unit 2 sukan di malaysia

9
UNIT 2 SUKAN DI MALAYSIA

Upload: armanahmad

Post on 20-Jul-2015

137 views

Category:

Sports


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 2 sukan di malaysia

UNIT 2

SUKAN DI MALAYSIA

Page 2: Unit 2 sukan di malaysia

Dasar Sukan Negara Implementasi

1) Organisasi 2) Perancangan 3) Personal

4) Kewangan 5) Insentif 6) Kemudahan

Page 3: Unit 2 sukan di malaysia

kepegawaian

1. 1.ORGANISASI - ada peranan utama masing- bekerjasama untuk mencapai - matlamat Dasar Sukan Negara- perhubungan yang rapat dan ko- dasar ditentukan diperingkat atas

2. PERANCANGAN

- Program jangka masa panjang untuk pembangunan sukan

3. PERSONAL - Pengambilan pegawai bertauliah di semua peringkat untuk membangunkan mutu sukan, merancang, melaksana, memantau, dan menilai program sukan.

4. KEWANGAN (sumber)

KERAJAAN NEGERI

• bajet tahunan

• penajaan

KERAJAAN PUSAT

• bajet tahunan kumpulan

• sumbangan Sports Toto

INDIVIDU

• derma

• penajaan

PERANCANGAN

pentadbiran

pengurusan

kejurulatihankepimpinan

kepegawaian

utama masing-masing. bekerjasama untuk mencapai matlamat Dasar Sukan Negara perhubungan yang rapat dan koordinasi yang licin dasar ditentukan diperingkat atas

Program jangka masa panjang untuk pembangunan sukan

Pengambilan pegawai bertauliah di semua peringkat untuk membangunkan mutu sukan, merancang, melaksana, memantau, dan menilai program sukan.

TABUNG KEWANGAN (sumber)

PERSATUAN SUKAN

bajet tahunan kumpulan wang sukan negara

sumbangan Sports Toto

membangunkan mutu sukan, merancang, melaksana, memantau, dan

PERSATUAN SUKAN

Page 4: Unit 2 sukan di malaysia

SEKTOR SWASTA

• penajaan

• derma

• geran tahunan

INSENTIF

i. Tujuan

� Penghargaan, Pengiktirafan, � Penggalakan atas � Pergorbanan,� Kejayaan & Pencapaian atlet,jurulatih, & pegawai sukan

MOTIVASI- Peningkatan prestasi

ii. Bentuk

Skim Hadiah Kemenanganelaun latihan, insurans, yuran pengajian, biasiswa, kebendaan rumah, kereta, melancong,

KEMUDAHAN

� Sukan massa � Sukan prestasi tinggi� Kompleks pentadbiran

- PEJ. SUKAN MSN, ISN, MSNEG� Infrastruktur sukan

- LATIHAN / PENYELIDIKAN / PENDIDIKAN- STADIUM, DEWAN RAKAN SUKAN, PUSAT - SUKAN KOMUNITI , GIMRAKYAT,

� Pihak yang terlibat- KEM BELIA & SUKAN, MSN,ISN, - KEM PELAJARAN, - KEM KERAJAAN TEMPATAN & PERUMAH

Penghargaan, Pengiktirafan, Penggalakan atas Pergorbanan, Kejayaan & Pencapaian atlet,jurulatih, & pegawai sukan

MOTIVASI Peningkatan prestasi

Skim Hadiah Kemenangan SHAKAM, SHAKAR, SGAR, SIKAP Skim Kebajikan Atletelaun latihan, insurans, yuran pengajian, biasiswa, Pencen, Pekerjaan,

rumah, kereta, melancong, anugerah / pingat.

Sukan prestasi tinggi Kompleks pentadbiran

PEJ. SUKAN MSN, ISN, MSNEG Infrastruktur sukan

PENYELIDIKAN / PENDIDIKAN STADIUM, DEWAN RAKAN SUKAN, PUSAT SUKAN KOMUNITI , GIMRAKYAT,

Pihak yang terlibat KEM BELIA & SUKAN, MSN,ISN, KEM PELAJARAN, KEM KERAJAAN TEMPATAN & PERUMAH

Skim Kebajikan Atlet Pekerjaan, Hadiah

Page 5: Unit 2 sukan di malaysia

Dasar Sukan Negara menggariskan tiga konsep, iaitu :

a) Sukan untuk semua b) Sukan Massa c) Sukan untuk kecemerlangan

Sukan untuk semua

- Menggalakkan penyertaan secara menyeluruh dalam aktiviti sukan. - Sukan ini diperkenalkan dengan hasrat untuk menjana semangat perpaduan di kalangan

masyarakat Malaysia. Sukan Massa

- Sukan yang melibatkan penyertaan beramai-ramai dalam satu acara sukan seperti jogathon dan senamrobik

- Peserta dapat menunjukkan semangat kesukanan dan membawa imej perpaduan dalam suasana yang meriah.

Sukan untuk kecemerlangan

- Memberi tumpuan kepada pembangunan sukan dari pringkat akar umbi hinggalah ke tahap kecemerlangan.

- Majlis Sukan Negara (MSN) diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program-program pembangunan sukan ke arah mencapai kecemerlangan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

- Selain mempertingkatkan prestasi atlet Negara, kualiti pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir sukan juga dititikberatkan.

- Dengan wujudnya Dasar Sukan Negara, prestasi sukan di Malaysia telah dapat dipertingkatkan tahun demi tahun. Malaysia telah berjaya melahirkan jaguh-jaguh sukan yang bertaraf dunia dalam beberapa sukan berprestij.

Rasional Dasar Sukan Negara

- Rasional dasar ini boleh dikaji dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan Negara.

a) Peringkat individu

• Pembentukan sahsiah, kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan.

• Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal

• Memanfaatkan masa senggang

• Mengurangkan tekanan hidup

• Interaksi sosial yang bermakna

• Perkembangan kemahiran-kemahiran asas

b) Peringkat masyarakat

• Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat sesuai dengan aspirasi nasional.

Page 6: Unit 2 sukan di malaysia

• Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara.

• Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti.

• Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masa lapang.

c) Peringkat antarabangsa

• Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi

• Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa

• Memupuk persahabatan. Objektif Dasar Sukan Negara

• Membentk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.

• Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.

• Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.

• Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan.

Sejarah Perkembangan Sains Sukan

� Sejarah perkembangan sains sukan di negara kita secara khususnya adalah tidak nyata dan tersurat. Namun demikian dengan pengenalan mata pelajaran pendidikan jasmani yang menitik beratkan pembentukan insan secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual dapat diterapkan unsur - unsur sains dalam mata pelajaran tersebut secara tidak langsung. Tujuan kecemerlangan sukan telah memusatkan sains sukan sebagai satu disiplin ilmu.

� Perkembangan sejarah sukan dan sains sukan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.

i. Peringkat awalan Sejak zaman tamadun Yunani, Rom,China dan Islam, aktiviti sukan telah berkesan. Pada kurun ke-18, semua lapisan masyarakat secara menyeluruh telah melibatkan diri dalam sukan. Ini adalah berpunca dari tiga peristiwa penting yang telah berlaku antara tahun 1762 hingga 1789.

a. 1762 Jean Jcques Rousseau telah menerbitkan buku Emile di mana beliau menggalakkan setiap individu melibatkan diri dalam sukan kerana aksi dan pergerakan sukan adalah satu bentuk aktiviti yang ideal dan memanfaatkan kepada manusia.

b. 1777 Era perindustrian bermula dengan penciptaan enjin stim oleh James Watt. Masa pekerjaan bertambah dan ini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk rekreasi.

Page 7: Unit 2 sukan di malaysia

c. 1789

Rusuhan dan penaklukan penjara Bastile, Perancis telah memulakan Revolusi Perancis di mana pembahagian masyarakat mengikut kelas (golongan bangsawan dan petani) telah dihapuskan.

Pada kurun ke-18, banyak aktiviti sukan seperti tenis, lumba kuda dan lawan pedang adalah terhad kepada golongan atasan sahaja. ii. Peringkat pertengahan

Unsur-unsur sains sukan tela mula diperkenalkan secara tidak langsung pada akhir kurun ke -19 dan awal kurun ke-20 di mana pergerakan manusia dan aktiviti sukan dianalisiskan. Pada tahun 1878, Edward Muybridge telah mencipta kaedah penggambaran aksi berjalan dan larian manusia dan kuda. H. Piper (1907) seorang bangsa German telah menggunakan elektromiogram (EMG) untuk mengukur impuls elektrik yang dihasilkan oleh otot manusia semasa pergerakan. Pada pertengahan abad ke-20, kajian-kajian sains berkaitan dengan sukan seperti antropometri, biologi, biomekanik, fisiologi dan sosiologi mula berkembang dengan pesat.

iii. Peringkat terkini Pada masa kini terdapat ramai saintis sukan yang terlibat dalam penyelidikan sukan. Mereka menggunakan kaedah-kaedah dan alatan yang canggih dan berteknologi tinggi. Ini terbukti dengan kehadiran lebih 2000 saintis sukan semasa Kongres Sains Sukan Dunia anjuran Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) kali ketiga di Atlanta, Amerika Syarikat pada tahun 1995. Penyelidikan sains sukan pada mulanya berlandaskan kepada pendidikan jasmani (1950 an) dan kemudian berkembang menjadi satu disiplin tersendiri pada akhir 1960 an dan awal 1970 an. Pakar-pakar disiplin sains yang lain menyumbang dalam kajian dan penyelidikan dalam sukan. Kajian - kajian saintifik dalam sukan telah menghasilkan atlit bertaraf dunia di negara Asia. Penemuan serbis sepak kuda dalam sepak takraw telah dikaji oleh saintis sukan negara Thailand. Hasil kajian ini didapati berkesan dan menjadi popular di kalangan atlit negara lain.

Page 8: Unit 2 sukan di malaysia

Perkembangan Sains Sukan di Malaysia Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah - Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan pendidikan jasmani dalam kursus diploma pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia, Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk program Ijazah Sarjana Muda pendidikan jasmani. Universiti Malaya telah memulakan Ijazah Sains Sukan pada tahun 1995 dan diikuti Institut Teknologi MARA yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA yang menawarkan diploma sains sukan. Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda, Kampong Baru di kenali sebagai Klinik Sukan Negara sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks Sukan Negara. Penyelidikan - penyelidikan dalam bidang sains sukan dikendalikan bagi tujuan persediaan atlet negara. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah badan sukarela yang mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru, pensyarah - pensyarah atau tenaga pengajar mata pelajaran pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah menganjurkan seminar - seminar sains sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanya ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan (PPJSKM) untuk mencerminkan satu badan yang lebih luas bidangnya. Selain badan ini, terdapat bahagian - bahagian bukan kerajaan yang aktif mempromosikan pelbagai aspek sains sukan. Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan mata pelajaran sains sukan sebagai satu mata pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini akan dijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada tahun 2001. Skim Persijilan Kejurulatihan Sukan Kebangsaan Pada 14 Januari 1985, Majlis Sukan Negara (MSN) telah menganjurkan Simposium Kejurulatihan Kebangsaan dan hasil daripada simposium itu, para peserta telah mengesyorkan agar sistem kejurulatihan diperkembangkan. Sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah ditubuhkan untuk bekerjasama dengan Badan-Badan Sukan Kebangsaan. Ekoran daripada simposium itu, sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah diwujudkan oleh MSN. Bidang tugas lembaga ini ialah :

a) Mewujudkan skim persijilan kejurulatihan kebangsaan b) Menyusun dan menggubal kurikulum kejurulatihan c) Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan kejurulatihan di antara Persatuan

Sukan Kebangsaan yang mengawal sukan.

Page 9: Unit 2 sukan di malaysia

d) Melaksanakan apa-apa tugas dari masa ke semasa berhubung dengan kejurulatihan yang diarah oleh Menteri Belia dan Sukan.

Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum telah diwujudkan bagi menggubal kurikulum sains sukan dan bidang pengkhususan sukan serta praktikal di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan. Skim Persijilan Kejurulatihan adalah satu program pembangunan dan pendidikan jurulatih yang seragam dan berterusan terbahagi kepada tiga komponen iaitu :

1) Sains sukan - prinsip - prinsip am kejurulatihan dan sumber manusia 2) Pengkhususan sukan - kemahiran, teknik dan strategi khusus kepada sukan -

sukan tertentu 3) Praktikal - amalan kejurulatihan

Objektif skim adalah untuk :

a) Melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang sains sukan, pengkhususan sukan dan praktikal dengan tujuan dapat memajukan lagi prestasi serta pencapaian atlet kebangsaan.

b) Mewujudkan satu program yang sistematik untuk menambah bilangan jurulatih dan menyediakan peluang kepada jurulatih meningkatkan pengetahuan dalam bidang kejurulatihan.

c) Mewujudkan satu sistem dan pendekatan yang professional serta saintifik dalam bidang kejurulatihan ke arah memajukan sukan Negara.

d) Menyelaras dan melaksanakan semua program dan aktiviti persijilan kejurulatihan di semua peringkat.

Pihak yang menyediakan kandungan komponen berikut ialah :

a) Sains Sukan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan. b) Pengkhususan sukan dan praktikal oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang berkenaan

mengikut garis panduan yang diberikan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan. Pengajian Sains Sukan di Institut Pengajian tinggi Malaysia Institut pengajian tinggi di Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, dan Universiti Teknologi MARA menawarkan program sains sukan di peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran. Para graduan dari program ini boleh berkhidmat di agensi - agensi kerajaan atau swasta sebagai jurulatih, fisioterapis, pendidik, pengurus kedai sukan, pentadbir kelab sukan dan kecergasan, pengulas sukan, sainstis sukan dan sebagainya. Genius is the ability to reduce the complicated to the simple- Dennis Conner