unsur seni.docx

49
UNSUR SENI Ada 6 unsur : Garisan. Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu. Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam menwujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan corak. Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya. Rupa. Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titik permulaannya. Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja. Rupa terbahagi kepada empat iaitu : Rupa geometri Rupa organik Rupa negatif Rupa positif Bentuk Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu. Bentuk terbahagi kepada dua iaitu : Bentuk konkrit Bentuk ilusi Jalinan. Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam seseuatu permukaan objek. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :

Upload: norizanar9453

Post on 15-Jan-2016

346 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: unsur seni.docx

UNSUR SENI

Ada 6 unsur :

Garisan.

Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu.Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam menwujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan corak.Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya.

Rupa.Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titik permulaannya.Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja.Rupa terbahagi kepada empat iaitu :

Rupa geometri Rupa organik Rupa negatif Rupa positif

BentukBentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu.Bentuk terbahagi kepada dua iaitu :

Bentuk konkrit Bentuk ilusi

Jalinan.Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam seseuatu permukaan objek.Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :

Jalinan sentuh Jalinan tampak

Ruang.Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni.

Page 2: unsur seni.docx

Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif.Ruang terbahagi kepada dua iaitu :

Ruang terbuka Ruang tertutup

Warna.Warna memainkan peranan yang penting dalam menwujudkan suasana yang tidak bosan.Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan.Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual.Warna terbahagi kepada :

Warna asas - merah, biru dan kuning Warna sekunder - campuan dua warna sahaja daripada warna-warna asas Warna tertiar Warna monokrom - sewarna yang dicampur dengan warna putih dan hitam untuk

mengawal kegelapan warna yang diingini. Warna penggenap

Hasil nukilan,CHAI WUANG SHEN10/11/2010

 

Page 3: unsur seni.docx

Konsep Seni Islam, Seni Cina Dan Seni — Presentation Transcript

1. KONSEP SENI ISLAM, SENI CINA DAN SENI INDIA Oleh: MOHD HASIF B A.SAMAT PISMP IPGM PSV

2. SENI ISLAM SENI ISLAM membenar umat berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka, perlu dijaga dan disuburkan dlm ruang dan batasan syariat. Elemen yang diulang-ulang berbentuk geometri. Tiada elemen-elemen figura Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan agama. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Tuhan. Kesenian islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah. Tiada pemisahan antara seni dan agama.

3. Peranan Kesenian Islam Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan, muzik, seni bina, seni pentas. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yg jelas. Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yg baik dan insan yg hampir kepada Allah. Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial dalam konteks syariah islamiah.

4. Bidang Kesenian Islam . Kaligrafi : Tulisan yang indah. Tulisan ini mempunyai nilai2 kehalusan dan kesenian. Seni khat mempunyai kaitan rapat dengan jiwa islam, memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf al-quran.

5. Jenis- jenis Khat Khat Nasakh : diperindah oleh Ibn Muqla Khat Riq'ah : tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat & sesuai dengan gerakan tangan. Khat Diwani : Catatan atau antologi karangan. inspirasi dari model khat lain.  Hanya digunan untuk hiasan sahaja. Khat Diwani Jali : Lebih bervariasi berbanding khat diwani. Khat Thuluth : digunakan untuk hiasan seperti dalam mushaf Usmani, nama kitab atau buku

6. CONTOH KARYA SENI BUDAYA ISLAM 7. Khat Thuluth Khat Diwani 8.   9.   10.   11. Seni Cina Seni Cina Menurut ahli sejarah, Kesenian Cina yang terawal sekali ditemui

pada akhir Zaman Batu ialah Seni Tembikar. Bidang Kesenian Cina Seni Tembikar Kebanyakkan terbikat neolitik yang terbaik di dunia datanganya dari negeri Cina. Tembikar Maharaja Yso dan Shun bewarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Bentuk-bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal dan berbadan kecil.

12. Tembok besar China Seni bina 13. BUDALAGON 14. Seni arca 15. Seni Tembikar Seni Ukiran 16. Seni Catan 17.   18. Seni India Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya, tahun 132 s.m. Berasaskan

kepada keagamaan dan pemujaan. Bidang Kesenian India Seni Arca Merupakan kesenian tertua di india dan berkait rapat dengan patung-patung keagamaan. Dibuat daripada batu

Page 4: unsur seni.docx

marmar, kerana ia lebih tahan dari tanah liat. Zaman kegemilangan seni arca India pada zaman Guptas. Kesenian India

19. Seni arca bermula dengan patung, maka banyak patung-patung berbentuk manusia yang disimpan di kuil-kuil untuk tujuan keagamaan. Ada juga menggunakan bahan-bahan dari besi dan gangsa. Patung Lord Siva antara arca seni dalam pergerakan istimewa. Telah mendorong ramai tukang-tukang arca India menghasilkan pelbagai bentuk arca.

20. CONTOH KARYA SENI BUDAYA INDIA 21. Senibina Agung: Taj Mahal oleh Shah Jehan 22.   23. Stupa 24. Seni Arca

PRINSIP REKAAN Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual

1. Harmoni- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

2. Kontra- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

3. Penegasan- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

4. Imbangan- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan

Page 5: unsur seni.docx

- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

5. Irama dan Pergerakan- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb- Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

6. Kepelbagaian- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

7. Kesatuan- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

Dicatat oleh Tuan Abdullah Sanusi di 9:57 PTG

HAKCIPTA TERPELIHARA

Kepada sesiapa yang mengambil nota daripada laman ini untuk kegunaan P&P sila berikan kredit kepada http://psvspm.blogspot.com/. Adalah dilarang sama sekali mengambil nota daripada laman ini untuk dicetak semula bagi tujuan perniagaan. Semoga segala ilmu yang paparkan dapat membantu pelajar dan guru dalam meningkatkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

SENARAI PAUTAN PSV

SOALAN KRSV 2010 PANDUAN PELAKSANAAN KRSV BLOG PSV 5 BLOG PSV 4 BLOG PSV 3 BLOG PSV 2 BLOG PSV 1

Page 6: unsur seni.docx

SP DAN HSP PSV KBSR/M

Mengenai Saya

Tuan Abdullah Sanusi

Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

► 2012 (1) o ► Februari (1)

SOALAN KERJA KURSUS PSV 2012

► 2011 (18) o ► November (9)

GAMBAR CONTOH JAWAPAN PSV CONTOH GAMBAR PSV KERTAS 2 SEKADAR PANDUAN CONTOH GAMBAR GAMBAR CONTOH KOLEKSI GAMBAR PANDUAN MENJAWAB PSV KERTAS 2 SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS 2 (2611/2) TEKAT SUMBER LOGO & LOGO REPRESENTASI

o ► Oktober (6) TETINGKAP FOKUS RUMAH TRADISIONAL LANDSKAP UKIRAN LARIK ILUSTRASI GRAFIK PERSEKITARAN

o ► Ogos (1) JADUAL WAKTU SPM 2011

o ► Februari (2) KOLEKSI PEMBUNGKUSAN SOALAN KERJA KURSUS PSV 2611/3

Page 7: unsur seni.docx

► 2010 (24) o ► Disember (4)

Kriteria Pemarkahan dan Kesalahan Calon Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 KOLEKSI GAMBAR SEBAGAI PANDUAN JAWAPAN PSV 2611/2 SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2611/2 (SENI HALUS)

o ► Ogos (1) KOMIK, KARTUN DAN BELON DIALOG

o ► Jun (2) LOGO, SIMBOL DAN MASKOT Muat Turun Soalan dan Kriteria Pemarkahan Kertas 2...

o ► Mei (3) SOALAN INTERAKTIF HOT POTATOES SELAMAT HARI GURU 2010 SAJAK UNTUK PELAJAR PSV

o ► April (5) JEJAK SENI DI BUMI SARAWAK JENIS-JENIS TEMBIKAR TEKNIK MEMBUAT LABU SAYONG EBOOK YANG PATUT DIMILIKI OLEH PELAJAR PSV KAJIAN MUKA TAIP (FONT)

o ► Mac (1) PELEKAT KENDERAAN

o ► Februari (1) SOALAN KERJA KURSUS PSV 2611/3 TAHUN 2010

o ► Januari (7) RUANG FIZIKAL DAN RUANG ILUSI RUANG DAN JENIS-JENIS RUANG ALIRAN SENI LUKIS KOLEKSI SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL NOTA RINGKAS PENDIDIKAN SENI VISUAL CALON PSV WAJIB MENDUDUKI 3 KERTAS SALAM TAHUN BARU 2010

▼ 2009 (29) o ► November (5)

CONTOH JAWAPAN PSV KERTAS 2 KATA KUNCI SOALAN CONTOH ILUSTRASI SOALAN PSV 2611/2 SOALAN PSV 2611/2 2009 ALAT-ALAT YANG SERING DISOAL

o ► Oktober (2) 3 DIMENSI SOALAN TENTANG ARCA

o ► September (5) o ► Ogos (2) o ► Julai (7)

Page 13: unsur seni.docx

PRINSIP REKAAN Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.

1. Harmoni

Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan

seimbang Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

harmoni dari segi garisan

Page 14: unsur seni.docx

harmoni dari segi bentuk

harmoni dari segi rupa

2. Kontra

Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan

Page 15: unsur seni.docx

Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan

Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

kontra dari segi bentuk

kontra dari segi warna

Page 16: unsur seni.docx

kontra dari segi warna

3. Penegasan

Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan

Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek

yang hendak ditegaskan

penekanan pada cahaya dan bayang menimbulkan penegasan

Page 17: unsur seni.docx

penegasan pada objek yang berbeza warna

objek bangunan di tengah menimbulkan penegasan

4. Imbangan

Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

a. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)

Page 19: unsur seni.docx

imbangan simetri

b. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

Page 20: unsur seni.docx

imbangan tidak simetri

5. Irama dan Pergerakan

Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb

Page 21: unsur seni.docx

Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan

Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

ulangan objek yang menimbulkan pergerakan

arca pergerakan/irama

6. Kepelbagaian

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan

Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna

yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

Page 22: unsur seni.docx

kepelbagaian warna

kepelbagaian bentuk dan jenis objek

7. Kesatuan

Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

Page 24: unsur seni.docx

kesatuan warna, objek, dan rupa

Dikongsi Bersama Oleh: ciптa seпi at 5:03 PTG

Labels: prinsip rekaan, unsur-unsur seni

cikgu asye: banyak yang boleh dibuat dalam bab prinsip rekaan, selain daripada membuat satu persatu, cikgu jg boleh menggabungkan beberapa prinsip dalam satu hasil karya. Antaranya dengan penghasilan karya melalui aktiviti melukis, mencatan, reka corak, reka bentuk grafik spt poster, logo, risalah, barang kraf dan banyak lagi..

Sebagai contoh, bagi prinsip harmoni dan kontra boleh buat corak berulang. secara tak langsung kita dapat menggabungkan pengetahuan pelajar dalam struktur rekaan, prinsip dan juga unsur seni sekali. Yang penting, cikgu hendaklah memastikan pelajar2 faham dengan setiap unsur, prinsip yang digunakan.

kerana dalam satu karya seni.. kita perlu menggabungkan prinsip dan unsur seni bagi mendapat kesan yang terbaik.

tanpa nama: kontra bermakna perbezaan yang ketara antara unsur2 seni terbabit. ruang pula ada ruang dalam dan ruang cetek, jika digabungkan kedua2 ruang yang dalam dan cetek dalam 1 karya seni, maka sudah pasti akan jelas kelihatan ruang yang kontra.

moga jwpn sy dpt membantu..

Tanpa NamaOct 8, 2011 10:29 AM

Page 25: unsur seni.docx

Istilah Seni Visual Labels: istilah asas seni visual

Garisan

1.1 Terbentuk daripada hasil cantuman deretan titik-titik 1.2 Ataupun satu susunan siri titik-titik yang bersambung 1.3 Garisan adalah unsur asas dalam menghasil seni tampak 1.4 Tanpa garisan, kita tidak dapat menghasil tulisan dan lukisan

Stensilan

1.1 Menghasil imej dari keratan kertas pendua atau profilem

1.1 Satu kaedah menggambar menggunakan alat yang telah ditebuk atau

dilubangkan pada kertas pendua

1.2 Stensilan terbahagi kepada 2 bahagian :

i. Bahagian positif

ii. Bahagian negatif

Page 26: unsur seni.docx

Lukisan

1.1 Adalah satu hasil kerja seni mengguna media kering

1.2 Hasil 2Dimensi menggunakan media kering

1.3 Contoh media :

i.Pensel warna

ii.Arang,Krayon

iii.Pensel,marker pen

iv.Pen mata bulat,pen manuskrip,dll

Catan

1.1 Hasil karya seni di atas permukaan 2 Dimensi.

Page 27: unsur seni.docx

1.2 Menggunakan bahan media basah

-penggunaan berus dan warna

-media basah memerlukan pelarut seperti

air atau minyak

1.3 Contoh media basah

i. Warna air/water colour

ii. Cat

iii.Cat minyak

iv. Warna poster

Montaj

1.1 Tampalan kertas gambar yang mempunyai sifat atau ciri-ciri tema yang serupa.

1.2 Montaj merupakan suatu jenis gubahan yang memerlukan daya imaginasi serta rekacipta yang kuat bagi menampal gambar atau imej yang digunting dari majalah-majalah.

1.3 Tampalan mestilah bertindih

Page 28: unsur seni.docx

Motif

1.1 Motif adalah rupa asal sesuatu corak berpunca daripada flora atau fauna yang boleh dibahagikan kepada 2 kategori:

i. Organik

ii.Geometri

Gurisan

1.1 Adalah satu teknik menggambar atau mencorak secara mengguris bahan yang disedia menggunakan benda tajam seperti paku,gunting,pisau dll

Page 29: unsur seni.docx

Tekapan

1.1 Adalah satu kaedah menggambar dengan cara menekap untuk mendapatkan ulangan imej yang sama.

Kolaj

1.1 Kolaj ertinya potong atau koyak dan gam

1.2 Adalah satu teknik menghasil karya secara guntingan atau carikan kertas dan menampal bahan tersebut

1.3 Bahan yang ditampal mestilah secara bertindan

1.4 Antara bahannya ialah kertas warna,akhbar,kain dll

Page 30: unsur seni.docx

Cetakan

1.1 Cetakan ialah kesan daripada penerapan gubahan-gubahan yang dihasilkan pada sekeping permukaan blok ataupun plat

1.2 Kesan-kesan itu terhasil melalui garisan atau ukiran permukaan blok atau plat berkenaan sehingga imej gubahan boleh dipindahkan ke atas kertas

Lipatan dan Guntingan

1.1 Merupakan satu aktiviti membentuk objek atau corak

1.2 Kaedah yang digunakan secara melipat kertas tertentu, mengguntingkan

dan menampalkannya pada permukaan bahagian kertas yang lain

1.3 Ianya menghasilkan corak positif dan negatif

Page 31: unsur seni.docx

Boneka

1.1 Boneka adalah seni patung

1.2 Membentuk rupa haiwan atau manusia

1.3 Contoh bahan ialah

kertas,kain dll

1.4 Ada 4 jenis boneka :

i. Boneka jari

ii.Boneka tangan

iii.Boneka tali

iv.Boneka tongkat

Batik

Page 32: unsur seni.docx

1.1 Berasal dari bahasa Indonesia bermaksud ‘ titik-titik ’

ataupun bunyi berdetik

1.2 Ada juga mengatakan berasal dari bahasa Jawa

iaitu tritik iaitu proses menghasil batik

1.3 Teknik digunakan adalah resis

1.4 Bahan utama warna batik,damar,fixer,parafin dan lilin

1.5 Biasanya batik menggunakan corak flora atau fauna

1.6 Ada 3 jenis proses batik :

I. Batik blok atau batik cap atau batik terap

ii.Batik skrin atau batik cetak

iii.Batik lukis atau batik tulis

Topeng

1.1 Topeng ialah sejenis alat yang direka untuk menutup sebahagian atau keseluruhan kepala

1.2 Ianya digunakan untuk persembahan tarian,upacara kebudayaan ataupun hiasan dinding

1.3 Jenis topeng ialah topeng mata, topeng muka dantopeng serkup

1.4 Topeng Serkup ialah topeng yang menutup keseluruhan bahagian kepala

Arca

Page 33: unsur seni.docx

1.1 Adalah seni binaan 3 Dimensi yang direka sebagai ciptaan berfungsi atau untuk menilai estetikanya

1.2 Bahan-bahan yang digunakan seperti logam, kayu lilin, Plaster of Paris, tanah liat, konkrit dan bahan buangan.

1.3 Dihasil secara kegiatan membentuk,ukiran atau binaan

Tembikar

1.1 Satu seni kraf tradisional

1.2 Menggunakan bahantara tanah liat, dibentuk, dibakar dan digilapkan

1.3 Tembikar merupakan karya 3 Dimensi.

1.4 Bermula zaman primitif lagi.

Assemblaj

Page 34: unsur seni.docx

1.1 Assemblaj bererti menampal, memetri atau menjahit objek sebenar pada sesuatu permukaan kertas atau pemidang agar nampak berbentuk 3 Dimensi

1.2 Ianya mempunyai tema yang sesuai

1.3 Setiap bahan mempunyai kaitan antara satu sama lain

Wau

1.1 Satu hasil kegiatan membentuk yang mempunyai rangka atau bingkai,imbangan,berekor dan dihias dengan kertas atau kain bermotifkan corak digantung atau diterbangkan ke udara bertalikan benang

1.2 Merupakan satu permainan tradisional masa lapang

1.3 Sejarah muncul 3000 tahun dulu di negara China

1.4 Wau terbahagi kepada 2 :

i. Wau cantik

ii. Wau tegak

Page 35: unsur seni.docx

Anyaman

1.1 Anyaman bererti menyusun bilah-bilah,helaian-helaian atas bawah secara berselang-seli 1/1, 1/2, 1/3, 2/3 dsb sehingga menimbulkan corak, jalinan,bentuk dan akhirnya objek yang dikehendaki

1.2 Anyaman terbahagi kepada 3 :

i. Anyaman buluh

ii.Anyaman rotan

ii.Anyaman mengkuang / pandan

Mozek

1.1 Mozek ialah satu aktiviti guntingan atau koyakan dan ditampal bahagian tersebut sebelah menyebelah supaya mendatangkan satu hasilan atau karya

1.2 Mozek juga bermaksud susun atur bahan sebelah menyebelah dan tidak bertindih untuk menjadikan corak

1.2 Contoh bahan seperti kertas,kain, dll

Page 36: unsur seni.docx

Mobail

1.1 Mobail ialah suatu hasil karya 3 Dimensi yang mempunyai keseimbangan dan boleh bergerak.

Stabail

1.1 Stabail ialah satu reka bentuk 3 Dimensi yang tidak bergerak.

Tenunan

1.1 Tenunan ialah proses menjalinkan benang secara bersilang sehingga terhasil sehelai.

Page 37: unsur seni.docx

1.2 Tenunan dikaitkan dengan kain songket.

1.3 Perkataan songket berasal dari perkataan sungkit bermaksud mengangkat sesuatu.

1.4 Bahan yang digunakan untuk corak ialah benang emas

Ukiran

1.1 Ukiran ialah satu proses luakan ke atas papan, kayu, atau objek padu menggunakan alat tertentu.

1.2 Ada 2 jenis ukiran kayu :

i. Ukiran tebuk tembus

ii.Ukiran timbul

Saring Sutera

1.1 Satu alat yang digunakan dalam proses cetakan jenis stensil dan diregang di atas kayu pemidang

1.2 Proses ini juga dikenali sebagai sarigrafi

1.3 Juga dikenali dengan nama organdi

Page 38: unsur seni.docx

Garisan Grid

1.1 Garisan Grid ialah kombinasi garisan bersilang antara satu dengan yang lain sama ada bersilang, menegak atau melintang.

1.2 Melalui petak suatu rupa,motif atau corak dapat dihasilkan

1.3 Garisan grid digunakan membantu menghasilkan struktur rekaan alam ciptaan tuhan ataupun benda-benda

1.4 Susunan struktur disebut garisan grid

2D

1.1 2 D atau dua dimensi adalah objek yang dilukis di atas satu permukaan yang rata

3D

Page 39: unsur seni.docx

1.1 3 D ialah objek yang dapat dilihat dan disentuh dari pelbagai sudut

Kaligrafi

1.1 Kaligrafi ialah seni tulisan cantik atau berhias

1.2 Tulisan ini juga disebut tulisan Italik,Manuskrip atau seni khat

1.3 Contoh :

i. Old English

ii.Gothic

iii.Kaligrafer,Cloister Black,Chaucer dll

Bahan

1.1 Bahan ialah sesuatu subjek yang digunakan untuk mendatangkan hasilan atau karya

1.2 Contoh warna air,minyak,cat,dakwat dll

Alatan

Page 40: unsur seni.docx

1.1 Alat ialah benda-benda yang membantu menghasilkan karya atau memindahkan bahan atau imej ke permukaan untuk mendapat hasilan

1.2 Contoh alat seperti pisau,berus,gunting,paku dll

Media

1.1 Media ialah bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya seni

1.2 Contoh pensil,arang,pastel,dakwat dll

Resis

1.1 Resis adalah satu kaedah penolakan warna

1.2 Ia juga proses yang mana warna air tidak boleh bercampur dengan lilin atau minyak

1.3 Bahan yang digunakan ialah air,warna air,cat, minyak,lilin dan krayon

Capan

1.1 Capan adalah satu teknik menghasil karya dari imej yang sedia ada

Perspektif

Page 41: unsur seni.docx

1.1 Perspektif ialah garisan atau struktur yang dilukis untuk menimbulkan bentuk dan ruang

1.2 Ruang perspektif merupakan kedudukan 2 objek yang sama saiz yang berada di hadapan kelihatan lebih besar berbanding di belakang dalam ruang yang sama

Kadar Banding

1.1 Penyesuaian ukuran atau saiz sesuatu bahagian objek dengan keseluruhan objek

Komposisi

Page 42: unsur seni.docx

PRINSIP KESENIAN CHINA – LUKISAN/CATAN

Pengenalan Di dalam catan landskap Cina kebanyakannya menerangkan kepercayaan mereka bahawa manusia merupakan sebahagian daripada alam. Cara pelukis Cina melukis catan mereka adalah dengan mengembara ke seluruh pelosok alam ini adalah kerana mereka mahu menghayati dan merakamkan alam dengan penuh kejujuran. Penerapan disiplin yang tinggi semasa berkarya seperti penumpuan, kerajinan, kehormatan serta kemahiran dalam berkarya mesti disemai oleh setiap pelukis Cina.

Prinsip-prinsip dalam menghasilkan Catan Cina

Terdapat beberapa prinsip yang harus diterapkan dalam menghasilkan catan Cina. Hsieh Ho telah menyenaraikan enam prinsip dalam menghasilkan sebuah catan. Antara prinsip-prinsip berikut adalah seperti Chi yun sheng tung- Getaran rohani atau perasaan pelukis, Ku Fa Yung Pi – Kaedah, tatacara, mutu dan nilai sapuan berus, Ying Mu Hsien Hsing- Pemahaman terhadap objek yang dilukis, Sui Lei Fu Tsai- Penggunaan warna yang bersesuaian, Ching Yin Wei Chin- Pembahagian komposisi dan peranan cahaya dan Ching Mu i Hsieh- Belajar melalui peniruan. Prinsip-prinsip inilah yang telah mengasaskan pengalaman ndan penikmatan catan Cina Sejas berabad-abad lamanya seningga kini.

Perlambangan dan Falsafah dalam Catan Cina

Terdapat banyak perlambangan dan falsafah yang wujud dalam catan Cina seperti:

Shan – gunung, ch’i- atmosfera dan hsing – bentuk. Merupakan tiga unsur yang lazimnya ada pada sesebuah catan Cina.Gunung – lambang kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera.Awan – awan cerah melambangkan keharmonian, awan gelap menimbulkan suasana kemuraman.Pokok – Pokok besar seperti ru dan pine membawa maksud pasak bumi dan kedudukan mengikut hirarki. Pokok buluh melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta mampu menghalau hantu. Pokok orkid melambangkan musim luruh manakala pokok plum blossom melambangkan kecantikan dan lanjut usia.Ikan – ‘Tui’ melambangkan pertambahan rezeki. Jika bewarna keemasan melambangkan status kaya, manakala hitam kehidupannya biasa sahaja. Ikan kelisa melambangkan kekayaan dan keuntungan.Sungai- melambangkan kegembiraan dan keharmonian.

Falsafah disebalik menghasilkan Catan

Dalam menghasilkan Catan Cina, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya seperti ’melukis tanpa sombong’ yang bermaksud, memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna bagi mempertingkatkan mutu catan. Pelukis tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan kerjanya. Falsafah seterusnya adalah ’tidak menghadapi kerja dengan lalai’ falsafah ini

Page 43: unsur seni.docx

bermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna.