unit17 ( parameter kekuatan ricih )

Upload: zahirah-nabilah

Post on 06-Jul-2015

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/17/1

Di akhir pembelajaran , pelajar dapat mentakrifkan kekuatan ricih tanah, mengetahui parameter kekuatan riceh dan kegunaannya semasa di tapak bina .

Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

1. mentakrifkan kekuatan ricih dengan jelas. 2. menyatakan dengan jelas dua parameter kekuatan ricih tanah. 3. memahami dengan jelas kegunaan parameter kekuatan ricih tanah.

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/17/2

17.0

Pengenalan

Sekarang anda sedang berada di dalam bilik kuliah untuk mendengar kuliah mengenai parameter kekuatan ricih tanah. Jadi, anda dan rakan-rakan sekuliah serta bangunan kuliah ini merupakan beban yang dikenakan ke atas tanah. Jadi, apa juga aktiviti pembinaan seperti rumah kediaman, bangunan pencakar langit sama ada ringan atau berat, bahkan ada juga beban struktur yang dibina dengan menggunakan tanah, contohnya empangan dan tambakan untuk jalan raya sebenarnya merupakan struktur yang dibebankan ke atas tanah. Untuk menampung dan menahan berbagai-bagai struktur yang berbagai jenis itu, tanah mestilah mempunyai kekuatannya sendiri. Kekuatan tanah bergantung kepada kekuatan ricihnya untuk menahan beban yang dikenakan ke atasnya.

17.1

Kekuatan Ricih Tanah

Kekuatan ricih tanah ialah daya rintangan maksimum per unit luas tanah yang dapat dihasilkan oleh tanah tersebut untuk menahan sebarang kegagalan atau gelangsar di sepanjang sebarang satah di dalamnya. Kekuatan ricih ini wujud hasil daripada geseran antara zarah-zarah tanah dan juga rekatan antara zarah bagi tanah berjelekit.

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/17/3

17.2

Parameter Kekuatan Ricih

Terdapat dua (2) parameter kekuatan ricih iaitu; (a) (b) Sudut geseran tanah Kejelekitan tanah c

17.2.1 Sudut geseran tanah, Apabila tanah dikenakan bebanan, geseran butiran tanah akan berlaku. Geseran ini akan mewujudkan sudut geseran. Pertimbangkan sebuah bongkah dengan berat W yang terletak di atas satah mengufuk seperti rajah 17.1(a).W

?P R F P = F(maks)Rajah 17.1(b) : Paduan Daya

W

Rajah 17.1(a) : Bungkah di Atas Satah Ufuk

Tindak balas tegak (R) adalah bersamaan dengan W, dan bongkah tersebut tidak cenderung untuk bergerak. Sekiranya satu daya ufuk P dikenakan kepada bongkah sedikit demi sedikit, maka daya ricih F akan wujud sedikit demi sedikit sehingga daya nilai ricih F mencapai maksimum. Apabila daya P melebihi nilai daya ricih F maksimum, maka bongkah ini bergerak ke kanan. Poligon daya-daya untuk keadaan ini ditunjukkan di dalam rajah 17.2(b), dan didapati, F(maksimum) = W tan Sudut disebut sudut geseran. 17.2.2 Kejelekitan tanah, c

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/17/4

Kejelekitan tanah akan merujuk kepada ikatan butiran pepejal tanah yang cenderung bersatu dengan tanpa dikenakan sebarang daya, contohnya tanah liat. Tanah liat memang mempunyai kejelekitan yang tinggi kerana ia sentiasa dalam keadaan yang tepu setiap masa. Potongan tegak mungkin dapat dibuat ke atas tanah kelodak dan tanah liat dan ia mungkin akan tegak untuk beberapa ketika tanpa ditupang. Potongan ini tidak akan dibuat ke atas pasir kering kerana apabila alat pemotong dikeluarkan ia akan runtuh sehingga satu cerun yang bersudut lebih kurang sama dengan sudut geseran dalaman (geseran diantara butiran) terbentuk. Oleh itu satu faktor lain mesti wujud di dalam tanah kelodak dan tanah liat, yang dapat membantu menguatkan kekuatan ricihnya. Faktor ini dinamakan jelekit dan ia timbul hasil tarikan yang wujud di antra zarah-zarah halus yang cenderung bersatu bersama-sama di dalam jisim pepjal tanpa dikenakan sebarang daya luar.

17.3

Kegunaan Parameter kekuatan ricih

Parameter kekuatan ricih tanah adalah penting untuk kerja-kerja mereka bentuk tembok penahan, asas, cerucuk, kestabilan cerun dan lain-lain. Daripada nilai parameter kekuatan ricih ini dapatlah jurutera awam membuat jangkaan terhadap keupayaan tanah untuk menanggung beban struktur binaan di atasnya.

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/17/5

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai Soalan 1 kekuatan ricih tanah ialah ------------- ------------maksimum per luas tanah yang dapat dihasilkan oleh tanah tersebut untuk ---------------sebarang --------------------- atau --------------- disepanjang sebarang satah di dalamnya.

Soalan 2 Terdapat dua (2) parameter kekuatan ricih (a) (b) sudut ------------------------------------------- tanah.

Soalan 3 Terangkan kegunaan parameter kekuatan ricih tanah ?

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/17/6

Jawapan 1 Daya rintangan, menghalang, kegagalan, gelansar.

Jawapan 2 a. geseran b. kejelekitan

Jawapan 3 Parameter kekuatan ricih tanah adalah penting untuk kerja-kerja mereka bentuk tembok penahan, asas, cerucuk, kestabilan cerun dan lain-lain. Daripada nilai parameter kekuatan ricih ini dapatlah jurutera awam membuat jangkaan terhadap keupayaan tanah untuk menanggung beban struktur binaan di atasnya.

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/17/7

Ujikan kefahaman anda berkenaan pelajaran dalam unit ini dengan menjawab soalan-soalan berikut. Soalan 1 Apakaah yang anda faham dengan kekuatan ricih tanah ? Soalan 2 Bagaimanakah kekuatan ricih tanah ini berlaku ? Soalan 3 Apakah yang anda faham dengan kejelikitan tanah ?

Bandingkan jawapan anda dengan pensyarah anda. meneruskan unit berikutnya. Selamat Maju Jaya.!!

Jika sama, anda boleh

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/17/8

Jawapan 1 Kekuatan ricih tanah adalah daya rintangan maksimum per luas tanah yang dapat dihasilkan oleh tanah tersebut untuk menahan dari sebarang kegagalan atau gelangsar tanah di sepanjang satah. Jawapan 2 Kekuatan ricih berlaku hasil dari gaya geseran antara zarah-zarah tanah dan juga rekatan antara zarah bagi tanah berjelekit. Jawapan 3 Kejelekitan tanah akan merujuk kepada ikatan butiran pepejal tanah yang cenderung bersatu dengan tanpa dikenakan sebarang daya luar.