tahap penguasaan penulisan laporan amali · pdf fileuniversiti teknologi malaysia 4 ... yang...

28
TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI PEKA KIMIA DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SAINS DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR. LING YIN YIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuonghuong

Post on 07-Feb-2018

303 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI PEKA KIMIA

DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SAINS DI

SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR.

LING YIN YIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah
Page 3: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah
Page 4: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

i

TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI PEKA KIMIA

DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SAINS DI SEKOLAH

MENENGAH DAERAH JOHOR.

LING YIN YIN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia/Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

4 April 2007

Page 5: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah
Page 6: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

i

DEDIKASI

untuk

Ibu dan bapa yang tersayang dan tercinta,

Ling Eng Huah & Yeom Keng Tin

Adik-beradik yang disayangi,

Ling Chin Chin

Ling Lay Hoon

Page 7: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

ii

PENGHARGAAN

Dalam menyiapkan projek sarjana muda pertama ini, saya tlah mendapat

bantuan daripada pelbagai pihak. Pertama, saya ingin kirimkan ribuan terima kasih

kepada penyelia projek sarjana muda iaitu P. M. Tuan Haji Aziz bin Nordin yang

telah membimbing kami dengan penuh sabar dan tunjuk ajar. Segala budi beliau akan

saya kenangkan dan semoga lebih penuntut-penuntut dapat menimba lebih banyak

pengalaman daripada beliau.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada pengetua Sekolah Mengah

Kebangsaan Skudai yang membenarkan saya menjalankan kaji soal selidik di

sekolah tersebut. Seterusnya ialah guru Kimia Pn Zaharah binti Abu Salleh yang

telah membantu memberi arahan dan bimbingan kepada pelajar-pelajarnya dalam

menjawab soalan soal selidik. Selain itu ialah pelajar-pelajar 4SN1 dan 4SN2 yang

telah menjawab soalan soal selidik dengan jujur.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kawan-kawan

yang sentiasa membantu dan memberi sokongan kepada saya agar saya dapat

menyiapkan projek ini. Mereka ialah Chua Pei Kung, Low Woan Hsia, Thian Siew

Chu, Yau Sui Feng dan Cynthia Kho Mei Ying.

Page 8: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

iii

ABSTRAK

Kajian diskriptif ini bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan penulisan

laporan amali PEKA Kimia bagi 64 orang pelajar-pelajar Tahun empat aliran Sains di

Sekolah Menengah Skudai, Johor. Satu set soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu

bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A merangkumi kemahiran merancang

penyiasatan atau eksperimen iaitu pelajar dikehendaki menyatakan objektif eksperimen,

hipotesis, pembolehubah-pembolehubah, bahan, alat radas, dan prosedur. Manakala

bahagian B merangkumi kemahiran mengumpulkan data dan merekod data iaitu pelajar

dikehendaki membina satu jadual serta graf yang sesuai daripada data yang diberikan.

Dalam bahagian C pula merangkumi kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan

iaitu menjawab empat soalan berstruktur dan membuat kesimpulan. Data-data yang

diperolehi dianalisis secara manual dan perisian komputer SPSS VERSI 10.0 dengan

mengira kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan

tahap penguasaan penulisan laporan amali PEKA Kimia berada pada tahap yang tinggi.

Selain itu, kajian menunjukkan terdapat perbezaan min skor keseluruhan penguasaan

yang signifikan dalam kalangan pelajar lelaki yang diberi arahan guru dan tanpa arahan

guru dalam penulisan laporan amali PEKA Kimia. Perbandingan antara kumpulan pelajar

yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru serta perbandingan jantina pelajar juga

turut dilakukan dalam kajian ini. Akhir sekali, implikasi kajian dan cadangan kajian

lanjutan juga dibincangkan.

Page 9: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

iv

ABSTRACT

The purpose of this descriptive study is to look at the mastering level of PEKA

Kimia practical report writing among 64 Form Four Science students in Sekolah

Menengah Skudai, Johor. A set of questionnaires comprises of three parts was distributed.

Part A is to test the students’ experiment organization skill. They are required to state the

objective of the experiment, hypothesis, variables, chemicals, apparatus, and procedure of

the experiment. While part B is to test the students’ data collecting and recording skills

by drawing a table and a suitable graph themselves from the given data. In part C is to

test students’ data interpreting and conclusion making skills. Analysis data had been done

by using SPSS software version 10.0 to obtain the frequency, percentage and mean. The

result of the research showed high mastering level of PEKA Kimia practical report

writing. Besides, the research also showed that there have significant differences for

mean score among male students with teacher’s direction and without teacher’s direction

in PEKA Kimia practical report writing. Comparisons between two groups of the student

and gender also have been done in this study. Finally, implication and suggestion for

further study also discussed in this research.

Page 10: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

v

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

DEDIKASI i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

KANDUNGAN v

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

TAJUK

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Pelajar 8

1.6.2 Guru Kimia 8

1.6.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 8

Page 11: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

vi

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Skop Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

1.9.1 Format Laporan Amali 10

1.9.2 Eksperimen Kimia 11

1.9.3 Penulisan Laporan Kimia 12

1.9.4 Kemahiran Saintifik 13

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Penulisan Laporan Amali Kimia 17

2.3 Kepentingan Amali Kimia 24

2.4 Penilaian PEKA Kimia

2.4.1 Konstruk-konstruk yang Ditaksir 25

dalam PEKA Kimia

2.5 Kemahiran Saintifik 29

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Reka bentuk Kajian 32

3.3 Tempat Kajian 34

3.4 Subjek Kajian Kajian 34

3.4.1 Populasi 34

3.4.2 Sampel Kajian 34

3.5 Prosedur Kajian 36

3.6 Instrumen Kajian 37

3.7 Analisis Data 38

3.7.1 Min 38

3.7.2 Ujian-t 38

3.8 Penskoran 39

Page 12: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

vii

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 41

4.2 Bahagian Pertama: 42

Analisis Penulisan Laporan Amali PEKA Kimia

Pelajar yang Diberi Arahan Guru

4.2.1 Kemahiran Merancang Eksperimen 42

4.2.2 Kemahiran Mengumpul dan Merekod Data 43

4.2.3 Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat 44

Kesimpulan

4.2.4 Tahap Penguasaan Penulisan Laporan Amali 45

Pelajar yang Diberi Arahan Guru secara

Keseluruhan

4.3 Bahagian Kedua: 47

Analisis Penulisan Laporan Amali PEKA Kimia

Pelajar Tanpa Arahan Guru

4.3.1 Kemahiran Merancang Eksperimen 48

4.3.2 Kemahiran Mengumpul dan Merekod Data 49

4.3.3 Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat 50

Kesimpulan

4.3.4 Tahap Penguasaan Penulisan Laporan Amali 51

Pelajar Tanpa Guru secara Keseluruhan

4.4 Format laporan amali kimia 52

4.4.1 Bagi Pelajar Menulis Laporan Amali Kimia 52

dengan Arahan Guru

4.4.2 Bagi Pelajar Menulis Laporan Amali Kimia 53

Tanpa Arahan Guru

4.5 Perbandingan Tahap Penulisan Laporan Amali 55

PEKA Kimia Bagi Pelajar dengan Arahan

daripada Guru dan Tanpa Arahan Guru Dan

Jantina bagi Ketiga-Tiga Kemahiran Saintifik

4.5.1 Hipotesis: Tidak Terdapat Perbezaan antara 55

Tahap Penulisan Laporan Amali PEKA

Kimia dalam Kalangan Pelajar dengan Arahan

Guru dan Tanpa Arahan Guru bagi Tiga

Page 13: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

viii

Kemahiran Saintifik

4.5.2 Hipotesis: Tidak Terdapat Perbezaan 56

antara Tahap Penulisan Laporan Amali

Kimia dalam Kalangan Pelajar Lelaki

dengan Arahan Guru dan Tanpa Arahan

Guru bagi Tiga Kemahiran Saintifik

4.5.3 Hipotesis: Tidak Terdapat Perbezaan 58

antara Tahap Penulisan Laporan Amali

Kimia dalam Kalangan Pelajar Perempuan

dengan Arahan Guru dan Tanpa

Arahan Guru bagi Tiga Kemahiran Saintifik

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Ringkasan Kajian 60

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 62

5.3.1 Mengenal Pasti Penguasaan Penulisan 62

Format Laporan Amali PEKA Kimia dalam

Kalangan Pelajar

5.3.2 Menganalisis Penulisan Laporan Amali

PEKA Kimia Berdasarkan Tiga Kemahiran 66

Saintifik

5.3.3 Membandingkan Tahap Penguasaan Penulisan 66

Laporan Amali PEKA Kimia antara Pelajar

yang Diberi Arahan Guru dan Tanpa Arahan Guru

5.3.4 Membandingkan Tahap Penguasaan 67

Penulisan Laporan Amali PEKA Kimia

antara Pelajar yang Diberi Arahan Guru

dan Tanpa Arahan Guru Mengikut Jantina

5.4 Cadangan Tindakan 67

5.4.1 Pelajar 67

5.4.2 Guru 68

5.4.3 Kementerian Pendidikan 69

Page 14: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

ix

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 70

5.6 Penutup 71

Page 15: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

x

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK HALAMAN

1.0 Penerangan tentang Kemahiran Proses Sains 13

2.1 Instrumen dan pentaksiran dan petunjuk prestasi

Konstruk 1 - Merancang eksperimen

25

2.2 Instrumen dan pentaksiran dan petunjuk prestasi

Konstruk 2 - Menjalankan penyiasatan atau

eksperimen

26

2.3 Instrumen dan pentaksiran dan petunjuk prestasi

Konstruk 3 - Kemahiran mengumpul dan merekod

data

27

2.4 Instrumen dan pentaksiran dan petunjuk prestasi

Konstruk 4 - Kemahiran mentafsir data dan membuat

kesimpulan

28

2.5 Instrumen dan pentaksiran dan petunjuk prestasi

Konstruk 5 - Sikap Saintifik dan nilai murni

29

3.1 Taburan Sampel bagi Setiap Sekolah 34

3.2 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 39

3.3 Skor dan Penerangan Skor yang Diberikan 39

3.4 Skor dan Pengelasan Tahap Penguasaan 40

4.2.1 Petunjuk Prestasi bagi Kemahiran Merancang

Eksperimen

42

4.2.2 Petunjuk Prestasi bagi Kemahiran Mengumpul dan

Merekod Data

43

4.2.3 Petunjuk Prestasi bagi Kemahiran Mentafsir Data dan

Membuat Kesimpulan

44

4.2.4 Penguasaan Penulisan Laporan Amali dengan Arahan 45

Page 16: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

xi

Guru

4.2.5 Tahap Penguasaan Penulisan Laporan Amali dengan

Arahan Guru

46

4.3.1 Petunjuk Prestasi bagi Kemahiran Merancang

Eksperimen

47

4.3.2 Petunjuk Prestasi bagi Kemahiran Mengumpul Dan

Merekod Data

48

4.3.3 Petunjuk Prestasi bagi Kemahiran Mentafsir Data

Dan Membuat Kesimpulan

49

4.3.4 Penguasaan Penulisan Laporan Amali Tanpa Arahan

Guru

50

4.3.5 Tahap Penguasaan Penulisan Laporan Amali Tanpa

Arahan Guru

51

4.4.1 Perkara yang Perlu Terkandung dalam Laporan

Amali PEKA Kimia

52

4.4.2 Perkara yang Perlu Terkandung dalam Laporan

Amali PEKA Kimia

53

4.5.1 Perbezaan antara Tahap Penulisan Laporan Amali

PEKA Kimia dalam Kalangan Pelajar dengan Arahan

Guru dan Tanpa Arahan Guru.

55

4.5.2 Perbezaan antara Tahap Penulisan Laporan Amali

PEKA Kimia dalam Kalangan Pelajar Lelaki dengan

Arahan Guru dan Tanpa Arahan Guru.

56

4.5.3 Perbezaan antara Tahap Penulisan Laporan Amali

PEKA Kimia dalam Kalangan Pelajar Perempuan

dengan Arahan Guru dan Tanpa Arahan Guru.

58

Page 17: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

xii

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK HALAMAN

1 Carta aliran: Prosedur kajian 52

2 Gambarajah yang Ditunjukkan dalam Laporan Amali 62

3 Gambarjah yang Menunjukkan Kesalahan Graf yang

Tidak Seragam

62

4 Gambarajah yang Menunjukkan Kesalahan Pelajar

dalam Mengumpul dan Merekod Data

63

Page 18: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran Pengesahan Pelajar untuk Menjalankan

Kajian daripada Fakulti Pendidikan UTM

C Surat Kebenaran untuk Menjalankan Kajian Di IPTA daripada

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Page 19: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun. Dalam Wawasan 2020

menyatakan bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju dalam semua

aspek iaitu bidang sains dan teknologi, ekonomi, sosial, rohani, psikologi dan budaya.

Dalam cabaran keenam dalam Wawasan 2020 iaitu cabaran untuk mewujudkan

masyarakat saintifik yang progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan

tinggi dan berpandangan ke depan, bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi

juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan (Biro

Tatanegara, 1991).

Bagi membangunkan bidang sains dan teknologi, pendidikan memainkan

peranan penting sebagai agen perubahan untuk mendorong kejayaan Wawasan 2020.

Menurut Falsafah Pendidikan Sains Negara, pendidikan sains di Malaysia memupuk

budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan

individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai

ilmu sains dan ketrampilan teknologi (Abu Hassan, 2004).

Kurikulum Sains telah digubal berlandaskan keperluan negara. Kurikulum

Sains terdiri daripada dua subjek teras dan empat mata pelajaran elektif. Dua mata

pelajaran teras ialah Sains sekolah rendah dan Sains sekolah menengah. Mata

pelajaran Kimia merupakan salah satu cabang elektif daripada mata pelajaran Sains.

Tiga cabangan elektif lain ialah Biologi, Fizik dan Sains Tambahan (Pusat

Page 20: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

2

2

Perkembangan Kurikulum, 2005). Mata pelajaran Kimia hanya ditawarkan kepada

pelajar aliran Sains iaitu pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima.

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kimia mengutamakan kaedah

inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah,

kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran saintifik

merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut

kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek merupakan

aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2005)

Semenjak mata pelajaran Kimia diperkenalkan dalam peperiksaan SPM,

pencapaian pelajar ditaksir melalui tiga kertas iaitu kertas Kimia 1 (4541/1) yang

melibatkan soalan objektif; kertas Kimia 2 (4541/2) yang melibatkan soalan subjektif

dan kertas Kimia 3 (4541/3) pada tahun 1989. Dalam kertas ini, kriteria kemahiran

proses sains sahaja diukur manakala kemahiran manipulatif dan nilai murni tidak

diberi penekanan.

Pada tahun 1999, Lembaga Pendidikan Malaysia telah menggantikan kertas

Kimia 3 dengan Pentaksiran Kerja Amali Kimia (PEKA). Dalam reka bentuk

pentaksiran ini, penilaian tahap penguasaan elemen-elemen seperti kemahiran

saintifik, kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan nilai murni dijalankan

sepanjang pengajaran dan pembelajaran. PEKA dihapuskan pada tahun 2002 dengan

menggantikan kertas Kimia 3 yang hanya menguji kandungan teori sahaja. Akan

tetapi, PEKA Kimia dinilai dan dilaksanakan semula sebagai kertas Kimia 4 (4541/4)

pada tahun 2004 (Abu Hassan, 2004).

Tidak dapat dipertikaikan, penekanan dan perkembangan aspek kognitif

terhadap proses dalam sains semakin dipertingkatkan. Dalam pembelajaran mata

pelajaran Kimia, eksperimen merupakan satu aktiviti yang biasa dilakukan oleh

pelajar untuk lebih memahami dan menguasai konsep kimia. Penulisan laporan amali

PEKA Kimia juga merupakan sebahagian daripada eksperimen.

Page 21: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

3

3

Semasa menulis laporan amali Kimia, pelajar diberi peluang untuk

mengorganisasi, mengembang, dan menjelaskan jawapan mereka dari pandangan

saintifik. Pelajar juga perlu menggunakan persamaan kimia, data atau maklumat

kimia untuk menjelaskan pemerhatian yang dicatatkan semasa eksperimen

(Herrington, 1997). Di samping itu, pelajar juga perlu merujuk laporan sebelumnya

yang dilakukan oleh saintis untuk mendalami pemahaman mereka terhadap sesuatu

konsep dalam amali Kimia (Gratz, 1990; Key, 1994; Melhado, 1981).

Bagi pelajar yang kurang menguasai atau memahami konsep kimia, mereka

akan mengalami kesukaran untuk menulis hipotesis, menjelaskan konsep yang

terlibat dalam eksperimen dan membuat inferens (Brillhart & Debs, 1981). Oleh

yang demikian, pendedahan penulisan laporan amali Kimia yang sistematik dan betul

terhadap pelajar perlu ditingkatkan agar pelajar bukan sahaja menjalankan

eksperimen secara disuruh atau dipaksa tetapi mereka dapat mengaitkan fakta sains

yang dipelajari dalam kelas dengan eksperimen yang dilakukan. Seterusnya, guru

juga dapat membimbing pelajar menulis hipotesis, menjelaskan konsep yang terlibat

dalam eksperimen dan membuat inferens.

1.2 Latar Belakang Masalah

Eksperimen memberi pengalaman pertama (first hand knowledge) kepada

pelajar semasa menjalankan eksperimen (Abu Hassan, 2004). Menurut Armstrong,

pelajar perlu melakukan eksperimen dengan sendiri, sebagaimana yang dilakukan

oleh ahli sains atau penyelidik asal. Maka, tanpa penglibatan sebenar pelajar dalam

aktiviti makmal, pelajar tidak akan dapat mengembangkan kemahiran saintifik

mereka (Armstrong, 1896). Ini adalah disebabkan melalui aktiviti eksperimen,

pelajar akan terlibat secara “hands on, minds on” yang akan memberi peluang kepada

mereka untuk mengalami perubahan sesuatu tindak balas kimia dan seterusnya

mengembangkan kemahiran saintifik mereka.

Page 22: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

4

4

Eksperimen telah menggabungkan ketiga-tiga domain iaitu kognitif,

psikomotor dan afektif. Dalam proses menjalankan eksperimen dan merekod proses

eksperimen, kemahiran saintifik yang perlu dikuasai oleh pelajar termasuklah

merancang eksperimen, menjalankan eksperimen, menguji hipotesis, merekod data,

mentafsir data dan membuat kesimpulan. Terdapat lima aspek kriteria yang ditafsir

semasa menjalankan PEKA Kimia iaitu merancang eksperimen, menjalankan

eksperimen, mengumpul dan merekod data, mentafsir data dan membuat kesimpulan

serta sikap saintifik dan nilai murni (Abu Hassan, 2004). Penulisan laporan amali

Kimia hanya melibatkan tiga aspek iaitu kemahiran merancang penyiasatan atau

mengeksperimen, mengumpul dan merekod data dan mentafsir data dan membuat

kesimpulan.

Eksperimen juga lazim dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Kimia untuk membolehkan pelajar memahami konsep sains. Namun

pelajar perlu memahami bahawa mata pelajaran Kimia mempunyai kaedah tertentu

seperti menggunakan bahasa yang spesifik dan sistem tertentu untuk menghuraikan

atau menyampaikan fakta. Justeru, pelajar perlu mengubah cara berfikir, menerang

dan menulis laporan amali Kimia mereka supaya selaras dengan kaedah yang

digunakan dalam mata pelajaran Kimia (Glynn and Muth, 1994; Penrose & Kath,

1998; Roth, 1993).

Selain itu, melalui proses mengeksperimen untuk menguji hipotesis dapat

menimbulkan minat, keseronokan dan semangat ingin tahu pelajar. Namun

malangnya dalam sekolah, guru menentukan kandungan pelajaran yang perlu

dilakukan atau tidak boleh dilakukan di semasa eksperimen dijalankan. Selepas

melakukan eksperimen, guru akan memberitahu pelajar jawapan yang betul dan

meminta pelajar memperbaiki sebarang jawapan atau pemerhatian yang salah

direkodkan (Abu Hassan, 2004). Maka, guru haruslah memberi peluang kepada

pelajar menjalankan eksperimen dan menulis laporan walaupun pelajar melakukan

kesalahan atau tidak dapat menjawap dengan jawapan yang betul.

Guru sepatutnya hanya berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing untuk

membantu pelajar. Oleh yang demikian, guru perlulah membimbing pelajar semasa

Page 23: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

5

5

menulis laporan tetapi bukannya menyuap pelajar dengan maklumat atau jawapan

yang betul sahaja supaya pelajar tidak kehilangan minat, keseronokan dan semangat

ingin tahu. Pelajar juga dapat mengembangkan kemahiran saintifik iaitu kemahiran

merancang eksperimen, kemahiran mengumpul dan merekod data, kemahiran

mentafsir data dan membuat kesimpulan serta sikap saintifik pelajar.

Arahan yang bersesuaian diberikan kepada pelajar dapat membantu mereka

memahami perkaitan antara menulis laporan amali Kimia dapat memanfaatkan

penguasaan konsep Kimia. Namun begitu, masalah yang sering berlaku ialah pelajar

salah dibimbing oleh guru semasa menulis laporan amali. Pelajar sering menerima

maklumat yang terhad daripada guru tentang bagaimana menulis laporan amali dan

tujuan menulis laporan amali tersebut (krest & Carle, 1999; Zinsser, 1988). Oleh

yang demikian, pelajar tidak dapat menguasai kemahiran penulisan laporan amali

Kimia secara saintifik dan melihat penulisan laporan hanya sebagai satu alat atau

cara untuk memperoleh gred yang baik dalam mata pelajaran Kimia.

Penulisan laporan amali Kimia juga memberi peluang kepada pelajar untuk

mengulang kaji atau imbas kembali terhadap isi kandungan yang disampaikan

semasa dalam kelas (Ferzli, 2003). Dengan ini, pelajar perlu melibatkan tahap

pemikiran yang lebih tinggi kerana pelajar perlu menganalisis, sintesis iaitu

mengubah atau menyusun semula maklumat yang diterima kepada bentuk yang baru

dan membuat penilaian terhadap data atau maklumat yang diperoleh (Bloom dan

rakan-rakannya, 1956).

Menulis adalah satu proses yang akan memberikan ingatan yang lebih kekal

berbanding dengan menyatakan secara lisan kerana ia membenarkan refleksi yang

aktif terhadap isi kandungan yang telah dipelajari. Walaupun pelajar yang keras

kepala dalam salah konsep Kimia sukar untuk diubah, tetapi melalui pemerhatian dan

proses menghasilkan laporan, pelajar tersebut akan diarah ke konsep yang betul.

(Ferzli, 2003). Manakala, pelajar yang telah memahami konsep tersebut, pelajar akan

lebih yakin terhadap pemahaman mereka dan pengukuhan konsep tersebut berlaku.

Maka, tercapailah matlamat pengajaran dan pembelajaran.

Page 24: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

6

6

Penulisan laporan amali Kimia juga merupakan satu latihan yang berguna

pada masa depan. Ahli-ahli sains, ahli teknologi atau pengamal persendirian perlu

menghasilkan laporan amali untuk mewartakan penemuan mereka supaya idea

mereka tidak terkubur dan tersebar kepada umum (Halimantan, 1995).

Oleh yang demikian, peranan penulisan laporan amali Kimia dalam

eksperimen yang dijalankan adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian yang

sepenuhnya supaya pelajar dapat manfaat daripada penulisan laporan amali Kimia

dan menghasilkan laporan amali yang memenuhi keperluan pentaksiran PEKA kimia.

1.3 Pernyataan Masalah

Cara penulisan laporan amali bukan sahaja memerlukan laporan yang jelas

dan tepat, malah perlu dipersembahkan dengan kemas, tepat dan mudah difahami

(Ahmad Hassan, 1986). Selain itu, dalam buku teks Tingkatan Empat Kimia KBSM

juga menunjukkan format dan contoh-contoh eksperimen. Maka, apakah sebab

pelajar masih melakukan kesalahan semasa menulis format sedangkan contoh

diberikan dalam buku teks atau buku rujukan?

Oleh itu, satu kajian perlu dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan

penulisan laporan amali PEKA Kimia di kalangan pelajar Tingkatan Empat untuk

membantu meningkatkan tahap penguasaan penulisan laporan amali PEKA Kimia.

1.4 Objektif Kajian

Fokus utama kajian ini dijalankan ialah:

1. Mengenal pasti penguasaan penulisan format laporan amali PEKA Kimia

dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat Sains di sekolah menengah.

2. Menganalisis penulisan laporan amali berdasarkan kemahiran :

(a) merancang eksperimen.

Page 25: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

7

7

(b) mengumpul dan merekod data.

(c) mentafsir data dan membuat kesimpulan.

3. Membandingkan tahap penguasaan penulisan laporan amali PEKA Kimia

bagi pelajar yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru.

4. Membandingkan tahap penguasaan penulisan laporan amali PEKA Kimia

bagi pelajar yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru mengikut jantina.

1.5 Persoalan Kajian

1. Adakah pelajar dapat menulis format laporan amali PEKA kimia dengan

betul dan tepat berdasarkan eksperimen kimia yang telah dijalankan?

2. Adakah pelajar dapat menulis penulisan laporan amali berdasarkan

kemahiran :

(a) merancang eksperimen,

(b) mengumpul dan merekod data, dan

(c) mentafsir data dan membuat kesimpulan ?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap penguasaan penulisan

laporan amali PEKA Kimia bagi pelajar yang diberi arahan dan tanpa arahan

daripada guru?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signfikan bagi tahap penguasaan penulisan

laporan amali bagi pelajar yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru

mengikut jantina?

1.6 Kepentingan Kajian

Salah satu pengalaman penting yang perlu dipelajari dalam makmal atau

menjalankan satu eksperimen ialah menguji hipotesis, memahami konsep Kimia dan

menghasilkan satu laporan eksperimen yang sempurna. Kajian ini dijalankan oleh

penyelidik untuk:

Page 26: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

8

8

1.6.1 Pelajar

Melalui kajian ini, pelajar dapat menyedari kelemahan mereka dalam

penulisan laporan amali Kimia. Selain itu, kajian ini juga dapat mermbantu pelajar

menulis format laporan amali Kimia dengan betul dan tepat. Di samping itu, pelajar

dapat mempertingkatkan prestasi menulis dan mencatatkan data laporan amali PEKA

Kimia dengan bahasa yang spesifik, format yang mengikut pentaksiran PEKA Kimia

serta dapat menyusun data secara sistematik bagi eksperimen yang dijalankan. Oleh

yang demikian, pelajar dapat mengurangkan dari mengulangi kesalahan yang sering

dilakukan oleh pelajar semasa menulis laporan makmal.

1.6.2 Guru

Para guru dapat mengetahui kesalahan umum yang dilakukan oleh pelajar

semasa menulis laporan makmal. Dengan ini, kajian ini penting bagi memberi satu

tanggapan yang jelas kepada guru tentang format penulisan laporan amali PEKA

Kimia. Selain itu, guru turut dapat memahami kepentingan penulisan laporan amali

PEKA Kimia bukan sahaja untuk mendapat jawapan yang betul, malahan pelajar

dapat mengembangkan kemahiran saintifik. Maka semasa pengajaran, guru dapat

menunjukkan memberikan satu contoh yang baik dalam penulisan laporan amali

PEKA Kimia. Selain itu, guru juga boleh menggunakan kajian ini sebagai rujukan

semasa menilai laporan makmal dan mengenalpasti kesalahan yang sering dilakukan

oleh pelajar.

1.6.3 Kementerian Pendidikan

Pihak Kementerian Pendidikan dapat memberi perhatian terhadap masalah

yang sering ditemui oleh pelajar semasa menulis laporan amali Kimia. Dengan ini,

pihak Kementerian Pendidikan dapat mengkaji dan menemui satu penyelesaian yang

lebih sesuai dan efektif untuk membantu pelajar semasa menulis laporan amali

PEKA Kimia. Dengan ini, prestasi pelajar dalam mata pelajaran Kimia turut akan

ditingkatkan.

Page 27: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

9

9

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan pelajar Tingkatan Empat aliran Sains yang

mengambil subjek Kimia di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai. Sebanyak dua

kelas iaitu sebanyak 64 orang pelajar yang terlibat dalam kajian tahap penguasaan

penulisan laporan amali. Eksperimen yang dipilih untuk dikaji ialah satu set

eksperimen yang telah dijalankan oleh pelajar dalam PEKA yang bertajuk “To

determine the freezing point of naphthalene, C10H8”.

Terdapat dua kumpulan pelajar yang terlibat dalam kajian penulisan laporan

amali Kimia iaitu sebanyak 31 orang pelajar menulis laporan amali PEKA Kimia

dengan arahan guru dan sebanyak 33 orang pelajar tanpa arahan daripada guru.

Kedua-dua kumpulan pelajar menulis laporan mengikut kemahiran merancang

eksperimen, mentafsir data, merekod data dan membuat kesimpulan secara

bersendirian. Penyelidik hanya mengkaji terhadap laporan amali yang ditulis oleh

pelajar dalam kedua-dua eksperimen yang diberikan.

Pemerhatian semasa melakukan eksperimen dan arahan semasa menulis

laporan amali PEKA Kimia dilaksanakan oleh guru Kimia Tingkatan Empat Sains

Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai iaitu Puan Zaharah binti Abu Salleh selepas

berbincang dengan penyelidik. Arahan yang diberi kepada pelajar adalah tentang

format penulisan laporan amali PEKA Kimia sahaja. Pelajar adalah bebas merujuk

bahan bacaan atau buku rujukan yang sedia ada untuk menjawab soalan soal selidik.

1.8 Skop Kajian

Terdapat tiga fokus yang dikaji dalam penyelidikan ini. Pertama ialah

penyelidik akan meninjau penguasaan format penulisan laporan amali PEKA Kimia

dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat aliran Sains di Sekolah Menengah

Kebangsaan Skudai.

Page 28: TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI · PDF fileUniversiti Teknologi Malaysia 4 ... yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru dalam penulisan laporan ... Sains sekolah rendah

10

10

Selain itu, penyelidik menganalisis penulisan laporan amali berdasarkan

kemahiran merancang eksperimen, kemahiran mengumpul dan merekod data,

kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan untuk mengetahui tahap

penguasaan penulisan laporan amali PEKA Kimia di kalangan pelajar Tingkatan

Empat Sains.

Seterusnya, penyelidik juga membandingkan tahap penulisan laporan amali

PEKA Kimia antara pelajar dengan arahan guru dan tanpa arahan guru bagi

menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua teknik

mengajar. Akhir sekali, perbandingan antara jantina juga dilakukan untuk lihat sama

ada terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua teknik pengajaran.

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Format Laporan Amali

Menurut Lehman (2002), terdapat beberapa cara penulisan laporan makmal.

Format atau cara menulis laporan amali adalah mengikuti guru yang menjalankan

penilaian. Menurut Yeap Tok Kheng (2007), penulis buku teks dalam bab 1

Tingkatan 4, menyatakan bahawa format laporan makmal perlu mempunyai

komponen-komponen tersebut iaitu tujuan, pernyataan masalah, hipotesis, bahan,

radas, prosedur, pemerhatian atau keputusan, analisis, kesimpulan dan perbincangan.

Menurut Abu Hassan (2004), laporan amali perlu mengandungi perkara

berikut iaitu tujuan eksperimen, pernyataan masalah, hipotesis (jika ada), pemboleh

ubah (dimalar, dimanipulasi, bergerak balas), radas, bahan, prosedur, data, mentafsir

data, kesimpulan.

Dalam Kajian ini, format penulisan laporan amali adalah berdasarkan format

yang ditentukan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dalam PEKA Kimia.