universiti utara malaysia - pengurusan hak ...repo.uum.edu.my/8539/1/kha.pdfperjanjian, triti dan...

24
PENGURUSAN HAK PEMILIKAN HARTA INTELEK ANTARA MA JIKAN DAN PEKER JA DALAM ORGANISASI Khadijalt Mohamed PENGENALAN Proses globalisasi dan perkembangan pesat teknologi secara umumnya memberi kesan besar kepada hampir semua aspek sosial masyarakat hari ini dan turut merubah corak pertumbuhan ekonorni seluruh dunia. Kemajuan dan pertumbuhan organisasi perniagaan juga tidak lagi bergantung kepada aliran modal dalam bentuk aset fizikal semata- mata, sebaliknya lebih tertumpu kepada pemilikan harta berasaskan maklumat dan pengetahuan yang dikenali sebagai harta intelek. Kepentingan harta intelek sebagai sumber kekayaan bentuk baru ini juga mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara; malah Bank Dunia melaporkan ia boleh menjangkau antara 60 hingga 80 peratus daripada jurnlah keseluruhan harta sesebuah negara'. Justeru, setiap organisasi yang mempunyai pemilikan terhadap harta intelek perlu mengurus dan melindungi aset ini secara berkesan agar memberi pulangan yang setimpal kepada organisasi tersebut. Pengurusan dalarn konteks ini termasuklah memastikan wujudnya hubungan yang jelas dari segi perundangan antara majikan dan pekerja di dalam organisasi berkenaan berhubung dengan hak pemilikan terhadap harta intelek. Bab ini membincangkan maksud harta intelek, jenis harta intelek dan bentuk perlihdungan yang diberikan oleh undang-undang, hubungan antara majikan dengan pekerja dalam organisasi serta siapakah pernilik harta intelek dalam konteks sesebuah organisasi menurut perspektif undang-undang.

Upload: others

Post on 12-Aug-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

PENGURUSAN HAK PEMILIKAN HARTA INTELEK ANTARA MA JIKAN DAN

PEKER JA DALAM ORGANISASI

Khadijalt Mohamed

PENGENALAN

Proses globalisasi dan perkembangan pesat teknologi secara umumnya memberi kesan besar kepada hampir semua aspek sosial masyarakat hari ini dan turut merubah corak pertumbuhan ekonorni seluruh dunia. Kemajuan dan pertumbuhan organisasi perniagaan juga tidak lagi bergantung kepada aliran modal dalam bentuk aset fizikal semata- mata, sebaliknya lebih tertumpu kepada pemilikan harta berasaskan maklumat dan pengetahuan yang dikenali sebagai harta intelek. Kepentingan harta intelek sebagai sumber kekayaan bentuk baru ini juga mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara; malah Bank Dunia melaporkan ia boleh menjangkau antara 60 hingga 80 peratus daripada jurnlah keseluruhan harta sesebuah negara'. Justeru, setiap organisasi yang mempunyai pemilikan terhadap harta intelek perlu mengurus dan melindungi aset ini secara berkesan agar memberi pulangan yang setimpal kepada organisasi tersebut. Pengurusan dalarn konteks ini termasuklah memastikan wujudnya hubungan yang jelas dari segi perundangan antara majikan dan pekerja di dalam organisasi berkenaan berhubung dengan hak pemilikan terhadap harta intelek.

Bab ini membincangkan maksud harta intelek, jenis harta intelek dan bentuk perlihdungan yang diberikan oleh undang-undang, hubungan antara majikan dengan pekerja dalam organisasi serta siapakah pernilik harta intelek dalam konteks sesebuah organisasi menurut perspektif undang-undang.

Page 2: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

MAKSUD HARTA INTELEK

Secara umurnnya harta intelek merujuk kepada hak yang diperuntukkan oleh undang-undang terhadap perkara-perkara yang dihasilkan melalui daya kreativiti fikiran. Berbeza dengan kebanyakan hak terhadap harta yang melindungi objek fizikal, perlindungan terhadap harta intelek diberikan kepada hasil luahan cipthan aka1 sama ada di dalam bidang industri, saintifik. artistik dan kesusasteraan'. Hasil kreativiti ini lazimnya mengandungi maklumat atau pengetahuan yang diterjemahkan sama ada dalam bentuk sesuatu karya seperti novel atau lagu, ciptaan, simbol, nama, atau pun reka bentuk yang kemudiannya diaplikasikan kepada sesuatu objek fizikal".

Artikel 2(viii) Konvensyen Penubuhan Pertubuhan Harta Intelek Dunia ataupun World Intellectual Property Organization (WIPO) yang bertanggunjgawab mentadbir konvensyen dan perjanjian utama berkaitan dengan pelbagai hak harta intelek memperuntukkan bahawa, harta intelek hendaklah meliputi hak-hak yang berkaitan dengan perkara-perkara berikut:

(i) sastera. seni dan kerja-kerja saintifik; (ii) persembahan pertunjukan artis. fonogram dan penyiaran; (iii) reka cipta dalam semua bidang usaha manusia (human

endeavour); (iv) penemuan saintifik: (v) reka bentuk perindustrian; (vi) tanda perdagangan, tanda perkhidmatan dan nama komersil

dan gelaran; (vii) perlindungan terhadap persaingan yang tidak adi14.

Perjanjian TNPs 1994 (The Agreement on Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights) yang merupakan salah satu perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pula tidak mentakrifkan maksud harta intelek tetapi menerangkan tentang syarat-syarat yang merangkumi pelbagai kategori harta intelek seperti hak cipta dan hak- hak berkaitan cap dagang. paten, tanda petunjuk geografi, reka bentuk perindustrian, reka bentuk susun atur litar bersepadu dan maklumat yang belum diketahui5.

Page 3: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

JENIS HARTA INTELEK

Mana-mana organisasi yang menghasilkan atau memiliki sesuatu ciptaan perlu memastikan bentuk perlindungan yang paling sesuai untuk ciptaan tersebut dan menentukan jenis perlindungan manakah yang paling sesuai digunakan jika terdapat lebih dari satu bentuk perlindungan undang-undang yang boleh digunakan. Secara tradisinya, harta intelek terbahagi kepada dua bahagian iaitu hak cipta dan harta industri. Hak cipta menjuk kepada hak berkaitan dengan karya seni seperti buku, filem. lukisan, muzik dan sebagainya manakala harta industri pula merujuk kepada cap dagangan, reka cipta, reka bentuk perindustrian, paten, petunjuk geografi serta reka bentuk susun atur litar bersepadu.

Di Malaysia, kesemua jenis harta intelek ini dikawal oleh enam akta utama iaitu:

(i) Akta Hak Cipta 1987; (ii) Akta Cap Dagangan 1976; (iii) Akta Paten 1983; (iv) Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996; (v) Akta Petunjuk Geografi 2000; dan (vi) Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000.

Pelaksanaan sistem perlindungan harta intelek di Malaysia dikendalikan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang merupakan sebuah badan yang diwujudkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Malaysia menyediakan peruntukan undang-undang dan peraturan yang mencukupi untuk melindungi hak harta intelek pelabur tempatan dan asing. Peruntukan ini adalah setaraf dengan standard dunia, malah beberapa pindaan terhadap peruntukan akta-akta ini dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kemantapannya selaras dengan kehendak beberapa perjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia.

Hak Cipta

Akta Hak cJipta 1987 (AHC 1987) tidak rnernberi definisi khusus tentang hak cipta, tetapi lazimnya ia merujuk kepada hak yang wujud dalam sesuatu karya. Jenis-jenis karya yang dilindungi di bawah

Page 4: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

akta ini termasuklah karya sastera, karya muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi dan siaranh. Selain itu, karya terbitan7 dan edisi karya diterbitkan8 juga mendapat perlindungan hak cipta di bawah akta ini.

Seksyen 3 AHC 1987 memperuntukkan perkara-perkara yang tergolong dalam setiap satu daripada jenis-jenis karya ini. Bagi karya sastera, ia termasuklah antaranya novel, lakbnan. biografi, ensiklopedia, surat, ucapan, jadual dan program-program komputer tetapi tidak termasuk teks rasmi kerajaan atau badan-badan berkanun yang bersifat perundangan atau peraturan, atau keputusan-keputusan kehahman. Karya muzik adalah merujuk kepada apa-apa karya muzik, dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik. Sementara itu, karya seni pula merujuk kepada karya grafik, fotograf, seni ukir atau kolaj. tanpa mengira kualiti seni, karya seni bina dalam bentuk bangunan atau model bagi bangunan, atau karya pertukangan seni.

Karya sastera. muzik dan seni merupakan karya kategori pertama manakala filem. rakaman bunyi dan siaran merupakan kategori kedua yang biasanya wujud daripada eksploitasi terhadap karya kategori pertama tadi. Bagi filem, mahkamah dalam kes Foo Loke Ying lwn Television Broadcast Ltdg menyatakan bahawa filem sinematografi adalah sama dengan pita video dan tergolong sebagai filem yang berhak mendapat hak cipta asalkan ia dirakam dalam sesuatu bahan dan ditunjukkan dalam gambar bergerak. Bagi rakaman bunyi, hak cipta dirniliki oleh penerbit rakaman dan bukannya artis sebagaimana yang diputuskan dalam kes Polygram Records Sdn. Bhd lwn The Search". Hak cipta mengenai sesuatu siaran pula adalah hak eksklusif untuk mengawal sesuatu rakaman, pengeluaran semula dan penyiaran semula keseluruhan atau sebahagian besar siaran itu dan pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam di tempat yang mengenakan bayaran masuk bagi keseluruhan atau sebahagian besar sesuatu siaran televisyen sama ada dalam bentuk asalnya atau dalam apa-apa bentuk yang boleh dikenal sebagai diambil dari yang asalnya".

Kesemua karya ini dilindungi secara automatik tanpa memerlukan sebarang proses pendaftaran dan tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Walau bagaimanapun, sesuatu karya itu mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu untuk mendapatkan perlindungan undang-undang iaitu ia mestilah suatu karya asliI2 yang

Page 5: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

telah ditulis, direkod atau selainnya dijadikan dalam bentuk bahanl3 dan penciptanya adalah orang yang berkelayakan atau karyanya telah dibuat di Malaysia atau mula diterbitkan di Malaysia14.

Pencipta karya adalah pihak yang pertama berhak terhadap hak cipta sesuatu karyaI5. Seksyen 3 AHC 1987 juga menerangkan siapakah pencipta berdasarkan jenis karya yang dihasilkan iaitu:

(i) penulis atau pembuat karya bagi karya sastera; (ii) penggubah bagi karya muzik; (iii) seniman bagi karya seni selain fotografi; (iv) orang yang mengarah supaya sesuatu foto diambil bagi karya

fotograf: (v) orang yang mengarah supaya sesuatu filem atau rakaman dibuat

bagi rakaman bunyi; (vi) bagi siaran yang dipancarkan dari dalam mana-mana

negara, orang yang memancarkan rancangan itu jika dia bertanggungjawab bagi pemilihan kandungannya atau mana- mana orang yang mengadakan rancangan itu yang membuat perkiraan yang perlu dengan orang yang memancarkan untuk pemancarannya;

(vii) berhubung dengan apa-apa ha1 lain, ertinya orang yang membuat karya itu

Sementara itu, bagi karya-karya yang ditempah, hak cipta bagi karya berkenaan akan menjadi hak rnilik pihak yang membuat tempahan tersebut manakala bagi karya yang dihasilkan oleh pencipta karya itu dalam masa bekerjanya, hak cipta karya tersebut adalah kepunyaan majikannya'! Walau bagaimanapun, pihak-pihak berkenaan boleh menafikan atau menghadkan hak pemilikan tersebut tertakluk kepada terma-terma pe rjanjian antara mereka.

Pencipta atau pernilik karya diberikan hak eksklusif untuk mengeksploitasi hasil karya mereka sama ada secara pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan, penyampaian kepada awam, pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam. pengedaran salinan-salinan kepada orang awam melalui penjualan atau pemindahanl pemilikan atau pemunyaan secara lain dan juga penyewaan secara komersil kepada orang awam". Pemberian hak eksklusif ini membolehkan pencipta atau pemilik karya mengambil tindakan undang-undang I s terhadap mana-mana pihak yang melakukan

Page 6: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

pelanggaran terhadap hak tersebut''. Tempoh perlindungan hak cipta yang diberikan adalah untuk sepanjang hayat penciptanya dan berterusan selama 50 tahun sama ada selepas kematian penciptanya atau 50 tahun dari tarikh sesuatu karya mula diterbitkan2'.

Cap Dagangan

Cap dagangan merujuk kepada sesuatu tanda yang digunakan oleh seseorang peniaga untuk membezakan barangan dan perkhidmatannya dengan peniaga yang lain. Dalam kes Re Powell's Trade Mark2', Hakim Bowen menyatakan bahawa:

"Fungsi cap dagangan adalah untuk memberi gambaran kepada pembeli atau bakal pembeli tentang pengeluar atau kualiti sesuatu barangan - memberi gambaran kepada matanya tentang sumber sesuatu baranp itu berasal.. . .".

Peranan cap dagangan sebagai penunjuk kepada sumber pengeluar dan kualiti yang diwakilinya sangat penting sebagai ejen pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan sesebuah perniagaan. Kecenderungan pengguna terhadap sesuatu jenama atau cap dagangan pada masa kini bukan sahaja berasaskan jarninan kualiti, malah juga sebagai suatu gaya hidup sebagaimana yang ditekankan oleh Advocate General Ruiz-Jarabo Colomer dalam kes Arsenal Football Club Plc Iwn Mattlzew Ree8'. Justeru. perlu dilindungi oleh pemiliknya bagi memastikan reputasi dan nama baik sesuatu cap itu tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Peruntukan undang-undang di Malaysia berkaitan dengan cap dagangan terkandung dalam Akta Cap Dagangan 1976 (ACD 1976) dan Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 1997 (Pindaan 200 1). Di Malaysia, pendaftaran sesuatu cap dagangan tidak diwajibkan kerana wujud perlindungan undang-undang tanpa mengira ia didaftarkan di bawah akta atau tidak. Bagi cap dagangan yang tidak didaftarkan, ia dilindungi di bawah kaedah comrnon law and equity mengenai kelirupaan (passirzg off) berdasarkan penggunaan dan reputasi nama atau cap dagangan tersebut.

Pendaftman sesuatu cap dagangan boleh dilakukan apabila memenuhi syarat-syarat yang diperuntukkan oleh akta iaitu mestilah bertujuan untuk digunakan" dan cap itu mestilah distingktiP4. H a h m Mohamed

Page 7: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

Dzaiddin dalam kes JS Staedtler lwn Lee & Sons Enterprisez5, menyatakan bahawa penggunaan yang dimaksudkan itu bertujuan untuk menunjukkan wujudnya suatu hubungan perdagangan dari mana barang itu berasal.

Maksud distingktif pula ialah apabila cap dagangan itu boleh membezakan barangan atau perkhidmatan yang didaftarkan atau dicadangkan untuk ddaftarkan yang mempunyai hubungan dengan pemiliknya daripada barangan atau perkhidmatan yang tiada hubungan sedemikian2(j. Dalam kes Smitlz Kline & French Laboratories Ltd. lwn Sterling Winthrop Group Ltd.'7, mahkamah memutuskan bahawa kombinasi warna yang distingktif pada kapsul boleh didaftarkan kerana merupakan ciri penting untuk membezakan barangan kepunyaan Smith Kline daripada barangan peniaga yang lain.

Pendaftaran sesuatu cap dagangan memberi kelebihan kepada pemiliknya kerana mendapat hak monopoli yang eksklusif untuk mengeksploitasi penggunaan cap tersebut kepada sesuatu barangan atau perkhidmatan". Malah, pemilik berdaftar cap dagangan juga berhak mengambil tindakan undang-undang di mahkamah apabila berlaku kes-kes pelanggaranZ9. Cara ini adalah lebih murah dan mudah berbanding dengan tindakan pengelirupaan menurut common law yang akan melibatkan kos yang tinggi dan beban pembuktian yang lebih sukar. Pendaftaran sesuatu cap dagangan sah bagi tempoh sepuluh tahun tetapi boleh diperbaharui dari semasa ke semasa mengikut Bahagian VII ACD 1976;'.

Paten

Peruntukan undang-undang berkaitan dengan paten di Malaysia termaktub dalam Akta Paten 1983 (AP 1983) dan Peraturan-peraturan Paten 1986. AP 1983 tidak mentaknfkan maksud paten secara khusus tetapi istilah ini secara umumnya merujuk kepada hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu reka cipta sama ada dalam bentuk produk atau proses untuk menghasilkan sesuatu dengan cara terbaru atau sesuatu ciptaan tersebut menawarkan penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah31. Dalam kes R Iwn Patents Appeal Tribunal, ex parte Swift & C O . ~ ~ , sesuatu ciptaan ditaknfkan sebagai 'apa-apa cara pembuatan baru'.

Page 8: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

Perlindungan paten hanya diberikan kepada sesuatu ciptaan yang memenuhi tiga syarat iaitu ia adalah ciptaan baru yang belum dizahirkan kepada pihak awam, penghasilannya melibatkan langkah mereka cipta dan ciptaan itu boleh digunakan untuk perindu~trian~~. Maksud baru di sini ialah apabila ciptaan tersebut tidak boleh dijangka melalui ciptaan seni terdahulu (prior art)34, iaitu merujuk kepada apa- apa maklumat teknikal yang tersedia kepada pihak awam sebelum tarikh permohonan paten difailkan yang menyeb$bkan sesuatu ciptaan lanjutan daripadanya boleh dijangka akan dihasilkan".

Langkah mereka cipta bagi penghasilan sesuatu ciptaan itu mestilah juga tidak ketara kepada orang yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi ciptaan t e r ~ e b u t ~ ~ . Dalam kes Intercontinental Specialty Fats Sdrz. Blzd. lwn Asahi Denka Kogyo K£P7, mahkamah membenarkan pemberian paten atas alasan bahawa kadar kandungan campuran trigliserid asid lemak tepu dan tak tepu yang digunakan di dalam pengganti mentega koko sebagai mempunyai spesifikasi konstituen atau pun langkah mereka cipta yang tidak ketara walaupun dalam kalangan pekerja mahir.

Sesuatu ciptaan juga mestilah boleh digunakan dalam i n d ~ s t r i ~ ~ iaitu mempunyai sesuatu tujuan mekanikal yang boleh ditentukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipatenkan di Malaysia iaitu:

(i) penemuan, teon saintifik dan kaedah matematik; (ii) tumbuh-tumbuhan atau haiwan; (iii) slum. aturan atau kaedah bagi menjalankan perniagaan atau

permainan; (iv) kaedah untuk manusia atau haiwan dengan cara pembedahan

atau terapi, dan kaedah diagnosis yang dilakukan kepada manusia atau haiwat~'~.

Perbezaan di antara penemuan dengan reka cipta ini dijelaskan dalam kes Genenteclz Iitc's PatenPo, seperti berikut:

"Jika seseorang menemui perkara baru pada sesuatu benda atau barang yang sedia diketahui. itu hanyalah merupakan suatu penemuan yang tidak boleh dipatenkan. Tetapi, jika seseorang menjadikan benda tersebut sebagai kegunaan praktikal, dia dikatakan melakukan suatu reka cipta dan reka cipta itu boleh dipatenkan.. .".

Page 9: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

Permohonan paten boleh dikernukakan oleh mana-mana orang sarna ada secara individu, perkongsian ataupun syarikat terhadap reka cipta yang telah memenuhi syarat-syarat kebolehpatenan menurut peruntukan akta41. AP 1983 memperuntukkan bahawa hak terhadap paten diberikan kepada pereka cipta yang menghasilkan sesuatu reka cipta4=. Walau bagaimanapun, bagi reka cipta yang dihasilkan oleh pekerja berdasarkan terma dalarn kontrak pekerjaan, hak terhadap paten tersebut adalah kepunyaan rnajikan tetapi pekerja masih berhak untuk mendapatkan saraan yang saksama jika nilai ekonorni reka cipta tersebut lebih besar daripada yang mereka jangkakanJ3. Pekerja dalam keadaan ini boleh menguatkuasakan hak tersebut kerana ianya tidak dihadkan oleh kontraks4.

Pendaftaran sesuatu paten memberikan hak eksklusif kepada pemiliknya untuk mengeksploitasi reka ciptanya itu sama ada untuk membuat, mengimport, menawarkan untuk jualan, rnenjual atau menggunakan reka cipta tersebut di Malaysia4j. Jika mana-rnana orang rnelakukan sebarang perbuatan eksklusif ini tanpa kebenaran pemiliknya, ia dianggap sebagai suatu pelanggaran paten46 yang boleh dikenakan tindakan undang-undang". Tempoh perlindungan paten ialah selama 20 tahun daripada tarikh pemfailan tetapi boleh diperbaharui dengan membayar sejumlah yuran tahunan yang ditetapkan oleh aktaAK.

Reka Bentuk Perindustrian

Peruntukan undang-undang di Malaysia berkaitan dengan reka bentuk perindustrian termaktub dalam Akta Reka bentuk Perindustrian 1996 (ARP 1996). Reka bentuk perindustrian merujuk kepada rupa bentuk luaran secara keseluruhan sesuatu barang atau produk yang boleh terdiri daripada ciri tiga dimensi seperti bentuk dan tatarajah sesuatu barang atau ciri dua dimensi seperti corak dan hiasan yang mempunyai nilai estetik yang menarik pandangan mataA9. Hal ini bermakna, hanya aspek bentuk, corak atau hiasan sahaja yang dilindungi akta dan bukannya aspek fungsi sesuatu produk tersebut. Reka bentuk perindustrian ini diguna pakai secara meluas kepada pelbagai jeni; produk perindustrian dan kraftangan. Pernakaiannya meliputi daripada peralatan teknikal dan perubatan sehingga kepada barangan seperti jam, barang kemas. reka bentuk pembungkusan, perabot, bentuk lampu, enjin serta reka bentuk teksti150.

Page 10: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

Pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian boleh dilakukan apabila ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu ia mestilah baharu serta tidak pernah dizahirkan di Malaysia5'. Maksud baharu di sini ialah sama ada ia adalah rekaan atau buatan kali pertama yang tidak diketahui langsung oleh pihak awam atau, ia adalah reka bentuk sedia ada atau yang telah dikenali tetapi penggunaannya kepada sesuatu barang itu adalah untuk kali yang pertama. t

Larangan penzahiran kepada awam bermaksud, sebelum tarikh permohonan pendaftaran difailkan, sesuatu reka bentuk itu tidak boleh didedahkan sama ada dengan cara mempamerkannya kepada pihak awam atau menjual barangan yang menggunakan reka bentuk tersebut kepada mana-mana pihak. Hal ini bermakna, penggunaan atau pengilangan awal atau pun pendedahan awal reka bentuk tersebut dalam mana-mana dokumen awam adalah dilarang sama sekali. Dalam kes Besalon bztemational Ltd. lwn South Strong Industries Sdn. Bl~d. '~ , mahkamah memutuskan bahawa reka bentuk defendan tidak boleh dikuatkuasakan atas alasan bahawa sebelum pendaftaran pada 9 November 1994 di United Kingdom, plaintif dan defendan telah mengilang, mempromosikan danlatau menjual jubin yang memaparkan reka bentuk yang dipertikaikan itu menyebabkan ia tidak lagi baharu menurut kehendak akta.

Penzahiran atau pendedahan ini memadai walaupun dilakukan hanya kepada seorang dalam kalangan pihak awam yang mana orang itu tidak dipertanggungjawabkan untuk menyimpan pengetahuan yang diperolehnya sebagai suatu rahsia5" Apabila keadaan ini berlaku, reka bentuk tersebut hilang kelayakan untuk dianggap sebagai baru. Dalam kes Teh Teik Boay lwn CIzuah Saik Loo54, Hakim Hepworth menyatakan bahawa:

"Secara umumnya, penzahiran berlaku jika reka bentuk yang sepatutnya dirahsiakan itu didedahkan kepada awarn. Persoalan yang hams diputuskan ialah, adakah pihak awam telah diletakkan dalam keadaan merniliki reka bentuk itu? Adakah pihak awam memperoleh pengetahuan tentang reka bentuk itu? Tidak semestinya reka bentuk itu benar-benar digunakan. Penzahiran berlaku jika dapat ditunjukkan bahawa reka bentuk itu diketahui umum tanpa mengira sama ada ia benar-benar digunakan. Oleh itu, penzahiran boleh berlaku dalam dua keadaan (a) penerbitan dalam dokumen sebelumnya, (b) penerbitan oleh penggunaan sebelumnya".

Page 11: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

Selain itu. sesuatu reka bentuk juga tidak boleh didaftarkan jika tergolong dalam mana-mana kategori berikut:

(i) tidak mempunyai nilai estetik yang jelasj5 atau hanya berbeza dari segi ciri-ciri tidak material sahajaj6;

(ii) merupakan kaedah atau prinsip pembinaanj7; (iii) ciri reka bentuk tersebut ditentukan semata-mata oleh fungsijs; (iv) ciri reka bentuk tersebut bergantung kepada rupa suatu barangan

lainj9; (v) reka bentuk tersebut bertentangan dengan ketenteraman awam

atau mora160.

Pendaftaran sesuatu reka bentuk hanya boleh dilakukan oleh pemiliknya yang sah6'. ARP 1996 membahagikan pemilik reka bentuk ini kepada tiga kategori iaitu sama ada:

(i) orang yang mencipta reka bentuk tersebuf2; atau (ii) orang yang membuat tempahan supaya sesuatu reka bentuk

dicipta berdasarkan tempal~an~~; atau (iii) majikan kepada pekerja yang diupah untuk menghasilkan

sesuatu reka b e n t ~ k ~ ~ .

Apabila didaftarkan, pemiliknya mendapat hak eksklusif untuk mengeksploitasi penggunaan reka bentuk tersebut kepada sesuatu barang termasuklah untuk membuat atau mengimport barang tersebut untuk tujuan jualan atau sewaan dan menggunakannya bagi apa-apa tujuan perdagangan6j. Hak ini membolehkan pemiliknya mengambil tindakan undang-~ndang~~ terhadap mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran terhadap hak eksklusif tersebut6' dalam tempoh lima tahun dari tarikh pelanggaran dilakukan. Perniliknya juga boleh memindah milikkan hak tersebut kepada mana-mana pihak lain secara bertulis menurut peruntukan undang-~ndang~~. Tempoh pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian ialah selama lima tahun bermula dari tarikh pemfailan permohonan untuk ~ e n d a f t a r a n ~ ~ dan boleh dilanjutkan dua kali berturut-turut bagi tempoh lima tahun untuk setiap kali lanjutan dibuat70.

Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu

Perlindungan undang-undang bagi reka bentuk susun atur litar bersepadu di Malaysia termaktub dalam Akta Reka Bentuk Susun

Page 12: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

Atur Litar Bersepadu 2000 (Akta 601). Reka bentuk susun atur litar bersepadu merupakan susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu, iaitu komponen elektronik yang membentuk satu litar lengkap atau separa lengkap, yang disediakan untuk tujuan pengeluaran atau pengilangan dan digunakan pada sesuatu bahan atau produk untuk melaksanakan sesuatu fungsi elektronik7'. Contoh komponen elektronik sesuatu litar bersepadu ialah seperti transistor. kapasitor, perintang, diod dan sebagainya. Penggunaan litar bersepadu ini boleh didapati dalam pelbagai produk peralatan elektrik seperti komputer, mesin basuh. mesin kira, jam tangan berdigit, televisyen dan radio.

Sebagaimana hak cipta, sesuatu reka bentuk susun atur layak mendapat perlindungan secara automatik tanpa perlu didaftarkan apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) ash7?, iaitu ia merupakan hasil usaha intelek penciptanya sendiri dan bukan perkara biasa antara pencipta reka bentuk susun atur dan pengilang litar bersepadu7';

(ii) telah Qtetapkan dalam bentuk material atau digabungkan dalam suatu litar b e r ~ e p a d u ~ ~ ; dan

(iii) pemegang hak reka bentuk susun atur itu adalah orang yang

Perlindungan ini bagaimanapun tidak terpakai kepada apa-apa gagasan, tatacara, proses, sistem. kaedah pengendalian, konsep. prinsip atau penemuan walaupun perkara-perkara tersebut terkandung dalam sesuatu reka bentuk susun a t ~ r ~ ~ .

Pemegang hak sesuatu reka bentuk susun atur ini boleh terdiri daripada pihak-pihak berikut:

(i) pencipta; (ii) orang yang menugaskan. jika reka bentuk susun atur itu dicipta

menurut sesuatu penugasan; (iii) majikan. jika reka bentuk susun atur itu dicipta oleh pekerja

dalam menjalankan ~eker jaannya~~.

Hal ini bermakna, pemegang hak dan pencipta kadangkala merujuk kepada pihak yang sama tetapi Akta 601 menerangkan secara jelas bahawa pemegang hak adalah pihak yang mendapat manfaat daripada

Page 13: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

perlindungan akta manakala penciptu merujuk kepada pihak yang membuat perkiraan bagi penciptaan sesuatu reka bentuk susun a t ~ r ' ~ . Pemegang hak boleh menghasilkan semula dan memberi kuasa untuk penghasilan semula sesuatu reka bentuk susun atur terlindungnya dan juga mengeksploitasi haknya secara ~erdagangan'~. Pelanggaran terhadap hak-hak inigO membolehkan pemegang hak mengambil tindakan terhadap pihak yang berkenaan dalam tempoh enam tahun dari tarikh pelanggaran dilakukan8'. Sesuatu reka bentuk susun atur dilindungi bagi tempoh 10 tahun dari tarikh mula dieksploitasi secara perdagangan dan tamat selepas 15 tahun dari tarikh dicipta8?.

Petunjuk Geografi

Undang-undang berhubung dengan petunjuk geografi di Malaysia termaktub dalam Akta Petunjuk Geografi 2000 (APG 2000). Perlindungan petunjuk geografi telah bermula agak lama di benua Eropah terutarnanya oleh negara-negara pengeluar wain dan spirit seperti Itali dan Perancis sebagai pertukaran bagi pengurangan subsidi eksport yang kemudiannya diperkuatkan melalui peruntukan dalam perjanjian TRIPSS3.

Secara umurnnya, petunjuk geografi merujuk kepada nama atau tanda yang digunakan pada produk tertentu yang mengaitkannya dengan lokasi geografi tertentu atau dari mana sesuatu barang itu berasal seperti bandar, kawasan, tempat. negara atau wilayah. Ia bertujuan memastikan produk yang menggunakan petunjuk geografi tersebut mempunyai kualiti, reputasi atau sesuatu ciri khusus berdasarkan tempat asal geografinyas4. Berbeza dengan cap dagangan, fungsi petunjuk geografi ini adalah sebagai suatu tanda bahawa sesuatu produk itu dihasilkan atau mempunyai ciri khusus berdasarkan tempat pengeluarannya atau kedudukan geografinya. Malah. penggunaan petunjuk geografi ini dalam sesetengah keadaan mensyaratkan supaya sesuatu produk itu mestilah memenuhi syarat kualiti tertentu yang dipantau oleh sesuatu pertubuhan atau jawatankuasa bagi memastikan penggunaannya tidak disalah gunakan atau boleh menjejaskan reputasi sesuatu petunjuk geografi itu sendiri". Hdam Abdul Hamid Mohamed misalnya dalam kes The Scotch Whisk?, Association lwn Ewein Winery (M) Sdn BIZ^^, memutuskan bahawa penggunaan perkataan Scotch Whisky menunjukkan bahawa defendan telah menjejaskan perniagaan, narna baik clan kepentingan plaintif

Page 14: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

dengan cara menjual atau menawarkan untuk menjual produk spirit di Malaysia yang bukan dihasilkan tetapi dilabel sedernikian rupa seolah-olah ia dihasil dan diperam di Scotland. Oleh itu, defendan telah menyalah nyatakan produk mereka yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat umum untuk mempercayai bahawa produk-produk defendan sebagai produk kepunyaan plaintif yang berasal dari Scotland.

Petunjuk geografi ini boleh digunakan ke atas sebarang produk sama ada keluaran semula jadi, hasil pertanian atau sebarang keluaran kraftangan atau industri". Contoh-contoh produk yang mengaitkan kualiti atau ciri tertentu produk dengan petunjuk geografinya termasuklah rnisalnya Sarawak peppeF8, labu savong dan songket tenun Terengganu bagi produk keluaran tempatan, manakala produk- produk antarabangsa yang lain termasuklah Idaho potatoes (Amerika Syarikat), Champagne (Perancis), Cornish Clotted Creain (United IOngdom) dan Bohemia crystal (Czech R e p u b l i ~ ) ~ ~ . Petunjuk geografi berperanan untuk memaklurnkan mengenai asal sesuatu produk seperti pengenalan perkataan "BuatanlMade in Malaysia" atau "Buatanl Made in England" dan sebagainya yang boleh dirujuk oleh pengguna apabila membeli sesuatu barangan.

Pendaftaran petunjuk geografi boleh dilakukan oleh sesuatu pihak yang berwibawa seperti pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, badan berkanun: dan organisasi atau persatuan perdaganganyO. Hal ini bermakna. ia dimilih secara bersama oleh pengeluar-pengeluar yang menjalankan aktiviti perdagangannya dalam kawasan geografi yang dinyatakan. Memandangkan ia bukanlah hak milik individu. setiap peniaga bebas untuk menggunakan cap dagangan masing-masing terhadap produk keluaran mereka yang mempunyai petunjuk geografi yang sama.

Di Malaysia, sesuatu petunjuk geografi adalah dilindungi tanpa mengira sama ada ia didaftarkan menurut akta atau tidak9' asalkan ia tidak bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral atau tidak melanggar mana-mana petunjuk geografi yang mendapat perlindungan atau yang digunakan di mana-mana negara atau wilayah lain9'. Walau bagaimanapun, pendaftaran sesuatu petunjuk geografi memudahkan proses perlindungan undang-undang kerana pernilik berdaftarnya mempunyai hak eksklusif untuk mengeksploitasi

Page 15: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

barangan petunjuk geografinya9"an boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggaran hak tersebut dalam tempoh lima tahun dari tarikh pelanggaran dilakukany4. Tempoh perlindungan petunjuk geografi yang berdaftar adalah selama 10 tahun dari tarikh pemfailany5 dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun selagi petunjuk geografi itu diguna pakaiy6.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas. jelas bahawa kepelbagaian hak harta intelek yang terkandung dalam sesuatu objek fizikal boleh menyumbang kepada peningkatan nilai aset sesebuah organisasi dari semasa ke sernasa. Ia juga merupakan antara alasan paling mudah kenapa hak terhadap harta intelek diwujudkan; iaitu untuk membolehkan pencipta atau pemilik harta intelek melindungi dan memperoleh keuntungan daripada hasil usaha penciptaan intelek mereka. Malah, modal dalam bentuk harta intelek ini semalun diiktiraf sebagai aset penting bagi kebanyakan syarikat gergasi bertaraf dunia. Justeru, dalam konteks sesebuah organisasi, hak antara majikan dengan pekerja terhadap harta intelek ini perlulah ditentukan dengan jelas.

HUBUNGAN MAJIKAN DAN PEKERJA DALAM ORGANISASI

Hubungan yang wujud antara majikan dan pekerja di Malaysia secara umumnya digariskan dalam dua akta utama iaitu Akta Kerja 1955 (AK 1955) dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967). Kedua-dua akta ini mensyaratkan bahawa hubungan tersebut mestilah berasaskan kepada suatu kontrak perkhidmatan kerana ia menggariskan hak dan tanggunglawab kepada majikan dan pekerja. Hal ini berbeza dengan kontrak untuk perkhidmatan yang tidak mewujudkan suatu hubungan pekerjaan dan lazimnya pihak-pihak hanya terikat kepada terma kontrak yang biasa dan hubungan kontrak tersebut berakhir apabila sesuatu tugas yang dikontrakkan itu selesai dilaksanakang7.

Kedua-dua akta iiitu AK 1955 dan APP 1967 menjelaskan bahawa kontrak perkhidmatan merujuk kepada pe rjanjian antara majikan yang bersetuju menggaji pihak lain sebagai pekerja dan orang itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerjagx. Majikan

Page 16: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

akan menawarkan supaya sesuatu pekerjaan dilakukan untuknya dan sebagai balasan dia akan membayar gaji kepada pekerja bagi pekerjaan yang disempurnakan itu.

Kontrak perkhidmatan mewujudkan hak dan tanggunglawab tertentu antara majikan dan pekerja. Kedua-dua pihak perlu menjalankan tugas dan tanggunglawab mereka mengikut s@tus dan peranan masing-masing terhadap satu sama lain. Selain daripada hak dan tanggunglawab yang dinyatakan dengan jelas di dalam kontrak dan juga statut, prinsip yang diterima pakai menurut kaedah comnzo?z l a ~ l dan keputusan-keputusan kes juga perlu dipatuhi.

Cara untuk menentukan sama ada seseorang individu itu adalah pekerja atau tidak dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Hoh Kian Ngan lwn Mahkanzah Perusahaan M a l a ~ s i a ~ ~ , iaitu:

"Pendekatan yang betul dan fleksibel untuk memastikan seseorang itu adalah pekerja di bawah Akta ialah dengan menentukan sama ada kontrak yang dimasuki itu adalah 'kontrak perkhidmatan' atau 'kontrak untuk perkhidmatan'. 'Pekerja' yang diambil bekerja menurut takrifan Akta adalah seseorang yang terikat dengan 'kontrak perkhidmatan' sementara 'kontraktor bebas' yang terikat dengan 'kontrak untuk perkhidmatan' bukanlah 'pekerja' menurut takrifan Akta ... Bagi menentukan sama ada sesuatu kontrak itu adalah 'kontrak perkhidmatan' atau 'kontrak untuk perkhidmatan', tahap kawalan yang dikenakan oleh majikan terhadap pekerja merupakan faktor penting, walaupun bukanlah merupakan satu-satunya kriteria yang diambil kira. Terma kontrak perlu ditentukan terlebih dahulu bagi memastikan jenis fungsi dan tugas pekerja.. . dan ini termasuklah kelakuan pihak-pihak pada setiap masa yang relevan".

HAK PEMILIKAN HARTA INTELEK DALAM ORGANISASI: MAJIKAN ATAU PEKERJA?

Hak milik terhadap sesuatu idea atau ciptaan lazirnnya ditentukan oleh faktor 'siapa' dan 'dalam konteks apa' ciptaan itu dihasilkan. Mana-mana individu yang menghasilkan sesuatu ciptaan atas usaha, modal dan kepakarannya sendiri akan mempunyai hak milik sepenuhnya terhadap ciptaan tersebut. Walau bagaimanapun, bagi

Page 17: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

individu yang diupah oleh rnana-mana pihak, syarikat atau organisasi bagi tujuan menghasilkan sesuatu produk atau idea baru misalnya. keadaan ini berbeza kerana hak pernilikan terhadap produk atau idea bar- tersebut perlu dilepaskan kepada pihak yang rnenempahnya atau kepada majikannya sebagai salah satu daripada syarat-syarat dalam terma kontrak perkhidmatannya.

Namun. rnasih terdapat beberapa pengecualian terhadap perkara ini tertakluk kepada bagaimana sesuatu kontrak perkhidmatan itu dimasuki dan dilaksanakan di antara pihak-pihak. Misalnya, terma terhadap hak pemilikan sesuatu harta intelek boleh ditentukan sama ada menjadi kepunyaan majikan secara mutlak, atau tetap dipegang oleh pekerja, ataupun dimiliki secara bersama oleh majikan dan pekerja. Yang penting ialah, sebarang terma yang dibuat mestilah dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja. Walaupun undang-undang menyatakan bahawa kontrak perkhidmatan ini boleh dibuat secara lisanIw, proses pernbuktian menurut undang-undang akan menjadi lebih mudah jika kontrak ini dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh kesemua pihak yang terlibat.

Dalam konteks ini, bolehlah dikatakan bahawa penentuan terhadap pernilikan sesuatu ciptaan atau hasil harta intelek yang dicipta oleh peke rja perlu merujuk kepada peruntukan undang-undang kontrak, undang-undang pekerjaan dan undang-undang harta intelek'OL. Undang-undang kontrak memberi kelonggaran kepada majikan dan peke rja untuk mengikat din mereka dengan terma-terma yang mereka anggap sesuai dan bermanfaat untuk kedua-dua pihak. Menurut undang-undang peke rjaan pula, isu pemilikan harta intelek ini adalah berdasarkan kepada terma kontrak perkhidmatan yang dimasuki. misalnya apakah tujuan seseorang pekerja diambil bekerja dan sama ada pekerja dikehendalu menghasilkan sesuatu ciptaan dalam tempoh pekerjaannyalo2. Lazirnnya. hak milik harta intelek menurut terma kontrak perkhidmatan ini dinyatakan secara jelas sebagai kepunyaan rnajikan.

Menurut undang-undang harta intelek, isu pemilikan hak narta intelek ini dipemntukkan secara jelas hampir dalam kesemua akta yang terlibat iaitu hak cipta, paten, reka bentuk perindustrian dan reka bentuk susun atur litar bersepadu. Kesemua akta ini menyatakan bahawa bagi karya, ciptaan ataupun reka bentuk yang dihasilkan

Page 18: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

oleh pekerja berdasarkan terma dalam kontrak pekerjaannya, hak milik terhadap karya, ciptaan ataupun reka bentuk tersebut akan menjadi hak milik majikan'"'. AP 1983 bagaimanapun memberi peluang selanjutnya kepada pekerja untuk mendapatkan saraan yang saksama dengan majikan jika nilai ekonomi reka cipta tersebut lebih besar daripada yang mereka jangkakan dan pekerja dalam keadaan ini boleh menguatkuasakan hak tersebut kerana ianya tidak dihadkan oleh kontrakIw.

Selain daripada peruntukan akta, keputusan mahkamah dalam kes-kes yang berkaitan juga perlu diambil kira. Dalam kes Elster Metering Ltd. lwn Premier Amalgamated Sdn Bhdl"' misalnya, Pesuruhjaya Kehakiman Hamid Sultan Abu Backer memutuskan bahawa kegagalan pihak plaintif untuk mengemukakan rekod perkhidmatan berhubung dengan karya lukisan yang dihasilkan menyebabkan pemilik karya tersebut tidak dapat ditentukan dengan jelas. Beliau juga menyatakan bahawa, akuan bersumpah menurut peruntukan seksyen 42 Akta Hak Cipta 1987 tidak memadai sebagai bukti prinza facie mengenai pemilikan hak cipta dan peruntukan seksyen itu juga tidak cukup kuat untuk mengenepikan syarat-syarat pembuktian menurut Akta Keterangan 1950. Keterangan prima facie mengenai sesuatu fakta sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 42 tidak boleh disamakan sebagai bukti primu facie dan hanya dianggap antara lainnya untuk membantu plaintif membuktikan kes mereka sahajal0? Dalam konteks ini, apabila keterangan dokumen tidak dapat dikemukakan atau, jika ia dikemukakan tetapi tidak memenuhi syarat pembuktian yang ditetapkan, adalah dicadangkan bahawa pihak yang menghasilkan karya tersebut perlu mengambil langkah awal yang lain supaya hak mereka sebagai pemilik asal karya tersebut tetap dilindungi undang-undang. Hal ini boleh dilakukan dengan mengemukakan misalnya saksi-saksi ataupun rekod yang mengandungi lakaran asal, plot asal, versi asal serta beberapa peringkat proses menghasilkan karya berkenaan berserta dengan tarikh dilakukan sehinggalah sesuatu karya itu siap sepenuhnya. Bagi hasil penerbitan akademik misalnya, rekod-rekod yang menunjukkan proses bacaan pruf, proses penilaian, penyuntingan dan pembetulan kepada karya, malah penstoran maklumat daripada komputer yang digunakan bagi menghasilkan karya berkenaan juga boleh dikemukakan untuk menyokong proses pembuktian tersebutlo'.

Page 19: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

RINGKASAN BAB

Sesuatu ciptaan intelek yang dihasilkan lazimnya memerlukan pelaburan besar melalui penyelidikan yang menggunakan usaha. modal, kepakaran serta masa yang lama. Perlindungan yang cekap dan berkesan perlu diberikan kepada ciptaan ini agar boleh dieksploitasi semula untuk mendapatkan ganjaran yang sewajarnya. Dalam konteks organisasi, pernilikan terhadap sebarang bentuk hasil ciptaan intelek ini perlu dikenal pasti secara jelas agar hubungan yang harmoni di antara majikan dan pekerja dapat diwujudkan bagi kepentingan perkembangan organisasi tersebut. Undang-undang menyediakan perlindungan yang mencukupi bukan sahaja terhadap hak harta intelek yang dihasilkan malah juga bag memelihara hubungan majikan dan pekerja dalam sesebuah organisasi. Hubungan yang baik dan harmoni ini penting kerana boleh menyumbang kepada keadaan dan perselutaran kerja yang lebih memberansangkan. Di samping itu, undang-undang juga menyediakan penyelesaian kepada pihak-pihak ini sekiranya berlaku sebarang masalah dalam hubungan mereka.

Page 20: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

Nota Akhir

I Lihat Ujang, Z. (2010, 30 April). Harta intelek mampu beri irnpak besar kepada 1 ekonomi inovasi. Berita Harial? Onliize. Dicapai pada 14 Jun. 2010 daripada http://www.bharian.com.my/ MStar Onliize. Dicapai pada 14 Jun, 2010 daripada http://mstar.corn.my/ Lihat juga Hallenborg. L., Ceccagnoli, M., & Clendenin. M. (2008). Intellectual Property Protection in the Global Economy. Dalarn G.D. Libecap & M. Thursby (Eds.). Techizological iizrzovatiCin: Generating ecoiloinic results. Bradford: Emerald Group Publishing. Lihat juga perbincangan dalam bab 2 mengenai harta intelektual sebagai kekayaan bentuk baru dalam Cook, C. (2003). Patertts, projits aizd power: HOW intellectual properv rules the global ecoizoiny. London: Kogan Page.

? Lihat Bainbridge, D. I. (2009). liztellectual propert). (7th ed.). Essex: Pearson Longman, hlm.3: MacQueen, H. L., Waelde, C., & Laurie, G. (2008). Contenlporais intellectual properm: L a w , aizd policy. Oxford: Oxford University Press. hlm.7: Smith, A. T. H. (1994). Propert). offeizces: The protection of propert). through the criminal law. London: Sweet & Maxwell, hlm.7. Mohamed, K.. & Abd Aziz. A.S. (2005). Uizdailg-uizdang hurta iiztelek di Mala~~sia. Sintok: Penerbit UUM. dalam bab I .

' WlPO intellectual P r o p e q Handbook: Policy, Law and Use. WIPO Publication No. 489. Dicapai pada 15 Mei. 2010 daripada http://www.wipo.int/export/sites/ wwwlabout-ip/en/iprm/pdf/ch 1 .pdf. Penerangan umum mengenai kategori harta intelek yang dinyatakan dalam Perjanjian TRIPS ini terdapat di laman web rasrni WTO seperti berikut: hak cipta, <http://www.wto.org/english/docs~e/legale/27trips 03-e.htrn#l>; cap dagang, <http://www.wto.org/english/docs~eAegal~e/27-trips~04~e.htm#2>: petunjuk geoprafi. <http://www.wto.org/english/docs~e/legal~e/27-trips~04b~e. htm#3>; rekabentuk perindustrian. <http://www.wto.org/english/docs~e/ legal-e/27-trips-04b_e.htm#4>; paten, <http://www.wtu.org/englisN docs-e/ legal-e/27-trips-04c-e.htrn#5>; rekabentuk susun atur litar bersepadu, <http:I/ www.wto.orp/englishl docs-eAegal-el27-trips-04c-e.htm#6>: rnaklumat yang belum diketahui. <http://www.wto.org/enplish/ docs-e/lepal-e/27-trips-04d-e. htm#7>.

' Seksyen 7(1) AHC 1987. ' Seksyen 8 AHC 1987.

Seksyen 9 AHC 1987. ' [I9851 2 MLJ 35. lo [I9941 3 MLJ 127. I Seksyen 15(1) & (3) AHC 1987. l 2 Seksyen 7(3)(a) AHC 1987.

Seksyen 7(2) AHC 1987. '' Seksyen 10 AHC 1987. l 5 Seksyen 26(1) AHC 1987. l6 Seksyen 26 (2) AHC 1987.

Seksyen 13 AHC 1987. I R Seksyen 37 AHC 1987. l 9 Seksyen 37 AHC 1987. 20 Seksyen 17-23 AHC 1987.

[I8931 2 Ch 388.

Page 21: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

2Z [2003] Ch. 454. Lihat juga perbincangan rnengenai fungsi cap dagangan sebagai penunjuk kepada sumber pengeluar dalam kes LZOr&al S.A Iwn eBay International AG [2009] EWHC 1094 (Ch), para 283 dan Adam Ope1 AG Iwn Autec AG [2007] ECR 1-1017. para 18-22.

23 Seksyen 3 ACD 1976. 24 Seksyen lO(1) ACD 1976. 25 [I9931 AIPR 365. ?6 Seksyen lO(2A) ACD 1976. " (1976)RPC511. 28 Seksyen 35 ACD 1976. ?' Seksyen 38 ACD 1976. 3u Seksyen 32 (1) dan (3) ACD 1976. 3 ' Seksyen 12 AP 1983. 32 [I9621 1 All ER 610. 33 Seksyen 11 AP 1983. 34 Seksyen 14 AP 1983. 35 The General Tire & Rubber Iwn. Firestone Tyre & Rubber [I9721 RPC 457. Lihat

juga keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes IEV International Pty Ltd. Iwn Sadacharamani Govindasamv: Registrar of Patents (Interested Party) [2008] 3 CLJ 593. Seksyen 15 AP 1983.

j7 [2000] 4 MLJ 775 Seksyen 16 AP 1983.

39 Seksyen 13(1) AP 1983. [I9891 RPC 147.

41 Bahagian VI AP 1983. j2 Seksyen 18(2) AP 1983. " Seksyen 20(1) dan (2) AP 1983. " Seksyen 20(3) AP 1983. 4' Seksyen 36 AP 1983. " Seksyen 58 AP 1983. " Lihat Bahagian XI1 AP 1983. 48 Seksyen 35 AP 1983. 4' Seksyen 3(1) ARP 1996. jU Lihat nota 3. '' Seksyen 12(1) dan (2) ARP 1996. 52 [1997]2MLJ131. " Three Marketing ( M ) Sdn. Bhd. Iwn.Cun Hing Trading (M) Sdn. Bhd. [2010] 1

LNS 69. j' [I9621 28 MLJ 80. j5 Seksyen 3 ARP 1996. '' Seksyen 12(2) ARP 1996. j7 Seksyen 3(l)(a) ARP 1996. jR Seksyen 3(l)(b)(i) ARP 1996. Dalam kes Amp Inc. Iwn Utilux Pty Lrd. [I9721

RPC 103, mahkamah memutuskan bahawa terminal elektrik yang terdapat dalam mesin basuh merupakan reka bentuk tentang fungsi yang perlu dilaksanakan oleh terminal tersebut dan dengan itu tidak boleh didaftarkan.

j' Seksyen 3(l)(b)(ii) ARP 1996. " Seksyen 13 ARP 1996.

Page 22: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

'' Seksyen 1 l(1) ARP 1996. 6' Seksyen 10 (1) ARP 1996. '' Seksyen lo(?) ARP 1996.

Seksyen 10(31 ARP 1996. " Seksyen 32(1) ARP 1996.

Seksyen 33 ARP 1996. " Seksyen 32(21 ARP 1996. '' Seksyen 29(1) dan (3) ARP 1996. 09 Seksyen 25 (1) ARP 1996. '" Seksyen 35 (2) ARP 1996. " Seksyen 2(1) Akta 601. " Seksyen S(1) Akta 601. " Seksyen 5(2) Akta 601. 74 Seksyen 3 4 ) Akta 601. l5 Seksyen 5( l ) dan seksyen 6 Akta 601. '"eksyen 3(4) Akta 601. " Seksyen 7(1) Akta 601. 7h Seksyen 2(1) Akta 601. '' Seksyen 9( l ) dan (2) Akta 601. " Seksyen 10 Akta 601. " Seksyen 14 Akta 601.

Seksyen 8(l) dan (2) Akta 601. '' Lihat Seksyen Tiga Pusingan Uruguay bagi Perjanjian TRIPS (Round Agreenleizt

on Trade Related Aspects of lrztellectuul Property Rights). Lihar seksyen 2 APG 2000.

" Lihat misalnya kes 'Champagne' dalam kes J. Billirlger lwn. Costn Brrrvu Wine Co. [I9601 1 Ch. 262. Di Perancis rnisalnya. sistem yang digunakan dikenali sebagai d'origir~e corztrblee yang mana produk yang memenuhi asal-usul geografi dan kualiti yang tinggi sahaja boleh disahkan dengan cap yang diterbitkan oleh pihak kerajaan yang bertindak sebagai pengesahan rasrni tentang asal-usul dan kualiti sesuatu produk kepada pelanggan. Contoh-contoh produk yang memenuhi syarat 'penunjuk asal-usul' (uppellatior7s of origin) ini termasuklah Teyrtiln (spirits), Jaffu (oranges) dan Bordeaux (wane).

Rb 119941 3 CLJ 509: [I9991 6 M I J 280. Lihat juga keputusan berbeza dalam kes Chocosuisse Union Des Fabr-icur~ts S~cisses De Chocolat lwn Maestro Swiss Chocolute Sdn. Bhd. [2010] 5 CLJ 794; [2010] 1 LNS 51. apabila Hakim Azahar Mohamed memutuskan bahawa penggunaan logo "Maestro SWISS" tidak bertujuan untuk memaklurnkan kepada pengguna bahawa coklat keluaran defendan berasal dari Switzerland dan mempunyai kualiti atau ciri yang menunjukkan berasal dari Switzerland. " Lihat seksyen ? APG 2000.

' ~ u r c r w a k pepper merupakan petunjuk geografi yang pertama didaftarkan dl Malaysia diikuti dengan produk dari Sabah iaitu 'Sabah Tea'. 'Tenom Coffee', 'Borneo Virgin Coconut Oil'. 'Sabah Seaweed' and 'Bario Rice'. Lihat maklumat mengenai 'Geographical Indications System in Malaysia' yang dikeluarkan oleh Perbadanan Hana Intelek Malaysia: h~tp://www.myipo.gov.my/

K9 Rangnekar. D. (2003). Geographical Indications - A review of proposals at the TRIPS council: Extending Article 23 to products other than wines and spirits. UNCTAD-1CTSD Project orz IPRs arzd Sustairzable Development. Issue Paper No. 4, hlm. 1 1.

Page 23: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

9U Seksyen 11 APG 2000. q1 Seksyen 3(a) APG 2000. 9' Seksyen 4 APG 2000. 93 Seksyen 5 APG 2000. 94 Seksyen 6(1) APG 2000. " Seksyen 19(2) APG 2000. 96 Seksyen 19A(4) APG 2000. 97 Moharned, K., Md. Ismail, C.T. & Yusof. Y. (2005). Undang-undang prkerjuun

dull perhubungan perindustrian. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Prentice Hall. 98 Lihat seksyen 2 dalarn kedua-dua akta. APP 1967 bagairnanapun menggunakan

istilah 'kontrak pekerjaan' tetapi taknfannya rnernbawa maksud yang sama dengan kontrak perkhidmatan yang dinyatakan dalarn AK 1955. Lihat juga taknfan rnajikan dan pekeja dalam seksyen 2(1) AK 1955 dan seksyen 2 APP 1967.

9y [I9961 4 CLJ 687; [I9951 3 MLJ 364. '" Seksyen 2 AK 1955 dan APP 1967. In' Lihat perbincangan dalam Lee, Y. & Langley, M. (2005j. Employees' inventions:

Statutory compensation schemes in Japan and the UK. E.I.P.R. 27(7) 250-255. In? Lihat perbincangan dalarn Hull, J.. & Toutoungi, A. (2010). Topsy-turvey or just

Down Under? A case note on University of Western Australia v Gray. E.I.P.R. 32(1) 43-48.

In3 Lihat seksyen 26 (2) AHC 1987, seksyen 20 (1)-(3) AP 1983, seksyen 10 (1)-(3) ARP 1996 dan seksyen 7(1) Akta 601.

Iw Seksyen 20(3) AP 1983. "I5 [2010] 2 CLJ 149. '" Lihat juga keputusan Hakim Suriyadi dalarn kes Solid Gold publisher.^ Sdn

Bkd Iwn. Chan Wee Ho [I9981 5 CLJ 735, yang rnenyatakan bahawa walaupun seksyen 37(5) Akta Hak Cipta 1987 rnernperuntukkan pemilik hak cipta sebagai pemilik pertarna atau penerima hak. bolehlah dikatakan bahawa penerirna hak bukanlah pernilik pertarna kerana beliau hanya rnerupakan pihak yang diberikan hak eksklusif atau lesen berhubung dengan pelanggaran hak cipta sebagaimana yang dipersetujui oleh pemilik pertama. Bagi rnernbuktikan mereka adalah pemegang lesen untuk rnelayakkan rnereka sebagai pemilik hak cipta. mereka perlulah rnengernukakan bukti yang sahih sebagai asas tuntutan rnereka.

lo' Lihat peruntukan dalam seksyen 61-65 Akta Keterangan 1950 berkaitan pembuktian kandungan dokurnen. Seksyen 136 bagaimanapun rnernperuntukkan bahawa kebolehterirnaan sesuatu keterangan itu akan ditentukan oleh mahkarnah.

Page 24: Universiti Utara Malaysia - PENGURUSAN HAK ...repo.uum.edu.my/8539/1/Kha.pdfperjanjian, triti dan konvensyen antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Hak Cipta Akta Hak cJipta 1987

BIBLIOGRAFI

Bainbridge, D. I. (2009). Intellectual property (7th ed.). Essex: Pearson Longman.

Hull, J.. & Toutoungi, A. (2010). Topsy-turvey or just down under? A case note on University of Western Australia )I Gray. European Intellectual Property Review; 32(1), 43-48.

Lee. Y., & Langley, M. (2005). Employees' inventions: Statutory compensation schemes in Japan and the UK. European Intellectuul Property Review, 27(7), 250-255.

Mohamed K.. Md. Ismail C.T., & Yusof Y. (2005). Undang-undarzg peke~jaan dun perhubungan perindustrian. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Prentice Hall.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Geographical Indications System in Malaysia. Dicapai daripada http://www.myipo.gov.my/images/ stories/booklet/6geographicalindications.pdf

Rangnekar, D. (2003) Geographical Indications - A review of proposals at the TRIPS Council: Extending Article 23 to products other than wines and spirits. Unctad-ictsd Project on lPRs and Sustainable Development, Issue Paper No. 4, June.

Smith, A. T. H. (1994). Property ofences: The protection ofproper0 through the criminal law. London: Sweet & Maxwell.

WIPO Intellectual Propem Handbook: Policy, Law and Use. WIPO Publication No.489. Dicapai daripada http://www.wipo.int/ export/sites/www/about-ip/en/iprm/pdf/ch 1 .pdf