metodologi dakwah dalam sukan di malaysia

27
AMSU5303 SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2015 AMSU5303 METODOLOGI DAKWAH DI MALAYSIA NO. MATRIKULASI : CGS01043125 NO. KAD PENGNEALAN : 860606295203 NO. TELEFON : 0129007547 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : KUALA LUMPUR 1

Upload: ihsanfadhlial-maliki

Post on 01-Feb-2016

183 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Membincangkan secara ringkas berkaitan dengan sukan dan dakwah di Malaysia. Analisa ringkas ini mensasarkan beberapa golongan yang boleh di dakwah beserta metode dan cabarannya.

TRANSCRIPT

Page 1: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303

SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2015

AMSU5303

METODOLOGI DAKWAH DI MALAYSIA

NO. MATRIKULASI : CGS01043125

NO. KAD PENGNEALAN : 860606295203

NO. TELEFON : 0129007547

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : KUALA LUMPUR

1

Page 2: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

Isi Kandungan _____________________________________ 2

Pendahuluan _____________________________________ 3

Sukan Dalam Islam ______________________________ 4

Ayat Al-Quran Tentang Sukan _______________________ 4

Hadis dan Atsar Tentang Sukan ______________________ 5

Panduan Islam Dalam Sukan ________________________ 6

Matamat Islam Dalam Sukan ________________________ 6

Piawaian Islam Dalam Sukan ________________________ 6

Kaedah Dakwah Dalam Sukan _______________________ 9

Penganjuran ______________________________________ 9

Penyertaan _______________________________________ 9

Memperkenalkan etika Islami _______________________ 10

Slot Islami ________________________________________ 11

Golongan Sasaran Dakwah Melalui Sukan _____________ 12

Orang Asal _______________________________________ 12

Non-Muslim _____________________________________ 12

Kaki Motor / Mat Rempit __________________________ 13

Mahasiswa dan Anak Muda _________________________ 14

Fenomena Kecenderungan Masyarakat Terhadap Sukan 15

Bola Sepak _______________________________________ 15

Futsal ___________________________________________ 15

Sukan Berpotensi Sebagai Medium Dakwah ___________ 17

Futsal dan Bola Sepak ______________________________ 17

Sukan Permotoran ________________________________ 18

Kesimpulan _______________________________________ 19

Apendiks / Rujukan ________________________________ 21

2

Page 3: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU53031. PENDAHULUAN

Berhibur dan berekreasi adalah fitrah semulajadi manusia. Hiburan dan

rekreasi ini diperlukan bagi menenangkan fikiran, mendamaikan jiwa,

merehatkan rohani, dan sekaligus memberikan kesihatan kepada

jasmani.

Fitrah kejadian manusia memerlukan aktiviti yang boleh mengaktifkan mereka agar tidak

jumud, dilanda kemurungan dan pasif. Manusia yang kurang beraktiviti boleh

menyebabkan kemurungan, ditimpa sakit dan pendek umur. Sukan boleh memberi kesan

positif kepada minda dan jiwa sebagai hiburan dan kepada jasmi sebagai riadah

kesihatan. (Soh Kim Geok, Mohd Rozilee Wazir, Chee Chen Soon, 2014)

Sukan adalah aktiviti jasmani yang diterima baik serta diamalkan sejak lebih 900 Tahun

Sebelum Masihi apabila Greek direkodkan melatih anak muda mereka melalui larian dan

gusti. Seiring dengan perkembangan tamadun manusia, sukan turut berkembang dan

berinovasi malah diserap dengan teknologi dan sains kesihatan. (Rigby, 2012)

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Kamus Dewan menakrifkan sukan seperti berikut,

“Segala jenis latihan gerak badan dan permainan (spt bola sepak, berenang) yg

memerlukan tenaga dan ketangkasan”. (Teuku Iskandar, 1999)

Islam selaku agama fitrah membenarkan penganutnya bersukan bahkan

menggalakkannya demi menjaga maqasid Islam itu sendiri. Di samping itu, sukan turut

menjadi medium dakwah dalam menyampaikan mesej Islam kepada orang Islam

mahupun kepada bukan Muslim.

Oleh kerana aktivti sukan adalah aktiviti yang diterima oleh semua lapisan masyarakat

tanpa mengira pegangan agam, fahaman politik, latarbelakang bangsa dan peringkat

umur, maka sukan seharusnya menjadi medium dakwah yang baik untuk

3

Page 4: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303memperkenalkan Islam kepada semua demi membangun masyarakat yang sejahera dan

harmoni.

2. SUKAN DALAM ISLAM

Islam sebagai agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam tanpa mengira jenis

kehidupan. Rasulullah S.A.W pula diutuskan untuk menyempurnakan rahmat tersebut.

Firman Allah : “Dan tidaklah kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melaikan sebagai

rahmat kepada sekalian alam.” (Anbiya :107)

Islam selaku agama fitrah yang mementingkan kesihatan fizikal dan spiritual

menggalakkan penganutnya beriadah dan bersukan.

2.1 Ayat Al-Quran Mengenai Sukan

Bersukan bukanlah aktiviti yang asing bagi mereka yang mementingkan kesihatan,

dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan. Islam menggalakkan sukan dan

rekreasi berdasarkan dalil-dalil berikut :

I. Al-Quran menyuruh umatnya membuat persediaan dari sudut fizikal dan

jasmi bagi menghadapi kekuatan musuh. Firman Allah SWT yang

bermaksud : “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang

menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari

ikatan kuda yang boleh menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu”

(al-Anfal : 60)

II. Dalam peristiwa peperangan antara Thalut dan Jalut, Al-Quran memuji

tubuh badan Thalut yang gagah dan menganggapnya sebagai suatu

kelebihan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Allah telah

menambah kekuatan ilmu dan kekuatan tubuh badan pada diri Thalut”

(al-Baqarah : 247)

4

Page 5: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303III. Dalam peristiwa Nabi Musa di Madyan, Allah memuji sifat baginda yang

kuat : Firman Allah. maksudnya: Sesungguhnya sebaik-baik orang yang

ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah. (Al-Qasas : 26)

2.2 Hadis dan Atsar Mengenai Sukan

Rasulullah S.A.W selaku ikon umat Islam mementingkan kesihatan tubuh badan dan

kesihatan spiritual. Baginda turut beriadhah, memanah, tunggang kuda dan berenang dan

bergusti.

I. Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahuanhu bahwa Rasulullah SAW

bersabda,"Segala sesuatu yang di dalamnya tidak mengandung dzikrullah

merupakan perbuatan sia-sia, senda gurau, dan permainan, kecuali empat

(perkara), yaitu senda gurau suami dengan istrinya, melatih kuda, berlatih

memanah, dan mengajarkan renang.” (An-Nasaie, 1992) Hadis ke-8890 ini

disahihkan oleh Albani dalam Shahih al-Jami' ash-Shaghir no.4534.

II. Rasulullah SAW menyertai permainan dan sukan bersama sahabat-sahabatnya.

Rasulullah melalui sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Baginda bersabda

yang bermaksud : “Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi

Ismail AS adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu

kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah.

Rasulullah SAW 13 bertanya. Kenapa kamu berhenti memanah? Bagaimana kami

hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka? Rasulullah SAW menjawab,

memanahlah! Aku bersama kamu semua. (Riwayat Bukhari)

III. Rasulullah telah bersukan dengan isterinya Aisyah RA. Aisyah telah

meriwayatkan hadis berikut yang maksudnya : “Pada suatu ketika Aisyah bersama

Rasulullah S.A.W dalam bermusafir. Aisyah berkata : “Aku berlumba lari

dengannya dan aku dapat mengalahkannya, setelah mana aku menjadi sedikit

gemuk, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku”.

5

Page 6: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303Rasulullah SAW bersabda ; “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang

lepas.” (Riwayat Abu Daud)

IV. Umar bin Al-Khattab berkata,"Ajari anak-anakmu berenang, memanah dan naik kuda".

2.3 Panduan Islam Dalam Bersukan

2.3.1 Matlamat sukan dalam islam

Syariat Islam datang dengan tujuan (maqasid) untuk menjaga manusia dengan

menolak mudharat dan menarik maslahat. Antara tujuan (maqasid) syariat adalah

menjaga diri agar sentiasa sihat bertenaga dan bebas dari sebarang panyakit.

Sukan dan rekreasi merupakan sebahagian daripada amalan gaya hidup yang sihat

kerana ia mampu untuk mencegah daripada penyakit yang memudaratkan. Kajian

yang menunjukan penyakit yang menjadi penyebab kematian yang utama dinegara

ini seperti penyakit jantung, boleh dihindarkan dengan kita sering melakukan

aktiviti sukan dan rekreasi. (Ahmad Termizi Ab Lateh, Wan Naimah, 2014)

Manfaat yang dapat diperolehi secara langsung hasil daripada sukan dan rekreasi

ialah :

1. Menguatkan sistem kardiovaskular

2. Membantu tidur yang lena

3. Menguatkan daya tahan otot

4. Mengawal sistem imunisasi

5. Mengurangkan kelesuan

6. Dapat mengurangkan stress

2.3.2 Piawaian Islam dalam Sukan

Sukan dibenarkan di dalam Islam sesuai dengan perkembangan masa dan zaman.

Islam tidak mengharamkan sukan, namun perlu menepati kriteria dan etika yang

menepati piawaian syariah.

- Dakwah tak semestinya ke arah pengamalan ibadat dan pematuhan syariat,

bahkan dakwah juga kea rah menjaga badan yang sihat.

6

Page 7: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303- Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya Tarbiyyatul Aulad menyebut dan

mencadangkan latihan kesukanan kepada anak-anak sejak usia muda remaja :

ajarkan anak memanah, berenang dan menunggang kuda.

2.4 Kesimpulan

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas, dapat dirumuskan bahawa Islam amat

mementingkan penjagaan kesihatan jasmani kerana ia merupakan elemen penting dalam

melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera seterusnya dapat menyumbang kepada

agama, bangsa dan negara. Ini juga selaras dengan prinsip pensyariatan yang digariskan

dengan menjaga lima perkara yang menjadi tunjang kehidupan sejahtera iaitu,

memelihara agama, jiwa, maruah, harta dan keturunan. Dengan memiliki tubuh badan

yang sihat dan kuat akan memudahkan seseorang itu mengerjakan suruhan Allah SWT

dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan selesa. Nabi SAW sendiri

menyarankan umatnya supaya berdoa, memohon agar Allah SWT sentiasa mengurniakan

kesihatan tubuh badan yang berterusan kerana ia merupakan salah satu nikmat yang amat

bernilai dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

Pada hari ini sukan bukan hanya sekadar aktiviti masa senggang semata-mata bahkan

mempunyai peranan yang lebih luas. Ini kerana menerusi sukan semangat muhibah,

perpaduan dan keharmonian antara individu dapat dijalinkan tanpa mengira latar

belakang agama, bangsa dan negara.

Di peringkat antarabangsa, sukan merupakan salah satu medan yang boleh digunakan

untuk mengangkat martabat sesebuah negara. Ini kerana kejayaan dalam pertandingan

sukan berprestij atau penganjuran turut dikaitkan dengan lambang kemajuan sesebuah

negara selain dikagumi dan menjadi contoh kepada negara dunia yang lain.

Sebagai contoh, kejayaan Malaysia dalam sukan badminton dan squasy telah membuka

pandangan negara lain dan mengangkat martabat Malaysia di muka dunia. Begitu juga

dengan kejayaan Malaysia menjadi penganjur kepada beberapa sukan antarabangsa

7

Page 8: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303seperti kejohaan MotoGP dan Formula 1 di Litar Antarabngsa Sepang dan Formula E di

Putrajaya dengan tajaan dari Petronas telah meletakkan Malaysia ditempat yang tinggi di

mata dunia apatah lagi dengan status Malaysia sebagai negara umat Islam yang maju dan

berdaya saing.

Sukan juga turut berkebolehan memotivasi dan mengangkat moral umat Islam dan Islam

itu sendiri. Sebagai contoh, Kejayaan lagenda tinju Muhammad Ali menguatkan emosi

dan moral umat Islam. Nama Muhammad Ali masih menjadi lagenda dan sebutan dalam

dunia sukan gusti sehingga hari ini. Status Muhammad Ali yang beragama Islam sedikit

sebanyak membantu dalam memperkenalkan Islam kepada dunia yang lebih luas.

Disiplin dan etika Muhammad Ali yang bai turut menjadi contoh. Mutakhir ini, banyak

media menghalakan lensa mereka apabila Muhammad Ali dilihat menunaikan umrah dan

haji serta hadir di beberapa sesi pengajian dengan pakaian sopan dan berkopiah. Begitu

juga dengan pemain bola lagenda Zinaden Zidane dan beberapa pemain Muslim lain yang

menjadi ikon dalam bola sepak dunia menaikkan moral umat Islam

8

Page 9: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303

3. KAEDAH DAKWAH DALAM AKTIVITI SUKAN

3.1 Penganjuran.

Penganjuran sukan adalah kaedah yang paling berkesan dalam menerapkan elemen

dakwah dalam sukan. Ini kerana penganjur boleh menetapkan kod dan etika yang sesuai

dan patuh syariah dalam setiap acara yang dipertandingkan. Penganjuran sukan juga turut

mendapat liputan yang luas dalam media yang secara tidak langsung mempromosi

dakwah dan seruan ke arah pematuhan syariah dalam sukan.

Sebagai contoh, Ikram Malaysia menganjurkan kejohanan badminton di Seremban.

Kejohanan tersebut terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa

dan agama. Sepanjang kejohanan berlangsung, etika pemakaian dikenakan kepada

peserta. Yang lebih menarik, risalah dan nota-nota tentang Islam disedarkan dan

sebahagian hadiah juga merupakan buku-buku dan cenderama ta yang membawah mesej

dakwah Islam. (Pertubuhan Ikram, 2012)

Manakala di peringkat antarabangsa, penganjuran Sukan Perpaduan Belia Islam Sedua

(WYISG) adalah contoh terbaik. Peserta dari seluruh dunia Islam berkumpul dan

bersukan dalam keadaan mematuhi syariat dan piawaian Islam. Ia secara tidak langsung

mengukuhkan pertalian dan ukhuwah sesame belia Islam rentas negara bahkan turut

membuktikan bahawa Islam bukanlah agama yang mundur dan terkebelakang serta tidak

mampu memberi hiburan kepada penganutnya. WYISG 2016 bakal berlangsung di

Malaysia yang mana Melaka bakal menjadi tuan rumah kejohanan dunai tersebut.

(WYISG Organization, 2015)

3.2 Penyertaan

9

Page 10: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303Menyertai untuk menunjuk contoh islami.

III.2.1 Ruqaya Al Ghasara memenangi acara sukan di Sukan Asia di

Doha dalam keadaan memakai pakaian yang menutup aurat

III.2.2 Zulfahmi Khairudin menyertai kejohanan motoGP dunia dalam

kategori Moto3. Kebiasaanya setiap penunggang akan didampingin

oleh paddock girl yang berpakaian menjolok mata dan akan disimbah

champagne apabila Berjaya menaiki podium. Namun Zulfahmi datang

dengan etika Islami yang baik apabila mengelak dari didampingi

paddock girl. Beliau turut mensyaratkan paddock girl yang akan

mengiringi mesti berpakaian tidak menjolok mata. Beliau juga

mengelak dari disimbah champagne apabila beberapa kali Berjaya

menaiki podium.

III.2.3 Kejayaan lagenda tinju Muhammad Ali menguatkan emosi dan moral umat Islam.

Begitu juga dengan pemain bola lagenda Zinaden Zidane dan beberapa pemain

Muslim lain yang menjadi ikon dalam bola sepak dunia menaikkan moral umat

Islam.

III.3 Memperkenalkan Etika Islami

III.3.1 Etika Islami ketika sukan semakin mendapat perhatian dan diterima

ramai. Buktinya adalah apabila pada Mei 2007, Australia

memperkenalkan pakaian renang menutup aurat (burqini) bagi

membolehkan wanita Islam turut serta dalam acara yang

dipertandingkan. (Badlihisham Mohd. Nasir, 2007)

III.3.2 Di Malaysia, NGO-NGO sukan, JAKIM dan MSN juga telah

bekerjasama bagi memperkenalkan etika sukan secara Islam. (JAKIM,

2013) hasilnya adalah sebuah dokumen sah peraturan bersukan dan

etika pakaian telah diterbitkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan sebagai

panduan kepada atlet-atlet yang beragama Islam.

III.3.3 Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi turut menulis satu kitab khusus berkaitan

hukum-hakam berhibur dan bersukan dalam Islam. Kitab berbahasa

arab ini telah diterjemah ke dalam lebih sepuluh bahasa termasuk

bahasa Malaysia. NGO sukan Islami seperti Alternative Riding Club

10

Page 11: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303(ARC), Kelab Pemanah Berkuda Al-Fatih (FATIH) dan beberapa

gerakan dakwah di Malaysia menjadikan kitab ini sebagai rujukan

utama. Jurulatih kesihatan terkenal, Kevin Zahri turut memiliki kitab

versi bahasa Melayu sebagai panduan beliau dalam menguruskan

aktiviti riadah dan sukan yang dianjurkan.

3.4 Slot Islami dan Pertemuan

3.4.1 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Majlis

Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPBK BRI) dan agensi

kerajaan negeri Kelantan telah bekerjasama bagi menyedikan tempat

solat yang sesuai, menyediakan slot tazkirah, menyediakan imam dan

bilal pada setiap perlawanan bola sepak di Stadium Sultan

Muhammad IV, Kota Bharu. (JAHEAIK, 2012)

3.4.2 Ikram Malaysia menganjurkan kejohanan badminton di Seremban.

Kejohanan tersebut terbuka kepada semua warganegara Malaysia

tanpa mengira bangsa dan agama. Sepanjang kejohanan berlangsung,

etika pemakaian dikenakan kepada peserta. Yang lebih menarik,

risalah dan nota-nota tentang Islam disedarkan dan sebahagian hadiah

juga merupakan buku-buku dan cenderama ta yang membawah mesej

dakwah Islam. (Pertubuhan Ikram, 2012)

3.4.3 Islamic Oureach Abim, Majlis Agama Islam Kelantan dan Jabatan Hal

Ehwal Orang Asli menjadikan sukan sebagai medium untuk mereka

melaksanakan tugas dakwah kepada orang Asli yang belum memeluk

agama Islam dan muallaf.

3.4.4 Dewan Pemuda PAS Perak mengadakan pertemuan, usrah dan

perbincangan dengan ahli X-Games atau sukan lasak bagi menyelami

budi dan jiwa mereka dan seterusnya menyampaikan mesej dakwah

Islami kepada golongan terlibat.

11

Page 12: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303

4. GOLONGAN SASARAN DAKWAH MELALUI SUKAN DAN DAYA

TARIKANNYA

Hasil penelitian, pembacaan dan kajian ringkas melalui tulisan ini, dapatlah dikenalpasti

beberapa golongan sasaran yang boleh didakwah melalui aktiviti riadah dan sukan.

Tulian ini turut mengenalpasti daya tarikan tertentu bagi setiap golongan sasaran terhadap

kategori dan jenis sukan yang menjadi medium. Golongan sasaran beserta daya tarikan

adalah seperti berikut :

4.1 Orang Asal

Orang asal atau orang asli adalah penduduk asal negeri-negeri di Malaysia yang terdiri

dari pelbagai kaum dan keturunan. (Teuku Iskandar, 1999) Kebanyakan mereka tinggal

di pendalaman, dalam hutan dan pingir bukit atau gunung masih berpegang dengan

pandangan mistik, dongengan dan khurafat. Tidak mudah untuk membina jambatan

komunikasi dan bagi menerobos ke dalam masyarakat orang asli yang sangat berpegang

pada adat dan tradisi mereka. Usaha dakwah perlu kreatif untuk menyantuni golongan

orang asal. (Razaleigh Muhamat, Abd. Ghafar Don, Abu Dardaa Muhammad, 2012)

Sukan sebagai ‘ice breaker’ antara pendakwah dengan sasaran dakwahnya. Justeru itu,

sukan adalah salah satu medium yang sangat praktikal dalam membina kepercayaan

dalam hubungan komunikasi dan sosial dengan mayarakat orang asal. Tanpa hubungan

sosial dan komunikasi yang baik, dakwah kepada mereka adalah ibarat mencurah air ke

daun keladi. (Badlihisham Mohd. Nasir, 2007)

4.2 Non-Muslim

12

Page 13: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303Sukan dan aktiviti riadah adalah aktiviti yang boleh diterima oleh semua lapisan

masyarakat di Malaysia. Oleh yang demikian, Ikram Malaysia telah menganjurkan

kejohanan badminton di Seremban. Kejohanan tersebut terbuka kepada semua

warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Sepanjang kejohanan

berlangsung, etika pemakaian dikenakan kepada peserta. Yang lebih menarik, risalah dan

nota-nota tentang Islam diedarkan kepada pengunjung. Yang lebih penting, sebahagian

hadiah juga merupakan buku-buku dan cenderamata yang membawah mesej dakwah

Islam. Layanan dan pengacaraan yang baik oleh para urustia serta penghakiman yang adil

oleh para juri turut membuka mata orang bukan Islam tentang keadilan Islam.

4.3 Kaki Motor / Mat Rempit:

Mat motor atau mat rempit seringkali digelar sebagai golongan yang bermasalah dan

sampah masyarakat. Kelibat mereka di jalanraya seringkali disertai dengan sumpah

seranah dek aksi mereka yang merbahaya boleh mengundang bencana kepada orang

ramai. Statistik yang tinggi melibatkan penunggang motorsikal atau kereta yang

memandu laju dan berlumba di jalanraya. Statistik PDRM turut menunjukkan bahawa

penunggang berumur 16-22 tahun paling ramai terlibat dalam kemalangan maut. (PDRM,

2015)

Justeru itu, usaha untuk memikat mereka harus dirancang dengan baik agar kadar

kematian akibat lumba haram dan aksi lagak ngeri dapat dikurangkan. Salah satu teknik

adalah dengan menganjurkan perlumbaan yang diluluskan serta mematuhi piawaian

seperti di litar yang khas atau tempat yang sesuai. Penganjuran konvoi juga agak

berkesan dalam melaksanakan dakwah kepada kaki.

Sebuah kelab penunggang Alternative Riding Club (ARC) sering melaksanakan

tanggungjawab dakwah mereka dengan menganjurkan konvoi di sekitar semenanjung

mahupun Sabah dan Sarawak. Aktiviti mereka biasanya bermula dihujung minggu atau

ketika cuti umum akan menerima kunjungan dari ikon muda dakwah seperti juara nasyid,

Us Azhan Atan, pengacara TV dan motivator, Amin Idris, Selebriti TV Ust Syed Abdul

Kadir Al Jofree. Antara individu yang menjadi idola mat motor adalah saudara Zulfahmi

13

Page 14: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303Khairudin, penunggang Malaysia yang telah beberapa kali menaiki podium di kejohanan

Moto3. Beliau yang memenangi podium sering mengelak dari disimbah Champagne dan

didampingi oleh ‘Paddock Girl”. (Youtube, 2012)

4.4 Mahasiswa dan Anak Muda

Mahasiswa adalah bayangan pemimpin masa depan negara. Keberadaan mereka di

Menara gading kebanyakannya berjauhan dari keluarga yang boleh menegur dan

menasihati mereka. Hal ini kadangkala menyebabkan sebahagian dari mahasiswa hanyut

dan mabuk dek kebebasan yang mereka miliki. Untuk menasihati mereka secara langsung

adalah sesuatu yang agak sukar memandangkan sebahagian mereka sedikit culas dari

menghadiri kuliah agama, usrah mahupun program dakwah. Justeru itu, sukan adalah

umping yang paling ampuh untuk mendekati golongan ini ketika di alam kampus.

Penganjuran aktiviti sukan di kampus sangat mendapat sokongan dari kalangan

mahasiswa yang bukan kaki masjid atau geng usrah kerana ianya lebih bersifat santai

dalam masa yang sama mencabar adrenalin dan semangat keremajaan mereka. Sukan

turut membantu mereka menghilangkan tekanan ketika dalam kuliah dan menambah

kenalan selain merapatakan silaturahim.

14

Page 15: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303

5. FENOMENA KECENDERUNG MASYARAKAT TERHADAP SUKAN

5.1 Bola Sepak

Bola Sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia,

yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap - tiap pasukan terdiri daripada 11

orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250

juta orang di 200 negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling popular di

dunia.Setiap perlawanan bola sepak pasti akan ada penyokong yang akan menonton

secara lansung di stadium perlawanan atau mengikutinya di kaca television dan internet.

(Wikipedia, 2015)

Diperingkat nasional, Operator TV Malaysia seperti RTM, Media Prima dan Astro

melaporkan bacaan statistik yang tinggi ketika perlawanan bola sepak sama ada

kejohanan perinkat nasional apatah lagi di peringkat internasional. Manakala Petsatuan

Bola Speak Malaysia (FAM) melaporkan bahawa bola sepak adalah sukan paling popular

dan paling digemari oleh warga Malaysia. (Soh Kim Geok, Mohd Rozilee Wazir, Chee

Chen Soon, 2014)

Jualan tiket ketika perlawanan bola sepak adalah menggalakkan dan sangat laris apabila

menjelang perlawanan akhir. Realiti masyarakat juga menunjukkan minat yang tinggi

apabila mereka akan menonton siaran langsung perlawanan sama ada di kediaman sendiri

atau di kedai makan terutama kedai india muslim di sekitar bandar.

5.2. Futsal

Futsal adalah bola sepak versi mini yang dimainkan oleh pasukan yang kecil di kawasan

berbumbung atau gelanggang kecil. Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay pada

15

Page 16: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi

pertandingan di YMCA. Di Brazil, versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan

akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan. Sukan ini telah mula merebak merentasi

Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah

dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada

tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia FIFUSA telah

diadakan di São Paulo, dengan tuanrumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut

mendahului Paraguay dan Uruguay. Semakin ramai negara yang menyertainya di

Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985. Oleh kerana terdapat satu pertikaian

di antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol, maka FIFUSA telah mencipta

nama fut-sal pada tahun 1985. (Wikipedia, 2015)

Sukan futsal semakin popular di Malaysia apabila ia mula diperkenalkan lewat 1990.

Namun ia hanya meluas selepas aksi futsal difilemkan dalam filem Gol dan Gincu pada

lewat 2006. Gaya hidup warga kota yang sibuk dengan pekerjaan di siang hari

memangkin perkembangan sukan futsal yang sesuai dimainkan di waktu malam dengan

jumlah pemain yang lebih kecil.

Futsal menjadi fenomena di Malaysia apabila gelanggang dan kemudahan futsal tumbuh

bagai cendawan selepas hujan. Meski pun begitu, setiap gelanggang yang ada penuh

ditempah menjelang hujung minggu. Futsal menjadi fenomena sukan oleh belia dan anak

muda Malaysia era millenium.

5.3 Sukan Permotoran

Sukan permotoran adalah sukan yang tidak asing kepada rakyat Malaysia. Litar Batu

Tiga Shah Alam adalah litar lagenda yang kini telah berubah menjadi pusat membeli

belah dan residensi mewah. Litar itu telah melahirkan ramai jagoan sukan permotoran di

Malaysia seperti Shahrul Yuzi yang pernah mewakili Malaysia ke kejohanan MotoGP

dunia.

16

Page 17: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303Sukan permotoran sama ada beroda dua seperti motorsikal atau beroda empat seperti

kereta dan pacuan empat roda mendapat perhatian anak muda yang sukakan cabaran dan

aksi. Keinginan mencuba aksi tersebut akhirnya menyebabkan wujudnya penganjuran

lumba haram yang sangat meluas. Kerajaan akhirnya telah mewujudkan beberapa litar

mini di setiap bandar bagi membendung gejala ini terus berleluasa.

Fenomena sukan permotoran ini juga dapat dilihat apabila acara sukan ini dilangsungkan

di Litar Antarabangsa Sepang atau litar bandar di Putrajaya. Rata-rata acara seperti

kejohanan MotoGP, Kejohanan Foemula One dan kejohanan Formula E ini akan berjaya

mengumpulkan lebih 100 ribu pengunjung yang merupakan peminat dan penyokong

sukan permotoran. Statistik dari Litar Antarabangsa Speang juga turut melihatkan

peningkatan penggunaan litar yang menggambarkan bahawa peminat sukan ini semaki

bertambah malah terdidik untuk melempiaskan semangat waja mereka di tempat yang

sepatutnya. (SIC, 2015)

5.4 Sukan Yang Berpotensi Menjadi Medium Dakwah

5.4.1 Futsal dan Bola Sepak

Futsal dan kembarnya Bola Sepak merupakan sukan paling popular, bukan sekadar di

Malaysia, bahkan seluruh dunia. ini diminati oleh semua lapisan masyarakat tanpa

mengira latar belakang agama, jenis bangsa, fahaman politik atau tingkat umur. Dengan

jumlah peminat yang paling ramai membawa erti bahawa sasaran dakwah paling besar

dan luas.

Horizon dakwah yang luas dengan skop yang sangat terbuka merupakan cabaran yang

besar kepada pendakwah dalam mendepani sasaran bersaiz tersebut. Pendakwah akan

berdepan dengan kepelbagaian yang kompleks dan akan menyukarkan untuk penentuan

skop dan metode dakwah yang akan digunakan. Saiz sasaran yang sangat besar juga

berkemungkinan akan menyebabkan penyampaian dakwah kurang berkualiti kerana

kurang penumpuan dan fokus.

17

Page 18: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303Penganjuran yang kerap merancakkan frekuensi dakwah boleh dijalankan. Namun ia

turut memberi cabaran kepada kesediaan pendakwah untuk turut serta dalam setiap

penganjuran.

5.4.2 Sukan Permotoran

Dunia permotoran menyaksikan banyak nyawa terlibat dan kecederaan yang belaku boleh

menyebabkan kecacatan kekal. Sedangkan golongan yang paling banyak terlibat adalah

golonga muda yang merupakan golongan emas bagi sebuah negara.

Maqasid Syariah Islam pula menetapkan bahawa menjaga nyawa, diri dan akal adalah

tugasan paling penting dalam urusan dunia dan agama. Maka seharusnya sukan

permotoran menjadi medium dakwah kerana ia boleh menyelamatkan generasi muda dari

mati katak di jalanraya.

Dakwah di medium ini mempunyai cabaran yang tinggi kerana kebanyakan mereka yang

terlibat adalah dari kalangan ramaja liar dan ketinggalan dalam pelajaran. Golongan ini

agak sukar didekati oleh para pendakwah jika metode dan kaedah yang digunakan tidak

selari dengan keperluan dan tidak memenuhi kehendak dan selerah sasaran dakwah.

18

Page 19: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303

6. KESIMPULAN

Berdasarkan ayat al-Quran, hadis, laporan, statistik dan dapatan kajian yang

dibincangkan di atas, dapat dirumuskan bahawa Islam amat mementingkan penjagaan

kesihatan jasmani kerana ia merupakan elemen penting dalam melahirkan masyarakat

yang sihat dan sejahtera seterusnya dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan

negara. Ini juga selaras dengan prinsip pensyariatan yang digariskan dengan menjaga

lima perkara yang menjadi tunjang kehidupan sejahtera iaitu, memelihara agama, jiwa,

maruah, harta dan keturunan.

Dengan memiliki tubuh badan yang sihat dan kuat akan memudahkan seseorang itu

mengerjakan suruhan Allah SWT dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah

dan selesa. Nabi SAW sendiri menyarankan umatnya supaya berdoa, memohon agar

Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan tubuh badan yang berterusan kerana ia

merupakan salah satu nikmat yang amat bernilai dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

Realiti pada hari ini, sukan bukan hanya sekadar aktiviti masa lapang semata-mata

bahkan mempunyai peranan yang lebih luas. Ini kerana menerusi sukan, semangat

muhibah, perpaduan dan keharmonian antara individu dapat dijalinkan tanpa mengira

latar belakang agama, bangsa dan negara. Ia turut memangkin penyebaran dakwah

dengan lebih berkesan, inklusif dan kondusif.

Di peringkat antarabangsa, sukan merupakan salah satu medan yang boleh digunakan

untuk mengangkat martabat sesebuah negara. Ini kerana kejayaan dalam pertandingan

19

Page 20: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303sukan berprestij atau penganjuran turut dikaitkan dengan lambang kemajuan sesebuah

negara selain dikagumi dan menjadi contoh kepada negara dunia yang lain.

Sebagai contoh, kejayaan Malaysia dalam sukan badminton dan squasy telah membuka

pandangan negara lain dan mengangkat martabat Malaysia di muka dunia. Begitu juga

dengan kejayaan Malaysia menjadi penganjur kepada beberapa sukan antarabangsa

seperti kejohaan MotoGP dan Formula 1 di Litar Antarabngsa Sepang dan Formula E di

Putrajaya dengan tajaan dari Petronas telah meletakkan Malaysia ditempat yang tinggi di

mata dunia apatah lagi dengan status Malaysia sebagai negara umat Islam yang maju dan

berdaya saing.

Sukan juga turut berkebolehan memotivasi dan mengangkat moral umat Islam dan Islam

itu sendiri. Sebagai contoh, Kejayaan lagenda tinju Muhammad Ali menguatkan emosi

dan moral umat Islam. Nama Muhammad Ali masih menjadi lagenda dan sebutan dalam

dunia sukan gusti sehingga hari ini. Status Muhammad Ali yang beragama Islam sedikit

sebanyak membantu dalam memperkenalkan Islam kepada dunia yang lebih luas.

Disiplin dan etika Muhammad Ali yang bai turut menjadi contoh. Mutakhir ini, banyak

media menghalakan lensa mereka apabila Muhammad Ali dilihat menunaikan umrah dan

haji serta hadir di beberapa sesi pengajian dengan pakaian sopan dan berkopiah. Begitu

juga dengan pemain bola lagenda Zinaden Zidane dan beberapa pemain Muslim lain yang

menjadi ikon dalam bola sepak dunia menaikkan moral umat Islam

20

Page 21: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Al-Quran Al-Karim

Al-Bukhari. (2002) Sahih Al-Bukhari, Riyadh : Maktabah Al-Risalah

Muslim. (1996) Sahih Muslim, Kaherah : Darul Kutub

An-Nasaie. (1992). Sunan An-Nasaie. Kaherah: Darul Kutub.

Teuku Iskandar. (1999). Kamus Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rigby, C. (2012). 1000 Things You Should Know About Sports. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Ahmad Termizi Ab Lateh, Wan Naimah. (2014). ISLAM DAN PENGURUSAN SUKAN. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM.

Soh Kim Geok, Mohd Rozilee Wazir, Chee Chen Soon. (2014). Kajian Sukan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Razaleigh Muhamat, Abd. Ghafar Don, Abu Dardaa Muhammad. (2012). Dakwah kepada Golongan Muallaf. Jurnal al-Hikmah 4, 87-105.

Badlihisham Mohd. Nasir. (2007). Utusan Malaysia Onine. Malaysia Wajar Pelopori Sukan Islam: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0313&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Haluan. (T.T). Haluan. Dakwah Masyarakat Orang Asli: http://www.haluan.org.my/v5/joomla-components/dakwah-masyarakat-orang-asli

21

Page 22: Metodologi Dakwah Dalam Sukan Di Malaysia

AMSU5303

JAHEAIK. (2012). Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Program Sukan Sebagai Medium Untuk Berdakwah: http://edakwah.jaheaik.gov.my/edakwah/internet/?a=berita&kategori=78&lihatID=10&show=1

JAKIM. (2013). Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Garis Panduan Bersukan Menurut Islam: http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/garis_panduan_bersukan_menurut_perspektif_islam.pdf

PDRM. (2015). OP SELAMAT 7/2015. SOCSO HEALTH SCREENING PROGRAME: http://sehat.perkeso.gov.my/panelclinichtml/pdf_aps2015/aps9.pdf

Pertubuhan Ikram. (2012). Pertubuhan Ikram Malaysia. Badminton Perpaduan: Usaha Kreatif Dakwah Belum Islam Melalui Sukan: http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=631%3Abadminton-perpaduan-usaha-kreatif-dakwah-belum-islam-melalui-sukan&catid=49%3Aberita-negeri&Itemid=1

SIC. (2015). Sepang International Circuit. http://sepangcircuit.com/resources/news

Wikipedia. (2015). Wikipedia. Futsal: https://ms.wikipedia.org/wiki/Futsal

WYISG Organization. (2015). World Youth Islamic Games. World Youth Islamic Games: http://www.wyig16.com/

Youtube. (11. November 2012). Zulfahmi turun podium elak kena sembur champagne @ valencia motogp 2012. Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=3HnqKgvPt2k

22