unit 5 kemahiran penaakulan matematik

Upload: husna269

Post on 03-Jun-2018

317 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Unit 5 Kemahiran Penaakulan Matematik

    1/14

    K e m a h i r a n P e n a a k u l a n M a t e m a t i k | 83

    UNIT PELAJARAN 5

    KEMAHIRAN PENAAKULAN MATEMATIK

    UJIAN PRA-PELAJARAN

    Nota:Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari

    unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian

    pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu

    bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

    Sangat Tidak

    Setuju

    Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju

    1 2 3 4 5

    Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

    1 Saya dapat menghuraikan maksud penaakulan danpenaakulan matematik.

    2 Saya dapat membezakan di antara penaakulaninduktif and penaakulan deduktif.

    3 Saya dapat menggunakan rekabentuk penaakulan

    matematik TIMSS 2011 untuk mengkaji unsur-unsur kognitif yang terkandung dalam item-itemujian.

  • 8/12/2019 Unit 5 Kemahiran Penaakulan Matematik

    2/14

    K e m a h i r a n P e n a a k u l a n M a t e m a t i k | 84

    UNIT PELAJARAN 5

    KEMAHIRAN PENAAKULAN MATEMATIK

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat:

    1. menghuraikan maksud penaakulan dan penaakulan matematik.

    2. membezakan di antara penaakulan induktif and penaakulan deduktif.

    3. menggunakan rekabentuk penaakulan matematik TIMSS 2011 untuk mengkaji

    unsur-unsur kognitif yang terkandung dalam item-item ujian.

    5.1 PENDAHULUAN

    nit ini mula dengan pengenalan penaakulan dan penaakulan matematik.

    Seterusnya unit ini memperkenalkan penaakulan induktif dan deduktif. Unit ini

    juga mengetengahkan rekabentuk penaakulan matematik yang diamalkan oleh

    TIMSS 2011. Selain daripada itu, isu-isu cabaran mengendalikan kemahiran penaakulan

    matematik dalam pengajaran juga dibincangkan.U

  • 8/12/2019 Unit 5 Kemahiran Penaakulan Matematik

    3/14

    K e m a h i r a n P e n a a k u l a n M a t e m a t i k | 85

    5.2 APA ITU KEMAHIRAN PENAAKULAN

    ahukah anda apa itu penaakulan? Penaakulan (reasoning) adalah keupayaan

    berfikir, memahami sesuatu serta kebolehan melahirkan pendapat atau membuat

    pertimbangan berlandaskan fakta (Longman, 1987). Selain daripada itu,

    penaakulan juga dikenali sebagai kemahiran membuat kesimpulan dan pertimbangan

    berasaskan hujah yang logik dan bersepadu (Ross, 1997). Mengikut Kaur (2009), kemahiran

    menaakul boleh dianggap sebagai satu proses membuat kesimpulan berdasarkan kepada

    suatu badan pengetahuan tertentu. Sebagai contoh, beliau menjelaskan jika sesuatu spesis

    X dikenal pasti sebagai labah-labah, maka adalah munasabah untuk membuat kesimpulan

    bahawa spesis X itu mempunyai lapan kaki. Begitu juga jika diberitahu ukuran panjang dan

    lebar suatu bilik segi empat tepat adalah 4 m dan 6 m, maka kesimpulan yang dicapai

    adalah luas bilik adalah 24 m persegi.

    Mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR, 2011) kemahiran menaakul

    boleh dirujuk sebagai kebolehan kognitif seseorang berfikir secara sistematik dan abstrak.

    Kemahiran ini biasanya digunakan dalam proses menyelesaikan masalah. Memandangkan

    matematik bersifat abstrak,maka penguasaan kemahiran menaakul amatlah penting dalam

    usaha melahirkan murid yang bersikap lebih yakin dan mampu menjana idea pembelajaran

    sendiri.

    5.3 APA ITU KEMAHIRAN PENAAKULAN MATEMATIK

    ahukah anda apa itu kemahiran penaakulan matematik? Selden dan Selden

    (2003) menyarankan penaakulan matematik sebagai kemahiran berfikir secara

    logik menembusi masalah-masalah matematik dalam usaha mencari

    penyelesaian. Lazimnya, proses penaakulan matematik membabitkan pengolahan nombor,

    T

    T

  • 8/12/2019 Unit 5 Kemahiran Penaakulan Matematik

    4/14

    K e m a h i r a n P e n a a k u l a n M a t e m a t i k | 86

    simbol, serta kenyataan yang berbentuk induktif, visual dan heuristik (Brodie, 2000).Dalam

    erti kata lain, penaakulan matematik tidak sahaja terdiri daripada bukti matematik tetapi juga

    merangkumi semua bentuk penjelasan yang mengarah kepada pembinaan hujah yang

    menyakinkan.

    Fikirkan: adakah kemahiran penaakulan menjadi amalan dalam pengajaran anda?

    5.3.1 Penaakulan matematik dan kemahiran berkomunikasi

    Tahukah anda bahawa penaankulan matematik dan kemahiran berkomunikasi saling berkait

    rapat. Dalam matematik, kemahiran menaakul merupakan satu asas dalam

    mengembangkan potensi murid ke arah pemikiran aras tinggi (KSSR, 2011). Perkembangan

    penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid

    (KSSR, 2010). Kaur (2009) turut mensyorkan perkaitan di antara penaakulan matematik

    dengan kemahiran menyelesaikan masalah dan komunikasi murid. Berpandukan kepada

    item TIMSS 1999 di bawah beliau menjelaskan domain kognitif ataupun pencapaian yang

    dijangkakan dalam item ini menegaskan aktiviti membuat siasatan dan kemahiran

    menyelesaikan masalah di Bahagian (a) dan (b) manakala Bahagian (c) menekankan

    kemahiran komunikasi dan penaakulan.

    Rancangakan satu masalah matematik yang boleh menggalakkan:

    (i) kemahiran siasatan dan penyelesaian masalah;

    (ii) kemahiran komunikasi dan penaakulan.

  • 8/12/2019 Unit 5 Kemahiran Penaakulan Matematik

    5/14

    K e m a h i r a n P e n a a k u l a n M a t e m a t i k | 87

    Rajah 1. Item terjemahan daripada TIMSS 1999 (Kelly, Mullis & Martin, 2000)

    Rajah 5.1: Masalah menggalakkan kemahiran komunikasi dan penaakulan

    Rajah-rajah di bawah menunjukkan empat set terdiri daripada bulatan-bulatan.

    Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3 Rajah 4

    a) Lengkapkan jadual yang berikut. Isikan bilangan bulatan yang membentuk Rajah

    4. Seterusnya, cari bilangan bulatan yang diperlukan bagi rajah kelima jikalau

    turutan bilangan rajah dilanjutkan.

    Rajah Bilangan bulatan

    1 1

    2 3

    3 6

    4

    5

    b) Turutan bilangan rajah dilanjutkan sehinnga rajah ketujuh. Berapakah bilangan

    bulatan akan diperlukan bagi Rajah 7?

    Jawapan: ............................

    c) Rajah yang ke-50 dalam turutan mempunyai bilangan bulatan sebanyak 1275.

    Tentukan bilangan bulatan yang ada pada rajah yang ke-51. Tanpa melukis rajah

    yang ke-51, jelaskan atau tunjukkan bagaimana anda dapat memperolehi

    jawapan.

  • 8/12/2019 Unit 5 Kemahiran Penaakulan Matematik

    6/14

    K e m a h i r a n P e n a a k u l a n M a t e m a t i k | 88

    5.3.2 Kaedah kemahiran penaakulan matematik

    Secara umumnya, kemahiran membuat pertimbangan secara logik, rasional dan kreatif

    boleh dicapai melalui dua kaedah penaakulan iaitu penaakulan induktif (secara aruhan) dan

    penaakulan deduktif.

    a. Penaakulan induktif.

    Diberikan situasi bahawa setiap kali hujan lebat, banjir kilat akan melanda Jalan X yang

    menuju ke sekolah anda. Daripada pengalaman lepas, anda akan memilih Jalan Y ke

    sekolah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas jika hujan lebat turun tidak berhenti-henti

    selama dua jam. Penaakulan sebegini di mana anda membuat kesimpulan berdasarkan

    kepada pengalaman adalah penaakulan induktif.

    Penaakulan induktif (PI) ialah satu proses pemikiran yang logik yang bermula dari

    satu situasi spesifik dan seterusnya berkembang sehingga mencapai satu kesimpulan atau

    pengitlakan. Oleh sebab PI bergerak daripada pemerhatian spesifik dan maju ke pengitlakan

    dan pembentukan teori umum, keadaan ini kadangkala dikenali sebagai pendekatan bottom

    up. Satu lagi contoh PI yang diperhatikan dalam kehidupan seharian kita ialah Hari ini saya

    berlepas pada tujuh pagi dan tiba di dewan kuliah sebelum lapan pagi. Oleh itu, jika setiap

    hari saya berlepas pada tujuh pagi, maka saya akan tiba di dewan kuliah sebelum lapan

    pagi.

    Ahli matematik menggunakan PI untuk meramalkan kebenaran sesuatu tanggapan.

    Dalam mata pelajaran matematik, murid-murid diberi pengalaman untuk membuat

    kesimpulan umum untuk semua kes berdasarkan kepada satu kes yang khusus. Sebagai

    contoh, dalam proses membuktikan semua nombor genap boleh dibahagi dengan dua,

    seseorang murid mungkin memilih sebarang nombor genap misalnya, 6, 8 dan 10 dan

    kemudian tunjukkan semua nombor ini boleh dibahagi dengan dua. Jikalau murid itu

  • 8/12/2019 Unit 5 Kemahiran Penaakulan Matematik

    7/14

    K e m a h i r a n P e n a a k u l a n M a t e m a t i k | 89

    membuat satu kesimpulan umum berpandukan kepada tiga nombor yang dipilih, maka murid

    ini telah menaakul secara induktif.

    Contoh yang berikut menunjukkan satu kes di mana semua nombor ganjil bermula

    daripada 1 ditambah. Pola yang diperhatikan adalah seperti berikut:

    1 + 3 = 4

    1 + 3 + 5 = 9

    1 + 3 + 5 + 7 = 16

    Hasil tambahnya terdiri daripada nombor-nombor kuasa dua sempurna: 4 = 2 2, 9 = 3

    3, 16 = 4 4. Daripada pemerhatian, anda mungkin boleh buat kesimpulan bahawa hasil

    tambah nombor-nombor ganjil positif yang berturutan dan bermula dengan 1 adalah nombor

    kuasa dua sempurna.

    Namun, penaakulan induktif tidak semestinya benar. PI boleh dianggap sebagai satu

    cara tidak rasmi dalam membuktikan kewajaran sesuatu ramalan atau konjektur matematik.

    Konjektur matematik adalah penaakulan yang berkaitan dengan membuat kesimpulan

    berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang tidak lengkap.Sesuatu konjektur boleh jadi

    benar atau palsu. Dokumen KSSR Matematik (2010) menegaskan dalam konteks

    pendidikan matematik, murid harus dilatih dan dibimbing untuk membuat konjektur dan

    membuktikan konjektur serta memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik. PI

    berupaya bertindak sebagai pendorong bagi membantu seseorang murid berfikiran aras

    tinggi dalam menyelesaikan masalah matematik

    b. Penaakulan deduktif

    Penaakulan deduktif (PD) ialah satu proses pemikiran yang logik yang bermula dari satu

    situasi umum ke situasi yang spesifik spesifik. Oleh sebab PD bergerak daripada maklumat

  • 8/12/2019 Unit 5 Kemahiran Penaakulan Matematik

    8/14

    K e m a h i r a n P e n a a k u l a n M a t e m a t i k | 90

    yang meluas dan maju ke kesimpulan yang khusus, keadaan ini dikenali sebagai

    pendekatan top-down.

    Menurut Jonhston (2002), PD adalah satu proses logik di mana sesuatu yang

    diketahui dan dipersetujui sebagai benar diaplikasikan ke suatu kes yang khusus.

    Contohnya, jika seorang murid membuktikan 20 adalah suatu nombor genap melalui

    penggunaan teori yang menyatakan bahawa semua nombor genap boleh dibahagi dua

    maka murid ini telah menaakul secara deduktif. Dalam perkataan lain, penaakulan deduktif

    berlaku jika kesimpulan dapat dicapai dengan merujuk kepada fakta, definisi, hukum,

    ataupun ciri-ciri tertentu. Pendek kata, PD ikut satu set peraturan yang terbukti dan diterima

    secara umum. Contoh yang berikut menunjukkan bagaimana PD digunakan untuk

    menyelesaikan masalah.

    Contoh 1: Buktikan bahawa (x y) zadalah sentiasa sama dengan (z y) x. Berikan

    sebab kepada setiap langkah yang anda pilih.

    Penyelesaian:

    Langkah 1: (x y) z= z (x y) hukum kalis tukar tertib pendaraban

    Langkah 2: = z (y x) hukum kalis tukar tertib pendaraban

    Langkah 3: = (z y) x hukum kalis sekutuan pendaraban

    Dalam mencari penyelesaian bagi masalah di atas, seseorang murid perlu tahu hukum-

    hukum matematik yang sedia ada bagi operasi algebra. Penyelesaian yang dicapai boleh

    digunakan bagi membuktikan semua kes matematik yang serupa. Sekiranya murid tersebut

    cuba buktikan pernyataan di atas dengan menggunakan kaedah gantian iaitu gantikan

  • 8/12/2019 Unit 5 Kemahiran Penaakulan Matematik

    9/14

    K e m a h i r a n P e n a a k u l a n M a t e m a t i k | 91

    pemboleh ubah x, y dan zdengan nombor-nombor nyata, maka justifikasi yang diberikan

    tidak dianggap sebagai PD.

    Perbincangan kumpulan kecil

    Dalam kumpulan dua orang:

    1. Dapatkan satu soalan dari buku teks sekolah rendah yang menggunakan kaedah PI

    dan satu lagi yang menggunakan PD dalam mencari penyelesaian.

    2. Dapatkan satu soalan dari buku teks sekolah menengah yang menggunakan kaedah

    PI dan satu lagi yang menggunakan PD dalam mencari penyelesaian.

    3. Binakan satu item matematik yang menggunakan pendekatan PI dan satu lagi yang

    menggunakan PD dalam mencari penyelesaian. Tunjukkan jawapan masing-masing

    dan terangkan langkah-langkah penyelesaian anda.

    5.4 TIMSS 2011

    erangka penilaian TIMSS 2011 (Mullis, Martin, Ruddock, OSullivan, &

    Preuschoff, 2009) menegaskan usaha menaakul secara matematik memerlukan

    keupayaan berfikir secara logik dan sistematik. Ini termasuk penaakulan intuitif

    berasaskan pola dan ketetapan untuk memperolehi penyelesaian bagi masalah-masalah

    bukan rutin. Masalah-masalah bukan rutin yang memerlukan penaakulan matematik adalah

    lebih kompleks dan penyelesaiannya melibatkan lebih banyak langkah. TIMSS 2011

    menetapkan tiga domain utama dalam pembinaan item matematik dalam penilaian. Domain

    yang pertama pengetahuan meliputi fakta, konseps dan prosedur. Domain kedua iaitu

    aplikasimenumpukan kepada kebolehan murid menggunakan pengetahuan dan kefahaman

    konsep dalam menyelesaikan masalah.Domain yang ketiga iaitu penaakulan melangkaui

    usaha mencari penyelesaian bagi masalah rutin. Ia merangkumi situasi yang luar biasa,

    K

  • 8/12/2019 Unit 5 Kemahiran Penaakulan Matematik

    10/14

    K e m a h i r a n P e n a a k u l a n M a t e m a t i k | 92

    konteks yang rumit dan penyelesaian masalah yang memerlukan pelbagai langkah. Jadual 1

    berikut menunjukkan peratus masa ujian yang diperuntukkan bagi setiap domain mengikuti

    kategori murid.

    Jadual1. Peruntukan masa ujian domain kognitif bagi TIMSS 2011

    ujian gred-empat dan gred-lapan mengikut peratus

    Domain kognitif Peratus

    Gred-empat Gred-lapan

    Pengetahuan 40% 35%

    Aplikasi 40% 40%

    Penaakulan 20% 25%

    5.5 PENAAKULAN MATEMATIK DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

    alam kehidupan seharian, pengetahuan dalam penaakulan matematik amat

    penting untuk membolehkan kita berfikiran secara kritikal dalam membuat

    keputusan atau kesimpulan yang tepat.Penaakulan matematik merupakan satu

    proses pemikiran yang bersangkutpaut dengan aktiviti menyelesaikan masalah matematik.

    Kemahiran ini dianggap perlu dipupuk pada setiap orang murid untuk membolehkan setiap

    individu mampu mencari punca masalah, belajar, berfikir, membuat keputusan dan

    pertimbangan untuk bertindak supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih

    berkesan.

    Dalam usaha mendidik murid kita menguasai kemahiran menaakul, soalan-soalan

    yang akan timbul adalah bolehkah kemahiran penaakulan diajar dan bagaimana? Krulik dan

    Rudnick (2001) memaklumkan bahawa kemahiran penaakulan boleh bertambah maju jika

    D

  • 8/12/2019 Unit 5 Kemahiran Penaakulan Matematik

    11/14

    K e m a h i r a n P e n a a k u l a n M a t e m a t i k | 93

    murid didedahkan kepada pelbagai cara dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Justeru,

    bagi membantu memupuk penaakulan matematik di kalangan murid-murid sekolah

    menengah Kaur (2009) mengesyorkan empat strategi. Ringkasan aktiviti adalah seperti

    berikut:

    Strategi 1: Nombor yang macam mana membawa makna?

    Murid-murid diberikan masalah di mana data berangka yang dibekalkan adalah tidak

    lengkap dan mereka dikehendaki menentukan di mana mereka boleh mengisi angka-angka

    yang tiada ini supaya situasi masalah membawa makna. Kerja kumpulan ditegaskan dan

    murid dikehendaki menjelaskan fikiran mereka. Aktiviti seperti ini boleh diolah daripada

    soalan buku teks.

    Strategi 2: Apakah yang tidak kena?

    Murid-murid diberikan satu masalah dan juga penyelesaian yang mempunyai kesilapan.

    Mereka diarahkan untuk mengenalpasti kesilapan, betulkannya dan kemudian memberitahu

    apakah kesilapannya, kenapa tidak betul dan apa yang telah dilakukan untuk

    membetulkannya. Aktiviti ini boleh dilaku dalam kumpulan kecil atau secara individu. Adalah

    difahamkan bahawa perbincangan yang terhasil akibati ini mampu mendalamkan lagi

    pemahaman matematik di kalangan murid (Krulik & Rudnick, 2001).

    Strategi 3: Bagaimana jika?

    Dua jenis masalah diberi untuk menguji pemikiran kritis serta kemahiran berfikir secara

    kreatif di kalangan murid-murid. Dalam masalah yang pertama guru sengaja tukarkan

    maklumat yang ada pada suatu soalan dan murid dikehendaki mengkaji semula dan

    memerhatikan apakah kesan yang dibawa ke atas proses penyelesaian dan juga jawapan.

    Masalah yang kedua dimulakan dengan murid-murid menjawab beberapa soalan

    bagaimana jika dan kemudian mereka diarahkan membina soalan bagaimana jika. Aktiviti

  • 8/12/2019 Unit 5 Kemahiran Penaakulan Matematik

    12/14

    K e m a h i r a n P e n a a k u l a n M a t e m a t i k | 94

    membina masalah (problem posing) ini lebih sesuai dilakukan melalui perbincangan kelas

    daripada perbincangan secara individu.

    Strategi 4: Apakah soalannya jika anda telah tahu jawapan?

    Mula-mula murid-murid dibekalkan dengan konteks dan data tetapi tanpa soalan. Kemudian

    mereka diminta menulis soalan yang sepadan dengan jawapan yang diberikan. Aktiviti ini

    memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam pemikiran kritis. Aktiviti ini lebih

    sesuai dilakukan melalui perbincangan kelas daripada perbincangan secara individu.

    Contoh-contoh di atas dibincangkan secara terperinci dalam Unit 2: Mengajar kemahiran

    penaakulan matematik.

    5.6 CABARAN MELAKSANAKAN PENAAKULAN MATEMATIK

    anggupkah guru melatih murid penaakulan matematik? The Third International

    Mathematics and Science Study (TIMSS) melaporkan guru matematik di U.S.

    banyak menekankan kepada mengajar murid cara untuk melakukan matematik

    daripada cara memahami apa yang mereka buat (NCES, 1996). Terdapat banyak sebab

    kenapa pengajaran seperti ini kerap berlaku. Di antara sebab-sebab yang dikenalpasti ialah

    imej kendiri guru yang menganggap matematik sebagai satu set kemahiran; kehendak

    ibubapa untuk membiarkan anak-anak mereka belajar menguasai asas matematik terlebih

    dahulu sebelum maju ke aktiviti beraras tinggi yang melibatkan penaakulan; dan kekangan

    daripada penilaian standard kelolaan negeri yang memberi tumpuan kepada masalah rutin.

    Dengan melihat kepada cabaran dalam pendidikan matematik masa kini,

    bincangkan isu Sanggupkah guru melatih murid penaakulan matematik?. Perbincangan

    adalah merujukkan kepada situasi di Malaysia.

    S

  • 8/12/2019 Unit 5 Kemahiran Penaakulan Matematik

    13/14

    K e m a h i r a n P e n a a k u l a n M a t e m a t i k | 95

    Bincangkan dalam kumpulan kecil apakah langkah-langkah yang boleh diambil

    bagi menangani masalah-masalah yang tersirat dalam soalan-soalan berikut:

    Bagaimanakah perbincangan kelas atau kumpulan dapat merangsangkan

    penaakulan matematik?

    Apakah jenis aktiviti kelas yang dapat membantu menggalakkan di samping

    meningkatkan kemahiran penaakulan matematik di kalangan murid?

    Apakah jenis soalan yang anda fikirkan dapat menggalakkan penaakulan matematik

    di kalangan murid?

    Bagaimana guru dapat berinteraksi dengan murid-murid dalam aktiviti untuk

    membantu menggalakkan di samping mengekalkan penaakulan matematik di

    kalangan murid?

    Apakah dilema yang anda jangkakan akan dihadapi oleh guru dalam mengajar

    penaakulan matematik?

    Apakah yang boleh dilakukan oleh guru-guru dalam usaha mengatasi rintangan

    menyahut cabaran melaksanakan kaedah baru dalam pengajaran?

    5.7 KESIMPULAN

    engajaran matematik akan menjdi lebih bermakna sekiranya kebolehan

    menaakul palajar dapat dipupuk dan dipertingkatkan. Oleh itu, para guru

    seharusnya mengambil kira aspek teori demi memastikan aplikasi dalam

    pengajaran dapat dilaksakan dengan berkesan.

    P

  • 8/12/2019 Unit 5 Kemahiran Penaakulan Matematik

    14/14

    K e m a h i r a n P e n a a k u l a n M a t e m a t i k | 96

    UJIAN PASCA-PELAJARAN

    Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari

    unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

    Sangat Tidak

    Setuju

    Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju

    1 2 3 4 5

    Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

    1 Saya dapat menghuraikan maksud penaakulan danpenaakulan matematik.

    2 Saya dapat membezakan di antara penaakulaninduktif and penaakulan deduktif.

    3 Saya dapat menggunakan rekabentuk penaakulanmatematik TIMSS 2011 untuk mengkaji unsur-unsur kognitif yang terkandung dalam item-itemujian.