upacara kematian
TRANSCRIPT
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
UW00202
TAMADUN ISLAM DAN ASIA (TITAS)
TAJUK TUGASAN: UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN DI SABAH
SEKSYEN: 11
NAMA PENSYARAH: DR. NIZAITA OMAR
NAMA PELAJAR NO. MATRIK TANDATANGAN
NORAZREENA BINTI
BUSSERA
BK12110251
LEONG ZHAN YUAN BS12110291
CHEW LI TIAN BS12110081
NUR FARAH IZZATI BT
SHAMSUL ANUAR
BN12110137
KANYA DURGA A/P
PRAMKUMAR
BF12110074
TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN]
Isi kandungan
Perkara Muka Surat
1. Penghargaan 3
2. Pengenalan 4
3. Sejarah Kaum Kadasan Dusun 5 - 6
4. Upacara Kematian Kaum Kadazan
Dusun
4.1 Sebelum Pengembumian
4.2 Semasa Pengembumian
4.3 Selepas Pengembumian
7
5. Kesimpulan
6. Rujukan
7. Lampiran
Muka Surat | 2
TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN]
1. PENGHARGAAN
2. PENGENALAN
Muka Surat | 3
TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN]
Negeri Sabah merupakan salah satu negeri di negara Malaysia. Negeri ini
terletak di bahagian utara Pulau Borneo.Jiran yang terdekat pula ialah Sarawak,
Brunei dan Kalimantan Selatan. Di sebelah baratnya ialah Laut China Selatan
manakala di sebelah timurnya pula ialah Laut Sulu dan Celebes.
Negeri ini mempunyai lebih kurang 40 etnik suku kaum. Ia merupakan
sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan. Antara etnik
terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, dan Murut. Suku kaum etnik lain
pula ialah 1Bisaya, Kuijau, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu,
Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau,
Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang,
Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang,
Mangkaak, Tutung Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, dan Sukang.
PETA NEGERI SABAH
3. SEJARAH KAUM KADAZAN DUSUN
1 P.S. Shim, 2007,Inland People Of Sabah, hlm 56
Muka Surat | 4
TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN]
Masyarakat Kadazan merupakan etnik terbesar di negeri Sabah yang juga
dikenali sebagai 2negeri di bawah bayu. 3Masyarakat ini berasal dari Indo-China
dan dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun. Mereka sangat berpegang teguh
terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka. Ini dapat dibuktikan
melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan dalam aspek kelahiran,
perkahwinan, dan kematian.
KAUM KADAZAN
DUSUN
Pada suatu masa dahulu penggunaan perkataan Kadazan atau Dusun
mejadi satu topik yang menimbulkan salah faham. Ada golongan muda yang
lebih suka dipanggil sebagai orang Kadazan kerana perkataan Dusun bukanna
dicipta oleh mereka sendiri tetapi oleh orang Brunei yang pernah memerintah
Sabah. Tambahan pula, 4perkataan Dusun bermaksud kebun buah, dan pada
masa itu pekerjaan utama mereka ialah bercucuk tanam lalu mereka dipanggil
orang Dusun. Hal ini merupakan satu penghinaan bagi mereka kerana perkataan
Kadazan sudah pun sedia ada pada masa itu. Di pihak lain pula berasa
memandangkan datuk nenek mereka juga dipanggil orang Dusun, mereka tidak
sekalipun rasa tersinggung dengan panggilan itu.
2 http://malaysiana.pnm.my/01/010501sbhkdzan_pengenalan.htm
3 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-artikel/7481-etnik-sabah-dalam-kepelbagaian-kebudayaan.html3
4 Low Kok On, 2005, Membaca Lagenda dan Mitos Kadazandusun, hlm 3
Muka Surat | 5
TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN]
Untuk menyelesaikan masalah identiti krisis Kadazan dan Dusun yang
telah melumpuhkan pertumbuhan dan pembangunan etnik-etnik Kadazan-Dusun
dari segi sosio-budaya, ekonomi, dan politik sejak sentiment perkauman Kadazan
dan Dusun dipolitikkan dalam era 1960-an, pada 4 dan 5 november 1989
mesyuarat telah diadakan. Dalam mesyuarat tersebut telah dinyatakan
memandangkan pada masa kini kaum Kadazan sering dikaitkan dengan kaum
Dusun, maka dua kaum ini akan dikaitkan dibawah istilah “kadazan-dusun”.
Istilah ini akan diterima pakai setelah dipersetujui oleh satu badan bukan politik
(NGO). 5KCA (Kadazan Cultural Association) kemudiaannya ditukar juga menjadi
KDCA (Kadazan-Dusun Cultural Association) dalam mesyuarat ke-5 mereka.
LOGO KDCA
5 http://ceritasatumalam.blogspot.com/2010/07/kadazan.html
Muka Surat | 6
TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN]
4. SEBELUM PENGEBUMIAN
1. Mogombiruoh
Menurut masyarakat Kadazan, mereka mempercayai Mogombiruoh iaitu petanda
tentang kematian atau sembuh sesuatu penyakit itu melalui ramalan dukun
yang diterima melalui mimpi. Apabila berlaku nya sesuatu kematian, mereka
menganggap kematian tersebut sebagai satu musibah yang berpunca daripada
perbuatan iblis. Sebagai tanda menunjukkan kemarahan terhadap jin dan iblis
yang membinasakan si mati, harta benda seperti gong dan tajau di ketuk dengan
kuat bagi melepaskan geram mereka.
2. Memberitahu
Apabila seseorang dari masyarakat kadazan telah meninggal dunia, kejadian
tersebut perlulah disebarkan kepada seluruh penduduk kampung. Hal ini kerana
setiap ahli masyarakat perlu bersimpati dan bekerjasama supaya kesedihan
tidak hanya dialami oleh ahli keluarga mangsa.
-masyarakat kadazan mempunyai pantang larang dalam soal kematian. Oleh itu,
apabila upacara pengebumian dijalankan, setiap anggota masyarakat kadazan
tidak dibenarkan melakukan perkerjaan terutamanya pekerjaan menanam padi.
Ini kerana mereka percaya kalau anggota kadazan melakukan pekerjaan
tersebut tidak akan mendapat apa apa hasil dan penyakit-penyakit ada menimpa
kepada mereka pula. Namun, pantang larang ini hanya dikenakan kepada
mereka yang tinggal berhampiran sahaja, bagi masyarakat kadazan yang tinggal
berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.
3. Berjaga-jaga
Persiapan sebelum upacara pengebumian, ahli keluarga si mati akan
memandikan mayat tersebut. Seluruh tubuh mayat akan dicuci dengan
menggunakan air sehingga bersih dan wangi. Amalan memandikan si mati
adalah bukan sahaja sinonim kepada masyarakat Kadazan malahan ia turut
menjadi amalan kepada masyarakat dari agama lain. Upacara memandikan si
mati adalah dilakukan bagi membersihkan tubuh mayat dari sebarang
kekotoran. Setelah itu, seluruh tubuh si mati akan dilap sehingga kering serta
Muka Surat | 7
TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN]
mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian khas. Pakaian tersebut perlulah
pakaian yang bersih, cantik dan indah-indah.
Seterusnya, mayat yang telah lengkap dipakaikan dengan pakaian akan
direnjiskan dengan air wangi. Renjisan air wangi ini bertujuan bagi memastikan
mayat tersebut dalam keadaan harum. Seperti sedia maklum,tubuh seorang
mayat akan menghasilkan bau yang busuk apabila lewat dikebumikan. Yang
menjadi keunikan bagi masyarakat Kadazan, jika si mati sepanjang hayatnya
menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok kedalam mulut si mati.
Begitu juga jika si mati merupakan penghisap curut, maka ahli keluarga akan
menyelitkan curut di bibirnya buat seketika. Tujuannya supaya si mati tidak akan
kempunan kelak.
“Satu perkara sangat2 di-jaga supaya jangan sampai terjadi ia-lah kepada
mayat yang sedang terlantar itu dilangkahi oleh kuching. Sebab mengikut
keperchayaan mereka bahawa mayat itu akan menjelma hidup menjadi saorang
manusia Raksasa yang dahsyat, bengis dan sangat merbahaya jika ia di-langkahi
oleh kuching”.6
Sebelum mayat dikebumikan, mayat akan disimpan di rumah untuk
beberapa hari iaitu 3 hingga 7 hari. Mayat tersebut akan diletakkan diruang
tamu. Ahli keluarga perlu sentiasa memastikan agar mayat tersebut tidak
dilangkah oleh binatang seperti kucing kerana kepercayaan pantang larang
mereka menganggap mayat tersebut akan bangun, serta bertindak ganas
seperti manusia raksasa sehingga boleh membunuh sesiapa sahaja yang berada
di situ.
Selain itu, adat berjaga-jaga ini diamalkan adalah kerana masyarakat
Kadazan mempercayai bahawa apabila berlakunya kematian, tatkala suasana
bertukar menjadi gelap, disertakan dengan petir dan kilat yang sabung-
menyabung, maka iblis atau jin akan datang dengan menyerupai seekor burung
besar yang dipanggil ‘Pendaatan’. Burung tersebut akan menyerang si mati dan
akan cuba menerbangkan mayat tersebut. Oleh itu, ahli keluarga si mati akan
menyangkutkan kain pakaian di sekeliling kawasan mayat menjadi simbolik
sebagai seorang manusia sebagai langkah untuk mengelakkan daripada
serangan burung tersebut.
6 Zaini B Mohd Isa, 1969, Kebudayaan dan Adat Resam Kadazan & Murut, halaman 43-45.
Muka Surat | 8
TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN]
Begitu juga dengan suasana di rumah, semua ahli keluarga dan sudara
mara yang hadir dilarang untuk bercakap kasar, memarahi orang lain dan
memaki hamun. Suasana rumah perlulah sunyi dengan diiringi dengan pukulan
gong dan gendang yang akan dipalu sebanyak tiga kali iaitu semasa matahari
terbit, semasa matahari terbenam dan pada tengah malam. Gendang dan gong
tersebut dipalu dengan perlahan- lahan. Paluan gendang tersebut dipanggil
Surabaya.
4. Moginupus
Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati.
Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati
sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda
seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah
sebagai tanda marah mereka terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan
kematian saudara merekaTambahan lagi, bagi keluarga yang kaya dan
berkemampuan, mereka akan menyembelih kerbauataupu lembu pada hari
pengkebumian tersebut sebagai penghormatan yang terakhir kepada si mati.
Daging kerbau yang telah dimasakakan dimakan bersama-sama oleh semua
orang yang hadir pada hari itu. Tanduk kerbau atau lembu yang telah
dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati nanti.
5. SEMASA PENGEBUMIAN
Pengebumian
Mayarakat kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan keranda atau
tajau. Mayat akan dimasukkan ke dalam kain yang dibungkus dan diikat pada
sebatang kayu bagi memudahkan penduduk mengangkat mayat. Semasa
masuk ke kawasan perkuburan, bunyi-bunyian seperti gong, gendang, letupan
mercun atau senapang telah dipalu-palukan bertujuan untuk menakutkan hantu
daripada meresap masuk ke dalam tubuh badan.
Di kawasan perkkuburan tersebut akan ada seorang tua yang telah di khaskan
akan menunggu mayat tersebut. Orang tua tersebut perlu untuk menjalankan
jampi di liang kubur. Seterusnya, liang kubur akan disapu dengan daun pinang
Muka Surat | 9
TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN]
hijau bedasarkan kepercayaan mereka bertujuan untuk mengelakkan semangat
orang ramai yang mengikut ke tanah perkuburan akan tertinggal di lubang kubur
tersebut. Sebelum mayat di kebumikan, sebatang kayu beringin akan dicacakkan
di atas pusat mayat dan dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat demikian
untuk mengetahui sama ada si mati akan ingat pada keluarganya atau tidak.
Sekiranya kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika
tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.
Di samping itu, bagi masyarakat Kadazan, mereka mamasukkan mayatnya ke
dalam tajau yang besar dan ditutup sebelum ditanam. Tajau itu akan diukir
dengan lebih cantik dan diletakkan di atas kubur selama beberapa hari. Tajau
tersebut tidak meletakkan ke dalam kubur kerana untuk menanti saudara-mara
yang tinggal berjauhan untuk member penghormatan terakhir kepada mayat.
Ada juga kalangan masyarakat kadazan yang memasukkan tajau ke dalam hang
lahat. Sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan telad 7disiapkan dengan ukiran yang cantik, jenis kain dan pakaian, cekapa yang berisi
dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut kemampuan dan
kegemaran mangsa letakkan di tengah tengah pondok. Ahli keluarga perlu
menghantar makanan setiap petang selama tujuh hari berturut-berturut.
Mengikut kepercayaan kadazan, mereka percaya sebelum roh mangsa berpindah
ke tempat lain, mangsa masih memerlukan makanan dan minimum seperti
biasa. Makanan dan minuman tersebut tidak boleh diusik oleh sesiapapun,
jikalau diganggu akan didenda sugit atau sebanyak RM5 atau seekor ayam.
Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian
dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang
diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik
bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan
kematian, ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua
lembar benang menah. Selain itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau
lembu. Ketika balik ke rumah masing-masing, setiap orang dhendaki mandi
dengan segera, dan semua pakaian ditanggalkan dan direndam sehingga
keesokkan pagi. Barangan yang dimiliki oleh mangsa haruslah dibersih sehingga
bersih.
7 http://bmpk31.blogspot.com/2010/08/adat-pengurusan-kematian-kaum-kadazan.html
Muka Surat | 10
TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN]
6.SELEPAS PENGEBUMIAN
Majlis makan adalah adat yang terakhir dalam upacara kematian masyarakat
kadazandusun. Biasanya upacara ini dijalankan selepas pengebumian si mati.
Majils makan akan dijalankan pada tahap yang berlainan. Antara tahap majlis
makan yang diadakan adalah majlis makan tiga dan tujuh hari, majlis makan
empat puluh hari, majlis makan seratus hari dan majlis makan tiga tahun. Tahap
tersebut dijalankan disebabkan oleh beberapa tujuan berdasarkan kepercayaan
masyarakat kadazandusun.
Majlis Makan Tiga Dan Tujuh Hari
Majlis makan tiga hari akan diadakan selepas tiga hari mayat dikebumikan dan
majlis makan tujuh hari akan diadakan selepas tujuh hari mayat dikebumikan.
Keluarga si mati akan menitikkan titik lilin ke bawah rumah melalui celah lantai
sebanyak tiga kali pada hari majlis makan tiga hari dan tujuh kali untuk majlis
makan tujuh hari. Kenduri ini dijalankan secara kecil-kecilan dengan menjemput
saudara-mara dan sahabat yang terdekat sahaja. Makanan disediakan dalam
kenduri tersebut adalah bukannya istimewa malah makanan harian yang biasa
masyarakat kadazandusun.
Majlis Makan Empat Puluh Hari
Majlis makan empat puluh hari akan diadakan selepas empat puluh hari
kematian berlaku. Majlis ini akan dijalankan pada siang dan malam. Semua
saudara mara yang ada pertalian dengan keluarga si mati, sahabat handai jauh
dan dekat akan dijemput untuk menghadiri kenduri ini.Makanan yang
dihidangkan adalah kuih-muih, lauk-pauk, buah-buahan yang lazat, nasi dan
daging ayam.
Pada hari tersebut anak lelaki keluarga tersebut yang biasanya adalah
anak si mati akan ke kubur untuk menjemput si mati menyertai kenduri tersebut.
Makanan yang disediakan akan dijamu selera selepas anak leleki tersebut
pulang dari perkuburan.
Pada malam berikutnya, gong dan gendang akan dipalukan. Anak-anak si
mati akan menari tarian semazau secara bergili-gilir mengikut usia. Tarian ini
akan ditari mengeliling hidangan yang disediakan. Kemudian cucu-cucu akan
Muka Surat | 11
TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN]
menari diikuti dengan saudara mara yang berdekatan. Makanan akan
dihidangkan selepas upacara tarian Sumazau selesai.
Majlis Makan Seratus Hari
Majils ini akan diadakan selepas seratus hari kematian. Kenduri ini akan
dijalankan secara lebih besar daripada keduri makan empat puluh hari dan
seekor lembu atau kerbau serta beberapa ekor ayam akan disembelih untuk
kenduri ini. Tujuan kenduri ini dijalankan adalah untuk merasmikan penukaran
pakaian putih yang dipakai oleh keluarga si mati sebagai pakaian bergabung
dengan pakaian biasa. Pakaian tersebut akan dibakar sebaik sahaja selepas
ditanggalkan. Selepas adat tersebut selesai ahli keluarga bebas memakai
pakaian mengikut keinginan mereka. Adat menngunting rambut juga akan
dijalankan pada hari tersebut. Mengikut kepercayaan masyarakat kadazandusun
adat penukaran pakaian dan adat menggunting rambut diadakan untuk
menghilangkan segala kekotoran dan bala yang terlekat pada tubuh mereka.
Selain itu, mereka juga mempercayai bahawa semangat roh si mati akan hilang
daripada tubuh mereka.
Majlis Makan Tiga Tahun
Kenduri ini juga dinamakan sebagai kenduri minum yang bermaksud makan-
makan untuk kenangan. Kenduri minum ini akan diadakan secara besar-besaran
dan meriah sekali berbanding dengan kenduri sebelum ini.
Kenduri ini dimulakan pada pukul lapan malam. Makanan yang disediakan
adalah tujuh ekor ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas
ikan lain, tujuh ekor arak benas, satu tempayan tuak, tiga tempayan air tapai,
tiga puluh gantang kuih kelupis dan seekor kerbau. Makanan tersebut disediakan
oleh keluarga si mati, saudara-mara dan sahabat yang terdekat. Pada malam
kenduri, sebanyak tujuh dulang atau hidangan yang mengandungi tiga puluh biji
kelupis, seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin.
Seorang wanita tua akan bersama dengan hidangan tersebut sebagai pengurus
atau lebih dikenali sebagai pengupeh dalam kalangan masyarakat kadazan.
Muka Surat | 12
TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN]
Pengupeh akan duduk disebelah hidangan yang disediakan dengan
memegang sebilah pedang. Sebatang lilin akan diletakkan sebelah semua
hidangan. Pengupeh akan menyalakan lilin dan mula menjampi untuk
memanggil hantu yang hendak makan hidangan tersebut. Selepas iti hidangan di
talam akan dimasukkan di sebuah tempurung kelapa dan akan diletakkan di
pangkal tangga rumah. Adat ini dilangsungkan untuk memberitahu hantu supaya
tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup disitu.
Kemudian paluan gong dan gendang akan dibunyikan mengikut
namagendang minum tapai senasa pengupeh naik atas rumah. Selepas itu,
seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua rumah akan mu;a menari tarian
semazau. Pengupeh akan menyorongkan celapa yang berisi sirih pinang dan
mamberi ketua rumah secawan arak dan secawan tapai. Selepas itu, pengupeh
itu akan menarikan tarian Sumazau mengelilingi hidangan bersama dengan
penari lain.
Tarian semazau akan ditari oleh ahli keluarga dan sahabat yang dekat.
Selepas itu, barulah terbuka kepada orang ramai yang ada di situ. Penari
pertama harus menghabiskan arak yang diberikan oleh pengupeh dengan sekali
teguk. Adat berbahas pantun yang dinamakan bebogoh dalam bahasa kadazan
turut dilakukan selepas tarian semazau. Dua kumpulan yang diketuai oleh
seorang lelaki akan ditubuh untuk menjalankan adat ini dan orang yang tidak
dapat menjawab pantun harus minum arak dengan sekaligus.
Pada keesokan hari, hidangan akan diletakkan di ruang tamu. Talam
hidangan tersebut diperbuat daripada tembaga dan diisi denga sirih pinang dan
rokok daun. Pesta akan diadakan pada waktu malam dan tarian semazau akan
ditarikan dengan rancak sekali. Seorang lelaki yang mahir dalam tarian semazau
akan memulakan tarian diikuti dengan tujuh orang penari perempuan. Selepas
iti, tarian semazau dibuka kepada penari lain secara bergilir-gilir.
Mengikut masyarakat kadazandusun mereka mempercayai bahawa roh
dan jasad adalah gabungan seseorang dan setelah seseorang itu mati
perpisahan roh dan jasad berlaku.
Muka Surat | 13
TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN]
Muka Surat | 14