lawatan ppg matematik ambilan jun 2011 ke unit sukan jpn pahang

13
Lawatan PPG MATEMATIK Ambilan Jun 2011 ke Unit Sukan JPN Pahang LAPORAN PPG MATEMATIK AMBILAN JUN 2011 KE UNIT SUKAN JPN PAHANG 16 MAC 2015 (ISNIN) Tarikh : 16 MAC 2015 ( Isnin ) Tempat : Unit Sukan JPN Pahang Lawatan ke Unit Sukan JPN Pahang pada hari ini adalah untuk melihat peranan Unit Sukan sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam membentuk dan menggilap bakat atlet- atlet dalam pelbagai jenis sukan. Pengelola Cemerlang Sukan, Encik Hashim bin Hj Abd Rahim dalam sesi taklimatnya menyentuh aspek-aspek berikut: i) Visi Unit Sukan JPN Pahang Visi : Atlet Cemerlang, Pencapaian Gemilang, MSSP Terbilang Misi : Melahirkan Atlet Cemerlang Menerusi Program Sukan Berkualiti ii) Kemudahan di Unit Sukan a) Penginapan : Dorm & Bilik Pegawai b) Ruang Makan c) Gelanggang serbaguna iii) Takwim Kejohanan

Upload: noor-shafinaz-ab-rashid

Post on 16-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pj punyer citer

TRANSCRIPT

Page 1: Lawatan PPG MATEMATIK Ambilan Jun 2011 Ke Unit Sukan JPN Pahang

Lawatan PPG MATEMATIK Ambilan Jun 2011 ke Unit Sukan JPN Pahang

LAPORAN PPG MATEMATIK AMBILAN JUN 2011

KE UNIT SUKAN JPN PAHANG 16 MAC 2015 (ISNIN)

Tarikh : 16 MAC 2015 ( Isnin )

Tempat : Unit Sukan JPN Pahang

Lawatan ke Unit Sukan JPN Pahang pada hari ini adalah untuk melihat peranan

Unit Sukan sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam membentuk dan

menggilap bakat atlet-atlet dalam pelbagai jenis sukan. Pengelola Cemerlang

Sukan, Encik Hashim bin Hj Abd Rahim dalam sesi taklimatnya menyentuh aspek-

aspek berikut:

i) Visi Unit Sukan JPN Pahang

Visi : Atlet Cemerlang, Pencapaian Gemilang, MSSP Terbilang

Misi : Melahirkan Atlet Cemerlang Menerusi Program Sukan Berkualiti

ii) Kemudahan di Unit Sukan

a) Penginapan : Dorm & Bilik Pegawai

b) Ruang Makan

c) Gelanggang serbaguna

iii) Takwim Kejohanan

Rujuk lampiran

iv) Peranan serta tanggungjawab Unit Sukan

a) Mengurus Sekolah Sukan Negeri

b) Melaksanakan dasar 1M1S di sekolah

c) Membngunkan sukan untuk kecemerlangan

d) Menganjur dan menyertai kejohanan sukan peringkat negeri, kebangsaan

dan antarabangsa

e) Menganjurkan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan

f) Melaksanakan dasar mikro pembangunan sukan KPM

Page 2: Lawatan PPG MATEMATIK Ambilan Jun 2011 Ke Unit Sukan JPN Pahang

g) Membina rangkaian kerjasama dengan badan induk sukan, persatuan,

kesatuan dan rakan sukan

h) Merancang dan menyelia kemudahan, prasarana dan peralatan sukan

i) Mentadbir dan mengurus Majlis Sukan Sekolah Pahang

j) Mengurus dan mentadbir Unit Sukan Jabatab Pelajarab Pahang

v) Pencapaian atlet-atlet Pahang

Dipaparkan pada papan kenyataan pencapaian yang telah disediakan.

Rajah 1 : Papan Rekod Pencapaian

Saya juga dimaklumkan untuk memastikan kecemerlangan berterusan, beberapa

program yang telah memberikan nilai tambah kepada pencapaian prestasi akan

terus diberikan keutamaan dengan beberapa pengubahsuaian. Antaranya;

a) Memberi fokus pembangunan bawah 12 tahun

b) Memperkasa Program Pusat Latihan Daerah ( Sukan Prestasi Tinggi

Sekolah)

c) Memantapkan kembali Prestasi Program Sekolah Sukan Negeri

Page 3: Lawatan PPG MATEMATIK Ambilan Jun 2011 Ke Unit Sukan JPN Pahang

d) Pendekatan berfokus Majlis Sukan Sekolah Daerah ( Watak Sukan

Daerah )

e) Pendekatan berfokus Pusat Pembangunan Sukan ( Sekolah Kluster dan

Pusat Pembangunan )

f) Meningkatkan kualiti Atlet / Pasukan MSSP

Saya juga dapat mengetahui jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat dalam

memajukan sukan antaranya Jawatankuasa Pengurusan ( Eksekutif ),

Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan, dan

Sekretariat MSSP. Semua ini saya sertakan dalam lampiran.

Semasa sesi lawatan ini, sekumpulan pemain bola jaring menjalani latihan fasa 1.

Latihan fasa 1 ini terdiri daripada pemain-pemain bawah 15 tahun dan 18 tahun.

Saya sempat menemuramah jurulatih yang terlibat berkaitan dengan latihan fasa

tersebut. Semua pemain adalah dicadangkan oleh pengerusi teknik pembangunan

sukan daerah masing-masing dan juga pemain yang pernah mewakili Pahang dalam

sukan bola jaring di peringkat kebangsaan. Tujuan utama adalah untuk

memantapkan lagi kemahiran-kemahiran pemain dan juga persiapan bagi kejohanan

MSSM. Ada juga dalam kalangan mereka yng terlibat dengan Kejohanan Bola Jaring

yang akan berlangsung bermula 18-22 Mac 2015 di Stadium Juara, Bukit Kiara,

Kuala Lumpur.

Selepas selesai sesi taklimat saya telah dibawa untuk melihat kemudahan-

kemudahan, venue latihan dan sukan serta persekitaran Unit Sukan JPN Pahang.

Setiap kemudahan dan venue latihan yang dilawati telah diberi penerangan oleh

pegawai pengiring.

Secara keseluruhannya lawatan ke Unit Sukan JPN Pahang dirasakan cukup

berjaya kerana pihak JPN Pahang telah memberi kerjasama sepenuhnya pada saya.

Dalam pada itu, dapatan hasil kunjungan ke Unit Sukan JPN Pahang ini pastinya

dapat membantu saya dalam menyempurnakan tugasan PJM3112.

Page 4: Lawatan PPG MATEMATIK Ambilan Jun 2011 Ke Unit Sukan JPN Pahang

Laporan disediakan oleh :

Cik Noor Shafinaz Binti Ab Rashid

830727-06-5618

PPG Matematik Ambilan Jun 2011

Disahkan oleh,

..................................................................En Roslan bin Khalid

Pensyarah Pembimbing

PJM3123E

Matematik 2

Page 5: Lawatan PPG MATEMATIK Ambilan Jun 2011 Ke Unit Sukan JPN Pahang

Lampiran bergambar.

Rajah 2: Bahagian hadapan Unit Sukan, JPN Pahang

Rajah 3: Perkarangan kawasan latihan hoki dalam keadaan sedang dibaik pulih

Page 6: Lawatan PPG MATEMATIK Ambilan Jun 2011 Ke Unit Sukan JPN Pahang

Rajah 4: Kawasan Penginapan & Ruang Makan

Rajah 5: Astaka Unit Sukan

Rajah 6: Papan Jadual Pengelolaan Kejohanan

Page 7: Lawatan PPG MATEMATIK Ambilan Jun 2011 Ke Unit Sukan JPN Pahang

Rajah 7: Bilik Mesyuarat Unit Sukan

Page 8: Lawatan PPG MATEMATIK Ambilan Jun 2011 Ke Unit Sukan JPN Pahang

REFLEKSI

Page 9: Lawatan PPG MATEMATIK Ambilan Jun 2011 Ke Unit Sukan JPN Pahang

REFLEKSINOOR SHAFINAZ BINTI AB RASHID2011162360143/830727065618

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya

dapat saya menyempurnakan kerja kursus bagi subjek PJM3123E pada semester

kali ini.

Bagi mata pelajaran ini, saya dikehendaki untuk menyediakan kertas kerja

cadangan sukaneka permainan tradisional, penulisan ilmiah berkaitan dengan isu-

isu dalam arena sukan dan laporan lawatan ke agensi sukan yang berdekatan

dengan tempat saya mengajar.

Dalam penghasilan kertas kerja cadangan sukaneka permainan tradisional,

saya bersama 2 orang lagi kawan saya dikehendaki untuk mencari maklumat

berkaitan dengan permainan konda kondi. Kami mencari maklumat berkaitan di

laman sesawang dan mengharmonikan dalam bentuk kertas kerja. Pada interaksi

ketiga, kami dikehendaki untuk membentangkan hasil kertas kerja kami. Pensyarah

pembimbing kami, Encik Roslan bin Khalid ada memberi pendapat dan teguran atas

kekurangan kefahaman kami bagi membantu kami dalam penambahbaikan kertas

kerja cadangan kumpulan kami. Encik Roslan juga berpendapat permainan ini

sesuai untuk diperkenalkan semula di peringkat sekolah. Agar permainan ini menjadi

satu permainan yang ‘tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’.

Selain itu, saya juga ada bertanyakan pendapat sahabat saya yang

mempunyai pengetahuan khusus tentang pendidikan jasmani dan kesihatan. Banyak

pendapat dan cadangan yang diusulkan kepada saya. Mereka juga turut

menyatakan dalam penulisan ilmiah saya perlu mengaitkan bahan bacaan yang

Page 10: Lawatan PPG MATEMATIK Ambilan Jun 2011 Ke Unit Sukan JPN Pahang

saya dapat dengan pengalaman sedia ada saya. Ini dapat menghasilkan penulisan

ilmiah yang baik.

Pada 16 Mac 2015 yang lalu, saya bertugas di Unit Sukan Pahang bagi

Program Fasa 1 Klinik Bola Jaring. Jadi saya mengambil peluang ini untuk mengajak

sahabat-sahabat saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ketiga kami.

Saya dan beberapa orang sahabat saya telah pergi melawat ke unit sukan bagi

memenuhi keperluan tugasan ketiga. Kami diminta untuk menyediakan laporan

berkaitan dengan lawatan kami. Ketika sesi lawatan itu, kami disambut oleh Encik

Hashim bin Haji Abdul Rahim, Pengelola Cemerlang Sukan, Jabatan Pendidikan

Pahang. Dalam sesi lawatan ini, kami diberi penerangan tentang jawatankuasa

terlibat dengan pembangunan sukan Pahang, prasarana-prasarana yang terlibat dan

boleh digunakan dan semua yang berkaitan dengan unit sukan. Kebetulan ketika

sesi lawatan kami, semua pegawai di Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Pahang tiada

di pejabat kerana mereka bergerak ke Selangor. Mereka ke sana kerana terlibat

dengan Kejohanan MSSM Ragbi yang sedang berlangsung di sana. Alhamdulillah

segala maklumat yang kami kehendaki dapat diperolehi.

Cadangan dan teguran pensyarah pembimbing saya, telah saya ambil

secara positif bagi memajukan diri saya. Setelah selesai sesi ulasan, saya cuba

menambahbaik semua tugasan yang diberikan. Saya berharap agar ilmu yang

dikongsikan oleh sahabat-sahabat serta pensyarah pembimbing saya dapat saya

aplikasikan dalam pengajaran pada masa-masa akan datang.