kejohanan sukan kolej universiti putra malaysia sesi · pdf filekejohanan sukan kolej...
Post on 30-Aug-2019
15 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
LAPORAN KEJOHANAN
SUKAN KOLEJ UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SESI 2018/2019
Disediakan oleh:
Unit Pengelolaan Sukan Seksyen Pembangunan Sukan
Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (29 April 2019)
0
29 April 2019
KEJOHANAN SUKAN KOLEJ UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SESI 2018/2019
BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1. Pengenalan Kejohanan Sukan Kolej UPM 1 - 4
Lampiran :
i. Takwim 5 - 6
ii. Acara sukan yang dipertandingkan 7
iii. Jumlah Penyertaan Pasukan Keseluruhan 8 - 9
iv. Keputusan Kejohanan 10
v. Markah Keseluruhan 11 - 15
vi. Statistik Penyertaan 16 - 19
vii. Gambar Sukan Kolej 20-35
2. Cadangan Takwim Sesi 2019/2020 (Semester Pertama) 36
PENGENALAN KEJOHANAN
SUKAN KOLEJ UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SESI 2018/2019
1
29 April 2019
1.0 Pengenalan
1.1 Kejohanan Sukan Kolej UPM Sesi 2018/2019 telah dijalankan dengan jayanya bermula
pada September 2018 hingga April 2019. Sebanyak 41 acara sukan (seperti lampiran
muka surat 7) telah di dipertandingkan pada sesi kali ini. Kejohanan Sukan Kolej UPM ini
merupakan acara tahunan bertujuan memupuk semangat kesukanan dan merapatkan
hubungan silaturrahim sesama pelajar di samping menerapkan amalan budaya hidup
sihat dikalangan mahasiswa universiti serta menjalinkan perpaduan sesama kaum di
segenap lapisan pelajar.
1.2 Kejohanan ini juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar kolej pengalaman di dalam
menguruskan pasukan dan penganjuran. Mengikut data penyertaan , seramai 6515 orang
pelajar wanita dan 5522 orang pelajar lelaki terlibat di dalam Penganjuran Sukan Kolej
bagi sesi ini. Penyusunan takwim kejohanan adalah melalui persetujuan bersama dengan
MTM Kolej.
1.3 Pada Kejohanan Sukan Kolej Sesi 2018/2019 kali ini, telah memperlihatkan sedikit
penurunan di dalam penglibatan pelajar, sama ada sebagai pemain atau atlet, pengurus
pasukan atau jurulatih pasukan mahupun sebagai sukarelawan. Berdasarkan statistik,
seramai 5522 orang pelajar lelaki dan 6515 orang pelajar wanita terlibat sebagai
pemain/atlet kolej masing-masing, manakala seramai 77 pelajar lelaki dan 70 pelajar
wanita terlibat secara langsung sebagai sukarelawan. Tidak ketinggalan, pelajar yang
bertindak sebagai pengurus dan jurulatih pasukan adalah seramai 47 orang sepanjang
Kejohanan Sukan Kolej sesi ini dijalankan.
1.4 Sebanyak 41 acara sukan telah dipertandingkan pada kejohanan sukan kolej kali ini (rujuk
Takwim SUKOL Sesi 2018/2019). Daripada 41 acara sukan, sebanyak 21 acara sukan bagi
kategori lelaki dan 20 acara sukan bagi kategori wanita telah dijalankan pada sesi kali ini.
2
29 April 2019
2.0 Objektif
2.1 Mencungkil bakat-bakat baharu yang dapat diketengahkan bagi mewakili universiti ke
kejohanan bertaraf universiti khususnya dan negara amnya.
2.2 Menggalakkan aktiviti riadah dan bersukan di seluruh warga kampus agar budaya sihat
serta cergas dapat diterapkan dan secara tidak langsung, suasana positif dikalangan
pelajar berterusan.
2.3 Menerapkan tradisi bersukan bukan sahaja di kalangan pelajar, malah seluruh warga
kampus dan diharap dengan bersukan, warga UPM dapat mengembangkan nilai-nilai
murni seperti bekerjasama, bantu-membantu serta semangat berpasukan dan secara
tidak langsung meningkatkan pengetahuan sukan.
3.0 Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Kolej UPM
3.1 Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Kolej UPM Sesi 2018/2019 telah disempurnakan oleh
Yang Berbahagia Prof. Datin Paduka Dato Dr. Aini Ideris, Naib Canselor, Universiti Putra
Malaysia pada 7 Oktober 2018 di Kompleks Sukan Universiti Putra Malaysia (Stadium
UPM). Majlis perasmian ini diadakan pada jam 3 petang yang dimulakan dengan
perbarisan masuk kontinjen kolej yang bertanding pada Kejohanan Sukan Kolej kali ini.
Mengikut data penyertaan , seramai 800 orang pelajar wanita dan 670 orang pelajar lelaki
terlibat di dalam Perbarisan Sukan Kolej bagi sesi ini. Keputusan pertandingan perbarisan
keseluruhan tempat ke-5 dari Kolej Kedua, tempat ke-4 dari Kolej Keenam, tempat Ke-3
dari Kolej Tun Perak, tempat ke-2 dari Kolej Tun Dr. Ismail dan Johan Perbarisan dari
KOSASS.
4.0 Majlis Penutup Kejohanan Sukan Kolej UPM
Majlis Penutup Kejohanan Sukan Kolej telah dijalankan bersama Majlis Anugerah Sukan UPM Ke-
35, 2019. Majlis ini telah berlangsung pada 30 April 2019 bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya,
Bangi, Selangor dan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Datin Paduka Dato Dr.
Aini Ideris, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia. Atlet Terbaik SUKOL Lelaki dimenangi oleh
Vasathan A/L Balakrishnan dari Kolej Tun Dr. Ismail manakala Atlet Terbaik SUKOL Wanita
dimenangi oleh Norrabiatun Bt Norhisam dari Kolej Keenam. Manakala Johan keseluruhan SUKOL
Lelaki dan Wanita dari Kolej Tun Dr. Ismail.
3
29 April 2019
5.0 Masalah Yang Dihadapi
Dalam menjalankan kejohanan sukan kolej kali ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi.
Antaranya adalah:
5.1 Kelewatan pengurus-pengurus pasukan menghantar borang pendaftaran pasukan
(borang manual) yang telah menimbulkan kesukaran kepada Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan sebelum memulakan acara. Ini melibatkan semakan dokumen pelajar secara
terperinci bagi membolehkan pelajar tersebut dikategorikan sebagai layak bermain.
5.2 Keadaan cuaca merupakan faktor yang sangat besar dalam mempengaruhi jadual bagi
setiap acara yang dijalankan pada sesi kali ini. Faktor hujan, ribut petir serta panas terik
melampau sehingga mencapai suhu yang berbahaya adalah antara faktor yang
menyebabkan beberapa acara terpaksa ditunda dan berlaku perubahan jadual.
5.3 Penarikan diri disaat-saat akhir masih berlaku seperti sesi-sesi sebelum ini dan pada sesi
kali ini menunjukkan sedikit pengurangan di mana 13 kes dalam 11 acara sukan
berbanding 19 kes dalam 12 acara sukan pada sesi yang lepas. Walaubagaimanapun,
pada sesi kali ini terdapat penarikan diri bagi acara Lari Berganti-ganti Jalanraya yang
mana acara ini adalah mudah bagi kolej mengumpulkan markah. Hal ini telah diambil
serius oleh Jawatan Pengelola Kejohanan kerana ia melibatkan perubahan jadual dan kos
bayaran teknikal / pengadil / hakim yang bertugas.
4
29 April 2019
5.4 Senarai penarikan diri pasukan kolej mengikut acara sukan adalah seperti berikut:
Bil Acara Sukan Kolej
1 Tenpin Boling (L) K14
2 Tenpin Boling (W) K14
3 Ping Pong (W) K14
4 Bola Sepak K14
5 Hoki (L) K15
6 Catur (L) K14
7 Bola Baling (W) K16
8 Bola Baling (L) K15, K16
9 Tenis Lelaki K14
10 Petanque (L) K14
11 Sepak Takraw K14, K15
5.5 Bagi setiap penarikan diri, pasukan berkenaan akan ditolak 5 mata dari jumlah mata
keseluruhan yang diperolehi.
5.6 Masih ada pasukan kolej yang menghadapi masalah kekurangan jersi dan peralatan sukan
yang menyebabkan ia tidak mematuhi standard dan peraturan acara sukan di dalam
Kejohanan Sukan Kolej UPM.
6.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya Kejohanan Sukan Kolej UPM pada sesi kali ini telah dapat dijalankan
dengan jayanya mengikut takwim. Segala masalah yang timbul telah dapat diselesaikan secara
profesional. Penambahbaikan Kejohanan Sukan Kolej UPM akan sentiasa berlaku dari masa ke
semasa demi meningkatkan mutu sukan di UPM dan negara.
TAKWIM
KEJOHANAN SUKAN KOLEJ
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SESI 2018/2019
(SEMESTER PERTAMA)
5
29 April 2019
HA
RI
I1
S2
1
R1
32
K2
41
3
J3
52
4
SA4
16
31
5
A5
27
42
6
I6
38
53
7
S7
49
64