universiti teknologi malaysia borang · pdf filenota kepada pelajar ... (t&l). this...

23
PZS 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PENGGUNAAN INTERNET DI DALAM MEMPERTINGKATKAN PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) DALAM KALANGAN PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya : __________NORHAYATI BINTI EDJE_________________ (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: EN JOHARI BIN HASSAN JLN SHANTUNG, 88450 PENAMPANG JALAN LAMA, KOTA KINABALU, SABAH Tarikh: 05 MEI 2009 Tarikh: 05 MEI 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: nguyenkhuong

Post on 13-Mar-2018

227 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

PZS 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PENGGUNAAN INTERNET DI DALAM MEMPERTINGKATKAN PROSES

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) DALAM KALANGAN PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya : __________NORHAYATI BINTI EDJE_________________

(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: EN JOHARI BIN HASSANJLN SHANTUNG, 88450 PENAMPANG JALAN LAMA, KOTA KINABALU, SABAH Tarikh: 05 MEI 2009 Tarikh: 05 MEI 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan (Fizik)”.

Tandatangan : ...................................................

Nama Penyelia : EN JOHARI BIN HASSAN

Tarikh : 5 MEI 2009

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

i

PENGGUNAAN INTERNET DI DALAM

MEMPERTINGKATKAN PROSES PENGAJARAN &

PEMBELAJARAN (P&P) DALAM KALANGAN PENSYARAH

FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI

NORHAYATI BINTI EDJE

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan

( Fizik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………….....

Nama Penulis : NORHAYATI BINTI EDJE

Tarikh : 5 MEI 2009

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat,

Ayahanda dan Bondaku yang ku kasihi dan kucintai

Edje bin Suti & Rose Binti Masalan

Segala pengorbanan kalian membesarkanku menjadi, penyuntik semangat diriku

Nasihat dan doa yang diberikan menjadi pedoman dalam kehidupanku

Untuk adik-beradik yang ku sayangi lagi kurindui,

Juze Zusanti, Junaidi dan Rusli

Kamu semua adalah perangsang semangatku

Untuk memberikan contoh dan kakak yang terbaik untuk kamu semua

Terima kasih yang tidak terhingga kiranya buat pensyarah,

En. Johari Bin Hassan

Segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan

ku hargai sepanjang hayat ku,

Untuk sahabat-sahabat seperjuangan yang ku hormati,

PMI & 4SPP

Kasih sayang mahabbah persahabatan yang ditautkan memberikan

kemanisan dalam rempah kehidupan perantauan ku di bumi UTM ini

Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian berikan…

Semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

InsyaAllah…

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia DAN

inayah-Nya penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya jua.

Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat

penyelia penyelidikan En Johari Bin Hassan yang telah banyak membantu dalam

membimbing, menasihati, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di

sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik juga ingin merakamkan

ucapan terima kasih buat Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu dalam menyiapkan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih juga disampaikan buat semua pensyarah-

pensyarah di semua jabatan, Fakulti Pendidikan yang telah memberikan kerjasama

yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi serta

keluarga yang banyak berkorban, sehingga penyelidik dapat menjalankan

penyelidikan ini. Semoga Allah s.w.t. jua menerima amal ikhlas dan diberikan

ganjaran syurga yang abadi di akhirat kelak.

Sekian, terima kasih...

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan internet dalam

mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kalangan

pensyarah di Fakulti Pendidikan, UTM. Seramai 46 orang pensyarah telah dipilih

secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik telah

digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ini dibuat untuk mengetahui persepsi

penggunaan internet dalam P&P, tahap penggunaan internet, bentuk atau aplikasi

internet, dan masalah yang dihadapi ketika menggunakan internet dalam proses P&P.

Data kajian yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Package for

the Social Science version 10.0’ (SPSS) yang dinyatakan dalam bentuk kekerapan,

peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pensyarah mengenai

penggunaan internet dalam P&P adalah positif dengan nilai min purata 3.82 namun

tahap penggunaan internet dalam P&P adalah berada pada tahap yang sedehana

dengan nilai purata min 2.64. Selain itu, bentuk penggunaan internet yang sering

digunakan dalam P&P adalah memuat naik (upload) bahan pengajaran contohnya

nota kepada pelajar (58.7%) manakala masalah yang sering dihadapi oleh pensyarah

ketika menggunakan internet dalam proses P&P adalah masalah pengurusan masa dan

masalah talian internet.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the perception among lecturer of the

Faculty of Education, UTM Skudai about the uses of internet in enhancing the

process of teaching and learning process (T&L). This research is conducted among 46

lecturers as a respondent of this research. A set of questionnaire was used as the

instrument for this research. This research also try to find out the perception of using

internet in T&L, the level of using internet, the types of internet application and lastly

the problem faced while using internet in the process of T&L. Data from the research

was analyzed by using ‘Statistical Package for the Social Science version 10.0

(SPSS) to obtain the frequency, percentage and mean. The findings from the research

showed that the the perception about using internet for the process teaching and

learning was positive with value of the mean 3.82 but the level of using internet in

teaching and learning was medium with value of the mean 2.64. Apart from that, the

research showed that the type of internet application that always uses among lecturers

were uploading the learning tool such as notes to student (58.7%). The problem that

lecturers faced while using internet in teaching and learning were the problem in

managing time and connection of internet.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Rasional kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 9

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

viii

1.9.1 Penggunaan 9

1.9.2 Internet 9

1.9.3 Pengajaran 9

1.9.4 Pembelajaran 10

1.9.5 Pensyarah 10

1.10 Rumusan 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sejarah Internet 12

2.3 Perkembangan Internet Di Malaysia 13

2.4 Prinsip-Prinsip Utama Pengajaran dan

Pembelajaran Menggunakan Internet 14

2.5 Aplikasi Internet dalam Pendidikan 15

2.6 Penggunaan Internet dalam Pendidikan 19

2.7 Impikasi Internet Terhadap Pengajaran Dan

Pembelajaran 20

2.8 Peranan Utama Pensyarah atau Pengajar 21

2.9 Masalah Atau Kekangan Menggunakan Internet

Dalam Pendidikan 22

2.10 Kajian-Kajian Lepas 23

2.11 Penutup 24

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 25

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Lokasi kajian 26

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

ix

3.4 Sampel Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 27

3.5.1 Bahagian A (Maklumat Responden) 27

3.5.2 Bahagian B (Persepsi pensyarah Mengenai

Penggunaan Internet Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran) 28

3.5.3 Bahagian C (Bentuk & Tahap Penggunaan

Internet yang Digunakan dalam Pengajaran

dan Pembelajaran) 29

3.5.4 Bahagian D (Masalah penggunaan internet

yang Digunakan dalam Pengajaran dan

Pembelajaran 30

3.6 Prosedur Kajian 30

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 31

3.8 Analisis data 32

3.9 Jangkamasa kajian 34

3.10 Penutup 34

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Data 35

4.3 Analisis Data Bahagian A

(Biodata Responden) 36

4.3.1 Jantina 36

4.3.2 Umur 37

4.3.3 Jabatan 37

4.3.4 Kemudahan Mengakses Internet 38

4.3.5 Purata Melayari Internet 38

4.3.6 Hobi 39

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

x

4.4 Analisis Data Bahagian B 39

4.4.1 Penggunaan Internet dalam aspek

Pengajaran dan Profesion 40

4.4.2 Penggunaan Internet dalam aspek

Kesan Pembelajaran Terhadap

Pelajar 42

4.4.3 Penggunaan Internet dalam aspek

Kemudahan yang disediakan oleh

Fakulti / Universiti 45

4.5 Analisis Data Bahagian C 47

4.6 Analisis Data Bahagian D 50

4.7 Kesimpulan 53

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan Hasil kajian 55

5.2.1 Responden Kajian 56

5.2.2 Persepsi pensyarah mengenai

Penggunaan internet dalam

mempertingkatkan proses P&P 57

5.2.2.1 Penggunaan Internet dalam aspek

Pengajaran dan Profesion 58

5.2.2.2 Penggunaan Internet dalam aspek

Kesan Penggunaan Internet

Terhadap Pembelajaran Pelajar 59

5.2.2.3 Penggunaan Internet dalam aspek

kemudahan yang disediakan oleh

fakulti atau universiti. 60

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

xi

5.2.3 Tahap pengunaan internet

Di kalangan pensyarah semasa proses

Pengajaran dan pembelajaran 61

5.2.4 Bentuk penggunaan aplikasi

internet yang kerap digunakan oleh

pensyarah semasa proses pengajaran

dan pembelajaran 62

5.2.5 Masalah yang dihadapi oleh

Pensyarah ketika menggunakan internet

Dalam proses pengajaran dan

Pembelajaran 62

5.3 Rumusan Kajian 64

5.4 Cadangan 65

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.6 Penutup 67

BIBLIOGRAFI 69

LAMPIRAN A-C

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pembahagian item Bahagian B berdasarkan

Presepsi Penggunaan Internet dalam P&P. 28

3.2 Jadual Skala Likert 28

3.3 Skala Pemeringkatan 29

3.4 Pekali Alpha Cronbach 31

3.5 Skala pemeringkatan Skor Min 33

3.6 Jadual Pentafsiran Min 33

3.7 Jadual Interpretasi Min Tahap Penggunaan

Internet 33

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Berdasarkan Jantina. 36

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan

Umur. 37

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan

Jabatan 37

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Berdasarkan Kemudahan Mengakses Internet

Di mana sahaja. 38

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Berdasarkan Kekerapan Purata Melayari

Internet dalam Sehari 38

4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

xiii

Berdasarkan Hobi Melayari Internet 39

4.7 Penentuan Tahap dan Peratusan. 40

4.8 Skala Min 40

4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi

Aspek Pengajaran dan Profesion. 41

4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi

Aspek Kesan Terhadap Pembelajaran Pelajar. 44

4.11 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi

Aspek Kemudahan yang Disediakan oleh

Pihak fakulti/Universiti. 46

4.12 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min

Responden Berdasarkan Bentuk dan

Tahap Penggunaan Internet. 48

4.13 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan

Min Responden Berdasarkan Masalah

Penggunaan Internet. 51

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran.

CTL - Centre for Teaching and Learning

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

ICT - Information Centre Technology

SPSS – Statistical Package For Social Science

Mbps - Megabyte persecond

SS – Sangat Setuju

S – Setuju

TP – Tidak Pasti

TS – Tidak Setuju

STS – Sangat Tidak Setuju

n - Numbers of respondent

f – Frekuensi

% - Peratus

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 74

B Nilai Alpha Cronbach (Reliability) 86

C Pengesahan Instrumen Kajian 88

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tidak lama dahulu, “teknologi” merujuk kepada pensel, kertas, radio,

televisyen dan mesin taip dalam kehidupan. Namun jika disebut sekarang perkataan

“teknologi”, satu imej komputer akan timbul dalam pemikiran semua orang (Esther,

2004). Peranan teknologi semakin dirasakan oleh pelbagai sektor terutama sektor

perniagaan, telekomunikasi, pentadbiran dan tidak ketinggalan juga bidang

pendidikan. Dalam bidang pendidikan, kerajaan dan masyarakat awam telah

memberikan perhatian mendalam tentang perkara tersebut kerana menyedari hakikat

tentang peranan dan fungsi yang boleh dimainkan oleh teknologi dalam pendidikan.

Mereka yakin bahawa teknologi boleh membantu mencapai matlamat dan tujuan

pendidikan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih

berkesan dan bermakna.

Sejajar dengan itu, penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran secara tak langsung berkembang selaras dengan pergerakan dunia ke

arah globalisasi dengan wujudnya banyak perkakasan komputer seperti komputer,

Overhead Projector (OHP), LCD atau laman web-laman web berupa pendidikan dan

aplikasi perisian CD-ROM pendidikan yang telah banyak dibina bagi membantu

guru dalam proses pembelajaran dan pembelajaran.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2

Menurut Farizan (2006), dalam proses pengajaran dan pembelajaran ia dapat

dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya

melalui beberapa teknik iaitu:

i) Berbantukan komputer/ perisian

ii) Melalui sistem rangkaian (networking) perisian dan pangkalan data atau

maklumat

iii) Melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data

Internet iaitu “network of networks” (Rozinah, 2007) merupakan satu media

teknologi pada masa kini kerana banyak membantu pengguna. Semenjak internet

mula diperkenallkan kepada umum, ia telah menjadi satu media yang popular kerana

membolehkan manusia berhubung, memperolehi dan menyalurkan pelbagai

maklumat dengan pantas tanpa mengira agama dan ideologi politik sesebuah negara

(Irda Marlina, 2006).

Internet yang didefinisikan sebagai rangkaian komputer yang besar yang

merangkumi perhubungan seluruh dunia telah banyak membantu manusia dalam

pelbagai bidang pendidikan termasuk pengurusan dalam pendidikan mahupun

pengajaran dan pembelajaran pelajar dan guru. Dalam bidang pendidikan, internet

menyediakan berbagai kemudahan sesuai sebagai peranannya sebagai sumber untuk

mendapatkan pelbagai bahan maklumat, pengguna contohnya guru dapat berinteraksi

dan berkomunikasi dengan pelbagai pihak dan sebagainya. Antara bahan

berunsurkan pendidikan yang boleh diperolehi daripada internet ialah projek-projek

yang berkaitan dengan pembangunan laman web atau CD-ROM yang telah

dijalankan oleh pendidik yang mungkin berasaskan salah satu kepada internet,

rancangan pengajaran dan pembelajaran, bahan maklumat yang menarik dan terkini,

bahan bacaan dan kemahiran berbahasa, perkongsian maklumat, saluran komunikasi

dan sebagainya mahupun gabungan antaranya. Selain itu, internet juga sesuai

digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi yang baik antara seorang guru dengan

guru yang lain, guru dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid

yang lain.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

3

Proses pengajaran dan pembelajaran telah banyak mengalami perubahan

seiring dengan perkembangan teknologi. Malah dengan wujudnya jaringan, kerja-

kerja mencari maklumat amat mudah kerana internet berfungsi sebagai perpustakaan

maya yang menyajikan pelbagai jenis makumat (Siti Hajar, 2006). Sehubungan

dengan itu para guru mahupun pelajar dapat mengakses bahan maklumat dengan

mudah dan pantas.

Menurut Rozinah (2007), penggunaan internet juga telah menukar corak

pemerolehan pengetahuan melalui bacaan buku teks yang statik kepada pemerolehan

pengetahuan yang boleh diakses melalui teknologi telekomunikasi iaitu internet

dengan integrasi elemen-elemen multimedia yang canggih seperti teks, grafik, audio,

video dan animasi.

Dengan positifnya perkembangan internet ketika ini maka penggunaan laman

web yakni internet merupakan salah satu kaedah dalam proses pembelajaran yang

sangat penting, ini kerana ia dapat menukar daripada kaedah penghafalan dan

mengingat kembali maklumat kepada mengakses, memanipulasi dan

mengenerasikan maklumat secara elektronik (Rozinah, 2007) seterusnya ia

membantu menjana pelajar berfikiran minda yang lebih kritis dan inovatif selaras

dengan perkembangan dunia pendidikan pada masa kini.

1. 2 Latar Belakang Masalah

Dalam usaha melahirkan insan yang berfikiran kritis dan inovatif, guru

ataupun pensyarah itu perlulah bersedia dalam menyediakan medium pembelajaran

dan pengajaran yang baik kepada pelajarnya. Dengan perkembangan pesat teknologi

internet yang boleh menghubungkan manusia dengan manusia lain tanpa mengira

tempat, masa, bangsa dan ideologi, seharusnya seorang guru ataupun pensyarah

mengambil peluang dan mengambil kesempatan dalam memperdalami ilmu dalam

ICT agar selaras dengan arus globalisasi yang semakin hari semakin pantas berubah.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

4

Menurut Jamaluddin Harun (2006), pelajar masa kini kebanyakkan telah

menjadikan internet sebagai salah satu daripada rutin kehidupan mereka.

Persekitaran tersebut sebenarnya telah mula diperkenalkan dan disuburkan sejak

zaman persekolahan lagi. Umum mengetahui kurikulum pelajar pada ketika ini ada

yang mempunyai pelbagai subjek berasaskan ICT khususnya multimedia dan

internet. Oleh yang demikian apabila pelajar ini menjejakkan kaki ke universiti,

mereka pastinya mengharapkan sesuatu yang lebih positif khususnya dari aspek

penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan itu

menurut beliau lagi semua golongan pendidik termasuklah pensyarah sewajarnya

bersedia dan menerima perkembangan internet ini dengan positif.

Oleh itu, pelajar-pelajar Malaysia harus didedahkan dengan perkembangan

teknologi internet agar mereka tidak ketinggalan dengan pelajar-pelajar yang sebaya

dengan mereka di luar negara. Walaupun tidak semua pelajar namun dengan

menyediakan medium kepada mereka, mereka dapat mengenal kepada dunia luar

yang jauh atau luar daripada pemikiran dan pandangan mereka. Ini sejajar dengan

falsafah pendidikan kita yang menginginkan pelajar yang seimbang dari segi JERI

(jasmani, emosi, rohani dan intelek). Oleh itu, persiapan daripada pensyarah itu harus

dititik beratkan kerana pensyarahlah yang dapat memandu mereka dengan lebih

terarah. Dengan persiapan pengajaran dan pembelajaran yang teratur dan berstrategi,

pelajar dapat belajar dalam medium yang selesa dan akhirnya dapat mengembangkan

potensi mereka.

Sebagai seorang yang bakal menjadi seorang guru kelak, penyelidik merasakan

dengan kemudahan atau aplikasi yang banyak disediakan dalam internet para guru

dan pensyarah dapat mempelbagaikan kaedah atau strategi pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan seoptimumnya dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P).

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

5

1.3 Pernyataan Masalah

Di institusi pengajian tinggi awam atau swasta (IPTA/IPTS) khususnya,

mereka yang banyak terdedah kepada teknologi baru terutamanya melibatkan

penggunaan komputer dan internet. Di Universiti Teknologi Malaysia di Fakulti

Pendidikan komputer mula dibekalkan kepada semua pensyarah pada awal tahun

2001. Kemudahan yang disediakan ini siap dengan jaringan komputer dan siap

dengan talian internet. (Mohmad Jeofrey, 2002) dengan kemudahan internet yang

boleh dicapai di dalam bilik pensyarah dan di bilik kuliah, ditambah dengan wireless

(internet tanpa wayar) di dalam fakulti itu sendiri.

Kemudahan yang disediakan ini adalah selaras dengan penekanan dan

harapan universiti agar pensyarah menggunakannya dalam pengajaran dan

pembelajaran. Daripada pengamatan yang dibuat sedikit oleh penyelidik dengan

kajian-kajian lepas mendapati kajian-kajian lepas banyak mengkaji mengenai

penggunaan komputer dan internet dikalangan guru-guru di sekolah dan pensyarah.

Daripada pemerhatian penyelidik, belum lagi ada kajian mengenai penggunaan

internet di dalam proses pengajaran di fakuti pendidikan, apakah persepsi pensyarah-

pensyarah pendidikan mengenai internet dan mengenalpasti masalah utama yang

dihadapi oleh pensyarah dalam melaksanakan penggunaan internet dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Pentingnya pengajaran di universiti sangat ditekankan oleh menteri, terutama

dalam konteks menjadikan Malaysia 'Regional Educational Powerhouse'. Mutu

pengajaran akan menarik lebih banyak penuntut dan kesudahannya akan membawa

lebih banyak pendapatan kepada universiti (Berita harian, 1997). Oleh yang

demikian, berdasarkan kepada latar belakang dan pernyataan masalah diatas maka

satu kajian bagi mengenalpasti persepsi pensyarah mengenai internet dalam

pengajaran dan pembelajaran akan dikaji.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF filenota kepada pelajar ... (T&L). This research is conducted among 46 lecturers as a respondent of this research. ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN

6

1.4 Objektif kajian

Dalam kajian ini, objektif penyelidikan ini ialah:

i) Mengenalpasti persepsi pensyarah Fakulti Pendidikan mengenai

kepentingan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ii) Mengenalpasti sejauhmanakah tahap penggunaan internet dikalangan

pensyarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

iii) Mengenalpasti apakah bentuk penggunaan internet yang kerap

digunakan oleh pensyarah semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

iv) Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pensyarah dalam

menggunakan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.5 Persoalan kajian

Dalam kajian ini, persoalan kajian yang boleh dibina ialah:

i) Apakah persepsi pensyarah mengenai kepentingan internet dalam

meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

ii) Sejauhmanakah tahap penggunaan internet dikalangan pensyarah

semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

iii) Apakah bentuk penggunaan yang kerap digunakan oleh pensyarah

semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

iv) Apakah masalah yang dihadapi oleh pensyarah dalam menggunakan

internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.