unit 1 pendidikan

24
Penaksiran, Pengujian, Pengukuran, dan Penilaian Hasil Pembelajaran

Upload: nurul-ferlina

Post on 08-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT 1 pendidikan

Penaksiran, Pengujian, Pengukuran, dan Penilaian Hasil Pembelajaran

Page 2: UNIT 1 pendidikan

Konsep Penaksiran

Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan dengan tujuan membuat sesuatu keputusan berdasarkan data tersebut.

Proses mengumpul data yang boleh menghasilkan maklumat bagi tujuan menilai prestasi pelajar mengenai pengetahuan dan kemahiran yang dihargai.

Cara bagaimana pelajar boleh menunjukkan apa yang mereka tahu dan boleh lakukan.

Page 3: UNIT 1 pendidikan

Jenis-jenis Penaksiran

Kriteria pengelasan jenis penaksiran:

1. Tujuan penaksiran2. Darjah keutamaan, ketulenan

atau realisme (autentik), dengan kebolehpercayaan

3. Cara bagaimana data yang dikumpul, ditafsir dan dinilai

Page 4: UNIT 1 pendidikan

Pengelasan berdasarkan tujuanTujuan Jenis

Mengenalpasti kelemahan dan kesediaan belajar

Penaksiran Diagnostik (diagnostic asssessment)

Mempelbagaikan penaksiran secara berkala bagi tujuan memberi gred

Penaksiran Formatif (formative assessment)

Membantu pelajar belajar secara berterusan

Penaksiran untuk Pembelajaran (assessment for learning dan assessment as learning)

Memberi gredMelapor kepada pihak luarMembuat keputusan tentang sesuatu tindakan

Penaksiran Sumatif (summative assessment) atau Penaksiran Hasil Pembelajaran (assessment of learning)

Page 5: UNIT 1 pendidikan

Penaksiran Formatif

Dijalankan secara berterusan dalam proses P&P

Memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai

Guru dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan serta potensi pelajar untuk diambil tindakan susulan (peneguhan/pengukuhan atau pemulihan)

Page 6: UNIT 1 pendidikan

Penaksiran Sumatif

Penilaian pada akhir semester atau tahun

Memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang pelajar dengan pelajar yang lain

Sering digunakan sebagai asas pemilihan

Page 7: UNIT 1 pendidikan

Assessment for Learning : Sejauh mana pembelajaran berlaku dibuat perbandingan dengan kriteria yang merujuk kepada hasil pembelajaran yang diharapkan

Assessment as Learning: Sejauh mana pembelajaran berlaku dibuat perbandingan dengan prestasi kendiri sebelumnya

Page 8: UNIT 1 pendidikan

Pengelasan mengikut darjah keutamaan

Faktor yang Diutamakan

Jenis

Ketulenan/realisme(authenticity)

Penaksiran Autentik

Ekonomi dan Kebolehpercayaan

Penaksiran Konvensional/tradisional atau pengujian

Page 9: UNIT 1 pendidikan

Apabila konteks penaksiran mempunyai darjah ketulenan yang sangat tinggi, biasanya ia tidak seragam atau tidak ekonomi untuk dijalankan

Memaksimumkan salah satu daripada 3 faktor ini (ketulenan, kebolehpercayaan atau ekonomi) akan menyebabkan 2 faktor lain terjejas dengan teruk

Page 10: UNIT 1 pendidikan

Ketiga-tiga faktor adalah penting, maka guru perlu mempertimbangkan dengan teliti semua faktor dan cuba menonjolkan salah satu HANYA APABILA faktor lain tidak begitu terjejas

Page 11: UNIT 1 pendidikan

Strategi terbaik: Mencari TITIK KESEIMBANGAN

di mana setiap tahap faktor itu cukup tinggi berbanding memaksimumkan hanya satu faktor. Namun pemilihan juga banyak bergantung kepada tujuan penaksiran itu dibuat.

Page 12: UNIT 1 pendidikan

Penaksiran Autentik vs Penaksiran Konvensional

Penaksiran Autentik

Penaksiran Konvensional/

tradisional/ pengujian

Biasanya pelajar perlu melakukan sesuatu tugasan

Biasanya pelajar memilih respon dan/atau menulis ayat pendek

Konteks kehidupan sebenar

Konteks terkawal

Membina/mengaplikasi

Mengingat kembali/mengenalpasti

Penstrukturan pelajar

Penstrukturan guru/pengajar

Bukti secara langsung

Bukti secara tidak langsung

Page 13: UNIT 1 pendidikan

Penaksiran Alternatif?Agak sinonim dengan Penaksiran Autentik

Penaksiran selain daripada penaksiran kertas-dan-pensel

Darjah ketulenannya mungkin tidak terlalu tinggi

Page 14: UNIT 1 pendidikan

Peperiksaan semester akhir : ?

Macroteaching : ?

Latihan mengajar : ?

Page 15: UNIT 1 pendidikan

Pengelasan mengikut cara pengumpulan data

Cara Tafsir dan Nilai Jenis

Mengikut kriteria tertentu yang telah ditentukan terlebih dahulu

Penaksiran Rujukan Kriteria (criterion-referenced assessment)

Membandingkan prestasi seorang pelajar dengan pelajar yang lain

Penaksiran Rujukan Norma (norm-referenced assessment)

Page 16: UNIT 1 pendidikan

Penaksiran Rujukan KriteriaSetiap pelajar yang mencapai

peratus markah tertentu akan dinilai sewajarnya mengikut penilaian yang telah ditetapkan tanpa mengira prestasi pelajar lain

Bertujuan membezakan antara pelajar berpencapaian tinggi dengan rendah dan menyusun mereka dari segi pencapaian tersebut

Page 17: UNIT 1 pendidikan

Contoh Kriteria UPSIPeratus Markah Penilaian

80 – 100 Cemerlang (A)

75 – 79 Cemerlang (A-)

70 – 74 Kepujian (B+)

65 – 69 Kepujian (B)

60 – 64 Kepujian (B-)

55 – 59 Lulus (C+)

50 – 54 Lulus (C)

45 – 49 Lulus (C-)

40 – 44 Lulus (D+)

35 – 39 Lulus (D)

< 35 Gagal

Page 18: UNIT 1 pendidikan

Penaksiran Rujukan NormaPencapaian/prestasi setiap

pelajar dibuat perbandingan dengan pelajar lain dalam satu kumpulan besar bagi menetapkan kedudukannya.

Meletakkan pelajar mengikut lengkung taburan normal

Pelajar saling bersaingContoh: UPSR, PMR, SPM

Page 19: UNIT 1 pendidikan

Seorang pelajar mendapat markah 75%

Penaksiran Rujukan Kriteria : pelajar ini adalah Cemerlang (A-)

Penaksiran Rujukan Norma : mungkin pelajar ini mendapat prestasi Cemerlang (A) jika markahnya (75%) merupakan markah tertinggi dalam kumpulan pelajar yang ditaksir.

Page 20: UNIT 1 pendidikan

PengujianProses mengumpul data secara

sistematik di bawah keadaan yang terkawal dan seragam

Contoh: memberi ujian kertas-dan-pensel dalam tempoh 2 jam

Page 21: UNIT 1 pendidikan

PengukuranSkala standard atau alat

pengukur diaplikasikan kepada objek, peristiwa, atau keadaan

Contoh: memberi skor 80 daripada 100 (80%)

Proses menyatakan kuantiti

Page 22: UNIT 1 pendidikan

PenilaianProses membandingkan data

kepada satu standard atau kriteria dengan tujuan menentukan kualiti atau nilai/harganya

Contoh : meletakkan skor dengan julat 80 – 100% sebagai prestasi “Cemerlang”

Proses menghakimi/mengadili

Page 23: UNIT 1 pendidikan

PenaksiranKeseluruhan proses mengumpul

data sehinggalah kepada membuat keputusan berdasarkan data tersebut (contohnya membuat keputusan sama ada seseorang pelajar layak bergraduat atau tidak)

Jika data dikumpul dalam keadaan terkawal, ia dipanggil pengujian.

Jika tidak, dipanggil penaksiran autentik atau alternatif

Page 24: UNIT 1 pendidikan

Pengukuran : Selepas data dikumpul, ia perlu dinyatakan dalam bentuk kuantiti, sebaiknya dalam bentuk yang membenarkan perbandingan antara individu dan kumpulan.

Penilaian : perbandingan dengan satu

set kriteria atau kumpulan dilakukan bagi menentukan nilai atau kualiti data tersebut (menetapkan pencapaian sebagai Cemerlang, Kepujian, Lulus, Gagal)