universiti teknologi malaysia - fp.utm.my file3. perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini...

21
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN LAMAN WEB TINGKATAN EMPAT BAGI TAJUK GARIS DAN SATAH DALAM TIGA MATRA BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya :.......................... NORASHIKIN BINTI MHD YATIM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara institut pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Alamat Tetap: No. 23, JALAN MERANTI PUTIH 2, EN. ABDUL RAZAK BIN IDRIS TMN SRI MEWAH 8, Nama Penyelia MERU, 41050 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009 Catatan : * Potong yang tidak berkenaan. **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan dari pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: duongthuy

Post on 15-Apr-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: PEMBANGUNAN LAMAN WEB TINGKATAN EMPAT BAGI TAJUK GARIS DAN SATAH DALAM TIGA MATRA BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya :.......................... NORASHIKIN BINTI MHD YATIM

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara institut pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Alamat Tetap: No. 23, JALAN MERANTI PUTIH 2, EN. ABDUL RAZAK BIN IDRIS TMN SRI MEWAH 8, Nama Penyelia MERU, 41050 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009

Catatan : * Potong yang tidak berkenaan. **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan dari pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

5

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : Nama penyelia : EN. ABDUL RAZAK BIN IDRIS Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

i

PEMBANGUNAN LAMAN WEB TINGKATAN EMPAT BAGI TAJUK GARIS

DAN SATAH DALAM TIGA MATRA BERASASKAN TEORI

KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM

NORASHIKIN BINTI MHD YATIM

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei, 2009

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : Nama Penulis : NORASHIKIN BINTI MHD YATIM Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

DEDIKASI

First and for all, I would like to say thank you to my endless parents

Hj Mhd Yatim b. Hassan and Manisah bt. Rahmad who had supported me, loving me and

praying for me all this time. Without them, I think I couldn’t reach this far.

Always there every time I need them which is the best give I ever get through my whole life.

Special thanx to my beloved fiancé, Abdul Rasyid b Hasan Now and then, he has been the one who understand me

advised me and supported me. Nothing more than to appreciate that caring,

gentle, honest, loyal and loving man he is.

Also, to my brothers and sister, Norhisham, Lufti, Nadia, Kamil and Mu`az.

Also our new family members K.Anie and Nor Nazhan. Love you all so much.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah dengan rasa penuh kesyukuran kehadrat illahi dengan limpah

kurnia-Nya, yang terus memberikan idea dan kesabaran dalam menyiapkan projek

pembangunan laman web ini . Saya bersyukur kerana akhirnya saya dapat

menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) dengan sempurna mengikut garis panduan

yang telah ditetapkan.

Dikesempatan ini dengan rasa rendah diri dan tulus ikhlas saya merakamkan

penghargaan kepada penyelia projek saya En Abdul Razak Bin Idris atas segala

bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan perkongsian idea disepanjang proses penghasilan

Projek Sarjana Muda ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa , tunang serta keluarga tercinta yang

banyak memberikan sokongan dan semangat untuk saya meneruskan perjuangan

sebagai seorang pelajar .

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang

banyak membantu secara langsung dan tidak langsung semasa proses pembangunan

laman web ini. Pandangan bernas serta tunjuk ajar kalian amat saya hargai.

Sekian.

Norashikin Bt Hj Mhd Yatim

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

ABSTRAK

Projek ini bertujuan untuk membangunkan laman web bertajuk Garis dan

Satah Dalam Tiga Matra mengikut sukatan pelajaran tingkatan empat Kementerian

Pelajaran Malaysia. Laman web ini dibangunkan sepenuhnya di dalam Bahasa

Inggeris. Isi kandungan laman web ini disusun berasaskan teori Konstruktivisme

Lima Fasa Needham, di mana elemen-elemen multimedia seperti video, audio,

animasi, teks dan grafik telah diterapkan di dalam laman web ini untuk membantu

pemahaman pengguna. Disamping itu, penggunaan gambarajah 3 dimensi telah

dipersembahkan di mana contoh diberikan dengan lebih jelas. Tambahan pula,

forum, rujukan tambahan yang disediakan di dalam laman web ini dapat

menambahkan lagi sumber maklumat terhadap topik ini. Laman web ini menekankan

konsep mesra pengguna di mana navigasi, teks dan grafik yang digunakan

memudahkan pengguna untuk melayari laman web ini. Secara keseluruhannya,

laman web ini dibangunkan menggunakan Model Hanaffin dan Peck, di mana di

dalam model ini terdapat tiga fasa utama yang terdiri daripada fasa analisis, fasa reka

bentuk serta fasa pembangunan dan perlaksanaan. Perisian Macromedia

Dreamweaver 8.0 dan juga Adobe Flash CS3 telah digunakan sebagai perisian utama

bagi membangunkan laman ini. Perisian sokongan lain seperti perisian Adobe

Photoshop CS dan Sony Sound Forge 9.0 telah digunakan bagi menghasilkan grafik

dan audio. Diharapkan dengan pembangunan laman web pembelajaran yang

interaktif ini dapat membantu pengguna khasnya pelajar tingkatan empat dan pelajar

yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), menguasai topik Garis dan

Satah Dalam Tiga Matra.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

ABSTRACT

The objective of this project is to develop an educational mathematics

courseware on Lines and Planes in 3-Dimensions. The content on this website is

based on Form Four mathematics curriculum, Ministry of Education Malaysia.

Needham's Five Phase Constructivist Model is used to present the subject content

with the integration of multimedia elements such as video, audio, animation, text and

graphic. 3D graphics and animations are also used to enhance the presentation for

better user’s understanding. Forum and references in this websites are additional

features to enhance learning. Texts and graphics are used as links for user-friendly

navigation. Other than that, development of this website is based on Hanaffin and

Peck design model, where it involves three main phases which are analyses phase,

design phase and development phase. Macromedia Dreamweaver 8.0 and Adobe

Flash CS3 are the main software that is used to make the media in this website

become more interesting. Adobe Photoshop CS and Sony Sound Forge 9.0 were also

used as additional software to create more interactive and attractive website.

Hopefully, this website can help users to learn more about solving mathematics

especially to form four students and Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) candidates to

master the topic on Lines and Planes in 3-Dimensions.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 5

1.5 Skop Projek 5

1.6 Kepentingan Projek 6

1.6.1 Pelajar 6

1.6.2 Guru 7

1.6.3 Sekolah 7

1.7 Definasi dan Istilah 8

1.7.1 Laman Web 8

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

1.7.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 8

1.7.3 Interaktif 9

1.7.4 Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham 9

1.8 Penutup 10

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Masalah Pembelajaran Matematik Bagi Tajuk Garis

dan Satah Dalam Tiga Matra 11

2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer 13

2.4 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan Komputer 14

2.4.1 Pelajar Mengawal Pembelajarannya Sendiri 14

2.4.2 Tahap Interaktif yang tinggi 14

2.4.3 Mengekalkan Minat Terhadap Pembelajaran 15

2.5 Integrasi Internet Dalam Laman Web 15

2.6 Keberkesanan Laman Web Dalam Proses Pengajaran

dan Pembelajaran 17

2.7 Antara Kelemahan-kelemahan Laman Web 17

2.7.1 Pemilihan Warna dan Saiz Teks Yang

Tidak Sesuai 18

2.7.2 Penggunaan Bingkai (Frame) 18

2.7.3 Penggunaan scroll yang panjang 18

2.7.4 Navigasi yang lemah 18

2.7.5 Penggunaan Animasi Yang Padat dan Berterusan 19

2.7.6 Masa memuat turun yang lama 19

2.8 Ciri-ciri Laman Web Yang Berkualiti 19

2.8.1 Konsep Rekabentuk Informasi

(Information Design Concept) 20

2.8.2 Konsep Rekabentuk Paparan

(Interface Design Concept) 20

2.8.3 Konsep Rekabentuk Interaktiviti

(Interactivity Design Concept) 21

2.9 Teori Pembelajaran 22

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

2.9.1 Teori Konstrktivisme 22

2.9.2 Model Pemprosesan Lima Fasa Needham 23

2.10 Model Reka bentuk Dalam Pembangunan Laman Web 24

2.10.1 Model Hanaffin Dan Peck 24

2.10.2 Model ADDIE 24

2.11 Penutup 26

3 REKA BENTUK PROJEK

3.1 Pengenalan 27

3.2 Model Reka Bentuk Laman Web Interaktif 28

3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 28

3.2.1.1 Pengguna Sasaran 29

3.2.1.2 Kesukaran Dlam Pembelajaran Topik

Lines and Planes in 3-Dimensions

Matematik Tingkatan 4 29

3.2.1.3 Topik Pembelajaran 30

3.2.1.4 Matlamat Pembangunan Laman Web 30

3.2.1.5 Pengumpulan Sumber Bahan 30

3.2.2 Fasa Rekabentuk 31

3.2.2.1 Aplikasi Model Pemprosesan Lima

Fasa Needham Dalam Pembangunan

Laman Web 31

3.2.2.2 Carta Alir 33

3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 34

3.2.3.1 Spesifikasi Yang Digunakan Pembangun 35

3.2.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan 35

3.3 Reka bentuk Laman Web Yang Dibangunkan 36

3.3.1 Reka Bentuk Antaramuka 36

3.3.2 Reka Bentuk Informasi / Strategi Pembelajaran 37

3.3.3 Reka Bentuk Interaksi 38

3.4 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan Laman Web 39

3.4.1 Macromedia Dreamweaver 8.0 39

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

3.4.2 Adobe Flash CS3 40

3.4.3 Adobe Photoshop CS 40

3.4.4 Sony Sound Forge 9.0 40

3.4.5 TextAloud 41

3.5 Penutup 41

4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB

4.1 Pengenalan 42

4.2 Struktur Asas Laman Web 42

4.3 Hasil Reka Bentuk Laman Web 43

4.3.1 Reka Bentuk Tetingkap 43

4.3.2 Antaramuka Utama Laman Web 43

4.3.3 Antaramuka Utama Pembelajaran 44

4.4 Reka Bentuk Informasi 45

4.4 1 Aplikasi Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Lima Fasa Needham 45

4.5 Rekabentuk Interaksi 50

4.6 Jenis Teks Yang Digunakan 54

4.7 Elemen-elemen Lain Dalam Laman Web 55

4.7.1 Relax 55

4.7.2 Websites 56

4.8 Analisis Reka Bentuk Laman Web 56

4.9 Penutup 58

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Perbincangan 59

5.3 Masalah masalah Yang Dihadapi Semasa Proses

Pembangunan Laman 60

5.3.1 Aras Kepakaran Yang Rendah 60

5.3.2 Kekangan Idea 61

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

5.3.3 Pendekatan Pembelajaran Lima Fasa Needham 61

5.4 Kelebihan Laman Web 61

5.4.1 Kelebihan Pendekatan Teori Konstruktivisme

Lima Fasa Needham 62

5.4.2 Paparan Grafik dan Elemen Interaktiviti 62

5.4.3 Reka Bentuk Laman Web 63

5.5 Cadangan 64

5.6 Rumusan 64

RUJUKAN 66

LAMPIRAN A 68

LAMPIRAN B 69

LAMPIRAN C 70

LAMPIRAN D 74

LAMPIRAN E 77

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Pemprosesan Lima Fasa Neeham 23

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Hanaffin dan Peck 24

2.2 Aliran Kerja Model ADDIE 25

3.1 Model Hanaffin dan Peck 28

4.1 Antaramuka Utama Laman Web 44

4.2 Antaramuka Utama Pembelajaran 45

4.3 Fasa Orientasi dan Fasa Pencetusan Idea 46

4.4 Fasa Menstruktur Semula Idea 47

4.5 Fasa Pengaplikasian Idea 48

4.6 Fasa Pengaplikasian Idea(Aktiviti) 48

4.7 Fasa Refleksi 49

4.8 Menu Utama 50

4.9 Menu 2 50

4.10 Halaman Sitemap 50

4.11 Pautan Grafik 51

4.12 Penyelesaian Masalah 52

4.13 Pautan Nombor 53

4.14 Halaman Forum 54

4.15 Jenis-jenis tulisan yang digunakan 54

4.16 Halaman Relax 55

4.17 Halaman Websites 56

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA

SURAT

A Kenyataan daripada guru berpengalaman

mengenai topik Garis dan Satah Dalam

Tiga Matra 68

B Surat kebenaran daripada Fakulti Pendidikan 69

C Borang Soal Selidik Tinjauan Terhadap

Persepsi Pelajar Dalam Pembelajaran Bagi

Tajuk Lines And Planes In 3 Dimensions

Berasaskan Web 70

D Borang Penilaian Perisian Multimedia 74

E Carta Alir 77

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sering dikatakan bahawa matematik adalah satu matapelajaran yang sukar

untuk dikuasai dengan sebaiknya. Pelbagai golongan khususnya pelajar amat

menggeruni subjek ini kerana ia melibatkan nombor yang dikatakan terlalu

kompleks. Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan oleh Mohamed Adli

(2006), punca-punca pelajar tidak berminat kepada matapelajaran matematik adalah

kerana mereka mempunyai sikap yang negatif. Antaranya ialah mereka tidak suka

membuat latihan matematik. Selain itu, mereka juga tidak suka untuk membuat

rujukan tambahan, berbincang dengan rakan-rakan serta kurang merujuk kepada guru

jika menghadapi masalah dalam matematik.

Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara

mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan (KPM,

2000). Menurut Noraini Idris, 2000, matematik merupakan suatu bentuk bahasa yang

melibatkan komunikasi antara konsep dan simbol. Bahasa matematik boleh

dikatakan sebagai bahasa kedua seseorang individu selepas bahasa ibundanya seperti

Melayu, Tamil dan Kantonis. Ini kerana tahap perkembangan pengetahuan sedari

mereka kanak-kanak lagi telah didedahkan dengan bentuk, saiz, ruang, jarak, pola,

warna dan masa.

Matematik adalah sesuatu yang abstrak dan bukan konkrit, maka

pembentukan sesuatu konsep matematik tidak akan berjaya dengan penghafalan (Nur

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

Wahida, 2006). Kebanyakkan masalah matematik adalah soalan yang terdiri daripada

aras yang tinggi. Oleh yang demikian, soalan-soalan tersebut tidak dapat diselesaikan

dengan hanya menggunakan kaedah penghafalan dan ia memerlukan daya penakulan

yang tinggi. Menurut Poon(2003), dalam pendidikan matematik, penyelesaian

masalah masih kurang didedahkan kepada di kita. Dalam kajiannya mendapati

kebanyakkan guru masih menggunakan pendekatan tradisional dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik dan hanya mengaitkan penyelesaian masalah rutin.

Teknologi komputer telah membuka satu dimensi baru dalam pendekatan

pengajaran dan pembelajaran kerana keupayaanya dalam membekalkan sumber

maklumat yang pelbagai menggunakan enjin pencari dan enjin direktori yang

efisyen. Teknologi komputer juga telah menukarkan fungsi pengajaran dan

pembelajaran matematik kerana ia membekalkan satu tapak bagi mempercepatkan

dan mempelbagaikan aktiviti dan bentuk persembahan isi pelajaran (Noraini Idris et

al., 2004). Seiring dengan perkembangan ICT dunia yang semakin pesat juga,

Kementerian Pendidikan Malaysia berpendapat bahawa satu saluran maklumat yang

terkini melalui Internet dan menepati keperluan komuniti pendidikan di Malaysia

perlu diwujudkan. Dengan erti kata lain, ICT merupakan satu alat yang boleh

menyampaikan segala bentuk maklumat dan informasi yang boleh di peroleh dalam

semua bidang termasuklah dalam bidang pendidikan.

Melalui penggunan elemen seperti laman web atau e-pembelajaran, konsep

kelas matematik sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan

dapat diwujudkan malahan proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusat

kepada guru tetapi lebih berpusatkan kepada pelajar. Teknologi-teknologi seperti ini

diharapkan dapat mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran yang sedia ada disamping

bertindak sebagai kelas tambahan kepada kelas biasa yang diadakan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembelajaran matematik merupakan proses penggunaan kognitif kearah

penanggapan, pembinaan konsep, penaakulan, penilaian serta penyelesaian masalah.

Kebolehan secara operasi formal seseorang individu biasanya dapat dikaitkan dengan

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

kebolehan dalam menyelesaikan masalah matematik dan sains dan seterusnya

mempengaruhi pencapaian individu dalam matapelajaran tersebut.

Kebanyakkan pelajar mengalami kesukaran untuk menguasai topik Garis dan

Satah Dalam Tiga Matra disebabkan topik ini memerlukan kadar imiginasi yang

tinggi untuk membayangkan garis dan sudut yang terhasil berdasarkan soalan yang

diberi. Berdasarkan kepada tinjauan terhadap persepsi pelajar dalam pembelajaran

bagi tajuk Garis dan Satah Dalam Tiga Matra yang dilakukan oleh pembangun,

didapati bahawa 70 peratus daripada 60 responden yang terdiri daripada pelajar-

pelajar tingkatan lima mengatakan bahawa topik ini sukar kerana perlu

membayangkan garis dan sudut yang terhasil daripada satah yang diberi.

Menurut Maziyah Abu, 2008, melalui pengalamannya menanda kertas dua

Matematik SPM selama 15 tahun, hanya 25 hingga 38 peratus sahaja pelajar yang

akan menjawab soalan yang berkaitan dengan Garis dan Satah Dalam Tiga Matra

dalam peperiksaan SPM, dan hanya 15 peratus sahaja yang dapat menjawab soalan

ini dengan memperolehi markah penuh. Ini adalah kerana topik ini memerlukan daya

imiginasi yang tinggi memandangkan ianya adalah tiga dimensi.

Pelajar akan lebih mengalami masalah dalam penyelesaian masalah yang

berkaitan dengan tiga dimensi berbanding dengan dua dimensi yang mana ia lebih

mudah untuk menentukan garis, satah dan sudut yang terhasil berbanding dengan

objek tiga dimensi. Pelajar golongan sederhana dan lemah biasanya tidak dapat

mengaplikasikan rumus asas di dalam topik ini iaitu teorem phytagoras dan

trignometri mudah iaitu sin, kos dan tan. Manakala pelajar yang bijak pula tahu

untuk menggunakan rumus asas yang berkaitan dengan topik ini, tetapi pelajar

golongan ini biasanya tidak begitu menguasai dalam mengimaginasikan garis dan

satah yang tidak kelihatan yang terhasil pada gambarajah yang diberi (Maziyah Abu,

2008).

Seiring dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami konsep

sebenar Garis dan Satah Dalam Tiga Matra ini, penggunaan pembelajaran

berbantukan komputer dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah yang mereka

hadapi. Dengan penghasilan laman web yang interaktif, iaitu dari segi grafik, audio,

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

teks, warna dan animasi yang terhasil akan lebih merangsangkan pelajar untuk

memahami topik tersebut. Menurut Baharuddin Aris et al., 2002, gabungan elemen-

elemen multimedia seperti grafik, animasi, bunyi, dan video menjadikan proses

pembelajaran berasaskan laman web lebih memberangsangkan dan tidak

menjemukan.

Dengan pengenalan kepada dunia internet seawal tahun 90an, bidang

komunikasi dan pengaksesan maklumat dalam dunia pendidikan serantau

diperkukuhkan lagi melalui pelbagai teknologi baru seperti pembelajaran berasaskan

web dan pembelajaran jarak jauh. Melalui teknologi ini, ia akan lebih memudahkan

pelajar untuk mengakses internet pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja termasuk

di sekolah, tambahan pula kemudahan internet masa kini semakin meluas disediakan

di sekolah-sekolah (Maziyah Abu, 2008). Selain itu juga, penggunaan animasi,

warna, objek yang bergerak serta paparan yang menarik akan lebih merangsang

pelajar untuk memahami konsep sebenar topik ini dan seterusnya dapat menguasai

topik ini dengan mudah.

1.3 Penyataan Masalah

Minat pelajar adalah penting dalam merangsangkan pembelajaran yang

berkesan dalam matapelajaran matematik. Pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dalam matematik tidak hanya melibatkan proses permindahan fakta dari

guru kepada pelajar semata-mata. Pelajar mestilah dilibatkan secara aktif di dalam

membina konsep dan pengetahuan berhubung dengan setiap isi pelajaran yang

dipelajari. Pengajaran serta pembelajaran Sains dan Matematik di negara ini

memerlukan kaedah yang sesuai supaya tidak menimbulkan rasa takut di kalangan

pelajar. Sehubung dengan itu, pembangunan laman web tingkatan empat bertajuk

Garis dan Satah Dalam Tiga Matra akan dibangunkan bagi membantu menyelesaikan

masalah ketidakfahaman pelajar dan kesukaran pelajar dalam memahami dan

menguasai konsep sebenar yang meliputi topik Garis dan Satah Dalam Tiga Matra.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my file3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara . institut pengajian tinggi. 4. ... DAN SATAH DALAM

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah untuk membangunkan laman web Matematik

Tingkatan Empat Bagi Tajuk Garis dan Satah Dalam Tiga Matra Berasaskan Teori

Konstruktivisme Lima Fasa Needham.