unit 5 (bacaan ekstensif)

13
KRB 3013 : Prinsip Pengajar Bacaan 1 UNIT 5 KAEDAH MENGAJAR MURID MEMBACA SECARA MELUAS (EXTENSIVE READING) HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Konsep Bacaan ekstensif 2. Tujuan Bacaan Ekstensif 3. Teknik mengajarkan bacaan meluas 4. Pemilihan buku untuk bacaan murid 5. Buku Beraras (Graded Books) PENGENALAN Setelah murid-murid memperoleh asas yang kukuh dalam kemahiran membaca mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memahami dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif dan ekstensif boleh dilaksanakan. ISI KANDUNGAN Konsep Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan manaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Biasanya, melalui bacaan ini pelajar-pelajar akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Upload: zuraida-ariff

Post on 01-Jan-2016

107 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 5 (Bacaan Ekstensif)

KRB 3013 : Prinsip Pengajar Bacaan

1

UNIT 5

KAEDAH MENGAJAR MURID MEMBACA SECARA

MELUAS

(EXTENSIVE READING)

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Konsep Bacaan ekstensif 2. Tujuan Bacaan Ekstensif 3. Teknik mengajarkan bacaan meluas 4. Pemilihan buku untuk bacaan murid 5. Buku Beraras (Graded Books)

PENGENALAN Setelah murid-murid memperoleh asas yang kukuh dalam kemahiran membaca mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memahami dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif dan ekstensif boleh dilaksanakan.

ISI KANDUNGAN

Konsep Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan manaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Biasanya, melalui bacaan ini pelajar-pelajar akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Page 2: Unit 5 (Bacaan Ekstensif)

KRB 3013 : Prinsip Pengajar Bacaan

2

a) la merupakan satu kegiatan membaca yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di luar kelas secara bersendiri tanpa bimbingan guru.

b) Bacaan ekstensif mengandaikan pelajar membaca sesuatu bahan tanpa menghadapi kesukaran dan seberapa yang mungkin dengan perasaan puas. seronok dan terhibur.

c) Bahan bacaan harus luas, bukan sahaja sesuai dari segi perbendaharaan katanya tetapi Juga sesuai dengan minat, umur,,jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar itu.

d) Bahan-bahan bacaan ekstensif harus daripada bahan-bahan yang berbeza.

Tujuan Bacaan Ekstensif

a) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain.

b) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan fasih dalam bahasa

yang dipelajari oleh mereka.

c) Untuk membolehkan mereka mendapat pengetahuan di samping dapat pula menghiburkan hati.

d) Untuk memperkaya bahasa dan perbendaharaan kata, struktur ayat

dan lain-lain.

e) Memberi peluang kepada murid-murid terutama mereka yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatifnya.

f) Untuk menambahkan minat membaca.

g) Untuk membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik di

kalangan mereka.

h) Untuk mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca.

i) Untuk memperluas dan mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa.

j) Untuk membentuk tabiat gemar membaca dan mendapatkan kebiasaan membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan.

k) Untuk mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras

bahasa.

Page 3: Unit 5 (Bacaan Ekstensif)

KRB 3013 : Prinsip Pengajar Bacaan

3

l) Untuk memperkembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa,

baik dalam bentuk prosa mahupun puisi.

Teknik Mengajarkan Bacaan Meluas Oleh kerana pelajar membaca tanpa bimbingan guru sepanjang masa, maka peranan pengajar hanyalah sebagai perunding atau pembantu apabila dikehendaki. Pengajar harus mengesyorkan kepada pelajar-pelajar supaya memilih bahan-bahan yang sesuai. Pengajar perlu juga melatih mereka membaca mengikut teknik-teknik yang berikut;

a) Mengkaji kandungan bahan: Pelajar kaji dahulu secara, umum seluruh kandungan bahan. Cuba dapatkan tema atau persoalan pokok bahan itu.

b) Buat soalan: Buat sendiri soalan-soalan berdasarkan bahan yang

dikajinya. Ini akan membantunya membaca dengan lebih mendalam. c) Baca: Lepas itu baca selaju yang boleh. d) Menerangkan: Di akhir setiap bahagian, pelajar buat kesimpulan dengan

menerangkan pada dirinya sendiri isi-isi penting, dengan tujuan untuk menyatukan semua maklumat yang dibacanya itu.

e) Mengkaji semula: Setelah selesai tugasan membaca, pelajar perlu

mengkaji semula seluruh bahan bacaan ekstensifnya supaya dia dapat memastikan dia tidak tertinggal apa-apa dalam menyatukan semua isi tadi.

Teknik SQ3R Teknik SQ3R memerlukan pelajar-pelajar mengikut langkah-langkah yang berikut:

a) Mengkaji kandungan bahan-bahan yang dibaca terlebih dahulu bagi mendapatkan idea keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung di dalam bahan bacaan tersebut.

b) Menyediakan soalan-soalan sendiri mengenal apa yang harus mereka baca. Selepas membaca mereka harus dapat menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.

c) Murid haruslah membaca berdasarkan haluan iaitu mengikut turutan soalan-soalan yang telah ditentukan.

Page 4: Unit 5 (Bacaan Ekstensif)

KRB 3013 : Prinsip Pengajar Bacaan

4

d) Selepas membaca murid-murid harus boleh membuat kesimpulan atau

rumusan yang menandakan mereka berupaya menyatukan semua maklumat daripada pembacaan mereka.

e) Murid-murid diminta mengkaji atau meneliti dan memastikan supaya isi-isi bacaan tidak ada yang tertinggal.

f) Murid-murid diminta membincangkan, menerangkan atau melaporkan isi bacaan yang telah diperoleh. Maklum balas daripada murid-murid adalah penting.

Pemilihan Buku-Buku Untuk Bacaan Am Murid-Murid Guru perlu memilih teks daripada pelbagai sumber untuk diberikan kepada pelajar sebagai mempelbagaikan bahan pengajaran. Teks yang pelbagai akan membolehkan pelajar membaca sendiri pada masa lapang, untuk belajar sendiri atau untuk penggunaan khusus di samping untuk keseronokan. Terdapat beberapa panduan memilih bahan atau teks pengajaran. Antaranya:

Menjawab soalan-soalan Penting

1. Adakah teks yang dipilih itu boleh mencernakan satu atau lebih teknik

pengajaran?

a) Memberi pengetahuan kepada pelajar tentang perkara-perkara yang mereka belum ketahui.

b) Memperkenalkan kepada pelajar cara untuk mengetahui idea-idea bersesuaian bagi membolehkan mereka berfikir tentang perkara-perkara yang, mereka tidak terfikir sebelumnya.

c) Membantu pelajar untuk memahami perasaan orang lain atau cara orang, lain berfikir (contoh: latar belakang seseorang, masalah atau sikap yang mereka tunjukkan).

d) Menggalakkan pelajar hendak membacanya dengan sendiri seperti untuk menyudahkan sebuah cerita, mencari isi-isi penting, dan sebagainya

2 Adakah bahan atau teks tersebut menguji kebijaksanaan seseorang pelajar

tanpa membuat penaakulan berdasarkan pengetahuan tentang kaitannya dengan bahasa asing atau bahasa kedua. Hal ini mungkin tidak penting untuk kemahiran berfikir tetapi berguna sebagai mengukuhkan pemahaman terhadap penggunaan bahasa yang mudah.

Page 5: Unit 5 (Bacaan Ekstensif)

KRB 3013 : Prinsip Pengajar Bacaan

5

3. Jika teks mempunyai item leksikal yang agak sukar, adakah pelajar digalakkan mempelajarinya secara berperingkat-peringkat. Jika mempelajarinya terlalu banyak pula adakah item tersebut dapat membantu mereka memahamkan makna yang terkandung dalamnya. 4. Adakah teks tersebut boleh menggalakkan pelajar belajar secara intensif. Adakah guru dapat menyoal beberapa soalan yang baik atau membolehkan pelajar menggunakannya dalam bentuk yang lain seperti:

a) membuat peta, gambar rajah, graf, jadual dan carta berdasarkan

maklumat daripada teks. b) memproses semula maklumat daripada teks. Contoh, membuat

ringkasan, rumusan , menulis urutan peristiwa atau mendramakan semula.

c) membuat perbincangan. perbahasan, main peranan,berlakon, bercerita dan sebagainya.

5. Berdasarkan saranan tersebut, adakah teks pengajaran yang digunakan

perlu memenuhi ciri-ciri kesesuaian kandungan dan kriteria-kriteria yang berikut:

a) perbendaharaan kata dan bahasa boleh difahami oleh pelajar. b) Konsep mata pelajaran boleh diikut oleh pelajar. c) Tajuk dan keterangan berkaitan dengan mata pelajaran d) Dialog, huraian dan kesan-kesan khas berkaitan dengan mata

pelajaran. e) Penggunaan untuk individu atau kumpulan pelajar adalah seperti

yang dikehendaki. f) Mempunyai hubungan dengan pengalaman pelajar. g) Keterangan isi kandungan tepat dan boleh dipercayai. h) Penyampaian isi tidak membosankan. i) Fakta-fakta tepat dan boleh dipercayai. j) Penyampaian isi menarik, berimaginasi, minat dan perasaan. k) Fakta-fakta yang dikemukakan tidak berat sebelah. l) Maklumat yang kemas kini. m) Perkembangan isi pembelajaran mengikut logik

6. Dalam memilih teks pengajaran, adakah ia mesti bergantung pada

aspek-aspek psikologi pelajar ? Ini kerana tahap kesukaan pelajar terhadap sesuatu teks pembelajaran adalah berbeza. Moody (1971) menyarankan supaya pencernaan isi dalam teks pembelajaran berdasarkan psikologi pelajar kerana tahap kesukaan dan minat pelajar berbeza mengikut umur. Contoh:

a) Pelajar berumur antara lapan hingga sembilan tahun (tahap khayal );

bahan bacaan yang. sesuai berbentuk imaginasi dan fantasi.

Page 6: Unit 5 (Bacaan Ekstensif)

KRB 3013 : Prinsip Pengajar Bacaan

6

b) Pelajar berumur antara 10 hingga 12 tahun (tahap romantis); bahan atau teks pembelajaran yang sesuai lebih berbentuk realiti, pengembaraan dan kegagahan.

c) Pelajar berumur antara 13 hingga 16 tahun (tahap realistik) lebih gemar pada teks berkaitan dengan perkara yang benar-benar berlaku dan mereka berpeluang menyoal kembali untuk mengembangkan idea atau isi pembelajaran.

d) Akhirnya, tahap kematangan, iaitu pelajar yang berumur 16 tahun ke atas; kandungan teks yang sesuai membolehkan mereka berfikir secara konkrit dan matang semasa membuat penilaian.

Kesimpulannya, pemilihan teks pengajaran perlu dilakukan dengan sebaik mungkin untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkesan dan boleh menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara total. Oleh itu, guru perlu membuat pilihan bahan atau teks tersebut berdasarkan aspek bahasa, psikologi dan latar belakang, pelajar. Aspek-aspek lain mestilah berdasarkan objektif, matlamat dan sukatan pelajaran agar ia bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Panduan Memilih Teks Guru mungkin ingin memilih petikan daripada beberapa sumber supaya pelajar mendapat lebih banyak pengalaman membaca. Memilih sesuatu petikan itu mungkin boleh menjadi permulaan pada usaha memilih buku yang berkaitan sebagai bahan untuk belajar atau sebagai bahan bacaan ringan. Oleh itu, panduan di bawah ini adalah berguna:

1. Adakah teks itu boleh menyebabkan satu atau lebih perkara yang berikut berlaku ? a) memberitahu pelajar apa yang mereka tidak tahu. b) memperkenalkan pelajar pada idea-idea baru dan sesuai untuk

menggerakkan mereka berfikir tentang sesuatu yang mereka tidak terfikir sebelumnya.

c) membantu pelajar untuk memahami apa yang orang lain rasa atau fikir (contoh: latar belakang, masalah atau pendirian yang berbeza).

d) menggalakkan pelajar ingin membaca sendiri. 2. Adakah teks tersebut menguji kebijaksanaan pelajar tanpa menggugat

kemampuan mereka tentang bahasa yang digunakan?

3. Jika terdapat banyak perbendaharaan kata yang baru, adakah ia wajar dipelajari pada tahap itu? Jika tidak wajar, cuba gantikan dengan perkataan yang lebih senang difahami oleh pelajar. Adakah antara perkataan itu boleh difahami berdasarkan petunjuk konteks? Jika tidak, bantu pelajar dengan memberikan lebih banyak petunjuk dan contoh.

Page 7: Unit 5 (Bacaan Ekstensif)

KRB 3013 : Prinsip Pengajar Bacaan

7

Buku Beraras (Graded Books) Memilih bahan-bahan bacaan secara beraras boleh dilakukan dengan mengambil kira tiga perkara yang berikut :

a) Kebolehbacaan (Readability) b) Kesesuaian kandungan (Suitability of Content) c) Kebolehgunaan (exploitability)

1. Kebolehbacaan Dalam membuat pemilihan teks untuk kegunaan di dalam bilik darjah, kebolehbacaan hendaklah dipertimbangkan. Ini adalah untuk memastikan yang ia benar-benar sesuai dengan tahap keupayaan pelajar dan seterusnya dapat memberikan input yang berguna serta efektif kepada pelajar.

Apabila membincangkan aspek yang melibatkan kebolehbacaan, perhatian hendaklah diberi pada kepayahan linguistik, tanpa menyentuh persoalan tentang, kepayahan konsep dan minat pelajar. Dalam hal ini, hanya kombinasi yang terdiri daripada struktur dan perbendaharaan kata sahaja boleh dikaji di bawah kategori kebolehbacaan.

a) Berasaskan tahap keupayaan pelajar

Membuat penilaian terhadap tahap keupayaan perbendaharaan kata pelajar bukanlah satu perkara yang sukar, terutamanya jika seseorang guru itu telah lama mengenal pelajar-pelajarnya. Apa yang perlu dilakukan dengan memberi satu senarai perkataan atau, frasa yang baru untuk dikenali dan dipelajari oleh pelajar. Pada masa yang sama berikan juga makna atau cara penggunaan yang baru untuk perkataan yang telah biasa pelajar gunakan. Simpulan-simpulan bahasa juga boleh diberi sebagai tambahan.

Bagi para. pelajar yang baru mengikuti sesuatu kelas, guru perlu mendapatkan lebih banyak maklumat tentang tahap kebolehan berbahasa mereka. Ujian-ujian seperti ujian diagnostik boleh digunakan untuk mengesan keupayaan ini. la dapat membantu. guru membuat pemilihan teks yang sesuai untuk pelajarnya.

Jika sebelum itu para pelajar telah pernah menggunakan sesebuah teks dalam pembelajarannya, bolehlah perkataan yang terdapat dalam teks digunakan untuk menggalakkan pembelajaran. Selain itu, ia juga boleh menguji tahap pemahaman dan perbendaharaan kata mereka. Walau bagaimanapun, kebolehan pelajar untuk mengenal sesuatu perkataan itu tidaklah bermaksud dia telah dapat memahami dan menguasainya dengan baik.

Page 8: Unit 5 (Bacaan Ekstensif)

KRB 3013 : Prinsip Pengajar Bacaan

8

Lazimnya, di dalam sesebuah kelas akan terdapat pelajar dari

berbagai-bagai latar belakang. Satu, tempoh percubaan boleh dijalankan dalam situasi sebegini. Guru boleh meramal kebolehan pelajar pada sepanjang tempoh ini untuk mengetahui setakat mana tahap kebolehan mereka. Ramalan juga boleh dilakukan dengan memberi ujian mengisi tempat kosong. Walau bagaimanapun, bagi sesebuah kelas yang tahap kebolehan pelajarnya tinggi, hasil yang didapati mungkin kurang menyeluruh kerana bilangan tempat kosong dalam latihan sebegini adalah terhad.

Sememangnya sukar untuk mendapatkan sebuah kelas yang kesemua pelajarnya mempunyai tahap kebolehan yang sama. Oleh itu, adalah lebih baik jika teks yang dipilih itu dapat menepati keperluan sebahagian besar pelajar di dalam kelas tersebut.

b) Terdapat Peruntukan tatabahasa baru

Kadar bilangan perbendaharaan kata baru yang dijangkakan untuk sesebuah kelas adalah tidak tetap. la berdasarkan pendapat seseorang guru itu tentang kebolehan pelajarnya atau bergantung pada objektif pembacaan itu. Contoh, jika seseorang itu membaca hanya untuk mendapatkan isi daripada bahan yang dibacanya, dia boleh meninggalkan perkataan-perkataan yang sukar tanpa mengganggu pemahamannya. Bagaimanapun, untuk pembacaan yang lebih intensif, lebih banyak perkataan baru perlu dipelajari dan dihadapinya.

Menurut Bright dan McGregor (1970), sesebuah teks yang ideal untuk pembacaan intensif tidak sepatutnya mengandungi perkataan-perkataan baru terutamanya apabila pelajar tidak dapat menunjukkan pemahaman terhadap perkataan-perkataan itu. Pilihan bahan bacaan yang betul perlulah dibuat untuk disesuaikan dengan pelajar. Guru boleh menggunakan beberapa teks yang mengandung perkataan yang biasa di gunakan. oleh para pelajar, sementara yang lainnya. mempamerkan perbendaharaan kata yang baru untuk melatih mereka menguasainya.

Untuk pembacaan ekstensif, hanya sedikit sahaja perbendaharaan kata baru diperlukan. Ini adalah kerana pendekatan ini digunakan untuk mengga-lakkan pelajar membaca. Jika terdapat terlampau banyak perkataan baru dalam sesebuah teks, konsentrasi dan minat pelajar mungkin akan terjejas atau terganggu. Selain itu, ia akan memperlahankan bacaan mereka.

Terdapat juga kebarangkalian sesebuah teks itu mengandungi perbendaharaan kata baru yang terlampau sedikit. Jika sesebuah teks yang, terlampau susah pula dipilih, ia mungkin akan mengganggu objektif pembacaan dan mengurangkan keberkesanan pengajaran. Oleh itu, bilangan perbendaharaan kata dalam sesebuah teks perlulah menepati keperluan bilik

Page 9: Unit 5 (Bacaan Ekstensif)

KRB 3013 : Prinsip Pengajar Bacaan

9

darjah. Hal ini penting untukmemastikan teks yang dipilih itu benar-benar berkesan.

c) Kepayahan struktur

Kebolehbacaan bukanlah tertumpu pada perbendaharaan kata sahaja. Kepayahan struktur juga adalah penting dan ia adalah lebih sukar untuk dinilai. Apa yang nyata adalah bentuk tatabahasa baru sering kali menimbulkan masalah, terutamanya dalam soal untuk memahamkannya. Kepayahan struktur pada peringkat awal mungkin juga disebabkan oleh kepayahan ayat dan panjang ayat yang akan menyebabkan hubung kait antara beberapa bahagian dalam teks terganggu. Ini menyebabkan pembaca menghadapi kesukaran. memahami teks tersebut. Kesesuaian struktur sesebuah teks boleh juga diukur dengan menggunakan indeks kebolehbacaan.

2. Kesesuaian kandungan

Satu kriteria untuk mengadakan. perpustakaan kelas ialah adanya buku-buka pelbagai jenis daripada subjek yang digemari oleh para pelajar. Ada banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengetahui apa yang digemari oleh pelajar-pelajar. Walau bagaimanapun, agak sukar membuat andaian secara menyeluruh tentang kesukaan pelajar dalam sesebuah kelas. Ini kerana para pelajar tergolong kepada pelbagai peringkat umur dan bangsa. Oleh itu, kajian perlu dilakukan untuk melihat apa yang diperlukan oleh pelajar, terutama yang menyangkut kesukaan dan kegemaran mereka sebelum guru membuat tempahan membeli buku atau memilih bahan bacaan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

a) Mencari Apa Yang Digemari Oleh Pelajar

Jika kita ingin membuat kajian tentang apa yang digemari oleh para pelajar, kita perlu. memberi perhatian pada tingkat pembentukan kajian yang berikut:

1. Di beberapa buah negara, bahan bacam klasik seperti Yang dihasilkan oleh Shakespeare, Dickens dan lain-lain masih kuat pengaruhnya. Pelajar mengenali penulis-penulis tersebut sebagai satu keperluan tetapi tidak menghasilkan apa yang sepatutnya dengan membaca teks penulis berkenaan yang telah dipermudahkan. Buku-buku penulisan klasik mempunyai tempatnya yang tersendiri, walaupun ia lambat diperkenalkan kepada pelajar.

2. Seboleh-bolehnya tanya apa yang pelajar telah baca dan akan baca. Satu

cara untuk mengetahui jenis buku yang digemari oleh pelajar adalah dengan melihat buku yang paling kerap dibaca oleh pelajar di perpustakaan sekolah atau perpustakaan kelas. Buku dalam bahasa ibunda yang kerap dibaca

Page 10: Unit 5 (Bacaan Ekstensif)

KRB 3013 : Prinsip Pengajar Bacaan

10

oleh pelajar dapat memberi petunjuk yang terbaik jika dibandingkan dengan buku jenis lain. Kajian cara begini adalah lebih tepat daripada pengunaan soal-selidik.

3. Lihat apakah jenis buku bacaan yang banyak dimiliki oleh pelajar.

Walaupun apa yang pelajar miliki, la mungkin memberi maklumat yang memeranjatkan guru. Ini mungkin disebabkan buku-buku bacaan yang mereka miliki kurang sesuai. Jika pelajar menunjukkan keinginan membaca, ini merupakan satu petanda yang baik. Oleh itu, minat tersebut janganlah dihalang. Namun demikian, guru harus menggalakkan mereka membaca bahan yang lebih sesuai dengan keupayaan mereka.

4. Guru mungkin tidak mahu membuang masa yang lama mencari bahan

bacaan yang digemari oleh pelajar semasa pembelajaran dijalankan. Walaupun ada guru yang telah berjaya menggunakan komik, cerita-cerita berbentuk percintaan atau seram dalam proses pengajaran mereka, tetapi ada pula guru yang lebih suka bahan bacaan seperti ini disimpan di perpustakaan sebaliknya memilih bahan yang kurang mengandungi kontroversi. Walau bagaimanapun, adalah sukar menghasilkan kerja atau aktiviti yang baik daripada teks yang lemah. Oleh itu, guru perlu mencari buku yang menarik perhatian kebanyakan pelajar dan yang tidak pula menjemukan pelajar yang lain.

5. Apa yang telah dibicarakan lebih tertumpu pada bahan bacaan tambahan.

Untuk bahan bacaan di dalam kelas, kita harus memikirkan bahan bacaan yang bukan sahaja menarik tetapi bermutu. Biasanya, bahan bacaan di dalam kelas adalah tidak terlalu panjang. Oleh itu, sebagai satu saranan guru sesekali boleh menggunakan petikan daripada. teks bacaan yang panjang tetapi tidak membosankan pelajar.

6. Adakah teks yang digunakan boleh membantu meningkatkan kesungguhan

dalam pembelajaran? Adakah la membolehkan guru membina. soalan-soalan yang baik atau menggunakannya dengan beberapa prosedur yang lain? Contoh:

- membuat peta, gambar rajah dan sebagainya berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks.

- memproses semula maklumat daripada teks. Contoh: membuat

rumusan, menulis semula peristiwa, untuk sebuah akhbar tempatan menulis drama dan sebagainya.

- perbahasan, perbincangan, main peranan.

Page 11: Unit 5 (Bacaan Ekstensif)

KRB 3013 : Prinsip Pengajar Bacaan

11

3. Kebolehgunaan

Kebolehgunaan atau eksploitabiliti adalah sama penting seperti minat. Teks yang tidak boleh dieksploit tidak bole digunakan untuk mengajar walaupun pelajar berminat untuk membacanya kerana guru akan menghadapi kesukaran untuk mengembangkan kemahiran yang ingin diajarkan. Apabila teks dieksploit ini bermakna. guru menggunakannya untuk memperbaiki percakapan pelajar sebagai pembaca.

Bacaan mempunyai pelbagai tujuan misalnya, untuk mempertingkatkan pengetahuan dalam bahasa. Dalam pelajaran membaca, guru sebenarnya tidak mengajar membaca semata-mata tetapi sebaliknya menggalakkan pelajar membaca mengik ut keupayaan mereka masing-masing.

Guru perlu membimbing pelajar supaya dapat memahamkan isi teks tersebut. Jika tidak ini bermakna guru hanya menyuruh pelajar membaca tanpa memahami apa, yang telah dibacanya. Jika guru menggunakan bacaan dalaman, ini bermakna guru mahukan pelajar memahami isi kandungan teks. Dengan ini proses membaca itu dianggap berjaya. Di dalam kelas, lazimnya pelajar diberi latihan dalam proses membaca di samping menekankan pengetahuan pelajar tentang isi kandungan bacaan.

Untuk menarik minat murid dalam pelajaran membaca tidak bermakna guru perlu memilih antara bahasa dengan isi kandungan, tetapi kedua-duanya sekali. Guru perlu menyedarkan pelajar bagaimana, bahasa digunakan untuk menyampaikan isi. Guru juga perlu menanamkan kemahiran seperti kemahiran tatabahasa. Perkembangan. kemahiran ini diperlukan oleh pelajar untuk menjadikan mereka berasa bebas membaca.

Pembaca yang ideal boleh mengembangkan isi daripada teks-teks lain yang pernah dibacanya. Pembaca. sebegini bukan sahaja mempunyai percakapan yang cemerlang dan bahasa yang baik, malah memiliki pengetahuan yang cukup untuk apa-apa bidang yang diceburi. Guru sepatutnya tidak hanya berharap untuk menghasilkan pembaca yang ideal atau pelajar yang hanya boleh membaca satu teks sahaja.

Guru perlu mengarahkan pelajar supaya mereka sendiri dapat menjadi pembaca yang ideal. Setiap teks yang dipelajari perlu dapat memotivasikan pelajar ke arah matlamat yang sebenar. Bukan teks itu yang menjadi matlamat tetapi proses yang menuju ke arah matlamat itu. Pembaca tidak mengeksploit teks kecuali apabila ia digunakan untuk ‘interpretive skills’ dan boleh pula digunakan untuk dikaitkan dengan teks yang lain.

Page 12: Unit 5 (Bacaan Ekstensif)

KRB 3013 : Prinsip Pengajar Bacaan

12

Untuk pemilihan teks, pelajar haruslah tahu apakah yang diperlukan dilakukan oleh mereka untuk menguasai kemahiran mentafsir dan apakah cara-cara yang akan digunakan untuk menolong mereka memahami teks. Justeru itu, perkara yang penting dalam pelajaran bacaan ialah teks yang menarik minat pelajar.

RUMUSAN Memperluaskan tahap pembacaan kanak-kanak adalah merupakan salah satu kemahiran yang perlu dan boleh dikembangkan. Melalui kemahiran ini, tahap kemahiran bacaan mereka bukan sahaja meningkat, malah ianya akan dapat membantu pembaca untuk memahami dengan lebih mendalam bahan yang dibaca. Oleh itu alam bab ini, telah dibincangkan cara untuk memperluaskan tahap bacaan kanak-kanak (extensive reading).

RUJUKAN Abd. Ghafar Md. Din (1993).Meningkatkan Keberkesanan Dalam Penulisan Pembacaan, dan Pemahaman. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Brown, A.L. (1980). Metacognitive Development and Reading dalam Theoritical Issues In Reading Comprehension Perspectives From Cognitive Psychology Linguistics, Artifical, Intelligence And Education. Spiro R.J (ed.) Hillsdale. Lawrence Erlbaum Associates. Dale D. Johnson dan P. David Pearson (1978). Teaching Reading and Reading Vocabulary. New York. Holt, Rinehart dan Winston. Dorothy Grant Henning (1993).Reading With Meaning. New Jersey. Prentice Hall. Dorothy Rubin (1993).A Practical Approach to Teaching Reading. Boston. Allyn and Bacon. Frank B. May (1990). Reading as Communication. Ohio. Merrill Publication Company. Frank Smith (1971). Understanding Reading. New York. Holt, Rinehart dan Winston. H. Alan Robinson (1978). Teaching Reading And Study Strategies. The Content Area. Boston. Allyn and Bacon. Irwin L. Joffe. (1980). Opportunity For Skinful Reading. Sixty Edition. California. Wadsworth Publishing Company.

Page 13: Unit 5 (Bacaan Ekstensif)

KRB 3013 : Prinsip Pengajar Bacaan

13

Kathleen T. McWhorter (1984). Academic Reading. Harper Collins College Publishers. New York. Marohaini Yusof (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur. Karya Bistari. McNeil, J.D. (1992). Reading Comprehension. New Directions For Classroom Practice. New York. Harper Collins Publishers. Safiah Osman (1990). Peningkatan Kemahiran Membaca dalam Safiah Karim (ed.) Membaca : Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd. Sharon J. Crawley & Lee H. Mountain (1988). Strategies For Guiding Content Reading. Boston. Allyn & Bacon, Inc.