meningkatkan kemahiran pranombor dalam matematik kepada murid

40
[Type the document title] [Yea r] MENINGKATKAN KEMAHIRAN PRANOMBOR DALAM MATEMATIK KEPADA MURID- MURID KELAS K2 DENGAN TEKNIK PERMAINAN NOOR AZREENA BINTI A.AZIZ INSTITUT PENDIDKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS 1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kemahiran asas matematik seperti mengetahui cara untuk mengira dan menyelesaikan masalah amatlah penting sebagai persediaan kehidupan berdikari. Matematik juga adalah kurikulum penting yang memberi kesan kepada seluruh aspek kehiduapan individu termasuk pendidikan formal, aktiviti riadah, pekerjaan dan hari-hari yang mendatang (Miller, Butler, & Lee, 1998). Oleh itu, kemahiran pranombor yang merupakan permulaan bagi Silibus Matematik Masalah Pembelajaran KSSR tahun 1 telah diajar kepada semua murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran sejak tahun 2011. Kemahiran pranombor merupakan kemahiran yang paling awal sebelum memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Kemahiran ini melibatkan pengkelasan dan perbandingan warna, saiz, dan bentuk. Walaupun perkara ini mudah bagi murid-murid aliran perdana, namun perkara ini kerap kali menjadi masalah kepada murid-murid khas (Miller, & Mercer, 1997). 1

Upload: azrinne

Post on 02-Jan-2016

431 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

pt

TRANSCRIPT

Page 1: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PRANOMBOR DALAM MATEMATIK KEPADA MURID-MURID KELAS K2 DENGAN TEKNIK PERMAINAN

NOOR AZREENA BINTI A.AZIZ

INSTITUT PENDIDKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Kemahiran asas matematik seperti mengetahui cara untuk mengira dan

menyelesaikan masalah amatlah penting sebagai persediaan kehidupan berdikari.

Matematik juga adalah kurikulum penting yang memberi kesan kepada seluruh

aspek kehiduapan individu termasuk pendidikan formal, aktiviti riadah, pekerjaan

dan hari-hari yang mendatang (Miller, Butler, & Lee, 1998). Oleh itu, kemahiran

pranombor yang merupakan permulaan bagi Silibus Matematik Masalah

Pembelajaran KSSR tahun 1 telah diajar kepada semua murid-murid Pendidikan

Khas Masalah Pembelajaran sejak tahun 2011.

Kemahiran pranombor merupakan kemahiran yang paling awal sebelum

memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Kemahiran ini melibatkan

pengkelasan dan perbandingan warna, saiz, dan bentuk. Walaupun perkara ini

mudah bagi murid-murid aliran perdana, namun perkara ini kerap kali menjadi

masalah kepada murid-murid khas (Miller, & Mercer, 1997).

Menurut Carnine, Jitendra, & Silbert (1997), individu yang menunjukkan masalah

dalam pembelajaran mungkin bukan disebabkan ketidakupayaan intelektual tetapi

mungkin disebabkan reka bentuk kurikulum yang tidak bersesuaian. Oleh itu,

menjadi tanggungjawab bagi guru pendidikan khas untuk mengubahsuai kurikulum

agar ia bersesuaian dengan tahap murid-murid pendidikan khas.

Kanak-kanak khas berpeluang untuk mengalami pengalaman pembelajaran seperti

kanak-kanak biasa. Gay (2002), mengatakan kebanyakan kanak yang mengalami

ketidakupayaan kelihatan normal dan sesetengahnya bekelakuan normal kecuali di

1

Page 2: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

bahagian tertentu ketidakupaaan jadi mengapa mereka tidak boleh diberi peluang

untuk menjadi normal dan berkelakuan seperti kanak-kanak biasa.

Kewujudan pelbagai ketidakupayaan ini menjadi satu cabaran terbesar kepada

semu guru pendidikan khas. Hal ini kerana murid datang dari pelbagai pengalaman

pengajaran , kebolehan dan gaya pembelajaran. Keberhasilan pengajaran dan

pembelajaran banyak bergantung kepada kebolehan guru untuk mengenalpasti

minat dan kebolehan murid.

Teknik pengajaran seperti belajar sambil main mampu menawarkan peluang murid

untuk meneroka dan memperolehi maklumat melalui cara yang seronok dan

menarik. Umum mengetahui bahawa alam kanak-kanak ialah alam yang paling

menyeronokkan kerana ketika inilah mereka berpeluang untuk bermain dengan

bebas. Jika murid-murid pendidikan khas mempunyai masalah dalam pembelajaran

maka mengapa tidak guru menggunakan pendekatan dan teknik selain tradisional di

dalam kelas. Hanya dengan cara ini murid pendidikan khas akan mudah memahami

dan tertarik dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada praktikum kali ketiga ini, pengkaji telah dipertanggungjawabkan untuk

mengajar mata pelajaran matematik kepada murid-murid kelas K2 di Program

Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra selama 3 bulan

yang lalu. Sewaktu pengkaji mengajar murid K2 mengenai kemahiran pranombor,

beberapa masalah telah timbul.

Pengkaji telah menghadapi masalah untuk mengajar murid K2 mengenai kemahiran

pranombor. Masalah yang timbul ialah kurangkan kefahaman terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran. Pada hari tersebut, pengkaji menggunakan kad

gambar dan kad perkataan untuk mengajar kemahiran pranombor. Walaupun pada

awalnya murid tertarik melihat kad perkataan dan kad gambar, namun secara

keseluruhannya pengkaji tidak berpuas hati dengan suasana di dalam kelas.

Apabila tiba sesi bersoal jawab, hanya 2 orang murid yang menumpukan perhatian

berjaya menjawab soalan yang ditujukan oleh pengkaji. Baki 7 orang murid tidak

2

Page 3: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

dapat menjawab dengan betul dan menggeleng apabila ditanya. Begitu juga

keesokkan hari apabila tiba waktu mata pelajaran Matematik. Pengkaji cuba untuk

mengingatkan kembali isi pelajaran sebelum ini. hanya 2 orang yang sama masih

berjaya menjawab soalan dengan betul. Manakala yang lain menjawab dengan

salah dan hanya meneka-neka jawapan.

Perkara ini disebabkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, tumpuan

murid terhadap pengajaran kurang memuaskan pengkaji. Hanya seramai 5 orang

murid dari 9 orang berjaya menumpukan perhatian. Manakala selebihnya kurang

menumpukan perhatian. Ini menganggu kelancaran proses pengajaran dan

pembelajaran yang berjalan kerana pengkaji selalu memberi teguran kepada

mereka. Situasi ini menyebabkan aktiviti pengajaran tidak berjalan sepenuhnya

mengikut masa yang ditetapkan.

Keadaan yang berlaku ini membuatkan pengkaji menilai semula aktiviti pengajaran

yang dirancang. Adakah aktiviti yang dirancangkan membosankan dan tidak menarik

minta murid K2? Perasaan sedih dan kecewa terdetik di hati di atas kegagalan ini

kerana pengkaji telah berusaha semampu mungkin untuk merancang dan

menjalankan aktiviti yang akan dapat memudahkan pemahaman murid. Namun

ianya gagal. Untuk mendapatkan kepastian, pengkaji telah menjalankan satu temu

bual bersama guru pembimbing yang juga merupakan guru mata pelajaran

Matematik bagi kelas K2. Beliau menasihatkan pengkaji supaya menggunakan

kaedah lain untuk menarik perhatian murid seterusnya meningkatkan kefahaman

mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai guru pelatih, pengkaji sedar banyak kelemahan berpunca dari perancangan

pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Oleh itu, pengkaji bertekad untuk mencari

penyelesaian kepada masalah ini.

1.3 REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN

Walaupun kelas K2 berada dalam kedudukan kelas kedua di Pendidikan Khas,

pencapaian murid tersebut dalam bidang matematik masih lagi di tahap yang

rendah. Ini menjadikan jurang pencapaian kelas K1 dan K2 sangat jauh berbeza.

3

Page 4: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

Oleh itu menjadi tanggungjawab guru yang mengajar untuk mencari kaedah dan

gaya pembelajaran yang sesuai untuk membantu meningkatkan pencapaian murid

kelas K2.

Masalah yang sering wujud dalam kaedah pengajaran bilik darjah ialah mengadakan

situasi pembelajaran yang membolehkan murid mendekati pengalaman sebenar

secara langsung, terutama sekali kepada murid-murid pendidikan khas. Mereka

memerlukan kaedah pengajaran yang akan dapat menarik perhatian serta memberi

mereka pengalaman secara langsung.

Kaedah pengajaran belajar sambil bermain apabila digunakan secara berkesan

boleh meningkatkan respons murid dan kepekaan kepada perasaan orang lain.

Malahan murid boleh meningkatkan kebolehan dalam berinteraksi dengan rakan-

rakannya yang lain. Terdapat kaijian yang membuktikan bahawa teknik main dapat

memperkembangkan pengetahuan merentasi kurikulum dan meningkatkan

perkembangan kemahiran sosial, kompetens dan persediaan untuk belajar (Wood &

Attfield, 2005).

Dalam kajian ini, teknik main sambil belajar telah diaplikasikan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran matematik. Kaedah ini

menyediakan satu pembelajaran yang menumpukan kepada kemahiran pranombor

supaya murid kelas K2 berasa seronok dan berminat terhadap aktiviti pengajaran

yang pengkaji sediakan. Secara keseluruhannya, semua responden berjaya

memberi kerjasama yang baik dan seronok semasa menjalankan teknik main sambil

belajar ini.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 ISU KAJIAN

2.1.1 TINJAUAN AWAL

Menurut Lovitt (1898), kanak-kanak khas dibahagikan kepada tiga ciri-ciri iaitu

ketidakfungsian neurologikal , masalah dalam tugasan akademik, discrepancy

antara pencapaian dan potensi disebabkan pelbagai faktor. Jelas di sini

4

Page 5: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

menunjukkan murid bermasalah pembelajaran kerap menganggap pembelajaran

adalah sukar dan proses yang menyakitkan. Masalah pembelajaran yang dihadapi

membuatkan pembelajaran seperti membaca, menulis dan matematik khususnya

sangat mencabar bagi diri mereka tempoh (Sturomski, 1997).

Kebanyakan murid bermasalah pembelajaran berusaha keras untuk memahami

apakah yang dimaksudkan dengan matematik. Mereka akan menghadapi masalah

dalam pembelajaran matematik, pencapaian lebih rendah dari rakan sebaya dan

memerlukan kaedah khas dalam pengajaran (Kroesbergen & Van Luit, In Press).

Ketidakbolehan murid bukan sahaja menggangu murid dalam mempelajari

kemahiran asas seperti menambah atau menolak tetapi turut berlaku dalam

kemahiran pranombor seperti mengenali bentuk atau turutan nombor (Van de Rijt &

Van Luit, 1998).

Perkara ini turut terjadi kepada murid-murid bermasalah pembelajaran kelas K2.

Mereka menghadapi masalah dalam memahami pengajaran dan pembelajaran

mengenai kemahiran pranombor. Buktinya apabila pengkaji telah menghadapi

masalah ini semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun

pengkaji menggunakan teknik pandang sebut dengan kad gambar berwarna-warni,

ianya masih tidak dapat menarik minat dan membantu meningkatkan kefahaman

murid-murid kelas K2.

Kelemahan ini dapat dilihat lebih ketara apabila tiba aktiviti penilaian. Lembaran

kerja yang diberi oleh pengkaji tidak dapat dijawab tanpa bimbingan guru.

Sepatutnya murid dapat mejawab beberapa soalan yang disediakan oleh gurul hal

ini kerana lembaran keraja meruapakan salah satu alat penilaian pencapaian murid.

2.1.2 ANALISIS TINJAUAN AWAL

Kelas Pendidikan Khas sememangnya berbeza dengan kelas aliran perdana. Dalam

kelas yang berbeza, murid-murid tidak disusun mengikut umur tetapi mengikut tahap

kebolehan dan kesesuaian seseorang di kelas tersebut. Malahan guru tidak

mengharapkan perhatian daripada seluruh murid di kelas tersebut. Daripada guru

bersyarah depan papan putih, guru akan berkerja secara individu dengan setiap

5

Page 6: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

murid supaya murid dapat dibantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(Hanson, 2006).

Terdapat beberapa faktor yang menjadi penghalang kepada murid bermasalah

pembelajaran dalam Matematik. Antaranya kelemahan memori menyebabkan murid

mengalami masalah untuk mengingati kandungan isi pelajaran matematik atau

mengingati turutan langkah yang betul untuk sesetengah kemahiran matematik

(Mercer 1997). Sebagai contoh ada murid khas yang pandai menyebut nombor

mengikut turutan tetapi tidak dapat mengenalpasti simbor nombor yang mewakili

sebutannya.

Fokus kajian tindakan pengkaji ialah membantu murid-murid kelas K2 meningkatkan

pemahaman terhadap kemahiran prabombor dalam Matematik. Masalah ini telah

dikenalpasti oleh pengkaji apabila pengkaji menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran selama sejam pada 28 Januari 2013. Murid kelas K2 mempunyai

tahap literasi Matematik yang rendah. Mereka hanya mampu menyebut terma di

dalam Matematik tetapi tidak mengingati maksud terma tersebut seperti besar atau

kecil. tinggi atau rendah dan lain-lain. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji

mengaplikasikan teknik bermain sambil belajar di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru yang efektif mampu mengenlpasti perbezaan antara murid dan

berkemampuan untuk membuat keputusan yang efektif agar murid memberi respons

seperti yang diharapkan (Fadzilah Abd Rahman, Nurul Aini Yahya & Habibah Ab

Jalil, 2010). Kaedah pengajaran yang pelbagai dan berkesan seperti teknik main

sambil belajar mampu membantu murid-murid kjas dalam meningkatkan

pemahaman dan pencapaian mereka.

Hasil analisa pengkaji akan melakukan kajian yang akan menumpukan fokus kepada

membantu murid K2 meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran pranombor

melalui aktiviti permainan. Oleh itu wujudlah pelbagai masalah seperti berikut :-

Sukarnya mengingati isi pelajaran kemahiran pranombor

Tidak dapat menjawab soalan dari guru

Tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung

6

Page 7: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

Menunjukkan bertingkah laku menganggu kelancaran proses pengajaran dan

pembelajaran

2.1.3 KRITERIA PEMILIHAN FOKUS KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid bermasalah pembelajaran kelas

K2 supaya menjadi lebih seronok dan dapat menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih efisien dan berkesan. Dengan mengaplikasikan teknik

bermain sambil belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran

pranombor dalam Matematik, diharapkan pengkaji dapat menyediakan pembelajaran

yang berkesan dan mencapai objektif.

Bermain adalah sebahagian penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ramai pengkaji

dan pendidikan berterusan menyokong fakta yang mengatakan main dapat

menawarkan satu pengalaman pembelajaran yang terbaik di mana perkembangan

kanak-kanak akan dapat dipertingkatka. Malahan kajian menunjukkan bahawa

bermain membantu perkembangan rangsangan otak melalui pembentukan sel saraf

(Aliza Ali, Zahara Aziz & Rohaty Majzub, 2011)

Dengan menggunakan teknik permainan, saya yakin murid saya akan dapat

memberi kerjasama sepenuhnya di dalam kelas dengan memberikan perhatian

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Sudah tentu

keadaan ini akan dapat membantu mengawal tingkah laku dan seterusnya

meningkatkan kefahaman murid kelas K2 dalam kemahiran pranombor. Selain iitu,

diharapkan kajian ini akan dapat meningkatkan pencapaian murid di dalam mata

pelajaran Matematik bermasalah pembelajaran dan seterusnya berjaya

mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan seharian selaras misi

dan visi Pendidikan Khas.

7

Page 8: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

2.2 TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN ISU KAJIAN

2.2.1 TEORI BERKAITAN

Ahli teori perkembangan kanak-kanak, Lee Vygotsky pernah mengatakan bahawa

bermain adalah sumber utama dalam perkembangan awal kanak-kanak (Vygotsky,

2002). Beliau memahami bahawa kanak-kanak khas perlu didedahkan sebanyak

mungkin dalam aktiviti biasa bagi kelas normal (Neary, 2010). Teknik bermain sambil

belajar telah diterapkan di kelas normal sejak dahulu lagi. Maka, mustahil teknik

bermain tidak boleh diterapkan di dalam kelas Pendidikan Khas.

Teori Vygotsky berasaskan kepada “Cultural-Historical Theory” . Teori ini memberi

idea bahawa perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada interaksi kanak-

kanak dengan persekitaran sosialnya. Interaksi ini melibatkan orang di

persekitarannya seperti ibu bapa, guru, rakan sepermainan, rakan sekelas, keluarga.

Malahan ia turut membabitkan hubungan dengan objek tertentu seperti buku,

permainan atau aktiviti spesifik di dalam kelas, rumah atau taman permainan.

proses kognitif berlaku hasil daripada interaksi sosial dan budaya. (Kelly, 2012).

Vygotsky turut pernah mengatakan bahawa setiap fungsi perkembangan kanak-

kanak berkembang pada dua peringkat. Peringkat pertama adalah pada tahap sosial

dan kemudian tahap individu. Tahap pertama iaitu antara manusia atau dikenali

sebagai interpsychological dan kemudian di dalam diri kanak-kanak atau

intrapsychological. Oleh itu, pembelajaran adalah satu proses interaksi yang berlaku

di persekitaran murid bersama guru, ibubapa, rakan dan seterusnya berlaku dalam

diri murid melalui proses dalaman (internalisation). Sebagai pendidik, guru mestilah

mendedahkan murid terhadap interaksi sosial yang akan memudahkan proses

pembelajaran berlaku dalam diri murid-murid .

Ada jua pendapat ahli pendidikan yang mengatakan bahawa Jean Piaget adalah

seorang ahli teori yang mengutarakan topik bermain. Umum mengetahui bahawa

Piaget mengasaskan 4 peringkat dalam perkembangan kanak-kanak iaitu sensori

motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Kesemua teori ini membawa

prinsip bahawa bermain adalah untuk keseronokkan dan dalam masa yang sama

memberi peluang murid untuk berlatih tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini

(Fox, 2007).

8

Page 9: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

2.2.2 KAJIAN LEPAS YANG BERKAITAN

Kepelbagaian adalah lumrah manusia. Begitu juga dengan murid yang sentiasa

mempunyai berbeza dalam pelbagai cara yang tersendiri. Ini salah satu cabaran

bagi pendidik kini iaitu menghadapi murid yang mempunyai pelbagai latar dan

kebolehan. Murid yang datang akan berbeza dari segi motivasi, komitmen,

kebolehan dan gaya pengajaran dan pembelajaran (Kirkland, 2008). Kajian terkini

menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dianggap sebagai

proses linear atau sejajar memindahkan pengetahuan dari guru kepada murid ata

dari bahan bantu mengajar kepada murid (Fadzillah Abd Rahman, Scaife & Habibah

Ab Jalil, 2010). Sebaliknya guru bukan sahaja membekalkan maklumat kepada

murid tetapi juga meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran

yang bersesuaian dengan semua tahap dan kepelbagaian murid-murid.

Umum mengetahui bahawa kanak-kanak terdiri daripada pelbagai kategori

ketidakupayaan seperti down sindrom, slow learner, dislexia dan lain-lain. Sudah

tentu tahap kemampuan dan kebolehan mereka berbeza antara satu sama lain.

Mereka kerap kali dimasukkan ke dalam sebuah kelas bercampur ketidakupayaan

dan tahap. Disebabkan wujudnya kepelbagaian murid pendidikan khas maka

pendekatan dan prinsip yang berbeza diperlukan bagi memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran berkesan serta effektif.

Azriel et al (2005) mengatakan bahawa walaupun murid mempunyai pelbagai

pelbagai dari segi umur, ekonomi, etnik, latar belakang sosial namun mereka dapat

memahami bahasa permainan. Begitu juga dengan ramai pengkaji dan pendidik

berterusan menyokong kenyataan bahawa kanak-kanak akan belajar melalui teknik

bermain sambil belajar. Malahan kajian menunjukkan kanak-kanak yang dirangsang

dengan pengalaman yang bersesuaian akan dapat meningkatkan neurologi, kognitif,

dan kemahiran motor. Hal ini kerana kanak-kanak khas tidak mampu mengikuti

proses pengajaran seperti rakan sebayanya yang lain. Hanya dengan latihan,

modelling, perulangan dan peneguhan positif dapat membantu pengajaran.

Sementara semua ini membantu murid dalam pengajaran, murid turut akan diberi

peluang dalam memperolehi pengetahuan melalui aktiviti berasaskan sensori.

Teknik bermain sambil belajar adalah satu aktiviti di mana murid pelbagai

9

Page 10: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

ketidakupayaan berseronok bersama dan dapat dinotivasikan sepanjang tempoh

persekolahan (Kelly, 2012).

Dalam perkembangan luar negara, ramai yang mengatakan bahawa permainan

memberi impak yang negatif kepada perkembangan kanak-kanak sejaik seawal

tahun 1961. Oleh itu, sebuah pertubuhan ditubuhkan dengan nama “International

Play Association” yang dibertanggungjawab melindungi hak kanak-kanak untuk

bermain (Wenner, 2009). Begitu juga dengan United Nations High Commission for

Human Right yang menegaskan bahawa kanak-kanak berhak untuk bermain. Situasi

ini jelas menunjukkan walaupun mendapat tentangan tetapi kajian telah dijalankan

dan hasilnya banyak impak postif yang dapat kanak-kanak dapat sekiranya teknik

bermain sambil belajar diterapkan di kelas-kelas.

Menurut Aliza Ali, Zahara Aziz & Rohaty Ajzub (2011), bermain adalah sebahagian

daripada pendidikan awal kanak-kanak yang berpotensi menyediakan kanak-kanak

dengan pembelajaran yang bermakna. Malahan, bermain adalah bahagian hidup

yang sangat penting kepada kanak-kanak. Seorang kanak-kanak dapat mempelajari

suasana di sekelilingnya melalui bermain. Mereka akan dapat meluahkan dan

membentuk pengetahuan baru di minda mereka ketika bermain. Semakin aktif

kanak-kanak tersebut di dunia bermain maka semakin banyak pengetahuan yang

dapat diperolehi.

Selain itu, kajian mereka juga mengatakan bahawa bermain penting dalam

perkembangan minda yang sihat. Buktinya, terdapat kajian yang menunjukkan

bermain membantu perkembangan minda dengan merangsang minda melalui

pembentukan sel saraf. Malahan, satu ujikahi dijalankan kepada tikus. Tikus yang

dibesarkan dalam persekitaran yang sentiasa dirangsang mempunyai otak yang

besar dan dapat mencari jalan keluar “mazes” dengan lebih cepat. Ianya umpama

otak manusia yang memberi respond kepada permainan dan mengekplorasi melalui

cara yang sama. Permainan membenarkan kanak-kanak menjadi kreatif dalam

memperkembangkan imaginasi tersendiri dan ianya adalah penting dalam

perkembangan minda yang sihat.

Secara kesimpulannya, menurut Manwaring (2012), teknik bermain sambil belajar

ialah interaksi antara kanak-kanak dengan dunia di persekitarannya. Bermain dapat

10

Page 11: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

membantu dalam perkembangan minda yang sihat di mana kanak-kanak berpeluang

untuk menjadi kreatif dan berimaginasi. Malahan, bermain dapat meningkatkan

kemahiran, membina keyakinan dan melatih kerjasama kumpulan, bermain juga

dapat membentuk dan merapatkan perhubungan terutamanya keluarga, kawan-

kawan dan orang lain di persekitaran kanak-kanak tersebut.

Semua impak postif ini amat bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas.

Walaupun mereka tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran

menggunakan teknik pengajaran biasa, tidak semestinya mereka tidak akan mampu

belajar jika guru menggunakan pendekatan yang lain. Sudah tentu sesuatu teknik

yang akan memberi peluang mereka menggunakan sensori dapat menarik minat

serta membantu dalam meningkatkan kebolehan mereka walaupun prosesnya

berjalan agak perlahan.

3.0 OBJEKTIF SOALAN KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid kelas K2 Program Pendidikan Khas

Integrasi Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra diharap akan mencapai objektif

berikut :-

3.1 OBJEKTIF UMUM

Meningkatkan prestasi murid kelas K2 dalam mata pelajaran Matematik

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Meningkatkan kefahaman murid dalam kemahiran pranombor

Murid berkeupayaan menggunakan terma dalam kemahiran pranombor

dengan betul

Meningkatkan keupayaan murid untuk mengaplikasi terma dalam kemahiran

pranombor dalam kehidupan seharian

Meningkatkan peratus murid yang mendapat markah baik dalam Matematik

3.3 PERSOALAN KAJIAN

11

Page 12: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

Pengkaji telah mereka kajian ini untuk mengeksplorasi soalan seperti berikut :-

Apakah kaedah yang mampu meningkatkan kefahaman murid kelas K2

terhadap kemahiran pranombor dalam Matematik?

Bagaiamana teknik bermain sambil belajar dapat membantu murid Khas K2

dalam meningkatkan kefahaman mereka dalam kemahiran pranombor?

Adakah teknik yang pengkaji aplikasikan berjaya meningkatkan prestasi

pencapaian murid dalam Matematik khususnya kemahiran pranombor?

Berjaya teknik bermain sambil belajar untuk mengawal tingkah laku murid

kelas K2?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 9 orang murid kelas K2 daripada Program Pendidikan Khas

Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Bangi. Kelas yang terpilih

merupakan kelas kedua daripada empat kelas di PPKI. Responden terdiri daripada 6

orang lelaki dan 3 orang perempuan. Purata umur responden pengkaji ialah antara 7

hingga 12 tahun. Responden terdiri daripada pelbagai ketidakupayaan dan

kebolehan. Oleh itu, pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran

berbeza. Ada responden yang lemah dan ada juga responden yang sederhana

dalam pencapaian akademik masing-masing. Pemilihan ini adalah untuk melihat

keberkesanan teknik bermain sambil belajar dalam meningkatkan kefahaman

resonden terhadap kemahiran pranombor bagi mata pelajaran Matematik KSSR

Tahun 1. Berikut adalah profil ringkas bagi responden kelas K2.

MURID JANTINA UMUR MASALAH

A L 11

GDD SPEECH

DELAY

B L 9 AUTISM ADHD

C L 11 ADHD

D P 9 ADHD

12

Page 13: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

E L 12 AUTISM

F P 9 GDD

G P 9 ADHD

H P 12

DOWN SYNDROME

SLOW LEARNER

I L 7 SLOW

LEARNER

*ADHD = ATTENTION DEFISIT HYPERACTIVE DISABILITY

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Bagi mendapatkan lagi maklumat mengenai tahap kemampuan murid, saya telah

melakukan ujian diagnostik, pemerhatian dan temu bual bagi mengenalpasti dan

menilai masalah yang dihadapi oleh murid kelas K2. Berikut ialah maklumat ringkas

mengenai ujian pra yang dibuat :-

Ujian diagnostik dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan dan

pengalaman murid dalam kemahiran pranombor

Pemerhatian dijalankan bagi melihat tingkah laku murid-murid semasa

pengajaran dan pembelajaran berlangsung

Temu bual dijalankan bersama guru kelas K2 untuk menilai pengetahuan

sedia ada bagi kemahiran pranombor.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan tiga intervensi untuk mengesan

keberkesanan teknik bermain sambil belajar dan menambahkan peluang

pembelajaran. Tiga permainan yang berbeza telah diaplikasikan dalam kelas

Matematik di K2. Untuk tujuan banding beza, setiap murid hadir pada masa

permainan dijalankan.

5.1 KITARAN KAJIAN 1

13

*GDD = GLOBAL DEVELOPMENT DELAY

Page 14: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

5.1.1 PERANCANGAN

Tujuan utama kitaran pertama adalah sebagai satu percubaan untuk mengenalpasti

dan menganalisis sama ada teknik yang digunakan boleh diterima atau kurang

diterima. Intervensi yang dijalankan akan tertumpu kepada kemahiran pranombor

khususnya mengklasifikasikan objek mengikut saiz. Sebelum intervensi dijalankan,

pengkaji telah merangka dua set Rancangan Pengajaran Harian yang telah

digunakan semasa sesi intervensi kitaran 1.

5.1.2 TINDAKAN

Pengkaji menggunakan permainan yang berbeza setiap kali interaksi dijalankan.

Setelah selesainya kedua-dua interaksi, pengkaji akan menjalankan ujian pos bagi

melihat perubahan terhadap kemahiran pranombor murid-murid kelas K2. Pengkaji

juga menganalisis dokumen lembaran kerja setelah satu sesi pengajaran selesai.

LANGKAH

Set induksi Pengkaji menunjukkan tiga belon yang berbeza saiz

iaitu kecil, sederhana dan besar. Murid diminta

meneka tajuk pelajaran. Belon akan diletupkan oleh

guru.

Langkah 1 Murid ditunjukkan tiga papan bentuk yang berbeza

dan meminta murid menamakan bentuk yang dilihat.

Bentuk tersebut akan diperkenalkan oleh guru.

Langkah 2 Murid melihat kad-kad bentuk yang disusun secara

14

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INTERVENSI 1

Tema : Pelbagai saiz

Tajuk : kecil, sederhana dan besar

Page 15: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

rawak. Murid dipilih secara undian untuk menyusun

semula bentuk mengikut kategori bentuk yang

ditetapkan.

Langkah 3 Murid diberi doh mainan dan diminta untuk

membentuk doh mainan mengikut saiz yang

ditentukan oleh guru. Hasil kerja diletakkan di atas

meja untuk penilaian rakan-rakan.

Langkah 4 Lembaran kerja diberi kepada semua murid dan guru

memberikan masa kepada murid untuk

menyiapkannya.

Penutup Murid disoal mengenai perasaan sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan. Guru

membuat rumusan proses pengajaran dan

pembelajaran yang telah berjalan.

LANGKAH

Set induksi Pengkaji melantik seorang murid sebagai model di

hadapn kelas. Murid tersebut akan dipakaikan baju

yang besar. Guru akan bertanya pendapat murid

mengenai baju tersebut. Murid lain akan melihat dan

mengatakan baju itu besar.

15

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INTERVENSI 2

Tema : Pelbagai saiz

Tajuk : kecil, sederhana dan besar

Page 16: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

Langkah 1 Murid akan disoal mengenai tajuk pelajaran yang

lepas. Murid ditunjukkan tiga papan bentuk yang

berbeza dan meminta murid menamakan bentuk

yang dilihat. Murid akan mengklasifikasikan bentuk di

papan putih.

Langkah 2 Setiap murid diberikan 3 biji belon yang belon ditiup.

Murid akan meniup belon mengikut arahan guru

yang berlainan saiz. Belon yang telah siap akan

ditampal di meja masing-masing. Belon akan

diletupkan mengikut arahan guru.

Langkah 3 Seorang murid diberi satu perkataan iaitu bola ini

kecil. Ayat tersebut akan disampai secara bergilir-

gilir mengikut kedudukan tempat. Sambil itu, murid

yang menyampaikan ayat tersebut akan

menyerahkan sebiji bola yang kecil kepada rakan

yang disampaikan maklumat tersebut.

Langkah 4 Lembaran kerja diberi kepada semua murid dan guru

memberikan masa kepada murid untuk

menyiapkannya.

Penutup Murid disoal mengenai perasaan sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan. Guru

membuat rumusan proses pengajaran dan

pembelajaran yang telah berjalan.

Rajah 1 : Langkah-langkah pelaksanaan pengajaran intervensi 2

16

Page 17: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

AKTIVITI INTERVENSI 1

Pada interaksi pertama pengkaji telah menggunakan permainan dalam langkah 3

iaitu Doh Mainan. Pengkaji memberi peluang kepada semua responden kelas K2

untuk merasa dan membentuk apa-apa bentuk secara bebas terlebih dahulu.

Kemudian pengkaji menerangkan secara keseluruhan perjalanan aktiviti menerusi

teknik demonstrasi. Semua responden diberi arahan oleh guru untuk membentuk

doh mengikut 3 kategori bentuk yang dipelajari. Setelah siap, doh tersebut

diletakkan di atas meja dan rakan-rakan lain akan membuat penilaian. Murid-murid

akan menilai hasil kerja rakan-rakan yang lain.

AKTIVITI INTERVENSI 2

Bagi proses interaksi kedua pula, pengkaji menggunakan langkah 2 sebagai aktiviti

bermain. Permainan tersebut diberi nama “Tup Tup Meletup Belonku”. Bagi

permainan ini, pengkaji telah memberi 3 biji belon kepada setiap murid kelas K2.

Kemudian responden akan meniup belon tersebut mengikut arahan daripada guru.

Belon yang telah siap akan ditampal di meja masing-masing. Setelah semua

responden selesai menjalankan aktiviti ini, murid akan diberi satu jarum setiap

seorang. Belon akan diletupkan mengikut arahan daripada guru.

5.1.3 PEMERHATIAN

Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati murid dapat menumpukan perhatian serta

berminat dengan langkah yang telah dirancang. Namun, saya dapat melihat murid

agak keliru dan kurang memahami isi pelajaran walaupun saya menggunakan teknik

bermain sambil belajar. Setiap pemerhatian yang dibuat adalah berdasarkan senarai

semak berstruktur. Setiap perkara yang diperhatikan dicatatkan ke dalam ruangan

senarai semak.

5.1.4 REFLEKSI

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Pengkaji melihat semua responden teruja dan seronok semasa melakukan aktiviti.

Malahan, interaksi yang berlaku antara pengkaji dan responden amat

menggalakkan. Begitu juga interaksi antara responden itu sendiri. Namun sedikit

mengecewakan pengkaji apabila memerhati kelakuan serta hasil lembaran kerja

17

Page 18: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

semua responden. Responden kelihatan sedikit keliru dan tidak dapat melakukan

apa yang diarahkan oleh pengkaji. Mungkin terdapat kelemahan dalam

pelaksanaan aktiviti kedua-dua intervensi tersebut. Kelemahan ini akan diperbaiki

pada kitaran 2 yang akan dijalankan kelak. Ujian diagnostik ini mampu untuk

mengukur penguasaan dan kemahiran individu di dalam sesuatu bidang yang ingin

pengkaji uji.

5.2 CARA PENGUMPULAN DATA

5.2.1 UJIAN

Sebelum melakukan kajian, pengkaji telah menjalankan ujian diagnostik bagi melihat

tahap pengetahuan sedia ada semua responden kelas K2 terhadap kemahiran

pranombor dalam Matematik KSSR Tahun 1. Ujian ini dijalankan dalam bentuk

kemahiran menulis untuk memudahkan pengkaji melakukan kajian dan menganalisis

dokumen terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik. Selain itu,

pengkaji turut memberi ujian pra dan pos kepada semua responden sepanjang

kajian ini berjalan.

Ujian pra telah dijalankan kepada responden untuk melihat pencapaian dan

penguasaan responden terhadap kemahiran pranombor sebelum pengkaji

mengaplikasikan teknik bermain sambil belajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kelas K2.

Sementara itu, ujian pos dijalankan kepada semua responden setelah responden

menjalankan aktiviti permainan bagi teknik bermain sambil belajar semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti permainan ini telah dibina oleh pengkaji bagi

membantu meningkatkan pemahaman responden dalam kemahiran pranombor.

Kedua-dua ujian ini menggunakan set soalan yang sama dan begitu juga dengan

masa yang diperuntukkan. Ini bertujuan agar keputusan yang pengkaji dapat

menunjukkan perubahan sebelum dan selepas aktiviti intervensi dijalankan.

18

Page 19: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

5.2.2 PEMERHATIAN

Pengkaji turut menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Kaedah

pemerhatian merupakan kaedah yang mudah dijalankan kerana hanya memerlukan

pengkaji membuat pemerhatian, mendengar dan mencatat maklumat yang

diperolehi. Tujuan kaedah pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat

mengenai tingkah laku dan kelakuan responden sebelum, semasa dan selepas

kajian dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Secara

tidak langsung, pengkaji dapat mengalami sendiri pengalaman sepanjang kajian

dijalankan. Malahan, pengkaji dapat berkongsi pengalaman bersama-sama

responden.

Melalui pemerhatian, pengkaji dapat melihat serta menilai sejauh manakah

peningkatan kemahiran pranombor bagi responden. Malahan, segala tindak tanduk

setiap responden terhadap tindakan dan rangsangan yang dijalankan atas mereka

diperhati agar pengkaji dapat melihat bagaimana reaksi responden terhadap aktiviti

intervensi yang telah dirancang.

5.2.3 BORANG SOAL SELIDIK

5.3 CARA MENGANALISIS DATA

5.3.1 UJIAN

5.3.2 PEMERHATIAN

19

Page 20: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

5.4 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

5.4.1 JADUAL PELAKSANAAN

BI

LAKTIVITI

TARIKH

PELAKSANAANCATATAN

1 Membuat ujian diagnostik 23 JAN 2013 Telah dijalankan

2Mengenal pasti masalah dan

pengumpulan data awal25 FEB 2013 Telah dijalankan

3Menulis kertas cadangan / proposal

kajian27 FEB 2013 Telah dijalankan

4 Membuat pra ujian 1 MAC 2013 Telah dijalankan

5 Menganalisis hasil ujian 1 MAC 2013 Telah dijalankan

6Merancang tindakan aktiviti

intervensi 1 (kitaran 1)2 MAC 2013 Telah dijalankan

7Melaksanakan tindakan aktiviti

intervensi 1(kitaran 1)4 MAC 2013 Telah dijalankan

8Merancang tindakan aktiviti

intervensi 2 (kitaran 1)2 MAC 2013 Telah dijalankan

9Melaksanakan tindakan aktiviti

intervensi 2 (kitaran 1)5 MAC 2013 Telah dijalankan

10 Membuat pos ujian 5 MAC 2013 Telah dijalankan

11 Menganalisis pos ujian 6 MAC 2013 Telah dijalankan

12

Mengenal pasti kelebihan dan

kelemahan aktiviti intervensi 1 dan

2

7 MAC 2013

13Merancang penambahbaikan

kitaran 17 MAC 2013

14Merancang tindakan aktiviti

intervensi 3 (kitaran 2)8 MAC 2013

15 Melaksanakan tindakan aktiviti 11 MAC 2013

20

Page 21: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

intervensi 3 (kitaran 2)

16Merancang tindakan aktiviti

intervensi 4 (kitaran 2)8 MAC 2013

17Melaksanakan tindakan aktiviti

intervensi 4 (kitaran 2)12 MAC 2013

18 Membuat pos ujian 12 MAC 2013

19 Menganalisis pos ujian 12 MAC 2013

20

Mengenal pasti kelebihan dan

kelemahan aktiviti intervensi 3 dan

4

13 MAC 2013

21 Refleksi kajian *BS

22 Menulis laporan kajian *BS

23 Pembentangan dapatan kajian *BS

*BS = Belum selesai

**tertakluk kepada pindaan dan perubahan

5.4.2 KOS KAJIAN

BI

LJENIS BAHAN HARGA SEUNIT KUANTITI HARGA KOS

1 KERTAS A4 RM12 2 RM24.00

2 PRINTER CARTRDGE RM85 2 RM170.00

3 PHOTOSTAT BAHAN RM30 - RM30.00

4 DOH MAINAN RM1.50 20 RM30.00

5 BELON RM7.30 4 RM29.20

6 DOUBLE TAPE RM1.20 2 RM2.40

7 JARUM RM0.50 9 RM4.50

21

Page 22: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

8 PENSEL RM6.00 1 RM6.00

9 PEMADAM RM3.20 2 RM6.40

JUMLAH KESELURUHAN RM302.50

Semua kos kajian ini adalah anggaran mengikut harga semasa. Ianya akan

ditanggung oleh pengkaji sepanjang kajian ini berlangsung. Sebarang penambahan

kos akan ditambah kepada laporan penuh kajian tindakan kelak.

22

Page 23: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

RUJUKAN

Aliza Ali, Zahara Aziz & Rohaty Majzub (2011). Teaching And Learning Reading

Through Play. World Applied Sciences (Learning Innovation And Intervention For

Diverse Learners), 14, 15-20

Azriel, J., Erthal, M., Starr, E., Answers, Questions, and Deceptions: What Is the

Role of Games in Business Education. Journal of Education for Business, Sept/Oct

2005, p.9-13.

Fadzilah Abd Rahman, Jon Scaife, Nurul Aini Yahya & Habibah Ab Jalil (2010).

Knowledge Of Diverse Learners : Implications For The Practice Of Teaching.

International Journal Of Instruction, 3(2), 83-96

Gay, G. (2002). Culturally Responsive Teaching In Special Education For Ethnically

Diverse Students : Setting The Stage. Qualitative Studies In Education, 15(6), 613-

629

Kelly, Lindsay Marie, (2012). The Effect of Play on the Literacy Development of

Students with Severe Disabilities. Education and Human Development Master's

Theses. Paper 168.

Kirkland, D. (2008). Games As An Engaging Teaching And Learning Technique :

Learning Or Playing. Retrieved April 1, 2013 from

icep.ie/wp-content/uploads/2010/01/Kirkland_et_al.pdf

Kozulin, A., Gindis, B., Ageyev, V., Miller, S. (2003). Vygotsky’s educational theory

and practice in cultural context. Cambridge: Cambridge University Press.

Kroesbergen, E. H., & Van Luit, J. E. H. (2003). Mathematics Interventions For

Children With Special Educational Needs: A Meta-Analysis. Remedial And Special

Education, 24(2), 97-105.

Lovitt, T. C. (1989). Introduction to Learning Disabilities. Boston : Allyn & Bacon

23

Page 24: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

Manwaring, Joanne Scandling, " (2011). "High Stakes Play: Early Childhood Special

Educators' Perspectives of Play in Pre-Kindergarten ClassroomsGraduate School

Theses and Dissertations.

Miller, S. P. & Mercer, C. D. (1997). Educational Aspects Of Mathematics

Disabilities. Journal Of Learning Disabilities, 30(1), 47-56

Miller, S. P., Butler, F. M., & Lee, K. (1998). Validated practices for teaching

mathematics to students with learning disabilities:A review of the literature. Focus

on Exceptional Children, 31(1), 1-24

Sturomski, N. (1997).teaching students with learning disabilities to use learning

strategies. NICHCY : Interventions for students with Learning Disabilities 2, 2-15

Van de Rijt, B.A.M., & Van Luit, J.E.H. (1998). Effectiveness Of The Additional Early

Mathematics Program For Teaching Children Early Mathematics. Instructional

Science, 26, 337-358.

Vygotsky, L. (2002). Play and its role in the mental development of the child.

Retrieved from the web on 6/10/2009 from http://www.marxists.org/archive/vygotsky.

Wenner, M. (2009). The serious need for play. Scientific American Mind, 20 (1), 22-

29.

Wood, E., and J. Attfield. 2005. Play, learning and the early childhood curriculum.

2nd ed. London: Paul Chapman In Joan Martlew , Christine Stephen & Jennifer Ellis

(2011): Play In The Primary School Classroom? The Experience Of Teachers

Supporting Children’s Learning Through A New Pedagogy, Early Years: An

International Research Journal, 31(1), 71-83

24

Page 25: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

25

Page 26: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

LAMPIRAN

UJIAN DIAGNOSTIK MATEMATIK

Nama : ................................................

Kelas : .................................................

Jawab semua soalan di bawah

26

Page 27: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

27

Topik 2 : Konsep Nombor Number Concept

Arahan : Tandakan ( / ) pada kumpulan yang banyak.

Instruction : Tick ( / ) the large collection in each set of pictures.

Page 28: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

28

Page 29: Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid

[Type the document title] [Year]

BORANG PEMERHATIAN

29