unit 3 pendidikan

16
UNIT 3: PEMBINAAN DAN REKAAN UJIAN

Upload: nurul-ferlina

Post on 08-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT 3 pendidikan

UNIT 3: PEMBINAAN DAN REKAAN UJIAN

Page 2: UNIT 3 pendidikan

ASAS PEMBINAAN UJIAN… Menentukan tujuan Ujian Menyediakan Jadual Penentuan Ujian Penulisan Item Menilai semula soalan Analisis Item/Soalan Pemilihan Soalan Yang Bermutu Susunan Soalan Percetakan Soalan

Page 3: UNIT 3 pendidikan

…ASAS PEMBINAAN UJIAN Menentukan tujuan Ujian:

Adakah untuk tujuan formatif, sumatif atau diagnostik.

Menyediakan Jadual Penentuan Ujian:Menentukan bidang cakupan ujian - kandungan yang perlu diuji serta menentukan aras kemahiran atau jenis perlakuan yang diharapkan.

Penulisan Item:Tentukan perlakuan yang akan diukur dengan merujuk kepada objektif pengajaran.

Menilai semula soalan:Memperbaiki aspek-aspek seperti idea yang diuji, kemahiran yang diuji, format item, pokok soalan, penyusunan ayat, struktur pilihan jawapan dan kunci soalan.

Page 4: UNIT 3 pendidikan

…ASAS PEMBINAAN UJIAN Analisis Item/Soalan

Mengetahui peratus pelajar yang dapat menjawab sesuatu item dengan betul, keberkesanan pengganggu, kuasa diskriminasi soalan dan sejauh mana soalan menepati objektif pembelajaran.

Pemilihan Soalan Yang Bermutu Pemilihan soalan-soalan berdasarkan analisis item.

Susunan Soalan Disusun mengikut aras kesukaran dan jenis item untuk mengelakkan kekeliruan, memudahkan pelajar mengekalkan “mental set”, memudahkan guru memeriksa.

Percetakan Soalan Kualiti kertas, ruang antara soalan, penggunaan gambar rajah

Page 5: UNIT 3 pendidikan

LANGKAH UMUM PEMBINAAN JPU 1)Tentukan skop/topik/masa ujian.

2)Anggarkan masa mengajar/wajaran bagi setiap topik.

3)Tentukan hasil pembelajaran yang ingin ditaksir serta arasnya.

4)Tentukan jenis ujian yang sesuai (objektif / subjektif).

5)Tentukan bilangan soalan bagi setiap topik. (masa ÷ jumlah masa x jumlah markah).

Page 6: UNIT 3 pendidikan

CONTOH PEMBINAAN JPU… Subjek KPD 3016BIL TOPIK PERUNTUKAN

MASA (JAM)

1 Kurikulum 32 Teori Dan Pendekatan Pembelajaran 63 Amalan Pengajaran Berasaskan Pendekatan Masteri 34 Amalan Pengajaran Berasaskan Pendekatan

Konstruktivisme/Inkuiri3

5 Kemahiran Mengendalikan Pengajaran Berasaskan Masalah, Kajian Kes, Dan Projek

3

6 Penaksiran, Pengukuran, Pengujian, Penilaian 67 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 38 Pentafsiran, Penggunaan, Dan Pelaporan 3

JUMLAH MASA 30

Page 7: UNIT 3 pendidikan

…CONTOH PEMBINAAN JPU (OBJEKTIF)

Topik Aras Rendah Aras Sederhana

Aras Tinggi Bil Item

Wajaran

TopikPengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Kurikulum Q1 Q2 2 3 jam(10%)

Teori Dan Pendekatan Pembelajaran

Q3 Q4 Q5 Q6 4 6 jam (20%)

Amalan Pengajaran Berasaskan Pendekatan Masteri

Q7 Q8 2 3 jam (10%)

Amalan Pengajaran Berasaskan Pendekatan Konstruktivisme/Inkuiri

Q9 Q10 2 3 jam (10%)

Kemahiran Mengendalikan Pengajaran Berasaskan Masalah, Kajian Kes, Dan Projek

Q11 Q12 2 3 jam (10%)

Penaksiran, Pengukuran, Pengujian, Penilaian

Q13 Q14 Q15 Q16 4 6 jam (20%)

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Q17 Q18 2 3 jam (10%)

Pentafsiran, Penggunaan, Dan Pelaporan

Q19 Q20 2 3 jam (10%)

JUMLAH ITEM 5 5 5 1 2 2 20 30 jam/ 100%Wajaran (%) 25% 25% 25% 5% 10% 10%

Page 8: UNIT 3 pendidikan

…CONTOH PEMBINAAN JPU (SUBJEKTIF)Topik Subtopik Aras Rendah Aras Sederhana Aras Tinggi Kewaja

ran Topik

(1)

Bilangan

Item(3)

Jumlah Skor

(2)Pengetah

uanKefaha

manAplikasi Analisis Sintesis Penilaia

n

Penaksiran, pengukuran, pengujian, penilaian

Definisi penaksiran, pengujian, pengukuran, dan penilaian.

Q1a 6 jam 2 20

Tujuan dan teknik membina ujian dan penaksiran alternatif

Q1b

Mengaplikasikan pengetahuan di atas semasa membina unit pengajaran

Q2a Q2b

Kesahan dan kebolehpercayaan

Definisi kesahan dan kebolehpercayaan

Q3a 3 jam 1 10

Konsep kesahan dan kebolehpercayaan

Q3b

Pentafsiran, penggunaan, dan pelaporan

Analisis dan pentafsiran skor

Q4a3 jam 1 10

Menambah baik pengajaran

Q4b

Pelaporan Q4cJUMLAH 12 jam 5 40

Page 9: UNIT 3 pendidikan

KEPENTINGAN JPU Kertas ujian dapat digubal secara sistematik.

Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.

Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang.

Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran.

Aras kesukaran item dapat dikekalkan. (5:3:2)

Page 10: UNIT 3 pendidikan

TAKSONOMI BLOOM

Page 11: UNIT 3 pendidikan

PENGETAHUAN Menekankan proses mengingat.

Menghendaki pelajar mengingat kembali/ mengenal fakta, istilah, strategi menyelesaikan masalah/peraturan.

Kata kerja: definisikan, padankan, huraikan, kenal pasti, labelkan, tuliskan, namakan, pilih, nyatakan, gariskan.

Contoh: Namakan Perdana Menteri Amerika yang ke - 5.

Page 12: UNIT 3 pendidikan

KEFAHAMAN Memahami sesuatu perkara yang telah dipelajari dan

menterjemahkan ke dalam ayatnya sendiri.

Pelajar mungkin dikehendaki menukarkan/ meminda/ menyatakan semula/ menyambung/ perkaitan/ pertalian antara bahagian.

Kata kerja: tukarkan, pertahankan, asingkan, bezakan, anggarkan, terangkan, panjangkan, rumuskan, ramalkan.

Contoh: Terangkan kronologi bagaimana Malaysia boleh mencapai kemerdekaan.

Page 13: UNIT 3 pendidikan

APLIKASI Menggunakan pengetahuan dan kefahaman kepada

masalah/ situasi baru (berbeza dari apa yang dipelajari).

Menggunakan peraturan/prinsip/prosedur/formula untuk menyelesaikan masalah.

Kata kerja: Tukarkan, kirakan, tunjukkan, pindahkan, gunakan, modifikasikan, operasikan, demonstrasikan, kembangkan, hasilkan, hubungkan, selesaikan, organisasikan, sediakan

Contoh: Selesaikan 3x + y = 5 , di mana x = 4.

Page 14: UNIT 3 pendidikan

ANALISIS Mengenal pasti pertalian antara idea, mencari persamaan/

perbezaan antara fakta, pendapat, andaian/ rumusan.

Memecahkan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagiannya dan mengenal pasti hubung kait antara bahagian-bahagian berkenaan.

Kata kerja: Pecahkan, simpulkan, gambar rajah, bezakan, tunjukkan, bahagikan, asingkan, hubungkan.

Contoh 1: Berapa lama masa yang diambil untuk tiba di destinasi tersebut?

Page 15: UNIT 3 pendidikan

SINTESIS Mengumpulkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian tertentu

supaya ia dapat menunjukkan suatu pola/ struktur yang jelas.

Menyatukan maklumat, pengetahuan dan kebolehan daripada bahagian-bahagian yang telah dipelajari untuk membentuk suatu yang baru.

Kata kerja: kategorikan, susunkan, bentukkan, ciptakan, rumuskan

Contoh: Susun semula proses fotosintesis yang betul.

Page 16: UNIT 3 pendidikan

PENILAIAN Mempertimbangkan nilai/ makna terhadap suatu kaedah,

idea atau produk.

Pelajar perlu menyatakan asas kepada pertimbangannya sehingga membuat keputusan sedemikian.

Kata kerja: taksirkan, persamaan, bezakan, terjemahkan, kritik, pertahankan, rumuskan, sokong, sahkan.

Contoh: Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan “alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan?”