hak pemimpin dan hak rakyat

Upload: hadihanif

Post on 08-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Hak Pemimpin dan Hak Rakyat dalam Siasah Syar'iyyah.

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

ABDUL HADI BIN MOHD HANIF MUHAMMAD HAKIM BIN SIDIKMOHAMAD AZIZUL FAZRI BIN ABDULLAHIZRAN BIN MOHAMAD SAAABAN

SUMBER RUJUKAN

Dr. Abdul Basit Abd. Rahman, 2012, Keindahan Islam, Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Zulkipli Abd Ghani & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 1999, Kepimpinan Dakwah Dan Politik Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Ust Zulqarnain Bin Hassan & Ustzh Nurul Akma Bin Mohammad, As-Siyasah As-Syariyyah, KIAS, Kota Bharu

DEFINISI HAK DAN TANGGUNGJAWAB

Hak Sesuatu yang wajib dipenuhi

TanggungjawabBebanan yang dipikul bagi memenuhi hak tersebutDEFINISI PEMIMPIN & RAKYAT

Pemimpin Berperanan sebagai ketua ummat baik urusan Negara mahupun urusan agama. Pengangkatan pemimpin dilakukan baik melalui penunjukkan ataupun melalui majlis Syura

RakyatMerupakan sebahagian dari suatu negara atau unsur penting dari suatu pemerintahan yang berperanan sebagai pendokong kepada kesatuan negara, sebagai seorang warga negara yang baik.

DEFINISI NEGARA ISLAM

Beberapa definisi Negara Islam yang dirumuskan oleh ulama adalah seperti berikut;

Sayyid Qutb:

Negara yang menjalankan undang-undang Islam serta berhukum dengan syariat Islam sama ada penduduknya semua muslim atau muslim dengan ahli zimmah.

Muhammad Abu Zuhrah:

Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.HAK RAKYAT&TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN1. Hak Untuk Mendapat Keadilan

Dalam menegaskan kewajipan menegakkan keadilan dan menolak al-Quran menjelaskan perkara tersebut di dalam banyak ayat misalnya dalam ayat 58 surah al-Nisa Allah berfirman:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.

menekankan ketua masyarakat itu mestilah terdiri di kalangan mereka yang paling adil bagi memastikan keadilan itu benar-benar tercapai.

kerajaan Islam mestilah menyamakan taraf kedudukan sesama manusia dalam bermuamalah, menyerahkan tugas dan jawatan kepada seseorang menurut kelayakan mereka.

mesti bersifat adil walaupun dengan musuh. Walaupun adanya sikap permusuhan, ia hendaklah tidak mendorong mereka untuk berlaku tidak adil.2. Kebebasan Beragama

Islam sangat menghormati kebebasan berakidah oleh manusia sejagat. Umat Islam tidak boleh memaksa orang bukan Islam memeluk Islam sebaliknya digesa menggunakan pendekatan dakwah secara berhikmah dan mencari pula di antara pendekatan dakwah, mana yang terbaik untuk digunakan.

Kebebasan beragama hanya akan terbentuk di dalam jiwa manusia dengan tiadanya unsur tekanan ke atasnya. Asas aqidah yang tulen mestilah didasarkan kepada pemikiran yang sempurna iaitu rasional akal memberikan penjelasan tanpa berlaku taqlid. Aqidah yang bebas mestilah terbentuk daripada tiga asas utama:Pemikiran yang merdeka daripada ketaksuban, taqlid, hawa nafsu.Tidak boleh adanya penipuan dan pemaksaan dalam berdakwah. Seseorang itu tidak dikatakan merdeka jika masih dipengaruhi oleh tipudaya yang berbentuk kewangan, jawatan atau pangkat.Tindakan yang berasaskan kehendak aqidah yang menjadi asas kepercayaan seseorang3. Hak Kebebasan Peribadi

Kebebasan peribadi bermaksud hak individu untuk bergerak bebas dan hak mendapatkan perlindungan daripada sebarang pencerobohan. Individu tidak boleh ditangkap, dihukum atau dipenjara kecuali mengikut undang-undang.

Kebebasan peribadi juga bermaksud kebebasan individu untuk keluar masuk negara. Kebebasan individu dalam pengertian di atas telah dijamin di dalam syariat Islam. Islam menganggap pencabulan terhadapnya sebagai satu kezaliman. Perbuatan zalim itu pula dianggap haram.

Untuk memelihara kebebasan individu daripada semua bentuk pencabulan, Islam telah memperuntukkan undang-undang yang melarang pencabulan terhadap nyawa, anggota dan kehormatan individu.

Kebebasan individu di dalam Islam adalah tidak mutlak. Ia dibatasi oleh peraturan-peraturan sejajar dengan sifat semula jadi, keadaan dan peranan manusia di dunia.4. Kebebasan Hak Milik

Islam mengiktiraf kebebasan milik dan hak memiliki sesuatu. Islam menghormati dan mengharamkan pencabulan terhadapnya.

Islam menganggap pencabulan ke atas milik individu sebagai satu kesalahan yang perlu dijatuhkan hukuman berat.

Kebebasan milik individu merupakan satu kaedah hidup dan kaedah ekonomi di dalam Islam.

Kaedah ini tidak akan dicanggahi kecuali di dalam keadaan darurat.

Pengiktirafan ke atas kebebasan milik individu ini sejajar dengan fitrah dan sifat kemanusiaan, dan secocok dengan kecenderungan semula jadi.

Kecenderungan ini mendapat perhatian dan penilaian Islam di dalam usaha membentuk masyarakat.5. Kebebasan Berpolitik

Kebebasan berpolitk merupakan sumber kekuatan dan kemajuan umat. Dengan kebebasan berpolitik, kemuliaan dan kehormatan manusia dapat dipelihara, nilai-nilai dan akhlak mulia dapat berkembang, pemikiran dan kebijaksanaan manusia bebas terbuka, keadilan terpelihara, kebahagiaan dan kemakmuran akan menguasai negara.

Sirah Rasulullah s.a.w. telah membuktikannya. Islam mengajar bahawa negara yang lahir ke dunia bukanlah kerana keistimewaan orang tertentu. Sebaliknya, ia lahir bersama kelahiran agama Islam di dalam masyarakat jahiliyyah yang jahil erti negara, dasar pemerintahan dan prinsip siasah.

Seorang ketua negara tidak akan memegang kuasa pemerintahan kecuali dengan pemilihan daripada umat. Perlantikannya bertujuan untuk memelihara agama dan kepentingan ummah. Secara ringkasnya kebebasan berpolitik ialah masyarakat berhak untuk memilih pemimpin dan berhak untuk dipilih menjadi pemimpin. Ia termasuk juga hak untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam dalam negara. Islam memberikan hak ini kepada semua rakyat yang berkelayakan dalam negara Islam. Orang-orang kafir dhimmi pun dibenarkan untuk menjawat jawatan awam dan menjadi seorang menteri dalam negara Islam. 6. Menjaga Keamanan

Pemerintah wajib menjaga keamanan rakyat merangkumi dari sudut pemikiran, kebudayaan, dan kemasyarakatan supaya dapat mencapai keamanan pada maqasid syariah iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan harta.

Berkata Imam al-Mawardi: menjaga keamanan negeri dan mempertahankan kehormatan supaya manusia boleh menjalani kehidupan seperti biasa dan boleh keluar berjalan kemana sahaja dalam keadaan aman tanpa diancam bahaya terhadap diri dan hartanya.HAK PEMIMPIN &TANGGUNGJAWAB RAKYAT1. Memberikan Taat Setia Kepada Pemerintah.

Menurut panduan Islam setelah memilih Ketua Negara maka masyarakat bertanggungjawab memberikan ketaatan kepada pemimpin yang dipilih itu. Ketaatan masyarakat kepada pemimpin adalah wajib selama mana ia tidak bercanggah dengan syariah Islam. Ketaatan rakyat kepada pemimpin adalah berasaskan firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulu al-Amr" dari kalangan kamu. Surah al-Nisa (4): 59Al-Syaukani berkata: Pemimpin dalam ulil amri yang disebut dalam ayat ini , mereka ialah pemimpin , sultan dan hakim dan setiap yang ada jawatan dalam negeri yang menjalankan syariat bukan negeri yang menjalankan undang-undang taghut. Dan apa yang dimaksudkan dengan ketaatan ini ialah apa-apa yang disuruh dan apa-apa yang dilarang selagi mana bukan dalam perkara-perkara maksiat.2. Bekerjasama Dengan Para Pemimpin Untuk Melaksanakan Tanggungjawab Keagamaan Dan Mempertahankan Negara

Menjaga agama dengan melaksanakan hukum hakamnya ke atas semua yang menyeleweng dan melanggar ajarannya. Ini termasuklah menjelaskan aqidah yang benar, hakikat keimanan, akhlak dan sebagainya.

Memerangi musuh yang mengancam keselamatan negara Islam adalah menjadi tanggungjawab masyarakat dan para pemimpin. Ini termasuklah menjaga keamanan negara supaya rakyat dapat hidup dengan aman dan bebas. Rakyat dan pemerintah bertanggungjawab menyediakan segala kelengkapan dan kekuatan untuk menghadapi musuhmusuh Islam.

3. Memberi Nasihat Kepada PemimpinAntara hak-hak pemimpin ke atas rakyatnya ialah diwajibkan kepada rakyat untuk memberi nasihat kepada pemimpin dalam memperbetulkan kesalahan mengikut keutamaannya serta ketika diminta ataupun tidak diminta.

Diriwayatkan dari Tamim ad-Dari sesungguhnya dari Nabi SAW bersabda. Agama itu nasihat, beritahulah kami kepada siapa wahai rasulullah SAW . bersabda Rasulullah SAW : untuk Allah , dan kitabNYa, dan rasulNya dan pemimpin muslimin dan manusia keseluruhannya.

Nasihat kepada pemimpin ialah apa-apa yang diperlukan bagi seorang pemimpin samada mendengarna, mentaatinya, dan memberi peringatan jika mereka lalai, dan meninggalkan pujian kepada mereka apa yang tidak sepatutnya. Mendoakan bagi mereka dengan kebaikan ketika mereka lakukan kejahatan .4. Tidak keluar menentang pemimpin jika mereka tidak mendengar nasihat

Pemimpin yang melakukan kemungkaran dan maksiat yang tidak sampai kepada kekufuran tidak boleh menjadi alasan untuk rakyat keluar menentang mereka.

Dalam konteks kepimpinan di bawah Negara Islam atau Sistem Khilafah cara yang betul ialah rakyat wajib meneruskan ketaatan mereka kepada pemimpin dan sabar di atas kezaliman yang mereka lakukan.5. Penghormatan dan Kemuliaan

Rasulullah s.a.w telah mewajibkan ke atas umat ini menghormati dan memuliakan para pemimpin. Pada waktu yang sama Baginda melarang mencaci mereka dan menyebut kekurangan mereka dan kelemahan mereka kerana demikian itu menyebabkan berlakunya kebencian rakyat kepada mereka bahkan juga akan membawa kepada kejahatan , kerosakan, kederhakaan dan permusuhan.

Sahl bin Abdullah al-Tastari telah berkata : "Manusia sentiasa dalam keadaan baik selama mana mereka menghormati sultan dan ulama maka sekiranya mereka menghormati kedua-duanya ini Allah memberi kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat mereka dan sekiranya mereka menghina kedua-duanya Allah merosakkan kehidupan dunia dan akhirat mereka."

Sebuah hadis daripada Abi Bakr r.a. katanya : Aku mendengar Nabi bersabda :"Sultan ialah bayangan Allah di bumi maka sesiapa yang memuliakannya Allah akan memuliakannya dan sesiapa yang menghinanya Allah akan menghinanya."

Selain itu daripada Huzaifah: "Tidaklah berjalan satu kaum kepada sultan Allah di atas muka bumi untuk menghinanya melainkan Allah menghina mereka sebelum mati."6. Menunaikan Hak-Hak Kewangan Kepada Negara

Hak-hak kewangan ini contohnya adalah zakat bagi orang Islam dan kharaj bagi ahl a-dzimmah.

Maksudnya: Dan Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orangorang yang ruku'. Surah al-Baqarah 2: 43

Masyarakat juga berkewajipan membantu pemerintah memungut, mengurus dan mengagihkan kutipan zakat dikalangan umat Islam. Termasuk juga pentadbiran harta iaitu merangka pemberian dari harta Baitulmal dengan adil dan saksama tanpa pembaziran dan membuat pembayaran yang tepat pada waktunya. Kesimpulan

Teras utama siasah syariyyah ialah menentukan kaedah mengendalikan urusan pemerintahan negara mengikut landasan syara berpandukan al-Quran, al-Sunnah dan Ijtihad yang boleh menjamin kepentingan dan kemaslahatan rakyat.

Dalam sebuah negara Islam masyarakat mempunyai hak-hak tertentu dalam pelbagai aspek seperti hak-hak politik, hak sivil dan hak-hak kemanusiaan. Masyarakat juga berhak untuk mendapat kebebasan dan keadilan dari pihak pemerintah.

Di antara tanggungjawab masyarakat ialah menyokong, mentaati dan membantu pemerintah dalam perkara-perkara yang selaras dengan hukum syariah. Apabila pemerintah melakukan kesilapan masyarakat dibenarkan untuk tidak memberikan kerjasama, sebaliknya memberi teguran, nasihat, bahkan pada tahap tertentu masyarakat dibenarkan untuk menghalang pemerintah dari melakukan kezaliman.