pengenalan sistem pengajaran dan pembelajaran - · pdf fileuniversiti sains malaysia ......

2
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia Pengenalan Program Science@Alor Setar merupakan Program Ijazah Sarjana Muda Sains yang ditawarkan secara pesisir oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (USM). Program ini disasarkan kepada calon yang mempunyai kelayakan lepasan STPM, matrikulasi dan diploma atau setara serta memenuhi syarat‐syarat kemasukan ke Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) USM. Science@Alor Setar diwujudkan oleh USM untuk memenuhi beberapa objektif seperti berikut: Membolehkan pelajar‐pelajar yang sebelum ini tidak mendapat peluang meneruskan pengajian tinggi mereka oleh sebab‐sebab tertentu, mengikuti pengajian tinggi yang memungkinkan mereka memperolehi ijazah. Membawa usaha pengajian tinggi ke kawasan‐kawasan yang kurang maju daripada segi ekonomi dan ke kawasan pedalaman. Menghasilkan guna tenaga profesional yang mencukupi bagi memenuhi wawasan negara. Meningkatkan penyediaan sumber tenaga manusia yang bersifat profesional, dedikasi dan inovatif bagi memenuhi wawasan negara. Penawaran Program Program Sains yang ditawarkan menerusi program Science@Alor Setar ialah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi pada Sidang Akademik 2017/2018. Lokasi Program Buat masa sekarang, program ini dijalankan di Kampus Induk USM Pulau Pinang. Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Program Science@Alor Setar akan menjadi nukleus untuk penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi yang menawarkan program pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang sains secara pembelajaran teradun (blended learning) iaitu gabungan kelas bertatap‐muka, sidang video, sidang web dan e‐pembelajaran. Pelajar perlu mengikuti kurikulum yang sedia ada dan memerlukan 122 unit untuk pengijazahan. Program ini merupakan program teradun menggabungkan mod pengajian secara penuh masa dan jarak jauh yang berbeza daripada program RPJJ sedia ada. Pelajar Program Science@Alor Setar perlu menghadiri kelas pada hari biasa dan juga mengikuti Sidang Video & Webex PJJ pada setiap hari Sabtu. Kelas dijalankan di dewan kuliah USM. Sistem pengajian program ini adalah berdasarkan sidang akademik. Objektif Sistem pengajian berasaskan sidang akademik yang bermula pada awal September dan berakhir pada pertengahan Ogos tahun berikut. Pelajar perlu melengkapkan komponen kursus sebagaimana berikut: Sarjana Muda Sains Teras / Major Elektif Minor Universiti JUMLAH 71 12 20 19 122 1 2 Struktur Pengajian

Upload: doannguyet

Post on 18-Feb-2018

304 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran - · PDF fileUniversiti Sains Malaysia ... pertengahan Ogos tahun berikut. Pelajar perlu melengkapkan komponen kursus sebagaimana berikut:

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak JauhUniversiti Sains Malaysia

PengenalanProgram Science@Alor Setar merupakan Program Ijazah Sarjana Muda Sains yang ditawarkan secara pesisir oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (USM). Program ini disasarkan kepada calon yang mempunyai kelayakan lepasan STPM, matrikulasi dan diploma atau setara serta memenuhi syarat‐syarat kemasukan ke Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) USM.

Science@Alor Setar diwujudkan oleh USM untuk memenuhi beberapa objektif seperti berikut:

Membolehkan pelajar‐pelajar yang sebelum ini tidak mendapat peluang meneruskan pengajian tinggi mereka oleh sebab‐sebab tertentu, mengikuti pengajian tinggi yang memungkinkan mereka memperolehi ijazah.

Membawa usaha pengajian tinggi ke kawasan‐kawasan yang kurang maju daripada segi ekonomi dan ke kawasan pedalaman.

Menghasilkan guna tenaga profesional yang mencukupi bagi memenuhi wawasan negara.

Meningkatkan penyediaan sumber tenaga manusia yang bersifat profesional, dedikasi dan inovatif bagi memenuhi wawasan negara.

Penawaran ProgramProgram Sains yang ditawarkan menerusi program Science@Alor Setar ialah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi pada Sidang Akademik 2017/2018.

Lokasi ProgramBuat masa sekarang, program ini dijalankan di Kampus Induk USM Pulau Pinang.

Sistem Pengajaran dan PembelajaranProgram Science@Alor Setar akan menjadi nukleus untuk penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi yang menawarkan program pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang sains secara pembelajaran teradun (blended learning) iaitu gabungan kelas bertatap‐muka, sidang video, sidang web dan e‐pembelajaran.

Pelajar perlu mengikuti kurikulum yang sedia ada dan memerlukan 122 unit untuk pengijazahan. Program ini merupakan program teradun menggabungkan mod pengajian secara penuh masa dan jarak jauh yang berbeza daripada program RPJJ sedia ada. Pelajar Program Science@Alor Setar perlu menghadiri kelas pada hari biasa dan juga mengikuti Sidang Video & Webex PJJ pada setiap hari Sabtu. Kelas dijalankan di dewan kuliah USM. Sistem pengajian program ini adalah berdasarkan sidang akademik.

Objektif

Sistem pengajian berasaskan sidang akademik yang bermula pada awal September dan berakhir pada pertengahan Ogos tahun berikut.

Pelajar perlu melengkapkan komponen kursus sebagaimana berikut:

Sarjana Muda Sains

Teras / Major

ElektifMinor

Universiti

JUMLAH

71

122019

122

1

2

Struktur Pengajian

Page 2: Pengenalan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran - · PDF fileUniversiti Sains Malaysia ... pertengahan Ogos tahun berikut. Pelajar perlu melengkapkan komponen kursus sebagaimana berikut:

B. Syarat Khas Program

Kelayakan Masuk

ii.

CALON STPM (mulai tahun 2003)Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang‐kurangnya Gred C dalam Pengajian Am/Kertas Am dan Gred C dalam mana‐mana dua (2) mata pelajaran berikut; Kajihayat / Biologi / Fizik / Kimia / Pengkomputeran / Matema�k atau Matema�k Lanjutan dan yang berkaitanatauSekurang‐kurangnya Gred C dalam Pengajian Am/Kertas Am dan satu (1) Gred C serta dua (2) Gred C‐ dalam mana‐mana �ga (3) mata pelajaran seper� di atas.

CALON LEPASAN MATRIKULASILulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang‐kurangnya PNGK 2.00.

DanMendapat sekurang‐kurangnya Gred C (2.00) dalam mata pelajaran pengkhususan yang dipohon dan satu (1) mata pelajaran lain.

Mendapat sekurang‐kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran Biology dan salah satu daripada mata pelajaran berikut; Physics / Chemistry / Mathema�cs dan yang berkaitan.

Mendapat seKurang‐kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran Mathema�cs dan salah satu daripada mata pelajaran berikut; Biology / Physics / Chemistry dan yang berkaitan

C A L O N A L E V E L A T A U I N T E R N A T I O N A L BACCALAUREATE (IB) ATAU SETARAFLulus sijil A Level atau lB atau setaraf dalam bidang yang berkaitan dan mempunyai kombinasi mana‐mana mata pelajaran.

iii.

iv.

v.

Pecahan syarat mengikut pengkhususan adalah seper� berikut:

BIOLOGI

MATEMATIK

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak JauhUniversi� Sains Malaysia11800 USM, Pulau Pinang

Faks: 04‐657 6000

Tel: 04‐653 3286 / 653 3264

www.pppjj.usm.my

Yuran Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi ‐ RM 205.00 per unit (contoh kiraan: RM205.00 x jumlah unit yang dida�ar pada sidang akademik tersebut).

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matema�k‐ RM 192.00 per unit (contoh kiraan: RM192.00 x jumlah unit yang dida�ar pada sidang akademik tersebut).

Tempoh Pengajian Tempoh minimum pengajian ialah 5 tahun dan maksimum 12 tahun.

Penganugerahan IjazahPelajar yang memenuhi syarat pengijazahan akan dianugerahkan ijazah semasa konvokesyen USM. Ijazah yang akan diperolehi oleh pelajar Program Science@Alor Setar adalah ijazah yang sama dengan ijazah yang diperolehi oleh pelajar program Sains RPJJ dan pelajar penuh masa USM.

PertanyaanSebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:‐