unsur-unsur kata pinjaman dalam bahasa melayu

10
3. Penganalisa unsur-unsur perkataan pinjaman dalam bahasa Melayu. Di bab ini, penulis menganalisa kata-kata asing yang tergolong menurut bahas a asal-usul masing-masing dan mempertimbangkan hubungan antara masyarakat Melayu dan kebudayaan luar melalui hasil analisa tersebut. 3.1. Perkataan pinjaman dari bahasa Sanskrit Penghijrahan orang dari India ke Dunia Melayu telah mempengaruhi perubahan masyarakat tempatan berabad-abad lamanya sejak dari kurun pertama Masihi. Mereka membawa bukan sahaja agama Budha dan Hindu tetapi juga pemerintahan beraja, kesusasteraan, geografi,hukum,ilmu nujum,ubat,seni pahat,pengolahan logam,kain sutera dan sebagainya. Perkara itu memberi faedah yang penting kepada dunia Melayu. Oleh yang demikian,beberapa faktor yang berkaitan boleh dijumpai dalam perkataan bahasa Sanskrit yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu. Sebahagian perkataan berasal dari bahasa Sanskrit boleh dibahagikan kepada tiga bidang, iaitu “konsep kewujudan”,”pembentukan pertubuhan sosial kelas” dan “permulaan perdagangan”.

Upload: muhammad-syafiq

Post on 29-Jun-2015

539 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNSUR-UNSUR KATA PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

3. Penganalisa unsur-unsur perkataan pinjaman dalam bahasa Melayu.

Di bab ini, penulis menganalisa kata-kata asing yang tergolong

menurut bahas a asal-usul masing-masing dan mempertimbangkan hubungan

antara masyarakat Melayu dan kebudayaan luar melalui hasil analisa

tersebut.

3.1. Perkataan pinjaman dari bahasa Sanskrit

Penghijrahan orang dari India ke Dunia Melayu telah mempengaruhi perubahan

masyarakat tempatan berabad-abad lamanya sejak dari kurun pertama Masihi. Mereka

membawa bukan sahaja agama Budha dan Hindu tetapi juga pemerintahan beraja,

kesusasteraan, geografi,hukum,ilmu nujum,ubat,seni pahat,pengolahan logam,kain

sutera dan sebagainya. Perkara itu memberi faedah yang penting kepada dunia

Melayu. Oleh yang demikian,beberapa faktor yang berkaitan boleh dijumpai dalam

perkataan bahasa Sanskrit yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu.

Sebahagian perkataan berasal dari bahasa Sanskrit boleh dibahagikan kepada tiga

bidang, iaitu “konsep kewujudan”,”pembentukan pertubuhan sosial kelas” dan

“permulaan perdagangan”.

Mengenai “konsep kewujudan”, banyak perkataan yang menyatakan agama ,alam dan

falsafah boleh ditemui dalam kata-kata pimjaman dari bahasa tersebut. Oleh sebab itu

kita mengagak bahawa masyarakat Melayu telah menerima pengetahuan seperti itu

dari kebudayaan India. Tentang “pembentukan pertubuhan sosial kelas”, ketika bahasa

Sanskrit mendatangi dunia Melayu, perubahan penting terjadi dalam masyarakat

Melayu. Pendek kata, kedua-dua kelas yang memerintah dan kelas yang diperintah

telah diformasi pada masa itu. Yang ketiga, berkaitan “permulaan perdagangan”,

perdagangan antarabangsa di kalangan dunia Melayu dan India bermula dan ramai

pedagang dan tentera melawati ke sana. Sejak itulah dunia Melayu dikatakan

mencebur diri ke zaman perdagangan. Untuk melakukan perdagangan tersebut, kota

dan Bandar dibentuk dan dibangunkan di beberapa tempat di kepulauan Melayu

sebagai pengkalan pertukaran dengan negara luar Nusantara.

Page 2: UNSUR-UNSUR KATA PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

Menurut perkembangan perdagangan,persalinan perseorangan pun semakin meningkat

dan juga bukan sahaja dari segi material tetapi juga bahan perpustakaan dan

kesusasteraan dibawa oleh orang India.

Contoh : agama, syurga, neraka, dosa, bakti, manusia, udara, cuaca, negara, keluarga,

raja, bendahara, kuasa, duli, beta, istana, pustaka, tentera, cerita, harga, kota, desa,

merdeka, kerja

3.2. Perkataan pinjaman dari bahasa Arab

Untuk bahasa Melayu,dikatakan pengaliran masuk perkataan bahasa Arab beserta

kedatangan agama Islam merupakan peristiwa yang sama penting dengan

pengislaman kerajaan Melaka dalam sejarah dunia Melayu.

Melalui proses peminjaman dari bahasa Arab,perubahan leksikal dilakukan sama ada

kata umum mahupun istilah. Setelah agama Islam disebarkan ke seluruh dunia

Melayu,bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar bagi bidang

pendidikan dan pengajian tinggi tetapi juga bahasa umum di Nusantara. Oleh itu

kebudayaan Islam member pelbagai pengaruh yang penting kepada masyarakat

Melayu.

Sifat yang didapati oleh penganalisa tentang golongan perkataan dar bahasa Arab

adalah seperti yang berikut. Kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Arab terdiri

daripada tiga kategori seperti “konsep berdasar ilmu Islam”(pandangan dunia,nilai

moral,undang-undang,upacara dll),”perkembangan perniagaan” dan “peningkatan

sains,kesusasteraan dan seni”. Terutamanya,perkataan Arab boleh dijumpai dalam

golongan kata umum yang bermaksud hubungan antara Tuhan dan

manusia,perniagaan dan upacara sebagai kelahiran,perkahwinan,pemakaman dan

sebagainya.

Sebagai kesimpulan, perkataan-perkataan tersebut telah sebati dalam kehidupan

harianan dan menggambarkan jiwa bangsa dunia Melayu.

Page 3: UNSUR-UNSUR KATA PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

Contoh : adat, dunia, masjid, salam, ulama, masyarakat, syarikat,

musim, ilmu, khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid, nafu,

hikayat, sejarah, riwayat, kisah

3.3. Perkataan pinjaman dari bahasa Parsi

Ketika pedagang Parsi berkunjung ke Dunia Melayu lebih 800 tahun lalu,mereka

membawa pelbagai pengaruh yang kesannya masih tinggal sehingga kini.

Salah satu kesan yang bekekalan merupakan agama Islam yang tersebar di seluruh

Nusantara. Selain daripada itu,pedagang Parsi juga membawa kesusasteraan mereka

dan memperkenalkan penggunaan tulisan jawi kepada orang Melayu.

Kesannya terdapat dalam bahasa Melayu di mana perkataan yang mempunyai asal-

usul dari bahasa Parsi digunakan dalam percakapan seharian.

Contoh : bandar, dewan, domba, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala, nobat, pasar,

nakhoda, saudagar, pahlawan, jam, serunai

3.4. Perkataan asal dari bahasa Portugis

Orang Portugis menduduk Melaka selama satu abad sejak dari tahun Masihi 1511.

Berkaitan hal ini pengaruhnya boleh ditemui dalam beberapa perkataan yang diambil

dari bahasa Portugis ke dalam bahasa Melayu.

Melalui analisa kata-kata tersebut,kita boleh mengagak hubungan antara masyarakat

Melayu dan orang Portugis pada masa itu dan ia boleh dibahagikan kepada tiga bidang

iaitu “kedatangan barang-barang Eropah dari Portugis”,”kedatangan agama Kristian”

dan “tenaga tentera Eropah”.

Latar-belakang perkara tersebut, zaman itu orang Portugis berminat untuk menguasai

perniagaan di antara India dan Nusantara tetapi kuasanya tidak kuat untuk memerintah

seluruh dunia Melayu.Oleh sebab itu pengaruhnya kepada masyarakat Melayu tidak

Page 4: UNSUR-UNSUR KATA PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

sampai ke jiwa bangsa dan ia hanya membawa masuk barang dan ilmu dari Eropah

sebagai perkara baru.

Contoh : almari, bendera, meja, boneka, garpu, keju, kemdeja, sepatu,

tinta, gereja, paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, bomba

3.5. Perkataan pinjaman dari bahasa Cina,Tamil dan Hindi

Kedudukan Dunia Melayu strategik sebagai pelabuhan transit di jalan perkapalan

antarabangsa di antara India dan China sejak masa lampau.Oleh sebab itu ramai orang

berpindah dari dua negara ke kepulauan Melayu,khususnya di Semenanjung Tanah

Melayu. Pada abad ke- 19 ramai orang Cina dan India dibawa masuk ke sana sebagai

tenaga buruh di kawasan perlombongan dan estet.

Akibat perkara itu,perkataan berasal dari bahasa Cina,Tamil dan Hindi telah dibawa

oleh imigran ke sana. Unsur-unsur perkataan yang tergolong dalam kategori ini boleh

ditemui dalam bahasa Melayu sekarang.

Berdasarkan analisa tentang perkataan tersebut, ketengahannya bermaksud makanan-

makanan dan barang-barang hidup harian yang berasal-umbi budaya masing-masing

tetapi ia sudah menyerap di dalam masyarakat Malaysia walaupun kata-kata ini masih

ada ciri-ciri budaya mereka sendiri.Pendek kata ia menetap dalam bahasa Melayu dari

segi kebendaan bukan kerohanian.

Perkataan itu menjadi sebahagian dari kehidupan harian dan sudah sebati di kalangan

masyarakat Malaysia sebagai unsur budaya umum meskipun ia dibawa masuk oleh

imigran dari negara berasingan.

Contoh : Bahasa Cina : angpau, beca, cawan, dacing, pecai, samseng,

sempoa, tauge, tauhu, tauke, toko, tukang, tong, teko, mi, tocang

Bahasa Tamil : batil, kari, manikam, kapal, tirai, badai, tose,

cerpu, katil, perisai, talam, pingga,

Page 5: UNSUR-UNSUR KATA PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

Bahasa Hindi : acar, bakdul, kunci, dobi, lada, marmar, neraca,

pateri, roti, tala, topi

3.6. Perkataan pinjaman dari bahasa Inggeris dan Belanda

Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi banyak pengaruh kepada

masyarakat Malaysia.

Salah satu pengaruh yang penting ialah penyerapan penggunaan bahasa Inggeris

dalam masyarakat Malaya,sebagai bahasa pentadbiran,perniagaan dan pendidikan.

Dengan analisa perkataan ini,sifatnya boleh didefinisikan bahawa perkataan bahasa

Inggeris dimasukkan dalam bahasa Melayu sejak zaman penjajahan sampai sekarang

terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

Kata pinjaman asal dari bahasa Inggeris boleh digolongkan kepada dua bidang iaitu

“istilah politik,ekonomi dan akademik moden” dan “nama barang industri,letrik dan

teknologi tinggi”.

Sebaliknya, orang Belanda menjajah Indonesia setelah mereka meninggalkan Melaka

pada 1924 Masihi. Oleh itu orang Belanda juga memberi perkataannya kepada bahasa

Indonesia dan sifatnya digolongkan dalam bidang yang hampir sama dengan perkataan

dari bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu.

Tetapi agaknya kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Belanda dalam Kamus Dewan

merupakan kata Belanda yang dipinjam melalui bahasa Indonesia. Oleh sebab

perkataan itu dilabel IB(Indonesia Belanda) dalam Kamus tersebut.

Contoh : Bahasa Inggeris : akaun, arkitek, elektronik, faktor, filem, gobenor, kabinet,

hidrogen, insurans, motosikal, parlimen, stesen, teknologi, paip, sains, kamera, radio,

satelit, taksi, virus, wayarles

Page 6: UNSUR-UNSUR KATA PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

Bahasa Belanda : akademikus, debitur, ekonomis, introdusir, invalide, kubus, langdros,

komponis, mester, otobis, percis, supremasi, nol, mebel, marsuse, bangkir, pigmen,

rektor, studen, universitas

3.7. Perkataan pinjaman dari bahasa serumpun di kepulauan Indonesia

Bahasa Melayu telah berkembang dan diguna sebagai “Lingua Franca” di Dunia Melayu

sejak masa lampau.Oleh yang demikian, kita boleh menemui banyak perkataan bahasa

serumpun di kepulauan Indonesia terutamanya dari Jawa dan Sumatra.Kerana aliran

masuk kata-kata dari bangsa- bangsa serumpun di sana kerapkali dilakukan terhadap

bahasa Melayu.

Khususnya berhubung dengan akibat bahawa ramai petani berimigrasi ke

Semenanjung Tanah Melayu dari Jawa dan Sumatra, perkataan dari bahasa Jawa dan

Minangkabau dapat dijumpai lebih banyak dari kata-kata bahasa lain dari kawasan

tersebut dalam bahasa Melayu. Kalau dianalisa sifatnya, perkataan tersebut agaknya

sudah menyerap sebagai sebahagian unsur bahasa Melayu sekarang dan

kebanyakannya ialah kata yang bererti mengenai alam, pertanian, makanan, haiwan,

nama keluarga diraja, adat-istiadat dan sebagainya yang berdasarkan adat dan

kebudayaan daerah masing-masing di kepulauan Indonesia.

Dalam jumlah kata tersebut, bahasa-bahasa pertuturan di pulau Jawa (bahasa Jawa,

Jakarta Melayu dan Sunda) melebihi dari 50 peratus. Berikutnya ialah bahasa-bahasa

Sumatra (bahasa Minangkabau, Aceh, Palembang dan Padang). Di samping itu

perkataan dari bahasa Bali terdapat dalam Kamus Dewan. Ia bermaksud adat-istiadat

Bali yang unik di Indonesia.

Contoh : Bahasa Jawa : alu, ani-ani, banjir, bengawan, kuno, lahar, omong, perabot,

ratu, sapi, tempe, wisma, warga, gotong, lontong

Bahasa Minangkabau : acak, alimbubu, bagar, bako, bancah, gerai, kacang, kelumun,

kila, limbubu, mumuk, pondik, rumbing, satir, toboh, uda

Page 7: UNSUR-UNSUR KATA PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

Bahasa Jakarta : bandot, bisa, bancet, genit, gerontang, jamur, jejaka, majikan, ngah,

nini, pelan, rebon, tangar, urik, yuyu

Bahasa Sunda : akang, balong, dodol, jaat, kantih, molor, oncom, peser, pincut, takol,

tahapan, timburu

Bahasa Palembang : anggan, cengih, kekas, panjing, perepat, sandang, welasan

Bahasa Aceh : bangta, rudus

Bahasa Bali : lebu, pedanda, senteng

Bahasa Padang : marah

3.8. Perkataan pinjaman dari bahasa Jepun

Perkataan yang berasal dari bahasa Jepun terdapat sedikit dalam Kamus Dewan.

Kebanyakannya ialah perkataan yang diguna pada zaman pendudukan Jepun dan juga

kata yang bererti benda-benda tradisi dan moden dari Jepun yang terkenal di dunia.

Tetapi sesetengah perkataan ini jarang digunakan.

Contoh : ginko, harakiri, heiho, jibaku, judo, kanji, kimono, kokang, romusya, sake,

samurai, syogun, taiso, takeyari

3.9. Perkataan pinjaman dari bahasa lain

Perkataan yang memasuki dari bahasa lain yang boleh ditemui ialah bahasa Latin,

Turki, Rusia, Perancis, Sepanyol, Korea dan Thai .Bilangannya sangat sedikit.

Contoh : Bahasa Latin : ad, interim, ibid, status quo

Bahasa Turki : aga, bokca, efendid

Bahasa Rusia : czar, taiga, vodka

Bahasa Prancis : kelonyor

Page 8: UNSUR-UNSUR KATA PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

Bahasa Sepanyol : selva

Bahasa Korea : tae kwan do

Bahasa Thai : wat