dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

23
SK DANAU KOTA, SETAPAK, KUALA LUMPUR. TARIKH : 2 HINGGA 4 OKTOBER 2015 HARI : JUMAAT HINGGA AHAD TEMPAT : KEM TEMASYA RIMBA TEMPLER

Upload: lidiarahaza-damha

Post on 11-Jul-2016

154 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform

TRANSCRIPT

Page 1: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

SK DANAU KOTA, SETAPAK, KUALA LUMPUR.

TARIKH : 2 HINGGA 4 OKTOBER 2015

HARI : JUMAAT HINGGA AHAD

TEMPAT : KEM TEMASYA RIMBA TEMPLER

Page 2: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

PENGHARGAAN

“Ada padi adalah beras,

Bertanak nasi periuk tembaga,

Ada budi adalah balas,

Orang berbudi kita berbahasa.”

Dengan mengambil kesempatan ini, saya mewakili Ahli-ahli Jawatankuasa Program

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Danau Kota 2015 di Kem Temasya Rimba

Templer, Rawang, Selangor Darul Ehsan ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli

yang telah banyak membantu dan menjayakan aktiviti-aktiviti perkhemahan. Bimbingan dan

dorongan yang diberikan oleh pihak pentadbir SKDK dan En.Aidil Azahar bin Ahmad selaku

Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKDK sepanjang tempoh perkhemahan ini juga akan

selalu diingati.

Setinggi jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada fasilitator pihak

kem atas semangat mereka dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid-

murid SKDK yang terlibat dalam perkhemahan sepanjang 3 hari 2 malam ini. Tidak

dilupakan ucapan terima kasih juga ke atas kerjasama murid-murid Sekolah Kebangsaan

Danau Kota yang sudi memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Page 3: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

Sebelum mengundur diri, saya ingin mendeklamasikan sebuah serangkap pantun

sebagai penghargaan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam membantu menjayakan majlis ini.

“Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di dalam peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.”

Page 4: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGHARGAAN

HALAMAN KANDUNGAN

1.0 TAJUK/NAMA PROGRAM

2.0 TARIKH/MASA/TEMPAT

2.1 Tarikh

2.2 Masa

2.3 Tempat

3.0 UNIT/AGENSI PENGANJURAN

4.0 KEHADIRAN

5.0 PERASMI

6.0 PERBELANJAAN

7.0 LAPORAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

7.1 Laporan Sebelum

7.2 Laporan Semasa

7.2.1 Laporan Hari Jumaat (2/10/2015)

7.2.2 Laporan Hari Sabtu (3/10/2015)

7.2.3 Laporan Hari Ahad (4/10/2015)

7.3 Laporan Selepas

8.0 IMPAK

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

10.0 PENUTUP

LAMPIRAN

Page 5: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN BERSEPADU

UNIT BERUNIFORM

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA

1.0 TAJUK/NAMA PROGRAM

Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sk Danau Kota 2015

2.0 TARIKH/MASA/TEMPAT

2. 1 Tarikh : 2-4 Oktober 2015

2.2 Masa : 3 Hari 2 Malam

2.3 Tempat : Kem Temasya Rimba Templer,

Rawang, Selangor Darul Ehsan

3.0 UNIT/AGENSI PENGANJURAN

Unit Kokurikulum SK Danau Kota

4.0 KEHADIRAN

49 ORANG MURID DAN AJK PROGRAM PERKHEMAHAN

5.0 PERASMI

Ketua Komandan - Encik Fairuz Bin Abu Bakar

6.0 PERBELANJAAN

Kos aktiviti, makan dan minuman, sewa tapak, T-shirt peserta, pengangkutan,

kecemasan,hadiah atau cenderahati dan pelbagai lagi.Harga kos boleh rujuk lampiran.

Page 6: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

7.0 LAPORAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

7.1 Laporan sebelum

Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Danau Kota telah

diadakan pada 2 hingga 4 Oktober 2015. Program perkhemahan ini melibatkan segelintir

murid-murid Tahap Dua yang menyertai unit beruniform Pengakap, Pandu Puteri Tunas,

Bulan Sabit Merah Malaysia dan Persatuan Puteri Islam Malaysia. Program ini telah

dijalankan di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, Selangor.

Sebelum bermulanya aktiviti di Kem Temasya Rimba Templer, Ahli Jawatankuasa

Induk Program ini telah mengadakan taklimat beberapa kali kerana akibat jerebu yang

berlaku. Program ini penting kerana segala aktiviti yang telah dirancang bertujuan untuk

mengenalkan murid-murid dengan alam sekitar dan kehidupan di dalam hutan, menanam

sikap sayang pada alam sekitar, dan memberi pengalaman tinggal di dalam hutan. Selain itu,

murid-murid juga akan dapat bekerjasama di dalam kumpulan semasa menjalani semua

aktiviti yang telah dirancang di samping dapat menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai

suatu aktiviti yang berfaedah dan membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan

situasi mencabar.

Walaupun program ini telah ditunda banyak kali disebabkan oleh bencana jerebu yang

berlaku, sebaik sahaja berakhirnya bencana jerebu, ahli jawatankuasa bertungkus-lumus

merancang dan menjayakan semua aktiviti yang dirancang sebelum ini dengan sebaik

mungkin. Program ini masih dapat sokongan daripada ramai pihak, murid-murid, ibu bapa

dan juga guru-guru SK Danau Kota selepas ditunda beberapa kali akibat jerebu.

Page 7: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

7.2 Laporan semasa

7.2.1 Laporan Hari Jumaat (2/10/2015)

Pada hari pertama Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform, 2 Oktober 2015, para

guru dan peserta berkumpul di dewan SK Danau Kota pada Jam 2.30 petang. AJK

Pendaftaran dibantu oleh Ahli-Ahli Fasilitator memainkan peranan mereka dengan

mengambil kehadiran peserta. Selain itu, sedikit taklimat mengenai keselamatan murid-

murid telah ditaklimatkan oleh Encik Zahran b Yaacob sebelum murid-murid menaiki bas.

Bas tiba di SK Danau Kota pada Jam 2.55 petang dan mula bertolak ke tempat

bercamping. Peserta dan para guru kelihatan ceria dan bersemangat untuk bercamping di

KemTemasya Rimba Templer , Rawang, Selangor.

Sebaik sahaja tiba di tempat bercamping, peserta bersama fasilitator menyiapkan diri

dengan bersolat Asar serta menguruskan diri masing-masing. Peserta dan juga fasilitator juga

menjamu minuman petang yang telah disediakan oleh pihak kantin SK Danau Kota.

Taklimat Pengenalan Asas Perkhemahan diberikan oleh Encik Muhd Afiq

Zainuddin,Encik Shahrulnizan Mohamad, Encik Masnawi Abd Rahman dan Encik Fauzi

Jamaluddin. Mereka menerangkan kepada peserta cara-cara mendirikan dan membubarkan

khemah. Mereka dan fasilitator membantu murid-murid mendirikan khemah di tapak

Perkhemahan Kem Temasya Rimba Templer.

Selepas khemah siap didirikan, peserta makan malam dan bersolat Maghrib/Solat

Isyak. Ahli Jawatankuasa Fasilitator iaitu Cik Nurfarahin Ahmad Sabri, Cik Nursyazmimi

Salleh, Encik Mohd Hafizie Husairi, Pn Nor Ashida Mohd Subri, Encik Daniel Arif Ismail,

Page 8: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

Encik Mohd Noor Idham Musa dan Cik Suzana Kamaruddin membantu Ahli Jawatankuasa

Makanan iaitu En Zuhaimy Zahari dan Puan Norina Binti Din menyediakan makanan makan

malam.

Selepas makan malam, peserta-peserta memperkenalkan diri mereka kepada

fasilitator-fasilitator Kem Temasya Rimba Templer dalam aktiviti Ice Breaking. Aktiviti Ice

Breaking ini dapat menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal

pada para peserta.

Kemudian, peserta-peserta dan para fasilitator bersedia untuk aktiviti “Night Walk”.

Selepas aktiviti “Night Walk”, ketua pihak Kem memberikan motivasi kepada peserta dengan

menerangkan kepentingan bekerjasama di dalam kumpulan semasa menjalani apa-apa sahaja

aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dengan berdasarkan situasi yang berlaku semasa “Night

Walk” iaitu salah seorang peserta telah tersesat jalan semasa menjalankan aktiviti tersebut.

7.2.2 Laporan Hari Sabtu (3/10/2015)

Pada awal hari Sabtu, peserta memulakan aktiviti dengan aktiviti riadah yang dipimpin oleh

Encik Hafifi bin Taslin dan Encik Sabri Wagiman. Aktiviti riadah iaitu aktiviti senamrobik

ini dijalankan selama 30 minit selepas peserta bersolat asar. Selepas aktiviti riadah, peserta

menjamu sarapan pagi yang disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Makanan.

Pada jam 8.00pagi, peserta berkumpul untuk menjalankan aktiviti Rentas Hutan.

Aktiviti ini membolehkan peserta mengetahui dan mengalami pengalaman tinggal di dalam

Page 9: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

hutan seperti bermandi air terjun dan bergerak di dalam hutan. Selain itu, ia dapat

mempraktikkan ilmu kemahiran hidup di dalam hutan iaitu pembinaan gajet.

Selepas aktiviti Rentas Hutan, peserta kembali ke kem dan tiba pada pukul 12.30.

Walaupun peserta kelihatan letih tetapi mereka berseronok menjalankan aktiviti Rentas

Hutan. Peserta berehat sebentar dengan makan tengahari dan bersolat zohor berserta

fasilitator.

Pada jam pukul 2.30 petang, peserta bersama fasilitator menjalankan aktiviti basic

survival dan juga flying fox. Sebelum menjalankan aktiviti tersebut, seorang fasilitator

membimbing peserta menjalankan aktiviti senaman memanaskan badan. Aktiviti ini

membantu menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah dan

membina keyakinan diri peserta apabila berhadapan dengan situasi mencabar.

Semasa peserta dan fasilitator menjalankan aktiviti-aktiviti, Guru Besar bersama-sama

guru-guru penolong kanan membantu memasak untuk makanan minuman petang dan malam.

Pada waktu malam, Guru Besar, guru-guru penolong kanan, AJK Jawatankuasa Perkhemahan

Bersepadu Unit Beruniform, fasilitator dan peserta menjamu makanan BBQ dengan riangnya.

Pada jam 9.00 malam, fasilitator bersama peserta menjalankan aktiviti malam

kebudayaan. Dalam aktiviti kebudayaan ini, peserta dikehendaki membina sesuatu alat atau

bangunan menggunakan straw. Dengan kekukuhan binaan bangunan straw tersebut

melambangkan semangat ahli-ahli pasukan dan kerjasama ahli-ahli kumpulan.

Page 10: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

7.2.3 Laporan Hari Ahad (4/10/2015)

Para peserta mengemas-gemas barang-barang dan memakai pakaian baju merah. Para peserta

berkumpul di dewan untuk aktiviti refleksi dan Majlis Penutup/ Penyampaian Hadiah. Antara

hadiahnya ialah Penyampaian Hadiah Paling Berdisiplin dimenangi oleh kumpulan peserta 1,

Penyampaian Hadiah Paling Ceria dimenangi oleh kumpulan peserta 2, Penyampaian Hadiah

Paling Bekerjasama dimenangi oleh kumpulan Peserta 3, Penyampaian Hadiah Paling

Cemerlang dimenangi oleh kumpulan Peserta 4, Penyampaian Hadiah Paling Kreatif

dimenangi oleh kumpulan Peserta 5 dan penyampaian hadiah cenderahati kepada para

fasilitator. Para AJK Jawatankuasa Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform, fasilitator dan

peserta bertolak balik ke sekolah pada jam 12.30 tengahari dengan perasaan gembira.

7.3 Laporan Selepas

AJK Jawatankuasa Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform mengadakan mesyuarat bagi

membincangkan kekuatan dan kelemahan yang berlaku sepanjang aktiviti perkhemahan. Di

samping itu, AJK Dokumentasi menyediakan laporan yang berlaku sepanjang 3 hari 2malam

perkhemahan ini.

8.0 IMPAK

Berdasarkan aktiviti perkhemahan sepanjang 3 hari 2 malam ini, matlamat dan objektif

perkhemahan dapat tercapai kerana segala aktiviti berjalan mengikut perancangan yang telah

ditetapkan.

9.0 CADANGAN PENAMBAIKAN

Program ini diadakan agak terlewat dari tarikh yang telah ditetapkan disebabkan oleh hal-hal

yang tidak dapat dielakkan iaitu bencana jerebu. Diharapkan perancangan program bagi

perkhemahan yang akan datang dapat dilaksanakan pada tarikh yang dirancang.

Page 11: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

10.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini berjalan

dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan program.

Disediakan oleh :

……………..……… ……………………………

(CIK OOI SIEN NEE & LIM JU VEEN)

AJK DOKUMENTASI

Disemak oleh :

…………………………………………

(ENCIK AIDIL AZAHAR BIN AHMAD)

GPK TADBIR & KOKURIKULUM

Page 12: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

LAMPIRAN

Lampiran Muka Surat

A Kertas Kerja Program Perkhemahan

B Senarai Murid Yang Menyertai Perkhemahan

C Gambar Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

D Lain-lain (bil perbelanjaan)

Page 13: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

LAMPIRAN A

Page 14: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

LAMPIRAN B

Page 15: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

LAMPIRAN C

Page 16: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

GAMBAR PROGRAM PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT

BERUNIFORM 2015

JUMAAT (2/10/2015)

AKTIVITI MEMASANG KHEMAH

ENCIK MUHD AFIQ ZAINUDDIN MEMBANTU

MURID MENDIRIKAN KHEMAH

ENCIK DANIEL ARIF ISMAIL MEMBANTU

MURID MENDIRIKAN KHEMAH

.

AKTIVITI ICEBREAKING

FASILITATOR-FASILITATOR KEM TEMASYA

RIMBA TEMPLER

SESI MEMPERKENALKAN DIRI

AKTIVITI MAKAN MALAM

AHLI JAWATANKUASA FASILITATOR

MEMBANTU MEMASAK

AHLI JAWATANKUASA MAKANAN

-EN.ZUHAIMY DAN PN.NORINA

Page 17: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

AKTIVITI NIGHTWALK DAN TAKLIMAT KESELAMATAN

BERKUMPUL DI PINTU KEM

AKTIVITI NIGHTWALK

SABTU (3/10/2015)

AKTIVITI RIADAH / ISTIADAT PAGI

PIMPINAN RIADAH - EN.SABRI WAGIMAN

AKTIVITI RIADAH

AKTIVITI RENTAS HUTAN

-FASILITATOR / GURU SKDK

-BERKUMPUL DI PINTU KEM

Page 18: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

-BERGERAK KE HUTAN

-TAKLIMAT FASILITATOR DALAM HUTAN

-BERGERAK DALAM HUTAN

-BERMANDI-MANDA DI AIR TERJUN

-BEREHAT DAN BERKUMPUL DI PONDOK

-TAKLIMAT PEMBINAAN ALAT-ALAT GAJET

-BERGERAK KEMBALI KE KEM

-BERGERAK KEMBALI KE KEM

Page 19: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

AKTIVITI MAKAN TENGAHARI

-AJK MAKANAN DAN GPK PETANG

MENYEDIAKAN MAKANAN TENGAHARI

PESERTA DAN FASILITATOR MENJAMU

MAKANAN TENGAHARI

AKTIVITI STESEN/ BASIC SURVIVAL/ FLYING FOX

-TAKLIMAT OLEH FASILITATOR SEBELUM

MENJALANKAN AKTIVITI BASIC SURVIVAL

-SENAMAN SEBELUM MENJALANKAN

AKTIVITI BASIC SURVIVAL

-PESERTA BERKUMPUL DALAM KUMPULAN

SEBELUM MENJALANKAN AKTIVITI BASIC

SURVIVAL

-PESERTA BERSAMA FASILITATOR

MENJALANKAN AKTIVITI BASIC

SURVIVAL

Page 20: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

-PERMULAAN FLYING FOX

-AKTIVITI FLYING FOX

AKTIVITI MAKAN PETANG DAN MAKAN MALAM

GURU BESAR MEMBANTU MENYEDIAKAN

MAKANAN KEPADA PARA PESERTA

GPK HEM DAN GPK TADBIR &

KURIKULUM MENJAMU MINUMAN

PETANG DI KEM

-AJK MAKANAN MENYEDIAKAN MAKANAN

MINUM PETANG

-AJK MAKANAN MENYEDIAKAN

MAKANAN BBQ PADA MALAM

Page 21: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

-AJK MAKANAN MENYEDIAKAN MAKANAN

BBQ PADA MALAM

-GPK KOKURIKULUM MENYEDIAKAN

MAKANAN BBQ PADA MALAM

AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN

-TAKLIMAT OLEH FASILITATOR

-PESERTA DAN FASILITATOR MEMBINA

ALATAN MENGGUNAKAN STRAW

-PESERTA DAN FASILITATOR MEMBINA

ALATAN MENGGUNAKAN STRAW

HASIL BINAAN STRAW

Page 22: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

SABTU (3/10/2015)

AKTIVITI RIADAH / ISTIADAT PAGI

PESERTA MENGEMAS DAN MELIPAT

KHEMAH

PESERTA MENGEMAS DAN MELIPAT

KHEMAH

REFLEKSI SEPANJANG AKTIVITI OLEH

FASILITATOR - EN.DANIAL

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA

PESERTA DAN FASILITATOR

Page 23: dokumentasi perkhemahan bersepadu unit beruniform 2015 (2).pdf

LAMPIRAN D