calon kepada calon yang lain.

d. Pendaftaran Penamaan Calon

Lokasi pendaftaran penamaan calon akan ditentukan oleh

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP;

Setiap calon dikenakan bayaran wang cagaran sebanyak lima

puluh ringgit semasa pendaftaran penamaan calon;

Segala bentuk bayaran hendaklah dibayar kepada Bendahari

UKM atau wakil di lokasi pendaftaran penamaan calon.

e. Pencadang dan Penyokong calon

Mana-mana pelajar berdaftar yang berstatus aktif sahaja layak

menjadi pencadang dan penyokong;

Pencadang dan penyokong calon bagi Kawasan Fakulti,

hendaklah terdiri daripada pelajar Fakulti berkenaan sahaja;

Pencadang dan penyokong calon bagi Kawasan Umum terbuka

kepada semua pelajar;

Pencadang dan penyokong mana-mana calon adalah tidak

dibenarkan menjadi wakil calon lain.

f. Wakil Calon

Mana-mana calon boleh melantik di kalangan pelajar berdaftar

yang berstatus aktif untuk menjadi wakil calon untuk dirinya bagi

membantunya berkempen;

Bagi calon fakulti, wakil calon hendaklah daripada fakulti yang

sama manakala bagi calon umum, terbuka kepada pelajar UKM.

Page 12: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

12

g. Pengesahan Permohonan Penamaan Calon

Bagi calon umum, dokumen penamaan calon hendaklah

disahkan oleh mana-mana pegawai yang dilantik oleh Pengerusi

Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP dengan menggunakan cop

yang disediakan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP;

Bagi calon fakulti, dokumen penamaan calon hendaklah

disahkan oleh Dekan atau wakil Dekan Fakulti berkenaan atau

mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Dekan Fakulti

berkenaan.

h. Penyerahan Dokumen Penamaan Calon

Calon bersama pencadang dan penyokong hendaklah

menyerahkan dokumen penamaan calon yang telah disahkan

bersama-sama dokumen yang berkaitan kepada Pegawai

Pengurus Pemilihan MPP pada tarikh, tempat dan masa yang

ditetapkan;

Semua dokumen penamaan calon yang dikemukakan selepas

waktu tutup penamaan calon, tidak akan dilayan.

i. mempamerkan borang penamaan calon

Selepas semua borang pencalonan diteliti dan disemak oleh

Pegawai Pengurus Pemilihan MPP, Borang Penamaan Calon

mengikut kawasan yang dipertandingkan akan dipamerkan

untuk sesi bantahan di Pusat Penamaan Calon dalam tempoh

yang ditetapkan selepas penamaan calon ditutup.

j. Bantahan Terhadap Pencalonan

Bantahan boleh dibuat terhadap sesuatu pencalonan oleh

mana-mana pelajar berdaftar dan berstatus aktif atas semua

atau mana-mana daripada alasan-alasan yang berikut:

i. Dokumen penamaan calon tidak mematuhi kehendak

atau tidak diserahkan mengikut masa yang telah

ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan

MPP;

Page 13: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

13

ii. Bahawa daripada kandungan dokumen penamaan calon,

ternyata calon itu adalah tidak layak atau telah hilang

kelayakan untuk dipilih menjadi ahli MPP;

iii. Calon tidak mematuhi mana-mana peruntukan peraturan

ini.

Setiap bantahan dikenakan bayaran wang tunai sebanyak lima

puluh ringgit dan hendaklah dibayar kepada Bendahari UKM

atau wakil yang diberi kuasa;

Bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada

Pegawai Pengurus Pemilihan MPP dengan melampirkan resit

bayaran sebelum tempoh bantahan tamat dan mengisi borang

yang telah ditetapkan Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP.

k. Rayuan Terhadap Keputusan Bantahan Pencalonan

Mana-mana pelajar yang telah membuat bantahan kepada

Pegawai Pengurus Pemilihan MPP dan tidak berpuas hati

dengan keputusan Pegawai Pengurus Pemilihan MPP rayuan

boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Rayuan Pemilihan

MPP dengan membuat bayaran sebanyak seratus ringgit

kepada Bendahari UKM atau wakil yang diberi kuasa.

l. Rayuan Terhadap Bantahan Pencalonan

setiap rayuan bantahan dikenakan bayaran wang tunai

sebanyak lima puluh ringgit dan hendaklah dibayar kepada

Bendahari UKM atau wakilnya;

pihak yang dibantah pencalonannya boleh membuat rayuan

dengan cara mengemukakan surat secara bertulis seperti yang

ditetapkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pemilihan

MPP.

Page 14: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

14

m. Penarikan Balik Pencalonan

Mana-mana calon, boleh menarik balik pencalonannya dengan

menyerahkan Borang Penarikan Pencalonan kepada Pegawai

Pengurus Pemilihan MPP yang telah diisi dan

ditandatanganinya dan tandatangan seorang saksi dari

kalangan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti

sebelum pengumuman akhir calon-calon yang layak bertanding;

Borang Penarikan Pencalonan yang telah diserahkan dan

diterima oleh Pegawai Pengurus Pemilihan MPP lewat dari

waktu yang ditetapkan tidak akan dilayan dan calon-calon

berkenaan akan dianggap tidak menarik diri;

Wang cagaran akan dikembalikan oleh Bendahari UKM atau

wakilnya kepada calon yang menarik diri dengan calon

hendaklah mengemukakan resit wang cagaran kepada

Bendahari atau wakil yang diberi kuasa.

n. Pengumuman Akhir Calon-calon Yang Layak Bertanding

Selepas tempoh bantahan tamat dan keputusannya telah

disahkan oleh Pegawai Pengurus Pemilihan MPP, senarai akhir

calon yang layak bertanding akan dikeluarkan oleh Pegawai

Pengurus Pemilihan MPP dan dipamerkan kepada umum.

o. Calon Menang Tanpa Bertanding

Sekiranya jumlah pencalonan adalah sama dengan jumlah

kerusi yang dipertandingkan bagi Kawasan Fakulti atau

Kawasan Umum, maka calon-calon berkenaan akan

diisytiharkan menang tanpa bertanding oleh Pegawai Pengurus

Pemilihan MPP.

7. KEMPEN PEMILIHAN

Jawatankuasa Pelakasana Pemilihan MPP dan Bahagian Keselamatan

hendaklah bertanggungjawab bagi menyelia dan memantau kempen

pemilihan. Rujuk Bahagian VI Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Kebangsaan Malaysia 2013 bagi maklumat lanjut berkaitan:

Page 15: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

15

a. Penyeliaan dan pemantauan

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP dan Bahagian

Keselamatan hendaklah bertanggungjawab bagi menyelia dan

memantau kempen pemilihan.

b. Kawasan kempen

Kawasan kempen merujuk kepada kampus UKM atau mana-

mana kawasan yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana

Pemilihan MPP.

c. Peraturan kempen

Waktu kempen bermula selepas sahaja Jawatankuasa

Pelaksana Pemilihan MPP mengumumkan senarai akhir nama

calon yang layak bertanding yang dipaparkan pada papan-

papan notis dan di tempat-tempat lain di Universiti yang mudah

dilihat;

Waktu kempen bermula dan tamat akan ditetapkan oleh

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP;

Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP mempunyai kuasa mutlak

untuk menentukan atau mengubah tatacara kempen.

d. Pengawasan keselamatan

Bahagian Keselamatan bertanggungjawab membuat

pemantauan dan pengawasan keselamatan penjalanan

keseluruhan kempen semasa proses pemilihan MPP.

e. Perhimpunan

Segala bentuk perhimpunan yang diatur oleh mana-mana

individu untuk tujuan berkempen tanpa kebenaran bertulis

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP adalah dilarang sama

sekali;

Calon atau wakil calon atau mana-mana pelajar tidak boleh

berkempen dari bilik ke bilik di kolej kediaman.

Page 16: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

16

f. Manifesto

Calon-calon boleh mempunyai manifesto mengenai dirinya atau

tujuan beliau bertanding dalam pemilihan MPP;

Manifesto hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP;

Manifesto seseorang calon tidak boleh mempunyai persamaan

dengan calon yang lain atau mempunyai ciri-ciri berkumpulan

yang menunjukkan calon tersebut tidak bertanding secara

individu.

g. Bentuk kempen

Semua bentuk kempen sama ada lisan, bercetak atau elektronik

atau dalam medium yang lain hendaklah mendapat kelulusan

daripada Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP.

h. Kempen secara lisan

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP boleh mengaturkan

siri kempen berjadual dan proses memperkenalkan diri calon

yang bertanding boleh diadakan mengikut cara yang difikirkan

sesuai oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP jika

perlu;

Kempen hendaklah dijalankan hanya menggunakan Bahasa

Malaysia atau Bahasa Inggeris;

Calon dan wakil calon boleh berkempen dalam bilik kuliah 10

minit sebelum kuliah bermula atau 10 minit sesudah habis kuliah

dengan syarat bilik kuliah itu tidak digunakan untuk kuliah atau

tutorial yang selanjutnya tertakluk kepada kebenaran pensyarah

kursus berkenaan.

i. Kempen melalui bahan cetak

Calon, pencadang, penyokong, wakil calon atau mana-mana

pelajar tidak boleh menerbit, mencetak, mengedar,

menggantung atau mempamer apa-apa bahan bercetak di

dalam atau di luar kampus kecuali setelah mendapat kebenaran

Page 17: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

17

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP.

j. Kemudahan berkempen

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP akan mencetak

poster-poster calon pemilihan bagi membantu pelajar mengenali

calon-calon mereka;

Bantuan-bantuan lain akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa

Pelaksana Pemilihan MPP dari semasa ke semasa mengikut

keadaan dan keperluan;

Kemudahan ini boleh ditarik balik jika pada pendapat

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP kemudahan-

kemudahan itu telah disalahgunakan.

8. PENGUNDIAN

Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP mempunyai kuasa untuk menentukan

tatacara pengendalian pengundian sam ada secara manual atau secara

sistem e-undi. Rujuk Bahagian VII Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan

Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia 2013 bagi maklumat lanjut berkaitan:

a. Tatacara pengundian

Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP mempunyai kuasa untuk

menentukan tatacara pengendalian pengundian sama ada

menggunakan secara manual atau sistem e-undi.

b. Hari pembuangan undi

Pengundian hendaklah dijalankan pada tarikh dan masa di

Pusat Pembuangan Undi yang dinyatakan dalam notis

pemilihan;

Pusat Pembuangan Undi akan ditentukan oleh Jawatankuasa

Induk Pemilihan MPP;

Hari mengundi adalah hari biasa akademik di mana semua

kuliah dan semua kegiatan akademik tidak perlu dibatalkan atau

ditangguhkan kecuali atas arahan Naib Canselor.

Page 18: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

18

c. Ketua Pusat Pembuangan Undi

Pusat Pembuangan Undi dikawal selia oleh Ketua Pusat

Pembuangan Undi;

Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP akan melantik seorang

pekerja Universiti sebagai Ketua Pusat Pembuangan Undi bagi

setiap Pusat Pembuangan Undi.

d. Pembuangan dan pengiraan undi secara kertas undi

Tiap-tiap pengundi akan diberikan kertas undi Calon Fakulti dan

kertas undi Calon Umum yang ditentukan oleh Jawatankuasa

Pelaksana Pemilihan MPP di mana pengundi dikehendaki

memangkah beberapa calon mewakili Fakulti pada kertas undi

dan beberapa orang Calon Umum pada kertas undi berkenaan;

Setelah dipangkah seperti arahan pada kertas undi di kertas

undi untuk Calon Fakulti dan kertas undi untuk Calon Umum,

pengundi hendaklah serta-merta memasukkan kertas undi

berkenaan ke dalam peti yang disediakan di tempat

pembuangan undi itu untuk Calon Fakulti dan Calon Umum;

Tatacara pengiraan undi bagi kertas undi Calon Fakulti dan

kertas undi Calon Umum adalah ertakluk kepada budi bicara

Ketua Pusat Pembuangan Undi.

Lokasi dan pengiraan undi akan ditentukan oleh Jawatankuasa

Pelaksana Pemilihan MPP.

Bantahan terhadap pengiraan boleh dilakukan semasa

pengiraan undi dengan mengemukakan bantahan kepada

Ketua Pusat Pembuangan Undi.

e. Pembuangan dan pengiraan undi secara e-undi

Sistem e-undi iaitu yang dikenali sebagai sistem menanda

secara elektronik di dalam komputer.

Sekiranya layak, sistem e-undi akan memberikan kata laluan

kepada pengundi bagi tujuan akses sistem e-undi dan

seterusnya pengundi dibenarkan masuk ke dalam Pusat

Pembuangan Undi.

Page 19: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

19

Pengundi hendaklah memasukkan kata laluan yang telah

diberikan untuk mengundi. Jika kata laluan yang dimasukkan

adalah sah, nama Fakulti akan terpapar mengikut Fakulti

pengundi berkenaan.

Pengundi akan menandakan calon yang dipilih dengan mengklik

pada kotak yang terdapat di bahagian bawah gambar calon atau

cara lain yang ditentukan.

f. Komputer pengguna

Komputer-komputer yang digunakan bagi tujuan e-undi adalah

peralatan terkawal;

Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pelaksana

Pemilihan MPP akan menyediakan komputer pengguna yang

secukupnya bagi setiap Pusat Pembuangan Undi.

g. Kemudahan di Pusat Pembuangan Undi

Semasa pengundian dijalankan, Ketua Pusat Pembuangan Undi

hendaklah mempamerkan suatu notis yang pada asasnya

memberi arahan-arahan untuk panduan pengundi;

Ketua Pusat Pembuangan Undi hendaklah menyediakan

kemudahan yang munasabah untuk membolehkan para

pengundi membuang undi.

h. Kebenaran masuk ke Pusat Pembuangan Undi

Hanya individu yang dibenarkan oleh Ketua Pusat Pembuangan

Undi sahaja dibenarkan berada di kawasan pembuangan undi;

Bilangan pengundi yang dibenarkan masuk di kawasan

pembuangan undi akan ditentukan oleh Ketua Pusat

Pembuangan Undi.

i. Perkara-perkara yang dilarang pada hari pengundian

Calon dan wakil calon adalah dilarang menjalankan sebarang

bentuk kempen sama ada bercetak atau lisan pada hari

pembuangan undi di dalam kampus;

Page 20: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

20

Calon dan wakil calon adalah dilarang menunjukkan identiti

yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti warna

pakaian, tanda nama dan lain-lain;

Setiap calon dan wakil hendaklah sentiasa berkelakuan sopan

di Pusat Pembuangan Undi dan di kawasan luar bangunan

Pusat Pembuangan Undi dan hendaklah tidak mengganggu

kelicinan penjalanan pengundian dengan apa cara sekalipun

termasuklah:-

i. Mewujudkan pondok-pondok panas;

ii. Berusaha meraih atau merayu undi;

iii. Mengedar senarai nama calon-calon;

iv. Membuat bising atau sebarang gangguan di sekitar Pusat

Pembuangan Undi; dan

v. Mengganggu tugas pegawai-pegawai Pemilihan atau

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP.

Pengundi tidak dibenarkan mengundi lebih daripada sekali;

Pengundi tidak dibenarkan membawa sebarang dokumen atau

barang-barang terlarang yang telah ditetapkan oleh

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP ke dalam Pusat

Pembuangan Undi kecuali dokumen yang disediakan oleh

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP.

Sebarang aduan atau bantahan hendaklah dibuat secara

bertulis kepada Ketua Pusat Pembuangan Undi.

Keputusan Ketua Pusat Pembuangan Undi adalah muktamad.

9. PENJUMLAHAN UNDI

Penjumlahan undi hendaklah dijalankan di pusat penjumlahan undi yang telah

ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. Rujuk Bahagian VIII

Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan

Malaysia 2013 bagi maklumat lanjut berkaitan:

a. Pusat Penjumlahan Undi

Penjumlahan undi hendaklah dijalankan di Pusat Penjumlahan

Undi yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan

MPP.

Page 21: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

21

b. Ketua Pusat Penjumlahan Undi

Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP akan melantik seorang

Ketua Pusat Penjumlahan Undi di Pusat Penjumlahan Undi dari

kalangan pekerja Universiti;

Ketua Pusat Penjumlahan Undi atau wakilnya hendaklah:-

i. mengesahkan penerimaan Borang Pengiraan Undi

daripada Ketua Pusat Pembuangan Undi

ii. mengesahkan penerimaan Komputer Pelayan yang

disediakan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan

MPP apabila menerima komputer pelayan daripada

Pusat Pembuangan Undi bagi proses pengundian secara

e-undi

Ketua Pusat Penjumlahan Undi hendaklah menerima dan

menyelia proses penjumlahan keseluruhan undi yang dilakukan

oleh Jawatankuasa Teknikal.

c. Pemindahan data penjumlahan undi

Ketua Pusat Penjumlahan Undi hendaklah memastikan:-

i. komputer pelayan undi utama hendaklah dirangkaikan

kepada komputer penjumlahan undi.

ii. Jawatankuasa Teknikal melakukan proses penjumlahan

undi dan seterusnya memaparkan keputusan pemilihan

calon Fakulti dan calon Umum.

Setelah berpuashati, Jawatankuasa Audit hendaklah membuat

pengesahan keputusan penjumlahan undi dan menyerahkan

kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP.

d. Kebenaran masuk ke Pusat Penjumlahan Undi

Pusat Penjumlahan Undi tidak akan dibuka kepada orang ramai

kecuali kepada mereka yang mendapat kebenaran atau

menerima jemputan khas daripada Jawatankuasa Pelaksana

Pemilihan MPP untuk menyaksikan proses penjumlahan undi.

Page 22: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

22

e. Pengisytiharan keputusan pengiraan undi

Apabila pengiraan undi telah selesai, Ketua Pusat Pembuangan

Undi hendaklah mendapatkan perakuan Jawatankuasa Audit

sebelum mengisytiharkan bilangan undi yang diperolehi oleh

setiap calon;

Setelah membuat pengisytiharan, Ketua Pusat Pembuangan

Undi hendaklah menyerahkan Borang Pengiraan Undi kepada

Ketua Pusat Penjumlahan Undi. Dokumen-dokumen lain yang

berkaitan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa

Pelaksana Pemilihan MPP.

f. Persamaan jumlah undi

Jika bilangan undi di antara calon bagi sesuatu kawasan

pemilihan didapati sama banyaknya, dan penambahan satu undi

akan melayakkan mana-mana calon diisytiharkan sebagai

dipilih, maka penentuan calon yang kepadanya satu undi

tambahan itu akan disifatkan sebagai telah diberi hendaklah

dengan cara cabutan undi di hadapan Ketua Pusat

Penjumlahan Undi, calon-calon dan wakil-wakil mereka

mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pusat Penjumlahan

Undi.

g. Tatacara penjumlahan undi

Ketua Pusat Penjumlahan Undi boleh membuat apa-apa

tatacara bagi memastikan penjumlahan undi dijalankan dengan

teratur dan adil.

Setiap tatacara yang dibuat oleh Ketua Pusat Penjumlahan Undi

hendaklah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pelaksana

Pemilihan MPP.

Page 23: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

23

10. PENGISYTIHARAN DAN PENUBUHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Pengisytiharan nama-nama calon yang berjaya di dalam pemilihan akan

dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan atau wakilnya.

Calon-calon yang berjaya di dalam pemilihan tersebut dikehendaki

menubuhkan Majlis Perwakilan Pelajar dan ahli-ahli majlis itu hendaklah

dimajukan kepada Naib Canselor.

Maklumat lanjut berkaitan aduan, rayuan atau bantahan terhadap keputusan

pemilihan serta penubuhan MPP, rujuk Bahagian IX Peraturan Pemilihan

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia 2009.

11. RUJUKAN

a. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;

b. Perlembangaan Universiti Kebangsaan Malaysia 1998 (P.U.(A)

106/98);

c. Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan

Malaysia Pindaan 2013

Page 24: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

24

PENGURUSAN PENGINAPAN PELAJAR

1. PENDAHULUAN

Menjelaskan proses dan panduan melaksanakan tugas dalam mengurus

permohonan pelajar untuk menginap di kolej-kolej kediaman UKM.

2. AKTA UNIVERSITI KOLEJ UNIVERSITI

Dalam mengurus dan menperolehi perkhidmatan ini, pegawai, pelajar dan

individu yang terlibat adalah terikat dengan Akta Universiti Kolej Universiti,

Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Peraturan Khas Kolej

yang jelas maksudnya berkaitan dengan perkhidmatan ini.

3. JENIS PENGINAPAN

a) Asrama (1 bilik 2 orang)

b) Pangsarama (1 bilik 3 orang )

c) Pangsasiswa (1 bilik seorang)

d) Bilik Jenis Apartment (seorang/ 2 orang )

4. KEMUDAHAN ASAS PENGINAPAN

4.1 Semua kemudahan yang terdapat di dalam bilik pelajar adalah perabut

asas yang disediakan oleh Pihak Pentadbiran Kolej. Kemudahan asas

bagi sesebuah bilik adalah seperti berikut :

a) Katil

b) Tilam

c) Almari

d) Meja Belajar

e) Kerusi

f) Langsir

g) Papan kenyataan

4.2 Lain-lain kemudahan yang terdapat di kolej kolej adalah mengikut

kesesuaian kolej tersebut dan tidak semestinya seragam di setiap

kolej.

Page 25: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

25

5. SENARAI KOLEJ KEDIAMAN UKM

a) Kolej Dato’ Onn

b) Kolej Tun Hussein Onn

c) Kolej Rahim Kajai

d) Kolej Keris Mas

e) Kolej Ibu Zain

f) Kolej Aminuddin Baki

g) Kolej Ungku Omar

h) Kolej Ibrahim Yaakub

i) Kolej Burhanuddin Helmi

j) Kolej Pendeta Za’ba

k) Kolej Tun Syed Nasir

l) Kolej Tun Dr. Ismail

6. PENEMPATAN DAN PERMOHONAN PENGINAPAN

6.1 Pemilihan penempatan

a) Penempatan pelajar di sesebuah kolej adalah mengikut

kekosongan tempat.

b) Pelajar tahun satu bagi setiap sesi diwajibkan mendaftar di kolej

selama dua semester.

c) Pelajar senior tidak diwajibkan tinggal di kolej tetapi adalah

digalakkan.

6.2 Permohonan

a) Permohonan penginapan di kolej di buat melalui borang secara

atas talian pada tiap-tiap semester. Pelajar tahun satu tidak

perlu memohon untuk semester kedua sesi yang sama.

b) Pemilihan bagi penempatan pelajar adalah ditentukan oleh

Jawatankuasa Panel Pemilihan Kolej masing-masing yang

terdiri daripada :

i. Pengetua

ii. Timbalan Pengetua

iii. Pengurus/ Penolong Pengurus Asrama

iv. Felo-Felo

Page 26: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

26

c) Syarat-syarat kelayakan permohonan

i. Pelajar yang berdaftar bagi sesi berkenaan

ii. Aktif dalam aktiviti kokurikulum diperingkat kolej dan

universiti

iii. Tiada kes tindakan disiplin dan tatatertib pelajar

iv. Budi bicara Jawatankuasa Pemilihan kolej.

7. PENDAFTARAN PENGINAPAN

7.1 Proses permohonan dan pendaftaran pelajar di kolej adalah seperti

berikut :

a) Notis permohonan penginapan di kolej-kolej

Notis bagi permohonan akan di letakkan di papan kenyataan

kolej dan dalam ePelajar pada minggu ke 13 setiap semester.

b) Tarikh tutup permohanan

Tarikh tutup permohonan adalah dua (2) minggu selepas tarikh

notis dinaikkan.

c) Proses pemilihan oleh Jawatankuasa Pemilihan di Kolej-

Kolej.

Proses pemilihan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan

di kolej-kolej kediaman. Keputusan permohonan bagi pelajar

adalah ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Kolej dalam

tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tutup.

d) Keputusan permohonan penginapan

Keputusan permohonan samada berjaya atau gagal diumumkan

melalui sistem perumahan pelajar (http:www.ukm.my/upp) dan

sistem SMS.

e) Rayuan bagi permohonan yang gagal

Satu jawatankuasa yang diselaraskan oleh Unit Penginapan

Pelajar dan dianggotai oleh wakil kolej ditubuhkan bagi meneliti

kes rayuan dan mengisi baki kekosongan bilik yang terdapat di

Page 27: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

27

kolej-kolej dalam tempoh tiga (3) hari selepas tarikh pendaftaran

masuk pelajar ke kolej-kolej.

f) Pengesahan penerimaan tawaran

a. Bagi permohonan pelajar yang berjaya, pengesahan

perlu dibuat dalam tempoh dua (2) minggu daripada

tarikh yang ditetapkan.

b. Denda selepas tarikh tersebut akan dikenakan sebanyak

RM 25.00 bagi pelajar yang lewat membuat pengesahan.

c. Pengesahan hendaklah di buat melalui web

:http:www.ukm.my/upp

g) Pendaftaran masuk pelajar di kolej-kolej

Pendaftaran masuk bagi pelajar yang telah membuat

pengesahan adalah mengikut tarikh kalender akademik bagi

sesi berkenaan.

h) Penawaran bagi kes rayuan

Setelah Jawatankuasa memutuskan keputusan rayuan, Pelajar

boleh membuat semakan status melalui web:

http:www.ukm.my/upp.

8. BAYARAN PENGINAPAN

8.1 Pelajar yang telah mendaftar hendaklah membayar bayaran termasuk

sewa bilik, yuran aktiviti kolej dan apa-apa bayaran lain pada kadar

yang ditetapkan oleh Universiti. Kadar bayaran bagi penginapan

pelajar adalah seperti di Jadual 1.

8.2 Pelajar yang telah mendaftar hendaklah membuat bayaran dalam

tempoh empat (4) minggu dari tarikh pendaftaran.

8.3 Bayaran adalah untuk satu semester dibayar sendiri oleh pelajar

8.4 Bagi pelajar yang memohon untuk tinggal di kolej semasa cuti

semester, bayaran adalah secara berasingan kepada Jabatan

Bendahari.

Page 28: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

28

URUSAN PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN UKM

(ARAHAN-ARAHAN KOLEJ KEDIAMAN)

1. PENDAHULUAN

Menjelaskan dan memberi panduan kepada pengurusan kolej dalam

mentadbir kolej kediaman. Menjadi garis panduan dan peraturan sebagai

pelajar yang menjadi penghuni kolej. Memberi panduan dan peraturan

kepada peserta organisasi luar yang menginap di premis kediaman UKM.

2. AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 (PINDAAN 2009),

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, PERATURAN-

PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, DAN (KHAS

KOLEJ KEDIAMAN) 2009

Di dalam mentadbir dan mengurus, sebagai pelajar dan penghuni premis

UKM, seseorang itu adalah terikat dengan akta tersebut yang jelas

maksudnya berkaitan dengan perkhidmatan dan penginapan di UKM.

3. PENEMPATAN DAN PERMOHONAN

a) Pemilihan penempatan

i. Penempatan pelajar di kolej adalah satu kemudahan yang

disediakan kepada pelajar mengikut kekosongan tempat dan

bukanlah satu hak seseorang pelajar.

ii. Pelajar tahun satu bagi setiap sesi diwajibkan mendaftar di kolej

selama dua semester

iii. Pelajar tahun dua dan ke atas akan ditempatkan di kolej

mengikut kekosongan.

b) Permohonan

i. Permohonan untuk menetap di kolej hendaklah dibuat melalui

borang yang telah ditetapkan secara atas talian atau mana-

mana cara yang ditentukan oleh Universiti oleh tiap-tiap pelajar

pada tiap-tiap semester. Pelajar tahun satu tidak perlu

memohon untuk semester kedua sesi yang sama.

Page 29: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

29

ii. Pemilihan bagi penempatan pelajar di kolej hendaklah dibuat

oleh Panel Pemilihan Kolej masing-masing.

iii. Seseorang pelajar yang ditawarkan tempat menetap di kolej

hendaklah membuat pengesahan penerimaan tawaran secara

atas talian, atau mana-mana cara yang ditentukan oleh

Universiti dan sekiranya pelajar tidak membuat pengesahan

sedemikian, pelajar itu adalah dianggap tidak berminat dan

menolak tawaran itu.

iv. Mana-mana pelajar yang telah membuat pengesahan

penerimaan tawaran tetapi tidak mendaftar hendaklah

dikenakan denda seperti yang telah ditetapkan dalam Jadual

Ketiga.

4. KEWANGAN

a) Pembayaran

i. Seseorang pelajar yang telah mendaftar di kolej hendaklah

membayar segala bayaran termasuklah sewa bilik, yuran aktiviti

kolej dan apa-apa bayaran lain pada kadar yang ditetapkan oleh

Universiti seperti di dalam Jadual Pertama (Jadual Kadar Yuran

Kolej UKM).

ii. Mana-mana pelajar yang telah mendaftar hendaklah membuat

bayaran dalam tempoh 4 minggu dari tarikh pendaftaran

iii. Semua bayaran kepada kolej hendaklah dibuat untuk satu

semester, yang akan dibuat secara terus samada melalui

potongan penaja oleh Bendahari atau dibayar sendiri oleh

pelajar.

iv. Mana-mana pelajar yang meninggalkan kolej selepas minggu

keempat pendaftaran di kolej, bayaran sewa dan lain-lain

bayaran tidak akan dikembalikan kecuali dengan kelulusan

bertulis Naib Canselor atau wakil yang diberi kuasa kepadanya.

v. Mana-mana pelajar yang tinggal di kolej semasa cuti semester,

hendaklah membuat bayaran secara berasingan kepada

Bendahari.

Page 30: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

30

b) Kelewatan Membayar

i. Pelajar hendaklah menjelaskan bayaran mengikut tempoh yang

ditetapkan oleh Universiti.

ii. Mana-mana pelajar yang gagal menjelaskan bayaran akan

dikenakan sekatan yang dikuatkuasakan oleh Universiti iaitu -

Tidak dibenarkan mendaftar pengajian bagi semester

berikutnya;

Tidak boleh mendapat keputusan peperiksaan;

Tidak mendapat transkrip;

Tidak mendapat skrol; dan

iii. Walau bagaimanapun, pelajar dikecualikan dengan syarat,

mengemukakan kepada Bendahari, surat tajaan atau apa-apa

keterangan bertulis lain mengenai tajaannya daripada penaja.

c) Rayuan Menangguh Pembayaran

i. Jika pelajar tidak dapat menjelaskan bayaran kolej dengan

sepenuhnya dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh

Universiti, pelajar itu boleh membuat rayuan secara bertulis

kepada Bursar/Bendahari untuk menangguhkan pembayaran.

ii. Apa-apa rayuan di bawah subperaturan (1) hendaklah

dikemukakan selewat-lewatnya pada minggu keempat selepas

pendaftaran dan bursur/bendahari hendaklah membuat

keputusan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan surat

rayuan. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 4 minggu dari

tarikh surat kelulusan.

d) Kerosakan Harta Benda

i. Apa-apa kerosakan yang dilakukan oleh pelajar kepada bilik,

perabut atau apa-apa kemudahan lain yang disediakan untuk

pelajar di kolej hendaklah dilaporkan kepada pihak kolej.

ii. Pengetua hendaklah memanggil pelajar yang melakukan

kerosakan di bawah subperaturan (1) secara bertulis dan

merekodkan perbincangannya dengan pelajar mengenai

kerosakan itu.

Page 31: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

31

iii. Pengetua boleh mengenakan denda terhadap pelajar yang

disahkan melakukan kerosakan di kolej dan pelajar berkenaan

hendaklah membayar denda tidak melebihi RM50.00. Denda

hendaklah dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh ia

dikeluarkan . Jika pelajar tidak membayar denda dalam tempoh

yang ditetapkan hendaklah dengan serta merta digantung

daripada menjadi pelajar Universiti dan tidak boleh selepas itu

berada di dalam atau memasuki kampus ; penggantungan itu

hendaklah berterusan sehingga denda dibayar.

iv. Walau apa pun pelajar yang telah membayar denda hendaklah

membayar gantirugi bagi nilai harta benda yang telah

dirosakkan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Universiti

seperti di Jadual Kedua Peraturan ini. Kegagalan membayar

gantirugi adalah dianggap hutang kepada Universiti.

5. PERATURAN KEDIAMAN

a) Pendaftaran masuk

i. Seseorang pelajar yang mendaftar masuk ke kolej hendaklah

mendaftar diri di kaunter kolej atau mana-mana tempat yang

ditetapkan.

ii. Pelajar hendaklah mengisi borang yang telah ditetapkan dan

mengambil kunci bilik dari pekerja kolej yang bertugas.

b) Inventori

i. Kolej hendaklah menyediakan satu inventori harta benda di

dalam bilik pelajar dan hendaklah diserahkan kepada pelajar

semasa pelajar mendaftar di kolej.

ii. Pelajar hendaklah menyemak borang inventori dan

menandatangani borang tersebut dalam tempoh tujuh hari

bekerja.

iii. Pelajar yang gagal mengisi dan mengembalikan borang

inventori dianggap telah memperaku inventori harta benda di

dalam bilik tersebut lengkap dan berada dalam keadaan baik.

Page 32: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

32

c) Pertukaran bilik

i. Tiada seorang pelajar pun dibenarkan bertukar bilik dengan

mana-mana pelajar lain kecuali dengan kebenaran pengetua.

d) Arahan Universiti untuk mengosongkan bilik

i. Universiti boleh pada bila-bila masa mengarahkan mana-mana

pelajar mengosongkan biliknya di kolej atau memindahkan

mana-mana pelajar ke kolej yang lain tanpa memberi apa-apa

sebab atau alasan.

ii. Mana-mana pelajar yang mendapat arahan di bawah

subperaturan (1) hendaklah mengikut arahan itu dalam tempoh

yang telah ditetapkan Universiti.

iii. Pihak kolej berhak membersihkan bilik yang diarah untuk

dikosongkan jika pelajar ingkar terhadap arahan subperaturan

(1) dan (2) dan pihak kolej tidak bertanggungjawab terhadap

kerosakan atau kehilangan barang pelajar.

e) Memasuki atau berada dalam bilik pelajar menetap

i. Tiada mana-mana orang pun boleh memasuki sesuatu bilik di

dalam kolej yang diduduki oleh seseorang pelajar yang menetap

kecuali orang yang memasuki itu.

ii. Diberi kuasa untuk berbuat demikian bagi maksud menjalankan

fungsi, kewajipan atau tanggungjawabnya;

iii. Hanya pelajar yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di bilik

yang telah ditetapkan untuknya. Sekiranya didapati ada pelajar

lain atau mana-mana orang di bilik pelajar selepas jam (12) dua

belas malam, penghuni bilik

f) Penggunaan Kad Pelajar

i. Pelajar hendaklah memakai kad pelajar semasa berada di kolej

dan jika seseorang pelajar itu gagal menunjukkan kad pelajar

ketika berurusan dengan pihak kolej boleh didenda mengikut

Jadual ketiga;

Page 33: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

33

ii. Pelajar hendaklah melaporkan kepada pihak kolej kehilangan

kad pelajar dengan serta merta.

g) Kebersihan, Keselamatan dan Kesejahteraan Kolej

i. Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik masing-

masing.

ii. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memasuki blok kediaman pelajar

perempuan dan pelajar perempuan tidak dibenarkan memasuki

blok kediaman pelajar lelaki.

iii. Pelajar hendaklah sentiasa mengunci bilik masing-masing dan

sebarang pencerobohan atau kecurian kerana kecuaian tidak

mengunci bilik adalah di atas tanggungjawab pelajar sendiri.

iv. Pelajar hendaklah melaporkan semua kejadian pencerobohan

atau kecurian kepada pihak kolej dan bahagian keselamatan

UKM.

v. Pelajar boleh membuat laporan polis jika berlaku pencerobohan

atau kecurian.

vi. Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) dan (2)

boleh didenda seperti ditetapkan dalam Jadual Ketiga.

h) Berkelakuan sumbang atau tidak bermoral

i. Pelajar tidak dibenarkan berkelakuan sumbang atau tidak

bermoral

i) Peraturan Kenderaan

i. Pelajar yang memiliki kenderaan bermotor hendaklah mendaftar

dan mendapatkan pelekat kenderaan UKM dari Bahagian

Keselamatan UKM.

ii. Pelajar yang menginap di kolej hendaklah mendaftar dan

mendapatkan pelekat kenderaan kolej di pejabat kolej masing-

masing.

iii. Kedua-dua pelekat kenderaan hendaklah dipamerkan pada

kenderaan masing-masing.

Page 34: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

34

iv. Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1), (2) dan

(3) boleh dikenakan denda seperti di dalam jadual.

j) Larangan melekat, menampal, memaku, menggantung, dsb.

i. Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis kolej

dengan cermat yang sewajarnya dan tidak boleh melakukan

sesuatu yang boleh mencacatkan, mengotorkan atau

menyebabkan apa-apa kerosakan lain pada mana-mana

bahagian kawasan atau bangunan atau pada apa-apa benda

atau lekapan di dalamnya;

ii. Seseorang pelajar hendaklah, dalam menggunakan premis kolej

dan kemudahan-kemudahan di dalamnya, mengambil langkah

berhati-hati bagi memastikan bahawa dia tidak menyebabkan

apa-apa kesulitan, kegusaran, halangan atau kacau ganggu

kepada mana-mana orang lain;

iii. Pelajar tidak dibenarkan menampal poster, notis atau apa-apa

pengumuman di mana-mana bahagian kolej kecuali di papan

kenyataan kolej dengan kebenaran Pengetua;

iv. Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) , (2) dan

(3) boleh didenda seperti di dalam jadual 3.

k) Peraturan waktu senyap

i. Pelajar hendaklah mematuhi waktu senyap di kolej dari jam 12

tengah malam hingga 5 pagi.

ii. Mana-mana pelajar yang didapati membuat bising semasa

waktu senyap boleh didenda mengikut Jadual Ketiga.

l) Tamat tempoh menetap

i. Pelajar hendaklah mengosongkan bilik pada masa yang telah

ditetapkan. Sekiranya pelajar mahu melanjutkan tempoh tinggal

di kolej selepas tarikh yang ditetapkan untuk dia mengosongkan

bilik, pelajar hendaklah membuat permohonan mengikut mana-

mana cara yang telah ditetapkan oleh Universiti.

Page 35: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

35

ii. Kelulusan untuk tidak mengosongkan bilik pada tarikh yang

telah ditetapkan adalah dengan kebenaran dari Pengetua.

iii. Semasa mengosongkan bilik pelajar hendaklah:-

memastikan bilik dalam keadaan bersih;

mengambil barang-barang milik pelajar sendiri;

barang yang ditinggalkan dianggap tidak diperlukan

langsung dan akan dilupuskan oleh kakitangan kolej;

sebelum meninggalkan bilik, semua suis elektrik

hendaklah ditutup;

pelajar hendaklah menyerahkan kunci bersama-sama

dengan senarai inventori yang telah disahkannya di

pejabat kolej kepada kakitangan kolej di kaunter pejabat

pada waktu pejabat;

pelajar yang gagal memulangkan kunci hendaklah

membayar sewa bilik mengikut kadar harian seperti yang

ada dalam Jadual pertama;

pelajar yang kehilangan kunci hendaklah membayar

denda seperti dalam Jadual kedua.

m) Membawa Tetamu

i. Blok kolej kediaman adalah kawasan larangan kepada tetamu

atau pelawat;

ii. Pelajar hanya dibenarkan membawa tetamu di ruang tamu di

Pusat Kemudahan Kolej dan pelajar tidak dibenarkan membawa

tetamu ke bilik masing-masing.

n) Etika pakaian

i. Pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan tidak

mencolok mata semasa berada di kawasan kolej dan mengikut

etika pakaian Universiti.

Page 36: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

36

6. PUSAT KEMUDAHAN

a) Semua ruang dan peralatan di Pusat Kemudahan adalah di bawah

tanggungjawab dan kawalan Pengetua.

b) Mana-mana orang yang menggunakan ruang dan kemudahan

hendaklah sentiasa menjaga keselamatan, keselesaan dan kebersihan

Pusat Kemudahan termasuklah tidak mengalih, mengambil atau

mengubahsuai mana-mana peralatan di Pusat Kemudahan.

7. KECEMASAN

a) Kebakaran

i. Mana-mana pelajar yang menyedari berlaku kebakaran di

premis kolej hendaklah dengan serta merta memberitahu

Bahagian Keselamatan Universiti dan pihak kolej.

ii. Setiap pelajar hendaklah mematuhi semua peraturan kebakaran

yang ditetapkan oleh Universiti.

b) Sakit dan kemalangan

i. Pelajar kolej yang mengalami apa-apa masalah kesihatan

hendaklah memaklumkan kepada pihak kolej.

ii. Jika pelajar jatuh sakit, pihak kolej hendaklah memanggil

ambulan atau membawanya sendiri ke Pusat Kesihatan UKM

atau hospital terdekat untuk rawatan.

iii. Jika pelajar mengalami kemalangan atau kecederaan semasa

berada di kolej atau menjalankan apa-apa aktiviti kolej pihak

kolej hendaklah memwanya ke Pusat Kesihatan UKM atau klinik

panel atau ke hospital terdekat.

c) Am

i. Tiada apa-apa jua dalam peraturan ini boleh mengurangkan

tanggungan mana-mana pelajar atau orang lain bagi apa-apa

kesalahan di bawah mana-mana Akta kolej dan tatatertib.

Page 37: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

37

Jadual 1

KADAR YURAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR UKM

1. Asrama (Bilik Berkongsi)

Kolej

Pra Siswazah

Warga

(RM)

Pra Siswazah

Bukan Warga (RM)

Siswazah Warga

(RM)

Siswazah Bukan Warga

(RM)

Pelajar Sekolah

(RM)

Orang Luar / Agensi

(RM)

KDO / KAB / KUO / KBH / KIY / KRK / KTHO / KIZ / KKM / KPZ

3.50 7.00 6.00 9.00 16.00 20.00

KTDI / KTSN 4.00 7.00 6.00 9.00 16.00 20.00

2. Pangsasiswa (Seorang)

Kolej Pra Siswazah

Warga (RM)

Pra Siswazah Bukan Warga

(RM)

Siswazah Warga (RM)

Siswazah Bukan Warga

(RM)

Orang Luar / Agensi (RM)

KDO / KAB / KUO / KBH / KIY / KIZ/ KRK / KKM / KTHO

5.00 8.50 7.50 12.00 20.00

KTDI / KTSN 6.00 8.50 7.50 12.00 20.00

3. Pangsarama (Ramai)

Kolej Pra Siswazah

Warga (RM)

Pra Siswazah Bukan Warga

(RM)

Siswazah Warga (RM)

Siswazah Bukan Warga

(RM)

Sewaan Luar (RM)

KDO / KAB / KUO / KBH / KIY / KRK / KTHO

5.00 7.50 7.50 11.00 20.00

KTDI / KTSN 6.00 7.50 7.50 11.00 20.00

KTSN (Apartment Eksekutif, Plaza Rah)

8.00 11.00 9.00 13.00 20.00

4. Rumah Tetamu

Kolej Kategori Jenis Billik Caj Kadar

Harian Bulanan

KDO Rumah Tetamu 1 Bilik / 2 orang / 1 malam RM 80.00 Tiada

KAB Rumah Tetamu 1 Bilik / 2 orang / 1 malam 1 Bilik / 4 orang / 1 malam

RM 50.00 RM 80.00

Tiada

KUO Rumah Tetamu 1 Bilik / 2 orang / 1 malam 1 Bilik / 4 orang / 1 malam 1 Bilik / 4 orang / 1 malam 1 Bilik / 4 orang / 1 malam

RM 60.00 RM 70.00 RM 80.00

RM 100.00

Tiada

KBH Rumah Tetamu 1 Bilik / 1 orang / 1 malam RM 40.00 RM 800.00

KIY Bilik Tetamu 1 Bilik / 1 orang / 1 malam RM 60.00 Tiada

KRK Eksekutif, Impian D Kajai 1 Bilik / 1 orang / 1 malam RM 40.00 RM 800.00

KIZ Rumah Tetamu / Eksekutif 1 Bilik / 1 orang / 1 malam 1 Bilik / 2 orang / 1 malam 1 Bilik / 2 orang / 1 malam

RM 60.00 RM 80.00 RM 90.00

Tiada

KPZ Bilik Eksekutif Bilik Eksekutif

Rumah Tetamu

1 Bilik / 1 orang / 1 malam 1 Bilik / 2 orang / 1 malam

1 Rumah / 1 malam

RM 40.00 RM 60.00

RM 130.00 Tiada

KTSN Standard Esekutif 1 Eksekutif 2

1 Bilik / 1 malam 2 Bilik / 1 malam 1 Bilik / 1 malam

RM 40.00 RM 150.00 RM 250.00

Tiada

Page 38: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

38

Jadual 2

Kadar Gantirugi Kerosakan

Bil.

Barang / Alat Yang Dirosakkan

Gantirugi (RM)

1. Cermin solek 100.00

2. Cermin bilik air 50.00

3. Cermin tingkap 30.00

4. Engsel Tingkap RM30.00/unit

5. Langsir 80.00

6. Tilam 300.00

7. Katil 500.00

8. Almari 450.00

9. Kerusi 50.00

10. Meja belajar 450.00

11. Kepala paip 50.00

12. Pancur (shower) 200.00

13. Hand Bidet (Pemicit kepala paip) 180.00

14. Set sofa 800.00 – 2,000.00

15. Sarung sofa 100.00

16. Meja Kopi (kecil) 200.00

17. Meja Kopi (besar) 400.00

18. Tombol pintu biasa & tombol “dead bolt lock” 40.00 – 80.00

19. Tombol pintu sentuh 300.00

20. Kad Akses Hilang 30.00

21. Kad Akses Rosak 20.00

20. Pintu 250.00 – 500.00

21. Pintu kalis air 60.00-200.00

22. Pintu Tebal (kalis api) 1500.00-2000.00

23. Engsel Pintu 50.00/unit

24. Door Closer (Besi Atas Pintu) 250.00/unit

25. Papan tanda 150.00 – 500.00

26. Menconteng permukaan premis: 1 kaki persegi 5.00

27. Saluran Pembentungan termasuk lantai tersumbat dalam bilik air

100.00

28. Barangan Elektrik (tertakluk kepada jenis peralatan) Jenis:-

1) Plug 13amp RM 11.00

2) Suis Lampu RM 5.50

3) Kipas Siling RM 170.00

4) Kipas Dinding RM 220.00

5) Stater Penghawa Dingin RM 60.00

6) Set Lampu RM 52.00

Tertakluk kepada

kos sebenar

Page 39: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

39

Jadual 3

Kesalahan Boleh Denda

Bil.

Jenis Kesalahan

Denda (RM)

1. Membuat pengesahan tawaran tetapi tidak mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tanpa sebab yang munasabah.

25.00

2. Menolak tawaran tetapi membuat permohonan semula untuk mendapatkan penginapan (di kolej yang sama.)

25.00

3. Menerima tawaran penginapan tetapi membuat pembatalan tanpa sebab yang munasabah.

25.00

4. Menghilangkan set kunci. 20.00

5. Bertukar bilik tanpa kebenaran Pengetua. 50.00

6. Bertukar Kolej Kediaman tanpa kebenaran Pengetua 50.00

7. Mengotorkan bilik 50.00

8. Membuang sampah bukan ditempat yang disediakan di Kolej Kediaman.

20.00

9. Memasak di dalam bilik penginapan 30.00

10. Memiliki peralatan elektrik tanpa kebenaran Alat dirampas dan denda RM50.00 setiap satu alat.

11. Memaku dan menampal poster yang boleh mencacatkan dinding di dalam bilik

50.00

12. Memasang lampu atau kipas ketika tiada di bilik 10.00

13. Meninggalkan kunci di dalam bilik 5.00

14. Meletakkan basikal atau motosikal di dalam blok atau di dalam bilik

50.00

15. Meletakkan kereta atau motosikal di tempat yang tidak dibenarkan

50.00

16. Mengalih / mengambil perabot yang disediakan di Pusat Kemudahan untuk kegunaan sendiri tanpa kebenaran.

50.00

17. Membuat salinan kunci bilik tanpa kebenaran 50.00

18. Memakai pakaian tidak sopan 10.00

19. Meletak kasut/ selipar di luar bilik 5.00 setiap pasang

20. Menghilangkan kad Kolej Kediaman 10.00

21. Tidak memakai kad Kolej Kediaman semasa berurusan di kaunter Kolej kediaman

10.00

22. Menyalahgunakan kad Kolej Kediaman 10.00

23. Memasang selak atau mangga di dalam bilik tanpa kebenaran Pengetua

25.00

24. Memelihara binatang peliharaan 50.00 25. Tidak memasang sarung bantal dan cadar 50.00 26. Membakar atau mengasap colok/ kemenyan atau

apa-apa bauan yang mengganggu ketenteraman penghuni lain

50.00

27. Membuat bising dan mengganggu ketenteraman penghuni lain selepas jam 12 tengah malam ke 6 pagi

50.00

Page 40: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

40

28. Tidak mengunci bilik 20.00

29. Tinggal kunci dipintu bilik 20.00

30. Jemur atau menyidai pakaian selain daripada tempat ampaian yang disediakan (tiap-tiap satu)

5.00

31. Penyalahgunaan ruang tanpa kebenaran 20.00

32. Memiliki dan mengedar risalah haram 50.00

33. Menjaja atau berniaga tanpa kebenaran 50.00

34. Tidak memulangkan kunci bilik pada setiap tarikh akhir sesi akademik

Mengikut kadar harian caj bilik

35. Tidak mempamerkan pelekat kenderaan 50.00

36. Meletakkan barang-barang perniagaan milik persendirian di sekitar Kolej Kediaman tiap-tiap satu)

10.00

37. Lain-lain kesalahan atas budibicara Pengetua 10.00 –50.00

Catatan:

1. Jumlah Denda tidak boleh melebihi RM50 tertakluk kepada Kaedah

35(3) dalam

Kaedah-Kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

2. Pindaan kadar denda adalah tertakluk kepada peruntukan kos

semasa.

Page 41: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

41

Jadual 4 Kesalahan Yang Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib.

Bil.

Jenis Kesalahan

1. Membenar atau membawa setinggan ke bilik. (Penghuni dan setinggan (jika pelajar) kedua-duanya didenda)

2. Menyalahgunakan alat pencegahan kebakaran

3. Menyimpan/ mempamer bahan lucah

4. Minum arak dan air ketum di dalam bilik atau mana-mana kawasan Kolej kediaman.

5. Membawa masuk tetamu yang berlainan jantina ke dalam premis kediaman tanpa kebenaran

6. Berdua-duaan diantara lelaki dan perempuan ditempat sunyi

7. Menyimpan Kondom atau alat/pil pencegah kehamilan

8. Penggunaan laman sosial untuk memburukkan nama baik Universiti/kolej/pentadbiran

Page 42: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

42

Lampiran 1 HUKUMAN TERUS OLEH PENGETUA BAGI KESALAHAN TATATERTIB ASRAMA Jika sabit kesalahan, pelajar boleh dikenakan tindakan tatatertib dibahawa Bahagian iii, Tatatertib Asrama, Kaedah-Kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. Berikut adalah senarai larangan yang perlu dipatuhi :

1. Pelajar yang berdaftar di Kolej Kediaman dilarang membenarkan orang lain menginap atau bermalam di biliknya.

2. Tidak dibenarkan bermain mercun dan bunga api di dalam kawasan kolej kediaman.

3. Membawa minuman dan makanan yang haram di sisi agama Islam ke dalam persekitaran Kolej Kediaman.

4. Memasak di dalam bilik atau mana-mana ruang yang bukan diperuntukan bagi tujuan tersebut.

5. Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim di dalam bilik penginapan.

6. Mengadakan hubungan sumbang sesama atau berlainan jantina.

7. Pelajar lelaki tidak dibenarkan berada di blok perempuan dan sebaliknya; dalam keadaan yang mencurigakan; kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa kolej.

8. Memiliki, menghisap dan menjual rokok di kawasan dan dalam persekitaran kolej kediaman.

9. Berkelakuan tidak sopan atau biadap.

10. Berlaku tidak jujur dengan petugas kolej kediaman.

11. Berpindah bilik atau Kolej Kediaman tanpa kebenaran Pengetua.

12. Menerbit, menyimpan, menampal, melihat, mendengar dan mengedar bahan-bahan lucah atau yang mengancam keselamatan.

13. Tidak memasang dan menggunakan cadar dan sarung bantal.

14. Tidak menjaga kebersihan bilik.

15. Menyidai pakaian di tempat atau ruang selain daripada yang telah disediakan.

16. Menggunakan peralatan elektrik tanpa kebenaran pengetua

17. Mencuri kuota wifi pelajar lain.

18. Tidak menutup suis lampu, kipas angin atau lain-lain suis alatan elektrik ketika pelajar tidak berada di bilik.

19. Mengambil, mengubah atau memindah kedudukan peralatan kemudahan umum kepunyaan Kolej Kediaman tanpa kebenaran Pengetua atau wakilnya.

20. Membuat bising atau mengganggu ketenteraman pelajar lain.

21. Memiliki senjata berbahaya atau alatan lain yang boleh mengancam keselamatan atau nyawa.

22. Meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan oleh Kolej Kediaman.

23. Menconteng, mengotorkan atau merosakkan mana-mana bahagian bangunan juga harta benda Kolej Kediaman.

24. Tidak dibenar memaparkan, mempamerkan, menunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan sebarang bahan, benda, lambang keagamaan, di tempat awam selain dari agama rasmi persekutuan yang boleh menyebabkan timbul ketidakselesaan kepada pelajar lain.

Page 43: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

43

URUSAN PENGURUSAN PERSATUAN PELAJAR

1. PENDAHULUAN

Dokumen ini bertujuan memberi penjelasan dan panduan tentang tindakan

yang perlu dilakukan dalam Pengurusan Pendaftaran Persatuan/Kelab

Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. SKOP

Ianya menerangkan proses Pengurusan Pendaftaran Persatuan/Kelab Pelajar

yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pelajar meliputi proses

kelulusan penubuhan persatuan/kelab, pendaftaran persatuan/kelab dan

pembubaran persatuan/kelab.

3. SYARAT

Jika sepuluh orang atau lebih pelajar Universiti berhasrat menubuhkan suatu

badan pelajar, mereka hendaklah mengemukakan permohonan melalui

borang permohonan penubuhan persatuan (Borang Statut) kepada Unit

Pentadbiran untuk kelulusan Naib Canselor.

4. PROSES PELAKSANAAN PENGURUSAN PERSATUAN PELAJAR

4.1. Pelajar mengemukakan permohonan:

Pelajar yang ingin menubuhkan Persatuan/Kelab di bawah Fakulti

hendaklah mengemukakan surat permohonan melalui pihak fakulti.

Pelajar yang ingin menubuhkan Persatuan-Persatuan/Kelab-Kelab

bukan di bawah Fakulti boleh mengemukan permohoana secara terus

ke Unit Pentadbiran Pusat Khidmat Siswa.

4.2. Permohonan perlu disertakan dengan maklumat berikut:

i. Borang Permohonan Untuk Menubuhkan Badan Pelajar

(Borang I)

ii. Borang Perlembagaan Badan Pelajar (Borang 2)

4.2. Permohonan akan disemak berdasarkan Statut Universiti Kebangsaan

Malaysia (Badan-badan Pelajar) 1992.

Page 44: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

44

4.4. Permohonan akan disemak oleh Timbalan Naib Canselor HEPA dan:

a) Jika Timbalan Naib Canselor berpuashati, permohonan

dikemukakan kepada Naib Canselor;

b) Jika Timbalan Naib Canselor tidak berpuashati permohonan

dikembalikan kepada Ketua Unit Pentadbiran Jabatan

Perkhidmatan Pelajar.

4.5 Permohonan akan di pertimbangkan oleh Naib Canselor dan:

a) Jika berpuashati, Naib Canselor akan meluluskan permohonan

dan mengemukakan kepada TNC HEPA (Tarikh kelulusan

mengikut tarikh surat Naib Canselor);

b) Jika tidak berpuashati, Naib Canselor merujuk semula

permohonan kepada TNC HEPA atau menolak permohonan.

4.6 Ketua Unit Pentadbiran akan menerima keputusan permohonan

persatuan daripada Timbalan Naib Canselor HEPA

a) Jika lulus:

i) No. Pendaftaran dan Sijil Pertubuhan akan disediakan oleh

Ketua Unit Pentadbiran;

ii) Surat akan dihantar kepada pemohon untuk makluman;

iii) Penubuhan Persatuan/Kelab tersebut akan direkod dan

disimpan di dalam fail.

b) Jika ditolak:

i) Surat akan dihantar kepada pemohon untuk makluman;

ii) Semua rekod dan dokumen dalam proses yang terlibat

akan direkod dan disimpan di dalam fail.

4.7 Mengawasi Mesyuarat Agung

a) Unit Pentadbiran Pusat Khidmat Siswa akan memastikan

Persatuan/Kelab mengadakan Mesyuarat Agung tiap-tiap tahun

sebelum tarikh ulang tahun penubuhannya tetapi tetapi tidak

lebih daripada satu bulan sebelum tarikh tersebut atau suatu

Page 45: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

45

tarikh lain yang ditetapkan oleh pihak universiti, untuk memilih

pemegang-pemegang jawatan bagi tahun yang akan datang.

b) Pusat Khidmat Siswa akan menghadiri mesyuarat

Persatuan/Kelab yang tidak berada dibawah pengawasan fakulti

mengikut keperluan. Laporan pengawasan akan direkodkan

dalam borang– Pengawasan Mesyuarat Agung Persatuan.

c) Unit Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Pelajar akan

memastikan persatuan pelajar menggemukakan satu salinan

Laporan Mesyuarat Agung beserta maklumat dan borang–

Borang Exco Persatuan / Kelab Pelajar dan– Borang

Perancangan Projek Persatuan / Kelab / Urusetia selepas 30

hari dari tarikh mesyuarat.

d) Pelajar perlu mengemukakan borang permohonan

pindaan/penangguhan tarikh Mesyuarat Agung jika

perlu menggunakan Borang - Permohonan Untuk

Meminda /Menangguhkan Tarikh Mesyuarat Agung Persatuan /

Kelab.

Sekiranya laporan tidak diterima dalam tempoh dinyatakan,

surat peringatan akan dikeluarkan.

e) Surat amaran akan diberikan sekiranya laporan tidak diterima

selepas 14 hari atau satu tempoh yang ditetapkan daripada

surat peringatan dikeluarkan.

4.8 Pembatalan Pendaftaran Persatuan

a. Jika Laporan seperti 4.7 (c) masih tidak diterima, Ketua

Unit Pentadbiran akan memaklumkan kepada Pendaftar JPPel

untuk perakuan pembatalan pendaftaran persatuan.

b. Pandangan dan kelulusan fakulti akan dipohon jika melibatkan

persatuan di bawah fakulti.

c. Permohonan pembatalan akan dimajukan kepada Timbalan

Naib Canselor HEPA untuk mendapatkan perakuan Naib

Canselor.

d. Jika Naib Canselor bersetuju:

Page 46: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

46

i) Surat pembatalan pendaftaran persatuan akan

dikeluarkan;

ii) Semua rekod dan dokemen yang terlibat akan direkod

dan disimpan di dalam fail.

5. RUJUKAN

a. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

b. Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

c. Statut Universiti Kebangsaan Malaysia (Badan-Badan Pelajar 1992)

Page 47: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

47

URUSAN TATATERTIB PELAJAR

1.0 PENDAHULUAN

Dokumen ini memberi penjelasan dan panduan tindakan Tatatertib Pelajar

Univeristi Kebangsaan Malaysia serta semua yang berkaitan dengannya dan

hanya terpakai bagi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja.

2.0 TATATERTIB AM

2.1 Larangan Am Kepada Semua Pelajar Universiti Kebangsaan

Malaysia:

a) Menjalankan urusannya, sama ada di dalam Kampus atau di

luar Kampus, dalam apa-apa cara yang merosakkan atau

memudaratkan:

i. kepentingan, kesejahteraan atau nama baik Universiti,

mana- mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja

Universiti; atau

ii. ketenteraman atau keselamatan awam, moral,

kesopanan atau tatatertib;

b) Mencabuli apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang

bertulis, sama ada di dalam Kampus atau di luar Kampus;

c) Mengganggu atau dalam apa-apa cara campur tangan, atau

menyebabkan supaya diganggu atau dalam apa-apa cara

campur tangan, apa-apa pengajaran, pengajian, penyelidikan,

kerja pentadbiran, atau apa-apa kegiatan yang dijalankan oleh

atau di bawah araban atau dengan kebenaran Universiti;

d) Melarang, menghalang atau mengganggu, mana-mana pegawai

atau pekerja Universiti daripada menjalankan kerja, kewajipan

atau tugasnya;

e) Melarang atau menghalang, mana-mana pelajar daripada

menghadiri mana-mana kuliah, tutorial atau kelas, atau daripada

mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang sah;

f) Menganjur, menghasut atau menyertai pemulauan apa-apa

peperiksaan, kuliah, tutorial, kelas atau kegiatan sah lain yang

dijalankan oleh atau di bawah arahan, atau dengan kebenaran,

Page 48: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

48

Universiti;

g) Merosak, mengubah, mengganggu, mengalih bahan, objek,

artikel atau harta dalam Universiti;

h) Melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan apa-apa

halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan

kepada mana-mana orang di dalam Universiti;

i) Melanggar apa-apa arahan atau kehendak Pustakawan

Universiti, anggota kakitangan perpustakaan atau pekerja

perpustakaan lain berkenaan dengan penggunaan

perpustakaan, buku-buku dalam perpustakaan dan kemudahan-

kemudahan lain dalam perpustakaan;

j ) Melanggar apa-apa arahan atau kehendak seseorang orang

yang diberi kuasa berkenaan dengan penggunaan mana-mana

makmal, peralatan makmal, perkakas atau bahan, dan

kemudahan lain dalam makmal.

2.2 Larangan Menganjurkan Perhimpunan

Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar tidak boleh, tanpa

kebenaran Naib Canselor, mengadakan, menganjurkan, atau terlibat

dalam perhimpunan yang lebih daripada lima orang dalam mana-mana

bahagian Kampus Universiti.

2.3 Larangan Memiliki atau Menggunakan Pembesar Suara

Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar tidak boleh memiliki,

atau menggunakan apa-apa pembesar suara, tanpa kelulusan

terdahulu Naib Canselor.

2.4 Larangan Mempamerkan Sepanduk

Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar tidak boleh

membuat, memiliki dan mempamer apa-apa bendera, sepanduk,

plakad, poster, lambang atau alat lain yang membawa kepada

keadaan tidak berdisiplin, kekacauan, keingkaran atau pelanggaran

Kaedah- Kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib

Pelajar-Pelajar 1999).

Page 49: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

49

2.5 Larangan Menerbitkan Dokumen dan Sebagainya

Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, tidak boleh

menerbitkan, membahagi-bahagikan atau mengedarkan apa-apa

dokumen di dalam Kampus atau di luar Kampus tanpa kebenaran

terdahulu Naib Canselor.

2.6 Larangan Kegiatan Pelajar di Luar Kampus

Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, tidak boleh

menganjurkan, menjalankan atau menyertai apa-apa kegiatan di luar

Kampus yang mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada

Universiti atau yang memudaratkan kepentingan Universiti.

2.7 Larangan Melibatkan Diri Dalam Pekerjaan, dsb.

Pelajar tidak boleh, di dalam Kampus atau di luar Kampus, melibatkan

diri dalam apa-apa pekerjaan, penggajian, perniagaan, perdagangan

atau kegiatan lain, sama ada atas dasar sepenuh masa atau sambilan,

tanpa mendapat kebenaran Naib Canselor.

2.8 Representasi Berhubungan dengan Universiti

Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, tidak boleh,

membuat apa-apa representasi sama ada secara lisan atau bertulis

atau dalam apa-apa cara lain, kepada mana-mana pegawai awam atau

kepada akhbar atau kepada orang ramai tanpa mendapat kebenaran

Naib Canselor.

2.9 Larangan Terhadap Bantahan Pelajar Terhadap Kemasukan

Orang-Orang ke Dalam Kampus

Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, tidak boleh

membuat apa-apa bantahan, sama ada secara lisan atau bertulis

terhadap kemasukan larangan atau pemecatan mana-mana orang,

badan atau kumpulan orang dari Kampus.

Page 50: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

50

2.10 Larangan Berjudi di Dalam Kampus

Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, tidak boleh terlibat

atau mengambil bahagian dalam, apa-apa perjudian, pertaganan, loteri

atau pertaruhan di dalam Kampus.

2.11 Larangan Meminum Minuman Keras dan Berkelakuan Tidak

Senonoh

Pelajar tidak boleh meminum, memiliki minuman keras atau mabuk di

dalam Kampus.

2.12 Larangan Memiliki Artikel Lucah

Pelajar tidak boleh memiliki, mengedar, atau mempamer apa-apa

artikel lucah di dalam Kampus.

2.13 Larangan Memiliki Dadah dan Racun

Pelajar boleh tidak boleh memiliki, membekal atau mengguna dalam

apa-apa jua cara apa-apa dadah atau racun.

2.14 Larangan Menjejaskan Kebersihan di Dalam Kampus

Pelajar tidak boleh melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan

kebersihan dan kekemasan tempat linggal seseorang pelajar di dalam

Kampus, atau mana-mana asrama, dewan kuliah, jalan,

kawasan,bangunan atau mana-mana bahagian Kampus.

2.15 Larangan Membuat Bising

Pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi atau bisingdalam apa-apa

cara yang menyebabkan kemarahan atau gangguan kepada mana-

mana orang di dalam Kampus.

2.16 Pemeriksaan ke Atas Pelajar yang Disyaki Mempunyai Gangguan

Mental

Naib Canselor boleh menghendaki seseorang pelajar yang disyaki

mempunyai gangguan mental menjalani pemeriksaan perubatan oleh

pengamal perubatan yang berkelayakan.

Page 51: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

51

2.17 Tempat Tinggal Atau Tempat Tidur Dalam Kampus

Pelajar tidak boleh menggunakan sebagai tempat tinggal atau tempat

tidur, kecuali tempat tinggal yang disediakan untuknya di dalam

asrama oleh Universiti.

2.18 Larangan Memasuki Bahagian Atau Bangunan Kampus

Seseorang pelajar tidak boleh masuk ke dalam mana-mana bahagian

Kampus yang kemasukan ke dalamnya dilarang kepada pelajar amnya

atau, terutamanya, kepada pelajar atau sesuatu kelas pelajar.

2.19 Pakaian Pelajar

Naib Canselor boleh mengeluarkan apa-apa arahan, secara bertulis,

yang difikirkannya perlu yang berhubungan dengan cara berpakaian

pelajar di dalam Kampus.

2.20 Keingkaran

Pelajar tidak boleh melanggar apa-apa arahan yang diberikan atau

dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja Universiti yang diberi di

dalam Kampus.

3.0 TATACARA TATATERTIB

3.1 Hukuman Tatatertib

Pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah –

Kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar

1999) dan didapati bersalah atas kesalahan itu boleh dikenakan mana-

mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang

sesuai yang berikut:

a) amaran;

b) denda tidak melebihi dua ratus ringgit;

c) dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-

bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;

d) digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi

tempoh yang ditetapkan;

Page 52: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

52

e) dipecat dari Universiti.

3.2 Kehadiran di Hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib

Jika pada pendapat pihak berkuasa tatatertib bahawa seseorang

pelajar telah melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah –

Kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar

1999), pihak berkuasa tatatertib akan memberitahu pelajar tentang

kesalahan tatatertib yang didakwa itu dan menghendaki pelajar itu

hadir di hadapannya di suatu bilik tatatertib pada tarikh dan masa yang

ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib.

3.3 Akibat Tidak Hadir di Hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib

Jika seseorang pelajar tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib

mengikut kaedah 49, dia akan digantung daripada menjadi pelajar

Universiti dan tidak boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki

Kampus; penggantungan itu akan berterusan sehingga pelajar hadir di

hadapan pihak berkuasa tatatertib.

3.4 Penjelasan Fakta dan Pengambilan Rayuan

Dalam prosiding tatatertib, pihak berkuasa tatatertib akan menjelaskan

kepada pelajar tentang fakta kesalahan tatatertib yang didakwa telah

dilakukan oleh pelajar dan meminta pelajar membuat pengakuan atas

kesalahan itu.

3.5 Pengakuan Bersalah dan Tatacara Berikutnya

a) Jika pelajar mengaku salah, pihak berkuasa tatatertib akan

menerangkan kepadanya tentang fakta kes.

b) Jika pelajar mengaku tentang fakta ini dan pihak berkuasa

tatatertib berpuas hati bahawa suatu kesalahan pada hakikatnya

telah dilakukan, pihak berkuasa tatatertib itu akan

mengumumkan dia bersalah dan memintanya untuk

mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukuman.

Page 53: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

53

3.6 Tatacara Apabila Pelajar Mengaku Tidak Bersalah

a) Jika pelajar mengaku bahawa dia tidak bersalah atas kesalahan

tatatertib atau gagal atau enggan membuat pengakuan atau

tidak mengaku akan fakta kes, pihak berkuasa tatatertib akan

memeriksa mana-mana saksi atau apa-apa dokumen atau

artikel lain bagi menyokong kes terhadap pelajar; pelajar boleh

diminta menyoal saksi dan memeriksa apa-apa dokumen atau

artikel. Pihak berkuasa tatatertib itu boleh memeriksa semula

saksi.

b) Saksi akan dipanggil untuk memberikan keterangan dalam

pembicaraan oleh Naib Canselor.

3.7 Keterangan Pelajar

Jika pihak berkuasa tatatertib mendapati bahawa ada suatu kes untuk

dijawab, pelajar hendaklah diminta memberikan keterangannya,

memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen

atau apa-apa artikel lain bagi pembelaannya. Pihak berkuasa tatatertib

boleh menyoal pelajar atau mana-mana daripada saksi pelajar dan

memeriksa apa-apa dokumen atau artikel. Pelajar boleh memeriksa

semula mana-mana daripada saksinya itu.

3.8 Memanggil Semula Saksi

Pihak berkuasa tatatertib boleh menyoal atau memanggil semula

mana- mana saksi pada bila-bila masa sebelum pihak berkuasa itu

mengumumkan keputusannya.

3.9 Pengumuman Keputusan

Selepas mendengar keterangan saksi-saksi dan memeriksa dokumen

atau artikel lain yang dikemukakan, pihak berkuasa tatatertib akan

mengumumkan keputusannya dalam kes itu. Jika pihak berkuasa itu

memutuskan bahawa pelajar adalah bersalah, pihak berkuasa

tatatertib itu akan meminta pelajar membuat apa-apa rayuan untuk

meringankan hukumannya.

Page 54: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

54

3.10 Pengenaan Hukuman

Selepas pelajar mengemukakan hujah bagi meringankan hukumannya

pihak berkuasa tatatertib akan mengenakan ke atas pelajar satu

daripada hukuman yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Universiti

Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar 1999) atau mana-

mana dua atau lebih gabungan hukuman yang sesuai.

3.11 Jagaan dan Pelupusan Barang Kes

a) Pihak berkuasa tatatertib boleh memerintahkan apa-apa

dokumen atau artikel lain yang dikemukakan dalam penjalanan

mana-mana prosiding tatatertib supaya disimpan sementara

menanti tamatnya prosiding tatatertib itu.

b) Setelah tamat prosiding berkuasa tatatertib akan membuat

perintah yang difikirkannya patut untuk melupuskan apa-apa

dokumen atau artikel lain yang dikemukakan dalam penjalanan

prosiding tatatertib.

3.12 Nota Bertulis Mengenai Prosiding Tatatertib

Pihak berkuasa tatatertib akan menyediakan nota-nota bertulis

mengenai semua prosiding tatatertib.

3.14 Daftar Prosiding Tatatertib

Naib Canselor akan menyenggara suatu daftar bagi semua prosiding

tatatertib yang dijalankan.

3.15 Laporan Prosiding Kepada Ibu Bapa, Menteri, dsb.

a) Jika seseorang pelajar telah didapati bersalah atas suatu

kesalahan tatatertib, Naib Canselor akan menghantar suatu

laporan berkenaan dengan prosiding tatatertib itu kepada:

i. Menteri;

ii. Ibu bapa atau penjaga pelajar;

iii. Jika pelajar pemegang biasiswa, kepada pihak berkuasa

atau badan penaja biasiswa atau penaja biasiswa itu; dan

Page 55: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

55

iv. Jika pelajar yang juga seorang pekerja Kerajaan, kepada

Ketua Jabatan pekerja itu.

b) Suatu salinan nota prosiding tatatertib diberi kepada Menteri jika

Menteri jika diperlukan.

3.16 Bayaran Denda

Jika pihak berkuasa tatatertib mengenakan hukuman denda ke atas

pelajar, pihak berkuasa tatatertib itu hendaklah menyatakan tempoh

yang denda hendaklah dibayar dan pelajar hendaklah membayar

denda dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas hari dari

tarikh keputusan pihak berkuasa tatatertibtersebut kepada Bendahari .

3.17 Tindakan Jika Tidak Membayar Denda

Pelajar yang tidak membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan,

hendaklah dengan serta-merta digantung daripada menjadi pelajar

Universiti berterusan sehingga denda dibayar.

3.18 Perintah Pampasan

a) Tatatertib boleh memerintah pelajar membayar pampasan

sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib itu

berkenaan dengan kerosakan pada mana-mana harta atau apa-

apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang yang

pelajar.

b) Pampasan yang ditetapkan hendaklah dibayar oleh pelajar

kepada Bendahari dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak

berkuasa tatatertib.

3.19 Orang yang Boleh Hadir Dalam Prosiding Tatatertib

Orang yang boleh hadir dalam sesuatu prosiding tatatertib ialah--

a) anggota pihak berkuasa tatatertib;

b) pelajar yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil;

c ) ibu bapa atau penjaga pelajar;

d) saksi semasa dia memberi keterangan, atau apabila

dikehendaki oleh pihak berkuasa tatatertib; dan

Page 56: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

56

e ) mana-mana orang lain yang dibenarkan hadir oleh pihak

berkuasa tatatertib bagi apa-apa sebab yang tertentu.

4.0 RAYUAN

4.1 Notis Rayuan

a) Jika seseorang pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan

pihak berkuasa tatatertib, dia boleh memberi notis secara

bertulis merayu terhadap keputusan kepada Naib Canselor

dalam dua salinan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh

keputusan itu disampaikan kepadanya.

b) Notis rayuan itu hendaklah menyatakan dengan jelas alasan-

alasan rayuan.

4.2 Rayuan Tidak Berkuat Kuasa Sebagai Penggantungan Pelaksanaan

Hukuman

Sesuatu rayuan oleh seseorang pelajar tidak berkuat kuasa sebagai

menggantung pelaksanaan hukuman yang dikenakan atau sebagai

menggantung pembayaran pampasan melainkan jika diluluskan oleh

Naib Canselor atau Menteri.

5.0 AM

5.1 Kesalahan Tatatertib

Seseorang pelajar yang melanggar mana-mana Kaedah- Kaedah

Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar 1999) atau

mana-mana garis panduan, arahan, petunjuk, sekatan, syarat atau

terma yang dikenakan atau diberikan di bawah Kaedah-Kaedah ini,

adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.

6.0 RUJUKAN

a. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

b. Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

c. Statut Universiti Kebangsaan Malaysia (Badan - Badan Pelajar 1992)

d. Kaedah-Kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar-

Pelajar 1999)

Page 57: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

57

URUSAN PENGANJURAN AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI

1. Pendahuluan

Dokumen ini bertujuan memberi garis panduan penganjuran aktiviti sukan

dan rekreasi di Universiti Kebangsaan Malaysia merangkumi

perancangan,kelulusan,perlaksanaan, penilaian dan penambahbaikan

berterusan.

2. Perancangan

a) Merancang aktiviti dengan menyediakan kertas kerja mengikut

keperluan penganjur dan pusat tanggungjawab.

b) Kertas kerja perlu mengandungi maklumat seperti tujuan, objektif,

tarikh, lokasi, penyertaan, jawatankuasa dan anggaran bajet.

c) Menyediakan Carta Gantt aktiviti yang berkaitan.

d) Menyediakan dokumen tambahan seperti syarat dan peraturan

pertandingan jika perlu.

3. Kelulusan

Penganjur perlu mendapatkan kelulusan daripada Timbalan Naib Canselor

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA).

4. Pelaksanaan

a) Setelah mendapat kelulusan TNC HEPA, urusetia/penganjur perlu

mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk (jika perlu/mengikut

keperluan aktiviti) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana aktiviti.

b) Membuat semakan tugas secara berterusan mengikut

c) pembahagian tugas jawatankuasa.

d) Memohon Pendahuluan Kewangan (Jika Perlu)

e) Menguatkuasakan peraturan dan syarat aktiviti

f) Mengikut jadual/aturcara yang dirancang

g) Menjaga keselamatan peserta

h) Menyediakan petugas yang mencukupi

i) Menyediakan keperluan prasarana yang sesuai

j) Membuat bayaran (jika ada)

Page 58: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

58

k) Mengawal aktiviti berjalan lancar

5. Penilaian

a) Menilai aktiviti melalui Borang Penilaian Keberkesanan Aktiviti.

b) Penilaian aktiviti melalui e-SPEL. (jika perlu)

c) Menyediakan sijil dan surat penghargaan

6. Laporan Aktiviti

Penganjur perlu menyediakan laporan projek dengan merumuskan semula

pelaksanaan projek dari aspek;

a) Kesesuaian tarikh, masa dan tempat

b) Kecapaian matlamat/objektif aktiviti

c) Masalah yang dihadapi (jika ada)

d) Langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi

e) Cadangan penambahbaikan pada masa akan datang

7. Penambahbaikan berterusan

a) Laporan aktiviti dibentang dalam Mesyuarat Post-Mortem

b) Cadangan dalam mesyuarat digunakan untuk menambahbaik aktiviti

akan datang

c) Semua dokumen difail/rekod dengan selamat.

Page 59: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

59

URUSAN PERKHIDMATAN

PENGANJURAN AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI OLEH PELAJAR

1. Pendahuluan

Dokumen ini bertujuan memberi garis panduan penganjuran aktiviti Sukan

oleh pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Perkhidmatan

Pusat Sukan membantu pelajar dalam aspek berikut:

a) Khidmat nasihat

Penyediaan kertas kerja, konsep, acara dan atur cara,

pengisian aktiviti, penglibatan dan penyertaan.

Jenis aktiviti, lokasi, promosi, keselamatan.

Menentukan perasmi dan jemputan VVIP

b) Kelulusan

Pusat Sukan akan memperakukan dan menyokong kertas kerja.

Mengemukakan kepada Pusat Perkembangan Pelajar (PPP)

untuk kelulusan.

c) Bimbingan / Latihan

Menyediakan Carta Gantt aktiviti

Menyediakan mesyuarat berkala aktiviti yang dirancang

Menyediakan peraturan/jadual/syarat sekiranya berbentuk

pertandingan.

Menguruskan hal-hal promosi, tajaan dan penyertaan.

Menguruskan majlis persmian/penutup

Penyediaan laporan aktiviti dan kewangan

d) Kemudahan (peralatan sukan, teknikal dan gelanggang)

Mendapatkan khidmat kepengadilan

Mengenalpasti kesesuaian prasarana sukan

Menyediakan kemudahan yang dipohon

Page 60: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

60

Penjagaan dan keselamatan kemudahan/peralatan

e) Kewangan

Mendapatkan tajaan

Bantuan kewangan untuk aktiviti sukan terpilih

f) Perlaksanaan dan Pemantauan

Kakitangan Pusat Sukan akan terlibat secara langsung

sepanjang perlaksanaan aktiviti. Sebarang permasalahan akan

diselesaikan secara bersama.

Memastikan pegawai insiden bersedia bagi sebarang

kecemasan.

Perbincangan di antara pelajar (penganjur) dengan pihak Pusat

Sukan (pegawai yang berkenaan) di adakan secara berkala bagi

memastikan aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan

dengan lancar .

Penilaian Keberkesanan Aktiviti dibuat melalui borang yang

disediakan.

3. Rujukan:

a) Syarat dan Peraturan Penganjuran Aktiviti Sukan UKM

b) Prosedur Pinjaman Peralatan (Pusat Sukan)

c) Prosedur Permohonan Kelulusan Aktiviti Pelajar (PPP)

Page 61: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

61

URUSAN PERKHIDMATAN PINJAMAN PERALATAN SUKAN

1. Pendahuluan

Dokumen ini bertujuan memberi garis panduan pengurusan permohonan

pinjaman peralatan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Kategori Peralatan

a) Peralatan Sukan

b) Jersi Sukan

c) Alat Siaraya

(Rujuk senarai peralatan sukan, teknikal dan pakaian Pusat Sukan)

3. Waktu berurusan

Isnin- Khamis : 8.00 pagi - 12.45 tengahari

2.15 petang - 5.00 petang

Jumaat : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

3.00 petang - 5.00 petang

(Dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum tertakluk kepada kelulusan)

4. Pelaksanaan

a) Permohonan melalui surat

i. Permohonan Pinjaman Peralatan daripada pelanggan boleh

dibuat melalui surat permohonan rasmi.

ii. Ketua Pusat Sukan menilai permohonan berdasarkan surat

permohonan rasmi

iii. Kelulusan dimaklumkan kepada pemohon secara bersurat

iv. Permohonan tertakluk kepada syarat-syarat penggunaan

peralatan

b) Permohonan melalui borang

i. Pemohon diminta mengisi Borang Permohonan Pinjaman

Peralatan di kaunter pinjaman.

Page 62: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

62

Jenis dan jumlah peralatan sukan yang dipohon

Tarikh pinjaman peralatan sukan

Tarikh pemulangan pinjaman peralatan sukan

ii. Kelulusan permohonan dimaklumkan secara terus berdasarkan

stok sedia ada.

iii. Pemohon tertakluk kepada syarat-syarat penggunaan peralatan.

c) Syarat dan peraturan pinjaman

i. Bagi warga UKM, pinjaman peralatan adalah percuma

manakala bagi pihak luar dikenakan bayaran mengikut kadar

yang telah ditetapkan oleh universiti.

ii. Permohonan hendaklah dibuat secara bersurat selewat-

lewatnya tujuh (7) hari sebelum penggunaan

iii. Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya di atas keselamatan

peralatan

iv. Tempoh pinjaman dan pengambilan peralatan tertakluk kepada

kelulusan pinjaman

v. Tempoh pemulangan peralatan antara satu hingga empat belas

(14) hari selepas penggunaan

vi. Peralatan yang lewat dihantar akan diberi surat peringatan atau

amaran

vii. Peminjam diminta mengganti peralatan sekiranya berlaku

kerosakan peralatan yang dipinjam.

viii. Peralatan yang hilang perlu diganti berdasarkan harga pasaran

d) Pemulangan Peralatan

i. Setelah menerima semula peralatan yang dipinjam, peralatan

tersebut akan diperiksa dari segi kecukupan dan kerosakan

ii. Jika didapati tidak cukup pemohon perlu memulangkan baki

iii. Sekiranya alat yang dipinjam didapati hilang atau rosak, maka

pemohon hendaklah menggantikan semula alat tersebut atau

membayar gantirugi mengikut harga pasaran.

iv. Sekiranya gantirugi tidak dibayar, surat peringatan pertama

akan diberikan kepada peminjam.

Page 63: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

63

v. Sekiranya tiada tindakan dalam tempoh 14 hari selepas surat

peringatan pertama dikeluarkan, surat peringatan terakhir akan

dihantar kepada peminjam.

Sekiranya tiada tindakan dalam tempoh 7 hari selepas surat peringatan terakhir

dikeluarkan, tindakan pemotongan gaji, biasiswa, wang hemat diri akan dikenakan.

e) Pemulangan peralatan yang lengkap sahaja akan disahkan untuk

disimpan dan direkodkan.

Rujukan:

a) Jawatankuasa Tetap Kewangan Universiti

Page 64: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

64

URUSAN PENGANJURAN AKTIVITI PUSAT SUKAN

1. Pendahuluan

Dokumen ini bertujuan memberi garis panduan penganjuran aktiviti Pusat

Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia merangkumi

perancangan,kelulusan,perlaksanaan, penilaian dan penambahbaikan

berterusan.

2. Perancangan Aktiviti Sukan

a. Merancang aktiviti sukan sepanjang tahun dengan membincangkan

kesesuaian aktiviti, tarikh dan masa serta anggaran pendapatan dan

perbelanjaan setiap aktiviti.

b. Menyediakan kertas kerja yang merangkumi tujuan, objektif, tarikh,

lokasi, penyertaan, jawatankuasa dan anggaran bajet.

c. Menyediakan Carta Gantt aktiviti yang berkaitan.

d. Menyediakan dokumen tambahan seperti syarat dan peraturan

pertandingan jika perlu.

3. Kelulusan

Mohon Kelulusan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

(TNC HEPA) dengan melampirkan kertas kerja yang lengkap.

4. Pelaksanaan

a) Setelah mendapat kelulusan TNC HEPA, urusetia perlu mengadakan

Mesyuarat Jawatankuasa Induk (jika perlu) dan Mesyuarat

Jawatankuasa Pelaksana bagi merancang pelaksanaan projek.

b) Membuat semakan tugas secara berterusan mengikut pembahagian

tugas jawatankuasa.

c) Memohon Pendahuluan Kewangan dengan mengisi Borang

Pendahuluan Pelbagai

d) Menguatkuasakan peraturan dan syarat aktiviti

e) Mengikut jadual/aturcara yang dirancang

f) Menjaga keselamatan peserta

g) Menyediakan petugas yang mencukupi

Page 65: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

65

h) Menyediakan keperluan prasarana yang sesuai

i) Membuat bayaran (jika ada)

j) Mengawal aktiviti berjalan lancar

5. Penilaian

a) Menilai aktiviti melalui Borang Penilaian Keberkesanan Aktiviti.

b) Penilaian aktiviti melalui e-SPEL. (jika perlu)

c) Menyediakan sijil dan surat penghargaan

6. Laporan Aktiviti

Penganjur perlu menyediakan laporan projek dengan merumuskan semula

pelaksanaan projek dari aspek;

a) Kesesuaian tarikh, masa dan tempat

b) Kecapaian matlamat / objektif aktiviti.

c) Masalah yang dihadapi (jika ada).

d) Langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

e) Cadangan penambahbaikan pada masa akan datang.

7. Penambahbaikan berterusan

a) Laporan aktiviti dibentang dalam Mesyuarat Post-Mortem.

b) Cadangan dalam mesyuarat digunakan untuk menambahbaik.

c) Aktiviti akan datang.

d) Semua dokumen difail/rekod dengan selamat.

Page 66: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

66

URUSAN PERKHIDMATAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN SUKAN

1. Pendahuluan

Bertujuan memberi penjelasan dan panduan penggunaan kemudahan Sukan

untuk aktiviti Pelajar dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia

berdasarkan Syarat dan Peraturan Penggunaan Kemudahan Sukan.

2. Ruang Kemudahan Sukan Yang Disediakan;

a) Ruang Dewan Gemilang

b) Padang Sukan

c) Gelanggang Sukan

4. Jenis-Jenis Aktiviti di Ruang Gemilang

a) Penggunaan yang berbentuk ilmiah seperti Simposium, Seminar,

Kursus, Bengkel dan lain-lain

b) Program berbentuk kesukanan

c) Program-program kemasyarakatan seperti perhimpunan, pelancaran

dan lain-lain tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Pengurusan

Universiti (MPU)

4. Waktu berurusan

Isnin- Khamis : 8.00 pagi - 12.45 tengahari

2.15 petang - 5.00 petang

Jumaat : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

3.00 petang - 5.00 petang

(Ditutup pada hari Cuti Umum)

5. Tempahan Padang Sukan

a) Permohonan penggunaan Padang Sukan hendaklah menggunakan

Borang Permohonan Penggunaan Kemudahan Sukan yang boleh

didapati di Pusat Sukan atau mana-mana Unit/Pusat di JPPel dan

laman web JPPel (www.ukm.my/JPPel)

Page 67: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

67

b) Sebelum tempahan dibuat, pemohon mengadakan perbincangan

dengan pegawai yang bertanggung jawab mengenai kesesuaian tarikh

dan syarat/peraturan.

c) Permohonan akan dinilai oleh Ketua Pusat Sukan berdasarkan

peraturan Universiti sebelum kelulusan diberikan.

d) Permohonan yang diluluskan akan direkodkan dalam buku jadual

tempahan kemudahan dan Pemohon diminta berbincang dengan

Pegawai Sukan (Kemudahan) mengenai kemudahan teknikal dan

susun atur/jadual penggunaan.

e) Penggunaan wajib mematuhi perkara-perkara yang tidak dibenarkan

semasa penggunaan kemudahan sukan.

f) Pemantauan proses persiapan dan pelaksanaan akan dilakukan

sebelum, semasa dan selepas penggunaan oleh Juruteknik Pusat

Sukan.

g) Juruteknik Pusat Sukan mengemukakan Borang Laporan Penggunaan

Kemudahan Sukan satu (1) hari selepas penggunaan untuk makluman

dan ulasan Ketua Pusat Sukan.

h) Pengguna diminta mengemukan surat tunjuk sebab atau berbincang

cara penyelesaian masalah sekiranya laporan penggunaan ruang tidak

memuaskan.

i) Perkara yang melibatkan gantirugi dirujuk ke Jabatan Bendahari

Rujukan:

a) Jawatankuasa Tetap Kewangan Universiti

b) Prosedur Kewangan Universiti

Page 68: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

68

URUSAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR

(PERUBATAN DAN PERGIGIAN )

1. PENDAHULUAN

1.1. Perkhidmatan kesihatan primer (perubatan / pergigian) disediakan

kepada pelajar di Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perkhidmatan ini tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:

a) Akta Perubatan 1971

b) Akta Pergigian 1971

c) Nurses Act 1950

d) Medical Asistants (Registration) 1977) and Regulation 1979

e) Poisons Act & Regulations 1952

f) Medical Code of Professional Conduct

g) Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar UKM

1.2 Pelajar dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan dan

menyerahkan Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan semasa

mendaftar di Universiti untuk melayakan mereka mendapat

kemudahan rawatan.

1.3 Kes yang tidak ditanggung di bawah Skim Perkhidmatan Kesihatan

Pelajar:

a) Rawatan di luar sesi pengajian (cuti antara sesi).

b) Rawatan selain daripada Hospital/Klinik Kerajaan.

c) Peralatan bantuan perubatan atau ‘prosthesis’ seperti cermin

mata, tongkat, kerusi roda, anggota tiruan dan sebagainya.

d) Penyakit kronik atau masalah kesihatan yang sedia ada

sebelum masuk universiti.

e) Rawatan, alat-alat bagi tujuan perancang keluarga.

f) Rawatan yang berkaitan dengan mengandung atau melahirkan

bayi (rawatan materniti).

g) Rawatan bagi tujuan kosmetik.

h) Rawatan di luar negara.

Page 69: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

69

2. PROSES MENDAPATKAN RAWATAN

2.1 PENDAFTARAN

2.1.1 Semua urusan pendaftaran bagi mendapatkan rawatan

dilakukan di Kaunter Pendaftaran (Perubatan / Pergigian).

Proses ini memerlukan Kad Matrik bagi menyemak status

pesakit di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP). Hanya pelajar

yang berdaftar sahaja diberikan rawatan (percuma).

2.1.2 Kakitangan yang bertanggungjawab melaksanakan proses

pendaftaran adalah seperti berikut:

a) Ketua Jururawat

b) Penolong Pegawai Perubatan

c) Jururawat

d) Pegawai Khidmat Pelanggan

2.1.3 Waktu Urusan:

Isnin – Khamis : 7.30 pagi – 12.45 tengah hari

2.00 petang – 5.30 petang

Jumaat : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari

2.45 petang – 5.30 petang

(Ditutup pada hari Cuti Umum)

2.1.4 Kerahsiaan Maklumat Pesakit

Semua Fail Pesakit disimpan di tempat yang selamat secara

sistematik.Hanya kakitangan yang telah dipertanggungjawabkan

sahaja boleh mengakses Fail Pesakit bagi menjaga kerahsiaan

maklumat pesakit. Pesakit tidak dibenarkan menyimpan fail

sendiri.

Page 70: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

70

2.2. RAWATAN

2.2.1. Rawatan Pesakit Luar

a) Rawatan ini diberikan di Klinik Perubatan dan Surgeri

Pergigian Pusat Kesihatan mengikut sistem giliran.

b) Pegawai yang bertanggungjawab memberi dan

menentukan jenis rawatan adalah Pegawai yang

berkelayakan, berdaftar dan mempunyai Sijil Amalan

Tahunan (APC) seperti berikut :

i. Pegawai Perubatan / Pegawai Pergigian

ii. Penolong Pegawai Perubatan

c) Jenis- jenis kes yang boleh dirawat :

i. Kes Perubatan yang biasa (rawatan pesakit luar)

ii. Penyakit kronik (Kencing manis, Darah Tinggi,

Sakit Jantung, Asthma dan lain-lain kes yang

seumpamanya).

iii. Tampalan, Cabutan Gigi, Pengskaleran,

Penggilapan dan Pembedahan Kecil Mulut.

2.2.2. Rawatan Kecemasan - Waktu Pejabat

a) Rawatan ini diberikan di Bahagian Kecemasan, Pusat

Kesihatan.

b) Antara kes / perkhidmatan yang boleh diberi rawatan

adalah seperti berikut:

i. Kesukaran bernafas / lelah / asma

ii. Tercekik

iii. Sakit dada yang berterusan

iv. Pengsan / tidak sedarkan diri atau mengalami

renjatan

v. Kemalangan jalan raya dengan kecederaan serius

vi. Cirit birit yang teruk dan berterusan

vii. “Overdose” ubat-ubatan

viii. Luka atau melecur yang teruk

Page 71: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

71

ix. Rawatan gigitan serangga/binatang berbisa

x. Serangan sawan (fits)

xi. Percubaan bunuh diri

xii. Lain-lain kes yang berkaitan.

c) Pegawai yang bertanggungjawab memberi rawatan

adalah Pegawai yang berkelayakan, berdaftar dan

mempunyai Sijil Amalan Tahunan (APC):

i. Pegawai Perubatan / Pegawai Pergigian

ii. Penolong Pegawai Perubatan

iii. Jururawat

2.2.3 Perkhidmatan Rawatan Atas Panggilan (On-Call) - Selepas

Waktu Pejabat ( untuk pelajar UKM sahaja)

a) Perkhidmatan ini disediakan untuk kes-kes kecemasan

yang ditakrifkan seperti berikut:

i. Kes yang boleh mengancam nyawa.

ii. Kes yang boleh menyebabkan kecacatan

berkekalan.

iii. Kes yang menyebabkan kesengsaraan yang teruk

seperti demam panas yang kuat (melebihi suhu

39.5°C), kesakitan yang amat sangat dan

sebagainya.

b) Contoh kes kecemasan: (Rujuk 2.2.2 - ii)

c) Kes kecemasan yang amat serius dan mengancam

nyawa yang memerlukan rawatan paling segera

hendaklah dihantar terus ke hospital yang terdekat iaitu

Hospital Kajang atau Hospital Serdang.

d) Langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mendapatkan

rawatan selepas waktu pejabat:

i. Minta bantuan ahli Bulan Sabit Merah Kolej atau

Felo Kolej,

ii. Dapatkan maklumat berikut:

Nama pesakit

Page 72: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

72

Masalah yang dihadapi

Tahap keterukan

Lokasi di mana pesakit berada

iii. Hubungi Pegawai Perubatan / Paramedik (On-call)

iv. Ikut arahan seterusnya daripada Pegawai

Perubatan / Paramedik On-Call.

2.2.4 Perkhidmatan Sokongan Klinikal

A. Makmal Perubatan

i. Ujian yang dilakukan adalah mengikut arahan

yang diberikan oleh Pegawai Perubatan / Pegawai

Pergigian melalui Borang Permohonan Ujian

Makmal/ Pemeriksaan Makmal.

ii. Antara ujian yang dilaksanakan ialah :

Ujian Urine FEME (termasuk dadah)

Pemeriksaan Darah (kandungan gula, Full

Blood Count, Basic Clinikal Biochemistry)

Dengue Antibody dan sebagainya.

iii. Pegawai yang bertanggungjawab melaksanakan

ujian tersebut:

Juruteknologi Makmal Perubatan

Pembantu Makmal

B. Pemeriksaan X-Ray

i. Ujian yang dilakukan hanya ujian yang asas (plain

x-ray) seperti X-ray dada (chest X-ray), X-ray

extremiti, skull X-ray, X-ray Abdomen/KUB dan

Periapical Radiografi (Pergigian).

ii. Permohonan dibuat melalui Borang Permohonan

Pemeriksaan Radiologi (UKM/JPPEL/PKes-BR04)

yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan /

Pegawai Pergigian.

Page 73: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

73

iii. Kakitangan yang bertanggungjawab

melaksanakan pemeriksaan ini ialah Juru X-ray

atau Pembantu Pembedahan Pergigian (untuk x-

ray pergigian).

2.3 PEMBEKALAN UBAT

2.3.1 Perkhidmatan bekalan ubat dilakukan di Unit Farmasi, Pusat

Kesihatan.

2.3.2 Pegawai Perubatan / Pegawai Pergigian / Penolong Pegawai

Perubatan bertanggungjawab menentukan jenis rawatan untuk

pesakit.

2.3.3 Pegawai Perubatan / Pegawai Pergigian / Penolong Pegawai

Perubatan hanya boleh memberi preskripsi ubat-ubat yang

sedia ada di dalam formulari Farmasi Pusat Kesihatan.

2.3.4 Pembekalan ubat dan bukan ubat atas permohonan:

i. Semua permohonan bagi bekalan ubat dan bukan ubat

(First Aid) perlu melalui surat.

ii. Kelulusan permohonan diluluskan oleh Ketua Pusat

Kesihatan/Pegawai Perubatan yang diwakilkan

iii. Bekalan disediakan dan disahkan oleh Penolong

Pegawai Farmasi.

iv. Pelanggan perlu mengesahkan penerimaan bekalan

melalui Borang Permohonan Alatan/Keperluan (Stor)

(rujukan UKM/JPPel-BR05).

3. RUJUKAN KLINIK PAKAR / HOSPITAL

3.1. Kes-kes seperti berikut akan dirujuk ke Klinik Pakar/Hospital Kerajaan:

3.1.1 Kes yang tidak mampu dirawat sepenuhnya di Pusat Kesihatan.

3.1.2 Kes yang memerlukan kajian dan rawatan selanjutnya.

3.1.3 Kes yang memerlukan ubat-ubatan khusus yang tidak

dibekalkan oleh Pusat Kesihatan.

Page 74: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

74

3.2 Tanggungjawab merujuk kes tersebut adalah Pegawai Perubatan /

Pegawai Pergigian Pusat Kesihatan Universiti.

3.3 Surat Jaminan Rawatan (Rawatan yang akan ditanggung oleh

Universiti)

Pengesahan Surat Jaminan Rawatan dilakukan oleh Pegawai

Perubatan/ Pegawai Pergigian Pusat Kesihatan atau Penolong

Pendaftar di Fakulti (Perubatan, Pergigian, Sains Kesihatan Bersekutu,

dan Farmasi).

Page 75: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

75

URUSAN PENGANJURAN AKTIVITI KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

1. Pendahuluan

Dokumen ini bertujuan memberi garis panduan penganjuran aktiviti

kebudayaan di Universiti Kebangsaan Malaysia merangkumi perancangan

kertas kerja, kelulusan, mewujudkan jawatankuasa, mengatur mesyuarat,

penyediaan anggaran pendapatan dan perbelanjaan, menyediakan jadual

latihan, mesyuarat pengurusan, menyediakan atur cara, skrip pentadbiran

atau skrip persembahan, penyediaan laporan projek dan keseluruhan di

peringkat Pusat Kebudayaan.

2. Perancangan Aktiviti Kebudayaan dan Kesenian

a) Merancang aktiviti kebudayaan sepanjang tahun dengan

membincangkan kesesuaian aktiviti, tarikh dan masa serta anggaran

pendapatan dan perbelanjaan setiap aktiviti / projek. Proses membuat

perancangan perlu juga merujuk kepada Laporan Tahunan terdahulu.

b) Menyediakan Kertas Kerja Setiap Aktiviti dan Anggaran Pendapatan

dan Perbelanjaan Aktiviti. Kertas kerja yang disediakan perlu

merangkumi maklumat-Maklumat berkaitan tujuan, objektif, tarikh

majlis / aktiviti, penyertaan, AJK pelaksana dan anggaran belanjawan.

3. Kelulusan

Mohon Kelulusan TNC HEPA. Permohonan perlu dilampirkan jadual

Perancangan Aktiviti Tahunan yang lengkap, kertas kerja dan anggaran

peruntukan aktiviti. Kelulusan TNC HEPA adalah berdasarkan kepada Syarat

Dan Peraturan Aktiviti Kesenian Kampus.

4. Pelaksanaan

a) Setelah telah mendapat kelulusan TNC HEPA, urusetia/penganjur

perlu mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk (jika perlu /

mengikut keperluan projek) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana

bagi merancang pelaksanaan projek.

Page 76: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

76

b) Membuat semakan tugas secara berterusan mengikut pembahagian

tugas jawatankuasa.

c) Memohon Pendahuluan Kewangan (Jika Perlu);

i. Mengisi Borang Permohonan Pendahuluan dengan

ditandatangani oleh Bendahari projek dan lampirkan anggaran

perbelanjaan kepada TPJPPel untuk pengesahan dan

dikemukakan terus kepada Bendahari bagi mendapat

pendahuluan kewangan mengadakan aktiviti kebudayaan dan

membuat salinan permohonan untuk tujuan susulan dan rekod.

d) Menguruskan pembayaran dan pembelian peralatan dan keperluan

berkaitan aktiviti kebudayaan. Pembayaran dan pembelian peralatan

atau perkhidmatan untuk aktiviti kebudayaan dibuat menggunakan

wang pendahuluan atau pesanan rasmi atau B2. (Rujuk Prosedur

Kewangan Universiti)

e) Persiapan akhir perlaksanaan projek

i) Menentukan tarikh dan masa raptai sekurang-kurangnya dua

kali sebelum projek berlangsung (mengikut keperluan projek).

Raptai Pentadbiran

Raptai penuh

ii) Menyediakan aturcara/aturcara pentadbiran/ aturcara

persembahan.

f) Melaksanakan aktiviti seperti dirancang mengikut jadual kerja.

g) Menyediakan Soal Selidik Maklum Balas Penganjuran Aktiviti untuk

diedarkan kepada pelanggan semasa acara berlangsung bagi analisis

pencapaian objektif projek/aktiviti yang mengandungi perkara-perkara

berikut;

i. Nama Acara, Tarikh, Masa dan Tempat

ii. Jantina, Status (pelajar/kakitangan/orang awam)

iii. Bagaimana mengetahui mengenai acara/aktiviti tersebut

iv. Senarai objektif

h) Penyelaras projek perlu menyediakan laporan projek dengan

merumuskan semula pelaksanaan projek dari aspek;

i. Kesesuaian tarikh, masa dan tempat

ii. Kecapaian matlamat / objektif aktiviti.

Page 77: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

77

iii. Masalah yang dihadapi (jika ada)

iv. Langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi

v. Cadangan penambahbaikan pada masa akan datang

i) Membuat Mesyuarat Post-Mortem bertujuan menyelidik dan meneliti

sebarang kelemahan atau kekuatan bagi penganjuran aktiviti

kebudayaan pada masa akan datang.

j) Penyediaan Laporan Kewangan oleh Penyelaras atau bendahari

projek/program

i. Penyata berserta surat disahkan oleh Ketua Pusat Kebudayaan

dan Timbalan Pendaftar JPPel dan dihantar kepada Bendahari

ii. Memaklumkan lebihan dan kewangan dalam penyata tersebut

iii. Mendapatkan maklumbalas dari pihak Bendahari

k) Menyediakan Sijil atau Surat Penghargaan

i. Mengenalpasti pihak-pihak dan individu yang terlibat

ii. Menyiapkan dan menghantar surat penghargaan atau sijil

penghargaan kepada penama yang dikenalpasti.

l) Mengemaskini Dokumen dan Fail

a. Sebarang laporan dan minit mesyuarat berkaitan dengan aktiviti

kebudayaan tersebut disimpan dan dikumpulkan

b. Failkan semua dokumen berkaitan aktiviti kebudayaan tersebut.

Rujukan:

a) Syarat dan Peraturan Aktiviti Kebudayaan dan Kesenian Universiti

b) Prosedur Kewangan Universiti

c) Syarat dan Etika Persembahan dan kesenian kampus.

Page 78: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

78

URUSAN PERKHIDMATAN

PENGANJURAN AKTIVITI KEBUDAYAAN DAN KESENIAN PELAJAR

1. Pendahuluan

Dokumen ini bertujuan memberi garis panduan penganjuran aktiviti

kebudayaan dan kesenian pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Perkhidmatan

a) Khidmat nasihat

b) Bimbingan / Latihan

c) Kemudahan (peralatan muzik, teknikal dan busana)

(Tertakluk kepada syarat dan peraturan aktiviti kebudayaan dan kesenian

kampus)

3. Perancangan Aktiviti Kebudayaan dan Kesenian

a) Pelajar perlu berbincang dengan pegawai di Pusat Kebudayaan

mengenai cadangan kertas kerja yang berkaitan format penyediaan

kertas kerja, konsep, acara dan atur cara, pengisian persembahan,

penglibatan dan penyertaan.

b) Mendapatkan surat sokongan dari Pusat Kebudayaan sebelum

dikemukakan kepada pihak Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) untuk

mendapat kelulusan rasmi.

4. Pelaksanaan

a) Setelah mendapat kelulusan pihak Pusat Perkembangan Pelajar

(PPP), pelajar berkenaan perlu berbincang dengan pegawai berkenaan

di Pusat untuk mendapat khidmat nasihat bagi membantu

perlaksanaan program dari aspek;

i. Persembahan

ii. Produksi

iii. Teknikal

iv. Latihan

v. Peralatan

(Tertakluk kepada prosedur pinjaman peralatan)

Page 79: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

79

b) Pemantauan dan perbincangan secara berterusan di antara pelajar

(penganjur) dengan pihak kebudayaan (pegawai yang berkenaan) bagi

mempastikan aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan

lancar.

Rujukan:

a) Syarat dan Peraturan Penganjuran Aktiviti Kebudayaan dan Kesenian

Kampus

b) Prosedur Pinjaman Peralatan (Pusat Kebudayaan)

c) Prosedur Permohonan Kelulusan Aktiviti Pelajar (PPP)

Page 80: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

80

URUSAN PERKHIDMATAN PINJAMAN PERALATAN KEBUDAYAAN

1. Pendahuluan

Bertujuan menerangkan proses pengurusan permohonan pinjaman peralatan

kebudayaan untuk aktiviti kebudayaan dan kesenian Pelajar Universiti

Kebangsaan Malaysia merangkumi peralatan muzik, teknikal dan busana di

peringkat Pusat Kebudayaan.

2. Kategori Peralatan

a) Peralatan Muzik Moden

b) Peralatan Muzik Tradisional

c) Peralatan Sistem Suara dan Lampu Pentas

d) Busana moden, tradisional dan aksesori yang berkaitan

(Rujuk senarai peralatan muzik, teknikal dan busana Pusat Kebudayaan)

3. Waktu berurusan

Isnin – Khamis : 8.30 pagi - 12.45 tengahari

2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat : 8.30 pagi – 12.00 tengahari

2.45 petang - 5.00 petang

(Ditutup pada hari Cuti Umum)

4. Pelaksanaan

a) Permohonan Pinjaman Peralatan daripada pelanggan boleh dibuat

melalui surat permohonan rasmi.

b) Ketua Pusat Kebudayaan menilai permohonan berdasarkan syarat dan

peraturan Universiti sebelum kelulusan diberikan.

c) Kelulusan dimaklumkan kepada pemohon secara bersurat yang

mengikut surat pemohonan.

d) Pengguna yang pemohonannya yang diluluskan diminta berbincang

dengan penyelaras pinjaman peralatan kebudayaan mengenai;

Page 81: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

81

i) Syarat dan peraturan pinjaman;

Permohonan hendaklah dibuat secara bersurat selewat-

lewatnya tujuh (7) hari sebelum penggunaan

Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya di atas

keselamatan peralatan

Tempoh pinjaman dan pengambilan peralatan tertakluk

kepada kelulusan pinjaman

Tempoh pemulangan peralatan antara satu hingga tiga

(3) hari selepas penggunaan

Peralatan yang lewat dihantar akan diberi surat

peringatan atau amaran

Peminjam diminta mengganti peralatan sekiranya berlaku

kerosakan peralatan yang dipinjam

Peralatan yang hilang perlu diganti berdasarkan harga

pasaran

ii) Jenis dan jumlah peralatan kebudayaan yang dipohon;

iii) Tarikh pinjaman peralatan kebudayaan;

iv) Tarikh pemulangan pinjaman peralatan kebudayaan.

e) Pemohon diminta mengisi Borang Permohonan Pinjaman Peralatan

setelah pemohon berbincang mengenai item dan kuantiti peralatan

yang akan dipinjam sebelum peralatan diserahkan kepada pemohon.

f) Pemohon diminta memulangkan semula peralatan sehari (1) hingga

tiga (3) hari selepas penggunaan oleh pemohon. Pemohon yang lewat

memulangkan peralatan akan diberi surat peringatan dan amaran.

g) Setelah menerima semula peralatan yang dipinjam, peralatan tersebut

akan diperiksa dari segi kecukupan dan kerosakan

i. Jika didapati tidak cukup mohon peminjam pulangkan baki

ii. Sekiranya alat yang dipinjam didapati hilang atau rosak, maka

pemohon hendaklah menggantikan semula alat tersebut atau

membayar gantirugi mengikut harga pasaran.

Page 82: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

82

iii. Sekiranya gantirugi tidak dibayar, surat peringatan pertama

akan diberikan kepada peminjam.

iv. Sekiranya dalam tempoh selepas 14 hari surat peringatan

pertama dikeluarkan, hantar surat peringatan terakhir kepada

peminjam.

v. Dalam tempoh 14 hari selepas surat peringatan terakhir,

sekiranya peminjam gagal membayar pemotongan gaji,

biasiswa, pinjaman dan wang hemat diri.

h) Pemulangan peralatan yang lengkap sahaja akan disahkan untuk

disimpan dan direkodkan.

Rujukan:

a) Syarat dan Peraturan Aktiviti Kebudayaan dan Kesenian Universiti

b) Prosedur Kewangan Universiti

Page 83: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

83

URUSAN PERKHIDMATAN PENGGUNAAN RUANG DECTAR

1. Pendahuluan

Bertujuan memberi penjelasan dan panduan penggunaan ruang DECTAR

untuk aktiviti Pelajar dan Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia

berdasarkan Syarat dan Peraturan Penggunaan DECTAR.

2. Ruang Yang Disediakan;

a) Ruang Dewan Besar

b) Panggung Seni

c) Studio

3. Jenis-Jenis Aktiviti di Ruang DECTAR

a) Penggunaan yang berbentuk ilmiah seperti Simposium, Seminar,

Kursus, Bengkel dan lain-lain.

b) Program berbentuk kebudayaan dan kesenian

c) Program-program kemasyarakatan seperti perhimpunan, pelancaran

dan lain-lain tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Pengurusan

Universiti (MPU)

4. Waktu berurusan

Isnin – Khamis : 8.30 pagi - 12.45 tengahari

2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat : 8.30 pagi – 12.00 tengahari

2.45 petang - 5.00 petang

(Ditutup pada hari Cuti Umum)

6. Tempahan Ruang DECTAR

a) Permohonan penggunaan ruang (DECTAR) hendaklah menggunakan

Borang Permohonan Penggunaan Ruang yang boleh didapati di Pusat

Kebudayaan atau mana-mana Unit/Pusat di JPPel dan laman web

JPPel (www.ukm.my/JPPel)

Page 84: URUSAN PERKHIDMATAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 1. PENDAHULUAN · PENDAHULUAN Tabung Kebajikan Pelajar bertujuan: a) Untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia dalam

DOKUMEN TADBIR URUS (GOVERNANS) PUSAT KHIDMAT SISWA

84

b) Sebelum tempahan dibuat, pemohon mengadakan perbincangan

dengan pegawai yang bertanggung jawab mengenai kesesuaian tarikh

dan syarat/peraturan.

c) Permohonan akan dinilai oleh Ketua Pusat Kebudayaan berdasarkan

peraturan Universiti sebelum kelulusan diberikan.

d) Permohonan yang diluluskan akan direkodkan dalam buku jadual

tempahan DECTAR dan Pemohon diminta berbincang dengan

Pegawai Kebudayaan (Teknikal) mengenai kemudahan teknikal dan

susun atur/jadual penggunaan.

e) Pengguna wajib mematuhi perkara-perkara yang tidak dibenarkan

semasa penggunaan ruang DECTAR seperti penggunaan bahan api

yang tidak dibenarkan (Rujuk Syarat dan Peraturan Penggunaan

Ruang DECTAR).

f) Pemantauan proses persiapan dan pelaksanaan akan dilakukan

sebelum, semasa dan selepas penggunaan oleh Juruteknik Awam.

g) Juruteknik Awam mengemukakan Borang Laporan Penggunaan

DECTAR satu (1) hari selepas penggunaan untuk makluman dan

ulasan Ketua Pusat Kebudayaan

h) Pengguna diminta mengemukan surat tunjuk sebab atau berbincang

cara penyelesaian masalah sekiranya laporan penggunaan ruang tidak

memuaskan.

i) Perkara yang melibatkan gantirugi dirujuk ke Jabatan Bendahari

Rujukan:

a) Syarat dan Peraturan Penggunaan Ruang DECTAR

b) Prosedur Kewangan Universiti

c) Syarat dan Etika Persembahan Kebudayaan dan Kesenian Kampus